Download pptx - Pengenalan Komputer

Transcript
Page 1: Pengenalan Komputer

PENGENALAN KEPADA KOMPUTER (KRITERIA PEMILIHAN KOMPUTER PERIBADI)

PISMP Semester 4 RBT (B) 2012Muhammad Asyraf bin Yusoff

Mohd Syauqi bin Abu Hassan

Page 2: Pengenalan Komputer
Page 3: Pengenalan Komputer

KRITERIA PEMILIHAN KOMPUTER PERIBADI Komputer peribadi kini mampu dibeli oleh

kebanyakan pengguna di Malaysia. Sebelum membeli komputer, pengguna harus

faham akan keperluan masing-masing. Jika komputer hanya digunakan untuk perisian

aplikasi, kriteria pemilihannya adalah berbeza dengan komputer yang sering digunakan untuk perisian penyelidikan dan pembelajaran.

Setiap kelebihan yang dinyatakan pada sesebuah komputer akan melibatkan kenaikan kos pembeliannya.

Page 4: Pengenalan Komputer

Kriteria asas pemilihan komputer peribadi adalah berdasarkan:

1) Jenis unit pemprosesan pusat (CPU)

2) Kepantasan pemprosesan

3) RAM dan ROM

4) Papan induk

5) Pemacu

6) Keupayaan cakera keras

7) Monitor

8) Aksesori

Page 5: Pengenalan Komputer

JENIS UNIT PEMPROSESAN PUSAT (CPU) Central Processing Unit (CPU) CPU dapat dibahagikan kepada beberapa jenis

seperti CPU 8-bit, 16-bit, 32-bit, 64-bit atau lebih. Nombor tersebut mewakili keupayaan jumlah

talian data yang memproses maklumat pada satu masa.

Contohnya, CPU 16-bit bermakna komputer tersebut berupaya untuk memproses sebanyak 16-bit data sekali gus.

CPU 64-bit boleh memproses data empat kali ganda daripada CPU 16-bit.

Page 6: Pengenalan Komputer

Central Processing Unit (CPU)

Processor

Page 7: Pengenalan Komputer

KEPANTASAN PEMPROSESAN

Kepantasan pemprosesan data memainkan peranan yang penting dalam pemilihan CPU.

Kelajuan atur cara diproses oleh CPU adalah bergantung kepada frekuensi jam CPU.

Contohnya, jika frekuensi jam CPU ialah 100 MHz ini bermakna masa memproses atur cara adalah selama 0.01 µs.

Unit frekuensi dinyatakan dalam unit megahertz atau disebut juga sebagai jutaan maklumat yang diproses dalam satu saat (MIPS).

Page 8: Pengenalan Komputer

RAM dan ROM RAM(Random-access memory) ialah ingatan sementara yang

digunakan ketika data diproses sebelum data tersebut disimpan kekal dalam cakera liut atau cakera padat.

Data dalam RAM mudah dicapai oleh CPU. Untuk memproses aturcara yang melibatkan data yang

banyak, muatan RAM perlu ditambah. Pada papan induk terdapat ruang yang disediakan untuk

menambah muatan RAM. Muatan RAM dinyatakan dalam unit kilobait dan megabait. Biasanya, ROM (Read Only Memory) menyimpan perisian

sistem pengendalian komputer. Atur cara untuk menyemak kendiri sistem komputer diletakkan juga di dalam ROM.

Atur cara semakan kendiri akan menyemak sama ada peranti ke sambungan port masukan dan port keluaran adalah baik atau sebaliknya.

Page 9: Pengenalan Komputer

Random-access memory(RAM)

Page 10: Pengenalan Komputer

Read Only Memory (ROM)

Page 11: Pengenalan Komputer

PAPAN INDUK(Motherboard) Papan induk ialah papan litar tercetak yang menempatkan

unit utama sistem komputer. Pada papan induk ditempatkan CPU, storan, port masukan dan port keluaran. Kesemua unit ini disambung terus pada papan induk melalui kabel.

