Upload
trinhphuc
View
243
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
PENGOLAIIAN KARYA SENI ELEKTRONIK
Nozaliza Binti Noh
N 7433.8 SaIjana Muda Seni Gunaan dengan KepujianNJ61 (Seni Halus)2006
2006
P.KHIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK UNIMAS
1111111111111111111 111111111 1000166084
PENGOLAHAN KARY A SENI ELEKTRONIK
NOZALIZA BINTI NOH
Projek ini merupakan satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Seni
Gunaan dengan Kepujian (Seni Ralus)
Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif
UNIVERSITI MALAYA SARAW AK
2006
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK BORANG PENGESAHAN STATUS TESISILAPORAN
JUDUL: PENGOLAHAN KARYA SENI ELEKTRONIK
SESI PENGAJIAN : 2003/2006
Saya NOZALIZA BINTI NOH
Mengaku membenarkan tesisiLaporan* ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
I. Tesis/Laporan adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak 2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan
membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja 3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan
membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan 4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan
membuat salinan tesis/laporan ini sebagai pertukaran bahan antara institusi pengajian ting9L,
5. *sila tandakan ~
D SULIT (mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)D TERHAD (Mengandungi maklumat Terhad yang telah ditentukan oleh Organisasi/badan dimana di mana penyelidikan dijalankan)
I~ I TIDAK TERHAD
Disahkan
T ~.p r Ta~ia
Catatan: *Tesis/Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda *Jika Tesis/Laporan ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasal organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab an tempoh tesis/laporan ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD
II
Projek bertajuk 'Pengolahan karya Seni Elektronik' telah disediakan oleh Nozaliza Binti
Noh dan telah disediakan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat
untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Seni Halus).
Diterima untuk diperiksa oleh:
(Wan Jamarul [mran Bin Wan Abdullah Thani)
Tarikh:
I o/r/./L f>O' ~,
II
PENGHARGAAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Alhamdulillah dan bersyukur ke atas Yang Maha Kuasa, Allah s.w.t dan setinggi
penghargaan dan berterima kasih yang tidak terhingga kepada semua pensyarah yang
terlibat secara langsung mahu pun tidak secara tangsung terutama sekali penyelia saya
En. Wan Jamarul Imran Bin Wan Abdullah Thani kerana telah banyak memberi
bimbingan serta tunjuk ajar dan teguran serta nasihat yang paling berharga dalam
penghasilan penulisan ilmiah ini hingga jayanya.
Buat keluarga, mak dan abah yang banyak memberikan sokongan, bantuan dan
pengorbanan yang tidak terhingga tidak kira wang ringgit at au sebagainya sehingga
anakmu ini berjaya ke menara gading, jasa kalian akan ku kenang hingga ke akhir hayat
hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya. Buat tunang yang disayangi yang ban yak
memberikan kata-kata seman gat serta dorongan dikala hati serta fikiran ini kebuntuan
atau kesusahan didalam menghasilkan sesuatu projek dan penulisan ilmiah ini. Semoga
dirimu sentiasa dibalas dengan segala kebaikan dari Allah s.w.t. Setiap kegembiraan hasil
dari kejayaan yang dikecapi ini adalah milik kita bersama. Terima kasih yang tidak
terhingga kerana sentiasa memberikan sokongan dan gaJakan dalam apajua keadaan pun.
Sekalung budi penghargaan buat ternan seperjuangan yang ban yak membantu,
kenangan pahit manis bersama kalian akan tetap dikenang didalam hati dan fikiran. Dan
juga berbanyak berterima kasih juga kepada Cikgu Shaffie Mohammad dan guru-guru di
Sek. Men Teknik Batu Pahat, serta juru teknik yang banyak membantu dalam
menyiapkan projek akhir.
