13
NBR lwn MAIS [Dalam Mahkamah Tinggi Syariah Selangor di Shah Alam (Y.A Tuan Zulfikri Bin Yasoa, HMTS, 30 Mei 2018M] [Kes Saman No: 10100-043-0178-2015] Undang-undang Pentadbiran Agama Islam Permohonan Pengisytiharan Status Agama Seksyen 61(3)(b)(x) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003. Plaintif di dalam kes ini memohon suatu pengisytiharan bahawa Plaintif bukan lagi seorang Islam dan status Islam Plaintif dalam rekod Jabatan Pendaftaran Negara dikeluarkan. Fakta Kes Plaintif iaitu NBR dilahirkan pada 12 Disember 1987 di Ipoh Perak. Ibu Plaintif bernama VK a/p A dan bapa Plaintif pula bernama R a/l M. Kedua-dua ibu bapa Plaintif berbangsa India. Kelahiran Plaintif di daftarkan pada 14 Disember 1987 iaitu selepas dua hari kelahiran plaintif. Plaintif dimaklumkan kedua ibubapanya telah memeluk Islam selepas dilahirkan. Namun tidak ada keterangan yang jelas mengenai perkara berkenaan Tidak rekod bila kedua-dua ibubapa masuk Islam dan di mana mereka masuk Islam. Plaintif dibesarkan oleh neneknya yang beragama Hindu. Plaintif didedahkan dengan adat resam, budaya dan agama Hindu. Plaintif melalui peguamnya iaitu Tetuan Ab Kadir Bin Ismail telah memfailkan kes ini melalui Saman dan Pernyataan Tuntutan untuk memohon untuk isytihar bukan lagi sebagai Islam pada 3 April 2015 dan menamakan Majlis Agama Islam Selangor sebagai Defendan. Defendan telah memfailkan pembelaan dan tuntutan balas serta permohonan interlokutari bersama affidavit sokongan agar Plaintif menjalani proses penasihatan akidah oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor selama tempoh enam bulan pada 27 Mei 2015. Pada 27 Mei 2015, atas persetujuan Plaintif dan perintah dari Mahkamah, Plaintif telah diarahkan untuk menjalani proses penasihatan akidah yang dikendalikan oleh Unit Penasihatan Akidah, Jabatan Mufti Negeri

NBR lwn MAIS - jakess.gov.myjakess.gov.my/pdffile/koleksipenghakimanMTS/Dewan1/2018/NBR lwn MAIS.pdf · memfailkan pembelaan dan tuntutan balas serta permohonan interlokutari bersama

  • Upload
    others

  • View
    31

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: NBR lwn MAIS - jakess.gov.myjakess.gov.my/pdffile/koleksipenghakimanMTS/Dewan1/2018/NBR lwn MAIS.pdf · memfailkan pembelaan dan tuntutan balas serta permohonan interlokutari bersama

NBR lwn MAIS

[Dalam Mahkamah Tinggi Syariah Selangor di Shah Alam (Y.A Tuan Zulfikri Bin Yasoa,

HMTS, 30 Mei 2018M]

[Kes Saman No: 10100-043-0178-2015]

Undang-undang Pentadbiran Agama Islam – Permohonan Pengisytiharan Status Agama –

Seksyen 61(3)(b)(x) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.

Plaintif di dalam kes ini memohon suatu pengisytiharan bahawa Plaintif bukan lagi seorang

Islam dan status Islam Plaintif dalam rekod Jabatan Pendaftaran Negara dikeluarkan.

Fakta Kes

Plaintif iaitu NBR dilahirkan pada 12 Disember 1987 di Ipoh Perak. Ibu Plaintif bernama VK

a/p A dan bapa Plaintif pula bernama R a/l M. Kedua-dua ibu bapa Plaintif berbangsa India.

Kelahiran Plaintif di daftarkan pada 14 Disember 1987 iaitu selepas dua hari kelahiran plaintif.

