12
1 Pendakwa Syarie Lwn M [Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Selangor. Kes Jenayah Bil : 10008-143-0083-2016. (Tuan Abdul Hadi Bin Umar, HMRS Gombak Barat) ] [20 Rabiul Akhir 1438H bersamaan 19 Januari 2017] Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 - Pertuduhan berdasarkan peruntukan Seksyen 29 (1) (a) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 Penerimaan pengakuan salah Tertuduh Iqrar sama ada Mahkamah mempunyai pilihan dalam menjatuhkan hukuman selain daripada peruntukan Seksyen 29 (1)(a) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 Pertimbangan Mahkamah dalam menjatuhkan hukuman Penggantian hukuman dengan perintah pengkomitan ke rumah kebajikan yang diluluskan. Fakta Kes [1] Tertuduh telah dipertuduhkan berdasarkan peruntukan Seksyen 29 (1) (a) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 di mana pada 1 Mac 2015 jam lebih kurang 1.30 pagi di dalam bilik utama sebuah rumah beralamat No. XXX 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan, Tertuduh didapati bersama dengan seorang perempuan yang bernama S (No. K/P: XXX) sedangkan perempuan tersebut bukan isteri atau mahramnya yang sah dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak sedang melakukan perbuatan yang tidak bermoral. [2] Tertuduh telah membuat pengakuan salah terhadap pertuduhan tersebut setelah memahami pertuduhan tersebut, memahami kesan atau akibat daripada pengakuan salah terhadap pertuduhan tersebut dan pengakuan salah terhadap pertuduhan tersebut dibuat dengan kerelaan Tertuduh tanpa paksaan dari mana-mana pihak [3] Mahkamah telah mensabitkan kesalahan Tertuduh berdasarkan seksyen yang dipertuduhkan. Namun, setelah Mahkamah mengambil kira watak, latar belakang, umur Tertuduh yang ketika kejadian berusia 23 tahun dan Tertuduh semasa kes ini disebut tidak mempunyai pekerjaan serta beberapa faktor-faktor peringanan yang lain, maka Mahkamah telah memerintahkan agar pensabitan tersebut dibatalkan dalam rekod perbicaraan berdasarkan peruntukan Seksyen 97 (2)

Pendakwa Syarie Lwn M Enakmen Jenayah Syariah (Negeri ... Syarie lwn M.pdf · Utama, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan. [4] ... sedang melakukan perbuatan yang tidak bermoral

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Pendakwa Syarie Lwn M Enakmen Jenayah Syariah (Negeri ... Syarie lwn M.pdf · Utama, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan. [4] ... sedang melakukan perbuatan yang tidak bermoral

1

Pendakwa Syarie Lwn M

[Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Selangor. Kes Jenayah Bil : 10008-143-0083-2016. (Tuan

Abdul Hadi Bin Umar, HMRS Gombak Barat) ]

[20 Rabiul Akhir 1438H bersamaan 19 Januari 2017]

Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 - Pertuduhan berdasarkan peruntukan Seksyen 29 (1)

(a) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 – Penerimaan pengakuan salah Tertuduh – Iqrar

sama ada Mahkamah mempunyai pilihan dalam menjatuhkan hukuman selain daripada peruntukan

Seksyen 29 (1)(a) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 – Pertimbangan Mahkamah dalam

menjatuhkan hukuman – Penggantian hukuman dengan perintah pengkomitan ke rumah kebajikan yang

diluluskan.

Fakta Kes

[1] Tertuduh telah dipertuduhkan berdasarkan peruntukan Seksyen 29 (1) (a) Enakmen Jenayah

Syariah (Negeri Selangor) 1995 di mana pada 1 Mac 2015 jam lebih kurang 1.30 pagi di dalam

bilik utama sebuah rumah beralamat No. XXX 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan, Tertuduh

didapati bersama dengan seorang perempuan yang bernama S (No. K/P: XXX) sedangkan

perempuan tersebut bukan isteri atau mahramnya yang sah dalam keadaan yang boleh

menimbulkan syak sedang melakukan perbuatan yang tidak bermoral.

