Upload
duonglien
View
240
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
PENYATA RASMI PARLIMENPARLIAMENTARY DEBATES
DEWAN RAKYATHouse of Representatives
PARLIMEN KELAPANEighth Parliament
PENGGAL KEDUASecond Session
Jilid II Bil. 50 Hari Khamis 26hb November 1992
KANDUNGAN
JAWAPAN-JAWAPAN M0LUT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Ruangan 1)
RANG UNDANG-UNDANG:
Rang Undang-undang Perbekalan 1993
Jawatankuasa -
Jadual:
Maksud B.19 (Ruangan 39)
Maksud B.20 (Ruangan 90)
USUL:
Anggaran Pembangunan 1993
Jawatankuasa -
Maksud P.19 (Ruangan 39)
Maksud P.20 (Ruangan 90)
D R . 2 6 . 1 1 . 9 2 .
MALAYSIA
DEWAN RAKYAT
Khamis, 26hb November, 1992
Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang
DOA
[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI PERTANYAAN-PERTANTAAN
KELUARGA TERMISKIN DI SARAWAK - BANTUAN PPRT
l . Tuan Richard Riot Anak Jaem m i n t a Perdana M e n t o r i menya takan : -
(a) sama ada Kerajaan telah siap dengan Daf tar Asas Ke-luarga Terraiskin b a g i negeri Sarawak;
(b) jumlah keluarga termiskin di seluruh negeri Sarawakyang -telah d idaf ta rkan di dalam Daftar Asas KeluargaTermiskin; dan
(c) b t langan keluarga termiskin yang mener ima ban tuan .me-nerusi Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) dinegeri Sarawak.
Timbalaa Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Raja Dato' Ariffin
bin Raja Sulaiman]: Tuan Yang di-Pertua, da f t a r asas keluarga
termiskin bag i negeri Sarawak masih daLam proses penyiapan. Saiz*
negeri yang besar, s i s tem perhubungan yang sukar dan juga corak
penempatannya bertaburan telah m e l a m b a t k a n proses penda f t a r an
keluarga te rsebut .
Mengikut Kajian Pendapatan I s i r u m a h 1989 (Household Income
Survey), seramai 11,100 keluarga d ikena lpas t i sebagai keluarga
t e rmi sk in di Sarawak. Sehingga Oktober, 1992 b i langan keluarga
terraiskin yang menerima bantuan di bawah Program Pembangunan Rakya t
Termiskin di Sarawak ialah 5,191 keluarga.
DR.26.11.92. - 2 -
LEBUHRAYA KOTA BHARU-MERSING - PEKBINAAN
2. Tuan Haji Wan Mohd. Jamil bin Wan Mahmood minta Menteri KerjaRaya menyatakan:-
(a) garis kasar pelan pembinaan lebuhraya antara Kota Bharudan Mersing, bila akan dimulakan dan dijangka siap, per-belanjaan dan adakah tendernya dibuat secara terbuka;
(b) adakah rundingan sudah dibuat dan akan dibuat denganKerajaan Kelantan berhubung dengan soal tanah pembinaanlebuhraya itu, jika ada sila terangkan hasiL rundinganItu; dan
(c) adakah pandangan Keraj aan Kelantan, j ika berbeza dengancadangan Kementerian, akan diambil kira.
Timbalan Menteri Kerja Raya [Tuan Kerk Choo Ting]: Tuan Yang
di-Pertua, saya bercadang untuk menjawab soalan Yang Berhormat (a),
(b) dan (c) secara sekaligus.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, projek Lebuhraya antara Ko-
ta Bharu dan Mersing yang dicadangkan itu tidak termasuk dalam
senami projek-projek yang diluluskan dalam Rancangan Malaysia
Keenam. Oleh sebab itu, soalan (a), (b) dan (c) itu tidaklah
tertimbul.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]:
Yang Berhormat Tuan Mohamed Khaled bin Nordin.
[Soalan No. 3 - T.B. Tuan Mohamed Khaled bin Nordin tidak
hadir]
PEPERIKSAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR) - MATLAMAT
4. Tuan Jason Wong Sing Nang minta Menteri Pendidikan menyata-kan:-
(a) kebanyakan ibu bapa tidak faham akan Peperiksaan PMR(Penilaian Menengah Rendah) yang akan dikemukakan padatahun 1993, menggantikan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) .Sama ada Kementerian sedia mengumumkan semua matlamattentang PMR ini kepada orang ramai melalui seminar di.bandar-bandar besar sebelum sekolah dibuka semula pada30hb November, 1992;
DR.26.11.92. - 3 -
(b) apakah perbezaan antara SRP dengan PMR. Apakah faedahatau kelebihan yang ada pada PMR terhadap murid-muridTingkatan 3; dan •
(c) sama ada Kementerin akan mewajibkan semua calon SPM 1993supaya mengambil matapelajaran Sejarah sebagai matapelaja-ran wajib. Jika ya, sama ada semua calon wajib lulusdalam matapelajaran itu untuk mendapat sijil. ApakahIkhtiar oleh Kementerian untuk mengatasi kekurangan guru-guru Sejarah di SekoLah Menengah Atas.
Timbalan Menteri Pendidikan [Dr. Leo Michael Toyad]: Tuan Yang
di-Pertua
(a) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pihak sekolah
telahpun diberi maklumat tentang Penilaian Menengah
Rendah (PMR) melalui beberapa PekeLLling PMR yang di-
keluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysla.
Persatuan Ibu Bapa dan Guru di sekolah-sekolah boleh
mengadakan sesi untuk mendapat maklumat tentang PMR
berdasarkan kepada peraturan dan panduan PMR 1993
yang telah diedarkan ke sekolah-sekolah.
(b) PMR ialah suatu bentuk peniiaian yang akan diadakan
mulai tahun 1993 kepada semua pelajar Kurikulum Baru
Sekolah Menengah (KBSM) di akhir pelajaran Tingkatan
Tiga. PMR akan menggantikan peperiksaan SRP disebab-
kan peperiksaan SRP di dalam bentuk dan format yang
ada sokarang tidak dapat memenuhu hasrat dan kehendak
KBSM. SRP digunakan untuk menilai pembelajaran
pelajar yang lebih menekankan penilaian aspek
kognitif berasaskan kepada Kurikulum Lama Sekolah
Menengah.
Sistem Penilalan PMR pula mengambilkira ciri-
ciri yang ada dalam KBSM dan bertujuan untuk menilai
DR.26.11.92. - 4 -
pencapaian pelajar dalam bidang kognitif
(pengetahuan), afektif (amalan dan penghayatan) , dan
psikomotor (kemahiran). PMR juga bertujuan untuk
mengukur pencapaian kemahiran praktis, amalan dan
kajian tempatan. Oleh itu, dalam beberapa mata-
pelajaran KBSM terdapat komponen kerja khusus yang
akan diberikan penilaian. Mata-mata pelajaran
tersebut ialah Kemahiran Hidup, Sejarah, Geografi dan
Pendidikan Islam. Tujuan PMR ini jelas menunjukkan
bahawa PMR lebih menyeluruh daripada SRP.
(c) Matapelajaran Sejarah termasuk dalam kumpulan mata-
pelaj araa teras SPM dan wajib diambil oleh seraua
calon SPM. Walau bagaimanapun, matapelajaran ini
tidak diwajibkan untuk lulus bagi mendapatkan sijil.
Pada masa ini, Kementerian Pendidikan telah dan
sedang melatih guru-guru siswazah dalam bldang
sejarah melalui program Kursus Perguruan Lepasan
Ijazah (KPLl). Di samping itu, guru-guru siswazah
dalara bidang berkenaan juga telah diperolehi daripada
latihan-latihan perguruan di universiti-universiti
tempatan , Kementerian Pendidikan akan berusaha untuk
menambah Lagi keperluan guru-guru siswazah terlatih
dalam bidang berkenaan untuk mengajar mata pelajaran
Sejarah di sekolah-sekolah.
DR.26.11.92. - 5 -
Tuan Ahmad Shukri bin Haji Hassan: Tuan Yang di-Pertua , soalan
tambahan. Pertamanya, adakah PMR iai bertaraf sijil ataupun semata-
mata suatu kenyataan kelulusan bagi sesuatu peringkat sahaja iaitu
sijil yang menggantikan Sijil Rendah Pelajaran (SRP)?
Kedua, adakah pelajar-pelajar yang menduduki PMR, kesemuanya
secara autoraatis akan dinaikkan ke Tingkatan Empat tanpa mengira
kelulusan mereka?
Dr. Leo Michael Toyad: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli
Yang Berhormat bahawa PMR ini adalah suatu penilaian secara
menyeluruh di peringkat TLngkatan Tiga dan pelajar-pelajar yang
dinilai di bawah PMR ini secara peringkat dan tidaklah. kesemuanya
secara automatis akan dinaikkan, kecuali mengikut prestasi masing-
masing di dalam penilaian PRM ini.
Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Tuan Yang dl-Pertua, soalan
tarabahan. Soalan saya yang pertama, saya percaya PMR ini "kurang
ketat" daripada SRP daripada segi advancement, daripada Tingkatan
Tiga ke Tingkatan Empat. Jadi, itu bermakna kita berkehendakkan
lebih banyak lagi kelas-kelas tertentu. Soalan saya, sudahkah
Kerajaan meneliti sama ada kedudukan sekolah-sekolah terutama sekali
yang di luar bandar telah mencukupi kelas-kelas untuk menyediakan
murid-murid yang bakal dinaikkan ke Tingkatan Empat?
Yang kedua, saya juga terbaca berita mengatakan yang kebanyakan
murid-murid ini nanti boleh dimasukkan ataupun diserapkan ke
sekolah-sekolah private. Jadi, soalan saya, apakah rancangan
Kerajaan supaya mereka yang dimasukkan ataupun diserapkan ke
sekolah-sekolah private ini nanti mendapat supervision yang rapi
sebagaimana yang mereka dapati di sekolah-sekolah Kerajaan?
Dr.26.11.92 -6-
Dr. Leo Michael Toyad: Tyan Yang di-Pertua untuk menjawab
soalan pertama Yang Berhormat tadi bahawa kita telah mengkaji
keperluan-keperluan bilik-bilik darjah untuk sekolah menengah rendah
dan atas di bawah Program KBSM. Ini adalah fasa pertamanya untuk
kita menyediakan kemudahan mengikut keperluan KBSM, dan untuk
pelaksanaan PMR ini, kajian dan usaha untuk menambahkan bilik darjah
di mana perlu telah dibuat dalam kajian Kementerian. Dan untuk
makluman Ahli Yang Berhormat, keperluan yang mendesak sekali ialah
di kawasan- kawasan bandar di mana penduduk-penduduknya lebih ramai
lagi.
Untuk penyerapan pelajar-pelajar sekolah-sekolah ini, ini
adalah seruan dari Kerajaan menerusi Kementerian bahawa
sekolah-sekolah swasta yang ada untuk menyokong program-prograra di
sekolah menengah, rendah dan atas ini untuk keperluan-keperluan di
mana bukan semestinya semua pelajar-pelajar ini berdaftar di
sekolah-sekolah Kerajaan tetapi ada juga yang di sekolah-sekolah•
swasta. Untuk meyakinkan Ahli Yang Berhormat, bahawa kita ada
jentera yang tertentu seperti Bahagian Nazir dan juga Lembaga
Peperiksaan di mana pegawai-pegawai tertentu ditugaskan untuk
menilai prestasi dan juga kemudahan- kemudahan yang cukup atau
memadai untuk melayakkan pelajar-pelajar ini menduduki penilaian.
KONDOMINIUM - PERATURAN PEMBINAAN
5. Tuan Haji Mahbud bin Haji Hashim minta Perdana Menterimenyatakan adakah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan mengadakanperaturan tidak membenarkan mana-mana pihak membina kondominiumdekat. dengan pusat bandaraya sebagai langkah mengatasi kesesakanjalan di Kuala Lumpur.
DR.26.11.92 -7-
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Drs.
Suleiman bin Mohamed]; Tuan Yang di-Pertua, Dewan Bandaraya Kuala
Lumpur tidak akan mengadakan peraturan untuk tidak membenarkan mana-
mana pihak untuk membina kondominium berhampiran dengan pusat
bandaraya. Walau bagaimanapun, sekiranya pihak Dewan Bandaraya
Kuala Lumpur menerima permohonan cadangan pembinaan kondominium di
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, beberapa perkara perlu
dipertimbangkan sebelum kelulusan pembinaan dibert.
Di antara perkara-perkara yang dipertimbangkan ialah kesesuaian
jenis pembinaan yang dipohon dengan keadaan sekeliling dan pandangan
dari penduduk setempat mengenai cadangan pembinaan itu. Buat masa
sekarang, Kerajaan telah mengambil keputusan membekukan pembinaan
kondominium mewah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur keseluruhannya
buat sementara waktu kerana didapati perabangunan bentuk ini telahpun
melebihi jangkaan (over supply).
Tuan Haji Badruddin bin Amiruldin: Taan Yang di-Pertua, saya
ingin tahu sama Yang Berhormat sedar atau tidak bahawa banyak
kondominium yang telah dibina ini yang asalnya menjadi tempat•
kediaman yang diduduki oleh orang-orang yang bertaraf tinggi dan
sederhana tetapt kini telah ditukar menjadi tempat-tempat pusat
kegiatan maksiat seperti rumah urut dan rumah lain-lainlah yang saya
ingat Yang Berhormat sendiri faham. Kalau ya, adakah pihak Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur ingin mengadakan satu peraturan khas ataupun
syarat-syarat yang tertentu ataupun mengadakan serbuan-serbaan
DR.26.11.92 -8-
ataupun siasatan-siasatan agar rumah-rumah kondominium ini tidak
dijadikan tempat-tempat pusat pelacuran dan kemaksiatan,
Dato' Drs. Suleuian bin Mohamed: Tuan Yang di-Pertua, saya•
tidak sedar keadaan ini berlaku dan kita akan siasat.
Dato' Haji Mohd. Zihin bin Haji Mohd. Hassan; Tuan Yang•
di-Pertua, soalan tambahan. Dalam jawapan tadi, Timbalan Menteri
mengatakan bahawa pembangunan-pembangunan kondominium diberhentikan
kerana sebab-sebab tertentu dan salah satu dari sebab-sebabnya,
kesesakan jalan raya dan lain-lain. Dalam masalah ini, kita dapati
bahawa kebanyakan kondomini.um-kondoraini.um ini tidak dapat dibeli
oleh kaum bumiputera. Apakah langkah-langkah dan rancangan
Kerajaan buat masa ini dan masa-masa akan datang?
Dato' Drs. Suleiman bin Mohamed: Tuan Yang di-Pertua, bagi
memenuhi permintaan perumahan awam agar kaum bumiputera yang
berpendapatan rendah dapat membeli perumahan awam di Wilayah
Persekutuan, Kerajaan sentiasa membuat perancangan untuk membina
perumahan awam kos sederhana dan rendah dan ini menjadi penekanan
dari masa ke semasa.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga hari ini Kerajaan
telah menandatangani 11 daripada 18 projek penswastaan untuk
perumahan awam dan dalam jangkamasa 6 tahun akan dibina sebanyak
19,855 unit perumahan awam untuk mereka yang berpendapatan rendah.
DR.26.11.92 -9-
TANAH RIZAB MELAYU - JUMLAH KELUASAN YAN6 DIAMBIL OLEH KERAJAAN
Pembangunan Koperasi menyatakan:-•
(a) jumlah keluasan tanah rizab Melayu yang diambil olehKerajaan atas apa-apa jua sebab sejak merdekamengikut negeri-negeri;
(b) untuk apakah tanah itu diambil dan apakahperkembangan dan kemajuan yang dilakukan atas tanah-tanah itu;
(c) adakah setiap tanah rizab Melayu yang diambil itudiganti dengan tanah baru. Jika tidak, mengapa danberapakah luas tanah yang tidak berganti itu; dan
(d) mengikut syarat pengambilan tanah setiap inci tanahrizab Melayu yang diambil hanya sah jika iadigantikan, sila terangkan kedudukan sebenar danadakah berlaku pengarabilan tanah yang tidak sah.
Setiausaha Parlimen Kementerian Taaah dan Pembangunan Koperasi
[Tuan Mohd. Noh bin Rajab]: Tuan Yang di-pertua, untuk makluman Yang
Berhormat,
(a) pada keseluruhannya jumlah keluasan tanah rizab
Melayu yang telah diambil oleh Kerajaan semenjak
merdeka dianggarkan berjumlah 58,341.55 hektar dan
pecahannya mengikut negeri-negeri adalah seperti
berikut:-
DR.26.11.92 -10-
NEGERI-NEGERI KELUASAN TANAH(HEKTAR)
Kelantan 8,183.53Perlis 153.78Perak 10,581.47Terengganu . 17.96Pahang 29,105.40Negeri Sembilan 1,926.00
Selangor 8,073.18Kuala Lumpur 10.47
- Johor 289.76Kedah Tiada rekod
(b) Tanah-tanah rizab Melayu yang diambil oleh Kerajaan
ialah bertujuan untuk melaksanakan projek-projek
pembangunan Kerajaan bagi kepentingan awam seperti
pembinaan taliair, jalan raya, sekolah, lapangan
terbang, masjid/surau, hospital, klinik, membuka
tanah rancangan dan sebagainya.
(c) (i) Tidak semua tanah rizab Melayu yang diambil oleh
Kerajaan diganti dengan tanah baru selagi ia
rizab Melayu yang diambil oleh Kerajaan itu
diisytihar dan diwartakan keluar dari rizab
Melayu, maka tanah yang sama luas dan sama
jenisnya atau dengan izin, similar ini character
hendaklah diganti mengikut kehendak Perkara
89(3) Perlembagaan Persekutuan.
DR.26.11.92 -11-
(ii) Pihakberkuasa Negeri-Negeri sedang mengambil
langkah-langkah bagi menggantikan tanah rizab
Melayu yang telah diambil oleh Kerajaan.
(d) (i) Pandangan yang diberikan oleh Yang Berhormat ttu
tidak Cepat kerana sepertimana yang dijelaskan
tadi iaitu tidak seraua tanah rizab Melayu yang
diambil perlu digantikan selagi ianya tidak di-
isytiharkan keluar dari rizab Melayu. Jika
tanah yang diambil itu diisytiharkan keluar dari
rizab Melayu, barulah digantikan dengan tanah
Kerajaan yang setaraf dengannya mengikut Perkara
89(3) Perlembagaan Persekutuan.
(ii) Setahu Kementerian ini, tidak ada berlaku
pengambilan tanah rizab Melayu secara tidak sah
kerana ia dilaksanakan berlandaskan kepada Akta
Pengambilan Tanah 1960 yang berkuatkuasa.
DR.26.ll.92 -12-
Tuan Haji Sukri bin Haji Mohamed: Tuan Yang di-Pertua, soalan
tambahan. Pertama, adakah Kerajaan berhasrat untuk menambahkan
keluasan jumlah tanah-tanah rizab Melayu yang ada di seluruh negara
terutamanya di negeri-negeri seperti Perak, Wilayah Persekutuan,
Pulau Pinang dan sebagainya.
Soalan yang kedua, pindaan kepada Perlembagaan Negara dan
pindaan kepada Akta Pengambilan Balik Tanah dalam penggal yang lepas
di Parlimen ini tidak mengadakan peruntukan untuk mengecualikan
pengambilan tanah terhadap tanah rizab Melayu; bermakna kedudukan
undang-undang sekarang Kerajaan boleh mengambil tanah rizab Welayu
dan memberinya kepada sesiapa sahaja yang mereka suka termasuk
orang-orang bukan Melayu ataupun pihak swasta. Adakah Kerajaan
berhasrat untuk mengkaji semula kedudukan ini bagi mengecualikan
tanah rizab Melayu daripada peruntukan undang-undang yang sedia ada
yang saya maksudkan tadi?
Tuan Mohd. Noh bin Rajab: Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana
yang kita tahu bahawa Kerajaan Barisan Nasional bukanlah satu
Kerajaan yang statik. Dari masa ke semasa kita memang mengkaji
undang-undang yang berkuatkuasa sekarang, sama ada Undang-undang
Tanah Rizab Melayu ataupun Pengambilan Tanah.
Tuan Haji Badruddin bin Amiruldin: Tuan Yang di-Pertua, satu•
soalan sahaja Yang Berhormat. Kalau boleh Yang Berhormat tolong
terangkan di sini, ada kita dapati bahawa tanah-tanah simpanan
Melayu yang berada di dalam kawasan bandar dan tempat yang begitu
berharga dicabut keluar dan digantikan dengan tanah-tanah yang
DR.26.ll.92 -13-
terletak di kawasan-kawasan hulu dan di pinggir-pinggir kampung.
Jadi, ini saya kira akan merugikan orang-orang Melayu. Sudahlah
harga tanah simpanan Melayu itu pihak bank tidak ambil kiraan begitu•
tinggi kalau dibandingkan dengan tanah yang bukan dalam rizab
Melayu. Jadi, kalau boleh, bolehkah Yang Berhormat berikan jawapan,
adakah banyak perkara-perkara seperti ini berlaku?
Tuan Mohd. Noh bin Rajab: Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana
yang saya cuba terangkan tadi bahawa apabila sesuatu bidang tanah
itu dikeluarkan daripada statusnya sebagai rizab Melayu, Kerajaan
Negeri hendaklah menggantinya dengan tanah yang similar in
character, dengan izin, yang sama. Oleh yang demikian, terdapat
beberapa Kerajaan -Negeri lagi yang sehingga kini terhutang bagi
merizab Melayukan tanah-tanah negeri itu kerana penukaran status
tanah itu tadi. Jadi, mungkin untuk makluman Yang Berhormat,
Kerajaan Negeri Kelantan masih lagi terhutang, kalau boleb saya
gunakan perkataan "hutang" itu, 8,183.53 hektar yang belum diganti.•
Pihakberkuasa Negeri sedang mengambil langkah-langkah untuk
menggantikannya - sedang mengambil langkah-langkah, Yang Berhormat.
BANTUAN KEBAJIKAN MASYARAKAT DI NEGERI PERAK
7. Dato' Haji Mohd. Zihin bin Haji Mohd. Hassan minta MenteriPerpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat menyatakan:
(a) berapa ramaikah orang-orang miskin yang mendapatbantuan 'welfare' kebajikan setakat 1.10.1992 dinegeri Perak Darul Fidzuan; daa
(b) bolehkah Kementerian memberitahu sebab-sebabkenapakah permohonan-permohonan yang disampaikankepada pegawai-pegawai kebajikan negeri kurangmendapat layanan. Apakah langkah-langkah yangdiambil berhubung dengan perkara ini dalam renunganerti kata masyarakat penyayang.
DR.26.11.92 -14-
Setiausaha Parlimen Kementerian Perpaduan Negara dan
Pembangunan Masyarakat [Tuan Yong Khoon Seng]: Tuan Yang di-Pertua,
(a) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi tahun 1992,
iaitu bagi tempoh daripada Januari sehingga Ihb
Oktober tahun ini, sebanyak 7,096 kes telah menerima
bantuan kebajikan masyarakat di negeri Perak Darul
Ridzuan.
(b) Setiap permohonan untuk mendapatkan bantuan dan
perkhidmatan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah
diberi layanan oleh pegawai-pegawai Kebajikan
Masyarakat. Adalah tidak betul permohonan kurang
mendapat layanan. Walau bagaimanapun, oleh kerana
pegawai-pegawai Kebaikan Masyarakat di negeri-negeri
dan daerah-daerah mendapat banyak permohonan dari
masa ke semasa dan bilangan pegawai yang terhad, maka
kelambatan tidak dapat dielakkan kerana setiap
permohonan dikaji mengikut keutamaan,
Keutamaan tersebut boleh dikategorikan seperti
berikut:-
(i) Kes-kes kecemasan seperti malapetaka,
kebakaran atau banjir yang memerlukan tindakan
segera;
(ii) mengikut tahap kecemasan dan seriusnya sesuatu
kes itu seperti kes-kes penderaan terhadap
kanak-kanak dan kes-kes yang memerlukan
tindakan Mahkamah terhadap perlindungan wanita
dan gadis; dan
DR.26.11.92 -15-
(iii) bagi kes-kes yang lain adalah mengikut giliran yang
dahulu didahulukan. Bagaimanapun, dalam apa jua
keadaan, pegawai-pegawai Kebajikan Masyarakat di-
perlukan bertugas mengikut peraturan, arahan dan
prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan.
Tuan Lau Dak Kec: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.