111
ABSTRAK
Pengolahan karya seni elektronik adalah sesuatu hasil karya yang dieksplorasi dan
dieksperimentasi daripada pelbagai jenis medium yang bersumberkan teknologi serta
teknik dan proses dalam penghasilan karya seni. Walaupun bahasa pengucapannya sudah
berIainan, karya seni elektronik ini tetap tergolong di dalam amalan seni rupa ataupun
seni tampak kerana masih mengekalkan unsur-unsur seni iaitu elemen-elemen formalistik
dan prinsip-prinsip rekaan. Melalui penterjemahan maksud seni atau karya, penonton
dapat berkomunikasi sendiri dengan apa yang ingin disampaikan kerana setiap hasil
karya yang dihasilkan mempunyai mesej yang tersendiri sarna ada tersurat atau tersirat.
Hasil daripada ini, dapat dilihat karya peribadi telah dihasilkan dengan menggunakan
medium elektronik dalam cara pengucapan yang berIainan. Ini kerana masih baru dan
perlu diterokai di dalam penghasilan karya seni tampak bagi memenuhi kehendak seni
elektronik yang masih tiada penghujungnya.
v
I l
1
I KANDUNGAN
lsi Kandungan
Halaman Tajuk
Pengesahan
Penghargaan
Abstrak
lsi Kandungan
Dab 1 Pengenalan
1.1 Pendahuluan
Dab 2 Analisis Pengolahan Karya Seni Elektronik
2.1 Perkembangan Seni Elektronik
2.2 Perkembangan Seni Elektronik Oi Malaysia
2.3 Keistimewaan Penghasilan Karya Oalam Seni Elektronik
2.4 Pengolahan Medium Seni Elektronik Oalam Karya
2.5 Pengolahan Karya Peribadi
2.5.1 Pelaksanaan Karya Peribadi
2.5.2 Penyataan Karya Peribadi
Dab3 Kesimpulan
Lampiran
Proses Kerja
Penghasilan Karya Peribadi
Bibliografi
VI
Muka Surat
ii-iii
iv
v
vi
1-6
7-8
9-15
16-20
21-33
34-35
36-39
40-43
44-48
49
50
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
"Dalam tiga dekad singkat an tara sekarang dan abad 21, jutaan manusia biasa
yang psikologinya normal akan menghadapi pertentangn mendadak dengan masa
depan. Ramai penduduk Negara terkaya dan memiliki teknologi paling maju di
dunia akan berasa semakin payah berpacu dengan tuntutan perubahan yang
tiada henti-hentinya yang menandai zaman kita. Bagi mereka, masa depan itu
terlampau cepat tiba". Alvin Toffler.
Kita di abad 21, kini sudah menga1ami anjakan paradigma dimana kita sudah
berada di era teknologi maklumat. Peredaran masa yang begitu pantas tidak dirasakan
begitu cepat berlalu, kerana negara-negara di dunia terutama negara-negara dunia ketiga
sudah bersiap sedia menganjakkan diri mereka dari perindustrian asas kearah ekonomi
global yang berasaskan ilmu teknologi. Sebagai contoh, lihat sahaja kini segala tenaga
yang berteraskan teknologi telah menjadi keperluan yang begitu penting kepada kita
semua dalam kehidupan seharian termasuklah· seperti tenaga elektrik yang mengerakkan
penggunaan barangan elektronik.
Toffler menyatakan bahawa tamadun manUSla telah pun melalui gelombang
pertama yang melahirkan masyarakat pertanian dan gelombang kedua telah melahirkan
masyarakat industri be rat manakala gelombang ketiga berkisar sekitar era teknologi
elektronik, sinar laser, optik, komunikasi dan maklumat yang kesemuanya adalah kesan
daripada kehadiran manusia dalam era teknologi yang sudah sampai ketahap yang begitu
tinggi. Ianya ini dapat dibuktikan dengan penciptaan-penciptaan atau penemuan
penemuan terbaru sarna ada barangan elektrik atau elektronik, keperluan harian serta
penggunaan yang begitu meluas yang sudah sebati dalam kehidupan kita seharian. Kesan
daripada revolusi industri atau teknologi ini telah mencetuskan ban yak perubahan dalam
pelbagai bidang seperti kejuruteraan, perubatan, pertanian dan termasuklah juga bidang
kesenian.
