Upload
truongnguyet
View
255
Download
3
Embed Size (px)
Citation preview
PENGGUNAAN CAMPURAN PEMASARAN (4P) OLEH USAHAWAN
PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA (PKS) INDUSTRI PERIKANAN
DI KG. GETING, PENGKALAN KUBOR, KELANTAN.
MARIANI BT CHE RAMLI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19: 16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL : PENGGUNAAN CAMPURAN PEMASARAN (4P) OLEH USAHAWAN PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA (PKS) INDUSTRI PERIKANAN DI KG.GETING, PENGKALAN KUBOR, KELANTAN.
SESI PENGAJIAN: 2011/2012
Saya MARIANI BT CHE RAMLI
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana / Doktor Falsafah) * ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: LOT 59 KG. KEDAI GETING, ENCIK SHAHRIN BIN HASHIM 16080 PENGKALAN KUBOR, KOTA BHARU, KELANTAN. PENYELIA Tarikh: 16 Januari 2012 Tarikh: 16 Januari 2012
CATATAN : * Potong yang mana tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
√
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup).”
Tandatangan :
Nama Penyelia : ENCIK SHAHRIN BIN HASHIM
Tarikh : 16 Januari 2012
i
PENGGUNAAN CAMPURAN PEMASARAN (4P) OLEH USAHAWAN
PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA (PKS) INDUSTRI PERIKANAN
DI KG. GETING, PENGKALAN KUBOR, KELANTAN.
MARIANI BT CHE RAMLI
Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
JANUARI 2012
ii
“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan :
Nama Penulis : MARIANI BT CHE RAMLI
Tarikh : 16 Januari 2012
iii
DEDIKASI
Bersyukur Kehadrat Ilahi Kerana Dikurniakan Insan-Insan Teristimewa…….
Mohd Muhaimin Bin Hassan suami yang sangat penyabar, penyayang, bertimbang
rasa sentiasa memahami keadaan isterimu ini, dan tiada kata untuk
menggambarkannya,
Bidah Binti Awang seorang ibu yang tabah yang sentiasa mengiringi anakmu ini
dengan sekalung doa sepanjang memperjuangan nasib di medan
ilmu…………
Allahyarham Che Ramli Bin Mamat seorang ayah yang banyak berkorban untuk
anak-anaknya, semoga Roh ayahanda ditempatkan dikalangan orang-orang
muslim yang beriman. Amin…..
Buat kakak-kakak, abang-abang dan adik-adikku sekalian, jasa dan pengorbanan
kalian akan di bawa sehingga ke penghujung nyawa…….
Sekalung jutaan terima kasih buat penyeliaku, En Shahrin Bin Hashim yang
banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar sehingga mampu menyiapkan
laporan ini.
Khas buat teman-teman seperjuangan yang banyak memberi tunjuk ajar dan saat
suka duka sepanjang empat tahun kita bersama. Semoga impian kita untuk
menjadi pendidik akan berjaya……AMIN…………………..
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah syukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah
kurniaNya dapat saya menjalani dan menyiapkan laporan penulisan
penyelidikan ini dengan jayanya sebagai memenuhi syarat untuk lulus Ijazah
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) daripada
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
Dikesempatan ini saya ingin merakamkan jutaan terima kasih yang
tidak terhingga kepada penyelia Encik Shahrin Bin Hashim yang bersedia
membimbing saya sepanjang tempoh menyiapkan laporan penulisan ini.
Berbagai-bagai perkara telah saya pelajari semasa menjalani penyelidikan
ini. Kata-kata dorongan yang diberikan menjadi pembakar semangat untuk
meneruskan penulisan ini.
Penghargaan ini ditujukan juga khas buat suami dan ibu serta
keluarga yang sentiasa memahami dan memberi sumber keewangan
sepanjang tempoh menyiapkan penyelidikan ini. Saya ingin mengucapkan
jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah-pensyarah di
Universiti Teknologi Malaysia Johor Bahru, rakan-rakan seperjuangan dan
individu-individu yang telah membantu saya secara langsung atau pun tidak
untuk menyiapkan laporan ini.
