Upload
trinhkhanh
View
240
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN
KENDIRI PERMODELAN OBJEK PADU MATA PELAJARAN
REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER
LEE WAN KI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL
PENGAJARAN KEDIRI PERMODELAN OBJEK PADU MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER
SESI PENGAJIAN: 2008/2009
Saya LEE WAN KI______________________________ mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/ Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam akta rahsia rasmi 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap: DR MUHAMMAD SUKRI B.SAUD 1,JLN MAKMUR 29, Nama Penyelia TMN DAMAI JAYA, 81300 SKUDAI, JOHOR. Tarikh : 30 APRIL 2009 Tarikh : 30 APRIL 2009 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada
pihak berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kuantiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
( Kemahiran Hidup )”.
Tandatangan : ……………………………………….
Nama Penyelia : DR MUHAMMAD SUKRI B. SAUD
Tarikh : 30 APRIL 2009
i
PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN
KENDIRI PERMODELAN OBJEK PADU MATA PELAJARAN
REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER
LEE WAN KI
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
( Kemahiran Hidup )
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
April 2009
ii
″Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ………………………...........
Nama Penyelia : LEE WAN KI
Tarikh : APRIL 2009
iii
DEDIKASI
Diabadikan buat insan-insan yang tersayang ,
Teristimewa Buat ,
Penyelia pembimbing yang telah mendidik dengan penuh sabar
Dr Muhammad Sukri b. Saud
Khas buat,
Ayah yang dikasihi…..
(Lee Joo Hock)
Yang sentiasa mendoakan kejayaanku…..
menjagaku dan mendidikku sehingga ku tahu mengenal erti kejayaan
sehingga aku megah berdiri di kalangan bijak pandai….
Jua buat,
Ibu yang tersayang…..
(Lim Kwi Boon)
Terima kasih di atas dorongan dan penghargaan yang diberikan selama ini….
Yang memjadikan ku terus mengapai cita-cita….
Seterusnya,
Buat teman-teman yang mengenali diri ini....
menjaga diri ini ketika disambar keresahan...
Menunjukkan ku jalan kecermerlangan....
Terima kasih Yang Tidak Terhingga.......
iv
PENGHARGAAN
Salam sejahtera, syukur yang tidak terhingga dengan izin dan berkat Tuhan sehingga dapat saya menyiapkan penulisan ini dengan jayanya.
Penyelidik ingin merakamkan penghargaan ikhlas dan terima kasih yang
tidak terhingga kepada penyelia pembimbing Projek Sarjana Muda, Dr Muhammad Sukri B. Saud atas bimbingan dan dorongan yang diberikan sepanjang tempoh penulisan projek ini.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga dirakamkan kepada para
pensyarah yang rela meluangkan masa untuk menyemak dan memberi nasihat yang berguna untuk menambahbaik modul yang dihasilkan.
Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan serta
semua pihak sama ada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung, yang banyak memberi sokongan dan dorongan dalam merealisasikan projek ini dengan sempurna.
v
ABSTRAK
Tujuan kajian ini adalah untuk membina dan menilai status kesesuaian
kedua-dua Modul Pengajaran Kendiri (MPK) Permodelan Objek Padu yang bertajuk:
MPK 1 Pengenalan Tentang Binaan Asas, MPK 2 Pengenalan dan Penghasilan
Objek Padu Primitif (Solid Primitive) yang dibina menggunakan Model Teras-
Cabang (Shaharom, 1994). Status kesesuaian MPK yang dibina dinilai melalui
penilaian formatif. Tiga fasa penilaan formatif telah dijalankan iaitu Penilaian
Formatif Satu dengan Satu (PFSS), Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK) dan
Penilaian Formatif Percubaan Luar (PFPL). Seorang pensyarah terlibat dalam PFSS.
