32
1 Peranan & Etika Peguam Syarie Dalam Memperkasakan Mahkamah Syariah Oleh : MUSA AWANG Timbalan Presiden, PGSM 01 Oktober, 2011 (Sabtu)

Peranan & Etika Peguam Syarie

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Dibentang oleh Tuan Musa Awang di Kursus Peguam Syarie Negeri Terengganu pada

Citation preview

Page 1: Peranan & Etika Peguam Syarie

1

Peranan & Etika Peguam Syarie Dalam

Memperkasakan Mahkamah Syariah

Oleh : MUSA AWANGTimbalan Presiden, PGSM01 Oktober, 2011 (Sabtu)

Page 2: Peranan & Etika Peguam Syarie

2

D E F I N I S I

o Peguam ialah orang yang profesionnya mengemukakan tuntutan di Mahkamah, memberi nasihat atau bantuan guaman kepada pelanggan.

2

Page 3: Peranan & Etika Peguam Syarie

3

D E F I N I S I… smbgn

o Peguam di Mahkamah Syariah dibezakan dengan peguam di Mahkamah awam (Peguambela & Peguamcara) dengan perkataan “Syarie” atau “Syariah” dihujungnya.

o Peguam Syarie bererti seorang peguam yang mewakili anak guamnya dalam kes-kes mal, jenayah, pusaka, wasiat dan lain-lain yang terletak bawah bidangkuasa Mahkamah Syariah

Page 4: Peranan & Etika Peguam Syarie

4

D E F I N I S I… smbgn

o Peguam Syarie bertindak di Mahkamah Syariah berasaskan prinsip ‘wakalah bi al-khusumah’.

o Wakalah bererti menjaga, melengkapkan dan menyerah. Seseorang dikatakan ‘wakil’ sertinya orang itu adalah penjaga, penjamin atau pelengkap ataupun kepadanya diserahkan sesuatu hal untuk dilakukan.

Page 5: Peranan & Etika Peguam Syarie

5

D E F I N I S I … smbgn

o Wakalah bi al-khusumah ialah orang yang mewakili seseorang yang lain dalam urusan pendakwaan dan tuntutan di hadapan hakim, baik dalam prosiding Mahkamah ataupun perkara-perkara yang berhubung dengan kes yang dipertikaikan.

Page 6: Peranan & Etika Peguam Syarie

Pensyariatan Peguam Syarie

Kisah Nabi Yusuf a.s apabila Allah s.w.t berfirman menunjukkan cara yang

dicadangkan oleh keluarga Zulaikha bagi membuktikan tuduhan Nabi Yusuf cuba memperkosa Zulaikha. Firman Allah s.w.t

bermaksud : “Jika baju khamisnya koyak di depan,maka wanita itu benar dan Yusuf

termasuk orang-orang yang dusta. Dan jika baju khamisnya koyak di belakang, maka

wanita itulah yang dusta, dan Yusuf termasuk orang-orang yang benar.“

(Surah Yusuf : 27)

Page 7: Peranan & Etika Peguam Syarie

Pensyariatan Peguam Syarie

Kisah ashabul kahfi yang tertidur selama beratus-ratus tahun, dan apabila terjaga mereka telah mengutus salah seorang

dari mereka sebagai wakil untuk membeli makanan.(Surah al-Kahfi : 19)

Page 8: Peranan & Etika Peguam Syarie

Pensyariatan Peguam Syarie

Kisah Nabi Yusuf a.s yang menawarkan diri sebagai wakil kepada raja untuk

mentadbir dan menjaga perbendaharaan Mesir, kerana baginda

mempunyai keahlian dan kepakaran dalam perkara tersebut

(Surah al-Kahfi : 55)

Page 9: Peranan & Etika Peguam Syarie

Pensyariatan Peguam Syarie

* Rasulullah s.a.w pernah mengutus seorang sahabat bernama al-Su’at untuk

mengutip zakat. * Rasulullah s.a.w pernah mewakilkan Amru

bin Umaiyyah al-Damiri untuk urusan pernikahan Ummu Habibah bin Abu Sufyan.