Sesungguhnya yang baik itu datang dariNya dan yang buruk itu
datangnya dari kelemahan diri saya sendiri.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti penggunaan Campuran Pemasaran (4P)
Oleh Usahawan Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS) Industri Perikanan di Kg
Geting, Pengkalan Kubor Kelantan. Terdapat empat persoalan yang dikaji iaitu
penggunaan produk, harga, promosi, dan lokasi penempatan barangan (4P- produk,
price, promotion, place) dalam pemasaran. Seramai 52 orang dipilih sebagai sampel
kajian, terdiri daripada usahawan lelaki dan perempuan yang mempunyai pelbagai
jenis pengeluaran barangan. Kajian ini berbentuk kuantitatif dan penyelidik
mengedarkan soal selidik yang dibina kepada 52 orang responden. Borang soal
selidik merupakan instrumen kajian yang mengandungi 37 item mengikut soalan
tertutup Ya dan Tidak. Borang soal selidik dianalisis menggunakan Statistical
Packages For Social Sciencs (SPSS) versi 15.0. Nilai Alpha Cronbach adalah 0.74
menunjukkan kebolehpercayaan bagi instrumen ini adalah tinggi. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa produk merupakan pemboleh ubah yang paling dominan
digunakan dalam pemasaran. Manakala lokasi penempatan produk merupakan
pemboleh ubah yang kedua tinggi dalam pemasaran. Pemboleh ubah yang
sederhana ialah harga dan yang paling rendah ialah pemboleh ubah promosi.
Rumusan kajian menunjukkan semua usahawan menggunakan produk dalam
pemasaran dan promosi kurang digunakan. Kajian ini diakhiri dengan beberapa
cadangan dari penyelidik yang dikemukakan kepada usahawan agar dapat
meningkatkan produktiviti PKS serta kajian lanjutan diperlukan bagi pengkaji yang
berminat untuk meneruskan kajian ini di masa akan datang.
vi
ABSTRACT
This study aims at identifying the usage of the 4P Marketing Concept by the Small
and Medium Industry (SMI) in Fishery Industry in Kg Geting, Pengkalan Kubor
Kelantan. The 4 area studied are the usage of product, pricing, promotion and
marketing location of the goods (4P- product, price, promotion, place) in marketing.
There are 52 people were selected as sample of study, comprise of male and female
entrepreneurs that produce various types of product. The study is in quantitative
form nature and researchers distributed the survey questionnaires to all 52
respondents. The questionnaires is a study instrument which consists of 37 close
ended questions of “Yes” and “No” answers. The survey is analyzed using the
Statistical Packages For Social Sciences (SPSS) version 15.0. The Alpha Cronbach
is 0.74 indicated that the reliability of the instrument is high. The result of the study
shows that the products are the dominant variables used in marketing, while the
marketing location is the goods come second. Variable that is of medium important
is the pricing while the lowest is promotion. Results show that all entrepreneurs use
the variables “Products” the most, while variables “Promotions” is the least. The
study concluded with suggestions from the researchers for the entrepreneurs in the
view of improving the productivity of the SMI and a further in depth study is
required for interested researchers to continue the study further in the future.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
PERAKUAN PENSYARAH
STATUS PENYELIDIKAN i
PERAKUAN PELAJAR ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
SENARAI SINGKATAN xvi
viii
BAB PERKARA MUKA SURAT