Bolehkah Yang Berhormat Setiausaha Parlimen memberitahu Dewan ini
adakah kriteria yang berbeza-beza untuk mendapatkan bantuan daripada
program orang-orang miskin di bawah bantuan ini, sebab orang miskin
yang tinggal di bandar mungkin agak berbeza dengan orang miskin yang
tinggal di kampung. Pendapatannya pun berbeza dan taraf kehidupan
pun berbeza sangat. Oleh kerana itu, apakah kriteria untuk menentu-
kan di mana mereka layak mendapat bantuan daripada Kementeriannya?
Tuan Yong Rhoon Seng: Tuan Yang di-Pertua, memang kita ada
peraturan di mana tahap kemiskinan ditetapkan, tetapi saya tidak ada
angka di sini. Kita ada skim-skim untuk membantu orang miskin atau
orang yang kurang bernasib baik seperti kita ada bantuan kanak-
kanak, bantuan orang tua, elaun pekerja orang cacat, bantuan cermin•
mata dan sebagainya. Kita memang ada peraturan yang tetap.
Tuan Chor Chee Heung: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.
Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat; Setiausaha Parlimen,
apakah khususnya kriteria supaya seorang miskin boleh mendapat
bantuan ataupun dalam perkataan lain, apakah definisi miskin di
sini? Adakah ini bersama dengan detinisi bagi maksud program PPRT,
iaitu Program Rakyat Termiskin?
DR.26.11.92 -16-
Yang kedua, jika seorang layak untuk mendapat bantuan daripada
Jabatan Kebajikan Masyarakat, berapakah jumlah wang yang orang itu
layak mendapat pada tiap-tiap bulan?
Tuan Yong Khoon Seng: Tuan Yang di-Pertua, ada dua kategori
bantuan yang diberikan; ada bantuan yang diberi secara bulanan dan
ada juga bantuan yang diberi sekaligus untuk kecemasan. Saya tak
ada angka-angka di sini, saya akan menjawab secara bertulis kepada
Yang Berhormat.
PELANCONGAN - GALAKAN DAN PROMOSI
8. Tuan Haji Ibrahim bin Jendol minta Menteri Kebudayaan,Kesenian dan Pelancongan menyatakan:
(a) apakah peningkatan dan perkembangan industripelancongan negara setakat hari ini hasil darikempen dan promosi pelancongan yang telah dilakukanoleh Kementerian;
(b) bilangan pelancong luar negara sejak 5 tahun yanglepas dibandingkan dengan negara-negara ASEAN yanglain; dan
(c) apakah penemuan kawasan-kawasan atau produk-produkpelancongan terbaru yang diperolehi olehKementerian yang boleh menarik ramai pelancong-pelancong.
Setiausaha Parlimen Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan
Pelancongan [Dato' Abdul Raman bin Suliman]: Tuan Yang di-Pertua,
(a) Tidak dapat dinatikan bahawa usaha-usaha
penggalakan dan promosi yang telah dijalankan oleh
DR.26.11.92 -17-
Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan
Malaysia telah secara langsung menyumbang kepada per-
tumbuhan dan perkembangan industri pelancongan di.
negara ini. Ini jelas terbukti dengan bertambahnya
kedatangan pelancong-pelancong dan jumlah pendapatan
pertukaran wang asing terutamanya pada tahun Kempen
Melawat Malaysia Tahun 1990.
(b) Bagi tahun 1987, Malaysia telah menerima bilangan
ketibaan pelancong yang ketiga ramainya iaitu 3.36
juta orang berbanding dengan negara-negara ASEAN yng
lain. Dua negara yang mengatasi Malaysia pada tahun
tersebut iaitu tahun 1987 adalah negara Thailand dan
Singapura. Bagi tahun 1988, Malaysia masih lagi men-
duduki tempat ketiga dengan mendapat 3.62 juta orang
pelancong iaitu negara kita masih di belakang
Singapura dan Thailand. Walau bagaimanapun, arah
aliran ini mula berubah pada tahun 19.89 apabila
Malaysia telah mula mendahului negara-negara ASEAN
lain iaitu dengan kedatangan pelancong sebanyak 4.85
juta orang pelancong; diikuti oleh Singapura iaitu
4.83 iuta orang; Thailand 4.8 juta orang Indonesia
1.6 juta orang pelancong; dan Filipina 1.2 juta orang
pelancong.
DR.26.11.92 - 18 -
Tahun Melawat Malaysia 1990 pula telah memperkukuhkan
kedudukan Malaysia dengan mendapat 7.45 juta orang
pelancong. Jika kita bandingkan dengan negara-negara
lain, iaitu negara Singapura mendapat 5.3 juta orang
pelancong, Thailand 5.3 juta orang pelancong,
Indonesia 2.2 juta orang pelancong dan Filipina l
juta orang pelancong. Bagi tahun 1991, Malaysia
masih berada di tangga teratas dengan kedatangan
pelancong seramai 5.85 juta orang pelancong
berbanding dengan negara-negara ASEAN yang lain di
mana Singapura 5.4 juta orang pelancong, Thailand 5.1
juta orang pelancong, Indonesia 2,5 juta orang
pelancong dan Filipina 850,000 orang pelancong.
(c) Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan
Malaysia telah mengenal pasti produk-produk terbaru
pelancongan yang boleh diusahakan untuk menjadi
tarikan pelancong iaitu:-
(i) pembangunan kawasan-kawasan kolam air panas;•
(ii) pembangunan kampung-kampung nelayan, ladang-
ladang, dusun-dusun buah dengan tujuan memper-
kenalkannya sebagai industry agro-tourism;
(iii.) pembangunan tasik-tasik dan empangan-empangan
sebagai tempat peranginan untuk pelancong-
pelancong khususnya pelancong-pelancong
tempatan.
DR.26.ll.92 - 19 -
Dato' Haji Mohammad Abu Bakar bin Rautin Ibrahim: Tuan Vang
di-Pertua, soalan tambahan. Sebentar tadi Yang Berhormat Setiausaha
Parlimen telah menerangkan rancangan-rancangan yang telah dijalankan
oleh pihak Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan untuk
menarik lebih ratnai pelahcong-pelancong datang ke Malaysia. Baru-
baru ini kita dapat membaca dari akhbar-akhbar kenyataan Yang Amat
Berhormat Timbalan Perdana Menteri berkenaan dengan satu kenyataan
yang menyatakan bahawa pelancong-pelancong dari setengah-setengah
negara yang hendak daLang ke Malaysia hendaklah menyediakan penaja-
penaja (sponsors). Jadi saya ingin tahulah mengenai hal ini oleh
sebab ini menimbulkan kekeliruan daripada kalangan setengah-secengah
pibak - bukan daripada pihak sayalah, saya tidak keliru. Jadi saya
ingin tahulah apakah maksud yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat
Timbalan Perdana Menteri itu dan jika tidak diberi penjelasan yang
secukupnya, adakah ini akan menjejaskan bilangan pelancong yang akan
datang ke negara kita pada tahun hadapan dan juga Tahun Melawat
Malaysia 1994?
Soalan yang kedua, Tuan Yang di-Pertua, untuk Tahun Melawat
Malaysia 1994, saya ingin tahu apakah persediaan-persediaan dari
segi promosi yang telah dan sedang dijalankan oleh pihak Kementerian
dan apakah matlamat-matlamatnya dari segi bilangan pelancong yang
kita harapkan dan dari segi hasil kepada negara pada tahun 1994.
Dato' Abdul Raman bin Suliman: Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya
kenyataan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri mengenai
perlunya sponsor untuk pelancong-pelancong yang akan datang ke
DR.26.11.92 - 20 -
Malaysia, pada pandangan Kementerian, tidak akan menjejaskan
kedatangan pelancong-pelancong. Kerana kita tahu bahawa pelancong-
pelancong yang datang, sama ada mereka diuruskan secara berkumpulan
ataupun sama ada mereka yang datang ke sini secara persendirian,
semuanya, pertama sekali bagi mereka yang datang secara berkumpulan,
sudah tentulah diuruskan oleh agensi-agensi pelancongan dan mereka
sebenarnya benar-benar datang ke sini untuk tujuan melancong. Jadi
jika adapun syarat ini, maka sudah tentulah agensi pelancongan dapat
mempastikan bahawa kumpulan-kumpulan ini datang ke sini dengan
tujuan untuk melancong dan mereka akan balik ke negara masing-masing
apabila selesai lawatan mereka ke negara kita.
Yang kedua, mereka yang lain datang sama ada untuk menghadiri
seminar ataupun perniagaan, sudah tentu juga mereka diperlukan oleh
pihak yang menguruskan sama ada seminar ataupun perniagaan mempasti-
kan bahawa mereka datang sini dengan tujuan akhirnya akan balik ke
negara mereka. Jadi perkara yang ditimbulkan oleh Yang Amat
Berhormat Timbalan Perdana Menteri, ini pada pandangan Kementerian,
tidak akan menjejaskan kedatangan pelancong yang sebenar. Tetapi ia
akan menyekat mereka yang datang ke sini bukan dengan tujuan untuk
melancong. Jadi ini tidaklah akan menimbulkan sebarang masalah
kepada industri pelancongan negara kita.
Yang ketiga, Yang Berhormat telah juga menimbulkan iaitu apakah•
persediaan bagi Tahun Melawat Malaysia 1994. Untuk makluman Ahli
Yang Berhormat, kita telahpun sebenarnya menjalankan kempen-kempen.
DR.25.ll.92 - 21 -
Pada peringkat mulanya kita telahpun melancarkan permulaan kempen
Tahun Melawat Malaysia 1994 pada bulan Ogos yang lalu. Kita telah-
pun membekalkan sama ada penerbangan, kepada pihak Pejabat-pejabat
Lembaga Penggalakan Pelancongan kita di luar negeri dan juga dengan
kedutaan-kedutaan di luar negeri iaitu brochures dan sebagainya
serta iklan-iklan supaya mereka juga dapat memberi maklumat bahawa
tahun 1994 merupakan Tahun Melawat Malaysia bagi negara kita.
Di samping itu, kita juga telahpun sebenarnya mengambil tinda-
kan menjemput wartawan-wartawan asing dan juga penulis-penulis
pelancongan datang ke negara kita dengan kita memilih daripada
negara-negara yang kita kenalpasti supaya pelancong-pelancong ramai
datang ke negara kita, iaitu negara-negara yang telahpun kita kenal-
pasti sebagai negara yang kita beri keutamaan. Dengan diadakan
seminar-seminar ini kepada wartawan-wartawan, kita harap apabila
mereka balik mereka dapat menghebahkan iaitu Malaysia sekali lagi
akan melaksanakan Tahun Melawat Malaysia.
Di samping itu juga, di peringkat Kementerian kita sendiri,
bersama-sama dengan agensi-agensi Kerajaan yang lain, melalui
Kementerian-kementerian yang lain, kita telahpun menubuhkan
jawatankuasa-jawatankuasa yang akan mempastikan pelaksanaan acara-
acara bagi Tahun Melawat Malaysia 1994. Sekarang ini kita telahpun
kenalpasti sebanyak 160 acara yang telah kita sediakan dan akan kita
tentukan acara-acara ini tidak akan juga dipinda tarikh-tarikhnya
dan dimasukkan sebagai 'calendar of events' bagi menyenangkan
agensi-agensi pelancongan mengaturkan pakej.
DR.26.11.92 - 22 -
Satu perkara baru dalam Tahun Melawat Malaysia 1994 ini, untuk
makluman Yang Berhormat, ialah kita juga telahpun meminta kerjasama
daripada agensi-agensi pelancongan dalam negeri kita bersama-sama
dengan agensi-agensi pelancongan luar negeri untuk mengaturkan
pakej-pakej pelancongan. Jadi kalau tahun 1990 dahulu kita tidak
mengaturkan, tetapi pada tahun 1994 kita "mengaturkan pakej-pakej
yang mana kita mahu supaya agensi-agenst pelancongan ini akan
membawa pelancong-pelancong, dan mereka telahpun mengaturkan perkara
ini. Jadi kita harap bahawa matlamat kita untuk membawa pelancong
lebih ramai lagi di mana matlamat kita ialah untuk menambahkan 10%
setiap tahun, bilangan pelancong-pelancong ke negara kita. Di
samping itu mereka juga kita harap akan dapat tinggal lebih lama di
dalam negara kita dan berbelanja lebih.
DR.26.11.92 -23-
Inilah matlamat yang kita harapkan bagi kempen Tahun Melawat
Malaysia 1994. Di samping itu, tambahan strategi baru iaitu kita
menggalakkan kegiatan pelancongan dalam negeri (domestic tourism).
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji
Mahiruddin]: Yang Berhormat Tuan Chian Heng Kai.
Tuan Chian Heng Kai: Tuan Yang di-Pertua, ada sedikit
perabetulan. Oleh kerana ada beberapa perkataan hilang selepas baris
yang kelima, bahagian (a) pertanyaan saya, iaitu perkataan-perkataan
ialah "masuk kolej itu dan sekiranya kolej itu menerima murid-
murid".
Tuan Yang di-Pertua, saya baca sekali soalan yang sebenarnya,
iaitu:
"(a) satna ada benar bahawa Kerajaan Barisan Nasional
tidak mengizinkan Kolej Tunku Abdul Rahman
mengiktirafkan Sijil Peperiksaan Bersama
Sekolah-sekolah Menengah Persendirian Cina
Malaysia sebagai salah satu kelayakan untuk•
murid-murid masuk kolej itu dan sekiranya kolej
itu menerima murid-murid yang merapunyai Sijil
tersebut itu, segala bantuan Kerajaan akan
dibatalkan; jtka ya, mengapa; dan"
Tuan Yang di-Pertua, soalan saya yang ke 9.
DR. 26. 11. 92 -24-
TUNKU ABDUL RAHMAN - BANTUAN KEWANGAN
9. Tuan Chian Heng Kai minta Menteri Pendidikan menyatakan:-
(a) sama ada benar bahawa Kerajaan Barisan Nasionaltidak mengizinkan Kolej Tunku Abdul Rahmanraengiktirafkan Siji.1 Peperiksaan BersamaSekolah-sekolah Menengah Persendirian CinaMalaysia sebagai salah satu kelayakan untukmurid-murid masuk kolej itu dan sekiranya kolejitu menerima murid-murid yang mempunyai Sijiltersebut itu, segala bantuan Kerajaan akandibatalkan; jika ya, mengapa; dan
(b) adakah Kolej Tunku Abdul Rahman pernah memohonmembuka Pusat Pengajian Bahasa Tionghua; jikatidak, sama ada Kerajaan akan membenarkan iamembuka Pusat ini , jika tidak, meagapa.
Timbalan Menteri Pendidikan [Dr Leo Michael Toyad] : Tuan Yang
di-Pertua,
(a) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan tidak pernah
mengaitkan bantuan kewangan kepada Kolej Tunku Abdul
Rahman (TAR) dengan syarat menghalangkan pengiktirafan
Sijil Bersama (Unified Examination) Sekolah-sekolah
Menengah Swasta Bahasa Cina (Chinese Independent High
Schools) . Peruntukan kewangan yang diberi kepada Kolej
TAR adalah bergantung kepada kemampuan kewangan Kerajaan
dan selaras dengan dasar yang ditetapkan oleh Kerajaan
dari 'semasa 'ke semasa.
Sebenarnya kemasukan pelajar ke Kolej TAR ini adalah
berdasarkan keputusan peperiksaan SPM atau STPM, juga
kesesuaian dengan bidang kursus yang akan diambil oleh
DR.26.11.92 -25-
pelajar, sama aepertimana yang dijalankan di semua
institusi pengajian tinggi tempatan yang lain. Perkara
ini telahpun diputuskan oleh Majlis Kolej berkenaan. Oleh
yang demikian, perkara yang dibangkitkan tersebut tidak
timbul.
( b ) . Mengikut rekod Kementerian Pendidikan, Kolej Tunku Abdul
Rahman tidak ada memohon untuk menubuhkan Pusat Pengajian
Bahasa Tionghua. Sebenarnya ia lebih menekankan
kursus-kursus separa profesional dan profesional seperti
sasteca, iktisas, sains gunaan dan teknologi. Walau
bagaimanapun, program Pengajian Bahasa Cina boleh didapatt
di Universiti Malaya dan Jabatan berkenaan. mampu untuk
menampung permintaan pelajar-pelajar untuk mengikuti
pengajian Bahasa Cina di universiti berkenaan,
Tuan Haji Ibrahim bin Ali: Tuan Yang di-pertua, saya ingin
mengetahui sebab Kolej Tunku Abdul Rahman ini sering mendapat
perhatian daripada pihak Parti Pembangkang kerana timbul berbagai
masalah, termasuklah persoalan yang dibangkitkan dalam soalan pada•
hari ini. Bagi mengatasi semua masalah yang dihadapi oleh Kolej
Tunku Abdul Rahman, termasuklah masalah yang dibangkitkan ini,
apakah Kerajaan bercadang untuk menyerapkan Kole j Tunku Abdul Rahman
sebagai suatu institusi yang dipunyai penuh oleh Kera jaan . Er t inya
diserapkan di bawah Akta Univecsiti dan Kolej supaya tidak
berbangkit lagi 'masalah bantuan, pengiktirafan dan selaras dengan
dasar Kerajaan di mana perlantikan dan seumpamanya dibuat oleh•
Kementerian Pendidikan dan t idak sebagai institusi swasta yang
diamalkan sekarang ini?
DR.26.11.92 -26-
Dr Leo Michael Toyad: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman
Ahli Yang Berhormat, saya tidak tahu apa sebabnya pihak Pembangkang
sentiasa menyoalkan mengenai kolej ini, tetapi pada masa kini kita
merasakan Kolej Tunku Abdul Rahman ini tidak ada masalah untuk
melaksanakan program masing-masing dan cuma masalah adalah di
sebelah Pembangkang sahaja. [Ketawa]
Dr Kua Kia Soong: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.
Kecuali orang yang berfikir seperti katak di bawah tempurung,
[Tepuk] kita boleh nampak di seluruh dunia pada hari ini tiap-tiap
negara, Australia, Kanada, Amerika Syarikat, Britain dan di mana-
mana telahpun mengiktirafkan sijil daripada Chinese- Independent
Schools ini, kecuali Kerajaan Malaysia. Ini adalah satu skandal.
[Disampuk] Di tiap-tiap negara di seluruh dunia telah mengiktiraf-
kan satu sijil dari sekolah-sekolah di Malaysia, kecuali negara
ini. Saya ingin tahu adakah komponen Parti Barisan Nasional seperti
MCA, GERAKAN pernah buat permohonan di dalam Kabinet atau di mana-
raana 'corridors of power, dengan izin, untuk izinkan murid-murid
dari sekolah-sekolah persendirian Cina masuk ke pusat pengajian
tinggi di sekolah ini, barangkali kalau mereka ada lulus satu ujian
bahasa atau apa?
Dr Leo Michael Toyad: Tuan Yang di-Pertua, saya tidak
memahami soalan Ahli Yang Berhormat ini. Cuma beliau telah menyata-
kan bahawa kalau kita melihat atau menjelajah seluruh dunia, tetapi
sebclum beliau menjelajah ke seluruh dunia, kalau boleh, Ahli Yang
Berhormat mungkin boleh mengkaji semula sejarah dan pembentukan
DR.26.11.92 -27-
negara kita ini, termasuk juga pembentukan Dasar Pendidikan Negara
kita. [Tepuk]
Tuan Chian Heng Kai: Soalan tambahan....
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji
Mahiruddin]: Cukup!
BALAI POLIS DAERAH MACHANG - PEMBINAAN
10. Tuan Ahmad Shukri bin Haji Hassan minta Menteri Dalam Negerimenyatakan, memandangkan Balai Polis Daerah Machang adalah kecil danlama, adakah Kerajaan bercadang untuk membina Balai Polis yang barudi Daerah Machang, jika tidak, mengapa.
Setiausaha Parlimen Kementerian Dalam Negeri [Tuan Ong Ka
Ting]: Tuan Yang di-Pertua, jawapannya ialah ya. Kementerian ini
bercadang untuk membina sebuah Komplek Ibu Pejabat Polis Daerah yang
baru bagi menampong penambahan pegawai dan anggota. Usaha-usaha
sedang dibuat untuk mendapat tapak tanah yang sesuai untuk tujuan
tersebut.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji
Mahiruddin]: Yang Berhormat Tuan Maidom p. Pansai.
[Soalan No. 11 Y.B. Tuan Maidom P. Pansai tidak hadir)
Tinbalan Yang di-Pertua (Tuan Haji Juhar bin Haji*
Mahiruddin): Yang Berhormat Tuan Joseph Voon Shin Choi.
(Soalan No. 12 Y.B. Tuan Joseph Voon Shin Choi tidak hadir)
Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Haji Juhar bin Haji
Mahiruddin): Yang Berhormat Tuan Nurnikman Abdullah.
(Soalan No. 13 Y.B. Tuan Nurnikman bin Abdullah tidak hadir)
DR.26.11.92 -28-
SEKOLAH POLITEKNIK DI SARAWAK - CADANGAN PEMBINAAN
14. Tuan James Jimbun Anak Pungga minta Menteri Pendidikanmenyatakan:-
(a) berapakah jumlah sekolah politeknik di negaraini; dan
(b) adakah Kementerian bercadang untuk membinasebuah sekolah politeknik di kawasan RajangBasin di Sarawak.
Dr Leo Michael Toyad: Tuan Yang di-Pertua,
(a) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah politeknik di
seluruh negara sekarang ialah sebanyak 7 buah.
(b) Negeri Sarawak telahpun mempunyai sebuah politeknik iaitu
di Kuching. Politeknik ini masih boleh menampung
keperluan bagi negeri Sarawak pada masa kini. Oleh itu,
buat masa ini tidak ada rancangan untuk membina sebuah
lagi politeknik tambahan.
Tuan Lim Guan Eng: Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bertanya
Yang Berhormat Timbalan Menteri sama ada boleh berikan senarai penuh
jumlah sekolah politeknik di negara ini dan juga di manakah
tempatnya, kerana ada sebuah politeknik di negeri Johor di mana
sungguhpun ia sudah siap dibina tetapi masih tidak boleh digunakan
oleh kerana dilaporkan bahawa politeknik itu tidak selamat. Adakah
ini benar dan bukankah ini satu pembaziran wang negara kerana
berjuta-juta ringgit telah dibelanjakan untuk membina politeknik
ini? Apakah cadangan Kerajaan untuk politeknik yang terbengkalai di
negeri Johor ini?
DR.26.11.92 -29-
Dr Leo Michael Toyad: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman
Ahli Yang Berhormat, walaupun soalan ini terkeluar dari kawasan
Sarawak, bahawa politeknik yang dimaksudkan oleh Ahli Yang Berhormat
itu memang ada serba-sedikit masalah teknikal, tetapi pada masa kini
kita telah menaikkan taraf politeknik itu untuk menjadi satu pusat
di mana kita juga melatih guru-guru politeknik di seluruh negara.
Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Tuan Yang di-Pertua, saya
hendak bertanya soalan yang orang tak tanya. Tahun yang lepas saya
pernah bertanya berhubung dengan matapelajaran diajar di politeknik
di Kuching, saya juga berterima kasih oleh kerana politeknik ini
memang diwujudkan.
DR.26.11.92 -30-
Soalan saya ialah sama ada matapelajaran Wood Technology dan
Petroleum Engineering diajar di politeknik ini. Kalau tidak, kenapa
tidak dan bilakah rancangan untuk mengadakan matapelajaran tersebut
diadakan? Itu soalan yang pertama.
Yang kedua, ini perkara anih sedikit. Baru-baru ini saya
menerima banyak laporan yang mengatakan Politeknik Kuching ini
berhantu (haunted)! Jadi, adakah Kementerian sedar, dan kalau
tidak, adakah ingin membuat satu penyelidikan sapaya khabar-khabar
angin ini. tidak merebak ke sana-sini dan menakutkan orang untuk
pergi ke politeknik tersebut?
Dr. Leo Michael Toyad: Tuan Yang di-Pertua, untuk maklumat
Ahli Yang Berhormat, Kementertan Pendidikan diketuai oleh Menteri.
Pendidikan sendiri telahpun berbincang dengan Kerajaan Negeri
ataupun Kementerian yang berkenaan di negeri Sarawak mengenai
kursus-kursus yang perli mengikut keperluan pembangunan industri di
negeri Sarawak dan begitu juga di mana-mana negeri mengikut
keperluan untuk membangunkan industri-industri menurut Pelan Induk
Negeri berkenaan dan Kerajaan Persekutuan .
Mengenai soalan yang kedua itu, mungkin kita belum ada
kemudahan untuk mengkajikan sama ada, ada hantu atau tidak.
Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Haji Juhar bin Haji
Mahiruddin): Yang Berhormat Dr. T. Marimuthu.
