24
UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : TAHAP KEFAHAMAN TERHADAP KONSEP JIRIM DAN FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHINYA DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN DUA SESI PENGAJIAN: 2011/2012 Saya NOR JAMAYAH BINTI DAUD (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972). TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan). TIDAK TERHAD Disahkan oleh TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : NO 99, JALAN PERTANIAN, PM AZIZ BIN NORDIN TAMAN UNIVERSITI, NAMA PENYELIA 81300 JOHOR BAHRU, JOHOR Tarikh: 28 JUN 2012 Tarikh: 28 JUN 2012

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS filesecara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS

  • Upload
    others

  • View
    38

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS filesecara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS

UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh

tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana

secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan

penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL : TAHAP KEFAHAMAN TERHADAP KONSEP JIRIM DAN

FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHINYA DALAM

KALANGAN PELAJAR TINGKATAN DUA

SESI PENGAJIAN: 2011/2012

Saya NOR JAMAYAH BINTI DAUD

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan

Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi.

4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam

(AKTA RAHSIA RASMI 1972).

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh

organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap :

NO 99, JALAN PERTANIAN, PM AZIZ BIN NORDIN

TAMAN UNIVERSITI, NAMA PENYELIA

81300 JOHOR BAHRU, JOHOR

Tarikh: 28 JUN 2012 Tarikh: 28 JUN 2012

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS filesecara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS

PENGESAHAN PENYELIA

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya ini adalah

memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda

Sains Serta Pendidikan (Kimia)”.

Tandatangan : ………………………………….

Nama Penyelia : Prof Madya Aziz Bin Nordin

Tarikh : ……………………………….

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS filesecara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS

i  

TAHAP KEFAHAMAN TERHADAP KONSEP JIRIM DAN FAKTOR-

FAKTOR MEMPENGARUHINYA DALAM KALANGAN PELAJAR

TINGKATAN DUA

NOR JAMAYAH BINTI DAUD

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

JUN 2012

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS filesecara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS

ii  

“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ………………………………….

Nama Penulis : NOR JAMAYAH BINTI DAUD

Tarikh : ………………………………….

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS filesecara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS

iii  

DEDIKASI

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,

Bismillahirahmanirrahim,

KHAS DITUJUKAN KEPADA:

Ibu bapa yang sentiasa menyokong,

Daud Bin Hj Mohd Nor dan Siti Binti Johari,

Penyelia Pembimbing yang sentiasa memberikan tunjuk ajar,

PM. Aziz Bin Nordin

Rakan-rakan SPC ( 2009/ 2012) seperjuangan,

Semoga Allah Memberkati Kita Semua,

Amin

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS filesecara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS

iv  

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,

Bismillahirahmanirrahim.

Syukur ke hadrat Illahi dengan rahmat dan izin-Nya, saya diberikan kesempatan

dan dipermudahkan segala urusan sehingga projek ini dapat diselesaikan dengan baiknya.

Segala cabaran dapat diatasi untuk memastikan projek ini mencapai matlamatnya.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada penyelia pembimbing saya iaitu PM. Aziz

Bin Nordin, kerana segala tunjuk ajar, nasihat, bimbingan dan ilmu yang disampaikan

sepanjang tempoh saya melaksanakan projek kajian sehinggalah penghasilan tesis ini.

Jasamu akan sentiasa dikenang sehingga ke akhir hayat. Tidak lupa juga kepada

pensyarah-pensyarah UTM lain yang turut membantu saya. Terima kasih diucapkan.

Tidak dilupakan terhadap fakulti pendidikan UTM dan Kementerian Pelajaran

Malaysia, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan kerana telah

memberikan kebenaran kepada saya untuk menjalankan kajian terhadap pelajar-pelajar di

sekolah yang terbabit. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan.

Semestinya juga kepada ahli keluarga yang sentiasa menyokong dan memberikan

semangat saya untuk menjalankan kajian ini dan menyelesaikan projek sepenuhnya. Ibu

bapa saya, Daud Bin Hj Mohd Nor dan Siti Binti Johari serta Fahril bin Daud iaitu

kekanda saya yang dihormati. Semoga kita semua mendapat keberkatan daripada Tuhan

yang maha agung iaitu Allah S.W.T. Insyaallah.