Plaintif dimaklumkan kedua ibubapanya telah memeluk Islam selepas dilahirkan. Namun tidak

ada keterangan yang jelas mengenai perkara berkenaan Tidak rekod bila kedua-dua ibubapa

masuk Islam dan di mana mereka masuk Islam. Plaintif dibesarkan oleh neneknya yang

beragama Hindu. Plaintif didedahkan dengan adat resam, budaya dan agama Hindu.

Plaintif melalui peguamnya iaitu Tetuan Ab Kadir Bin Ismail telah memfailkan kes ini melalui

Saman dan Pernyataan Tuntutan untuk memohon untuk isytihar bukan lagi sebagai Islam pada

3 April 2015 dan menamakan Majlis Agama Islam Selangor sebagai Defendan. Defendan telah

memfailkan pembelaan dan tuntutan balas serta permohonan interlokutari bersama affidavit

sokongan agar Plaintif menjalani proses penasihatan akidah oleh Jabatan Mufti Negeri

Selangor selama tempoh enam bulan pada 27 Mei 2015. Pada 27 Mei 2015, atas persetujuan

Plaintif dan perintah dari Mahkamah, Plaintif telah diarahkan untuk menjalani proses

penasihatan akidah yang dikendalikan oleh Unit Penasihatan Akidah, Jabatan Mufti Negeri

Page 2: NBR lwn MAIS - jakess.gov.myjakess.gov.my/pdffile/koleksipenghakimanMTS/Dewan1/2018/NBR lwn MAIS.pdf · memfailkan pembelaan dan tuntutan balas serta permohonan interlokutari bersama

Selangor selama 6 bulan dengan sekurang-kurangnya 2 kali sebulan. Rentetan itu, Pada 15

Disember 2015, Laporan Sesi Penasihatan Akidah telah difailkan di Mahkamah dan Plaintif

masih tetap mahu meneruskan permohonannya di Mahkamah ini.

Perbicaraan bagi kes ini dijalankan pada 26 April 2016 bagi pihak Plaintif mengemukakan

keterangannya. Manakala soal balas dan soal semula Plaintif dijalankan pada 15 Ogos 2016.

Plaintif telah mengemukakan 2 saskinya, manakala pihak Defendan tiada saksi. Kemudiannya

Mahkamah mengarahkan menfailkan hujah masing-masing.

Diputuskan

Setelah Mahkamah meneliti dan berpuashati dengan Saman dan Penyata ,Pembelaan dan

Tuntutan Balas Defendan , keterangan lisan yang dikemukakan oleh pihak-pihak dan saksi-

saksi di dalam perbicaraan-perbicaraan serta hujah bertulis pihak-pihak, maka dengan ini

memutuskan dan memerintahkan seperti berikut:

1. Mahkamah meluluskan permohonan Plaintif berdasarkan seksyen 61(3)(b)(x) Enakmen

Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.

2. Mahkamah dengan ini mengisytiharkan bahawa NBR adalah bukan lagi seorang Islam.

Peguam Syarie

Plaintif : diwakili oleh Tuan Ab Kadir Bin Ismail dari Tetuan Ab Kadir Ismail

& Associates.

Defendan : diwakili oleh Tuan Fahimi Bin Mahamad Madani dari Bahagian

Undang-undang MAIS.

Undang - undang yang dirujuk

1. Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 - s. 2, s. 61 (3) (b) (x).

2. Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 – s. 244, s. 245.

Page 3: NBR lwn MAIS - jakess.gov.myjakess.gov.my/pdffile/koleksipenghakimanMTS/Dewan1/2018/NBR lwn MAIS.pdf · memfailkan pembelaan dan tuntutan balas serta permohonan interlokutari bersama

3. Perlembagaan Persekutuan – Perkara 74 (2), Senarai II, Senarai Negeri, Jadual

Kesembilan, Perkara 121 (1A)