Page 10: Peranan & Etika Peguam Syarie

Pensyariatan Peguam Syarie

Pada zaman Umar r.a, seorang wanita datang kepadanya dan membuat ikrar yang dia telah

berzina. Ali r.a telah bertindak sebagai peguam, meneliti kes tersebut dan dapati

wanita itu telah diperkosa. Penzinaan berlaku bukan dengan kerelaannya tetapi untuk menyelamatkan dirinya dari kebuluran

(menukarkan susu kepunyaan seorang lelaki dengan dirinya). Wanita itu telah dibebaskan

dengan bantuan Ali r.a.

Page 11: Peranan & Etika Peguam Syarie

Pensyariatan Peguam Syarie

Kisah seorang wanita yang mendakwa dirinya dicabul oleh seorang lelaki, dan membawa bukti air mani ditubuh dan dikainnya kepada Umar r.a. Lelaki itu telah merayu kepada Umar r.a dan Umar r.a telah

meminta pendapat Ali r.a. Ali r.a mengambil air mendidih dan disiramkan ke atas kain yang didakwa ada kesan air mani lelaki tersebut. Cecair itu menjadi beku dan putih, rasanya seperti telur. Akhirnya wanita itu mengakui itu adalah tuduhan palsu dan tipu daya

sebab lelaki itu menolak cintanya.

Page 12: Peranan & Etika Peguam Syarie

Pensyariatan Peguam Syarie

Pada zaman Uthman bin Affa r.a, telah berlaku perselisihan faham antara Hasan bin Thabit (penyair

terkenal pada zaman Rasulullah s.a.w) dengan seorang lelaki. Uthman menjatuhkan hukuman bersalah terhadap Hasan. Lalu Hasan berjumpa Abdullah bin Abbas dan menceritakan perkara

sebenarnya. Kemudian Abdullah mewakili Hasan dan berhujah di hadapan Uthman. Uthman memberikan

keputusan bahawa Hasan tidak bersalah.

Page 13: Peranan & Etika Peguam Syarie

13

Peruntukan Undang-undang

o Seksyen 2 (Tafsiran) EPHEAIT 2001 "Peguam Syarie" ertinya seseorang yang diterima sebagai Peguam Syarie di bawah seksyen 57 ;

Page 14: Peranan & Etika Peguam Syarie

14

Peruntukan Undang-undang

o Seksyen 57 EPHEAIT 2001 Peguam Syarie.

(1) Tertakluk kepada subseksyen (2) , (3) dan (4), Majlis boleh menerima mana-mana orang yang mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang Hukum Syarak menjadi Peguam Syarie bagi mewakili pihak-pihak dalam apa-apa prosiding di dalam Mahkamah Syariah. 

Page 15: Peranan & Etika Peguam Syarie

15

Peruntukan Undang-undang

o Seksyen 57 EPHEAIT 2001 Peguam Syarie.

(4) Walau apa pun subseksyen (1) dan (2), mana-mana orang yang telah diterima menjadi seorang Peguam Syarie di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa di mana-mana Negeri lain di Malaysia hendaklah diterima sebagai Peguam Syarie bagi Negeri Terengganu apabila permohonan dibuat olehnya kepada Majlis dengan menyertakan keterangan yang menunjukkan bahawa dia telah diterima sebagai Peguam Syarie di Negeri lain itu.