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS filesecara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS

v  

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kefahaman konsep jirim dan

faktor-faktor mempengaruhinya dalam kalangan pelajar. Seramai 145 orang pelajar

tingkatan dua yang dipilih secara rawak dari tiga buah sekolah terpilih di daerah Ledang,

Johor terlibat dalam kajian ini. Borang soal selidik berbentuk subjektif dan skala Likert

telah diedarkan kepada responden sebagai instrumen kajian ini. Nilai bagi

kebolehpercayaan bagi alat kajian ini ialah α = 0.723. Data-data yang diperolehi menerusi

maklum balas responden dalam kajian ini dikumpulkan dan dianalisis untuk ditafsir

dengan menggunakan perisian Statistical Packages for the Social Sciences (SPSS) versi

17.0. Hasil kajian mendapati bahawa tahap kefahaman konsep jirim dalam kalangan

pelajar tingkatan dua adalah sederhana dan faktor guru merupakan faktor utama yang

mempengaruhi tahap kefahaman konsep jirim ini. Oleh itu, pelbagai pihak seperti guru,

sekolah, ibubapa, Kementerian Pelajaran Malaysia dan masyarakat perlu saling

berkerjasama antara satu sama lain untuk meningkatkan pencapaian tahap kefahaman

konsep jirim dalam kalangan pelajar. Selain itu, pelajar juga perlu berusaha untuk berjaya

dalam subjek Sains ini.

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS filesecara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS

vi  

ABSTRACT

The purpose of this study was to identify the understanding level of matter`s

concepts and the factors that influenced students` understanding. 145 form two students

from three secondary schools in district of Ledang, Johor were selected randomly and

involved in this study. Questionnaire as the instrument of the study which is in the form of

subjective and Likert scale was distributed to the respondents. The reliability of this

instrument is α = 0.723. The data collected were analyzed by the computer software of

Statistical Packages for the Social Science (SPSS) version 17.0. The findings of the study

showed that the understanding level of matter`s concepts among form two students is

moderate and the major factor that influenced the understanding of concept of matter is

teacher. Therefore, hopefully all the parties such as teacher, school, parents, Ministry of

Education and community will cooperate together in order to increase or to promote the

achievement in concept of matter among the students. Besides that, students must also

have to work harder in order to be successfully in Science subject.

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS filesecara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS

vii  

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL KAJIAN i

PENGAKUAN PENYELIDIK ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SIMBOL xv

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang 3

1.3 Penyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Hipotesis Kajian 7

1.7 Skop Kajian 7

1.8 Batasan Kajian 7

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS filesecara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS

viii  

1.9 Kepentingan Kajian 8

1.9.1 Guru 9

1.9.2 Sekolah 9

1.9.3 Pelajar 10

1.9.4 Kementerian Pelajaran Malaysia 10

1.10 Definisi Kajian 10

1.10.1 Kefahaman 11

1.10.2 Konsep 11

1.10.3 Jirim 12

1.11 Penutup 12

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 13

2.2 Kefahaman Konsep Jirim 14

2.3 Kefahaman Konsep Sains Berkaitan Jirim 17

2.4 Kefahaman Konsep Teori Zarah Jirim Dalam

Kalangan Pelajar 19

2.5 Faktor- faktor Mempengaruhi Kefahaman Konsep Jirim 20

2.5.1 Hubungan Kefahaman Konsep Jirim

Dengan Faktor Guru 20

2.5.2 Hubungan Kefahaman Konsep Jirim 22

Dengan Faktor Bahan Pengajaran

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS filesecara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS

ix  

2.5.3 Hubungan Kefahaman Konsep Jirim

Dengan Faktor Bahasa 24

2.6 Kesimpulan 25

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 26

3.2 Reka Bentuk Kajian 26

3.3 Populasi dan Sampel Kajian 27

3.4 Instrumen Kajian 28

3.5 Kajian Rintis 31

3.6 Prosedur Kajian 32

3.7 Analisis Data 33

3.8 Penutup 36

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 37

4.2 Bahagian A : Latar Belakang Pelajar 38

4.2.1 Jantina 38

4.2.2 Bangsa 38

4.2.3 Keputusan Subjek Sains Dalam UPSR 39

4.2.4 Keputusan Subjek Sains Dalam

Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan Satu 40

4.2.5 Pilihan Aliran Selepas PMR 40

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS filesecara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS

x  

4.3 Bahagian B : Tahap Kefahaman Pelajar Terhadap

Konsep Jirim 41

4.3.1 Persoalan Kajian I 42

4.3.2 Persoalan Kajian II 45

4.3.3 Persoalan Kajian III 47

4.3.4 Persoalan Kajian IV 48

4.4 Bahagian C: Faktor-Faktor Mempengaruhi

Tahap Kefahaman Konsep Jirim 50

4.5 Penutup 58

BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 59

5.2 Perbincangan 59

5.2.1 Latar Belakang Responden 60

5.2.2 Persoalan I 61

5.2.3 Persoalan II 65

5.2.4 Persoalan III 66

5.2.5 Persoalan IV 67

5.2.6 Persoalan V 68

5.3 Kesimpulan 74

5.4 Implikasi Kajian 75

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 77

5.6 Penutup 78

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS filesecara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS

xi  

RUJUKAN 80

LAMPIRAN A

Borang Soal Selidk 85

LAMPIRAN B

Pengesahan Item 99

LAMPIRAN C

Surat Kebenaran Daripada Kementerian Pelajaran

Malaysia (EPRD) 103

LAMPIRAN D

Surat Pengesahan Pelajar Untuk Menjalankan Kajian Daripada

Fakulti Pendidikan UTM 105

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS filesecara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS

xii  

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Pembahagian Sampel Mengikut Sekolah 28

3.2 Pembahagian Soalan Mengikut Tema 29

3.3 Pembahagian Item Kepada Faktor- Faktor Mempengaruhi Tahap

Kefahaman Konsep Jirim 30

3.4 Skala Bagi Setiap Respon Dalam Skala Likert 31

3.5 Pembahagian Item Mengikut Bentuk Penyataan 31

3.6 Jenis Statistik Mengikut Objektif Kajian 34

3.7 Pembahagian Markah Penuh Bagi Setiap Tema Soalan 34

3.8 Piawai Permarkahan PMR 35

3.9 Klassifikasi Tahap Kekuatan Kolerasi 35

3.10 Nilai Signifikan Piawai 36

3.11 Skala Penentuan Persetujuan 36

4.1 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Pelajar Mengikut Jantina 38

4.2 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Pelajar Mengikut Bangsa 38

4.3 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Pelajar Mengikut Keputusan

Subjek Sains Dalam Peperiksaan UPSR 39

4.4 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Pelajar Mengikut Keputusan

Subjek Sains Dalam Peperiksaan Akhir Tahun tingkatan Satu 40

4.5 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Pelajar Mengikut Pilihan

Aliran Selepas PMR 40

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS filesecara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS

xiii  

4.6 Analisis Rumusan Kefahaman Pelajar Mengenai Konsep Jirim

Berdasarkan Dapatan Markah (%) 42

4.7 Analisis Rumusan Kefahaman Pelajar Mengenai Konsep Jirim

Mengikut Konsep Soalan 43

4.8 Hubungan Antara Keputusan Gred Sains Dalam Peperiksaan UPSR

Dengan Tahap Kefahaman Konsep Jirim 45

4.9 Hubungan Antara Keputusan Gred Sains Dalam Peperiksaan Akhir

Tahun Tingkatan Satu Dengan Tahap Kefahaman Konsep Jirim 46

4.10 Pola Taburan Kekerapan Mengikut Pilihan Aliran dan Min Markah (%) 47

4.11 Ujian Anova Bagi Perbezaan Signifikan Tahap Kefahaman Konsep

Jirim Berdasarkan Pilihan Aliran Selepas PMR 48

4.12 Ujian Lanjutan Scheffe Bagi Perbezaan Signifikan Tahap Kefahaman

Konsep Jirim Berdasarkan Pilihan Aliran Selepas PMR 49

4.13 Taburan Kekerapan, Peratusan (%) Dan Nilai Min Bagi Faktor

Pelajar Yang Mempengaruhi Tahap Kefahaman Pelajar

Terhadap Konsep Jirim 51

4.14 Taburan Kekerapan, Peratusan (%) Dan Nilai Min Bagi Faktor

Guru Yang Mempengaruhi Tahap Kefahaman Pelajar

Terhadap Konsep Jirim 53

4.15 Taburan Kekerapan, Peratusan (%) Dan Nilai Min Bagi Faktor

Pelajar Yang Mempengaruhi Tahap Kefahaman Pelajar

Terhadap Konsep Jirim 55

4.16 Analisis Purata Min Persetujuan Berdasarkan Kepada Tema Item 57

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS filesecara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS

xiv  

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1 Keadaan Jirim 14

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS filesecara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS

xv  

SENARAI SIMBOL

SINGKATAN NAMA PENUH

UPSR Ujian Penilaian Sekolah Rendah

PMR Penilaian Menengah Rendah

SPM Sijil Pelajaran Malaysia

KPM Kementerian Pelajaran Malaysia

P&P Pengajaran Dan Pembelajaran

SPSS Statistical Package For Social Science

UTM Universiti Teknologi Malaysia

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS filesecara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pendidikan Sains di negara kita kini amat menekankan pembentukkan

murid-murid yang celik sains dengan mempunyai pengetahuan dan kemahiran

dalam bidang Sains ini. Hal ini adalah selaras dengan matlamat negara untuk

menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Justeru itu, negara amat

memerlukan sumber manusia yang mampu menguruskan alam dengan baik,

bertanggungjawab, inovatif dan kreatif selari dengan perkembangan sains dan

teknologi. Menurut Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) (2001), kurikulum Sains

telah digubal berdasarkan kepada keperluan negara dan untuk memperolehi

hasil pembelajaran yang optimum. Selain itu, kurikulum Sains ini adalah

untuk memupuk budaya sains dan teknologi dalam kalangan masyarakat yang

akan menyumbang kepada pembangunan negara, keharmonian dan

kesejahteraan masyarakat seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan

Negara.

Selain itu, sistem pendidikan di negara kita bagi peringkat menengah

adalah selama lima tahun dengan setiap tingkatan selama setahun pengajian.

Bagi tiga tahun yang pertama, tahap pencapaian pelajar akan dinilai menerusi

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS filesecara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS

2

Penilaian Menengah Rendah (PMR) sebelum pelajar dikategorikan sama ada

dalam aliran Sains atau aliran Sastera. Terdapat juga beberapa aliran elektif

seperti aliran Akaun dan aliran Teknik dan Vokasional. Namun bagi mencapai

matlamat negara maju menjelang tahun 2020, negara kini amat menekankan

bilangan pelajar dalam aliran Sains lebih ramai berbanding dalam aliran

Sastera iaitu mengikut pecahan 60 aliran Sains dan 40 dalam aliran sastera.

Hal ini bagi memastikan sumber negara di masa akan datang adalah lebih

berpengetahuan Sains dan mampu membantu negara mencapai kemajuan

dalam Sains dan Teknologi setanding dengan negara maju yang lain. Selain

itu, sumber manusia negara yang berkemahiran dan seimbang daripada

pelbagai bidang juga amat diperlukan bagi pembangunan negara pada masa

akan datang.

Sains ialah bidang ilmu yang mengandungi maklumat atau fakta yang

terhasil menerusi pemerhatian, pengalaman, penyelidikan dan penemuan-

penemuan dengan mengunakan kaedah-kaedah saintifik. Ia juga dikaitkan

dengan cabang ilmu pengetahuan yang sistematik apabila sesuatu sebab dan

akibat itu diuji dan dibuktikan kebenarannya (Kamus Dewan, 1986:1009).

Mengambil kira maksud Sains ini, mata pelajaran ini telah dijadikan sebagai

subjek teras di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah serta beberapa

mata pelajaran elektif Sains. Hal ini kerana pendidikan Sains amat

menekankan sikap inkuiri, pengetahuan, penyelesaian masalah serta sikap

saintifik untuk menggalakkan permikiran yang lebih kreatif, kritis,

berpandangan jauh serta lebih sistematik terhadap kehidupan. Ini merupakan

salah satu usaha negara untuk melahirkan masyarakat yang mampu

menghadapi cabaran pada masa akan datang terutamanya pada abad ke 21.

