Pengenalan Ilmu Al-Qiraat

Embed Size (px)

DESCRIPTION

SAD

Citation preview

  • Definisi Ilmu al-Qiraat

    Ilmu Al-Qiraat ( ) lafaz jamak kepada ( ) bermakna bacaan atau wajah (bentuk) yang dibaca.

    Satu ilmu yang membicarakan tentang cara untuk menyebut kalimah-kalimah Al-Quran serta kepelbagaian dan perubahan yang berlaku (cth : panjang, pendek,tajwid dsb) padanya dengan disandarkan kepada periwayatannya.

  • Tajuk Perbincangan Perubahan yang berlaku pada kalimah-kalimah Al-Quran dari sudut sebutan bunyinya. Perkara yang dibincangkan adalah seperti mad dan qasr, idgham dan izhar, imalah dan fatah dan sebagainya yang bersumberkan al-sunnah dan ijma ulama.

    Sabah Ahruf

    Membincangkan metodologi (manhaj) bacaan Imam al-Qiraat (Usul al-Qiraat)

    Perbincangan pengaruh al-Qiraat dalam hukum syariat dan bahasa.

    Perbincangan tentang biodata Imam dan perawinya.

  • Tujuh Huruf

    Terdapat beberapa hadis yang menerangkan perkara tersebut, antaranya ialah : : : , Yang Bermaksud : Daripada Ibn Abbas r.a : Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda : Jibril telah membacakan padaku satu huruf (bentuk bacaan) dan aku mengulanginya, dan aku memintanya menambah (bentuk bacaan), maka dia telah menambah bacaan padaku sehinggalah berakhir ke tujuh huruf (bentuk bacaan). (Muttafaq Alaih)

  • Tujuh perbezaan bacaan yang disebut dalam hadis ini bukan bermaksud Qiraat tujuh, waiaupun Mujahid (wafat 324H) dan Imam Syatibi mengehadkan jumlah Qiraat kepada tujuh Imam sahaja.

    Imam Al-Jazari pula menyatakan ada sepuluh, Ad-Dimyatil Banna' (wafat 1117H) pula menyatakan ada 14, Ibnu Jarir At-Tobari (wafat 310H) pula menyatakan lebih dari 20 Qiraat dalam tafsirnya dan pendapat-pendapat lain lagi yang menunjukkan jumlah sebenar imam-imam Qiraat adalah ramai dan tidak dapat dipastikan dengan tepat.

    Pendapat Imam Al-Jazari yang mengehadkan Qiraat kepada sepuluh [mam sahaja adalah lebih terpilih daripada pendapat-pendapat yang lain.

  • Makna Huruf

    Huruf dari sudut bahasa mempunyai banyak makna. Diantaranya : Hujung sesuatu, Huruf Hijaiyyah, sebahagian sesuatu atau satu pihak, bahasa atau lahjah sesuatu bahasa, dan wajah-wajah (bentuk) qiraat yang terdapat dalam Al-Quran. Manakala dari sudut istilahnya, ulamak berselisih pendapat dalam memberi pengertian dalam hadis yang telah lalu. Di antara pendapat mereka :

  • Tujuh bahasa daripada bahasa-bahasa arab dengan memberi satu makna.Tujuh bahasa daripada bahasa-bahasa arab dan keseluruhan wajah bagi kalimah-kalimah tidak terkeluar daripada 7 bahasa.Suruhan, tegahan, janji baik, janji buruk, perbantahan, kisah-kisah dan perumpamaan.Atau suruhan, tegahan, halal, haram, muhkam, mutashabih, dan perumpamaan.Tujuh ilmu iaitu : Ilmu mengada dan menjadikan, Tauhid dan Tanzih, Sifat dan Zat Allah, perbuatan Allah, Pengampun dan Azab, ilmu mengumpul manusia di mahsyar/hisab dan ilmu kenabian.Tujuh makna yang selari ( cth : , , ) yang bermaksud sama iaitu datanglah atau tampillah.