Seramai dua orang pakar iaitu seorang pensyarah dan eorang pengajar yang
berpengalaman terlibat dalam PFKK manakala PFPL melibatkan seramai 20 orang
pelajar UTM tahun dua yang mengambil program Sarjana Muda Teknologi serta
Pendidikan (Kemahiran Hidup). Satu set soal selidik iaitu Soal Selidik Kesesuaian
Modul Pengajaran Kendiri (MPK) yang dibina oleh Shaharom Noordin (1994),
digunakan sebagai alat kajian dan data yang diperolehi dianalisis secara statistik
deskriptif dalam bentuk min. Hasil kajian mengesahkan MPK Permodelan Objek
Padu yang dibina adalah sesuai digunakan sebagai proses pengajaran dan
pembelajaran yang dapat memenuhi keperluan kurikulum. Kedua-dua MPK masing-
masing menunjukkan status amat sesuai dan sesuai dengan nilai min keseluruhan
102.0 dalam PFKK dan 96.5 dalam PFPL.
vi
ABSTRACT
The aim of this study is to design and evaluate the suitability status of Self
Instruction Module (SIM) Solid Modeling entitled: MPK1 Pengenalan Tentang
Binaan Asas, MPK 2 Pengenalan dan Penghasilan Objek Padu Primitif (Solid
Primitive) using the Teras-Cabang Model (Shaharom, 1994). The SIM suitability
status designed was evaluated formatively. There are three phase of evaluation.
That is One-To-One Formative Evaluation, Small Group-Group Formative
Evaluation and Field Trial. A lecturer was involved in One-To-One Trials. For
Small Group-Group Formative Evaluation, a lecturer and a tutor were involved. The
Field Trial involved 20 undergraduate students UTM who is taking programme of
Bachelor of Technology with Education (Living Skill). The instrument used in this
study was taken from Soal Selidik Kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK)
developed by Shaharom Noordin (1994) and the data obtained was analysed using
the descriptive statistics method in the form of mean. The results of this study found
that the SIM Solid Modelling was suitable for process of teaching and learning
which accordance with the curriculum. Both Small Group-Group Formative
Evaluation and Field Trial for SIM was at very suitable and suitable status which
indicated average mean of 102.0 and 96.5.
vii
KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL KAJIAN i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL x
SENARAI RAJAH xi
SENARAI SINGKATAN xii
SENARAI LAMPIRAN xiii
1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif 5
1.5 Persoalan Kajian 6
1.6 Kepentingan 6
1.6.1 Pengajar / Pensysarah 6
1.6.2 Pelajar 7
1.6.3 Kementerian Pengajian Tinggi 7
viii
1.7 Skop Kajian 7
1.8 Definisi Operasi 8
1.8.1 Lukisan Berbantu Komputer 8
1.8.2 Rekabentuk Berbantu Komputer 8
1.8.3 Objek Padu 9
1.8.4 Modul Pengajaran Kendiri 9
1.8.5 Kesesuaian 9
1.9 Ringkasan 10
2 SOROTAN KAJIAN 11
2.1 Pengenalan 11
2.2 Pengajaran Bermodul 12
2.2.1 Ciri-ciri Pengajaran Bermodul 13
2.2.2 Modul Pengajaran Kendiri ( MPK ) 14
2.3 Model Modul Pengajaran Kendiri (MPK) 15
2.3.1 Model Burn 15
2.3.2 Model Meyer 17
2.3.3 Model Teras-Cabang Shaharom (1993) 20
2.4 Rasional Penggunaan Model 26
2.5 Penilaian Formatif 27
2.5.1 Penilaian Formatif Satu dengan Satu 27
2.5.2 Penilaian Formatif Kelompok Kecil 28
2.5.3 Penilaian Formatif Percubaan Luar 28
2.6 Kajian-kajian Lepas tentang Pengajaran Bermodul 29
2.7 Ringkasan 31
3 METODOLOGI KAJIAN 32
3. l Pengenalan 33
3.2 Reka Bentuk Kajian 33
3.3 Subjek Kajian 34
ix
3.4 Instrumen Kajian 34
3.5 Analisis Data 36
3.6 Tatacara Kajian 38
3.7 Andaian 41
3.8 Batasan Kajian 41
3.9 Ringkasan 42
4 ANALISIS DATA 43
4.1 Pengenalan 43
4.2 Dapatan Berdasarkan Persoalan Kajian 44