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1-9
1.2 Latar Belakang Masalah 9-10
1.3 Pernyataan Masalah 10
1.4 Objektif Kajian 11
1.5 Persoalan Kajian 11
1.6 Kepentingan Kajian 12-13
1.7 Skop Kajian 13
1.8 Batasan Kajian 13-14
1.9 Definisi Istilah 14
1.9.1 Usahawan PKS 14-15
1.9.2 Pemasaran 15
1.9.3 Strategi Pemasaran 15
1.9.4 Campuran Pemasaran 16
ix
BAB PERKARA MUKA SURAT
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 17-20
2.2 Produk 21-22
2.3 Harga 22-23
2.4 Promosi 23-24
2.5 Lokasi Penempatan Produk 24-25
2.6 Kajian Lepas 25-27
BAB PERKARA MUKA SURAT
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 28
3.2 Rekabentuk Kajian 28-29
3.3 Prosedur Kajian 29-32
3.4 Kajian Deskriftif 33
3.5 Tempat Kajian 33
3.6 Populasi dan Sample Kajian 34
3.7 Instrumen Kajian 34-36
3.8 Kajian Rintis 37
3.9 Keesahan Soal Selidik 37-38
3.10 Kebolehpercayaan Soal Selidik 38
3.11 Analisis Kuantitatif 39-40
3.12 Rumusan 41
x
BAB PERKARA MUKA SURAT
4 DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 42-33
4.2 Keputusan Analisis Bahagian A Latar Belakang 43-47
4.3 Keputusan Analisis Bahagian B 47
4.3.1 Dapatan Persoalan Kajian 1
Elemen Pemasaran Terhadap Produk 48-50
4.3.2 Dapatan Persoalan Kajian 2
Elemen Pemasaran Terhadap Harga 51-53
4.3.3 Dapatan Persoalan Kajian 3
Elemen Pemasaran Terhadap Promosi 54-56
4.3.4 Dapatan Persoalan Kajian 4
Elemen Pemasaran Terhadap
Lokasi Penempatan Produk 57-59
4.4 Penutup 59-61
xi
BAB PERKARA MUKA SURAT
5 PERBINCANGAN, DAPATAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 62-63
5.2 Rumusan 63-64
5.3 Perbincangan 65
5.3.1 Bahagian A- Latarbelakang Responden 65-66
5.3.2 Bahagian B- Perbincangan Persoalan Kajian 67
5.3.2.1 Elemen Produk 67-68
5.3.2.2 Elemen Harga 68-69
5.3.2.3 Elemen Promosi 69-71
5.3.2.4 Elemen Lokasi Penempatan Produk 71-72
5.4 Cadangan 73-74
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 75
5.6 Penutup 75-76
BIBLIOGRAFI 77-82
LAMPIRAN
xii
SENARAI JADUAL
NOMBOR TAJUK MUKA SURAT
JADUAL
1.1.1 Jenis Produk Industri Perikanan
Di Malaysia 4
1.1.2 Produk Industri Perikanan
Di Kampung Geting, Pengkalan Kubor 5
1.1.3 Prestasi Syarikat PKS Berdasarkan Tahap
Pengeluaran Dan Pertumbuhan 6
1.1.4 Bilangan Vesel / Bot Mengikut
Daerah Di Negeri Kelantan 7
1.1.5 Bilangan Nelayan Yang Bekerja Di Atas Bot
Di Negeri Pantai Timur 8
3.7.1 Pengkelasan jadual Yang Digunakan 35
3.7.2 Taburan Soalan Berdasarkan Persoalan Kajian
Dan Jenis Skala Yang Digunakan 36
3.10.1 Jadual Pekali Alpha Cronbach 38
3.10.2 Analisis Kebolehpercayaan Menggunakan
Alpha Cronbach 39
3.11.1 Kriteria Menganalisis Data 40
3.11.2 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan
Peratusan 40
4.2.1 Taburan Bilangan Dan Peratusan
Jantina 43
xiii
4.2.2 Taburan Bilangan dan Peratusan
Mengikut Umur 44
4.2.3 Taburan Bilangan dan Peratusan
Mengikut Status 44
4.2.4 Taburan Bilangan dan Peratusan
Mengikut Bangsa 45
4.2.5 Taburan Bilangan dan Peratusan
Mengikut Pendapatan 45
4.2.6 Taburan Bilangan dan Peratusan
Mengikut Pendidikan 45
4.2.7 Taburan Bilangan Dan Peratusan
Mengikut Tempoh Kerja 46
4.2.8 Taburan Bilangan Dan Peratusan
Mengikut Produk yang Di Hasilkan 46
4.3.1 Dapatan Persoalan Kajian 1 48
4.3.2 Dapatan Persoalan Kajian 2 51
4.3.3 Dapatan Persoalan Kajian 3 54
4.3.4 Dapatan Persoalan Kajian 3 57
4.4.1 Hasil Tahap Perbandingan
Antara Keempat-Empat Elemen 60
xiv
SENARAI RAJAH
NOMBOR TAJUK RAJAH MUKA SURAT
RAJAH
2.1.1 Model Campuran Pemasaran 20