  • Pendapat Imam Abu Fakh al-Din al-Razi (Jumhur)

    Kepelbagaian pada kata nama sama ada dengan tunggal atau jamak seperti{ }

    Kepelbagaian pada wajah-wajah I'rab seperti { }

    Kepelbagaian pada tasrif seperti { }

    Kepelbagaian dalam mendahulukan dan mengakhirkan kalimah seperti { }

    Kepelbagaian dengan berlaku penukaran kalimah. Sama ada huruf dengan huruf atau kalimah dengan kalimah { }

  • 6.Kepelbagaian dengan penambahan dan pengurangan seperti { }

    7.Kepelbagaian lahjah dengan tafkhim dan tarqiq, fathah dan imalah, izhar dan idgham, tashil, ishmam dan sebagainya. Ini adalah merupakan perkara terpenting kerana ia menunjukkan Allah memberi kemudahan dan keselesaan kepada umat Arab yang mengandungi perbezaan loghat. Datangnya al-Quran itu menghormati setiap lahjah atau dialek kabilah agar tidak menimbulkan sebarang kesulitan dalam membaca al-Quran. Namun ianya tetap mengikut bahasa Arab Quraisy.

    Menurut Dr. Subhi Salleh berdasarkan semua pendapat ialah : Tujuh wajah bacaan yang dilonggarkan oleh Allah Taala kepada umat Islam. Maka setipa orang boleh memilih mana-mana wajah bacaan yang disukainya kerana semua wajah itu betul semuanya.

  • Qiraat, Riwayat dan ToriqQiraat, Riwayat dan Toriq adalah istilah yang digunakan bagi memastikan kesahihan bacaan yang mereka ambil tanpa sebarang perubahan dan sampai kepada Rasulullah s.a.w.

    Perbezaan Qiraat, Riwayat dan Toriq ini tidak boleh disamakan keadaannya dengan mazhab-mazhab Fiqah yang berbeza-beza, yang menjadi ikutan umat Islam mengikut kedudukan geografi dan kesesuaian masing-masing. Ini kerana perbezaan mazhab-mazhab Fiqah adalah suatu yang berbentuk Ijtihad (fatwa) imam-imam berdasarkan apa yang mereka fahami menerusi dalil-dalil dari al-Quran atau Hadis.

    Sedangkan Qiraat bukan suatu fatwa, tetapi ia adalah bacaan al-Quran yang diambil terus dari Rasulullah s.a.w. secara riwayat tanpa diubahsuai sedikit pun. Berlakunya perbezaan kerana Rasululiah s.a.w. sendiri yang membenarkan perubahan tersebut. Perbezaan itu pula tidak diterima jika ia direka setelah wafat Rasulullah s.a.w.

  • HUBUNGAN DI ANTARA AL-QURAN DAN AL-QIRAATUlama berselisih pendapat dalam persoalan adakah kedua-duanya merupakan perkara yang sama atau sebaliknya.

    Imam Badr al-Din Al- Zarkasyi menyatakan bahawa Al-Quran dan Al-Qiraat adalah dua hakikat yang berlainan. Ini kerana Al-Quran adalah wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah saw sebagai mukjizat dan keterangan. Sebaliknya Al-Qiraat pula adalah kepelbagaian lafaz-lafaz wahyu itu pada huruf dan kaedah pembacaan seperti takhfif dan tashdid. Al-Qiraat mestilah diambil melalui proses talaqqi dan mushafahah.

    Dr. Muhammad Salim Muhaisin pula berpendapat bahawa Al-Quran dan Al-Qiraat adalah dua hakikat dengan satu makna. Berdasarkan Al-Quran adalah masdar yang seerti dengan Al-Qiraah. Al-Qiraat pula jamak kepada Al-Qiraah. Maka bagi beliau kedua-duanya adalah mempunyai satu makna.

  • Rukun Bacaan Qiraat Yang SahihBacaan tersebut hendaklah menepati kaedah Bahasa Arab dalam salah satu bentuknya.