Kes - kes yang dirujuk

1. Dalip Kaur lwn. Pegawai Polis Daerah, Balai Polis Daerah, Bukit Mertajam & Anor, [1991] 3

CLJ 2768; [1991] 1 CLJ (Rep) 77

2. Mohamed Habibullah bin Mahmood lwn. Faridah bte Dato Talib [1993] 1 CLJ 264,

3. Kamariah Ali & Anor lwn. Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu & Anor , No. R1-

24-65-2005

4. Lina Joy lwn. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan & Ors, [2005] 4 CLJ 666, (JH 24 (1),

hlm. 61-191)

5. Lim Chan Seng lwn. Pengarah Jabatan Agama Islam Pulau Pinang & 1 Yang Lain, [1996] 3 CLJ

231,

6. Md. Hakim Lee lwn. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, [1997] 4 CLJ

Supp 419

7. Priyathaseny & Ors lwn. Pegawai Penguatkuasa Agama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perak

& Ors, [2003] 2 CLJ 221

8. Sia Kwee Hin @ Sia Kooi Leng lwn. Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, [1999] 2 AMR

1205

9. Soon Singh a/l Bikar Singh lwn. Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), [1999] 2 CLJ

5

10. Zubeydah bt Shaik Mohd lwn. Kalaichelvan a/l Alagapan dan Lain-lain, [2003] 2 MLJ 471,

Penghakiman Y.A Tuan Zulfikri Bin Yasoa, HMTS.

Plaintif di dalam kes ini memohon suatu pengisytiharan bahawa Plaintif bukan lagi seorang

Islam dan status Islam Plaintif dalam rekod Jabatan Pendaftaran Negara dikeluarkan. Setelah

mahkamah meneliti keterangan dan hujahan pihak-pihak dalam kes ini, mahkamah dapati tiga

(3) isu utama yang Mahkamah perlu beri ulasan di dalam membuat keputusan bagi kes ini iaitu

:

a. Sama ada Mahkamah ini berbidangkuasa untuk mendengar, membicara dan

memutuskan kes ini ;

b. Status Plaintif sama ada Islam atau sebaliknya; dan

Page 4: NBR lwn MAIS - jakess.gov.myjakess.gov.my/pdffile/koleksipenghakimanMTS/Dewan1/2018/NBR lwn MAIS.pdf · memfailkan pembelaan dan tuntutan balas serta permohonan interlokutari bersama

c. Kewajaran Tuntutan Balas di putuskan.

Isu Pertama : Bidangkuasa Mahkamah

1. Tindakan di dalam kes ini adalah untuk mendapatkan hak suatu pengisytiharan mengenai

status Plaintif yang bukan lagi orang Islam di bawah peruntukan seksyen 61(3)(b)(x)

Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 [EPAIS 2003] yang

memperuntukkan :

Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah –

(a) ……….

(b) dalam bidang kuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua tindakan

dan prosiding jika semua pihak dalam tindakan atau prosiding itu adalah

orang Islam dan tindakan atau prosiding itu adalah berhubungan dengan –

(i) …….

(ii) …….

(iii) …….

(iv) …….

(v) …….

(vi) …….

(vii) …….

(viii) …….

(ix) …….

(x) pengisytiharan bahawa seseorang itu bukan lagi orang Islam ;

(xi) pengisytiharan bahawa seseorang yang telah mati itu ialah seorang

Islam atau sebaliknya pada masa kematiannya;

2. Tuntutan Plaintif ini adalah terhadap perkara yang tertakluk di bawah bidangkuasa

eksklusif Mahkamah Syariah sebagaimana peruntukan yang diberikan oleh

Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 121 (1A) yang secara jelasnya

memperuntukkan bahawa;

“Mahkamah-Mahkamah yang disebut dalam Fasal(1) tidaklah boleh mempunyai

bidang kuasa berkenaan apa-apa perkara dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah”

Page 5: NBR lwn MAIS - jakess.gov.myjakess.gov.my/pdffile/koleksipenghakimanMTS/Dewan1/2018/NBR lwn MAIS.pdf · memfailkan pembelaan dan tuntutan balas serta permohonan interlokutari bersama