(Soalan No. 15 - Y.B. Dr. T. Marimuthu tidak hadir)
DR.26.11.92 -31-
DOKTOR/DOKTOR PAKAR/JURURAWAT/PEMBANTU KESIHATAN - BILANGAN
16. Datuk Haji Basri bin Bajuri minta Menteri Kesihatan menyatakan:
(a) bilangan doktor dan doktor pakar mengikut bidang dankekurangannya hingga tahun 2000;
(b) bilangan jururawat hari ini dan keperluannya pada tahun2000; dan
(c) bilangan pembantu kesihatan hari ini dan keperluan padatahun 2000.
Timbalan Menteri Kesihatan (Dato Mohamed Farid bin
Ariffin): Tuan Yang di-Pertua,
(a) Pada masa ini, di Kementerian Kesihatan, bilangan doktor
ialah 2,623 orang dan doktor pakar ialah 461 orang.
Menjelang tahun 2000 kekurangan yang dijangka adalah 287
orang doktor dan 159 orang doktor pakar.*
(b) Bilangan jururawat terlatih (trained staff nurse) di
Kementerian Kesihatan ialah 10,403 orang, tidak termasuk
assistant nurse. Menjelang tahun 2000 keperluan yang
dijangka ialah seramai 21,372 orang.
(3) Bilangan pembantu kesihatan atau pembantu perubatan di
Kementerian Kesihatan ialah 3,681 orang. Menjelang tahun*
2000 keperluan yang dijangka ialah seramai 5,062 orang.
DR.26.11.92 -32-
Dato Dr. Affifudin bin Haji Omar: Tuan Yang di-pertua, soalan
tambahan. Adakah kekurangan doktor-doktor pakar di negara ini
sebahagiannya disebabkan oleh ketidak mampuan pusat-pusat latihan
seperti di Universiti Hospital di Malaysia ini untuk menampung
kehendak itu? Dan apakah kita hanya berkiblat kepada
kemudahan-kemudahan di United Kingdom sahaja untuk melatih doktor
pakar dan mengapa tidak ditujukan kepada pusat-pusat lain seperti di
Amerika Syarikat dan juga di Eropah ataupun pusat-pusat yang lebih
murah di India dan Pakistan?
Dato Mohamed Farid bin Ariffin: Tuan Yang di-Pertua, kita*
tidak menafikan bahawa universiti-universiti tempatan mampu untuk
melatih sebanyak mungkin doktor untuk keperluan negara. Tetapi*
seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat, memang betul kebanyakan
daripada doktor-doktor kita terlatih di pusat-pusat pengajian tinggi
tradisional seperti di U.K. dan universiti-universiti di Australia,
New Zealand dan sebagainya.
Tetapi akhir-akhir ini kita telahpun mula berfikir supaya
anak-anak kita dapat dihantar ke tempat-tempat lain. Hanya kita
sedang mencari jalan bagi mendapatkan pengiktirafan untuk
sijil-sijil kedoktoran daripada pusat-pusat pengajian ini. Walau
bagaimanapun, jika sekiranya mereka pergi ke tempat-tempat ini
seperti. India dan beberapa universiti-universiti kedoktoran yang
lain, mereka tertakluk di bawah Seksyen 13 Medical Act yang
DR.26.11.92 -33-
memerlukan mereka menduduki satu peperiksaan yang menentukan taraf
mereka itu sama ataupun tinggi seperti doktor di negara kita.
Tuan Tan Kok Wai: Soalan tambahan, Tuan Yang di-Pertua. Saya
ingin bertanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah rancangan
yang diambil oleh Kerajaan bagi mencapai matlamat sedunia Bangsa-
Bangsa Bersatu iaitu, dengan izin, "Health for all for the year
2000, sebab saya dengar apa yang dijawab oleh Yang Berhormat tadi
bahawa masalah kekurangan doktor, doktor pakar dan jururawat akan
berterusan nampaknya menjelang tahun 2000. Macam mana Kementerian
dapat meyakinkan kita bahawa matlamat ini akan tercapai. dengan
masalah tersebut?
Dato Mohamed Farid bin Ariffin: Tuan Yang di-Pertua, pada
peringkat awalnya, mungkin ramai orang kurang faham tentang falsafah
perkhidmatan perubatan di negara kita ini. Sekarang ini kita sedang
melihat ke arah falsafah baru iaitu falsafah, dengan izin, the*
creatlon of health vis-a-vis the creation of health care, yang
mungkin berbeza daripada pendekatan-pendekatan lama. Oleh kerana
itulah maka falsafah ini telahpun dicadangkan oleh WHO untuk kita
mengamalkan di Malaysia dan sehingga kelmarin kita di Kementerian
telahpun bersetuju pada dasarnya supaya kita mengamalkan falsafah
pendekatan baru ini iaitu, dengan izin, "the creation of health as
opposed to the creation of health care".
Oleh kerana itulah maka jika sekiranya kita sentiasa hanya
untuk menampung kekurangan doktor, kita mungkin tidak dapat•
menampung selama-lamanya. Kerana the demand, Tuan Yang di-Pertua,
untuk services ataupun perkhidmatan perjawatan ini sentiasa
meningkat hinggakan kadang-kadang ia terlalu laju dan kadang-kadang
DR.26.11.92 -34-
lebih cepat dari-pada supply.
Walau bagaimanapun, kita telahpun mengambil langkah-langkah
sampingan seperti menggalakkan penubuhan hospital-hospital swasta
tanpa mungkin menjejaskan penumbuhan hospital-hospital Kerajaan.
Walau bagaimanpaun, jika sekiranya Ahli Yang Berhormat membaca
Rancangan Malaysia Keenam Kementerian, Kesihatan, Ahli Yang Berhormat
mesti dapat melihat bahawa rancangan kita dalam penubuhan
hospital-hospital baru adalah lebih daripada yang kita telah
jangkakan dan telahpun kita diberi peruntakan yang agak besar dalam
hal ini. oleh kerana itulah, maka dalam tahun 2000 berkemungkinan
besar kita dapat memenuhi, jika tidak sepenuhnya sebahagian daripada
hasrat falsafah kesihatan iaitu "health for all".
Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Haji Juhar bin Haji
Mahiruddin): Yang Berhormat Tuan Michael Asang.
(Soalan No. 17 - Y.B. Tuan Michael Asang tidak hadir]
KEKURANGAN TENAGA KERJA DI SEKTOR PERLADANGAN DAN PEMBINAAN
18. Tuan Abdol Mulok bin Awang Damit minta Menteri Sumber Manusiamenyatakan:-
(a) apakah benar negara ini mengalami masalah kekurangantenaga kerja di sektor perladangan dan pembinaan;
(b) berapakah kekurangan yang dianggarkan mengikuit sektor dannegeri;
(c) apakah usaha Kerajaan bagi mengatasi masalah ini dalamjangka pendek dan jangka panjang; dan
(d) berapakah jumlah pekerja asing yang bekerja di sektorperladangan dan pembinaan mengikut negeri.
DR.26.11.92 -35-
Timbalan Menteri Sumber Manusia [Dato' M. Mahalingam]; Tuan
Yang di-Pertua, menjawab soalan:
(a) adalah benar bahawa negara ini mengalami masalah
kekurangan tenaga kerja di sektor perladangan dan
pembinaan.
(b) adalah sukar untuk menyatakan dengan tepat atau meng-•
anggarkan jumlah sebenar kekurangan pekerja-pekerja di
kedua-dua sektor tersebut memandangkan bilangan dan
kedudukan tenaga kerja bagi. sektor-sektor itu sentiasa
berubah. Walau bagatmanapun, pihak Kementerian ada mem-
punyai petunjuk-petunjuk tertentu untuk dapat meraberi*
gambaran mengenai kekurangan pekerja di sektor perladangan
dan pembinaan. Petunjuk ini termasuklah bilangan jawatan
kosong yang diLaporkan oleh majikan-majikan kepada Jabatan
Tenaga Rakyat. Dalam tempoh enam bulan pertama tahun
1992, sebanyak 4,176 jawatan kosong di sektor perladangan
dan 864 jawatan kosong di sektor pembinaan telah dilapor-
kan kepada jabatan tersebut di bawah Kementerian Sumber
Manusia.
DR.26.11.92 -36-
(c) Di antara usaha-usaha yang telah dijalankan oleh Kerajaan
bagi raengatasi masalah tersebut adalah seperti bertkut:-
(i) membantu majikan mendapatkan pekerja daripada
kawasan yang mempunyai lebih tenaga kerja;
(ii) menggesa majikan memberikan kadar upah yang
lebih kompetitif kepada pekerj a-pekerj a dl
samping mengwujudkan suasana kerja yang lebih
balk;
(iii) menggalakkan majikan menyediakan kemudahan
perumahan dan penguatkuasaan bagl memudahkan
mobility buruh dari kawasan-kawasan yang mem-
punyai lebihan tenaga kerja;
(iv) memperluaskan penggunaan tenaga kerja asing
di sektoc tersebut;
(v) mengecuaLikan penduduk-penduduk tetap dan
pemegang-pemegang kad pengenalan merah
daripada mendapatkan permit kerja di bawah
Akta Sekatan Kerja 1968.
DR.26.11.92 - 37 -
(vi) menambahkan pengambilan pelatih oleh sepuluh buah
Institut Latihan Perindustrian di bawah kelolaan
Kementerian Sumber Manusia untuk mengatasi masalah
kekurangan tenaga kerja mahir.
Pengusaha-pengusaha sektor pertanian dan. perladangan
adalah juga digalakkan supaya berusaha untuk memoden dan
meningkatkan. penggunaan jentera dalam proses pengeluaran.
mereka supaya tidak terlalu bergantung kepada penggunaan
tenaga bnruh yang banyak.
(d) Mengikut rekod Jabatan Imigresen, jumlah pekerja asing yang
bekerja di sektor perladangan dan pembinaan adalah seperti
berikut:
WARGANEGARA(negara)
Indonesia
Thailand
Bangladesh
Myanmar
India
Pakistan
Lain-lain
PERLADANGAN(orang)
88,743'
14,029
2,514
409
431
85
34
BINAAN(orang)
183,579
4,927
16,399
8,900
8,046
1,705
1,266
Jumlah 106,245 224,822
DR.26.11.92 - 38 -
Wan Hanafiah bin Wan Mat Saman: Tuan Yang di-Pertua, soalan
tarabahan. Mendengar jawapaa daripada Timbalan Menteri bahawa begitu
banyaknya pekerja asing di dalam sektor perladangan dan pembinaan,
saya ingin tahu:
(i) adakah pihak Kementerian mengawasi supaya pekerja-
pekerja tempatan yang ingin memasuki dalam bidang
perladangan dan pembinaan ini tidak menghadapi
sebarang halangan? Saya difahamkan bahawa di tempat-
tempat di mana pekerja-pekerja asing bekerja, sama
ada di ladang-ladang atau tempat-tempat pembinaan,
oleh sebab mereka ini terbanyak, pekerja-pekerja
tempatan. tidak langsung mempunyai peluang masuk oleh
kerana di ladang-ladang ini mereka ini sudah jadi
macam 'gangsters' dan pekerja tempatan hendak masuk
sudah tidak boleh;
(ii) saya ingin tahu berkenaan dengan tukang masak
'tomyam' yang berkeliaram di bandar-bandar kita.
Mereka ini masuk dalam golongan mana - perladangan
atau pembinaan?
Dato' M. Mahalingam: Tuan Yang di-Pertua, menjawab kepada
soalan yang kedua dahulu, mereka ini digolongkan kepada pekerja
mahir atau separuh mahir. They are under that category.
Mengenai pekerja-pekerja asing yang bekerja di ladang-ladang,
ada satu cara yang hendak diikuti. Cara itu ialah sebelum seorang
pekerja asing diberi permit nntuk kerja dalam estet ataupun dala.n
dalam industri pembuiaan, pihak maj ikan yang headak melantik warga-
negara asiag itu, memang hendaklah mengikut prosedur yaag ditetap-
kan.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji
Mahiruddin]: Ahli-ahli Yang Berhormat, masa sudah cukup untuk Soal
Jawab.
[Masa untuk Pertanyaan bagi Jawab Mulut telah cukup dan
Jawapan bagi Soalan No,3,11,12,13,15,17 dan 19 hingga 28 akan dimasukkan dalam naskah bercetak kelak]
DR.26.11.92 .- 39 -
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 1993
DAN
USUL
ANGGARAN PEMBANGUNAN 1993
Jawatankuasa
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula
pertimbangan atas "Rang Undang-undang Perbekalan 1993 dan Anggaran
Pembangunan, 1993 dalam Jawataakuasa sebuah-buah Majlis." [Hari
Kelima]
Majlis bersidang dalam Jawatankuasa.
[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawataakuasa]
Maksud B.19 [Jadual] -
Maksud P.19 [Angaran Pembangunan, 1993] -
Tuan Pengerusi [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Bukit
Bintang, sambung. Enam minit sahaja.
3.36ptg.
Tuan Wee Choo Keong [Bukit Bintang]: Tuan Pengerusi, saya akan
sambung ucapan saya kelmarin. Sebagaimana yang saya sebutkan
kelmarin, Bank Pertanian mengenakan caj 3/4% sebagat processing fees,
dengan izin, untuk permohonan pinjaman daripada orang awam. Sama
ada Menteri berkenaan. sedar atau tidak bahawa bank-bank komersil,
walaupun tujuan mereka untuk mendapatkan keuntungan (profit-
orientated), tetapi mereka tidak mengenakan. processing fees ini
kepada pelanggan-pelanggan mereka. Tetapi Bank Pertanian mengenakan
caj yang sebegini kepada pelanggan mereka.
DR.26.11.92 - 40 -
Juga setiap tahun bank komersal mendapat keuntungan. yang besar,
tetapi Bank Pertanian Malaysia mendapat kerugian beratus-ratus juta
ringgit. Saya tidak faham bagaimana Bank Pertanian yang mendapat
kemudahan daripada Kerajaan dari segi undang-undang serta juga
mendapat peruntukan daripada Kerajaan, pada hal bank
komersil tidak mendapat kemudahan daripada Kerajaan, tiap-tiap tahun
Bank Pertanian mendapat. kerugian bukannya sejuta dua juta ringgit
tetapi beratus-ratus juta ringgit. Saya harap Menteri berkenaan.
boleh memberitahu Dewan yang mulia ini kenapa Bank Pertanian yang
mendapat konsesi dan peruntukan daripada Kerajaan tetapi tiap-tiap
tahun Bank Pertanian ini mengalami kerugian beratus-ratus juta
ringgit. Saya harap Menteri berkenaan sedar bahawa tujuan Bank
Pertanian yang ditubuhkan oleh Akta Parlimen ialah untuk pembangunan
pertanian. Oleh yang demikian, kenapakah Kerajaaa tidak mengarahkan
Bank Pertanian untuk menghentikan caj-caj seperti processing fees
ini, oleh kerana ini akan membebankan rakyat.
Saya ada diberitahu bahawa ada pelanggan Bank Pertanian yang
telah membayar processing fees sebanyak RM3,000 ataupun. RM5,000.
Walaupun mereka tidak mendapat pinjaman yang mereka minta tetapi
mereka perlu membayar wang ini. Wang ini akan diforfeited, dengan
izin, jikalau pinjaman mereka tidak diluluskan oleh Bank Partariiaa.
Ini saya rasa tidak adil. Jikalau piajaman mereka tidak dilulnskan,
oleh Bank Pertanian, yang paling adil sekali ialah processiag fees
yang mereka bayar mestilah dipulangkan kepada mereka. Kenapa Bank
Pertanian forfeit wang rakyat jelata? Tujuan Bank Pertanian ialah
DR.26.11.92 - 41 -
untuk membantu rakyat jelata, bukannya mengambil profit sebegini.,
seperti 'day-light robbery', dengan izin Saya harap apa-apa caj
sebeginiyang telah dikenakan kepada pelanggan Bank Pertanian dibayar
balik.
Kedua, mengenai Agoes Salim Sdn. Bhd, saya dimaklumkan bahawa
BPM telah mendapat satu. judgeraent di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
terhadap Agoes Salim Sdn. Bhd. Syarikat ini dikawal oleh Agoes
Salim, seorang bekas pengerusi Bank Pertanian. Judgement ini. ialah
untuk lebih kurang RM8 juta oleh kerana beliau tidak membayar balik
harga penjualan sebuah syarikat yang bernama Syarikat KPM Holdings
Sdn. Bhd.
D R . 2 6 . 1 1 . 9 2 - 42 -
*
Tuan Pengerusi [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Yang
Berhormat, minta gulung.
Tuan Wee Choo Keong: Ya, teriraa kasih. Dan walaupun Bank
Pertanian sudah dapat satu judgement terhadap Agoes Salim Sdn. Bhd.,
setakat hari ini tiada apa-apa tindakan diambil oleh Bank Pertanian
terhadap Agoes Salim. Saya ingin tahu bahawa sama ada Agoes Salun
ini mempunyat pengaruh politik yang besar, dan oleh yang demikian
BPM tak berani mengambil sebarang tindakan yang patut diambil. Saya
juga mahu menarik perhatian Menteri berkenaan janganlah ada satu
double standard di atas banking practise, oleh kerana kalau orang
yang biasa, atau pelanggan yang biasa walaupun mereka hutang $2,000,
$3,000 tindakan akan diambil dengan selanjutnya, tetapi orang yang
besar sebegini, mereka akan diitnmune, dengan izin, daripada tindakan
undang-undang.
Tuan Pengerusi [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Yang
Berhormat.
Tuan Wee Choo Keong: Saya hendak gulung, sedikit lagi.
Tuan Peagerusi [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Masa
sudah cukup.
Tuan Wee Choo Keong: Laporan tahunan BPW (Bank Pertanian) yang
paling terakhir sekali ialah tahun 1989. Sekarang kita sudah
menjeLang akhur tahun 1992, dan pada hari ini Laporan tahunan tahun
1990 dan 1991 belum dibentangkan di dalam Parlimen ini, tetapi
berani Menteri yang berkenaan dataag ke ParlLmen pula, minta wang
lagi yang mana kita tak tahu sekarang perbelanjaannya bagaimana
DR.26.11.92 - 43 -
untuk tahun 1990 dan 1991, sama ada wang yang kita sudah beri tiap-
tiap tahun ini sudah habis ataupun sudah dibazirkan oleh pihak-pihak
berkenaan.
Tuan Pengeruai [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Yang
Berhormat.
Tuan Wee Choo Keong: Saya harap Menteri berkenaan boleh berikan
satu jawapan yang jelas kenapakah Laporan tahun 1990 dan 1991 pada
hari ini masih tak boleh dibentangkan di Parlimen, walaupun dalam
Akta-akta Ketua Audit Negara, mereka mesti dibentangkan semaa
Laporan....
Tuan Pengerusi [Tuan Haji Juhar bin Haji Hahiruddin]: Yang
Berhormat, Yang Berhormat.
Tuan Wee Choo Keong: ......dalam enam bulan selepas year ending
tiap-tiap tahun. Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Bagan
Serai.
3.43 ptg.
Dato' Haji Qamaruz Zaman bin Haji Ismail [Bagan Serai]: Terima
kasih, Tuan Pengerusi kerana memberi saya peluang untuk mengambil
bahagian untuk membahaskan dalam Maksud Bekalan 19 Kementerian
Pertanian, mukasurat 33, Butiran 02000 - Pertanian. Dan juga muka-
surat 90, Butiran 02800 - Kemudahan Perkhidmatan Pengembangan,
Pertanian.
Tuan Pengerusi, saya dahulu adalah seorang pegawai Pertanian,
dan jawatan yang terakhir ialah saya sebagai Pengarah Pertanian•
Negeri Perak. Perkhidmatan Pertanian telah ditetapkan dalam
DR.26.11.92 - 44 -
kategori teknikal. Ahli-ahli profesional Ini. apabila berada di
dalam perkhidmatan Kerajaan, nasib mereka nampaknya tidaklah begitu•
baik jika dibandingkan dengan pegawai-pegawai di dalam bidang
pentadbiran. Peluang-peluang kenaikan pangkat sangatlah terhad, dan
kalau ada pun lambat pula. Sampai pencen pun, saya hanya berada di
Tingkatan Tertinggi F. "Di bidang lain, kawan-kawan yang sebaya
dengan saya iaitu dalam perkhidmatan pentadbiran, ramai mereka
telahpun mencapai Tingkatan Tertinggi D, C dan ada di antara mereka
setidak-tidaknya pun di dalam kategori ke Tingkatan Tertinggi. D dan
E. Jawatan Tertinggi Tingkatan Tertinggi G2 sekarang atau Tertinggi
F yang lama masih kekal di negeri-negeri sebagal Pengarah Pertanian
Negeri, berbanding dengan jawatan-jawatan yang disandang ataupun
dipegang oleh Pegawai Daerah pun dl peringkat-peringkat Daerah
sudahpun meningkat pada jawatan Tertinggi F. Maka saya dengan ini.
sukalah bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri Pertanian
apakah usaha Kementerian Pertanian untuk meningkatkan jawatan-
jawatan pegawai-pegawai Pertanian di peringkat Persekutuan dan juga
Negeri-negeri. KaLau tidak, mereka ini menjaga sebuah negeri yang
begitu besar sama sahaja taraf mereka dengan Pegawai Daerah yang
menjaga hanya satu daerah. Ini adalah saya rasa sungguh ketinggalan
dan mereka ini patutlah diberikan satu insentif kerana bakan senang
untuk mendapat kelulusan Agriculture Science dan juga manakala
mereka diberi jawatan,. maka mereka ketinggalan jauh di belakang
dengan kawan-kawan yang hanya mengambil mata pelajaran
kesusasteraan.
DR.26.11.92 - 45 -
Tuan Pengerusi, seperkara lagi yang saya ingin bangkitkan ialah
berkenaan dengan jawatan Juruteknik Pertanian yang sekarang mereka
ini telah dikategorikan dalam jawatan Pembantu Pertanian. Maka di
atas kategori ini mereka telahpun ketinggalan - kedudukan mereka
telahpun beralih kepada satu jawatan yang seolah-olah non-technical.
Pada hal mereka ini telahpun dilatih tidak kurang daripada tiga
tahun di Institut-insititut Pertanian untuk mendapatkan sijil
pertanian, tetapi manakala dalam perubahan yang baru ini mereka
telahpun ketinggalan. Bilangan mereka hampir 2,000 orang d L dalam
Malaysia ini, dan mereka telahpun dibezakan daripada kawan-kawan
mereka yang pernah mengambiL latihan sama yang berada di dalam
jabatan-jabatan seperti MARDI dan juga teknisyen-teknisyen yang
lain. Maka mereka ini adalah pegawai-pegawai yang front line
officer, dengan izin, atau pegawai-pegawai garisan hadapan yang
berhadapan dengan rakyat membawa perubahan-perubahan yang diperlukan
kepada usaha peningkatan pertanian di dalam negara kita , te tapi
kedudukan mereka kita tidak beri layanan yang sewajarnya.
Saya berharaplah kepada Yang Berhormat Menteri Pertanian
mengambil tindakan yang segera membetulkan keadaan ini kerana apa
ada pada nama, tetapi nama ini tidaklah menyenangkan Juruteknik
Pertanian di dalam negara kLta kerana dari sugi imbuhannya t idak
sama dengan pegawai-pegawai yang setaraf dengaa mereka, waLaupun
setengah-setengah pegawai teknisyen di jabatan-jabatan yang lain
mereka tidak melalui latihan yang selama itu, iaitu tiga tahun
memang lama, tetapi dalam perubahan tanggagaji yang baru ini mereka
ketinggalan. Selesai berkenaan perkara nasib-nasib pegawai di dalam
DR.26.11.92 - 46 -
Jabatan Pertanian yang saya rasa sangat perlu kepada pembelaan,
kerana mereka ini jika diberi sumbangan yang baik dan juga diberikan•
motivation, maka saya percaya kerja-kerja mereka akan bertambah
lagi first class dan juga kuat dengan membangunkan petani-petani
moden
Saya ingin masuk kepada mukasurat 90 yang saya sebutkan tadi,
iaitu Butiran 02800 - Kemudahan Perkhidmatan Pembangunan. Yang saya
ingin sentuh di sini iaitu sistem 2L atau 'Lawat dan Latih' atau
'Latih dan Lawat" ataupun yang asalnya dalam bahasa Inggeris, dengan
izin, TV (Training and Visit) . Sistem ini telahpun diper kenalkan di
dalam negara kita, saya rasa lebih 10 tahun, dan telahpun membawa
kejayaan kepada pembangunan masyarakat petani di dalam kawasan-
kawasan yang peladang-peladang kecil. Tetapi sistem ini tidaklah
begitu bersemangat, dan juga kurang mencapai matlamatnya oleh kerana
pada mulanya kadang-kadang perjumpaan ini ramai, tetapi makin lama,
makin kurang. Ini telahpun diberitahu dan kita ketahui.