[2] Tertuduh telah membuat pengakuan salah terhadap pertuduhan tersebut setelah memahami

pertuduhan tersebut, memahami kesan atau akibat daripada pengakuan salah terhadap pertuduhan

tersebut dan pengakuan salah terhadap pertuduhan tersebut dibuat dengan kerelaan Tertuduh tanpa

paksaan dari mana-mana pihak

[3] Mahkamah telah mensabitkan kesalahan Tertuduh berdasarkan seksyen yang dipertuduhkan.

Namun, setelah Mahkamah mengambil kira watak, latar belakang, umur Tertuduh yang ketika

kejadian berusia 23 tahun dan Tertuduh semasa kes ini disebut tidak mempunyai pekerjaan serta

beberapa faktor-faktor peringanan yang lain, maka Mahkamah telah memerintahkan agar

pensabitan tersebut dibatalkan dalam rekod perbicaraan berdasarkan peruntukan Seksyen 97 (2)

Page 2: Pendakwa Syarie Lwn M Enakmen Jenayah Syariah (Negeri ... Syarie lwn M.pdf · Utama, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan. [4] ... sedang melakukan perbuatan yang tidak bermoral

2

Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003 dan Tertuduh telah diperintahkan

sebagai ganti hukuman ditahan di rumah kebajikan yang diluluskan (Baitul Iman).

Diputuskan

Setelah Mahkamah mendengar dan meneliti pertuduhan, fakta kes yang dibentangkan, alasan rayuan

Tertuduh serta hujahan Pendakwa Syarie dan setelah Mahkamah menimbangkan perkara tersebut, maka

Mahkamah memerintahkan seperti berikut:

1) Mahkamah membatalkan pensabitan ke atas Tertuduh di bawah Seksyen 29 (1) (a) Enakmen

Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995.

2) Mahkamah memerintahkan Tertuduh ditahan di Pusat Perlindungan Baitul Iman selama tempoh

enam (6) bulan berkuatkuasa mulai hari ini.

Peguam Syarie : tidak diwakili oleh mana-mana pihak.

Surah Al-Quran yang dirujuk

1. Surah al-Isra’ ayat 32

Kitab-kitab yang dirujuk

1. Mughni al-Muhtaj, jilid kedua, muka surat 238

2. Tafsir Fi Zilal al-Quran oleh Al Syahid Sayyid Qutb Rahimahullah, terjemahan Yusoff Zaky Haji

Yacob, terbitan Pustaka Aman Press Sdn. Bhd., Kota Bharu, Kelantan, cetakan pertama

2000/1420H, Jilid 10.

Undang-undang yang dirujuk

1. Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 – s.29(1)(a)

2. Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 – s.62(1) dan (2)

3. Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Selangor) 2003 – s.17(2) dan s.18.

4. Enakmen Tata Cara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003 – s.97 (2).

Page 3: Pendakwa Syarie Lwn M Enakmen Jenayah Syariah (Negeri ... Syarie lwn M.pdf · Utama, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan. [4] ... sedang melakukan perbuatan yang tidak bermoral

3

Penghakiman Tuan Abdul Hadi Bin Umar, HMRS Gombak Barat

[3] Kes ini merupakan kesalahan jenayah syariah berkaitan dengan kesalahan berkhalwat berdasarkan

Seksyen 29 (1) (a) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995. Tertuduh dalam kes ini telah

dituduh melakukan kesalahan berkhalwat pada 1 Mac 2015 jam lebih kurang 1.30 pagi di dalam

bilik utama sebuah rumah beralamat No. 14 Lot 99 Jalan Besar Selayang Utama, Taman Selayang

Utama, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.

[4] Tertuduh dalam kes ini ialah M (No. K/P: XXX) yang beralamat di No. XXX, 28740 Bentong,

Pahang Darul Makmur.

[5] Mahkamah ini berbidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan kes ini berdasarkan peruntukan

Seksyen 62 (1) dan (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 dan Seksyen

29 (1) (a) dan (b) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995. Seksyen-seksyen tersebut

memperuntukkan bahawa:

Sekyen 62 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 :

(1) Sesuatu Mahkamah Rendah Syariah hendaklah mempunyai bidang kuasa di seluruh

Negeri Selangor dan hendaklah diketuai oleh seorang hakim Mahkamah Rendah.