    Menepati tulisan dalam salah atu kaedah Rasm Uthmani

    Diterima secara mutawatir dari Rasulullah SAW.

    Cara Pengambilan bentuk bacaan ini hendaklah secara Talaqqi dan Musyafahah.

  • Senarai Imam al-QiraatImam al-Qiraat Tujuh:Nafi Qalun dan WarsyIbn Kathir Bazzi dan QunbulIbn Amir Hisyam dan Ibn ZakwanAbu Amr Duriy dan SusiyAsim Syubah dan HafsHamzah Khalaf dan KhalladKisai Duriy dan Abu al-Harith

    Tambahan (Qiraat 10)Abu Jafar Ibn Wirdan dan Ibn JammazYaqub Ruwais dan RuhKhalaf Ibn Ishaq dan Idris

    Shadz (Qiraat 14)Ibn Muhaisan al-Bazzi dan Ibn SyanbuzAl-Yazidi Sulaiman dan Ahmad b. FarhHasan al-Basri Syuja dan al-DuriAl-Amasy Hasan al-Mutii dan Abu al-Faraj al-Syanbuzi

  • Pembahagian Al-Qiraat Dari Sudut SanadAl-Qiraat jika ditinjau dari sudut sanad terbahagi kepada enam :

    1) Al-MutawatirQiraat yang diriwayatkan oleh sekumpulan dari sekumpulan yang tidak mungkin persepakatan mereka di atas pendustaan. Contohnya Qiraat yang disepakati daripada imam-imam yang tujuh.

    2) Al-MasyhurQiraat yang sah sanadnya kerana periwayatnya adil, mempunyai kekuatan ingatan dan meriwayatkan daripada periwayat yang sepertinya. Begitu juga Qiraat itu bertepatan dengan bahasa arab dan salah satu daripada mushaf-mushaf uthmani. Sama ada daripada Qiraat Sab'ah atau A'sharah. Juga Qiraat tersebut masyhur di kalangan qurra' dan tidak di kira sebagai salah.

    Contohnya, Qiraat yang diriwayatkan daripada imam yang tujuh tetapi tidak disepakati.

  • 3) Al-SahihQiraat yang sah sanadnya tetapi bersalahan dengan rasm atau bahasa arab atau tidak masyhur seperti yang disebutkan. Bahagian ini tidak dibaca dan tidak wajib beri'tikad akan kebenarannya.

    4) Al-ShazQiraat yang tidak sah sanadnya seperti Qiraat Ibn As Sumaiqi'{ }

    5) Al-Maudu'Qiraat yang diriwayatkan kepada periwayatnya tanpa ada asas.

    6) Al-Shabih Bil MudrajQiraat yang ditambah kerana menafsirkan ayat seperti Qiraat Saad Ibn Abi Waqqas { }

  • Usul al-QiraatFarsy HurufBab al-FatihahIstiazahBasmalahMim JamaHamzah MufradHamzah min KalimahHamzah min KalimataynIdgham KabirHa al-KinayahIdgham Harfayn Mutaqaribayn dan MutajanisaynImalah dan TaqlilMad dan QasrBab al-LamatBab al-RaatDan sebagainya (sebanyak 32 bab)

  • Perkembangan Bacaan Qiraat Seluruh Dunia Islam

    Qiraat Nafi bin Abd Rahman melalui riwayat Qalun terdapat di Libya dan sebahagian di Tunisia (0.7%). Adapun melalui riwayat Warsy terdapat di Jazair, Maghribi, sebahagian di Tunisia dan sebahagian di Sudan(3%).Qiraat Abu Amru al-Basri terdapat disebahagian wilayah di Sudan (0.3%)Qiraat Ibn Amir al-Dimasyqi terdapat di Yaman (1%)Dan selain daripada itu, kesemuanya mengamalkan Qiraat Asim bin Abi Najud melalui riwayat Hafs bin Sulaiman al-Kufi.(95%)

    CompanyLOGO

    KHATIMAHSEKIANWASSALAM