DR.26.11.92 -47-
Saya pernah mengemukakan satu sistem lagi sebagai tambahan
ataupun memperbaiki sistem 2L ini yang mana saya panggil sistem itu
dengan nama "PAMIR" iaitu "P-A-M-I-R", ringkasan daripada "P -
Pembangunan, A - Ahli-ahli, M - Masjid, I - Ikut dan R - Rancangan -
PAMIR." Jadi sistem ini, saya ambil ilhamnya daripada ayat Al-Quran
yang bermaksud "Wahai sekalian orang yang beriman. Apabila kamu di-
panggil menunaikan sembahyang pada hari Jumaat, maka bersegeralah
kamu kepada menunaikan zikr - ALLah iaitu bersembahyang. Apabila
selesai menunalkan sembahyang, maka kamu hondaklah bertebaran di
atas muka bumi dan menunduk apa-apa jaga kelebihan yang Tuhan telah
berikan di atas muka bumi ini semoga kamu dapat kejayaan". Demikian•
maksud tafsiran Al-Quran, Suratul Jumaah, Ayat 9.
Ilham daripada Ayat ini. telah pun saya jadikan satu kertas-
kerja yang mengambil masa lama memikirkannya untuk mempersepadukan
sistem 2L iaitu extension ataupun pengembangan ini dengan mengguna-
kan masjid-masjid dan surau-surau sebagai tempat penyebaran ilmu
pengetahuan pertanlan. Kerana untuk mendapatkan penduduk-pendudak
kampung yang bekerja di bidang pertanian ini untuk dipanggil ber-
kumpul memanglah susah kerana mereka sentiasa ada kerja.
Tetapi pada hari Jumaat, biasaaya secara tidak rasmi penduduk-
penduduk kampung menganggap hari ini cuti dan untuk menunaikan
sembahyang Jumaat. Jadi, di masjid-masjid ini, saya rasa sangat
DR.26.11.92 -48-
sesuai diadakan satu pameran kecil atas naraa projek itu "PAMIR'
iaitu ditunjukkan teknologi-teknologi moden pertanian yang kemas-
kini, iaitu secara kecil-kecilan di masjid iaitu sebeluranya menunai-
kan fardhu sembahyang dan juga bagi raereka yang berrainat bolehlah
menunggu selepas fardhu sembahyang untuk mendapat penerangan yang
lebih lanjut lagi di atas sistem itU.
Perkara-perkara yang boleh disampaikan di masjid-masjid ini
memang banyak mengikut kawasan-kawasannya. Kalau dalam kawasan padi
iaLah teknik bertanam padi yang termoden, yang d ipamirkan kepada
mereka secara memilih benih dan juga mengusahakan sawah. Dan kalau
kawaaan-kawasan buah-buahan, maka pokok buah-buahanlah yang dibawa
tunjuk bagaimana mencantumkan pokok-pokok dan menjaga pokok-pokok.
Dan juga di dalam kawasan masjid itu sebagai tanah warkah yang luas,
yang boLeh dijadikan tapak contoh untuk peladang-peladang mel ihat
sendiri bagaimana pokok-pokok yang sesuai bagi kawasan mereka itu
ditanam daripada mula, dipelihara, dibaja dan dipelihara lagi
sehingga ia menjadi pokok yang besar dan mengeluarkan buah. Jadi
dengan inilah, saya rasa pendekatan yang lebih rapat lagi dengan
peladang-peladang di kawasan-kawasan kampung.
Dan juga di kawasan-kawasaa masjid ini boLehlah diadakan tapak
semaian kecil-kecilan yang mongeluarkan benih pokok yang sesua i.
dengan baka yang terbaru kepada yang boleh dijual ataupun dibori
percuma kepada mereka yang datang berjumaat. Jadi, oleh kerana di
DR.26.11.92 -49-
masjid ini sentiasa ada air iaitu air untuk menunaikan dan mengambil
wuduk, maka dengan itu di terapat-tempat yang susah aif pun tetapi di
dalam masjid ada air. Jadi, kalau kita mengadakan tapak semaian,
saya rasa tidak susah untuk mendapatkan air. Dan pada hari-hari
yang tertentu, juruteknik-juruteknik pertanian boleh mengadakan
semaian kotak iaitu sayur-sayuran seperti anak cili, anak terung,
anak tomato dan berbagai-bagai lagi bila orang balik dari masjid,
berilah seorang 5 pokok atau 3 pokok untuk melatih mereka ini
ber tanam sayur-sayuran supaya klta dapat menghidupkan balik projek
bumi hijau dahulu dan mengurangkan inflasi bagi kawasan-kawasan
berkenaan.
Projek ini, saya rasa boleh kita adakan di seluruh Malaysia
menjadikan masjid-masjid ini bukan tempat orang berpolitik, tempat
kita untuk membangunkan masyarakat di dalam kawasan itu. Ini tidak
ada kena-mengena dengan hal-hal pembangunan kisah politik dan juga
khutbah-khutbah Jumaat yang ada kaitan dengan pembangunan pertanian
di setempat patut dikarang oleh pegawai-pegawai teknikal dan dibaca-
kan oleh imam-imam.
Di dalam projek ini, juga saya mencadangkan supaya imam-imam,
DR.26.11.92 -50-
bilal dan juga siak ini diberi latihan pertanian supaya mereka
sendiri boleh menyertai sebagai peraimpin di dalam kampung itu
menunjukkan bagaimana usaha pertanian ini boleh berkembang. Jadi,
PAMIR ini bukanlah terhad kepada rancangan pertanian pokok-pokok
buah-buahan dan sayur-sayuran , dan juga padi tetapi kalau ikut
huruf yang saya letakkan dihujung itu, mengikut rancangan iaitu IR
iaitu apa juga rancangan pembangunan luar bandar. Ini termasuk sama
ada haiwan ataupun perikanan ataupun yang lain-lain lagi daripada
itu boleh disebutkan, disamakan dan disekalikan dengaa projek PAMIR
ini. Umpamanya, apabila sebuah masjid itu telahpun dijadikan
sebagai pusat PAMIR, maka eloklah di sLtu diadakan satu signboard
yang menunjukkan PAMIR dan ada pula rancangan pertanian, haiwan,
perikanan dan sebagainya yang boleh ditambah dari satu masa ke satu
masa.
Saya haraplah kerana kertas ini telahpun saya majukan kepada
Kementerian Pertanian dan sekiranya dapat dikaji dan difikirkan,
saya rasa boleh menjadi satu sumbangan tambahan kepada projek 2L
yang ada sekarang ini yang telah lama dan ini boleh menjadikan satu
tambahan semangat baru kepada projek ini. Lebih-lebih lagi di dalam
projek 2L ini memorlukan binaan-binaan di sana sini tetapi mengikat
PAMIR ini tidak payah binaan tambahan, tidak payah mengeluarkan wang
yang banyak, ia sudah ada tnasj id-masj id .
Pada orang-orang yang beragama lain seperti agama Hindu ataupun
sebagainya, maka tempat ibadat mereka boleh juga dijadikan sebagai
pusat yang sama di dalam rancangan ini.
DR.26.11.92 -51/52-
Seterusnya, saya sukalah pergi menyentuh berkenaan dengan.....
Tuan Pengerusi [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Yang
Berhormat, Yang Berhormat, nampaknya masa sudah cukup. Masa sudah
lebih seminit.
Tuan Qamaruz Zaman bin Haji Ismail: Apa itu?
Tuan Pengerusi [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Masa
sudah lebih-satu minit,
Tuan Qamarauz Zaman bin Haji Ismail: Masa sudah lebih? Maka
dengan itu, itulah saya harap dalam ucapan akhir saya , saya mintalah
Kementerian Pertanian: Pertama, tentang kedudukan pegawai-pegawai,
dan kedua ialah tentang projek. Sekian. Terima kasih, Tuan
Pengerusi.
Tuan Pengerusi [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddiin] :•
Serian.
3.59 ptg.
Tuan Richard Riot Anak Jaem: Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Saya merujuk kepada Maksud P. 19, Kementerian Pertanian dan ingin
menyentuh Butiran 041000 - Rancangan Bantuan Lada Hitam di mukasurat
91, Butiran 40300 - Rancangan Bantuan Koko, juga di mukasurat 91
sekaligus.
DR.26.ll.92 - 53 -
Tuan Pengerusi, sejak beberapa tahun yang lalu harga lada dan
koko telah jatuh begitu rendah. Ekoran dari kemerosotan harga
kedua-dua komoditi ini, ramai pekebun-pekebun kecil yang mengusaha-
kan tanaman lada dan koko, di negeri Sarawak amnya dan di kawasan
saya khasnya telah meninggalkan kebun-kebun nereka dan berhijrah ke
bandar untuk mencari nafkah di sektor binaan dan sebagainya sebagai
buruh. Saya percaya tnereka ini bukanlah suka meninggalkan kebun-
kebun mereka dan saya percaya mereka ini bukan suka berhijrah ke
bandar dan meninggalkan anak-isteri di kampung. Tetapi mereka
terpaksa berbuat demikian kerana periuk nasi. Kerana di kampung
dengan harga lada dan koko begitu rendah, agak sukar untuk mencari
makan. It is very difficult to make ends meet, dengan izin..
Keadaan sebegini telah berlaku sejak beberapa tahun yang lalu
dan ianya akan terus berlaku dan akan menjadi-jadi kalau Kerajaan
tidak mengambil - tindakan untuk membantu mereka. Maka, Tuan
Pengerusi, bila saya mengetahui bahawa Kerajaan ada memperuntukkan
wang sebanyak $8 juta untuk Rancangan Bantuan Lada Hitam dan
sebanyak $4.76 juta lagi untuk Rancangan Pembangunan Koko bagi tahun
1993, saya amat gembira sekali.
Tuan Pengerusi, pihak Menteri Pertanian dalam jawapan bertulis-
nya kepada soalan saya pada tanggal 2.11.92 telah berkata, saya
DR. 26.11.92 - 54 -
"Untuk membantu pekebun-pekebun kecil koko di*
Sarawak, pelaksanaan Skim Pemulihan Koko bagi tanaman
tunggal dan selingan telah diperkenalkan di bawah
Rancangan Malaysia Keenam. Bantuan disediakan untuk
tempoh dua tahun pada kadar $880 sehektar di bawah
Skim Pemulihan Koko Tunggal dan $600 sehektar untuk
Skim Pemulihan Koko Selingan dengan tujuan untuk
mengurangkan kos pengeluaran terutamanya membantu
penanam-penanam koko membeli baja dan sebagainya.
Bagi penanam-penanam lada pula, selain daripada skim
penanaman lada yang sedia ada di bawah Rancangan
Malaysia Keenam, sebuah 3kim baru yang dipanggil Skim•
Penjagaan Lada akan diperkenalkan kepada penanam-
penanam lada pada tahun akan datang. 0bjektif ini
ialah untuk membantu penanam-penanam lada bagi terus
mengusahakan tanaman lada mereka dengan menyediakan
bantuan pada kadar $1,700 sehektar iaitu untuk 2,000
pokok lada untuk membeli baja serta bahan kimia
pertanian bagi pengawalan makhluk perosak dan
penyakit."
Tuan Pengerusi, itulah jawapan yang telah diberikan oleh pihak
Menteri Pertanian. Dalam ringkasnya, bagi tahua 1993 bagi membantu
penanam-penanam lada di bawah Skim Penjagaan Lada, Kerajaan
menyediakan bantuan pada kadar $1,700 sehektar iaitu untuk meng-
usahakan 2,000 pokok lada untuk khususnya membeli baja serta bahan-
bahan kimia pertanian.
DR.26.11.92 - 55 -
Bagi pekebun-pekebun kecil koko pula, Kerajaan menyediakan
bantuan pada kadar $880 sehektar di bawah Skim Pemulihan Koko
Tunggal dan $6'00 sehektar untuk Skim Pemulihan Koko Selingan
terutamanya un-tuk membantu penanam-penanam koko membeli baja.
Tuan Pengerusi, saya berterima kasih kepada Kerajaan kerana
telah mengambil berat tentang kesulitan yang dihadapi oleh pekebun-
pekebun kecil lada dan koko kita dan telah memberi bantuan di bawah
Skim Penjagaan Lada dan juga Skim Pemulihan Koko ini. Tetapi,
dalam saya berterima kasih kepada Kerajaan di atas usahanya membantu
para pekebun kita, saya tertanya-tanya kepada diri saya seadiri.
Berapa ramaikah pekebun-pekebun kecil kita yang mengusahakan tanainan
lada dan koko yang akan mendapat manfaat daripada skim-skim
tersebut? Tiga suku, separuh atau hanya satu suku? Adakah skim-
skim ini boleh membantu golongan ini? Ini soalan saya. Ini yang
saya tertanya-tanya kepada diri saya sendiri.
Kalau separuh daripada pekebun-pekebun kecil kita yang akan
mendapat manfaat dari skim-skim tersebut, apakah yang akan terjadi
kepada yang separuh lagi. Kalau hanya satu suku daripada mereka,
apakah yang akan terjadi dengan yang tiga suku lagi? Ini yang saya
khuatiri kerana, sebagai contoh, kalau hanya satu suku sahaja dari
pekebun-pekebun kecil kita mengusahakan tanaman lada dan koko yang
akan mendapat bantuan di bawah kedua-dua skim ini, saya percaya
usaha Kerajaan untuk membantu golongan ini tidak akan berjaya. Saya
percaya kebanyakan dari golongan mereka ini akan terus meninggalkan
DR.26.11.92 - 56 -
tanaman mereka dan berhijrah ke bandar-bandar untuk mencari
pekerjaan sebagai buruh. My main question is how many will actually
benefit from the two schemes, dengan izin.
Mengikut kiraan kasar iaitu rough calculation yang saya buat,
di bawah Skim Penjagaan Lada yang diperuntukkan $8 juta dengan
bantuan pada kadar $1,700 sehektar, sekiranya satu isi rumah atau
keluarga diberi bantuan untuk mengusahakan satu hektar iaitu untuk
mengusahakan 2,000 pokok lada, hanya 4,705. isi rumah sahaja yang
akan dapat mantaat dari skim tersebut. Kalau satu isi rumah iaitu
satu keluarga diberi bantuan untuk mengusahakan satu suku hektar
iaitu untuk mengusahakan 500 pokok lada, 18,820 isi rumah atau
keluarga yang akan dapat bantuan di bawah skim tersebut.
Tuan Pengerusi, jumlah keluarga atau isi rumah yang mengusaha-
kan taaaman lada dan koko di seluruh Sarawak adalah ramai. Di
kawasan saya sendiri iaitu di Serian, tidak kurang dari 5,000
keluarga atau isi rumah yang mengusahakan tanaman lada dan koko
secara kecil-kecilan. Oleh itu, saya kuatir dengan peruntukan yang
hanya $8 juta untuk lada itu, tidak sampai dari separuh para
pekebun-pekebun kecil kita yang mengusahakan tanaman lada akan
menikmati kemudahan di bawah Skim Penjagaan Lada itu. Perhaps, tbe
government can consider giving more allocations for these two
schemes.
Tuan Pengerusi, saya juga ingin tahu:
(i) apakah kriteria-kriteria bagi melayakkan
diri untuk mendapatkan bantuan di bawah
kedua-dua skim ini; dan
DR.26.ll.92 - 57 -
(ii) macama mana hendak memohonnya.
Dengan - itu, Tuan Pengerusi, saya benar-benar berharap bahawa
Skim Penjagaan Lada ini dan Skim Pemulihan Koko sama ada untuk Skim
Pemulihan Koko Tunggal atau Skim Pemulihan Koko Selingan ini akan
dapat benar-benar membantu rakyat khususnya para pekebun kecil kita
yang mengusahakan lada dan koko di seluruh negeri Sarawak. Dalam
perkara ini, saya memohon supaya Kerajaan tidak meninggalkan kawasan
saya iaitu Serian.
Tuan Pengerusi, Kerajaan telah menurunkan duti import ke atas
lebih dari 600 jenis barangan dan sebahagian lagi duti importnya
dihapuskan sama sekali. Malangnya, baja, racun serangga serta bahan
kimia pertanian tidak terlibat dalam penurunan dan penghapusan duti
import tersebut. Walaupun cukai ke atas baja dan racun serangga
yang ada pada sekarang tidak tinggi hanya di antara 5% hingga 7%
sahaja, saya percaya ia masih menjadi bebanan kepada para pekebun
kita. Oleb itu, saya menyarankan kepada Kerajaan supaya cukai ke
atas baja, . racun serangga, bahan kimia pertanian dan alat-alat
pertanian juga dihapuskan sama sekali. Saya percaya dengan peng-
hapusan cukai ke atas barangan pertanian ini, bebanan yang dipikul
oleh para pekebun kecil kita ini akan diringankan.
Saya ingin menyentuh sedikit tentang Butiran 00200 iaitu Bank
Pertanian Malaysia, di muka surat 87, di bawah tajuk 03 iaitu Skim
Pinjaman Khas Pertanian yang mana wang sebanyak $30 juta telah
diperuntukkannya untuk tahun depan.
DR.26.11.92 -58-
Saya hanya ingin tahu, satu, apakah syarat-syarat untuk
mendapatkan kemudahan di bawah Skim. Pinjaman Khas Pertanian ini?
Kedua, adakah collateral atau cagaran diperlukan? Kalau cagaran
diperlukan, soalan saya, adakah tanah di bawah Native Customary•
Rights (NCR) atau Tanah Hak Adat boleh diterima sebagai cagaran?
Dengan -kata-kata itu, Tuan Pengerusi, saya menyokong. Terima
kasih.
Tuan Pengerusi: Nilam Puri.
4.11 ptg.
Tuan Haji Mohamad bin Sabu [Nilam Puri] : Tuan Pengerusi, saya
ingin menyentuh Butiran 020000 Pertanian di bawah Program 020100
Pentadbiran, Rancangan dan juga Penilaian.
Baru-baru ini diumumkan oleh pihak Kementerian Pertanian iaitu
beras akan digred semula. Apakah beras ini biLa digred semula, maka
harganya akan dinilai semula? Ertinya, harganya akan dinilal semula
dan harga beras akan naik selepas ini. Saya harap Kementerian
Pertanian dapat memberi penerangan dan kalau boleh kita mahu jami.nan
dalam menggred semula beras ini, harga beras tidak akan dinaikkan,
Seterusnya kita lihat peruntukan kepada Kementerian Pertanian
sepatutnya dilebihkan lagi kerana tokoh-tokoh korporat mengatakan
bahawa Belanjawan 1993 subsidi kepada perladangan adalah terlalu
kurang sedangkan dalam bidang perladangan dan pertanian ini , ia
adalah termasuk dalam kategori. keselamatan negara. Kita lihat juga
DR.26.11.92 -59-
perancangan di sini bagaimana Vietnam mampu berperang dengan Amerika•
begltu lama, di antaranya beras mereka cukup. Mereka tidak perlu
import untuk mempertahankan memberi rakyat mereka makan sedangkan
subsidi untuk pertanian kalau kita lihat agak mengeciwakan kalau
d ibandingkan subsidi kepada benda-benda perkilangan dan perkara-
perkara yang lain.
Begitu juga, alhamdulillah, sekarang ini tidak disekat lagi
macam dulunya disekat baja kepada Kelantan selama setahun.
Sebenarnya itu adalah sabotaj keselamatan aegara tetapi sekarang
telah diberi balik semula.
Seterusnya saya Lngin menyentuh Butiran 110000 iaitu KADA.
KADA di negeri KeLantan, saya melihat bahawa di antara program KADA
di negeri Kelantan ialah membuat "Kampungku". "Kampungku"
sepatutnya dibuat di kawasan kampung asli yang telah ada kampung
tetapi di Kelantan dibuat kampung di tepi parit taliair kiri dan
kanan lalu di buat perancangan untuk menjadikan tempat itu
"Kampungku". Belanjanya berjuta ringgit tambahan pula projek -itu
hendak disiapkan dengan segera. Katanya Perdana Menteri akan
melawat "Kampungku" pada bulan Oktober yang lalu. Oleh itu dibuat
dengan segera sehlngga taliair yang besar itu terpaksa dikeringkan
menyebabkan orang-orang kampung di sekitar Melor, Aril dan Bachok
yang menerima air dari sumber itu, padi mereka kekurangan aLr.
Jadi, hendak buat "Kampungku" menyusahkan "punghuniku" di Nilam
Puri.
DR.26.11.92 -60-
Sebenarnya kalau hendak buat "Kampungku", kenapa tidak cari
kampung yang telah ada, macam yang dibuat di Hulu 'Langat. Di
Kelantan cari kampung sama ada kawasan Parlimen Nilam Puri atau
Parlimen mana pun yang di tepi sungai yang telah ada ataupun air
terjun yang telah ada, pertanian yang telah ada, KADA hanya•
mengeluarkan belanja untuk memperbaiki. Tetapi di Kelantan ini,
"Kampungku" dibuat. Ini memakan belanja yang banyak dan perancangan
yang kurang baik. Kita dengar masalah "Kampungku" ini menimbulkan
pertelingkahan politik yang besar di kalangan UMNO itu sendiri di.
negeri. Kelantan dan sekarang ini belanja telah dikeluarkan. Berapa
juta lagi hendak dikelaarkan uatuk siapkan "Kampungku" di Nilam
Puri .
Saya berbangga, projek itu di kawasan Parlimen saya tetapi yang
saya nampak, tidak kena. Kampung laln kalau minta pendapat kita,
kita boleh tunjuk di mana dia boleh buat "Kampungku" yang -Perdana
Menteri boleh datang rasmikan dan tidak perlu mengeluarkan belanja
yang begitu banyak. Hendak buat air terjun dalatn parit taliair.
Kenapa tidak pilih air terjun yang-sedia ada di raana-mana? Kemudian
hendak buat pula moteL dan sebagainya di situ. Kita lihat dalam
keadaan sekeliling di situ, apakah telah dibuat kajian dengan
teliti? Dibuat moteL, dibuat tempat polancongan di situ akan
mendapat sambutan .
Saya rasa kajian teliti tidak dLbuat sangat dan saya mendengar
laporan dari pegawai-pegawai KADA bahawa projek ini satu projek yang
DR.26.11.92 -61-
"rush". Rushing project, barangkali ada sesuatu hal dan bila
rushing project tidak apa, tetapi Kerajaan kena memperuntukkan wang
berjuta ringgit dan kita harap tidak terlambat untuk dikaji, untuk
difikirkan apakah projek ini sesuai. Kaiau sesuai, buat dengan baik.
dan tidak melibatkan belanja yang begitu besar yang Hibuat
"Kampungku", kampung "jadi-jadian" iaitu bukan kampung asli di situ.
Dalam bahagian yang Lain, kita harap pihak Kementerian ini
sekali lagi, melihat betul-betul masalah LPN walaupun telah
dibangkitkan berkali-kali di bawah pertanLan ini supaya jangan
sampai ke peringkat, walaupun pihak Menteri menafikan, saya tegaskan
lagi di sini, memang para pegawai bila disebut tukar untuk
berkhidmat di LPN mereka kurang senang hati kerana LPN tempat yang
tidak popular kepada rakyat tetapi pegawai-pegawai lebih senang
ditukar bukan kepada LPN kerana mereka dapati di tempat lain, mereka
lebih popular dan tidak bermasam muka dengan orang ramai. Sekian.
Tuan Pengerusi: Ya, Kota Setar.
4.17 ptg.
Wan Hanafiah bin Wan Mat Saman [Kota Setar]: Terima kaslh,•
Tuan Pengerusi. Saya ingin bercakap sedikit mengenai dua, tiga
perkara terutama sekali berhubung dengan Butiran 020000, ButLran
080000, 150000, 160000 dengan sekaligus.
Tuan Pengerusi, terLebih dahulu saya ingin hendak menyokong
cadangan sahabat saya dari Kuala Langat iaitu mencadangkan supaya
Kerajaan atau Kementerian Pertanian mengkaji tentang tanaman seperti
DR.26.11.92 -62-
kunyit halia, serai, pandan, cengkih dan sebagainya iaitu benda-
benda yang dimakan banyak terutama sekali oleh masyarakat Melayu
kita.
Saya ingin mencadangkan supaya pihak MARDI membuat kajian
dengan lebih teliti. Sekarang ini kita tengok MARDI dok kahwinkan
pokok mempelam dan macam-macam pokok yang dia kahwinkan tetapi saya
minta supaya MARDI juga mengkaji tentang tempat-tempat, misalnya
seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat dari Kuala Langat
semalam supaya kunyit kita tanam dan mengkaji di mana kunyit perlu
ditanam sabab kita hendak menuju ke arah "one village one pruduct"
seperti Kerajaan Negeri Kedah mencadangkan supaya kita mewujudkan
keadaan "one village one product".