(2) Mahkamah Rendah Syariah hendaklah –

(a) dalam bidang kuasa jenayahnya, membicarakan apa-apa kesalahan yang dilakukan

oleh seseorang orang Islam di bawah Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995

atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang menetapkan kesalahan-

kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam yang baginya hukuman maksimum

yang diperuntukkan oleh Enakmen atau mana-mana undang-undang bertulis itu

tidak melebihi tiga ribu ringgit, atau pemenjaraan selama tempoh dua tahun atau

kedua-duanya, dan boleh mengenakan mana-mana hukuman yang diperuntukkan

bagi kesalahan itu.

Page 4: Pendakwa Syarie Lwn M Enakmen Jenayah Syariah (Negeri ... Syarie lwn M.pdf · Utama, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan. [4] ... sedang melakukan perbuatan yang tidak bermoral

4

Seksyen 29 (1) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 :

“Mana-mana :

(a) Orang lelaki yang didapati berada bersama dengan seorang atau lebih daripada seorang

perempuan yang bukan isteri atau mahramnya;

(b) Orang perempuan yang didapati berada bersama dengan seorang atau lebih daripada

seorang lelaki yang bukan suami atau mahramnya, di mana-mana tempat yang terselindung

atau di dalam rumah atau bilik dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak bahawa mereka

sedang melakukan perbuatan yang tidak bermoral adalah melakukan suatu kesalahan dan

apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama

tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

[6] Pertuduhan kes ini telah dibacakan kepada Tertuduh pada 11hb. Julai 2016 seperti berikut :

“Bahawa kamu, pada 1hb. Mac 2015 jam lebih kurang 1.30 pagi di dalam BILIK UTAMA

SEBUAH RUMAH beralamat NO. XXX 68100 BATU CAVES, SELANGOR DARUL EHSAN dalam

Daerah Gombak dalam Negeri Selangor Darul Ehsan didapati berada bersama dengan seorang

perempuan bernama S ( NO. K/P: XXX) sedangkan dia bukan isteri atau mahram kamu yang sah

dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak sedang melakukan perbuatan yang tidak bermoral.

Maka dengan itu, kamu dituduh melakukan kesalahan berkhalwat di bawah Seksyen 29 (1) (a)

Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) Tahun 1995 dan apabila disabitkan kesalahan boleh

dihukum denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-

duanya sekali di bawah Seksyen dan Enakmen yang sama.”

[7] Tertuduh mengaku dengar dan faham pertuduhan tersebut dan mengaku salah terhadap pertuduhan

tersebut. Bagi memastikan pengakuan salah tersebut dinyatakan oleh Tertuduh atas kefahamannya

terhadap pertuduhan tersebut, Mahkamah telah bertanya kepada Tertuduh sama ada faham atau

tidak pertuduhan tersebut. Tertuduh telah menyatakan bahawa Tertuduh memahami pertuduhan

tersebut dan mengaku bersalah. Tidak ada paksaan dari mana-mana pihak atas pengakuan salah

Tertuduh tersebut.

[8] Tertuduh juga mengekalkan pengakuan bersalah setelah memahami kesan dan akibat pengakuan

salah yang telah dinyatakan oleh Tertuduh tersebut.

Page 5: Pendakwa Syarie Lwn M Enakmen Jenayah Syariah (Negeri ... Syarie lwn M.pdf · Utama, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan. [4] ... sedang melakukan perbuatan yang tidak bermoral

5

[9] Mahkamah berpuas hati terhadap pengakuan salah yang dinyatakan oleh Tertuduh tersebut dan

Mahkamah telah mengarahkan Pendakwa Syarie untuk membentangkan fakta kes. Pendakwa

Syarie membentangkan fakta kes ini seperti berikut:

Nama : M

No. KP : XXX

Status : Bujang

Asal : Pahang

Tarikh Lahir : 1992

Umur : 23 Tahun

Alamat Sekarang : No. XXX, 28740 Bentong, Pahang Darul Makmur

Pekerjaan : Supervisor

Pendapatan : RM 1800

Bangsa : Melayu

Agama : Islam

Tempat Kejadian : Di dalam BILIK UTAMA SEBUAH RUMAH beralamat

No. XXX 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan

Jenis Kesalahan : Seksyen 29 (1) (a) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri

Selangor) No. 9 Tahun 1995

Kedua-dua OKT ditahan oleh PPA JAIS yang bertindak hasil aduan awam. Lokasi merupakan

sebuah rumah yang dijadikan bengkel kereta. Ketika pemeriksaan, pintu utama bertutup namun

tidak berkunci. PPA telah membuka sendiri pintu yang tidak berkunci lalu masuk ke dalam rumah

tersebut untuk melaksanakan tindakan seterusnya. Pemeriksaan pada sebuah bilik didapati

berkunci. Setelah seminit diketuk pintu bilik dibuka oleh OKT (L) yang berbaju t-shirt serta

berseluar jeans biru. Turut ditemui OKT (P) yang sedang baring dan tidur di atas katil dalam bilik

tersebut dengan hanya berseluar jeans biru tanpa berbaju dan tanpa bertudung dengan hanya

berselimutkan sehelai selimut kain toto. Turut ditemui dalam bilik yang lain seorang lelaki (L1)

yang sedang tidur bersendirian. Hasil siasatan kedua-dua OKT tiada hubungan suami isteri atau

mahram yang sah.

[10] Mahkamah telah bertanya kepada Tertuduh berkaitan fakta kes yang dibentangkan oleh Pendakwa

Syarie dan Tertuduh menyatakan dengar dan setuju dengan fakta kes tersebut.

Page 6: Pendakwa Syarie Lwn M Enakmen Jenayah Syariah (Negeri ... Syarie lwn M.pdf · Utama, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan. [4] ... sedang melakukan perbuatan yang tidak bermoral

6

[11] Oleh yang demikian, Mahkamah berkeyakinan untuk menerima pengakuan bersalah Tertuduh dan

mensabitkan Tertuduh telah melakukan kesalahan seperti yang telah dipertuduhkan iaitu khalwat

berdasarkan peruntukan seksyen 29 (1) (a) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995.

Sehingga peringkat ini, Mahkamah berpuas hati perkara-perkara seperti berikut:

a. bahawa Tertuduh memahami pertuduhan yang dikenakan,

b. bahawa Tertuduh memahami keadaan dan akibat pengakuan salah yang diberikan,

c. bahawa pertuduhan terhadap Tertuduh terdapat peruntukan di sisi undang-undang;

d. bahawa fakta-fakta yang dikemukakan oleh Pendakwa Syarie yang mana telah dipersetujui

oleh Tertuduh menunjukkan terdapat kesalahan yang telah dilakukan oleh Tertuduh.

[12] Mahkamah merekodkan pengakuan salah Tertuduh dan mensabitkan kesalahan Tertuduh

berdasarkan Seksyen 29 (1)(a) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 atas kesalahan

berkhalwat setelah Tertuduh mengekalkan pengakuan salah selepas Tertuduh memahami akibat

daripada pengakuan salah dan bersetuju dengan fakta-fakta kes yang telah dibentangkan oleh

Pendakwa Syarie.

[13] Pensabitan kesalahan ini adalah berdasarkan iqrar (pengakuan salah) Tertuduh bahawa Tertuduh

telah melakukan kesalahan berkhalwat. Mahkamah berpuas hati bahawa iqrar Tertuduh ini telah

memenuhi kehendak Seksyen 17 (2) Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor)

2003 iaitu:

“17 (2) : Apa-apa iqrar hendaklah dibuat-

(a) di dalam Mahkamah, di hadapan Hakim; atau

(b) di luar mahkamah, di hadapan dua orang saksi lelaki yang aqil, baligh dan adil. “

[14] Iqrar yang dibuat oleh Tertuduh ini adalah satu iqrar yang mesti diterima kerana tidak ada alasan

yang membolehkan iqrar tersebut tidak boleh diterima. Iqrar yang tidak boleh diterima menurut

Hukum Syarak telah diperuntukkan dalam undang-undang sebagaimana peruntukan Seksyen 18

Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 iaitu:

“18 (1) : Iqrar yang berikut tidak boleh diterima:

(a) iqrar seseorang yang tidak aqil baligh;

Page 7: Pendakwa Syarie Lwn M Enakmen Jenayah Syariah (Negeri ... Syarie lwn M.pdf · Utama, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan. [4] ... sedang melakukan perbuatan yang tidak bermoral