Page 16: Peranan & Etika Peguam Syarie

16

Peruntukan Undang-undang

o Kaedah-Kaedah Peguam Syarie 1987, Kaedah 5. Kelayakan.Tiada seorang pun yang boleh diberikan sijil sebagai Peguam Syar'i

melainkan ianya:o mempunyai perwatakan diri yang baik; o tinggal di dalam Malaysia; o menganut Agama Islam; o mempunyai pengetahuan dalam Hukum Syara'; o memiliki Tauliah untuk mengajar Agama Islam dalam Negeri

atau mana negeri dalam Malaysia atau telah mendapat satu Ijazah atau Diploma daripada Universiti Islam, atau mana-mana Universiti atau Kolej; 

o mahir dalam Bahasa Malaysia; o mempunyai pengetahuan asas berkenaan dengan peraturan-

peraturan Mahkamah.

Page 17: Peranan & Etika Peguam Syarie

17

Wakalah

o  Seksyen 34 ETMMST 2001. Wakalah.

“(1) Perlantikan seseorang Peguam Syarie hendaklah dilafazkan oleh orang yang melantiknya, dan diterima oleh Peguam Syarie yang dilantik sedemikian, di hadapan Mahkamah atau Pendaftar. 

(2) Jika seorang Peguam Syarie telah menerima perlantikannya di bawah subseksyen (1), dia hendaklah, sebelum mengambil apa-apa langkah dalam prosiding itu, memfailkan suatu wakalah dalam Borang MS 5.”

Page 18: Peranan & Etika Peguam Syarie

18

Menukar Peguam Syarie

o   Seksyen 36 ETMMST 2001. Menukar Peguam Syarie.

“(1) Jika suatu pihak berhasrat menukar Peguam Syarienya, dia hendaklah memfailkan suatu notis penukaran dalam Borang MS 6 dan menyampaikan suatu salinan notis itu kepada semua pihak. 

(2) Seksyen 34 hendaklah terpakai berhubungan dengan penukaran Peguam Syarie sebagaimana seksyen itu terpakai berhubungan dengan perlantikan Peguam Syarie.”

Page 19: Peranan & Etika Peguam Syarie

19

Pelepasan Peguam Syarie oleh Anak Guam

o  Seksyen 37 ETMMS 2001. Pelepasan Peguam Syarie.

“Jika suatu pihak berhasrat melepaskan Peguam Syarienya, dia hendaklah memfailkan suatu notis pelepasan dalam Borang MS 7 dan menyampaikan suatu salinan notis itu kepada semua pihak.”

Page 20: Peranan & Etika Peguam Syarie

20

Pelepasan oleh Peguam Syarie

o   Seksyen 38 ETMMS 2001. Pelepasan atas permohonan Peguam Syarie.

“Jika Peguam Syarie yang mewakili sesuatu pihak memohon untuk dilepaskan, dia hendaklah memfailkan suatu notis penarikan diri dalam Borang MS 8 dan menyampaikan suatu salinan notis itu kepada pihak yang diwakilinya.”

Page 21: Peranan & Etika Peguam Syarie

21

Wakalah Kes Jenayah Syariah

o  Seksyen 104 ETJST 2001. Hak tertuduh untuk dibela.

“Tiap-tiap orang yang dituduh di hadapan mana-mana Mahkamah adalah berhak untuk dibela oleh Peguam Syarie.”

o Apakah prosedur wakalah dalam kes jenayah?

Page 22: Peranan & Etika Peguam Syarie

22

Amanah Peguam Syarieo Menurut Almahrum Syaikh Mohd Abu

Zuhrah mengenai Peguam Syarie “seorang yang alim mengenai undang-undang yang mampu mencari kebenaran pihak yang benar dan menolak kepalsuan pihak yang bersalah bersandarkan kepada ilmunya mengikut kehendak undang-undang dalam menegakkan hak dan kewajipan dan pengekalan dan pengukuhan kepada kebebasan awam”

o  

Page 23: Peranan & Etika Peguam Syarie

23

Tugas Peguam Syarieo Allahyarham Prof Datuk Dr

Mahmud Saedon Awang Othman berkata “Peguam Syarie hendaklah seorang yang berakhlak. Ini bermakna Peguam Syarie perlu memiliki akhlak serta budi pekerti yang mulia seperti yang dituntut hukum Syarak.”