3. Peruntukan di atas diperkuatkan lagi dengan Perkara 74 (2), Senarai II, Senarai Negeri,

Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa ;

“Kecuali mengenai wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan

Putrajaya, Hukum Syarak dan undang-undang diri dan keluarga bagi yang

menganut ugama Islam, termasuk Hukum Syarak berhubung …….. mengawal

pengembangan iktikad dan kepercayaan antara orang-orang yang menganut

Ugama Islam, menentukan perkara-perkara Hukum Syarak dan iktikad dan adat

istiadat Melayu”

4. Terdapat beberapa kes Mahkamah Sivil yang mengiktiraf kuasa eksklusif Mahkamah

Syariah berhubung dengan tuntutan Plaintif ini seperti kes-kes :

a) Kes Dalip Kaur lwn. Pegawai Polis Daerah, Balai Polis Daerah, Bukit Mertajam

& Anor, [1991] 3 CLJ 2768; [1991] 1 CLJ (Rep) 77, Mohamed Yusof SCJ dalam

membincangkan sama ada Mahkamah Tinggi mempunyai bidangkuasa untuk

mengisytiharkan seseorang itu telah murtad telah menyatakan seperti berikut ;

Such a serious issue, would, to my mind, need consideration by eminent jurists

who are properly qualified in the field of Islamic jurisprudence.

On this view it is imperative that the determination of the question in issue

requires substantial consideration of the Islam law by relevant jurists

qualified to do so.

b) Kes Mohamed Habibullah bin Mahmood lwn. Faridah bte Dato Talib [1993] 1

CLJ 264, Gunn Chit Tuan SCJ menyatakan ;

With respect to the submission of Mr. Balwant Singh Sidhu regarding whether

the plaintiff could be considered as apostate, reference ought to be made to

the dictum of Mohamed Yusoff SCJ (as he then was) in the recent decision of

this court in Dalip Kaur v. Pegawai Polis Daerah Bukit Mertajam & Anor

when he pointed out that in determine whether a Muslim has renounce Islam,

the only forum qualified to answer the question is the Syariah Court.

Page 6: NBR lwn MAIS - jakess.gov.myjakess.gov.my/pdffile/koleksipenghakimanMTS/Dewan1/2018/NBR lwn MAIS.pdf · memfailkan pembelaan dan tuntutan balas serta permohonan interlokutari bersama

c) Kes Lim Chan Seng lwn. Pengarah Jabatan Agama Islam Pulau Pinang & 1

Yang Lain, [1996] 3 CLJ 231, Abdul Hamid HMT (pada masa itu) semasa menolak

permohonan kedua-dua Plaintif untuk deklarasi bahawa penolakan Agama Islam

yang dibuat oleh mereka melalui surat ikatan pol bertarikh 12 Julai 1995 dan 25

Mei 1996 masing-masing adalah mengikut undang-undang dan sah telah

memutuskan ;

Mahkamah Sivil tidak mempunyai bidang kuasa dalam perkara-perkara yang

Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa ke atasnya.

d) Kes Md. Hakim Lee lwn. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Kuala

Lumpur, [1997] 4 CLJ Supp 419, Abdul Kadir Sulaiman J (pada masa itu) telah

memutuskan ;

This matter of the plaintiff which involves the determination of his status upon

his purported renunciation of the Islamic faith by the deed poll and the

statutory declaration is outside the jurisdiction of this court to determine, on

account of the ouster of the jurisdiction by art 121 (1A) of the Federal

Constitution. By virtue of para 1 in List 11 of the Ninth Schedule to the

Federal Constitution, the jurisdiction lies with the syariah court on its wider

jurisdiction over a person professing the religion of Islam even if no express

provisions are provided in the Administration of Islam Law (Federal

Territories) Act 1993 ("the Act") because under art 74 of the Constitution, it

is within the competency of the legislative to legislate on the matter. Its absent

from the express provision in Act would not confirm the jurisdiction in the

civil court.