7

(b) tertakluk kepada subseksyen (2), iqrar orang belum dewasa;

(c) iqrar orang gila atau orang terencat akal (ma’tuh);

(d) iqrar wali atau penjaga yang dibuat bagi pihak seseorang yang di bawah jagaan atau

tanggungjawabnya;

(e) iqrar yang tidak dibuat secara sukarela; atau

(f) iqrar seseorang yang dihalang di bawah mana-mana undang-undang bertulis untuk

mentadbirkan hartanya (Mahjur ‘alaih). “

[15] Mahkamah juga berpuashati bahawa iqrar Tertuduh telah memenuhi setiap rukun iqrar

sebagaimana dalam kitab Mughni al Muhtaj, jilid kedua, muka surat 238 iaitu:

به ومقر وصيغة له ومقر مقر اربعة واركانه

Maksudnya: Rukun iqrar itu ada empat perkara iaitu muqirrun (orang yang

melafazkan iqrar), muqarrun lahu (orang/pihak yang diberikan iqrar untuknya

oleh pembuat iqrar), sighah (ucapan atau kata-kata iqrar), dan muqirrun bihi

(hak atau kepentingan yang diiktiraf oleh orang yang beriqrar)

[16] Semasa peringkat mitigasi, Tertuduh telah mengemukakan rayuan supaya hukuman terhadapnya

diringankan kerana Tertuduh tidak mampu membayar denda disebabkan Tertuduh tidak berkerja

pada masa kes ini disebut dan tinggal di kampung serta Tertuduh juga mengemukakan rayuan

supaya dikecualikan hukuman penjara.

[17] Manakala semasa Pendakwa Syarie berhujah berkenaan dengan kesalahan yang dilakukan oleh

Tertuduh, tindakan Tertuduh membenarkan seorang perempuan yang bukan mahramnya masuk ke

dalam rumah yang didiaminya merupakan tindakan yang memalukan apatah lagi Tertuduh hanya

memakai t-shirt dan berseluar jeans sahaja semasa tangkapan dilakukan oleh PPA. Pendakwa

Syarie juga menghujahkan bahawa Tertuduh tidak wajar dihukum dengan membayar denda dan

dipenjarakan memandangkan Tertuduh tidak bekerja dan tidak mempunyai sumber pendapatan di

samping umur Tertuduh yang masih muda. Oleh itu, Pendakwa Syarie mencadangkan kepada

Mahkamah supaya Tertuduh ditahan di Pusat Perlindungan Baitul Iman sebagai hukuman alternatif

dan memberi pengajaran kepada Tertuduh.

Page 8: Pendakwa Syarie Lwn M Enakmen Jenayah Syariah (Negeri ... Syarie lwn M.pdf · Utama, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan. [4] ... sedang melakukan perbuatan yang tidak bermoral

8

[18] Berdasarkan mitigasi Tertuduh dan hujahan Pendakwa Syarie, Mahkamah telah membuat beberapa

pertimbangan dan penelitian dalam menjatuhkan hukuman dalam kes ini. Mahkamah

mengambilkira rayuan Tertuduh serta hujahan Pendakwa Syarie yang mencadangkan hukuman

alternatif tersebut.

[19] Mahkamah bersetuju dengan hujahan Pendakwa Syarie dan Mahkamah berpendapat bahawa

kesalahan yang dilakukan oleh Tertuduh adalah sangat serius dan Tertuduh wajar dikenakan satu

hukuman yang sewajarnya dan berlandaskan undang-undang yang telah diperuntukan berdasarkan

keadaan Tertuduh semasa tangkapan dibuat oleh PPA. Mahkamah berpendapat tidak wajar

Tertuduh membenarkan seorang perempuan yang bukan mahramnya masuk ke dalam rumah yang

didiaminya.

[20] Perbuatan Tertuduh dilarang sama sekali oleh Allah s.w.t. seperti Firman-Nya dalam Surah al-Isra’

ayat 32 iaitu:

نى تقربوا ول حشة كان إنهۥ ٱلز سبيل وسا ء ف

Maksudnya: Dan janganlah kamu menghampiri zina, Sesungguhnya zina itu

adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa

kerosakan).