3.1 Prosedur Kajian 32
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Gambar lokasi dan pemprosesan ikan 83-88
B Peta kawasan Kajian 89
C Soal selidik 90-95
D Surat Akuan Pelajar 96
E Pengesahan Pakar 97-98
F Surat Permohonan Mendapatkan Maklumat dan
Data Perikanan 99-105
xvi
SENARAI SINGKATAN
PKS Perusahaan kecil dan sederhana
MITI Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri,
DEB Melalui Dasar Ekonomi Baru
RIDA kemajuan Industri Luar Bandar
MARA Majlis Amanah Rakyat
RMK-1 Rancangan Malaysia Pertama
RMK-4 Rancangan Malaysia Keempat
LKIM. Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia
KDNK Keluaran Dalam Negara Kasar
WTO Pertubuhan Perdagangan Sedunia
4P (4P- Produk, Price, Promotion, Place)
AMA Persatuan Pemasaran Amerika
FAMA Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan
SDSI Pameran Satu Daerah Satu Industri
SMIDEC Perbadanan Pembangunan Perusahaan Kecil Dan Sederhana
PMR Penilaian Menengah Rendah
LCE Lower Certificate Education
SPM Sijil Pelajaran Malaysia
MCE Malaysian Certificate of Education
SPSS Statistical Package For Social Science
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dari segi modal mengikut Bahagian
Perusahan Kecil dalam Kementerian Pembangunan Luar Bandar, ialah sebuah firma
perusahaan yang mempunyai modal pemegang saham atau aset bersih sebanyak
RM250,000 ke bawah. Perusahaan ini meliputi sektor perkilangan, perladangan dan
perkhidmatan. Manakala industri sederhana yang mempunyai modal pemegang saham
atau aset bersih lebih daripada RM500,000 dan kurang daripada RM2.5 juta (Usahawan
Malaysia, 1990).
Mengikut (MITI) Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri,
mendefinisikan PKS sebagai sebuah perusahaan yang mempunyai modal kurang
daripada RM500,000 atau mempunyai pekerja sepenuh masa kurang dari 25 orang.
Manakala perusahaan sederhana mempunyai modal antara RM500,000 hingga RM2.5
2
juta atau bilangan pekerja sepenuh masa seramai 25 orang hingga 100 orang Ab Aziz
(2003).
Usahawan bumiputera berjumlah 6,641 orang, daripada jumlah tersebut 2,547
usahawan daripada Zon Pantai Timur yang terdiri daripada negeri Terengganu seramai
1,152 orang, Kelantan 1,036 orang dan Pahang 359 orang, Jabatan Perangkaan Negara
(2006). Masyarakat bumiputera kurang berkecimpung dalam bidang keusahawanan
kerana telah diterapkan dengan dasar pecah dan perintah iaitu golongan peniaga hanya
untuk masyarakat Cina sahaja. Manakala orang Melayu hanya bekerja di kampung
sahaja.
Melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB) kerajaan berhasrat mengubah golongan
bumiputera daripada petani kepada masyarakat peniaga dan usahawan moden
(Mahathir,1999). Justeru Lembaga Kemajuan Industri Luar Bandar (RIDA) ditubuhkan
pada tahun 1951 memainkan peranan untuk memberi kesedaran kepada usahawan
Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS). Setelah itu RIDA ditukar kepada Majlis
Amanah Rakyat (MARA) yang akan memantau aktiviti PKS yang melibatkan golongan
bumiputera.
Melalui Rancangan Malaysia Pertama (RMK-1) hingga Rancangan Malaysia Ke-
empat (RMK-4) kerajaan telah mempelbagaikan aktiviti seperti membangunkan PKS
yang berskala kecil. Selain Rancangan Malaysia, dasar-dasar kerajaan seperti Dasar
Ekonomi Baru ditubuhkan untuk menggalakkan serta menyeimbangkan kaum antara
bumiputera dengan bukan bumiputera khususnya kaum Cina dalam bidang perniagaan,
Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990).