Namun pada hari ini, terdapat sesetengah masyarakat yang takut akan teknologi
walaupun kita kini sudah mengakhiri abad 21. Ini kerana mereka takut untuk mencuba
sesuatu yang baru mereka temui dan mereka juga boleh dikatakan ketinggalan zaman
kerana tidak mengetahui apa-apa tentang teknologi. Mereka ini boleh dianggap seperti
katak di bawah tempurung kerana meraka tidak cuba untuk keluar dari kotak pemikiran
mereka yang sempit dan tidak berkembang dalam mencuba sesuatu teknologi contohnya
komputer. Ini berlainan pula dengan sesetengah masyarakat yang begitu taksub dengan
teknologi, dimana mereka ini berusaha untuk mencuba atau mereka cipta sesuatu yang
baru dan kini mereka telah menjadi perentas, pembekal dan pemproses maklumat yang
mengenali akan potensi kognisi atau akalnya. Dengan itu, teknologi telah menjadi salah
satu faktor yang terbesar yang mendorong dalam proses percepatan dan peru bah an
struktur masyarakat. (Seni :Cabaran Alaf Baru, Shamsu Mohamed, E-Art ASEAN Online).
2
I'
I
Dengan adanya pencantuman antara teknologi dan seni, jelas menunjukkan
bahawa teknologi kini berpotensi untuk menghasilkan pelbagai jenis bentuk kesenian
baru. Ini dapat dilihat dengan penggunaan teknologi elektronik dalam setiap penghasilan
karya atau imej seperti cantu man an tara seni halus seperti catan dan fotografi, manakala
media teknologi seperti videografi yang mengunakan laser, projektor, komputer dan
internet. Menurut petikan yang ditulis oleh Rashidah A. Salam dalam ruangan Persada
Seni yang bertajuk Teknologi Dalam Seni, teknologi boleh didefinasikan dalam bentuk
pengertian bahasa daripada rancangan proses minda dan diadaptasi menerusi bentuk
penyataan kehidupan sebagai bahan gambaran untuk berkomunikasi. Ia beredar disekitar
permasalahan yang dihadapi oleh teknologi dan diolah kepada perlakuan melalui ruang
dan masa sebagai dokumentasi peristiwa. Ini telah membawa kepada penilaian tradisi
yang menjurus kepada makna teknologi sebagai perlaksanaan kearah pembentukkan orde
baru dalam anjakkan ke kelompok yang lebih munasabah dan melalui bahasa yang boleh
difahami dan dipercayai. (Dewan Budaya, April 1999).
Menurut Hasnul Jamal Saidon, Seni elektronik didefinisikan sebagai satu istilah
yang mewakili cantu man antara seni halus seperti catan, fotografi dan seramik, manakala
media elektronik seperti videografi, dan teknologi komputer iaitu perisian photoshop,
illustrator dan seterusnya terhasil karya 3 D. Seni elektronik boleh dikategorikan dalam
seni cahaya, seni video dan video dalam teater serta video installasi, seni komputer, seni
laman web atau siber dan seni cd-rom.
3
l
Seni elektronik yang dikategorikan dalam bentuk seni cahaya iaitu menjadikan
unsur cahaya dari sumber elektronik sebagai bahan penerokaan dan ekspresi karyawan.
Manakala seni video merujuk kepada produksi karya asli sebagai medium pengucapan
bagi seni hal us dan seni persembahan, tayangan, penyiaran televisyen, aktiviti sosial,
teknologi dan teori budaya. Seni komputer pula adalah penghasilan daripada karya seni
yang menggunakan komputer atau peralatan digital. Dalam seni elektronik, seni
komputer juga dikenali sebagai media baru, multimedia, seni gabungan, seni digital dan
seni siber. (E-Art Asean Online)
Seni elektronik juga boleh dikenali sebagai seni elektrik dimana ianya adalah
sesuatu hasil karya yang dihasilkan dengan car a meminjam dan mengabungkan ciri-ciri
daripada pelbagai sumber. (Glosari Seni Lukis, Dewan Bahasa Dan Pusaka, 64, 1993).