To my mind, the language of art 121(1A) used by the legislative is clear and

without any ambiguity. The civil courts, in this case, the High Court, has

no jurisdiction in respect of any matter that is within the jurisdiction of the

syariah court.

e) Kes Sia Kwee Hin @ Sia Kooi Leng lwn. Jabatan Agama Islam Wilayah

Persekutuan, [1999] 2 AMR 1205, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan

dalam menolak rayuan perayu bahawa ;

“except for the fact that the juridiction of Syariah court Wilayah Persekutuan

in conferred by the Administration of Islamic law (Federal territories) act

1993 following item 6(e) of the Federal List to ninth Schedule to the

Page 7: NBR lwn MAIS - jakess.gov.myjakess.gov.my/pdffile/koleksipenghakimanMTS/Dewan1/2018/NBR lwn MAIS.pdf · memfailkan pembelaan dan tuntutan balas serta permohonan interlokutari bersama

Constitution, in our judgement, for reasons state in Soon Singh’s appeal, this

appeal is dismissed with cost.”

f) Kes Soon Singh a/l Bikar Singh lwn. Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia

(PERKIM), [1999] 2 CLJ 5, Dzaiddin FCJ (pada masa itu) yang memberikan

penghakiman untuk Mahkamah Persekutuan telah menyatakan:

Therefore, when jurisdiction is expressly conferred on the matters to

conversion to Islam, in out opinion, it is logical that matters concerning

conversion out of Islam (apostasy) could be read necessarily implied in and

falling within the jurisdiction of the Syariah Courts. One reason we can

think of is that the determination of a Muslim convert’s conversion out of

Islam involves inquiring into the validity of his purported renunciation of

Islam under Islamic law in accordance with hokum syarak (Dalip Kaur). As

in this case of conversion to Islam, certain requirements must be complied

with under hokum syarak for a conversion out of Islam to be valid, which only

the syariah courts are the experts and appropriate to adjudicate.

g) Kes Priyathaseny & Ors lwn. Pegawai Penguatkuasa Agama Jabatan Hal Ehwal

Agama Islam Perak & Ors, [2003] 2 CLJ 221, Abdul Hamid Embong menyatakan;

Clause 1A of art 121 of the Federal Constitution provides that the High

Courts shall have no jurisdiction in respect of any matter within the

jurisdiction of the Syariah Court thus ensuring no conflict of jurisdiction.

h) Kes Zubeydah bt Shaik Mohd lwn. Kalaichelvan a/l Alagapan dan Lain-lain,

[2003] 2 MLJ 471, HMT telah menyatakan:

(i) Mahkamah Sivil tidak mempunyai bidangkuasa untuk menentukan sama

ada seseorang Islam itu telah keluar dari agama Islam atau menjadi

murtad. Kuasa itu adalah di bawah bidangkuasa Mahkamah Syariah. Ini

sememangnyalah begitu kerana soal sama ada seseorang Islam telah

terkeluar daripada agamanya atau menjadi murtad merupakan isu yang

serius yang hanya boleh ditentukan oleh pakar-pakar yang berkelayakan

dalam bidang perundangan Islam.

(ii) Seseorang yang mengisyhtiharkan dirinya telah keluar daripada agama

Islam perlu mendapatkan pengesahan daripada Mahkamah Syariah.

Pengisyhtiharan melalui surat akuan berkenaan yang mengisyhtiharkan

seseorang itu telah keluar daripada agama Islam adalah tidak memadai

untuk menentukan kedudukan seseorang itu sama ada telah keluar dari

agama Islam atau sebaliknya.