Jadi, saya minta supaya MARDI mengkaji tempat sama. Jangan dok
kaji tentang kahwin pokok. Kadang-kadang kita kahwinkan, lepas itu
kita suruh orang tanam, macam pokok mempelam kita tidak mengkaji
tempat, lepas itu bila seraua orang kampung pakat tanam mempelam,
kita hadapi masaLah penyengat yang mecosakkan buah mempelam. Jadi,
dengan sendirinya orang kampung rasa keciwa.
Jadi, kita minta supaya pthak MARDI ini mengkaji keadaan tempat
supaya kita akan khaskan seperti di lota, "one village one product"
ini, misalnya di kampung-kampung di kawasan saya, satu kampung i tu
dia tanam kunyit semuanya. Kalau tidak Kementerian selepas mengkaji
cadangan daripada Yang Berhormat Kuala Langat minta setnua orang
tanam kunyit, habis semua pakat tanam kunyit rata-rata sampai habis
kuning muka orang, susah juga. Jadi, kita minta supaya perkara ini
dikhususkan tempat-tempat supaya kita dapat meniru cara lota di
negeri Jepun.
DR.26.11.92 - 63 -
Saya difahamkan bahawa di sana pada satu ketika di salah satu
negeri di Jepun yang bernama lota ini, at one time adalah satu
tempat yang tidak ada perkara-perkara ini, yang paling merosot dari
segi pertanian. Tetapi, selepas membuat kajian, mengadakan
rancangan satu kampung satu jenis pengeluaran ini, maka negeri lota
di Jepun itu sekarang sudah menjadi masyhur. Semua negeri-negeri,
terutama sekali di Malaysia kita, Perdana Menteri sendiri dan
Menteri Besar saya di negeri Kedah sendiri pun telah menghantar
pegawai-pegawai.
Jadi, kita harap dengan kajian oleh MARDI ini kita dapat
membuat seperti ini. Saya harap Kementerian Pertanian menghantar
pegawai- pegawai atau pun orang-orang yang boleh menolong membantu-
untuk mewujudkan keadaan ini. Yang ini kita tak bolehlah hantar
orang- orang yang pergi, apabila balik untuk kepentingan dirinya
sahaja, sikap setengah-setengah pegawai itu. Kita hantar macam tok
penghulu, pegawai-pegawai daripada.Kementerian Pertanian yang boleh
membuat sesuatu kepada sesuatu kampung. Jadi, saya harap pihak
MARDI akan mengambil perhatian dalam perkara ini supaya kita dapat•
maju dari segi . pertanian seperti yang dibangkitkan oleh sahabat-
sahabat saya.
Tuan Pengerusi, lagi satu perkara saya terkejut juga apabila
mendengar jawapan Yang Berhormat Setiausaha Parlimen kita semasa
menjawab salah sata soalan berhubung dengan pokok kelapa. Selama
ini saya ingat btla kita makan buah kelapa di hotel-hotel, harga
kelapa RM1.50, RM2.00, kita ingat orang kampung kita cukup senanglah
siapa yang tanam kelapa. Tetapi apabila mendengar jawapan daripada
DR.26.11.92 - 64 -
Yang Berhormat Setiausaha Parlimen, berpuluh-puluh ribu kelapa telah
diimport masuk dari negara-negara jiran. Jadi, Menteri penat-penat
buat rancangan. dan mewujudkan keadaan ini, tetapi negara-negara
lain, orang lain yang mendapat untung. Jadi, adakah rancangan
Kerajaan untuk hendak menggalakkan sebab yang saya tahu banyak
pokok-pokok kelapa pun telah ditebang dan ditanam kelapa sawit.
Ladang-ladang kelapa pun. kita nampak hidup segan, mati tak mahu,
sebab kita tengok banyak tempat-tempat pokok kelapa yang masih
memerlukan petunjuk ataupun galakan daripada pihak Kerajaan.
Tuan Pengerusi, lagi satu perkara saya ingin bangkitkan ialah
masalah yang telah dibangkitkan oleh beberapa orang Yang Berhormat,
terutama sahabat-sahabat saya dan juga sahabat-sahabat saya di
sebelah Pembangkang, tadi Nilam . Puri pun ada juga raembangkitkan
masalah LPN. LPN ini tidak sesuai kalau saya tidak bangkitkan sebab
negeri Kedah adalah boleh dikatakan negeri yang terbabit dehgan LPN
sebab macam kawasan saya, 100% penanam padi, jadi, ada kaitannya.
Saya ingin bangkitkan di sini sebab LPN selama ini adalah menjadi
masalah kepada Kementerian seperti yang telah dibentangkan dan
dikatakan. oleh saudara saya dari Niiam Puri. LPN ini memang satu
Jabatan yang tidak popular, yang selalunya sama ada kadang-kadang
sampai menjatuhkan Menteri pun LPN iai juga sebab kadang-kadang bila
lori hendak masuk kisar pada satu ketika dalulu qufiue begitu
panjang, Menteri sampai kena tukar pergi Kementerian lain pun ada.
Jadi, Tuan Pengerusi, LPN sekarang ini pula kita tengok meng-
hadapi masalah dengan pengilang-pengilang bumiputera. Pada satu
ketika kilang-kilang bumiputera, bumiputera ini digalakkan membeli
kilang-kilang sebab LPN akan membantu untuk meraberi upah kisar,
DR.26.11.92 - 65 -
memberi lesen ataupun permit membeli padi. Jadi, ramailah bumi-
putera yang menceburi dalam hal ini. Ada yang berhutang berbaris
daripada bank untuk membeli kilang ini, tetapi apabila perkara ini
berjalan, sekarang ini pula ada sedikit perubahan iaitu setengah-
setengahnya permit atau lesen raembeli padi dan mengisar padi ini
ditarik balik. Jadi, apabila ditarik balik ini, pengilang-
pengilang ini menghadapi masalah sebab duit yang digunakan untuk
merabeli ktlang itu adalah pinjaman daripada bank-bank. Apabila
pengilang-pengilang bumiputera ini tidak mendapat kebenaran antuk
membeli padi dan permit untuk mengupah mengisar padi, maka
pengilang-pengilang bumiputera, terutama sekali bumiputera ini
menghadapi kerumitan dan setengahnya hampir menuju ke arah bankrap.
Jadi, tujuan kita dapati tujuan Kerajaan, tujuan Menteri supaya
kita hendak memperbanyakkan ahli-ahli perusahaan kita, pengilang-
pengilang kita di kalangan bumiputera. Tetapi keadaan sekarang ini,
kita memperbanyakkan kaura bumiputera di dalam segi ini menuju ke
arah keadaan yang teruk, berhutang banyak, kadang-kadang sampai
bankrap. Ini berlaku dalara kawasan saya di mana ada banyak
pengilang-pengilang padi yang telah diberhentikan daripada mengupah
mengisar dan juga membeli padi dengan alasan-alasan bahawa mereka
ini melanggar peraturan atau kailang-kadang disebabkan oleh pegawai
LPN yang kadang-kadang rasuah, Jadi, bila pegawai itu ditangkap,
maka pengilang ini juga dituduh bersubahat dengan pegawai-pegawai
itu ditarik lesennya. Jadi, tujuan kita hendak menolong, saya harap
Kementerian dan LPN ini menyiasat betul-betul sama ada soal-soal
besar, soal kecil atau soal pegawai LPN supaya perkara ini disiasat
DR.26.11.92 - 66 -
sebab tujuan asas kita adalah untuk hendak menolong pengilang-
pengilang ataupun pengusaha-pengusaha bumiputera ini, Jadi kalau
dengan jalan untuk hendak tarik permit, hendak beri bankrap
pengilang-pengilang Melayu itu, lepas itu hendak beri keputusan
dengan alasan- alasan yang tidak disiasat lebih lanjut, saya harap
perkara-perkara ini amatlah mendukacitakan. Terutama sekali di
dalam negeri Kedah di mana ramai pengilang-pengilang padi yang
menghabiskan duit berhutang untuk membeli kilang-kilang.
Jadi saya harap sedikit sebanyak ini pihak Kementerian dapat
mengambil perhatian supaya perjalanan Kementerian Pertanian Ini akan
berjalan dengan lebih lancar demi untuk kepentingan negara kita.
Terima kasih.
Tuan Pengerusi: Batu Gajah. Ahli-ahli Yang Berhormat, ramai
Ahli hendak berucap, saya rasa saya tak boleh beri semua yang
berucap. Selepas ini saya minta Yang Berhormat Menteri menjawab
kerana kita ada satu Kementerian lagi untuk dihabiskan pada hari
ini.
4.27 ptg.
Tuan Foo Piew Kok [Batu Gajah]: Tuan Pengerusi, saya ingin
merujuk Butiran 000900, Tajuk II - Ladang Ternakan Khinzir di bawah
Maksud P. 19 yang mana peruntukan pinjaman sebanyak RM10 juta
disediakan juga Butiran 186000 - Kawalan Pencemaran Ladang-ladang
Khinzir yang mana sebanyak RM150,000 telah diperuntukkan.
Tuan Pengerusi, mula-raula sekali saya mesti menegaskan bahawa
pencemaran yang disebabkan oleh industri penternakan babi tidak
begitu serius jika berbanding dengan buangan sisa industri
DR.26.11.92 - 67 -
perkilangan, raasalah yang disebabkan oleh industri penternakan babi
adalah kecil. Ini kerana Kerajaan tidak begitu mengambil berat
terhadap pembuangan sisa industri perkilangan atau masalah
pencemaran, tetapi sebaliknya bertindak terlalu sensitif terhadap
masalah pencemaran yang tidak mengancam kehidupan dan kesihatan.
Saya faham ini adalah disebabkan oleh sensitif keagamaan, tetapi ia
bukanlah satu alasan yang meyakinkan.
Tuan Pengerusi, dalam sebuah negara yang terdiri dari
berbilang kaum, budaya, pendidikan dan kepercayaan, semangat
bertoleransi dan saling menghormati haruslah diwujudkan supaya
rakyat akan bersatu-padu dan hidup dalam keharmonian dan seterusnya
berusaha ke arah pembangunan negara. Sakarang Kerajaan merancang
melaksanakan Akta Penternakan Babi dan raengadakan pusat penternakan
babi di 7 negeri itu. Masalah ini amat menjejaskan perpaduan rakyat
jika ianya tidak diselesaikan dengan semangat bertoleransi dan
saling menghormati.
DR.26.11.92 -68-
Tuan Pengerusi, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalara
Persidangan Menteri Besar dan Ketua Menteri yang diadakan pada bulan
Mac tahun . ini telah mengarahkan semua negeri memperuntukkan se-
kurang-kurangnya sebidang canah untuk tujuan penternakan babi secara
berpusat supaya penternakan babi tidak akan dijejaskan oleh Akta
tersebut, Ini adalah tindakan yang betul tetapi dalam beberapa
negeri pula terdapat kawasan penternakan babi di beberapa daerah.
Setakat pengatahuan saya Kerajaan negeri Perak bercadang memper-
untukkan tanah seluas 400 hektar di Bidor dan sebidang lagi di
Taiping untuk dijadikan pusat penternakan. Cuba kita bayangkan
keadaan ini di mana terdapat banyak kandang penternak babi di
beberapa daerah. Misalnya terdapat 340 kandang penternakan di
Daerah Kinta iaitu terdiri daripada kira-kira 67% penternak di
negeri Perak dan bersama dengan penternak-penternak dari Manjung,
Hulu Perak dan Hilir Perak terpaksa berpindah ke tempat yang ber-
puluh-puluh batu jauhnya dari tempat asal mereka -untuk memulakan
semula kerja penternakan mereka. Ini amatlah sukar untuk diterima.
Saya berharap Kerajaan akan memperuntukkan tanah untuk penternakan
babi di setiap daerah jika daerah itu ada penternak babi.
Soalan yang seterusnya, jika penternak yang sanggup mengenepi-
kan masalah keluarga, kehidupan dan persekitaran hidup dan berpiadah
ke pusat penternakan, mereka juga akan menghadapi masalah
perbelanjaan perpindahan dan modal pembelian kelengkapan. Kerajaan
perlu memberikan peruntukan untuk membantu pencernak babi untuk
menyelesaikan masalah kewangan mereka. Pinjaman khas dengan kadar
bunga yang rendah seharusnya diperuntukkan.
DK.26.11.92 -69-
Tuan Pengerusi, negara ini meraerlukan bekalan babi kira-kira
2.4 bilion ringgit ' setahun atau 74,5% daripada jumLah keperluan
daging. Pada masa yang sama, kita juga mengeksportkan babi yang
mendatangkan pendapatan sebanyak 0.3 bilion ringgii. Peranan
penternak babi dalam ekonomi negara tidak boleh diabaikan.
Tuan Pengerusi, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah men-
cadangkan supaya penternak babi melabur dalam bidang penternakan di
Vietnam. Beliau berkata syaratnya adalah lebih baik daripada negara
ini kerana bukan sahaja ia tidak terdapat soal sensitif keugamaan
tambahan pula kedudukan geografi, alam persekitaran dan gaji yang
murah di Vietnam tnenjadikannya tempat yang sesuai untuk pelaburan.
Tuan Pengerusi, kenyataan tersebut bermaksud untuk menghalau
penternak babi. Jika Kerajaan ingin menghalau penternak babi kerana
ia melibatkan soal sensitif keugamaan, ini menunjukkan bahawa
Kerajaan Barisan Nasional tidak mempunyai semangat bertoleransi dan
saling menghormati dan mengharapkan satu kaum menyingkirkan cara
hidup dan kepercayaan mereka kerana satu kaura yang lain.
Tuan Pengerusi, jika kita benar-benar ingin melarang
penternakan babi atau sebagaimana yang dicadangkan oleh Kerajaan
untuk memindahkan - penternakan babi ke Vietnam, negara ini akan
kerugian 2.7 bilion ringgit dari segi pertukaran asing dan pada masa
yang sama menyebabkan kira-kira 30,000 orang yang secara langsung
dan tidak langsung terlibat dalam penternakan babi menghadapi
masalah pengangguran. Akhir sekali, saya berharap Kerajaan akan
bersikap lebih terbuka dalam mengendalikan perkara ini. Sekian
terima kasih.
DR.26.11.92 -70-
Tuan Pengerusi: Yang Berhormat Menceri menjawab.
4.35 ptg.
Setiausaha Parlimen Kementerian Pertanian [Dato' S.
Subramaiam]: Tuan Pengerusi, terlebih dahulu saya mengucapkan
setinggi-tinggi terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang
telah mengambil bahagian dalam perbincangan mengenai Belanjawan
Kementerian Pertanian yang dikemukakan. Ahli-ahli daripada Kuala
Langat, Ipoh, Selangau, Sungai Petani, Bukit Bintang, Bagan Serai,
Serian, Nilam Puri, Kota Setar dan Batu Gajah, seramai sepuluh orang
telah mengambil bahagian. Saya ucap terima- kasih dan akan jawab
beberapa perkara yang dibangkitkan.
Tentang Ahli Yang Berhormat dari Bukit Bintang yang membangkit-
kan mengenai beberapa perkara khasnya Bank Percanian Malaysia.
Adalah tidak benar beliau mengatakan bahawa Bank Pertanian Malaysia
mengenakan caj procesaing fee kepada pemohon-pemohon peminjam dan
bank-bank komersial tidak mengenakan processing fee. Ini adalah
tidak benar. Semua institusi-institusi kewangan mengenakan
processing fee dan caj yang dikenakan oleh Bank Pertanian Malaysia
adalah yang kurang sekali yang kita dapat dalam institusi-institusi
kewangan. Kadar yang dikenakan adalah di antara 3 1/4% daripada juralah
permohonan atau $5,000 mengikut yang mana rendah. Jadi, saya juga
berharap Ahli Yang Berhormat tidak akan menimbulkan perkara-perkara
yang tidak ada asas. Tetapi dari segi asas penubuhan bank ini ialah
untuk membantu petani-petani atau golongan yang terlibat -dalam
bidang pertanian. Untuk Cujuan ini peruntukan yang diperolehi oleh
Bank Pertanian Malaysia daripada Kementerian Kewangan atau Kerajaan
diberikan kepada golongan petani dengan kadar faedah yang terendah
DR.26.11.92 -71-
sekali iaitu dari 4% hingga 12% setahun dengan jadual pembayaran
balik yang mudah. Jadi 4% ini ialah satu keraudahan yang dibekalkan
kepada golongan petani-petani daripada peruntukan yang diterima
daripada Kerajaan.
Wakil dari Serian membangkitkan juga tentang pinjaman SPK? yang
dikendalikan oleh Bank Pertanian Malaysia. Ini adalah satu skim
pinjaman khas bagi golongan berpendapatan rendah dan jumlah pinjaman
ini adalah tidak melebihi 80% daripada kos projek dan jumlah ini
tidak melebihi $30,000. Cagaran bagi pinjaman ini adalah diperlukan
yang berupa harta tetap dan pihak- bank memerlukan cagaran bagi
menjaga kepentingan bank. Bagaimanapun, bagi kes-kes tertentu
seperti di Sarawak di mana Ahli Yang Berhormat membangkitkan banyak
petani memiliki tanah Native Customary Land (NCL). Pihak Bank
Pertanian Malaysia metnpertimbangkan permohonan mengemukakan
penjamin. Kalau para petani digalak untuk mengusahakan secara
berkumpulan dan para petani dapat raenjamin pinjaman antara satu saraa
lain pihak bank boleh juga menimbangkan.
DR.26.11.92 - 72 -
Para petani di Sarawak juga berpeluang mendapat pinjaman dari Bank
Pertanian melalui skim SPKP itu.
Untuk menjawab perkara yang dibangkitkan juga oleh Ahli Yang
Berhormat dari Bukit Bintang tentang laporan tahunan oleh BPM,
Sebenarnya laporan tahunan BPM ialah semasa, iaitu untuk tahun 1989.
Laporan bagi tahun. 1990 dan 1991 masih belum diedarkan oleh kerana
sedang diaudit. Tetapi bagi tahun 1990, laporan akan diedarkan
dalam Dewan ini, dijangka dalam sidang yang akan datang. Bagi
laporan tahun 1991, laporan akan disiarkan selepas diaudit. Adalah
benar bahawa laporan tahunan Bank Pertanian Malaysia ini mengambil
masa oleh kerana kerja-kerja pengauditan akaun ini dibuat oleh
syarikat audit swasta yang mendapat tauliah dari pihak Ketua Audit
Negara dan pihak Ketua Audit Negara menyemak semula pengauditan yang
dibuat oleh finna audit yang dilantik oleh beliau, maka ini
mengambil masa. Walau bagaimanapun, Kementerian Pertanian sendiri
adalah sentiasa mengambil berat tentang perkara ini untuk
membentangkan akaun audit selepas ianya siap.
Wakil dari Bukit Bintang juga telah menimbulkan kes tentang
Agoes Salim Holdings yang telah diberi pinjaman oleh Bank Pertanian
Malaysia dan beliau lagi sekali membangkitkan perkara yang tidak
benar bahawa kita menggunakan 'double standard', ini adalah tidak
benar oleh kerana dalam contoh yang beliau kemukakan itupun Bank
Pertanian telah mengambil tindakan yang tegas. Bank Pertanian telah
kemukakan saman mahkamah dengan mengemukakan notis kebankrapan ke
DR.26.11.92 - 73 -
atas Agoes Salim Holdings dan pihak mahkamah telah membuat judge-
ment. Pihak defendan, iaitu Agoes Salim Holdings telah mengemukakan
rayuan dan kesnya telah diterima oleh mahkamah. Kes ini selanjutnya
dibawa ke Mahkamah Agung dan kes ini akan dijadualkan untuk didengar
pada bulan Februari, 1993. Maka dengan contoh yang Ahli Yang
Berhormat itu bangkitkan,, dengan jelas ini menunjukkan bahawa Bank
Pertanian tidak mempunyai 'double standard', Kita mengambil tinda—
kan terhadap sesiapa yang mengambil pinjaman. Cuma kalau perkara
ini dibawa ke mahkamah, kita perlu mengikut prosedur mahkamah
terhadap tindakan.
Tentang Ahli Yang Berhormat dari Bagan Serai yang membangkitkan
beberapa perkara mengenai jawatan-jawatan di Kementerian Pertanian,
saya ucap terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat oleh kerana beliau
telah membangkitkan beberapa perkara mengenai perasaan dan juga
semangat bagi Pegawai-pegawai Percanian. Peluang kenaikan pangkat
bagi Pegawai Pertanian, Kementerian Pertanian baru-baru ini telah
menjalankan penyusunan semula organisasi Jabatan Pertanian di
peringkat Persekutuan dan Negeri. Antara lain tujuannya ialah•
menambahkan peluang kenaikan pangkat bagi Pegawai-pegawai Pertanian,
penyusunan semula organisasi Jabatan Pertanian Persekutuan telahpun
diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan beberapa jawatan-
jawatan kenaikan pangkat telah diwujudkan, penyusunan semula
struktur organisasi Jabatan Pertanian di peringkat negeri-negeri
masih lagi dalam tindakan Kerajaan Negeri dan Jabatan Pertanian.
Mengenai skim perkhidmatan Juruteknik Pertanian yang dikatakan
tidak memuaskan di bawah Sistem Saraan Baru (SS8), tindakan-tindakan
sedang diambil untuk meminta pihak Tribunal Perkhidraatan Awam untuk
DR.26.11.92 - 74 -
mengkaji semula skim perkhidmatan tersebut supaya setaraf dengan
skim perkhidmatan juruteknik-juruteknik lain, seperti skim Juru-
teknik JKR.
Mengenai cadangan pembangunan pertanian yang menggunakan kaedah
'PAMIR' yang dibuat oleh Ahli Yang Berhormat tersebut, saya juga
berterima kasih ke atas cadangan itu, tetapi perkara ini kalau
beliau menyampaikan kertas kerja sepertiraana Ahli Yang Berhormat
sebutkan itu, ianya akan dikaji oleh agensi dan juga Kementerian
untuk menentukan kesesuaiannya dan kemungkinan pelaksanaannya.
Tuan Pengerusi, Ahli Yang Berhormat dari Kuala Langat telah
membangkitkan beberapa perkara mengenai pekebun-pekebun kecil dan
masalah yang dihadapi oleh mereka. Perusahaan pertanian yang di-
jalankan oleh pekebun-pekebun kecil pada umumnya mempunyai ciri-ciri
seperti saiz kebun yang kecil- dan tidak ekonomik, tanaman yang
memberi keuntungan yang rendah, kaedah pengurusan yang tidak cekap
dan penggunaan teknologi yang rendah. Ini telah menyebabkan daya
pengeluaran yang rendah.
Untuk menghadapi masalah ini, Kementerian Pertanian telah dan
sedang melaksanakan ladang-ladang berkelompok serta dusun nukleus
untuk mewujudkan satu entiti perladangan yang berkomersial. Melalui
pendekatan ini, aspek-aspek pembangunan pertanian diintegrasikan,
iaitu pengurusan yang cekap, infrastruktur yang sempurna, pakej
teknologi pengeluaran yang moden, pemasaran teratur dan pembangunan
aktiviti hiliran,- Kementerian Pertanian melalui Jabatan Pertanian
menyediakan bantuan bagi membolehkan petani-petani memulakan projek
pertanian mereka, iaitu di bawah projek Demonstrasi Bersepadu.....
DR.26.11.92 - 75 -
Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: [Bangun]
Tuan Pengerusi: Batang Lupar bangun.
Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Terima kasih, Tuan Pengerusi,
tak boleh bercakap tadi, hendak tanya sahaja. Ini soalan kepada
Kementerian, tadi saya hendak tanya Timbalan Menteri apakah dasar
Kementerian Pertanian berhubung dengan penanaman barang makanan
(staple food) untuk negara ini. Adakah kita menuju. ke arah supaya
barang makanan yang pencing, umparaanya beras, untuk mencukupi
keperluan negara ini sendiri dan benda-benda yang lain sebagairaana
yang disebutkan oleh rakan saya dari Kuala Langat semalam, adakah
kita menuju ke arah mencukupi makanan agar dalam apa perkara sekali-
pun kita tidak perlu meminta daripada negara-negara lain dan kica
tidak akan kebuluran serta kita tidak akan mendapat masalah apa puna
seperti sayur, ikan dan semua sekali benda. Macatn raana dasar
Kementerian Pertanian?