Reka bentuk papan induk adalah sangat penting kerana papan induk mengambil satu pertiga daripada ruang selongsong komputer peribadi. Perkembangan teknologi litar bersepadu yang telah mencapai sehingga lebih 10 juta transistor dalam satu cip telah mempengaruhi saiz papan induk.

Selain itu, papan induk juga menyediakan ruang tambahan untuk meletakkan komponen bagi meningkatkan keupayaan sesebuah komputer. Keserasian sangat penting apabila membeli papan induk kerana mikropemproses hanya boleh dipasang pada papan induk yang serasi.

Page 12: Pengenalan Komputer

Papan Induk(Motherboard)

Page 13: Pengenalan Komputer

PEMACU Pemacu ialah perkakasan yang berfungsi menggerakkan

cakera liut dan cakera padat.

Apabila menerima arahan dari CPU, pemacu akan membaca

atau menulis data kepada cakera But, manakala bagi cakera

keras, pemacu hanya membaca data.

Dalam satu sistem komputer terdapat dua pemacu iaitu

pemacu cakera But dan pemacu cakera padat.

Walaubagaimanapun, perkembangan teknologi terkini telah

menghasilkan pemacu zip dan pemacu DVD yang boleh

disambung ke sistem komputer.

Page 14: Pengenalan Komputer

Pemacu

Page 15: Pengenalan Komputer

KEUPAYAAN CAKERA KERAS (Hardisk) Cakera keras ialah sejenis storan sekunder yang

boleh menyimpan data yang banyak. Data yang disimpan dalam cakera keras lebih

cepat dicapai oleh CPU. Muatan cakera keras menentukan keupayaannya. Pada hari ini, muatan cakera keras telah mencapai

sehingga 40 gigabait. Cakera keras diletakkan di dalam selongsong

komputer iaitu tempat khas berbentuk kotak bagi melindunginya daripada habuk yang boleh mengganggu cakera keras daripada berfungsi dengan baik.

Page 16: Pengenalan Komputer

Cakera Keras (Hardisk)

Page 17: Pengenalan Komputer

MONITOR

Monitor ialah peranti yang digunakan untuk memaparkan data yang ingin dilihat.

Pemilihan monitor bergantung kepada kebezajelasan, kedalaman piksel, keupayaan kad paparan grafik dan saiz monitor.

Page 18: Pengenalan Komputer

Pemilihan Sesebuah

Monitor

Saiz

(Panjang secara pepenjuru)

Kebezajelasan

(Bilangan Piksel)

Kedalam Piksel

(Gabunagn Warna)

Kad Paparan Grafik

(Muatan ingatan pada paparan)

Page 19: Pengenalan Komputer

Pixel Close-up Jenis-jenis Monitor

Page 20: Pengenalan Komputer

AKSESORI Aksesori ialah alat tambahan yang disambung ke komputer bagi

membantu melancarkan kerja – kerja pengguna. Contoh aksesori komputer ialah pencetak, pengimbas, mikrofon,

pembesar suara dan peranti mainan. Aksesori dihubungkan ke komputer melalui port perhubungan yang

dikenali sebagai port masukan dan port keluaran (I/O port). Port masukan dikhaskan untuk sambungan peralatan masukan

seperti papan kekunci, tetikus, peranti mainan dan mikrofon. Port keluaran dikhaskan untuk peralatan seperti pencetak,

pembesar suara dan monitor. Selain itu, terdapat port yang boleh disambung dengan peranti

masukan atau peranti keluaran. Port ini dinamai sebagai port USB. Aksesori yang sangat penting ketika ini ialah modem. Modem ialah

peranti elektronik yang membolehkan data dari sebuah komputer dihantar ke komputer lain melalui talian telefon.

Page 21: Pengenalan Komputer

Contoh-contoh Aksesori Komputer

Keyboard & MouseWebcam

ModemAudio Speaker

Page 22: Pengenalan Komputer
Page 23: Pengenalan Komputer

TERIMA KASIH.