[21] Manakala dalam kitab Tafsir Fi Zilal al-Quran oleh Al Syahid Sayyid Qutb Rahimahullah,

terjemahan Yusoff Zaky Haji Yacob, terbitan Pustaka Aman Press Sdn. Bhd., Kota Bharu,

Kelantan, cetakan pertama 2000/1420H, Jilid 10 muka surat 190, menghuraikan ayat 32 Surah al-

Isra’ antara lain menyebut:

“Justeru itulah Islam menyekat jalan zina dengan menjauhi sebab-sebab yang

mendorong ke arahnya untuk menjaga supaya seseorang itu tidak terjerumus ke

dalamnya. Islam melarang percampuran bebas di antara lelaki dan perempuan yang

tidak perlu, mengharamkan khalwat dan perbuatan bersolek secara berlebih-lebihan.”

[22] Dalam kes ini Tertuduh 1 (Lelaki) dan Tertuduh 2 (Perempuan) jelas tidak mematuhi larangan-

larangan Allah s.w.t. Kedua-dua Tertuduh juga langsung tidak berasa bersalah tinggal serumah

bagaikan pasangan suami isteri. Mahkamah berpendapat jika hukuman ringan dikenakan,

Page 9: Pendakwa Syarie Lwn M Enakmen Jenayah Syariah (Negeri ... Syarie lwn M.pdf · Utama, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan. [4] ... sedang melakukan perbuatan yang tidak bermoral

9

Mahkamah dianggap seolah-olah tidak memandang serius kes seperti ini dan Mahkamah takut

untuk menjatuhkan hukuman sedangkan masyarakat sering mengambil berat terhadap hukuman

yang dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah. Penghakiman Mahkamah Syariah selalu disensasikan

dan menjadi polemik yang tidak berkesudahan oleh masyarakat. Malah isu-isu di Mahkamah

Syariah juga kerap dijadikan bahan mainan oleh sesetengah pihak yang menggambarkan tentang

kelemahan Mahkamah Syariah seperti tidak efisen, hukuman yang dijatuhkan sangat ringan dan

Mahkamah kelas kedua.

[23] Walaupun kesalahan ini merupakan kesalahan pertama Tertuduh, perkara tersebut tidak boleh

dijadikan alasan oleh Mahkamah untuk meringankan hukuman ke atas Tertuduh lebih lebih lagi

Mahkamah mendapati tiada tanda-tanda keinsafan daripada Tertuduh malah rayuan Tertuduh

dibuat secara bersahaja.

[24] Walau bagaimanapun, wajarkah Mahkamah ini berpegang dan bergantung kepada pilihan hukuman

yang diperuntukkan di bawah Sekyen 29 (1) (a) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995

semata-mata atau terdapat pilihan lain yang diperuntukan dalam undang-undang semasa

menjatuhkan hukuman? Adakah menjadi keperluan Mahkamah membuat pilihan lain selain

peruntukan Sekyen 29 (1) (a) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 sekiranya pilihan

lain yang ada lebih memberikan pengajaran, keinsafan dan kebaikan kepada Tertuduh pada masa

akan datang seperti yang telah disarankan oleh Pendakwa Syarie semasa hujahannya?

“Sekyen 29 (1) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 :-

Mana-mana

(a) Orang lelaki yang didapati berada bersama dengan seorang atau lebih daripada seorang

perempuan yang bukan isteri atau mahramnya;

(b) Orang perempuan yang didapati berada bersama dengan seorang atau lebih daripada

seorang lelaki yang bukan suami atau mahramnya, di mana-mana tempat yang terselindung

atau di dalam rumah atau bilik dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak bahawa mereka

sedang melakukan perbuatan yang tidak bermoral adalah melakukan suatu kesalahan dan

apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama

tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. “

[25] Berdasarkan peruntukan tersebut, Mahkamah berpendapat bahawa hukuman yang diperuntukan

dalam seksyen tersebut tidak mengikat Mahkamah dengan hanya bergantung kepada tiga jenis

Page 10: Pendakwa Syarie Lwn M Enakmen Jenayah Syariah (Negeri ... Syarie lwn M.pdf · Utama, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan. [4] ... sedang melakukan perbuatan yang tidak bermoral

10

hukuman yang diperuntukkan tersebut sahaja. Akan tetapi, perkataan “boleh dihukum” yang

terdapat dalam seksyen tersebut menunjukkan bahawa ruang dan peluang lain yang boleh menjadi

pilihan Mahkamah dalam membuat pertimbangan untuk menjatuhkan hukuman selain daripada

hukuman seperti peruntukan seksyen tersebut.