Dalam mencapai matlamat atau objektif dengan penggunaan teknologi (media
elektronik), dengan ledakan teknologi maklumat juga telah mengubah bentuk hasil karya
seni tampak dari cara tradisional iaitu dengan menggunakan media seperti berus, warna
dan kanvas kepada cara baru yang dipanggil seni elektronik, iaitu dengan mengunakan
media elektronik seperti komputer dan ianya lebih kepada teknikal. Di dalam zaman yang
serba canggih ini juga, penggunaan media elektronik telah memudahkan proses
ketamadunan manusia terutamanya dalam bidang seni, dimana para artis telah
menggunakan kretiviti yang ada pada diri mereka dengan menghasilkan ciptaan seni yang
baru dalam konteks yang lebih besar. Pad a hari ini, seni telah di definisikan semula
s bagai inovasi teknologi dan seni persembahan sebagai budaya komunikasi, serta
4
inspirasi kreatif terbit daripada bahagian sumber imej pascamoden dengan kelahiran
multimedia yang merupakan semangat seni yang ditunjukkan. (Seni Tampak: Dialog Seni
Tampak Moden, Rashidah A. Salam, Dewan Budaya, Disember 1999).
Penggunaan teknologi telah memudahkan penghasilan karya para artis untuk
mengembangkan idea mereka di dalam sesuatu hasil karya seperti imej yang bergerak
iaitu animasi dalam bentuk animasi 20 serta 3D dan yang terbaru 40 dengan
menggunakan komputer, mengabungkan imej dengan bunyi dan text, menyiarkan imej ke
tempat lain dan menyalurkannya atau dipancarkan ketempat lain dalam bentuk mural,
cahaya dari pelbagai jenis, dimana ia mampu menggerakkan dan membina bentuk dan
wama iaitu dengan memanipulasi warna yang sebenar daripada wama yang
membosankan. Penghasilan sesuatu karya seni juga sebenarnya tidak terhad sarna ada
cara yang lama mahupun yang baru. Pengolahan cara terbaru kini dapat diterjemahkan
dalam bentuk program seperti penggunaan komputer, walaupun tidak mempunyai
perasaan seperti penggunaan berus dan cat dimana sesuatu hasil karya seni mempunyai
perasaan atau roh yang mewakili sesuatu lukisan yang dihasilkan oleh seseorang artis itu
sendi ri dimana ia adalah satu luahan yang di hasilkan dari naluri mereka. Namun begitu
setiap bahan yang digunakan dalam menghasilkan karya mempunyai atau memberikan
gaya tersendiri dari cara pengucapannya. Ini dapat dibuktikan melalui kata-kata salah
seorang ahli sosiologi iaitu Marshall McLuhan yang mengganggap "The medium is the
mes age" (Understanding Media: The Extensions of Man, New York Signet, 1964 ms
23). Menurut beliau setiap bahan yang digunakan mempunyai makna yang tersendiri
d lam gaya atau cara persembahan .
5
,....
Menerusi teknologi elektronik juga telah dapat menggantikan fotografi . Ini dapat
dilihat dimana para artis dahulu mengambil gam bar dengan mengunakan filem dan
rnelukis untuk merakam sesuatu tetapi kini gam bar-gam bar boleh diambil secara digital.
Penggunaan teknologi dalam pembikinan seni telah mengubah masyarakat dalam
rnempengaruhi dan memperluaskan keperluan untuk seni dan mengubah bentuk seni.
Dalam penghasilan karya dengan menggunakan media elektronik telah terhasilnya
konteks baru yang dipanggil sebagai catan elektronik. Ini dapat dilihat dari imej yang
dihasilkan dari VCR, projektor dan pelbagai sumber cahaya yang dapat dibiaskan atau
dipancarkan terus kedinding. Oi dalam penghasilan karya seni elektronik, ianya dapat
dikategorikan kepada beberapa aspek seni termasuklah seni cahaya, seni video, seni
video installasi, seni laman web atau seni on-line, seni video teater, seni komputer dan
seni cd-rom. Namun begitu, penghasilan karya seni e lektronik saling berkait diantara satu
sarna lain kerana apa yang digunakan adalah penggunaan teknologi. Ini dapat merujuk
kepada 'Bapa hiperteks (hypertext) 'Ted Nelson', dalam menghuraikan pertautan yang
wujud dalam sistem interaktif multimedia, yang merujuk kepada ungkapan Leonardo da
Vinci iaitu 'segalanya berkait'. (Cotton: 1993). lanya telah dapat memberikan justifikasi
terhadap peranan pembangunan seni elektronik dalam konteks cabaran era maklumat.