4.2.1 Dapatan Persoalan Kajian 1 44
4.2.2 Dapatan Persoalan Kajian 2 46
4.2.3 Dapatan Persoalan Kajian 3 50
4.3 Ringkasan 53
5 KESIMPULAN, PERBINCANGAN 54
DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 54
5.2 Kesimpulan Hasil Dapatan 55
5.3 Perbincangan 57
5.4 Cadangan 60
5.5 Ringkasan 61
RUJUKAN 62
LAMPIRAN A - H 65 - 76
x
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Pembahagian Item Berdasarkan Aspek Yang Dikaji 35
3.2 Jadual Pemeringkatan Kesesuaian MPK Berdasarkan 36
Julat
4.1 Jadual Pemeringkatan Kesesuaian MPK 47
4.2 Keputusan Penilaian Formatif Kelompok Kecil 48
4.3 Keputusan Penilaian Formatif Percubaan Luar 51
xi
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
2.1 Model Teras Cabang Shaharom 19
2.2 Carta Aliran Model Teras Cabang Shaharom 23
3.1 Rangka Kerja Kajian Secara Keseluruhan 39
xii
SENARAI SINGKATAN
Bil - Bilangan
CAD - Lukisan Berbantu Komputer (Computer-aided drafting)
FPK - Falsafah Pendidikan Kebangsaan
JERI - Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek
MPK - Modul Pengajaran Kendiri
PFSS - Penilaian Formatif Satu dengan Satu
PFKK - Penilaian Formatif Kelompok Kecil
PFPL - Penilaian Formatif Percubaan Luar
P&P - Pengajaran dan Pembelajaran
SPSS - Statistical Package for Social Sciences
UCS - User Coordinate System
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
3D - Tiga Dimensi
xiii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Borang Pengesahan Modul 65
B Borang Soal Selidik 66 - 70
C Pengesahan MPK Permodelan Objek Padu (1) 71
MPK 1
D Pengesahan MPK Permodelan Objek Padu (1) 72
MPK 2
E Pengesahan MPK Permodelan Objek Padu (2) 73
MPK 1
F Pengesahan MPK Permodelan Objek Padu (2) 74
MPK 2
G Pengesahan MPK Permodelan Objek Padu 3) 75
MPK 1
H Pengesahan MPK Permodelan Objek Padu (3) 76
MPK 2
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Modul Pengajaran Kendiri (MPK) adalah sesuai digunakan dalam pelbagai
mata pelajaran di peringkat rendah, menengah dan peringkat institut pengajian tinggi
(Shaharom, 1994). Menurut Shaharom (1994), pembelajaran menggunakan
pendekatan Modul Pengajaran Kendiri merupakan satu kaedah pengajaran yang
dapat membantu para pengajar atau guru menangani masalah perbezaan individu
yang wujud di kalangan para pelajar.
Pada kebelakangan ini, dalam keghairahan negara menongkah arus kemajuan
beserta usaha untuk mencapai Wawasan 2020. Wawasan 2020 yang diumumkan
pada tahun 1991 telah menyarankan agar Malaysia dapat mencapai taraf negara maju
yang berasaskan perindustrian menjelang abad ke-21 dan hasrat ini telah diterang
dengan lebih lanjut dalam sembilan cabaran yang disenaraikan dalam Wawasan 2020
(Shahril Marzuki dan Habib Mat Som, 1999). Menurut Shahril Marzuki dan Habib
Mat Som (1999), negara kita perlu membentuk sesebuah masyarakat saintifik yang
progresif, inovatif dan berpandangan jauh berdasarkan cabaran Wawasan 2020 yang
keenam. Dengan wujudnya masyarakat saintifik, masyarakat setempat baru dapat
bergerak kearah masyarakat yang berasaskan teknologi tinggi.
2
Sistem pendidikan di negara turut mendapat kesannya dan terus berkembang
seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Menurut Tajul Ariffin
Noordin (1993), FPK yang ingin melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). Maka dengan ini adalah sepatutnya
sistem pendidikan negara diperbaharui dari semasa ke semasa berpadanan dengan
perkembangan teknologi. Oleh itu, untuk mencapai hasrat yang dicita, teknologi
komputer banyak digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.