Dikenali sebagai satu bidang ilmu pengetahuan yang abstrak, Sains

amat berkaitan dengan konsep-konsep yang perlu difahami dan dikaji secara

kritis yang memerlukan pelajar memahaminya luar dari kotak permikiran

mereka. Selain itu, Sains menekankan penemuan konsep secara berterusan

sepanjang hayat bagi manusia memahami dan berinteraksi dengan alam

sekeliling (Nik Norhayati & Aziz Nordin, 2003). Justeru itu, beberapa rangka

konsep yang telah diakui kebenarannya dimasukkan ke dalam huraian sukatan

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS filesecara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS

3

pelajaran Sains yang membolehkan masyarakat memahami alam sekeliling

menerusi pemahaman Sains (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2001).

Terdapat konsep-konsep asas yang penting dan merupakan nadi kepada

sesuatu ilmu Sains dan saling berkaitan dan melengkapi antara satu sama lain

terutamanya dalam mengembangkan ilmu Sains dan penyelesaian masalah

sebenar dalam kehidupan.

Huraian sukatan pelajaran Sains ditetapkan mengikut kesesuaian

peringkat sekolah iaitu peringkat rendah, peringkat menengah rendah dan

peringkat menengah tinggi. Seperti yang termaktub dalam Sukatan Pelajaran

KBSM (2001), pengajaran dan pembelajaran Sains di peringkat sekolah

rendah dan peringkat menengah rendah adalah lebih kepada pengetahuan asas

Sains dan pengenalan kepada pelajar agar mereka mula mengenali

kepentingan Sains dari peringkat rendah lagi. Manakala bagi pelajar di

peringkat menengah tinggi pula, sukatan kandungan mata pelajaran Sains

adalah lebih meluas dengan penambahan beberapa subjek Sains elektif seperti

Kimia, Biologi dan Fizik bagi aliran Sains dan subjek Sains itu sendiri dalam

aliran Sastera. Hal ini adalah sebagai usaha kerajaan untuk melahirkan

pelajar-pelajar yang dapat mengembangkan sikap atau amalan saintifik dalam

diri dan mampu menjadi sumber manusia kepada negara yang tinggi

pengetahuan dalam Sains.

1.2 Latar Belakang

Salah satu konsep Sains yang penting dalam menguasai ilmu ini adalah

konsep jirim. Menurut Singer & Wu (2003), bahawa konsep jirim adalah idea

asas kepada pengetahuan saintifik dan ia amat berkait rapat untuk memahami

beberapa bidang Sains yang lain iaitu Sains elektif seperti Kimia, Biologi,

Fizik dan Sains Bumi (Zehra, 2009). Konsep asas jirim ada terdapat dalam

salah satu sukatan pelajaran Sains bagi sekolah rendah dan juga dalam sukatan

pelajaran Sains sekolah menengah bagi tingkatan satu. Kesinambungan

konsep ini diteruskan lagi dalam subjek Sains elektif bagi pelajar sekolah

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS filesecara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS

4

menengah tinggi iaitu tingkatan empat dan tingkatan lima bagi aliran Sains.

Ini menunjukkan bahawa kefahaman yang kukuh diperlukan sejak dari awal

lagi bagi menguasai tajuk jirim ini dalam kalangan pelajar agar mereka

mampu menghubungkaitkannya dengan tajuk-tajuk Sains yang seterusnya.

Menyedari mengenai kepentingan jirim kepada alam, Kementerian

Pelajaran Malaysia (KPM) telah menetapkannya sebagai salah satu tema

dalam sukatan pelajaran Sains bagi peringkat menengah rendah. Tema ini

memerlukan pelajar untuk memahami konsep jirim dengan kehidupan atau

alam sekeliling. Selain itu, pelajar akan diperkenalkan kepada asas

pemahaman kepada pembentukan sesuatu bahan semulajadi dari sumber bumi

mahupun bahan buatan manusia menerusi perkembangan teknologi. Hal ini

sememangnya memerlukan pelajar mengenali dan memahami konsep asas

kepada perkara tersebut iaitu jirim. Tema jirim ini meliputi beberapa tajuk

Sains yang saling berkaitan satu sama lain iaitu Jirim, Kepelbagaian Sumber

di Bumi, Udara di Sekeliling Kita, Air dan Larutan dan Tanah dan Sumbernya

(Sukatan Pelajaran KBSM Sains, 2001). Namun begitu, terdapat juga tajuk

lain yang memerlukan kefahaman konsep jirim iaitu Haba seperti prinsip

pengembangan dan pemindahan haba.