6
,..r
I
Bab2
ANALISIS PENGOLAHAN KARYA SENI ELEKTRONIK
2.1 Perkembangan Seni Elektronik
Kemunculan seni elektronik berpunca daripada ledakan arus industri
kosmopolitan yang mengunakan media elektronik. Penerokaan seni elektronik bennula di
Eropah dan Amerika Syarikat yang menjadi pusat cetusan serta perkembangan saintifik
dan revolusi industri. Perkembagan seni elektronik dan instalasi multi-media berlaku
pada pertengahan tahun 1960 selepas revolusi perindastrian di barat. Seni elektronik
berasal daripada beberapa aliran seni barat moden iaitu Dadaisma, Konseptualisma,
Fluxus dan Happening. Perkembangan seni elektronik ini dikembangkan dalam bentuk
pendekatan teori dan wacana budaya pasca moden seperti feminisma, pasca
strukturalisma, semiotik, dekonstuksi, pasca-kolonialisma, multibudaya dan psikoanalisis.
Menurut ahli sejarah kesenian Arnold Hauser ketika mengambarkan pengantian gaya seni,
"sebab perkembangan teknologi yang cepat tidak hanya mempercepatkan
perubahan mod, tetapi juga perubahan penekanan dalam kriteria selera estetika.
Pengantian berbagai-bagai benda sehari-hari dengan yang baru, yang terus
menerus dan semakin cepat ...menyelaras semula kecepatan penilaian kembali
falsafah seni dan artistik. ..
Peneraju awal dalam seni elektronik ialah Num June Paik, Les Levine, John Baldesari,
Vito Acconci dan Bruce Nauman. Pergerakan ini seiring dengan kemajuan teknologi
7
....
setelah seni dan teknologi bercantum, dan ia telah membawa pembaharuan dari aliran
Dadaisma dan Konrtukturvisma oleh Duchamp, Laszlo Moholy-Nagy, Man Ray dan
Alexander Calder. Gerakan awal telah muncul dengan beberapa kumpulan seni seperti
Zero di Jermen 1957 dan Groupe de Recherche d'Art Visuel (GRA V) di Perancis pada
tabun 1960. Hasil karya yang dipamerkan bersifat arca kinatik iaitu dengan menggunakan
mesin. Perkembangan ini telah membawa kepada pengucapan baru dalam seni tampak
dengan kepelbagaian elemen seperti cahaya dan kinatik. Namun begitu elemen-elemen
formalistik seni dan konteks serta isinya, dan kompenen-kompenen lain seperti imbangan,
harmoni, ulangan dan lain-lain amat penting dalam penghasilan karya seni elektronik
tetapi teknik dan gaya pengucapan dan penyampaian saja yang berlainan.
8
adalah satu sikap dan penerimaan dari pihak yang terlibat dalam arus perdana arena seni
tampak tempatan, sarna ada dari segi sokongan moral, mahupun pembiayaan dan
penyediaan ruang penerokaan. Selain itu, kelewatan seni elektronik di negara ini juga
adalah disebabkan oleh ketiadaan artis atau penseni tempatan mendapat pendidikan dari
barat untuk dibawa ke Malaysia.
Perubahan masa, teknologi, geografi , ekonomi, sosial dan politik telah bergerak
seiring dengan perubahan bidang seni. Namun begitu, untuk menempuh seni pada zaman
berteknologi ini bukanlah sesuatu yang mudah kerana terdapat banyak cabaran dalam
masa mernpelajari sesuatu yang baru, terutama kepada pengiat seni konvensional yang
masih lagi menidakkan kedatangan seni baru ini. Penerimaan masyarakat tempatan
terhadap perkembangan pesat teknologi dalam konteks seni masih lagi dalam kelompok
mengecewakan. Antara punca masalah ini adalah kerana ramai dari kalangan karyawan
yang melihat dua jurang perbezaan yang besar di antara teknologi dan estetika, dan agak
sukar menyatukan keduanya untuk membentuk nafas seni baru yang releven dengan
'suara' generasi kini dan mendatang. (E-Art ASEAN online, Seni: Cabaran Alaf Baru,
Shamsu Mohamad).