Page 8: NBR lwn MAIS - jakess.gov.myjakess.gov.my/pdffile/koleksipenghakimanMTS/Dewan1/2018/NBR lwn MAIS.pdf · memfailkan pembelaan dan tuntutan balas serta permohonan interlokutari bersama

i) Kes Kamariah Ali & Anor lwn. Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu

Terengganu & Anor di Mahkamah Tinggi Malaya, Kuala Lumpur (Saman

Pemula) No. R1-24-65-2005, YA Hakim Mahkamah Tinggi dalam

penghakimannya memutuskan:

Dalam keadaan sedemikian Mahkamah Sivil tidak seharusnya campur

tangan dengan perkara-perkara yang secara termaktub adalah di bawah

bidangkuasa Mahkamah Syariah.

j) Kes Lina Joy lwn. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan & Ors, [2005] 4

CLJ 666, (JH 24 (1), hlm. 61-191) antara lain telah memutuskan bahawa seseorang

yang ingin keluar daripada agama Islam dikehendaki berbuat sedemikian melalui

pihak berkuasa agama Islam. Abdul Aziz Mohamed JCA telah menyatakan ;

One might tempted to think that the fact a person affirms in a statutory

declaration that he is no longer a Muslim, or the fact the he has been

participating in a Christian form of worship, or the fact that he has been

baptized is sufficient, according to Islamic Law, to warrant others to treat

him as having apostatized and as being no longer a Muslim. But is that so in

Islam Law? It may be that according to Islamic Law no Muslim may be

treated as having apostatized, no matter what he may have done or failed to

do, unless and until he has been declared an apostate by some proper

authority.

5. Mahkamah juga berpuashati dengan tempat tinggal Plaintif yang beralamat di No XX,

Puchong Selangor dan ini dibuktikan dengan kad Pengenalannya..

6. Oleh itu, berdasarkan peruntukan seksyen 61 (3)(b)(x) EPAIS 2003 serta rujukan kes-

kes Mahkamah Sivil yang dikemukakan, Mahkamah berpuashati bahawa Mahkamah ini

berbidang kuasa untuk mendengar, membicara dan memutuskan kes ini.

Isu Kedua : Status Plaintif Sama Ada Islam Atau Sebaliknya.

8. Sebelum mengulas dengan lebih lanjut berkaitan tuntutan Plaintif dalam kes ini, terlebih

dahulu Mahkamah ingin merujuk peruntukan seksyen 2 EPAINS 2003 menjelaskan

bahawa definisi orang Islam adalah sebagaimana berikut :

“Orang Islam” ertinya –

Page 9: NBR lwn MAIS - jakess.gov.myjakess.gov.my/pdffile/koleksipenghakimanMTS/Dewan1/2018/NBR lwn MAIS.pdf · memfailkan pembelaan dan tuntutan balas serta permohonan interlokutari bersama

a) Seorang yang menganut agama Islam;

b) Seorang yang salah seorang atau kedua-dua ibubapanya, pada masa

kelahiran orang itu, ialah orang Islam;

c) Seseorang yang dibesarkan atas asas bahawa dia orang Islam;

d) Seseorang yang lazimnya dikenali sebagai orang Islam;

e) Seseorang yang telah memeluk agama Islam mengikut seksyen 108; atau

f) seseorang yang ditunjukkan telah menyatakan dalam hal keadaan apabila

dia terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan yang benar, bahawa

dia ialah orang Islam, sama ada pernyataan itu secara lisan atau bertulis.

9. Oleh yang demikian, plaintif hanya boleh dikatakan beragama Islam apabila memenuhi

salah satu dari kriteria di atas

(a) Sama ada Plaintif seorang yang menganut agama Islam

10. Mengikut Kamus Dewan edisi keempat, menganut ertinya menganuti menerima sesuatu

ajaran (agama), sebagai pegangan yang teguh, mengikut, menurut, mengikut, memeluk

(agama). Dalam kes, Plaintif dalam keterangannya tidak menerima ajaran Islam sebagai

pegangan yang teguh, tidak menurut dan mengikut atau memeluk agama Islam.

Keterangan-keterangan dari plaintif dan saksi-saksi plaintif menunjukkan plaintif

bahawa plaintif bukan seorang penganut Islam dan beramal dengan agama Islam. Oleh

yang demikian plaintif tidak boleh dikatakan seseorang yang menganut agama Islam.