3
Mengikut Perbadanan Perusahaan Kecil Dan Sederhana, jumlah PKS di Kg.
Geting adalah sebanyak 100 orang yang berdaftar serta meliputi pelbagai jenis
pengeluaran. Antara barangan yang biasa dihasilkan oleh usahawan PKS ini adalah
seperti pengeluaran makanan yang terdiri daripada industri pemprosesan keropok, ikan
kering, ikan bilis kering, dan budu (Majlis Daerah Tumpat).
Daerah Tumpat, terdiri beberapa jajahan antaranya ialah Pengkalan Kubor,
keluasan Pengkalan Kubor adalah 15022 Km/Persegi. Jajahan ini terdiri daripada 8
mukim, antaranya Mukim Tanjung, Mukim Ketil, Mukim Tebing, Mukim Geting,
Mukim Simpangan, Mukim Jubakar Darat dan Mukim Bendang Pakyong serta Mukim
Jejuluk. Manakala di dalam Mukim Geting, terdapat beberapa kampung antaranya
seperti Kampung Kedai Geting, Kampung Neting, Kampung Chabang Tiga Geting,
Kampung Pondok Haji Ahmad, Kampung Kual Lama, Kampung Kual Baru, Kampung
Pantai Geting, Kampung Banjir, Kampung Raja, Kampung Tengah Geting, Kampung
Tujuh, Kampung Pondok Haji Hussin, dan Kampung Pulai Seratus. Penduduk di
Mukim Geting, adalah seramai 25,560 orang. Kegiatan utama penduduk di Mukim
Geting adalah nelayan, berniaga, kakitangan awam atau swasta dan petani Majlis Daerah
Tumpat.
Pemilihan PKS industri Perikanan di Kampung Geting, Pengkalan Kubor yang
mengusahakan industri pemprosesan keropok, ikan kering, ikan bilis kering dan budu
kerana kawasan Kampung Geting, Pengkalan Kubor merupakan kawasan PKS yang
terpinggir. Lokasi Kampung Geting, di dalam jajahan Pengkalan Kubor merupakan
kawasan yang bersebelahan dengan Laut China Selatan, bahan mentah senang untuk
diperolehi, antara bahan mentah yang diperlukan adalah ikan. Contoh produk yang
dikeluarkan oleh sektor perikanan adalah seperti jadual 1.1.1
4
Jadual 1.1.1: Jenis Produk Industri Perikanan Di Malaysia
Bil Jenis Produk Industri Perikanan 1 Bebola Ikan 2 Kek Ikan 3 Nugget 4 Burger 5 Jejari 6 Sosej Ikan 7 Keropok Kering 8 Keropok Lekor 9 Keropok Sira 10 Keropok Segera 11 Sata 12 Otak-Otak 13 Meruku Ikan 14 Amplang 15 Ikan Kering 16 Sotong Kering 17 Kupang 18 Ikan Bilis Kering 19 Ikan Salai 20 Serunding Ikan 21 Sesar Unjur 22 Budu 23 Pekasam 24 Cencaluk 25 Belacan 26 Ikan Jeruk 27 Filet 28 Ikan 29 Udang 30 Ketam 31 Kerang 32 Ikan Bakar Sumber: Jabatan Perikanan Negeri Kelantan (2011)
5
Menurut Jabatan Perikanan Negeri Kelantan terdapat 32 produk yang
dikeluarkan oleh usahawan PKS industri Perikanan di Malaysia. Namun, setiap negeri
adalah berbeza-beza produk yang dikeluarkan, bergantung kepada kepakaran usahawan
tempatan dan bantuan daripada Pihak Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).
Usahawan PKS industri Perikanan di Negeri Kelantan hanya mengusahakan beberapa
produk sahaja seperti keropok kering, keropok lekor, keropok sira, keropok segera, sata,
ikan kering, serunding ikan, budu, pekasam, belacan, ikan jeruk, ikan, udang, ketam dan
ikan bakar. Manakala produk yang di usahakan oleh usahawan PKS di Kampung
Geting, Pengkalan Kubor Kelantan hanya mengusahakan tujuh jenis produk sahaja.
(rujuk jadual 1.1.2). Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (2011).