[26] Berdasarkan peruntukan undang-undang, Mahkamah mendapati bahawa terdapat pilihan lain

dalam menjatuhkan hukuman seperti peruntukan Seksyen 97 (2) (b) Enakmen Tatacara Jenayah

(Negeri Selangor) 2003 :

“ 97 (2) : apabila mana-mana orang dipertuduh di hadapan Mahkamah atas suatu kesalahan

yang boleh dihukum oleh Mahkamah itu, dan Mahkamah mendapati bahawa pertuduhan itu telah

dibuktikan, tetapi berpendapat dengan mengambil kira watak, latar belakang, umur, kesihatan

atau keadaan mental orang yang dipertuduh itu, atau kepada hakikat ringannya jenis kesalahan

itu, atau kepada hal keadaan peringan yang dalamnya kesalahan itu telah dilakukan, adalah tak

suaimanfaat untuk mengenakan apa-apa hukuman selain daripada suatu hukuman nominal atau

bahawa adalah suaimanfaat melepaskan pesalah itu dalam cubaan akhlak, Mahkamah boleh

tanpa merekodkan suatu sabitan, membuat perintah-

(a) …………;

(b) memerintah pesalah itu ditahan di suatu rumah kebajikan yang diluluskan oleh Majlis

selama apa-apa tempoh yang tidak melebihi enam bulan sebagaiman yang difikirkan patut

oleh Mahkamah;

(c) …………. “

[27] Berdasarkan peruntukan Seksyen 97 (2) (b) Enakmen Tatacara Jenayah (Negeri Selangor) 2003,

Mahkamah boleh memerintahkan Tertuduh yang telah disabitkan kesalahan untuk dikomitkan ke

rumah kebajikan yang diluluskan selama tempoh tidak melebihi 6 bulan. Namun begitu, sebelum

peruntukan seksyen tersebut digunakan, Mahkamah perlu mengambil kira perkara-perkara yang

dinyatakan di dalam seksyen-seksyen tersebut terlebih dahulu iaitu:

a. Watak, Latar Belakang dan Umur

i. Dalam kes ini, umur Tertuduh ini ketika tangkapan dibuat berusia 23 tahun. Walaupun

Tertuduh telah dikenakan taklif syarak terhadap dirinya, Mahkamah berpendapat

Page 11: Pendakwa Syarie Lwn M Enakmen Jenayah Syariah (Negeri ... Syarie lwn M.pdf · Utama, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan. [4] ... sedang melakukan perbuatan yang tidak bermoral

11

bahawa pada usia 23 tahun merupakan usia yang masih muda dan mentah dalam

membuat pertimbangan dalam menentukan hala tuju kehidupannya. Tambahan pula

sejak akhir-akhir ini gejala sosial semakin membimbangkan dalam masyarakat dan

kebanyakan golongan yang terlibat adalah golongan yang terdiri dari belia yang

berumur seusia dengan Tertuduh. Mahkamah mendapati golongan tersebut sering

mengambil kesempatan atas kebebasan yang telah diberikan oleh keluarga. Hal ini

menunjukkan bahawa golongan tersebut masih belum dapat membuat pertimbangan

yang wajar dan tindak tanduk golongan tersebut berpaksikan kepada keseronokan

semata-mata.

ii. Selain itu, Tertuduh telah menyatakan kepada Mahkamah bahawa Tertuduh tidak

bekerja dan tidak mempunyai pendapatan tetap semasa peringkat mitigasi. Bagaimana

Tertuduh boleh membayar denda sekiranya tiada pendapatan? Adakah wajar

Mahkamah mengenakan hukuman penjara atas sebab Tertuduh tidak bekerja? Tentu

tidak sama sekali.