Dengan ini, penerimaan perubahan baru terhadap karya dalam penggunaan bahan
tidak dapat diterima oleh segelintir pengkarya seni kerana mereka kurang memahami
tentang konteks yang dibawa oleh kesenian baru ini. Hanya yang memahami serta
mempelajarinya sahaja yang dapat mengunakan atau membawa serta menghasilkan karya
. ang bercirikan teknologi.
10
•• ,.... ...
Namun begitu, penghasilan karya yang bersumberkan tekno}ogi amat penting
dalam seni tampak baru. Sebagai karyawan seni rupa, seharusnya mempelajari dan
memahami apa itu seni elektronik dalam seni rupa dengan mendapatkan pendidikan
dimana-mana institusi yang secukupnya dalam seni elektronik. Ini dapat merujuk kepada
Niranjan Rajah dalam eseinya berjudul Art Education in A Climate of Convergence
memberikan suatu pandangan terhadap keperiuan teknologi maklumat dan komunikasi
(lCT) dalam pendidikan kesenian iaitu, ICT, globalisasi budaya dan pasaran bebas telah
mendatangkan tekanan kepada IPTA/IPTS untuk membuka penawaran program latihan
seni rupa kepada pasaran global. Dalam hal ini, dasar-dasar budaya, ekonomi dan
pendidikan kebangsaan semakin dihimpit oleh tekanan modal besar dari gergasi-gergasi
pendidikan transnasional. Penawaran program latihan yang sebelum ini dirangka dalam
konteks kebangsaan perlu bersaing dengan implikasi realiti maya yang tidak
bersempadan. Apabila tanggungjawab pendidikan seni tampak semakin beralih ke tangan
gergasi pend idikan dari negara membangun di Barat, kayu ukur dan asas kualitinya tidak
lagi memerlukan penekankan dalam kerangka sosial, politik dan budaya tem,patan. Ini
membawa kepada penekanan yang berlebihan terhadap faktor ekonomi dan pasaran.
Hasilnya hanya akan meletakkan dimensi kesenian sebagai 'hamba suruhan' kepada
ekonomi santai'dunia.
Dengan ini dapat dilihat akan peranan bidang seni elektronik dalam pendedahan
dan pembangunan dalam bidang kesenian tradisi pribumi, pembangunan seni elektronik
dapat membentuk imbangan high touch yang sangat diperiukan. Oleh itu perancangan
dan pelaksanaan pembangu'han yang berhalatuju, beriltizam, sistematik dan pragmatik
I 1
L
dalam bidang seni elektronik sememangnya releven dengan cabaran era ICT. (JCT dalam
Pendidikan Seni Rupa, Hasnul Jamal Saidon)
Pengunaan teknologi dalam seni elektronik telah muncul seorang karyawan seni
tampak yang menjadi peneraju awal di Malaysia iaitu Ismail Zain yang telah bermula
pada sekitar tahun 70-an. Penggerak seni kebanggaan negara, ban yak menyunting petikan
McLuhan pada tahun 70-an, adalah salah seorang avant-garde seni tampak moden di
Malaysia. Pameran solo beliau "Digital Collage" yang diadakan pada tahun 80-an mula
memperkenalkan seni kolaj dan peralatan teknologi iaitu komputer.
Walaupun beliau bukan insan pertama yang menggunakan teknologi penjanaan
imejan digital, komitmennya terhadap penghasilan karya seni tampak berasaskan
komputer tidak boleh dipertikaikan. Dan beliau telah memperkenalkan kerangka teori
untuk penerapan teknologi maklumat dalam seni tampak menerusi perspektif yang lebih
kritikal. Pada waktu yang sarna, komputer berlabel Apple Macingtosh dan perisian mula
meluaskan pasaran di negara ini. Dan pendekatan artistik yang berkisar pada media
komputer mula meresapi budaya penghasilan seni elektronik di Malaysia.