Jadual 1.1.2: Produk Industri Perikanan Di Kg. Geting, Pengkalan Kubor.
Bil Produk Industri Perikanan Di Kg. Geting, Pengkalan Kubor 1 Keropok Kering 2 Keropok Sira 3 Keropok Lekor 4 Keropok Segera 5 Budu 6 Ikan Kering 7 Ikan Bilis Kering
Sumber: Jabatan Perikanan Negeri Kelantan (2011)
Pertumbuhan produktiviti PKS pada tahun 2007 adalah pada kadar 5.3% dengan
nilai sebanyak RM46.6 juta, pertambahan daripada RM44.2 juta pada tahun 2006.
Peningkatan ini disebabkan oleh pewujudan nilai tambah dan penggunaan kapasiti yang
lebih tinggi dalam sektor yang terpilih. Kenyataan ini dapat diterangkan melalui jadual
1.1.3 menerangkan tentang jumlah dan hasil pada setiap tahun. Jabatan Perangkaan,
Malaysia (2008). Sektor perikanan negara yang merangkumi perikanan marin (terdiri
daripada laut pantai dan laut dalam), perairan umum dan akuakultur termasuk rumpai
laut telah menghasilkan pengeluaran ikan sebanyak 1,870,000.81 tan metrik bernilai
RM8,683.81 juta pada tahun 2009. Perbandingan pengeluaran ikan pada tahun 2009
6
dengan tahun 2008 telah mencatatkan peningkatan sebanyak 6.66%, dengan peningkatan
ini sektor perikanan telah menyumbangkan 1.3% Keluaran Dalam Negara Kasar
(KDNK) negara.
Jadual 1.1.3: Prestasi Syarikat PKS Berdasarkan Tahap Pengeluaran Dan Pertumbuhan.
Tahun 2003 2004 2005 2006 2007
Tahap (RM ‘000) 37.02 39.42 42.00 44.22 46.57
Pertumbuhan (peratus) % 5.94 6.48 6.54 5.28 5.31 Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia (2008)
Namun, dari jumlah pengeluaran ikan negara sektor perikanan marin (laut pantai
dan laut dalam) telah mengalami penurunan tangkapan sebanyak 0.09% atau bernilai
RM6,322.57 juta daripada tahun 2008. Sektor perikanan pantai merupakan penyumbang
utama dengan pengeluaran sebanyak 1,096,63 tan metrik bernilai RM5,184.45 juta atau
78.71%. Perikanan laut dalam menyumbang sebanyak 296,563 tan metrik bernilai
RM1,138.11 juta Jabatan Perikanan Malaysia, (2011). Keadaaan ini dapat dikaitkan
dengan jumlah bot yang dimiliki oleh usahawan yang telah menyumbang kepada
peningkatan jumlah tangkapan ikan. (Rujuk jadual 1.1.4)
Bot atau kapal adalah perkara asas untuk sektor perikanan sama ada persisir
pantai atau laut dalam. Mengikut akta perikanan “vesel penangkapan ikan” bermaksud
mana-mana bot, lancang, kapal yang dilengkapi dengan peralatan untuk menangkap
ikan, termasuk aktiviti menyelia, memproses, menyejuk beku, menyimpan, membekal
atau mengangkut ikan. Aktiviti memproses, berhubungan dengan ikan, termasuklah
membersih, memotong, membubuh ais, membeku, mengetin, membubuh garam,
menyalai, memasak, menjeruk, mengering, mengawet, atau menyedia ikan dan lain-lain
aktiviti yang melibatkan ikan (Akta Perikanan, 1985). Bilangan “vesel penangkapan
ikan” yang telah didaftarkan dan mempunyai lesen di Malaysia adalah sebanyak 48,745
7
buah pada tahun 2009 berbanding dengan 40,959 buah pada tahun 2008, jumlah ini telah
meningkat sebanyak 19.01%.
Vesel penangkapan ikan atau bot Negeri Kelantan mencatat jumlah 1,969 buah
dan paling banyak terdapat di kawasan Bachok dan Pasir Putih sebanyak 749 buah.