Dato' S. Subramaniam: Tuan Pengerusi, saya harap lain-lain
Ahli tidak akan bertanya soalan-soalan lain oleh kerana masanya
terhad, maka ini saya akan jawab soalan Ahli Yang Berhormat. Ini
adalah mengenai dasar. Dasar buat masa sekarang tentang beras khas-
nya, oleh kerana beras itu adalah satu 'essential commodity', pihak
Kementerian telah menetapkan bahawa kita akan mengeluarkan lebih
kurang 70% daripada keperluan dalam negara. Bakinya akan diimport
daripada negara-negara asing. Ini adalah dari fikiran dan pandangan
Kementerian 70% adalah satu angka peratusan yang mencukupi dengan
stok yang kita ada dan melebihi daripada itu untuk menghasilkan
dalam negara itu tidak begitu ekonomik.
DR.26.11.92 -76-
Kita fikir tanah-tanah itu boleh digunakan untuk hasil-hasil
lain.dan golongan petani yang tnenghasilkan tanah itu dalam bidang-
bidang lain boleh mendapat pendapatan yang lebih tinggi.
Dalam komoditi-komoditi lain dari segi makanan ada komoditi-
komoditi dt raana kita telahpun mencapai self-sufficiency dan
sehingga kita ekspoct ke negara-negara asing - banyak kotnodici-
komoditi. Tetapi ada juga komoditi-koraoditi yang masih diimport dan
Kementerian sedang berusaha untuk meninggikan peratusan pengeluaran
daripada dalam negara. Itu sahajalah dengan ringkas jawapan saya.
Tuan Pengerusi, suka saya meneruskan dengan jawapan saya kepada
Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan beberapa isu.
Pendekatan projek berkelompok yang saya sebutkan tadi telah
menunjukkan kemajuan di mana sehingga kini lebih kurang 3,000 projek
kelompok telah diwujudkan dengan satu 100,000 petani terlibat dan
keluasan lebih kurang 80,000 hektar. Tanaman-tanaman yang diusaha-
kan adalah seperti padi, koko, buah-buahan dan sayur-sayuran. Di
mana sesuai rempah ratus termasuk serai dan kunyit serta pandan juga
digalakkan. Di samping itu .5 buah dusun nukleus telah dikenalpasti
untuk dimajukan dengan keluasan sejumlah 600 hektar dan penyertaan
seramai 640 petani.
DR.26.11.92 -77-
Juga bagi pekebun-pekebun koko dan kelapa khasnya Kementerian
memang menggalakkan menjalankan aktiviti-aktiviti sampingan untuk
menambahkan sumber pendapatan mereka. Antara aktiviti sampingan
yang boleh dilaksanakan adalah seperti menanam buah-buahan sebagai
tanaman lindungan koko dan mengusahakan gula kelapa dan lebah raadu.
Petani-petani juga digalakkan mencebur diri di dalam aktiviti-
aktiviti hiliran seperti pengeluaran sos cili, kerepek pisang dan
kerepek ubi.
Ahli Yang Berhormat dari Kuala Langat juga telah membangkitkan
raasalah banjir. Kerajaan sedar akan masalah banjir yang sering
berlaku di negara ini dan. Jabatan Pengairan dan Saliran adalah
agensi yang telah dipertanggungjawabkan untuk raelaksanakan program
tebatan banjir di Malaysia. Program tebatan banjir yang dilaksana-
kan adalah terdiri daripada rancangan-rancangan jangka panjang dan
jangka pendek - untuk tebatan banjir dati juga mencegah banjir,
banyak kerja-kerja dijalankan.
Di bawah Rancangan Malaysia Keenam sebanyak 121 projek tebatan
banjir telah diluluskan dengan jumlah peruntukkan sebanyak RM530
juta untuk tempoh 5 tahun. Bagi tahun 1992 jutnlah peruntukkan yang
telah diluluskan untuk program tebatan banjir di seluruh negara
adalah sebanyak RM$88 juta. Walau bagaimanapun, memandangkan
masalah banjir ini sering berlaku dibanyak tempat, pihak JPS hanya
dapat melaksanakan rancangan-rancangan tebatan banjir mengikut
keutamaan dan tertakluk kepada adanya peruntukan yang mencukupi.
Mengenai program mengorek kuala-kuala sungai, ianya bermula
dari Rancangan Malaysia Keempat lagi di mana sebanyak RM64 juta
DR.26.11.92 -78-
telah dibelanjakan. Di bawah Rancangan Malaysia Keenam, peruntukkan
yang disediakan ialah sebanyak RM10 juta. Kuala-kuala sungai yang
terlibat ialah Sungai Chenang di Langkawi, Sungai Kuantan di Pahang,
Sungai Sedili di Johor, Sungai Tanjong Piandang di Perak dan Sungai
Besut di Terengganu. Projek mencegah banjir juga secara
kecil-kecilan akan dijalankan di beberapa sungai termasuk mengorek
pasir dan sebagainya.
Tuan Pengeruai, Ahli Yang Berhormat dari Selangau juga telah
membangkitkan raasalah mengenai lada hitam, harga lada hitam dan juga
koko. Pada amnya kejatuhan harga lada hitam baru-baru ini
disebabkan oleh cyclicle fluctuation harga tinggi dalam tempoh 1985
hingga 1989 telah menyebabkan pengeluaran yang terlalu banyak di
semua negara pengeluar utama iaitu Indonesia, India Brazil dan
Malaysia. Di samping itu negara pengeluar baru juga timbul seperti
Vietnam dan Thailand.
Dalam tahun ini harga lada hitam jatuh ke tahap yang terendah
pada bulan Ogos iaitu RM25 bagi 100 kilogram. Tetapi sejak bulan
September yang lepas harga telah naik kira-kira 50% iaitu ke RM200
ke 100 kilogram. Ini boleh dianggap sebagai tanda awal yang
menunjukkan bahawa prospek jangka masa panjang bagi lada hitam
adalah baik.
Jemaah Pasaran Lada Hitam Malaysia telah ambil beberapa langkah
untuk mempertingkatkan daya persaingan industri lada hitam tempatan
di pasaran antarabangsa. Ini termasuk kawalan mutu di peringkat
eksport, program galakan di luar negeri untuk mencari dan menembusi
DR.26,11.92 -79-
pasaran-pasaran baru dan menggalakkan pengeksportan produk-produk
penghasilan lada hitam seperti serbuk lada hitam dan green pepper tn
brine.
Tuan Pengerusi, Ahli Yang Berhormat dari Selangau juga mem-
bangkitkan mengenai pinjaman bagi Bank Pertanian, saya telahpun men-
jawab teguran beliau metigenai kemudahan-kemudahan yang sedia ada dan
juga skim STKP di rnana golongan petani boieh mendapat kemudahan
daripada bank.
Tentang sayur-sayuran yang diimport daripada negara-negara
asing, ini adalah benar, Ini dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat
dari Ipoh. Negara kita masih mengimport sayur-sayuran tetapi
keadaan sebenarnya ialah 70% daripada sayur yang kita import adalah
sayur-sayur seperti ubi kentang, bawang besar, bawang merah dan
bawang putih. Kita sedang buat kajian untuk meninggikan lagi peng-
hasilan kumpulan sayur-sayuran ini untuk membolehkan ianya diusaha-
kan di negara kita dengan ekonomik.
Bagi sayur-sayuran yang diusahakan di negara kita, pertumbuhan
yang pesat telah dikesan dalam 5-6 tahun kebelakangan ini. Keluasan
tanaman sayur-sayuran telahpun meningkat daripada seluas 13,000
hektar pada tahun 1985 kepada 35,900 hektar pada masa sekarang.
Pada tahun 1990; pengeluaran juga telah meningkat dari 210,000 tan
metrik pada tahun 1985 kepada 560,000 tan metrik.
DR.26.11.92 -80-
Di samping itu,nilai eksport juga menunjukkan pertumbuhan se-
banyak 110% di antara 1985 hingga 1988 dalam terapoh 3 tahun iaitu
pada 1985 - RM28.4 juta tetapi pada tahun 1988 RM58.8 juta.lni
adalah satu kenaikan yang baik.
Tuan Pengerusi, dua orang Ahli Yang Berhormat iaitu dari Kota
Setar dan juga dari Ipoh telah membangkitkan masalah kelapa muda.
Walaupun kempen yang dijalankan oleh Kementerian atau Yang Berhormat
Menteri Pertanian, "Kempen Meminum Air Kelapa Muda" telah mendapat
kejayaan yang baik di mana harga kelapa muda dan harga kelapa pada
keseluruhannya telah meningkat, Mereka metnikir bahawa kita tidak
mencukupi bekalan kelapa, ini adaLah tidak benar. Kita cuma import
kelapa 2% daripada jumlah penggunaan kelapa muda.
DR.26.U.92 -81-
Ini pun adalah oleh kerana beberapa pengguna dalam negara kita
begitu menggemari kelapa muda berbau pandan daripada negara asing.
Tecapi ini cuma- merupakan2%yang diimport, jadi tidak merupakan ser-
bagai satu masalah. Walau bagaimanapun kita akan terus mencuba
untuk menambahkan hasil dalam negara.
Ahli Yang Berhormat dari Sungai Petani telah membangkitkan
beberapa perkara mengenai projek akuakultur bagi meningkatkan taraf
hidup nelayan sungai. Di bawah Pancangan Malaysia Keenam, sebanyak
BM2.35 juta telah diperuntukkan untuk projek akuakultur di kawasan
Sungai Merbok. Projek-projek yang telah dikenalpasti untuk
pelaksanaan meliputi projek pendederaan benih siakap, ternakan udang
dalam kolam dan percubaan ternakan tilapia merah. dan ketam.
Projek-projek yang sedang dilaksanakan dan dicadang diperbesar-
kan ialah projek ternakan udang dalam kolam di mana kawasan
permukaan airnya ialah seluas 58 hektar dan dijalankan secara
komersil oleh LKIM. Seramai 50 orang nelayan akan diambil sebagai
pekerja. Selain daripada icu LKIM akan memberi bantuan kepada
keluarga nelayan dalam bentuk peralacan kraftangan. Peralatan untuk
projek pelancongan seperti Medan Ikan Bakar juga diberi iaitu
melalui Persatuan Nelayan. Untuk membantu nelayan pantai, unjam—
unjam juga akan dibina dan diperbesarkan di kawasan Tanjong Dawai.
Tuan Pengerusi, Ahli Yang Berhormat dari Tpoh juga telah mem-
bangkitkan mengenai penyelewengan yang dilaporkan bertaku di LPN.
DR.26.11.92 -82-
Untuk menjawab Ahli Yang Berhormat, akibat daripada pendedahan
penyelewengan itu Kerajaan telahpun mengambil tindakan terhadap 32
orang kakitangan termasuk 3 pegawai pada bulan Septerober, 1992 dan
kesemua mereka ini telah ditamatkan perkhidmatan mereka. Tindakan
dari segi undang-undang sedang diarabil oleh pihak BPR berasaskan
kepada bukti-bukti yang ada.
Tuan Pengerusi, mengenai perkara yang dibangkitkan oleh Ahli
Yang Berhormat dari Batu Gajah mengenai ternakan khinzir, apa yang
disebutkan oleh Ahli Yang Berhormat adalah tidak benar bahawa
Kerajaan Barisan Nasional tidak mempunyai semangat bertoleransi.
Sebenarnya, kalau beliau nampak pembangunan dan juga jumlah daging
khinzir yang dieksport ke negara-negara lain, itu akan menjadi bukti
bahawa Kerajaan Barisan Nasional telahpun menggalakkan pencernak-
penternak khinzir dalam negara kita sehingga industri ini telah ber-
kembang dan sedang mengeksport ke negara-negara asing. Beliau
sendiri memberi angka-angka tnengenai berapa juta ringgit yang
Kerajaan dapat sebagai hasil daripada pengaksportan, Maka adalah
tidak benar dan tidak berasas mengatakan Kerajaan Barisan Nasional
tidak terbuka (tolerance) terhadap kaum-kaum lain ataupun mereka
yang menganuti agama-agama lain daripada Islam.
Apa yang telah dikenalpasti ialah masalah pencemaran yang
menjadi satu masalah yang begitu serius dan oleh kerana itu Kerajaan
telah memutuskan untuk menentukan kawasan-kawasan yang tertentu
sebagai tempat menternak khinzir. Inipun baru di peringkat
perancangan dan belum dilaksanakan. Sebenarnya, walaupun masalah
ini telah wujud lebih kurang dua dekad dan difikirkan masih
DR.26.11.92 -83-
dirancang oleh kerana kita telah membuat beberapa cadangan mengenai
tempat dan skim menempatkan semula dan sebagainya masih diteruskan
dalam perbincangan, oleh kerana kita sangat sensitif juga terhadap
penternak-penternak mengenai kehidupan mereka, Tidaklah benar aduan
yang dibuat oleh....
Tuan Lau Dak Kee: [Bangun]
Tuan Pengerusi: Ipoh bangun, Yang Berhormat.
Dato' S. Subramaniam: Tidak, Tuan Pengerusi. Masa tidak
cukup. Lain kalilah,
Tuan Pengerusi, Ahli Yang Berhormat dari Ipoh juga telah
membangkitkan mengenai peranan MARDI dalam meningkatkan bekalan
bahan-bahan makanan di negara kita. MARDI dalam memainkan peranan
Research and Development (R&D) sehingga sekarang telah menghasilkan
dari segi promosi banyak teknologi-teknologi baru bagi meninggikan
hasil keluaran pertanian, terutama bahan-bahan makanan. Tni adalah
satu prestasi yang baik. Antara lain, beberapa teknologi yang telah
dihasilkan oleh MARDI ialah seperti berikut:
(i) memperkenalkan variety padi baru, iaitu MR123, MR.127 dan
lain-lain variety yang saya sendiri tidak ingat
nama-namanya;
(ii) meningkatkan klon durian seperti MDUR78, MBUR79 dan
lain-lain vaciety yang telahpun dihasilkan sebelum itu;
(iii) menghasilkan benih betik exotika yang lebih tinggi
hasil dan mutunya;
(iv) mempelopori teknik-teknik pembiakan baka serti pengurusan
DR.26.11.92 -84-
ternakan yang lebih baik bagi menambah populasi ternakannegara sebagai, salah satu sumber makanan penting;
(v) raembangunkan teknologi lepas-tuai (post-harvest) yangwajar bagi produk-produk untuk kegunaan segar dan untukdiproses bagi menambahkan barangan keluaran dan mengurang-kan kehilangan hasil lepas-tuai.
Ini adalah sebagai contoh sahaja dan saya harap Ahli Yang Berhormatakan berpuas hati tentang R&D yang akan diteruskan di dalam beberapa
bidang yang lain dalam masa-masa yang akan datang.Tentang masalah tumpahan minyak dari kapal Nagasaki Spirit itu,
sukalah saya menjelaskan perkara yang dibangkitkan oleh Ahli YangBerhormat dari Ipoh bahawa Kementerian Pertanian telah mengambil
beberapa langkah terhadap masalah ini dan pegawai-pegawai daripadaJabatan Pertanian telah bersama-sama dengan Jabatan-jabatan laindalam mengesan dan melindungi turapahan minyak dari memasuki kawasan-
kawasan sensitif di perairan Malaysia seperti kavasan ternakan ikandan sebagainya.
Kedua, kita sentiasa memberikan maklumat dan nasihat kepadanelayan dan penternak yang terlibat dalam menghadapi trageditumpahan minyak ini. Kita juga menjalankan pengawalseliaan dankajian yang berterusan ke atas sumber perikanan bagi melihat kesan-nya terhadap sumber hidupan laut. Kesan tumpahan minyak boleh di-lihat dari tiga aspek:
(i) kesan techadap sumber kehidupan laut keranatumpahan minyak boleh menyebabkan kematian kepadahidupan laut, termasuk larvae, kerosakan kepada
plankton, kerosakan kepada kawasan pembiakan dan
sebagainya;
(ii) kesan terhadap sosio-ekonomi nelayan dan pen-
ternak yang mengakibatkan kemerosotan tangkapan,
pendapatan, kerosakan alat menangkap ikan dan se-
bagainya;
(iii) kesan terhadap pembiayaan kewangan oleh Kerajaan
bagi kerja-kerja pengawasan, pengesanan dan
pengawalan tumpahan minyak.
DR.26 .11 .92 -85-
laporan kesan tumpahan minyak dari 'Nagasaki Spirit' ke atas
industri perikanan sedang disediakan dan akan dtserahkan kepada
Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar. Ini sedang dibuat.
Dan tuntutan bagi mendapat pampasan akan juga dibuat kepada syarikat
perkapalan yang terlibat. Kementerian Pertanian akan menuntut
pampasan dari segi pembiayaan kewangan bagi kerja-kerja pengawasan
dan pengawalan yang meliputi perbelanjaan penggunaan kapal-kapal,
kenderaan dan elaun kakitangan. Tuntutan juga akan dibuac sekiranya
kajian dan pengawasan sumber yang sedang dilakukan menunjukkan kesan
yang negatif terhadap sumber. Ini akan mengambil masa sedikit. Apa
akibatnya suraber ini terhadap pendapatan nelayan-nelayan ini akan
mengambil masa sedikit. Oleh kerana itu, kita masih dalam proses
menyediakan butiran kerugian secara terperinci dan akan siap dengan
seberapa segera.
Tuan Pengerusi, Ahli Yang Berhormat dari Kota Setar telah men-
cadangkan kita menjalankan kajian untuk menentukan kesesuaian
tanaman bagi satu tempat supaya dapat mengadakan "satu kampung -
satu produk". Ini adalah satu cadangan yang baik. Berdasarkan
kajian yang telahpun dijalankan oleh pihak MARDI dari segi keadaan-
iklim dan kesesuaian tanah untuk jenis-jenis yang didapati di
Malaysia, pihak MARDI telah menghasilkan petak agro-cl imatology bagi
seluruh negara. Dengan ini maklumat-maklumat sudahpun mencukup i
bagi menentukan jenis-jenis tanaman yang sesuai dengan keadaan,
DR.26.11.92 -86-
iklim dan tanah bagi sesuatu kawasan pertanian. Apa yang perlu di-
wujudkan adalah satu rancangan pengeluaran tanaman yang Lebih
sistematik dengan mengambil hitung. kemampuan untuk memasarkan hasil-
hasil tanaman yang diusahakan kelak. Pihak Kementerian Pertanian
sentiasa mengkaji perancangan untuk penanaman tanaman karapung yang
sesuai berdasarkan kepada kawasan pertanian tertentu di samping
mengadakan galakan dan khidmat nasihat.
Ahli Yang Berhormat dari Nilam Puri telah membangkitkan masalah
mengenai beras yang d igred semula. Dalam pengumuman yang d ibuat
oleh Yang Berhormat Menteri Pertanian, apablla mengumumkan mengenal
menggredkan semula beras, beliau juga mengumumkan bahawa harga juga
akan naik sedikit, oleh kerana kenaikan harga beras yang lalu itu
adalah dibuat beberapa tahun lalu - lebih kurang 15 tahun lalu -
maka adalah wajar bahawa beras itu digred seraula, dan juga harga itu
dibenarkan naik sedikit, tetapi ianya akan terus dikawal oleh
Kementerian .
Saya fikir program 'Kampung-ku' yang dilaksanakan oleh KADA
itu, saya harap Ahli Yang Berhormat tidak payahlah begitu khuatir
ataupun begitu mengambil berat terhadap program itu. Program itu
adalah satu program di mana infrastruktur akan disediakan untuk
memberi semangat yang baru kepada penduduk-penduduk d i kampung
supaya mereka, yang pertama, tinggal dalam keadaan harmoni dan
kedua, dengan semangat kerjasama dapat menghasilkan hasil pertanian
yang lebih baik, serta juga mendapat faedah-faodah lain. Saya fikir
selain dari itu, pro,gram 'Kampung-ku' ini merupakan satu program
agro-tourism KADA dan ini saya fikir akan membawa hasi1
kepada penduduk-pendudk di KADA ataupun kampung tersebut.
DR.26.11.92 -87-
Ahli Yang Berhormat kalau menakut bahawa ini akan usir
pengundi-pengundi, beliau sabarlah, fasal pengundi-pengundi itu akan
dapat pendapatan yang lebih oleh kerana kalau program agro-tourism
itu berjaya, penduduk-penduduk di tempat itu akan menikmati
kehidupan yang lebih selesa. Perbelanjaan ini adalah bukan begitu
tinggi sekali - terhad juga. Kita akan menunggu kesan program itu
dan kita harap program itu akan berjaya.
Tuan Pengerusi, Ahli Yang Berhormat dari Kota Secar membangkit-
kan mengenai LPN yang menghadapi masalah pengllang bumiputera di
mana satu ketika LPN menggalakkan bumiputera membeli kilang, tetapi
sekarang terdapat perubahan, kerana ada lebih permit kisar pad i di-
tarik balik. Skim-skim upah kisar dari pusat belian LPN untuk mem-
bantu kilang-kilang bumiputera masih diteruskan. Tetapi kawalan ke
atas kilang-kilang tersebut telah ditingkatkan, kerana untuk
mengelakkan kecurian padi oleh segelintir kilang-kilang yang tidak
amanah. Penyertaan kiiang-kilang padi yang baru diambilalih oleh
bumiputera ke dalam skim pusat belian dibekukan buat sementara,
kerana sumber kewangan LPN untuk membeli padi adalah terhad.
Setakat ini tiada lesen kilang padi buraiputera yang ditarik balik.
Tuan Pengerusi, mengenai teguran Ahli Yang Berhormat dari. Kota
Setar tentang gred dan harga beras, tiga gred sahaja diubahsuaikan.
Untuk pengetahuan AhlL Yang Berhormat, tiga gred ini iaitu gred
Super, gred Premium dan gred Standard akan berkuat kuasa mulai Ihb
Januari, 1993. Harga Beras Super ini akan di .....
Wan Haaafiah bin Wan Mat Saman: [Bangun]
Tuan Pengerusi [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat, Kota Setar
bangun.
DR.26.11.92 -88-
Dato' S. Subramaniam: Biar saya habis dahulu.
Wan Hanafiah bin Wan Hat Saman: Sedikit sahaja.
Dato' S. Subramaniam: Sedikit sahaja? Okaylah.
Waa Hanafiah bin Wan Mat Saman: Untuk kepentingan Yang
Berhormat. Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri mengatakan bahawa
Lesen untuk beli dan upah kisar tidak ada yang ditarik balik. Saya
minta Yang Berhormat tolong siasat tentang kilang di Kampung Bukit,
itu sahaja. Saya baru sahaja pergi melawat kilang ini pada minggu
sudah, tengok tinggal mesin, dan kosong tidak ada apa. Saya takut
pengilang itu naik mana-mana bangunan, terjua turun ke bawah!
Dato' S. Subramaniam: Terima kaslh kepada Ahli Yang Berhormat.
Ini saya akan siasat, tetapi mengenai penarikan balik lesen itu,
sejauhmana yang saya tahu, belum lagi dibuat. . Mungkin kalau
melanggar peraturan-peraturan lain boleh berlakulah. Walau bagai-
manapun, saya akan siasat.
DR.26.11.92 -89-
Tentang harga beras ini, harga gred Super ini, harganya akan
ditentukan oleh pasaran. Jadi, ini beras Super, Harga beras
Premium dan Standard ini akan dikawalkan oleh LPN yang menetapkan•
harga maksimunmya mengikut zon. Pengubahsuaian harga adalah di-
sebabkan seperti yang saya kacakan tadi oleh kerana kenaikan kos
pengeluaran dan pemerosesan yang tidak diubah semenjak tahun 1974;
iaitu lebih kurang 18 tahun.
Tuan Pengerusi, sekali lagi saya mengambil kesempatan untuk
mengucapkan setinggi-uinggi terima kasih kepada Ahli-ahli Yang
Berhormat yang telah membangkitkan perkara-perkara dan yang telah
membuat cadangan-cadangan yang berguna terhadap prestasi dan juga
masa hadapan Kementerian Pertanian,
Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi [Tuan Ong Tee Keat]: Ahli-ahli Yang Berhormat,
masalahnya ialah bahawa wang sejumlah $889,729,400 untuk Maksud B.19
di bawah Kementerian Pertanian jadi sebahagian daripada Jadual
hendaklah disetujukan.
Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Wang sebanyak $889,729,400 untuk Maksud-B.19 diperintahkan jadi
sebahagian daripada Jadual.
DR.26.11.92 -90-
Tuan Pengerusi [Tuan Ong Tee Keat]: Masalahnya ialah bahawa
perbelanjaan sebanyak $859,142,500 yang disebutkan untuk Maksud P.19
dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 1993 hendaklah diluluskan,-
Masalah dikemuka bagi "diputuskan dan disetujukan.
Wang sebanyak $859,142,500 untuk Maksud P.19 diluluskan jadi
sebahagian daripada Anggaran Pembangunan, 1993.
Maksud B.20 [Jadual] -Maksud P.20 [Anggaran Pembangunan, 1993] -
Tuan Pengerusi [Tuan Ong Tee Keat]: Kepala B.20 dan Kepala
P.20 di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
terbuka untuk dibahas sekarang. Padang Terap.