Mengikut Voisinet (1985), bahawa CAD adalah singkatan bagi Computer-
aided drafting dan Computer-aided drafting and design. Ia membawa makna
melukis dengan berbantu komputer. Lukisan secara tangan telah diganti dengan
lukisan berbantu komputer. Perubahan ini berlaku sebab lukisan berbantu komputer
membawa banyak aspek yang positif. Aspek-aspek ini termasuklah penggunaan
komputer membolehkan lukisan lebih jitu dan tepat, mengubahsuai lukisan dengan
banyak kali dan menjimatkan masa. Berdasarkan Iskandar dan Zaitun (2002),
AutoCAD telah digunakan dalam beberapa bidang kejuruteraan mekanikal, elektrikal,
awam, kimia dan kejuruteraan industri di dalam negara kita. Selain itu, bidang
senibina juga menggunakan CAD secara meluas.
Berdasarkan Sharifah Alwiah (1986), modul boleh dibina dalam berbagai-
bagai bentuk dan dalam berbagai media. Kedua-dua MPK yang direka ini adalah
berbentuk dalam bahan bercetak. Bahan bercetak masih merupakan bahan yang
penting dan luas digunakan oleh para pelajar dan guru dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P). Modul pengajaran kendiri (MPK) yang mengambil kira
perbezaan individu di kalangan para pelajar di mana mereka boleh belajar mengikut
tahap kebolehan masing-masing pelajar yang tersendiri serta memilih cara
pembelajaran yang paling sesuai untuk diri mereka (Shaharom dan Yap, 1991).
MPK ini dibina untuk membantu pengajaran dan pembelajaran (P&P) pelajar
untuk memahir dengan ilmu dan operasi tentang Lukisan Berbantu Komputer
(AutoCAD) bagi Permodelan Objek Padu (solid). Objektif MPK ini adalah untuk
membina modul Lukisan Berbantu Komputer (AutoCAD) bagi Permodelan Objek
3
Padu (solid) yang selaras dengan pengajaran dan pembelajaran pelajar UTM. Di
samping itu, MPK ini adalah sejajar dengan perkembangan teknologi serta
mengemaskini kandungan modul yang lama.
1.2 Latar Belakang Masalah
Perbezaan individu wujud pada setiap individu. Para pendidik sepatutunya
sedar akan perbezaan ini. Perbezaan individu ini wujud dari segi intelek, minat,
kecekapan, daya cipta dan sebagainya antara pelajar (Sharifah Alwiah, 1986).
Berdasarkan Habibah (1983), perbezaan ini adalah disebabkan oleh pelajar
mempunyai tahap kematangan yang berlainan dan perbezaan dari segi latar belakang
pembelajaran lalu. Maka, para pendidik seharusnya peka dengan masalah ini dan
membantu menangani keadaan yang dihadapi oleh para pelajar akibat dari perbezaan
tersebut.
Salah satu kaedah yang boleh digunakan untuk menangani masalah ini adalah
dengan mengindividukan pengajaran iaitu meyediakan aktiviti-aktiviti pembelajaran
sesuai mengikut kebolehan para pelajar. Berdasrkan Shaharom (1995), pelaksanaan
konsep pengajaran individu akan dapat meningkat jika sesuatu mata pelajaran atau
sesuatu tajuk mata pelajaran tertentu dipecahkan kepada beberapa tajuk kecil supaya
ianya mudah difaham atau digunakan sebagai kaedah yang sistematik untuk
diuruskan. Cara yang paling sesuai adalah membina bahan pengajaran dan
pembelajaran yang berturutan dalam bentuk modul pengajaran kendiri (MPK).
Bagaimanapun, pengguna program Lukisan Berbantu Komputer (AutoCAD)
tetap dikehendaki mempelajari operasi asas sistem komputer dan arahan-arahan
untuk mengendalikannya. Bagi meningkat mutu pendidikan ini, bahan pengajaran
dan pembelajaran yang sesuai perlu dihasilkan. Sesebuah bahan pengajaran dan
pembelajaran yang berisi kandung dengan maklumat yang terbaru iaitu berasaskan
dengan Lukisan Berbantu Komputer (AutoCAD) 2009 amat diperlukan.