Kawasan Tumpat merekodkan sebanyak 702 buah (Rujuk jadual 1.1.4) dan Kota Bharu
sebanyak 518 buah. Bot-bot nelayan dilengkapi dengan enjen jentera seperti bot enjin
Berjentera Dalam, Berjentera Sangkut Jabatan Perikanan Negeri Kelantan, (2011).
Manakala Akta Perikanan pula menerangankan “vesel” atau bot penangkapan ikan
tempatan bermaksud semua jenis bot yang tidak didaftarkan di luar Negara Malaysia
serta kepunyaan rakyat warganegara Malaysia, atau berdaftar dengan mana-mana
perbadanan berkanun di bawah undang-undang Malaysia Akta Perikanan (1985).
Jadual 1.1.4: Bilangan Vesel / Bot Mengikut Daerah di Negeri Kelantan.
Daerah Bot Enjin Sangkut Bot Enjin Dalam Jumlah Kota Bharu 349 169 518 Bachok/ Pasir Putih 475 274 749 Tumpat 297 405 702
Sumber: Jabatan Perikanan Negeri Kelantan (2009)
Industri perikanan telah memberi peluang kepada penduduk tempatan untuk
mendapatkan perkerjaan. Mengikut perangkaan Jabatan Perikanan jumlah nelayan di
negeri Pantai Timur yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan adalah sebanyak 18,113
orang nelayan (rujuk jadual 1.1.5) bilangan nelayan di tiga buah negeri di Pantai Timur
iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang. Mengikut statistik tersebut nelayan yang
terdapat di Pantai Timur terdiri daripada kaum bumiputera, bukan bumiputera dan juga
rakyat negara Thailand dan lain-lain.
8
Rakyat Thailand yang bekerja sebagai nelayan di perairan Kelantan berjumlah
3,850 orang keadaan ini di sebabkan oleh faktor sempadan antara Malaysia dan
Thailand. Bagi negeri Pantai Timur nelayan yang terdiri daripada keturunan India dan
Portugis tidak terdapat dikawasan perairan ini. Oleh kerana terdapat jumlah bilangan
nelayan yang ramai menjadikan sektor perikanan sebagai penyumbang utama ikan yang
membekalkan sumber protein yang penting kepada penduduk tempatan. Melalui
perangkaan Jabatan Perikanan Peningkatan sebanyak 0.38% pada tahun 2004
berbanding tahun 2003 hanya sebanyak 1.35% sahaja yang menyumbang kepada KDNK
Negara Jabatan Perikanan Malaysia (2011).
Jadual 1.1.5: Bilangan Nelayan Yang Bekerja Di Atas Bot Di Negeri Pantai Timur
Negeri / keturunaan Pantai Timur Kelantan Terengganu Pahang
Bumiputera 1,766 5,979 3,059 Cina 0 9 533 Thai 3,850 2,600 246 Indonesia 0 66 0 Jumlah 5,616 8,654 3,843 Jumlah keseluruhan 18,113
Sumber: Jabatan Perikanan Malaysia, (2011)
Jabatan Perikanan (2011), telah mengeluarkan perangkaan yang menunjukkan
bahawa penggunaan bot yang berkelengkapan tinggi, jumlah nelayan yang bekerja di
atas bot tidak kira nelayan tempatan atau rakyat asing, menjadi penyumbang kepada
peningkatan hasil tangkapan sektor perikanan di negeri Kelantan.
9
1.2 Latar Belakang Masalah
PKS di Kg. Geting, Pengkalan Kubor tidak begitu membangun, hanya diketahui
oleh penduduk sekitar serta kawasan sempadan sahaja, keadaan ini memberi kesan yang
negatif kepada ekonomi penduduk setempat. Keadaan ini dapat dikukuhkan dengan
laporan yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (2006), mengatakan bahawa 99%
syarikat adalah daripada PKS yang hanya menyumbang sebanyak 6% sahaja kepada
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Sumbangan 6% terhadap KDNK Negara
menggambarkan industri PKS berada pada tahap yang rendah. Oleh itu, penyelidik akan
mengenal pasti penggunaan campuran pemasaran (4P) paling dominan yang digunakan
oleh usahawan PKS industri Perikanan di Kg Geting, Pengkalan Kubor, Kelantan bagi
memasarkan produk mereka.
