of 23 /23
PENGENALAN KEPADA KOMPUTER (KRITERIA PEMILIHAN KOMPUTER PERIBADI) PISMP Semester 4 RBT (B) 2012 Muhammad Asyraf bin Yusoff Mohd Syauqi bin Abu Hassan

Pengenalan Komputer

Embed Size (px)

DESCRIPTION

KOmputer

Text of Pengenalan Komputer

PISMP Semester 4 RBT (B) 2012Muhammad Asyraf bin Yusoff Mohd Syauqi bin Abu Hassan

KRITERIA PEMILIHAN KOMPUTER PERIBADIKomputer peribadi kini mampu dibeli oleh kebanyakan pengguna di Malaysia. Sebelum membeli komputer, pengguna harus faham akan keperluan masing-masing. Jika komputer hanya digunakan untuk perisian aplikasi, kriteria pemilihannya adalah berbeza dengan komputer yang sering digunakan untuk perisian penyelidikan dan pembelajaran. Setiap kelebihan yang dinyatakan pada sesebuah komputer akan melibatkan kenaikan kos pembeliannya.

Kriteria asas pemilihan komputer peribadi adalah berdasarkan:Jenis unit pemprosesan pusat (CPU) Kepantasan pemprosesan RAM dan ROM Papan induk Pemacu Keupayaan cakera keras Monitor Aksesori

1) 2) 3) 4) 5) 6) 7) 8)

JENIS UNIT PEMPROSESAN PUSAT (CPU)

Central Processing Unit (CPU) CPU dapat dibahagikan kepada beberapa jenis seperti CPU 8-bit, 16-bit, 32-bit, 64-bit atau lebih. Nombor tersebut mewakili keupayaan jumlah talian data yang memproses maklumat pada satu masa. Contohnya, CPU 16-bit bermakna komputer tersebut berupaya untuk memproses sebanyak 16-bit data sekali gus. CPU 64-bit boleh memproses data empat kali ganda daripada CPU 16-bit.

Processor Central Processing Unit (CPU)

KEPANTASAN PEMPROSESANKepantasan pemprosesan data memainkan peranan yang penting dalam pemilihan CPU. Kelajuan atur cara diproses oleh CPU adalah bergantung kepada frekuensi jam CPU. Contohnya, jika frekuensi jam CPU ialah 100 MHz ini bermakna masa memproses atur cara adalah selama 0.01 s. Unit frekuensi dinyatakan dalam unit megahertz atau disebut juga sebagai jutaan maklumat yang diproses dalam satu saat (MIPS).

RAM dan ROM

RAM(Random-access memory) ialah ingatan sementara yang digunakan ketika data diproses sebelum data tersebut disimpan kekal dalam cakera liut atau cakera padat. Data dalam RAM mudah dicapai oleh CPU. Untuk memproses aturcara yang melibatkan data yang banyak, muatan RAM perlu ditambah. Pada papan induk terdapat ruang yang disediakan untuk menambah muatan RAM. Muatan RAM dinyatakan dalam unit kilobait dan megabait. Biasanya, ROM (Read Only Memory) menyimpan perisian sistem pengendalian komputer. Atur cara untuk menyemak kendiri sistem komputer diletakkan juga di dalam ROM. Atur cara semakan kendiri akan menyemak sama ada peranti ke sambungan port masukan dan port keluaran adalah baik atau sebaliknya.

Random-access memory(RAM)

Read Only Memory (ROM)

PAPAN INDUK(Motherboard)

Papan induk ialah papan litar tercetak yang menempatkan unit utama sistem komputer. Pada papan induk ditempatkan CPU, storan, port masukan dan port keluaran. Kesemua unit ini disambung terus pada papan induk melalui kabel. Reka bentuk papan induk adalah sangat penting kerana papan induk mengambil satu pertiga daripada ruang selongsong komputer peribadi. Perkembangan teknologi litar bersepadu yang telah mencapai sehingga lebih 10 juta transistor dalam satu cip telah mempengaruhi saiz papan induk. Selain itu, papan induk juga menyediakan ruang tambahan untuk meletakkan komponen bagi meningkatkan keupayaan sesebuah komputer. Keserasian sangat penting apabila membeli papan induk kerana mikropemproses hanya boleh dipasang pada papan induk yang serasi.

Papan Induk(Motherboard)

PEMACU

Pemacu ialah perkakasan yang berfungsi menggerakkan cakera liut dan cakera padat.

Apabila menerima arahan dari CPU, pemacu akan membacaatau menulis data kepada cakera But, manakala bagi cakera keras, pemacu hanya membaca data.

Dalam satu sistem komputer terdapat dua pemacu iaitu pemacu cakera But dan pemacu cakera padat.

Walaubagaimanapun, perkembangan teknologi terkini telah menghasilkan pemacu zip dan pemacu DVD yang boleh disambung ke sistem komputer.

Pemacu

KEUPAYAAN CAKERA KERAS (Hardisk)

Cakera keras ialah sejenis storan sekunder yang boleh menyimpan data yang banyak. Data yang disimpan dalam cakera keras lebih cepat dicapai oleh CPU. Muatan cakera keras menentukan keupayaannya. Pada hari ini, muatan cakera keras telah mencapai sehingga 40 gigabait. Cakera keras diletakkan di dalam selongsong komputer iaitu tempat khas berbentuk kotak bagi melindunginya daripada habuk yang boleh mengganggu cakera keras daripada berfungsi dengan baik.

Cakera Keras (Hardisk)

MONITORMonitor ialah peranti yang digunakan untuk memaparkan data yang ingin dilihat. Pemilihan monitor bergantung kepada kebezajelasan, kedalaman piksel, keupayaan kad paparan grafik dan saiz monitor.

Saiz (Panjang secara pepenjuru)

Kad Paparan Grafik (Muatan ingatan pada paparan)

Pemilihan Sesebuah Monitor

Kebezajelasan (Bilangan Piksel)

Kedalam Piksel (Gabunagn Warna)

Pixel Close-up

Jenis-jenis Monitor

AKSESORI

Aksesori ialah alat tambahan yang disambung ke komputer bagi membantu melancarkan kerja kerja pengguna. Contoh aksesori komputer ialah pencetak, pengimbas, mikrofon, pembesar suara dan peranti mainan. Aksesori dihubungkan ke komputer melalui port perhubungan yang dikenali sebagai port masukan dan port keluaran (I/O port). Port masukan dikhaskan untuk sambungan peralatan masukan seperti papan kekunci, tetikus, peranti mainan dan mikrofon. Port keluaran dikhaskan untuk peralatan seperti pencetak, pembesar suara dan monitor. Selain itu, terdapat port yang boleh disambung dengan peranti masukan atau peranti keluaran. Port ini dinamai sebagai port USB. Aksesori yang sangat penting ketika ini ialah modem. Modem ialah peranti elektronik yang membolehkan data dari sebuah komputer dihantar ke komputer lain melalui talian telefon.

Contoh-contoh Aksesori Komputer

Audio Speaker

Modem

Keyboard & Mouse

Webcam

TERIMA KASIH.