Kebanyakkan hasil karya beJiau menampiJkan pendekatan semiotik diantaranya
'Kolaj Digital' (1989) yang mana imejan dan teks dari peJbagai sumber digabungkan
dalam usaha untuk memaparkan makna tersirat. Begitu juga dengan karya beliau bertajuk
'AIKesah' (1988) (gamb r I) merupakan reaksi kritikan terhadap media massa dalam
esedaran dan budaya tempatan, dimana bentuk, isi, dan teknik diletakkan dalam konteks
12
artikulasi 'tanda' dan 'penanda'. Dengan ini beliau adalah seorang katalis kepada
assimilasi kritikal teknologi baru dalam amalan seni tampak tempatan.
Gambar 1 Ismail Zain Al Kesah, 1988 Catakan komputer, 24smx 19sm
Dan selepas beliau, muneul karyawan-karyawan baru seperti Hasnul Jamal Saidon,
Niranjan Rajah, Liew Kung Yu dan ramai lagi dalam penghasilan karya seni elektronik
walaupun pada masa itu belum lagi berkembang. Contoh hasil karya dari Liew Kung Yu
menerusi pengolahan karya seni video yang berjudul A Passage Through Literacy,
(gambar 2) dimana beliau meletakkan sebuah monitor tv yang digunakan untuk
menayang imejan video figura menari (Marion D'Cruz) yang ditindan dengan panearan
teks. Beliau telah I'fIemenangi Hadiah Kecil Bakat Muda Sezaman 1989 dalam
penghasilan karya ini.
Gambar 2 LiewKungYu A Passage Through Literacy, 1989 Monitor tv
13
Begitu juga dengan penghasilan karya seni elektronik yang dihasilkan oleh
Hasnul Jamal Saidon bertajuk Proclaim (1994) menggunakan pengolahan video
dokumentari eksperimental, yang telah mendapat hadiah pertama dalam Anugerah Video
Malaysia 3M VHQ 94. Beliau juga menghasilkan karya dengan menggunakan video dan
animasi komputer dalam karya pemasangan Kdek! Kdek! Ong! (1994) (gambar 3) dan
Mi"or, Mirror on the Wall ... (1994) yang mana karya ini juga telah memenangi Hadiah
Keeil Pertandingan Bakat Muda Sezaman 1994.
Gambar 3 Uasonl Jamal Saidoo
Kdek, Kdek, Ong!, 1994 Instalasi Elektronik
14
Jika dilihat, para pengkarya cuba mengeksplorasi setiap media yang digunakan
bagi mendapatkan impak yang lebih besar dan mengkagumkan dari setiap aspek,
pengucapan dan pengolahan dalam penyampaian mesej yang lebih berkesan. Dengan ini,
keupayaan teknologi yang dipacu oleh elektronik dapat dipelbagaikan cara
pengolahannya serta pengucapannya. Tanpa penggunaan media elektronik, penciptaan
mereka tidak terhasil dengan sempuma serta para penonton boleh berinteraktif dan
berinteraksi sendiri dengan karya tanpa diterangkan oleh pengkarya.
Sebagaimana yang diketahui, teknologi amat penting terutama dalam seni tampak
dan masih lagi mentah untuk melawan arus kemajuan yang harus dikecapi pada masa kini.
Ini kerana perubahan masa di alaf baru turut menyaksikan perkembangan teknologi sarna
ada sedar atau tidak. Pelbagai kesan yang akan timbul ekoran kecanggihan teknologi.
Berdasarkan faktor sejarah seni yang lalu, seni pasti berubah membawa bersama aliran
perubahan pola masyarakat, teknologi, politik dan ekonomi. Tanggungjawab dan cabaran
terpikul di atas bahu para karyawan, masyarakat, institusi kesenian serta sokongan padu
swasta dan kerajaan demi seni tampak Malaysia.
15
2.3 Keistimewaan Penghasilan Karya Dalam Pengolahan Seni Elektronik
Pada zaman yang serba canggih kini , kehidupan manusia telah berubah setelah
adanya teknologi yang amat penting dalam kehidupan atau aktiviti seharian, ini kerana
manusia tidak boleh hidup tanpa teknologi. Lihat sahaja dimana-mana pasti terlihat
pengunaan teknologi elektronik melibatkan elektrik yang ada dijalan-jalan ray a atau
bangunan-bangunan kormesil.