1.3 Penyataan Masalah

Secara umum, konsep jirim boleh dilihat dalam kehidupan seharian

melalui pengalaman secara langsung mahupun tidak langsung seperti

kehadiran bayang- bayang, keadaan barang keperluan yang terdapat dalam

bentuk pepejal, cecair dan gas, perubahan keadaan dan sebagainya.

Disebabkan keadaan semulajadi yang berlaku di sekeliling kita, kemungkinan

idea alternatif ataupun kecelaruan pemahaman terhadap sesuatu konsep itu

berlaku antara apa yang difahami oleh murid tentang apa yang dialami dengan

teori sains yang sebenar. Selain itu, menurut Fisher & Lipson (1986), banyak

kajian yang menunjukkan bahawa sesuatu konsep awal yang dibina oleh

Page 22: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS filesecara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS

5

kebanyakan pelajar adalah bercanggah dengan fakta sains yang sebenar (Nik

Norhayati, 2003).

Selain itu, tahap kefahaman setiap pelajar terhadap konsep jirim adalah

berbeza-beza. Sama ada ia berkaitan dengan teknik pembelajaran pelajar itu

sendiri, teknik pengajaran guru, penggunaan bahasa pengantar dan

sebagainya. Merujuk kepada kajian Osborne & Wittrock (1983), terdapat

guru-guru Sains yang tidak sedar tentang kefahaman pelajar yang sering salah

konsep semasa pembelajaran Sains. Penyataan tersebut menunjukkan bahawa

perhatian awal oleh guru amat diperlukan dalam kefahaman pelajar dalam

subjek Sains. Sekiranya tidak, ini mungkin menyebabkan salah konsep dalam

kalangan pelajar berlanjutan hingga ke peringkat yang lebih tinggi.

Tahap kefahaman yang rendah mengenai konsep jirim dan sekiranya

tidak di dikenalpasti serta diatasi dengan lebih awal akan menyebabkan proses

pembelajaran terganggu terutamanya bagi topik Sains yang lain yang

memerlukan asas jirim yang kukuh. Oleh itu, kajian yang dijalankan bertujuan

untuk mengenal pasti tahap kefahaman pelajar sekolah menengah rendah bagi

konsep jirim dan faktor–faktor yang mempengaruhi kefahaman pelajar.

Page 23: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS filesecara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS

6

1.4 Objektif Kajian

Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk :

i) mengenalpasti tahap kefahaman pelajar mengenai konsep

jirim

ii) mengenalpasti hubungan antara keputusan gred sains Ujian

Penilaian Sekolah Rendah UPSR dan keputusan gred Sains

peperiksaan akhir tahun tingkatan satu (1) dengan tahap

kefahaman konsep jirim

iii) mengenalpasti pola pilihan aliran selepas Penilaian Menengah

Rendah (PMR) terhadap tahap kefahaman konsep jirim

iv) mengenalpasti sama ada wujud perbezaan signifikan tahap

kefahaman konsep jirim berdasarkan pilihan aliran selepas

PMR

v) mengenalpasti faktor–faktor yang mempengaruhi tahap

kefahaman pelajar terhadap konsep jirim

1.5 Persoalan Kajian

Antara persoalan kepada kajian ini ialah :

i) apakah tahap kefahaman pelajar mengenai konsep jirim?

ii) adakah terdapat hubungan antara keputusan gred sains Ujian

Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan keputusan gred Sains

peperiksaan tingkatan satu (1) dengan tahap kefahaman

konsep jirim?

iii) apakah pola pilihan aliran selepas Penilaian Menengah

Rendah (PMR) terhadap tahap kefahaman konsep jirim?

iv) adakah terdapat perbezaan signifikan tahap kefahaman konsep

jirim berdasarkan pilihan aliran selepas PMR?

Page 24: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS filesecara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS

7

v) apakah faktor-faktor yang mempengaruhi tahap kefahaman

pelajar terhadap konsep jirim?