5.23 ptg.
Dato' Dr. Affifudin bin Haji Omar [Padang Terap]: Tuan
Pengerusi, terima kasih. Saya merujuk kepada mukasurat 105, Butiran
020000 di bawah Program Penggalakan Perdagangan dan juga di bawah
Program Perdagangan Antarabangsa.
Tuan Pengerusi, saya ingin mendapat penjelasan yang lebih
lanjut daripada pihak Kementerian mengenai dengan kedudukan AFTA
yang dipelopori di dalam ASEAN oleh negara Thailand. Di dalam
persidangan di Manila dahulu, Yang Berhormat Menteri Perdagangan
Antarabangsa dan Industri kita telah mengkritikkan Thailand kerana
DR.26.lt.92 . -91-
nampaknya Thailand pada masa ini lembab di dalam membuat kerja untuk
meningkatkan dan juga memperkukuhkan AFTA. Saya ingin tanya apa
sebab? Mengapa Thailand berkelakuan begini? Walaupun secara apa
yang didakwa (stated) oleh Thailand, iuitu negara mereka baru sahaja
mengalami pertukaran Kerajaan, maka ianya perlu mengambil masa pada
saya ini adalah tidak memberi keyakinan kepada kita. Kerana apa
yang saya takut, Tuan Pengerusi, ialah mungkin ada tekanan-tekanan
daripada Amerika Syarikat di dalam usaha kita antuk menubuhkan satu
Persatuan Free Trade di Wilayah ASEAN ini.
Tuan Pengerusi, mungkin sesetengah orang berpendapat bahawa
pendakwaan saya tadi adalah satu dakwaan yang agak melulu, tetapi
jikalau kita tengok pattern semenjak Persidangan Rio dahulu lagi
yang mana Amerika telah menekankan dua, tiga negara di dalam per-
juangan kayu tropika, negara-negara yang ditekan telahpun berundur
daripada perjuangan bersama-sama kita uncuk mempertahankan nasib
kayu tropika.
Kalau kita lihat apa yang berlaku sekarang, kes satu negara
yang menarik diri di dalam Persidangan Kemuncak G-15 yang telah ber-
langaung di Senegal baru-baru ini, penarikan diri itu adalah satu
tindakan yaag sungguh menghairankan. . Kaiau saya dibenarkan, saya
ingin menyatakan bahawa negara itu jugalah yang menarik diri dari-
pada kumpulan kayu tropika dahulu yang pada awalnya berjanji untuk
bersama kita tetapi akhirnya, dengan tekanan Kerajaan Amerika, dia
pun tnenarik diri daripada kumpulan kita. Jadi, apakah ge jala ini
DR.26.11.92 -92-
merupakan satu gejala yang sama? Dan jikalau ianya begitu, apakah
langkah-langkah kita dan negara-negara ASEAN lain untuk mengatasi
masalah yang saya katakan tadi? Mungkin ianya merupakan satu
masalah yang hypothetical tetapi perlu diawasi perkara ini. Tuan
Pengerusi, jikalau kita lihat perkembangan NAFTA pada masa ini,
satu artikel yang diCulis di 'dalam rencana pengarang Asia Week
menunjukkan bagaimana NAFTA merupakan sebagai satu, dan saya quote
di sini, dengan izin:
"NAFTA is a deceitful protectionist ploy palmed off
as free trade."
Dan NAFTA juga dikatakan oleh majalah ini sebagai "the super weapon
in the US arsenal" di dalam menentukan pembalikan penguasaan ekonomi
yang talah hilang daripada tangan Amerika,
Jadi, pada saya, kalau kita lihat AFTA dengan NAFTA, raetnanglah
AFTA tidak mungkin mencapai kekuatan NAFTA, kerana AFTA adalah satu
perkumpulan di antara negara-negara yang kita kata sama-sama kuat
ataupun sama-sama lemah, negara-negara yang mengeluarkan barang-
barang yang sama. Tetapi, jikalau usaha kita untuk mewujudkan. satu
perkumpulan.ini ditentang ataupun disabotaj oleh negara lain, saya
mintalah pihak Kementerian supaya berwaspada dan juga mencari
langkah-langkah tertentu untuk memastikan bahawa usaha kita menubuh-
kan AFTA ini sebagai satu usaha yang akan memberi manfaat dan men-
cetuskan pembangunan ekonomi di Wilayah ASEAN.
Saya mengambil peluang ini untuk memberi tahniah dan syabas
kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan kerana telah mengambil
D R . 2 6 . 1 1 . 9 2 -93-
daya-usaha untuk mengurangkan tarif ke atas 600 barang-barangan yang
merupakan satu langkah pertama, satu inisiatif utama yang ditunjuk-
kan oleh Malaysia untuk diikuti oleh negara-negara anggota ASEAN
yang lain.
Perkara yang kedua, Tuan Pengerusi, ialah di mukasurat 106
iaitu Butiran 050000 - Pusat Daya Pengeluaran Negara Malaysia. Cuma
satu komen, yang mungkin tidak begitu penting. Tetapi saya ingin
bertanya apakah peranan Hotel Dayang sekarang ini yang diambilalih
oleh Pusat Daya Pengeluaran Negara ini? Saya ingin memberi sedikit
komen tentang hal ini. kerana dua minggu yang dulu saya telah pergi
ke Hotel Dayang dan masuk ke dalam coffee-housenya. Di dalam
coffee-house itu coffee house itu kecil sahaja, satu perlima Dewan
ini sahaja tetapi di coffee-house itu ada dua jenis pelayan: satu
kumpulan pelayan yang berpakaian putih dan satu jenis pelayan yang
berpakaian merah. Bila dipanggil untuk mendapat layanan, saya
memanggil yang berbaju putih untuk order mee goreng. Tetapi dia
kata "Minta maaf, saya hanya memberi khidmat kepada siapa yang order
minuman." Jadi, apakah ini satu pola untuk kita mengajar
productivity? Di dalam coffee-house Hotel Shangri-la ataupun HoteL
Hilton sekali pun, semua pelayan-pelayan adalah common usage,
Mengapakah kita mengajar penuntut-penuntut MARA yang berlatih di
situ begitu oleh kerana itu adalah anti-produktiviti?
DR.26.il.92 -94-
Satu tempat yang kecil diadakan speciaiisasi kerja yang mana
pelanggannya tidak lebih daripada 20 orang. Jadi, apakah ini cara
kita mengajar produktiviti? Saya tidak tahulah, mungkin ada sebab-
sebabnya, tetapi saya cuba menjelajah pengalaman saya, tidak dapat
jawapan apakah sebab diadakan begitu. Kerana pelayan yang ada di
situ dia tidak mahu rserve' saya sebab dia 'serve' hanya 'coffee dan
tea'. Dia tidak 'serve' makanan, jadi saya terpaksa panggil pelayan
yang lain. untuk order makanan, Jadi, apakah perkara yang kecil
begini tidak dapat diperbetulkan kerana ianya merupakan satu langkah
yang boleh dikatakan anti-productivity dan juga latihan di situ satu
yang janggal ialah pelayan yang datang kepada saya dia bercakap
Inggeris. Apabila saya bercakap Melayu, dia bercakap Inggeris.
Jadi, ini walaupun hendak melatih pelayan bercakap Inggeris, tetapi
biarlah tiap-tiap pelayan ataupun orang yang berniaga itu dia
sesuaikan dengan kehendak pelanggan. Kalau pelanggan hendak cakap
Melayu, cakaplah Melayu dengan dia. Kalau dia hendak cakap Jepun,
cakaplah Jepun dengan dia. Tetapi janganlah satu perkara yang
menolak enthusiasm pelanggan yang masuk ke tempat kita itu diadakan.
Saya hendak tegur dua perkara ini kerana ianya mempakan
gejala-gejala ataupun fakta-fakta yang meningkatkan produktiviti dan
ini tidak seharusnya berlaku di Pusat Daya Pengeluaran Negara iaitu
the centre of Malaysiaa productivity. Dua gejala ini adalah merupa-
kan satu anti-climax, satu perkara yang sangat menghairan dan
mungkin memalukan.
DR.26.1192 -95-
Perkara ketiga, Tuan Pengerusi, yang akhir saya ingin, bertanya
kepada pihak Kementerian iaitu mengenai Penubuhan SITTDEC di dalam
Butiran 01200, mukasurat 107. Setakat ini Malaysia sahaja yang
merupakan peneraju utama SITTDEC ini. Apakah peranan ini akan di-
mainkan oleh Malaysia terus-menerus, iaitu ianya tidak akan mewujud-
kan satu sekretariat bersama yang mana segala penanggungan kos dan
Lain-lain dikongsi bersama? Apakah usaha untuk kita menjadikan satu
permanent secretariat untuk SITTDEC yang mungkin diletak di Kuala
Lumpur ataupun di Brazil, di Rio de Janeiro ataupun. di mana-mana
negara yang menjadi anggota G15?
Saya ingin mengucapkan syabas kepada Kementerian dan Timbalan
Menteri khususnya yang mana SITTDEC merupakan satu inisiatif
Malaysia yang dipuji oleh semua anggota G15, satu inisiatif yang
pada mulanya nampak agak kecil, tetapi akhirnya disedari bahawa ini
adalah satu perkara yang penting di dalam usaha kita mewujudkan
rangkaian ataupun network" perdagangan di antara negara-negara
Selatan. Sekian. Terima kasih, Tuan Pengerusi, saya menyokong.
Tuan Pengerusi [Tuan Ong Tee Keat]: Ipoh.
5.35 ptg.
Tuan Lau Dak Kee [Ipoh]: Tuan Pengerusi, saya ingin mengambil
bahagian di dalam perbahasan terhadap Kementerian Perdagangan
Antarabangsa dan Industri. Saya merujuk kepada Maksud Bekalan 20,
Butiran 020000, Program 020100, dan juga P.20, Butiran 01200 dan
00200. Saya akan membahaskan semua ini dengan sekali gus.
DR.26.11.92 -96-
Tuan Pengerusi, yang pertamanya saya suka hendak menyebut
sedikit sebanyak berkenaau dengan satu perjaajian perdagangan dan
pelaburan dua hala antara Malaysia dengan Amerika Syarikat. Menteri
Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah berkata pada • 29hb
Oktober tahun ini di Kuala Lumpur, bahawa Malaysia tidak berhasrat
hendak mewujudkan satu perjanjian antara Malaysia dengan Amerika
Syarikat. Kerana Duta Amerika telah menimbulkan perkara tersebut
maka Malaysia ingin menunggu untuk mendapatkan penerangan. yang lebih
lanjut lagi supaya dapat menimbangkan sama ada perjanjian itu perlu
diadakan atau tidak.
Tuan Pengerusi, menurut Duta Amerika, dikatakan perdagangan
antara dua hala itu, iaitu Amerika dan Malaysia, berjumlah hampir•
US$10 bilion pada tahun 1991. Ia akan meningkat kepada US$12 bilion'
pada tahun ini. Selain daripada perdagangan dan pelaburan daripada
Amerika Syarikat di Malaysia, pelabaran dan perdagangannya yang
telah berada setakat ini ialah US$70 bilion. Ia boleh diaaggapkan
satu pelaburan asing yang terbesar di Malaysia dan pertumbuhan
pelaburan oleh Amerika Syarikat dianggapkan oleh Duta Amerika itu
akan meningkat hampir 18% pada masa yang datang.
Tuan Pengerusi, berdasarkan angka-angka tersebut, saya ingin
mendapat penjelasan daripada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan
Industri untuk memberi sedikit penjelasan terhadap satu cadangan
untuk mengadakan perjanjian perdagangan dan pelaburan. dua hala
antara Amerika dengan Malaysia. Memandangkan perdagangan dan
pelaburan oleh Amerika Syarikat dengan Malaysia yang begitu besar
DR.26.11.92 -97-
dan aktif, adakah keadaan ini menepati objektif Kementeriannya iaitu
merancang dan melaksanakan dasar perdagangan dan industri negara dan
menentukan prestasi eksport terus meningkat melalui penyertaan aktif
negara dalam rundingan-rundingan perdagangan dengan laiti-lain negara
bagi memesatkan pertumbuhan ekonorai serta menuju ke arah pencapaian
Wawasan 2020? Kalau jawapan itu ya, mengapakah kita menunggu-nunggu
lagi untuk mengadakan satu perjanjian di mana dapat memanfaatkan•
kepada kedua-dua negara kita? Kalau jawapannya tidak, apakah
alasan-alasan yang munasabah di mana pelaburan dan perdagangan
antara Amerika dan Malaysia yang begitu besar?
Tuan Pengerusi, perkara yang kedua berkenaan pelaburan di luar•
negeri, khasnya di negeri China. Timbalan Menteri Perdagangan
Antarabangsa dan Industri, dalam satu interview khas apabila pulang
dari lawatan rasmi ke negeri China pada 19hb Oktober- tahun ini,
menyatakan, saya quote:
"Sejak tahun 1978 Kerajaan China telah mengubahkan
polisinya - polisi tutup menjadi polisi open".
DR.26.11.92 -98-
Negeri China dapat menarik pelaburan asing sebanyak 54,000
pelaburannya yang bernilai RM151.5 bllion. Kebanyakan pelabur*
adalah dari Hongkong, Taiwan, Jepun dan Amerika Syarikat. Timbalan-
Menteri pun menyatakan pelaburan-pelaburan asing ke negeri China
akan menikmati banyak insentif seperti gaj inya murah, tenaga
pekerjanya banyak, tidak seperti di Malaysia, susah hendak dapat
pekerja-pekerja khasnya pekerja-pekerja kasar dan juga bidang untuk
menanam pelaburannya begitu banyak dan cukai di negeri China
dibebaskan, bukan seperti Malaysia, lima tahun sahaja, ia sehingga
tujuh tahun dan selepas tujuh tahun itu, ia dikenakan setengah cukai
sahaja dan jangka itu mungkin sampai tujuh tahun lagi, yang dikata-
kan oleh Timbalan Menteri kita dan juga pekerja-pekerja raahir,
separuh mahir dan juga pekerja kasar boleh didapati dengan mudah
sahaja.
Tambahan pula, pertumbuhan ekonominya adalah tertinggi di dunia
pada setakat ini, ia akan terus mempertahankan pertumbuhannya di
paras 8% hingga 10%, sehingga tahun 2000.
Tuan Pengerusi, oleh kerana environment untuk menanam pelaburan
yang begitu menggalakkan Timbalan Menteri menyeru industrialists dan
peniaga-peniaga Malaysia patutlah ambil kesempatan Ini untuk melabur
ke negeri China sebagai reverse investment dan Timbalan Menteri pun
mengingatkan kita iaitu janganlah lambat Lagi. Dia kata, "early
bird gets the worm".
DR.26.11.92 "99-
Tuan Pengerusi, maka Timbalan- Menteri telah berkata dan
menyeru kita melabur di negeri China lebih awal, maka saya ingin
mendapat penjelasan dari Timbalan Menteri yang berkenaan, apakah
peranan yang telah, sedang dan akan diatnbil oleh Kementeriannya
untuk menggalakkan pelabur tempatan melabur ke negeri China? Apakah
informasi atau keterangan yang tepat, persiapan yang telah diaturkan
oleh Kementeriannya untuk menyeru pelabur-pelabur kita melabur ke
negeri China. Yang ketiga, apakah perjanjian atau perjanjian perse-
fahaman yang telah dicapai oleh kedua-dua negara untuk menjamin
pelabur kita tidak menghadapi masalah apabila mereka melabur di
negeri China? Yang keempat, adakah galakan seumpama ini diberi
kepada pelabur China yang ingin melabur ke Malaysia?
Tuan Pengerusi, perkara yang ketiga yang saya ingin bangkitkan
ialah industri sederhana dan industri kecil. Saya dapati bahawa
Kerajaan Pusat sentiasa memberi lebih tumpuan kepada industri besar
dan induscri-industri sederhana dan industri-industri kecil kurang
dapat pandangan ataupun menitikberatkan oleh Kerajaan Pusat khasnya
daripada Menteri yang berkenaan.
Banyak industri khasnya industri kecil tidak dapat dikembangkan
oleh kerana modalnya kecil dan sukar dapat pinjaman atau bantuan
daripada Kerajaan ataupun inscitusi kewangan. Mereka ini
kebanyakannya, menjalankan kegiatan mereka di luar kawasan
perindustrian. Saya fikir, Timbalan Menteri pun faham, industri
kecil ini selalu dijalankan di kawasan-kawasan luar kawasan
DR.26.11.92 -100-
perindustrian seperti di kampung-kampung baru, seperti kawasan
perumahan di mana mereka tidak dapat sijil yang sah ataupun operasi
yang sah boleh dijalankan kegiatannya di bawah peraturan daripada
pihak-pihak berkuasa.
Tuan Pengerusi, di sini juga saya dapati bahawa industri-
industri sederhana dan industri-industri kecil pada hari
kebelakangannya, mereka kena berusaha dengan sendiri untuk
menjalankan kegiatannya tetapi tidak menghadapi apa-apa masalah
persaingan atau competition daripada industri-industri sederhana
dan kecil daripada luar negeri. Tetapi setakat ini, saya dapati,
Tuan Pengerusi, di mana pelabur-pelabur asing telah dibenarkan
melabur di negara ini di dalam bidang industri-industri sederhana
dan industri-industri kecil. Maka, ini menimbulkan " satu masalah
kepada industri kecil dan sederhana tempatan di mana mereka tidak
berdaya untuk bersaing dengan mereka oleh kerana kekurangan modal,
oleh kerana kekurangan pasaran, oleh kerana kekurangan technical
knowledge dan bantuan daripada Kerajaan.
Oleh kerana itu, Tuan Pengerusi, di sini saya ingin
mencadangkan jika. dapat dipersetujui dari Kementeriannya. Yang
pertama, saya mencadangkan memberi dan melonggarkan syarat-syarat
pinjaman kepada industri tersebut oleh badan-badan berkanun dan
institusi-institusi kewangan. Yang Kedua, memberi dan menyebarkan
keterangan-keterangan seluas-luasnya mengenai kemudahan dan bantuan
yang disediakan oleh Kerajaan dan institusi kewangan oleh kerana,
DR.26.11.92 -101-
banyak saya dapati - saya baca dalam suratkhabar - di mana banyak
kesatuan-kesatuan pekilang telah mengadukan bahawa mereka tidak
dapat keterangan-keterangan lanjut yang betul. Mungkin yang
up-to-date pun tidak didapati tetapi jawapan dari Menteri, dia kata,
"kerana mereka tidak ambil berat tentang dasar dan peraturan-
peraturan yang dibuat oleh Kerajaan".
Saya minta, oleh kerana industri-industri kecil dan sederhana
ini, mereka memang menghadapi satu kepincangan di mana tidak boleh
bertanding dengan pelabur-pelabur asing atas bidang industri kecil
dan sederhana. Dan juga untuk menentukan mereka tidak dijejaskan
daripada pihak sesiapapun, di sini saya ingin mencadangkan, menentu-
kan tidak ada siapa yang akan dipaksa berpindah atau diperintah
keluar dari tempat mereka sebelum mereka dapat cari tempat gantian
atau tapak yang disediakan atas kemampuan mereka.
DR.26.11.92 -102-
Ini mustahak walaupun tapak akan disediakan daripada pihak
swasta atau pihak Kerajaan, tetapi mereka tidak mampu untuk
berpindah. Bukan mereka tidak mahu berpindah, bukan mereka tidak
mahu kembangkan operasinya, tetapi mereka tidak mampu atas modalnya,
atas kewangannya, mungkin mereka boleh pindah, beli tapak tempat
kilangnya? Macam mana hendak dapat cash flownya? Itu susah.
Tuan Pengerusi, yang keempat, mewajibkan Kerajaan dan pihak
swasta membina kilang harga murah di setiap kawasan perindustrian
seperti dasar Kerajaan membina rumah kos rendah di merata-rata
tempat di mana jikalau Kerajaan menjalankan satu dasar di setiap
kawasan perindustrian itu dapat membina sebilangan kilang-kilang kos
murah di mana akan dapat membantu pengilang-pengilang kecil dan
sederhana untuk berpindah ke kawasan yang telah ditentukan itu.
Tuan Pengerusi [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat, masa sudah
cukup.
Tuan Lau Dak Kee: Satu minit.
Tuan Pengerusi [Tuan Ong Tee Keat]: Sila gulung ya.
Tuan Lau Dak Kee: Satu minit.
Tuan Pengerusi [Tuan Ong Tee Keat]: Sila gulung.
Tuan Lau Dak Kee: Hari kelmarin pada 25hb November tahun ini
Yang Berhormat Timbalan Menteri sendiri pun mengatakan dalam satu
sidang akhbar bahawa 6 Kementerian akan melibatkan diri untuk
membantu industri kecil dan sederhana. Kementerian Perdagangan
Antarabangsa dan Industri bertanggungjawab untuk membantu dan
DR.26.11.92 -103-
meneroka pasaran baru. Baru-baru ini sahaja dan bukan hanya Yang
Berhormat Timbalan Menteri telah membuat kenyataan begitu, saya
percaya Menteri sendiri pun membuat kenyataan begitu. Saya hendak
tahu macam mana kita dapat menunaikan kehendak-kehendak dan
cadangan-cadangan yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri dan
Timbalan Menterinya di mana kilang-kilang kecil dan kilang-kilang
sederhana, industri-industri kecil dan industri-industri sederhana
dapat menjalankan operasinya tanpa apa-apa halangan dan mereka dapat
berkembang sehingga dapat bersaing dengan negara-negara luar.
Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi [Tuan Ong Tee Keat]: Bagan Serai.
5.54 ptg.
Dato' Haji Qamaruz Zaman bin Haji Ismail [Bagan Serai]: Tuan
Pengerusi, saya ingin menyertai perbahasan bagi Maksud Bekalan B.20,
Mukasurat 105, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri,
Butiran 030000 - Pembangunan Perindustrian.
Di tempat saya iaitu kawasan Parlimen Bagan Serai, sukalah saya
membangkitkan dan bertanya kepada Yang Berhormat,Timbalan Menteri
Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkenaan kerosakan sebuah
kilang iaitu kilang Wembley Activated Clay yang mana telah
menyebabkan 700 orang terhidu gas beracun dan memerlukan rawatan di
rumah sakit. Jadi, daripada perkara ini adakah Kemencerian ini pada
masa hadapan akan berwaspada ataupun berhati-hati di dalam membawa
masuk atau membenarkan kilang-kilang yang mungkin mendatangkan
bencana kepada penduduk-penduduk supaya ia tidak ditempatkan di
tempat-tempat yang mana ramai penduduknya kerana dengan berlakunya
DR.26.11.92 -104-
kebocoran ini maka penduduk-penduduk di situ sudah pun merasa takut
dan juga ada di kalangan mereka yang menyebutkan kepada saya mungkin
mereka mencari tempat lain untuk berpindah kerana mereka takut kalau
bocor lagi pada tengah malara atau pun semasa mereka tidak sedar,
boleh menjadi huru-hara.
Tuan Chian Heng Kai: [Bangun]
Tuan Pengerusi [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat, Bukit
Mertajam bangun.
Tuan Chian Heng Kai: Nampaknya tak cukup kuorum.
Tuan Pengerusi. [Tuan Ong Tee Keat]: Sila bilang. Sila
bunyikan loceng.
Loceng dibunyikan
[Ahli-ahli dikiraj lebih 26 Ahli ttadir]
Tuan Pengerusi [Tuan Ong Tee Keat]: 29 orang. Cukup kuorum.
Yang Berhormat Bagan Serai diminta sambung.
Dato' Haji Qamruz Zaman bin Haji Ismail: Tuan Pengerusi, saya
ingin meneruskan perkara tadi iaitu adakah pihak Kementerian
Perdagangan Antarabangsa dan Industri akan menguruskan supaya mereka
yang bilang peluang pekerjaan untuk beberapa hari itu mendapat
pampasan mereka kerana mereka sakit oleh terhidu gas itu dan juga
adakah bayaran untuk rawatan mereka itu juga dapat diberi pampasan
kepada mereka ini?
Seterusnya sukalah saya membawa berkenaan dengan kemungkinan
atau peluang supaya kawasan di Bagan Serai ini diadakan industri.
Masalahnya sekarang ialah tempat-tempat pekerjaan perkilangan ini
DR.26.11.92 -105-
jauh daripada penduduk Bagan Serai dan ramai penduduk-penduduk iaitu•
anak-anak muda, gadis-gadis yang pergi berhijrah danpada kawasan
ini seolah-olah mereka ini disedut keluar daripada kawasan Bagan
Serai ini berpindah ke bandar-bandar seperti Ipoh, Kuala Lumpur,
Penang dan juga Kulim di sebelah Kedah. Ini adalah satu perkara
yang berlaku di dalam zaman industrial revolution, dengan izin,
sekarang. Jadi apa yang terjadi ialah dasar ataupun hasrat Kerajaan
untuk memupuk rakyat penyayang itu akan terjejas kerana kita•
berharap sebagai budaya timur kita, ialah orang-orang tua itu tetap
duduk dipelihara oleh anak-anak mereka.
