9
PKB 3103 :PENGURUSAN TINGKAH LAKU Minggu 1 Nur Amirah Hani binti Azmi Noredatul binti Gabo DEFINISI DAN KONSEP PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Pengurusan tingkah laku

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Pengurusan tingkah laku

PKB 3103 :PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Minggu 1Nur Amirah Hani binti AzmiNoredatul binti Gabo

DEFINISI DAN KONSEP

PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Page 2: Pengurusan tingkah laku

Definisi dan konsep tingkah laku Kebanyakan tingkah laku adalah dipelajari. Ini

bermakna tingkah laku baru atau alternatif boleh dipelajari pada bila-bila masa.

“ Tingkah laku yang negatif seperti agresif, suka merosakkan harta benda boleh diubah kepada tingkah laku baru yang lebih positif jika individu itu diberi intervensi yang dirancang dengan teliti, iaitu sesuai dan sistematik.”

“Pengurusan tingkah laku adalah program tingkah laku yang berbentuk saintifik yang dibuat secara analisis untuk menghasilkan perubahan tingkah laku sosial yang positif bagi seorang individu” (Bear, Wolf and Risley, 1968)

Page 3: Pengurusan tingkah laku

Sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar.

Tingkah laku adalah manifestasi fizikal sebarang sikap yang berasaskan nilai-nilai tertentu. Lewis M.Beaker (2001)

Tingkah laku juga merangkumi aktiviti, aksi, prestasi, bertindakbalas, tindakan, dan reaksi.

Dari segi teknik, aktiviti yang melibatkan otot-otot, kelenjar (glandular) dan aktiviti elektrik oleh setiap organ.

Pada dasarnya t/laku adalah apa sahaja yang diperkatakan atau dilakukan oleh individu. Garry Martin & Joseph Pear (2003)

Page 4: Pengurusan tingkah laku

Seseorang individu bertingkah laku mengikut persepsi diri sendiri dan keadaan.

Sekiranya individu itu mempunyai konsep kendiri yang positif maka dia berupaya berinteraksi dan bertindak dengan lebih yakin. Carl Rogers (1999)

Page 5: Pengurusan tingkah laku

Definisi Menurut Al-Ghazali Dari Perspektif Islam

Tingkah laku manusia mempunyai tujuan agama dan kemanusiaan. Tingkah laku manusia mempunyai ciri-ciri: a) Setiap tingkah laku manusia adalah berasaskan dorongan serta

tujuan. b) Dorongan atau motivasi itu berasal dari dalam diri manusia itu

sendiri. c) Motivasi ini boleh di rangsang oleh rangsangan-ransangan luar

atau dalaman yang berkaitan dengan keperluan-keperluan fisiologi atau emosi seperti perasaan lapar atau cinta dan takut kepada Allah.

d) Motivasi akan mendorong seseorang individu melakukan sesuatu. e) Tingkah laku yang timbul adalah berkaitan dengan perasaan dan

kesedaran terhadap satu-satu situasi itu. f) Interaksi sentiasa berlaku secara terus menerus antara motivasi

dan tingkah laku.

Page 6: Pengurusan tingkah laku

Definisi Dan Konsep Pengurusan Tingkah Laku

“Tingkah laku adalah berbagai ragam dan berbagai laku.” (Kamus Dewan, 1979)

Manakala modifikasi atau pengubahsuaian pula adalah satu pendekatan berstruktur dan bersistematik bagi meningkatkan tingkah laku diingini, mengurangkan tingkah laku yang buruk, dan mengekalkan tingkah laku sasaran.

Pendekatan ini banyak mengamalkan peneguhan bagi mencapai matlamat pengubahsuaian tingkah laku diingini.

Page 7: Pengurusan tingkah laku

Perspektif Sejarah

Pada peringkat awal para pengkaji berpendapat bahawa tingkah laku individu itu adalah disebabkan oleh kuasa dalaman seperti genetik, kandungan kimia dalam badan, dan pengalaman singkat tentang sesuatu yang menyebabkan individu berkelakuan demikian.

Bermula dari tahun 1920-an, kajian-kajian berkaitan tingkah laku menunjukkan faktor-faktor luaran atau persekitaran yang berlaku sebelum atau selepas sesuatu peristiwa akan merangsang seseorang individu mempamerkan sesuatu tingkah laku yang khusus.

Page 8: Pengurusan tingkah laku

Perkembangan Masa Kini Kajian terkini yang dijalankan terhadap challenging behaviour

menunjukkan bahawa tingkah laku yang mencabar mempunyai fungsi dan berbentuk komunikatif.

Carr and Durand (1985) mencadangkan bahawa seseorang perlu menganggap sesuatu tingkah laku itu sebagai suatu sistem komunikasi yang bermakna dan perlu mengkajinya dari sudut bentuk & kefungsiannya.

Pendapat ini memberi implikasi kepada pengurusan dan pencegahan tingkah laku mencabar (Chalengging behaviour).

Terdapat Empat Fungsi utama komunikasi tingkah laku mencabar.

a) Pengelakan (avoidance)b) Perhatian (Attention seeking)c) Tingkah laku saya mahu (I want behaviour‟)d) Rangsangan Diri (Self-stimulation)

Page 9: Pengurusan tingkah laku