4
Manakala berdasarkan Iskandar dan Zaitun (2002), Lukisan Berbantu
Komputer (AutoCAD) digunakan dalam beberapa bidang kejuruteraan mekanikal,
elektrikal, awam, kimia dan kejuruteraan industri. Maka, dapat disimpul bahawa
Lukisan Berbantu Komputer (AutoCAD) adalah mata pelajaran yang penting dan
asas bagi pengajaran dan pembelajaran pengajian tinggi dalam bidang kejuruteraan.
Di sini, memberi penekanan lagi kepentingan Lukisan Berbantu Komputer
(AutoCAD) dalam pengajaran dan pembelajaran.
Di samping itu , bahan pengajaran dan pembelajaran yang terdapat di pasaran
sekarang kebanyakan dalam Bahasa Inggeris. Jadi, pelajar yang tidak berupaya
untuk menguasai Bahasa Inggeris akan menghadapi masalah untuk menggunakan
bahan-bahan berkenaan. Tambahan pula, bahan-bahan rujukan yang ada di pasaran
juga tidak mencukupi dan tidak begitu menarik dari segi cara penyampaiannya.
Kebanyakan buku itu berbentuk penyampaian isi fakta penting sahaja. Pelajar tidak
dapat mempraktikkan isi-isi tersebut.
Lantaran itu, modul yang direka akan memberikan penimbangan kepada
tahap kognitif pelajar. Modul yang sesuai dan sempurna adalah modul yang tidak
menimbulkan perasaan beban kepada pelajar. Menurut Shaharom dan Yap (1992),
Modul Pengajaran Kendiri mempunyai kebaikan dan kekuatan. Pelajar dapat belajar
mengikut kadar kebolehan mereka. Bahan yang terdapat di dalamnya adalah bahan
yang lengkap kendiri. Ia juga dibuat untuk keperluan serta menyenangkan pelajar.
5
1.3 Pernyataan Masalah
Kajian yang dijalankan adalah untuk menilai sejauh manakah Modul
Pengajaran Kendiri (MPK) yang dibina bagi tajuk Permodelan Objek Padu diterima
sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam mata pelajaran Rekabentuk
Berbantu Komputer. Sasaran penggunaan MPK adalah kepada pelajar di institusi
pengajian tinggi, pengajar dan pensyarah yang mengajar mata pelajaran Rekabentuk
Berbantu Komputer di Universiti Teknologi Malaysia.
1.4 Objektif
Objektif kajian ini adalah seperti yang berikut :
1.4.1 Membina Modul Pengajaran Kendiri (MPK) mata pelajaran Rekabentuk
Berbantu Komputer bagi tajuk Permodelan Objek Padu berdasarkan Model
Teras-Cabang Shaharom 1994.
1.4.2 Menilai kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK) mata pelajaran
Rekabentuk Berbantu Komputer bagi tajuk Permodelan Objek Padu untuk
tujuan pengajaran melalui Penilaian Formatif Satu dengan Satu (PFSS).
1.4.3 Menilai kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK) mata pelajaran
Rekabentuk Berbantu Komputer bagi tajuk Permodelan Objek Padu untuk
tujuan pengajaran melalui Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK).
1.4.4 Menilai kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK) mata pelajaran
Rekabentuk Berbantu Komputer bagi tajuk Permodelan Objek Padu untuk
tujuan pengajaran melalui Penilaian Formatif Percubaan Luar (PFPL).
6
1.5 Persoalan Kajian
Kajian penghasilan dan kesesuaian MPK direkabentuk adalah untuk
menjawab beberapa persoalan berikut :
a. Adakah Penilaian Formatif Satu dengan Satu (PFSS) terhadap kedua-dua
MPK Permodelan Objek Padu sesuai digunakan sebagai bahan P&P di
dalam mata pelajaran Rekabentuk Berbantu Komputer?
b. Adakah Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK) terhadap kedua-dua
MPK Permodelan Objek Padu sesuai digunakan sebagai bahan P&P di
dalam mata pelajaran Rekabentuk Berbantu Komputer?
c. Adakah Penilaian Formatif Percubaan Luar (PFPL) terhadap kedua-dua
MPK Permodelan Objek Padu sesuai digunakan sebagai bahan P&P di
dalam mata pelajaran Rekabentuk Berbantu Komputer?