Begitu juga dengan perubahan bidang seni, dimana seni boleh berubah mengikut
zaman, masa dan aliran mahupun pengunaan bahantara kerana ada sesetengah pengkarya
seni mahu mencari kelainan dalam penghasilan karya. Mereka cuba bereksperimentasi
atau mengeksplorasi sesuatu bahan, teknik dan proses sehingga menghasilkan sesuatu
karya yang berteraskan teknologi dan sains yang berterusan. Diantara medium elektronik
yang telah diolah oleh pengkarya seni adalah seperti 'overhead projector', ' slide
projector', perkakas komputer dan sebagainya untuk dijadikan sebagai hasil karya seni
yang baru. Dan hasil daripada kreativiti ini, para pengkarya dapat mengolah sesuatu
bentuk-bentuk seni yang baru serta ganji l dengan mengambil atau mengubah bentuk
kaedah lama untuk diaplikasikan kepada bahan dan subjek seni dalam pengucapan baru.
Kenyataan ini dapat dikaitkan dengan merujuk dari Paul Valery dalam Digital Currents:
Art in the Electronic Age, Margot Lovejoy, ms 1;
"Our Fine Art were developed, their types and the uses were established, in
times very different from the present, by men whose power ofaction upon things
was insignificant in comparison with ours. But the amazing growth of our
16
techniques, the adaptability and precision they have attained, ideas and habits
they are creating, make it a certainty that profound changes are impending in the
ancient craft ofthe Beautiful. In all arts, there is a physical component, which can
no longer be considered or treated as it used to be, which cannot remain
unaffected by our modern knowledge and power. . . We must expect great
innovations to transform the entire technique of the arts, thereby affecting artistic
invention itself and perhaps even bringing about an amazing change in our very
notion art. "
PengoJahan karya dari media elektronik juga dapat terhasilnya cahaya dari
peJbagai jenis seperti pengunaan laser, LED, lampu atau mentol, pergerakan masa dan
bunyi yang jarang dapat dipamerkan dalam pameran sarna ada didalam galeri ataupun
diluar, kerana penghasilan karya yang sedemikian memerIukan waktu dan ruang yang
luas. Ini dapat dilihat pada karya-karya Jenny Holzer iaitu sorang artis barat dari Amerika
yang banyak menghasilkan karya dengan mengunakan media elektonik terutamanya
penggunaan LED, dimana persembahan karya beliau adalah secara public art iaitu sarna
ada di bangunan-bangunan mahupun di persekitaran galeri dengan mengunakan ruangan
yang luas. Diantara contoh hasil karya beliau adalah Gallery of Contemporary Art
(gambar 4). Hasil pengolahan karyanya dipasang disepanjang anak tangga Hamburger
Kunsthalle ( ceiling Snake) iaitu pada tahun 1996. Beliau menyampaikan mesej
peribahasa disepanjang.J~as syiling tangga bangunan lama di Kunsthalle yang panjangnya
47.5 meter dengan menggunakan LED sign-board. Dan dengan ini pengolahan karya seni
17
elektronik boleh dipersembahkan dimana-mana sahaja dengan penggunaan teknologi
dalarn menyampaikan sesuatu mesej.
Gambar4 Jenny Holzer
Ceiling Snake, 1996 Instalfasi
Oengan pengunaan teknologi juga, pengolahan seni elektronik dapat dihasilkan
dengan bantuan komputer kerana medium ini mampu menghasilkan pelbagai media dan
proses dapat dikembangkan. Setiap maklumat yang diperolehi dapat diprogramkan serta
marnpu mengerakkan dan membina bentuk, wama, melukis, animasi dan menghasilkan
imej 20, 3D dan terbaru 40 yang memberikan ban yak altematif kepada para artis. Bukan
itu sahaja, komputer juga dapat menghasilkan muzik, seni tarian, serta penghasilan filem
atau video dengan kegunaan untuk penyuntingan dalam menghasilkan imej dalam video,
penghasilan area maya dan seni persekitaran. Ini dapat merujuk kepada Hyperview:
Katalog pameran solo 0 eh Hasnul Jamal Saidon 1997,
18