Pembangunan dan perkembangan PKS tempatan terutamanya di Negeri Kelantan
tidak begitu berkembang dengan jayanya lantaran kesan globalisasi yang melanda dunia.
Kemasukan Negara China sebagai anggota baru dalam Pertubuhan Perdagangan Sedunia
(WTO) yang menawarkan barangan pada harga yang rendah serta kualiti yang bermutu.
Keadaan ini langsung tidak melemahkan semangat para pengusaha PKS tempatan
(Fozian Ismail, 2001). Tetapi, bagi pengusaha PKS di Malaysia menghadapi keadaan
yang bertentangan dengan negara China, kerana masalah utama PKS di Malaysia ialah
tahap kualiti barangan Malaysia masih berada di tahap yang rendah. Fenomena ini
terjadi kerana pengusaha PKS tempatan hanya mensasarkan pemasaran produk mereka
kepada golongan penduduk setempat dan kawasan yang berdekatan sahaja tanpa
memikirkan untuk memenuhi pasaran luar.
Penyelidik mengambil peluang supaya usahawan PKS dapat membuka minda
kerana PKS menjadi penyokong kepada proses perindustrian negara. Proses
perindustrian negara tidak hanya semata-mata bergantung kepada industri besar sahaja,
tetapi bergantung juga kepada PKS yang akan membekalkan industri hiliran kepada
10
sektor perindustrian negara. Dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Ke-2 (1991-
2000) peranan PKS sebagai tulang belakang proses pembangunan negara dengan
membekalan sumber makanan dan bahan mentah (Perikanan) kepada negara Ab Aziz
(2003).
PKS memberi sumbangan kepada pembangunan kawasan luar bandar. Hal ini
berlaku kerana pembangunan PKS di kawasan luar bandar tidak memerlukan
kemudahan tempat dan prasarana yang besar atau canggih kerana kilang atau syarikat
boleh didirikan di kawasan luar bandar. Pembinaan kilang di kawasan luar bandar
membolehkan syarikat menyediakan peluang pekerjaan serta memudahkan usahawan
memasarkan produk mereka Ab Aziz (2003).
1.3 Pernyataan Masalah
Usahawan PKS khususnya di Kawasan Kampung Geting, Pengkalan Kubor,
Kelantan sering menghadapi masalah untuk memasarkan produk. Mereka hanya
memasarkan produk mengikut kaedah tradisional seperti yang diamalkan sejak turun
temurun iaitu memasarkan produk kepada jiran tetangga, saudara mara. Oleh sebab itu,
penyelidik mengambil kesempatan untuk mengenal pasti penggunaan campuran
pemasaran (4P) oleh usahawan PKS. Penyelidik akan mengkaji adakah usahawan PKS
menggunakan campuran pemasaran (4P) untuk memajukan sektor PKS di Kampung
Geting, Pengkalan Kubor.
11
1.4 Objektif Kajian
i. Mengenalpasti adakah usahawan PKS di Kg. Geting, Pengkalan Kubor,
menggunakan produk dalam pemasaran.
ii. Mengenalpasti adakah usahawan PKS di Kg. Geting, Pengkalan Kubor,
menggunakan harga dalam pemasaran.
iii. Mengenalpasti adakah usahawan PKS di Kg. Geting, Pengkalan Kubor,
menggunakan promosi dalam pemasaran.
iv. Mengenalpasti adakah usahawan PKS di Kg. Geting, Pengkalan Kubor,
menggunakan lokasi penempatan barangan dalam pemasaran.
1.5 Persoalan Kajian
i. Adakah usahawan PKS di Kg. Geting, Pengkalan Kubor, menggunakan produk
dalam pemasaran.
ii. Adakah usahawan PKS di Kg. Geting, Pengkalan Kubor, menggunakan harga
dalam pemasaran.
iii. Adakah usahawan PKS di Kg. Geting, Pengkalan Kubor, menggunakan promosi
dalam pemasaran.
iv. Adakah usahawan PKS di Kg. Geting, Pengkalan Kubor, menggunakan lokasi
penempatan barangan dalam pemasaran.