D!U26.11.92 -106-
Jadi, sekarang ini nampaknya anak-anak mereka yang ber-
keupayaan atau mampu, telah keluar pindah ke tempat lain dan
meninggalkan kawasan ini dengan satu kawasan pertanian iaitu sawah
padi. Kawasan pertanian ini lebih-lebih lagi dalam bidang
pengeluaran padi ialah satu bidang yang rendah hasilnya. Maka
dengan itu kemampuan orang-orang di kawasan itu tidak berubah.
Pekan Bagan Serai dan pekan-pekan yang hampir, Kuala Kurau dan
kampung yang kecil seperti Masjid Tinggi, Simpang Empat - macam itu
juga. Kata orang Kedah "dok tang tu jugak" - tidak ada pem-
bangunan. Tidak nampak yang negara ini telah menuju ke arah per-
industrian kerana limpahan hasil pendapatan rakyat itu tidak di-
belanjakan di Bagan Serai. Mereka dapat, kalau bekerja di Kuala
Lumpur habis di Kuala Lumpur juga. Sebab hasil daripada pekerjaan
industri kilang ini barangkali dalam angka $500 atau $400 ini, kalau
dia duduk di Kuala Lumpur habis di situ juga.
Jadi, dengan itu sekiranya kilang-kilang ini dibawa ke kawasan
Bagan Serai tnaka pendapatan anak-anak muda yang walaupun sedikit
iaitu dalam angka yang saya sebut tadi, tapi saya percaya ada
lebihan wang itu untuk mereka berbelanja di tempat itu juga. Maka
dengan ini secara tidak langsung perniagaan, kedai-kedai akan ber-
tambah maju dan bertambah meriahlah di kawasan kampung-kampung.
Maka itulah saya merasakan sangat wajarlah pihak Kementerian
Perindustrian memikirkan di kawasan Bagan Serai ini yang ramai
penduduknya, anak-anak mudanya patut dibangunkan kawasan industri
DR.26.11.92 -107-
tetapi dengan syarat industri yang tidak berbahayalah, industri yang
ditapis lebih dahulu kerana di sini penduduknya ramai yang tidak
mampu berpindah ke tempat lain oleh kerana kemiskinan yang sedia
ada. Dan industri yang saya fikirkan sesuai ialah mungkin industri
yang ada kaitan dengan agro-industry seperti pengeluaran bahan-bahan
makanannya yang datangnya daripada keluaran pertanian tempatan
juga.
Maka itulah sahaja Tuan Pengerusi, perkara-perkara yang saya
ingin sebutkan dan saya harapkan Kementerian ini memberi fokasnya
lebih sikit ke dalam kawasan ini yang sedia miskin. Negeri Perak
dalam kajiannya kawasan Bagan Serai, Parit Buntar dan Selama adalah
kawasan yang very depressed economic area. Jadi, sekian sahaja.
Terima kasih.
Timbalan Pengerusi [Tuan Ong Tee Keat]: Santubong. Yang
Berhormat, selepas Yang Berhormat berucap Timbalan Menteri: dimtinta
menjawab.
6.04 ptg.•
Puan Rohani binti Abd. Karim [Santubong]: Terima kasih Tuan
Pengerusi. Saya ingin hendak merujuk kepada Maksud Bekalan B.20,
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, iaitu di bawah
Butiran 020000 - Penggalakan Perdagangan.
Jadi, saya ingin hendak mendapat penjelasan secara terperinci
di sini iaitu mengenai hubungan di antara pihak Pusat dengan pihak
negeri-negeri, iaitu dari segi perancangan dan program-program iaitu
untuk menggalakkan perdagangan-perdagangan antarabangsa atau
pelabur-pelabur yang ingin hendak melabar di negeri-negeri atau
mungkin saya bertanya di sini iaitu peranan dimainkan oleh pihak
DR.26.11.92 -108-
Jadi, sebelum itu saya Lngin mengucapkan berbanyak-banyak
terima kasihlah di atas langkah yang telah diambil oleh pihak
Kementerian supaya mengadakan beberapa siri-siri lawatan sambil ber-
dialog dengan pengusaha-pengusaha tempatan sebab saya rasa daripada•
dialog itu telah memberikan banyak maklum balas-maklum balas. Saya
rasa itu satu daripada perhubungan di antara peringkat Pusat dan
peringkat Negeri. Yang ingin saya hendak bangkitkan di sini ialah
pelabur-pelabur yang hendak melabur di negeri-negeri atau di negara
kita ini , bagaimanakah mereka ini diagih-agihkan. Sebab banyak kali
kita mendengar sungutan-sungutan bahawa pelabur-pelabur ini setakat
mungkin dl bandar-bandar besar di Kuala Lumpur sahaja tetapi mereka
tidak begitu yakin keluar daripada Kuala Lumpur iaitu melihat dan•
meneliti dengan keadaan-keadaan di peringkat Negeri-negeri. Jadi
daripada itu mungkin di peringkat Negeri-negeri tidak merasakan
pelabur atau tidak dapat berpeluang untuk memberi atau menarik minat
pelabur-pelabur. yang ingin hendak melabur di peringkat Negeri. . Di
sini. ingin saya tekankan kepada maklumat, supaya pelabur-pelabur Ini
dapat accessibility kepada Negeri-negerL.
Jadi, satu lagi saya ingin hendak mengetahui 030000 iaitu
Pembangunan Perindustrian dan juga 030100 - Kemajuan Perindustr ian
Saya ingin hendak mendapat penjelasan dari pihak Kementerian iaitu
mengenai apakah bantuan yang dlberikan oleh Kementerian dari
peringkat Pusat atau diagihkan di peringkat Negeri-negeri dari segi
Pembangunan Perindustrian iaitu dari segi menasihatkan Negeri
mengenai pengkhususan perindustrlan atau bidang-bidang perindustrian
yang harus ditubuhkan atau dibangunkan di Negeri-negeri. Jadi, sama
DR.26.ll.92 -109-
ada pihak Kementerian ada satu garispanduan supaya negeri-negeri ini
tidak duplicate. dengan izin, barangan-barangan atau industri-
industri dan berapa berkesankah jawatankuasa yang telah ditubuhkan
oleh pihak Kementerian iaitu Jawatankuasa Penyelarasan, Namanya
saya tidak begitu pasti, yang telah ditubuhkan di peringkat Negeri-
negeri iaitu dari segi perancangan, pelaksanaan, penyelesaian
masalah dan sebagainya. Berapa berkesankah jawatankuasa ini dan
siapakah yang menganggotai jawatankuasa yang telah ditubuhkan ini?
Tuan Pengerusi, saya iagin merujuk P.20, muka surat 107 iaitu
di bawah Butiran 01100 - Kemajuan Perindustrian. Saya tertarik hati
melihat bahawa di bawah Butiran ini iaitu Industri Kecil dan
Sederhana, banyak program-program yang. dicatitkan iaitu seperti
aktiviti sub-contracting, infrastruktur Kawasan Perindustrian TKS,
Kampung Batu Kuala Lumpur, Pemasaran Bersepadu, Konsep Payung, Skim
Pinjaman, macam-macam sampai Perbadanan Pembangunan Teknologi
Malaysia dan sebagainya.
Jadi, saya ingin mendapat penjelasan di sini, iaitu selalu saya
mendengar sungutan-sungutan pihak pengusaha-pengusaha khasnya di
Sarawak atau di Kuching iaitu kadang-kadang mereka tidak dapat men-
dapat maklumat mengenai program-program atau skim-skim yang telah
dirancangkan oleh pihak Kementerian. Jadi dengan secara tidak
langsung atau secara langsung it defeats the purpose, dengan izin.
Ada kalanya berlaku masalah di mana dikatakan sistetn sub-contracting
tetapi infrastrukturnya tidak lengkap. Jadi, perkara ini tidak
dapat dilaksanakan dengan jayanya. TDan juga seperti konsep payung,
DR.26.ll.92 -110-
kita selalu mendengar laungan konsep payung. Tetapi berapa ber-
kesankah skim-skim ini terutama sekali di penngkat negeri-negeri.
Mungkin di Kuala Lumpur ini dan bandar-bandar lain seperti tapak-
tapak perindustrian yang telah established, raungkin perkara ini
sangat berjaya sebab sistem infrastrukturnya semua sudah lengkap.
Tetapi kemungkinan perkara ini mengambil masa di peringkat atau di
kawasan-kawasan baru di negeri-negeri lain, terutama sekali mungkin
saya hanya dapat mengatakan di Sarawak bahawa kadang-kadang Skim
Payung ini tidak begitu mendatangkan kesan yang sangat diharap-
harapkan dan ini menimbulkan banyak pertanyaan pula dari segi
maklumat yang disampaikan tidak begitu jelas atau mereka tidak tahu
di mana hendak mendapatkan maklumat.
DR.26.11.92 - 111 -
•
Ini saya hendak kaitkan pula dengan maSalah mendapatkan
maklumat. Kadang-kadang pengusaha ini datang ke Kuala Lumpur untuk
mendapatkan maklumat, tetapi maklumat yang diberikan tidak lengkap
terutama sekali di peringkat Ibu Pejabat Kementerian, jadi,
maklumat ini tidak diadakan semua maklumat di bawah satu bumbung.
Jadi, kemungkinan ini saya akan kaitkan dengan. Butiran 01200
iaitu mungkin penubuhan SITTDEC. Masalahnya mereka datang ke satu
tempat berharapkan mendapat maklumat yang begitu lengkap, tetapi
kadang-kadang mereka dirujukkan pula semula ke tempat-tempat lain.
untuk mendapat maklumat-maklumat lain, sebagai contoh, mungkin*
hendak mendapat maklumat mengenai NPC. Jadi, mereka terpaksa
dirujukkan untuk pergi ke pejabat NPC di mana terletaknya di tempat
yang lain. Jadi, ini menimbulkan satu masalah sebab kadang-kadang
mereka ini datang dari jauh dan communication dan sebagainya akan
menyulitkan.
Saya juga seperti Yang Berhormat dari Padang Terap ingin
mengetahui dan mendapat penjelasan mengenai penubuhan SITTDEC. Kita
sangat-sangat berharap dengan penubuhan SITTDEC ini akan dapat
menyelesaikan banyak juga masalah-masalah yang telah ditimbulkan.
oleh entrepreneurs yaag saya rasa memerlukan banyak maklumat-
maklumat untuk mereka bersama-sama dapat menceburi bidang-bidang
perindustrian. Selain daripada itu, saya rasa usaha-usaha yang
telah dijalankan oleh pihak Kementerian adalah satu usaha yang baik,
terutama sekali untuk menuju kepada Wawasan 2020.
Dengan. itu, saya menyokong. Terima kasih.
DR.26.11.92 - 112 -
Tuan Pengerusi [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat Timbalan
Menteri diminta jawab.
6.12 ptg.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan lndustri [Tuan
Chua Jui Meng]: Tuan Pengerusi, saya ingin mengucapkan teriraa kasih
kepada kesemua keempat-empat Ahli-ahli Parlimen yang telah memberi-
kan pandangan mereka dan idea-idea yang bernas terhadap tugas-tugas
yang dijalankan oleh Kementerian saya, iaitu Padang Terap, Ipoh,
Bagan Serai dan Santubong.
Mengenai teguran Padang Terap berkenaan, APTA dan SEAP, itu
memang benar ASEAN menghadapi sedikit masalah dari Thailand di dalam
usaha untuk melaksanakan skim CBT dan AFTA baru-baru ini. Namun
demikian, masalah tersebut telah dapat diatasi di Mesyuarat Ke 24
ASEAN Economic Ministers di Manila baru-baru ini.
Tuan Pengerusi, masalah Thailatid adalah masalah dalam negeri,
khususnya masalah-masalah politik di antara dua Kementerian, iaitu
Kementerian Perdagangan dengan Kementerian Kewangan ThaiLand.
Setakat ini kita tidak ada bukti yang menunjukkan peranan Amerika
Syarikat di dalam masalah yang dihadapi melalui Thailand. Malahan
Amerika Syarikat sendiri telah menyambut baik penububan AFTA.
Tuan Pengerusi, mengenai teguran lain yang dilafazkan oleh Yang
Berhormat dari Padang Terap, Amerika Syarikat pada hakikatnya
merupakan pasaran yang penting bagi keaemua negara di dunia.
Terdapat beberapa negara tertentu apabila dihadapi oleh isu-isu•
perdagangan mengambilkira pendirian dan pendekatan yang tidak akan
DR.26.11.92 - 113 -
menjejaskan pasaran barangannya. Misalnya, negara-negara yang
mempunyai lebihan dari dagangan dengan Amerika Syarikat sentiasa
mengambilkira reaksi Amerika- Syarikat dalam menghadapi isu
perdagangan seperti Jepun. Bagi Malaysia, MITI akan terus memberi
tekanan kepada penerokaan pasaran baru di negara-negara Selatan dan
mengambil peranan yang aktif dalam memajukan pengujudan pasaran
bebas ASEAN. Dalam masa yang sama, Malaysia akan terus menggunakan
forum di GATT bagi menentukan supaya isu-isu perdagangan dapat di-
selesaikan di peringkat pelbagai hala dan mengekalkan tekanan dua
hala seperti yang diambil oleh Amerika Syarikat di bawah seksyen 301
Akta Perdagangan. Amerika Syarikat.
Tuan Pengerusi, sebagaimana yang sentiasa ditekankan. oleh
Perdana Menteri kita, Malaysia perlu mempelbagaikan pasaran antara-
bangsa; kita jangan terlalu bergantung kepada beberapa negara
sahaja, seperti Amerika Syarikat atau Eropah atau kepada Jepun,
Method yang digunakan oleh Kerajaan kita untuk mempelbagaikan
pasaran antarabangsa kita ialah melalui dialog Selatan-Selatan.
Pada masa dahulu kita bergantung kepada negara maju. Kalau kita
hendak berdagang 'dengan Amerika Latin umpamanya, eksport barangan
kita ke Amerika Syarikat, ke California, ke Miami dan negeri-negeri
lain di Amerika Syarikat, selepas itu orang tengah di Amerika
Syarikat mengeksportkan barangan buatan Malaysia ke negara-negara
Latin. Amerika. Dengan konsep kerjasama atitara negara-negara Selatan
(South-South Co-operation), kita mengatasi masalah middleman negara-
negara Utara dengan melancarkan perdagangan dua hala secara direct
dengan negara-negara Latin Amerika, seperti yang dijalankan
DR.26.11.92 - 114 -
•
kini oleh Malaysia dengan Mexico, dengan Chile, Uruguay, Argentina
dan lain-lain. Dengati itu, kita remoye peranan middleman di negara-
negara Utara. Dengan method iui dan formula yang dijalan dan di-
tekankan oleh Malayaia di beberapa forum antarabangsa, kita telah
berjaya dalam aspek ini dan kini Malaysia lebih berdikari daripada
ini kita telah raerapelbagaikan perdagangan dua hala dengan sebanyak
140 buah negara-negara dati rantau-rantau di dunia kita.
Tuan Pengerusi, mengenai soalan lain yang dipusatkan. oleh Ahli
Yang Berhormat dari Padang Terap mengenai SITTDEC. SITTDEC telahpun
ditubuhkan dengan ibu pejabatnya di Kuala Lumpur, kita semua tahu
ini. Memang benar setakat ini pembiayaan SITTDEC dibuat daripada
sumbangan kewangan Kerajaan Malaysia. Walau bagaimanapun, negara-
negara anggota SITJDEC sebanyak 12 buah negara telah membayangkan
akan membuat sumbangan kepada SITTDEC mulai tahun hadapan. Semasa
lawatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke Namibia, Senegal dan
Tunisia sempena Sidang kemuncak G15, Malaysia telah menggalakkan
negara-negara membangun untuk menyertai SITTDEC. Buat masa ini,
Malaysia juga menjadi Pengerusi Lembaga Pengurus SITTDEC. SITTDEC
ada satu formula yang digunakan oleh Negara-negara Selatan untuk
memupakkan perdagangan dua hala antara negara-negara South-South.
Oleh kerana SITTDEC ialah satu information technology data base,
kita boleh berhubung dengan negara-negara yang ingin menyertainya
pada masa ini yang saya katakan tadi 12 buah negara dan kita harap
menjelang 31hb Disember tahun ini, angka ini akan meningkat kepada
20 buah negara.
DR.26.11.92 -115-
Dan kita buat international network atau dengan izin Highway of
SITTDEC. Dan ini menjadikan satu, dengan izin, yellow pages antara-
bangsa. Dalam pengkalan data terdapat siapa daripada sektor swasta
dari participating countries yang ingin mendapatkan maklumat
mengenai peraturan-peraturan mengenai pelaburan. Maklumat mengenai*
tariff dan bukan tariff untuk menggalakkan perdagangan. Semua
maklumat ini boleh diperolehi daripada SITTDEC. Dan SITTDEC seperti
yang saya katakan tadi ditempatkan di Kuala Lumpur dan di negara-
negara yang menyertainya kita akan menubuhkan National Focal
Centre. National Focal Centre akan berkomunikasi dengan KuaLadi-
Lumpur dan Kuala Lumpur dengan National Focal Centre yang diadakan di
12 negara-negara yang saya sebutkan tadi.
Yang Berhormat daripada Padang Terap telah memberi pandangan
beliau mengenai pengalamannya bila dia melawat Coffce House di Hotel
Dagang di Pusat Daya Pengeluaran Negara.
Tuan Lau Dak Kee: Dayang.
Tuan Pengerusi [Tuan Ong Tee Kea]; Dayang.
Tuan Chua Jui Meng: Terima "kasih Ipoh, terima kasih banyak.
Hotel Dayang. Sekarang nama NPC bukan NPC lagi, sekarang sudah j adi
Perbadanan Produktiviti Negara .
DR.26.1l.92 -116-
Hotel Dayang sudah diambil— alih oleh NPC, betul. Ini betul.•
Dan namanya ditukarkan sekarang kepada Hotel NPC. Hotel NPC mem-
punyai dua peranan. Yang pertama, sebagai tempat latihan kepada
peserta-peserta kursus yang dijalankan oleh Institut Pengurusan
Perhotelan di bawah NPC. Dengan ini peserta-peserta kursus dan
pelatih-pelatih Institut Penguruaan Perhotelan mendapat pendedahan
dan pengalaman suasana pengurusan perhotelan yang sebenar atau hands
on experience, dengan izin. Di samping itu, Hotel NPC juga dibuka
kepada orang ramal.
Mengenai pengalaman Yang Berhormat dari Padang Terap mengenai
pelayan yang tidak mahu ambil order makanan beliau tetapi hanya ter-
tumpu atau specialise kepada minuman sahaja, mungkinlah ini satu
insiden yang isolated bukan satu penglaman yang biasa dihadapi oleh
customer-customer atau client-client yang Lain. Mungkin pelayan itu
satu trainee yang baru sahaja...
Dato' Haji Mohd. Zihin bin Haji Mohd . Hassan:[Bangun]
Tuan Pengerusi [Tuan Ong Tee Keat]: Larut bangun.
Tuan Chua Jui Meng: Ya, Yang Berhormat Larut.
Dato' Haji Mohd. Zihin bin Haji Hohd. Hassan: Isolated, memang
khas yang lelaki memakai baju putih se1uar hitam. Yang lagi satu
pakai. baju merah. Dia kata "Saya tidak boleh angkat makan. Saya
mesti angkat kopi." Kita boleh betulkan, insya Allah.
Tuan Chua Jui Meng: Terima kasih Larut . Larut ada bersamakah
dengan Padang Terap pada malam itu. Ada?
Dato' Haji Mohd. Zihin bin Haji Mohd. Hassan: Kami kawan baik.
Tiga-tiga ada.
DR.26.11.92 -117-
Tuan Ghua Jui Meng: Pagoh pun ada? Yalah, terima kasihlah*
Larut yang memberi penjelasan. Ada ambil nama pelayan Itu? Ada
dicatit atau tidak? Nama dia ada tidak?
Dato' Haji Hohd. Zihin bin Haji Mohd. Hassan: Ambil nama?
Tuan Chu Jui Meng: Tidak payah...
Dato' Haji Mohd. Zihin bin Haji Hohd. Hassan: Tidak
cantik! [Ketawa]
Tuan Chua Jui Meng: Tetapi ini betullah Larut ada satu maklum
balas yang baik dan kita ambLl perhatuan mengenai perkara ini. dan
perkara ini akan disampaikan kepada Pengurus Hotel NPC untuk
diatasi.
Tuan Pengerusi, Yang Berhormat dari Ipoh telah membawa beberapa
perkara kepada perhatian Dewan ini dan saya cubalah menjawab
perkara-perkara yang ditimbulkan oleh beliau.
Mengenai perjanjian perdagangan dua hala dengan Amerika
Syarikat, pihak Amerika Syarikat tidak pernah mencadangkan
perjanjian perdagangan duahala dengan Malayaia. Walau bagaimanapun,
diperingkat ASEAN satu perjanjian telah dimeterai iaitu Trade and
Investment Consultative Committee (TICC) yang membolehkan rundingan
perdagangan di antara Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN dan wakil
perdagangan Amerika Syarikat.
Baru-baru ini pihak Amerika Syarikat teLah mencadangkan sapaya
dirundingkan perjanjian iaitu Trade and Investment Framework
Agreement (TIFA). TIFA hanyalah merupakan perjanjian rangka bagi
DR.26.11.92 -118-
membolehkan dialog dan rundingan isu-isu dua hala berkaitan dengan•
perdagangan dan pelaburan. Perjanjian seperti ini telahpun di-
materai oleh Amerika Syarikat dengan Singapura dan dengan Filipina.
MITI akan menimbangkan mengadakan TIFA dengan Amerika Syarikat.
Walaupun Malaysia tidak mematerai Perjanjian Jaminan Pelaburan
dengan Amerika Syarikat, yang sebenarnya kedua negara ada perjanjian•
yang memberikan perlindungan sama seperti Perjanjian Jarainan
Pelaburan. Kita telah cuba untuk memperbaharui perjanjian tersebut
tetapi Amerika Syarikat kurang minat untuk berbuat demikian kecuali
jika Malaysia sanggup memberikan Layanan national atau national
treatment. Kurangnya minat Amerika Syarikat juga adalah kerana
keyakinan mereka terhadap sistem pentadbiran dan suasana pelaburan
Malaysia bagi menjamin pelaburan asing khasnya daripada Amerika
Syarikat. Keseraua pelaburan Amerika Syarikat adalah terlindung di
bawah Overseas Private Investment Corporation satu badan jaminan
pelaburan United States of America dan juga di bawah Multi lateral
Investment Guarantee Agreement anjuran Bank Dunia.
Mengenai kritik daripada Ipoh terhadap IKS, Kerajaan tidak
begitu menumpu perhatian terhadap IKS hanya kepada industri-industri
secara besar-besaran. Itu satu, kita tolak. Tidak betul, tidak
berasas sama sekali Yang Berhormat dari Ipoh.
Pihak Kerajaan memberi tumpuan berat kepada IKS. Kita ada
Majlis Pembangunan Negara dipengerusikan oleh Perdana Menteri. Pada
bulan Ogos tahun ini Majlis Pembangunan Negara telah membuat satu
DR.26.11.92 -119-
pelan tindakan untuk IKS. Dengan itu mengadakan 5 lead agency,
dengan izin, bagi bertanggungjawab terhadap 6 program beritegrasi
untuk membantu IKS. Yang pertama, tugas yang akan dijalankan oleh'
Kementerian saya sebagai lead agency ialah untuk membuat promosi
pasaran untuk IKS. Yang kedua, untuk memberikan insentif-insentif
dan keraudahan kewangan kepada IKS. Lead agency yang lain,
Kementerian Kewangan untuk memberikan bantuan fiskal dan kewangan
kepada IKS. Dan Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar untuk
meningkatkan kebolehan IKS dalam bidang teknologi. Dan kita hendak
pada hari ini teknologi-teknologi yang canggih untuk memajukan
bidang industri di negara kita.
Tuan Pengerusi [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat, masa sudah
auntuk.
Tuan Chua Jui Meng: Terima kasih.
Tuan Pengerusi [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat diminta
sambung minggu hadapan.
Majlis Mesyuarat bersidang semula.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Ahli-ahli Yang
Berhormat, Majlis Mesyuarat ditangguhkan hingga pukul 2.30 petang
Isnin hadapan.
Dewan ditangguhkan pada pukul 6.30 petang.