iii. Oleh itu, pengajaran yang berguna seharusnya diberikan kepada Tertuduh khususnya

dari aspek kefahaman berkenaan dengan akhlak dan hukum hakam agama Islam agar

dapat menjadi panduan kepada Tertuduh dalam melayari bahtera kehidupan yang

penuh ranjau, onak dan duri pada masa hadapan. Tertuduh masih mempunyai masa

depan yang panjang dan cerah untuk berbakti kepada keluarga dan masyarakat serta

melakukan sesuatu yang terbaik untuk kehidupannya. Maka sewajarnya Tertuduh

perlu diberikan bimbingan dan panduan hidup yang sejajar dengan kehidupan sebagai

seorang muslim. Sekiranya pensabitan kesalahan ini diambil kira dan Mahkamah

menjatuhkan hukuman berdasarkan Sekyen 29 (1) (a) Enakmen Jenayah Syariah

(Negeri Selangor) 1995, pasti hukuman tersebut akan memberikan rekod buruk kepada

Tertuduh dengan diklasifikasikan sebagai seorang yang telah disabitkan dan dihukum

kerana melakukan kesalahan jenayah yang sudah pasti akan menimbulkan pelbagai

kesukaran kepada Tertuduh sekiranya Tertuduh berkehendak untuk menyambung

pelajaran dan menceburi alam pekerjaan kelak.

b. Apa-Apa Hal Keadaan Peringanan Kesalahan Yang Dilakukan

i. Kesalahan ini merupakan kesalahan pertama Tertuduh dan sebelum ini Tertuduh tidak

pernah disabitkan dengan kesalahan jenayah. Mahkamah berpandangan bahawa faktor

ini perlu diambilkira sebagai pertimbangan dalam menjatuhkan hukuman terhadap

Page 12: Pendakwa Syarie Lwn M Enakmen Jenayah Syariah (Negeri ... Syarie lwn M.pdf · Utama, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan. [4] ... sedang melakukan perbuatan yang tidak bermoral

12

Tertuduh. Begitu juga dengan pengakuan salah yang dinyatakan oleh Tertuduh

ternyata menjimatkan kos dan perbelanjaan kerajaan serta masa Mahkamah sekaligus

meringankan beban Pendakwa Syarie kerana tidak perlu menanggung beban

pembuktian yang berat dalam kes ini selain memberi ruang kepada Pendakwa Syarie

memberi tumpuan kepada kes-kes yang lain.

[28] Selain alasan-alasan di atas, Seksyen 97 (2) (b) Enakmen Tatacara Jenayah (Negeri Selangor) 2003

juga menyatakan bahawa Mahkamah perlu mengambil kira kesihatan atau keadaan mental

Tertuduh namun Mahkamah berpendapat bahawa alasan tersebut tiada dalam kes ini.

[29] Berdasarkan Seksyen 97 (2) (b) Enakmen Tatacara Jenayah (Negeri Selangor) 2003, Mahkamah

diberi kuasa untuk tidak merekodkan pensabitan kesalahan yang dilakukan oleh Tertuduh sebelum

peringanan hukuman diberikan kepada Tertuduh kerana sekiranya rekod pensabitan ini tidak

dibatalkan dalam rekod perbicaraan sudah tentu akan memberi kesan kepada Tertuduh walaupun

setelah Tertuduh selesai menjalani perintah tahanan tersebut.

[30] Oleh itu, setelah Mahkamah menimbangkan dengan mendalam segala fakta dalam kes ini, dan

setelah Mahkamah meneliti serta menimbangkan rayuan yang dikemukakan oleh Tertuduh,

hujahan Pendakwa Syarie, peruntukan undung-undang serta hukum syarak, maka Mahkamah

berpendapat bahawa keputusan kes ini adalah wajar dan munasabah.

KEPUTUSAN

Setelah Mahkamah mendengar dan meneliti pertuduhan, fakta kes yang dibentangkan, alasan rayuan

Tertuduh serta hujah Pendakwa Syarie dan setelah Mahkamah menimbangkan perkara tersebut, maka

Mahkamah memerintahkan seperti berikut:

1. Mahkamah membatalkan pensabitan ke atas Tertuduh di bawah Seksyen 29 (1) (a) Enakmen

Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995.

2. Mahkamah memerintahkan Tertuduh ditahan di Pusat Perlindungan Baitul Iman selama tempoh

enam (6) bulan berkuatkuasa mulai hari ini.