Page 24: Peranan & Etika Peguam Syarie

24

Tanggungjawab Peguam Syarie

o Membantu pihak-pihak dalam pertikaian.o Membantu Hakim membuat keputusan

yang tepat dan adil. o Membantu mempercepatkan perjalanan

sesuatu kes di Mahkamah Syariah. o Mengimbangi antara pihak-pihak yang

bertelagah di hadapan Hakimo Mengatasi dan melindungi perasaan malu

khususnya di kalangan wanita. o Membantu pihak-pihak menyampaikan

hujah dan fakta kepada Mahkamah.

Page 25: Peranan & Etika Peguam Syarie

25

Tanggungjawab Peguam Syarieo Mewakili anak guam tentang kesahihan

ikrar (pengakuan) serta qarinah dalam perbicaraan.

o Memberi nasihat dan kaunseling kepada anak guam terutama dalam soal-soal hukum hakam Islam dan prosiding Mahkamah.

o Sebagai ‘orang tengah’ atau pendamai mencari jalan penyelesaian di luar Mahkamah melalui sulh.

o Dalam kes jenayah, peguam mewakili OKT supaya diringankan hukuman, dirayu, dikaji semula (murajaah) atau diketepikan.

Page 26: Peranan & Etika Peguam Syarie

26

E T I K A

Arahan Amalan JKSMNo. 4 Tahun 2002

 

Page 27: Peranan & Etika Peguam Syarie

27

E T I K AAntara masalah-masalah etika

peguam syarie :-o tidak komited dengan profesionnyao ada business laino lebih sibuk dengan politik atau NGO o terlalu tamak kes. o utamakan kes-kes di mahkamah sivilo Hanya memenangkan anak guam

dengan belakangkan Hukum syarak.o Jadual padat, tangguhan lama.  

Page 28: Peranan & Etika Peguam Syarie

28

Peranan Dalam Memperkasa MS

o Melaksanakan amanah dengan jujur, klas & ibadah.

o Mahirkan Hukum Syarak o Mahirkan undang-undang

berkaitan o Ikuti isu-isu semasa/baru dan

terlibat. o Perbaharui minat, positif,

bersungguh & cinta kepada profesion dari semasa semasa.

Page 29: Peranan & Etika Peguam Syarie

29

Peranan Dalam Memperkasa MS

o Pertingkat kualiti, integriti, sabar, bertindak dengan penuh keyakinan, mengambil berat, menghormati dan melayan semua pihak dengan baik, serta menjauhi daripada bertindak tidak adil atau prejudis terhadap mana-mana pihak.

o Cintakan ilmu dan sentiasa berusaha menambah ilmu.

Page 30: Peranan & Etika Peguam Syarie

30

Peranan Dalam Memperkasa MS

o Berkebajikan kepada masyarakat.

o Elak daripada melakukan sesuatu yang beri kesan buruk, jatuhkan nama baik sistem perundangan Syariah atau jejas keyakinan.

o Manfaatkan penggunaan kaedah sulh dan mediasi.

Page 31: Peranan & Etika Peguam Syarie

31

PROSPEKo Ketua Hakim Syarie – Seksyen 6 (2) (a) dan

(b) (ii) EMST2001o Hakim Mahkamah Rayuan – Seksyen 7 (1)

EMST 2001o Perlantikan Hakim Mahkamah Tinggi

Syariah – Seksyen 8 (2) (a) dan (b) (ii) EMST 2001

o Ahli Jawatankuasa Kaedah Mahkamah Syariah – Seksyen 26 (2) (c) (iv) EMST 2001

o Menjalankan apa-apa pendakwaan atau hadir dalam kes rayuan pendakwa (Seksyen 184 ETJST2001)

Page 32: Peranan & Etika Peguam Syarie

32

o PENUTUP

o TERIMA KASIH

32