(b) Sama ada salah seorang atau kedua-dua ibubapanya, pada masa kelahiran orang

itu, ialah orang Islam;

11. Dalam kes ini, keterangan saksi-saksi plaintif menyatakan kedua-dua ibu bapa plaintif

bukan beragama Islam semasa Plaintif dilahirkan. Rujukan kepada sijil lahir plaintif juga

menunjukkan kedua ibubapa Plaintif menggunakan nama bukan Islam dan menggunakan

A/L dan A/P. Urufnya dalam masyarakat di Malaysia penggunaan A/L dan A/P adalah

digunakan untuk orang-orang yang bukan beragama Islam. Saya juga berpuashati tidak

ada satu keterangannya pun dikemukakan oleh pihak plaintif atau pihak defendan yang

menunjukkan salah seorang ibubapa plaintif atau kedua-duanya beragama Islam semasa

plantif dilahirkan.

Page 10: NBR lwn MAIS - jakess.gov.myjakess.gov.my/pdffile/koleksipenghakimanMTS/Dewan1/2018/NBR lwn MAIS.pdf · memfailkan pembelaan dan tuntutan balas serta permohonan interlokutari bersama

12. Defendan menghujahkan, plaintif telah menjadi seorang Islam apabila kedua-dua ibu

bapanya telah memeluk Islam. Defendan telah membawa hujah berdasarkan pandangan-

pandangan ulama’ dan pandangan Majlis Fatwa Kebangsaan Tahun 2009. Persoalannya

sama ada betul atau tidak kedua ibubapa plaintif telah masuk Islam.

13. Plaintif menyatakan kedua ibubapanya memeluk Islam ketika umurnya 2 bulan. Saksi

ke 2 plaintif juga menyatakan ibubapa plaintif memeluk Islam selepas melahirkan

plaintif. Namun fakta tersebut diperolehi oleh plaintif dan saksi 1 plaintif dari saksi 1

plaintif. Keterangan ini adalah dengar cakap dari SP1. Mereka berdua tidak mengetahui

sendiri perkara ini.

14. Saksi 1 Plaintif adalah Nenek plaintif. Dalam keterangannya semasa soal balas pada 12

April 2017, saksi ini memberitahu mahkamah bahawa dia tidak mengetahui sama ada

ibu bapa plaintif adalah Islam atau tidak.

15. Tanpa apa-apa kedua-duanya (ibubapa plaintif ) dipanggil ke mahkamah untuk memberi

keterangan dan tidak ada dokumen bukti kemasukan Islam mereka di Mahkamah, adalah

sukar untuk mahkamah ini mempercayai bahawa mereka telah memeluk Agama Islam

semasa Plaintif masih kecil yang mana secara automatic menjadikan plaintif seorang

Islam.

(c) Sama ada Plaintif seorang yang dibesarkan atas asas bahawa dia orang Islam;

16. Dalam kes ini, faktanya plaintif dibesarkan oleh neneknya yang beragama Hindu, dalam

adat resam Hindu, diajar kepercayaan agama Hindu dan hidup dikalangan orang Hindu.

Fakta bahawa plaintif mengambil mata pelajaran Agama Islam semasa zaman

persekolahannya tidak boleh menyimpulkan plaintif dibesarkan atas asas dia seorang

Islam. Plaintif terpaksa mengambil mata pelajaran Agama Islam kerana status agama

dalam kad pengenalannya mencatatkan agamanya adalah Islam. Mempelajari agama

Islam tidak menjadikan seorang itu Islam sama juga seorang Islam mempelajari agama

lain tidaklah menjadikan seseorang itu murtad melainkan ianya beriktikad agama yang

selain Islam itu benar.

Page 11: NBR lwn MAIS - jakess.gov.myjakess.gov.my/pdffile/koleksipenghakimanMTS/Dewan1/2018/NBR lwn MAIS.pdf · memfailkan pembelaan dan tuntutan balas serta permohonan interlokutari bersama

17. Oleh kerana ilmu yang diterimanya dalam pelajaran agama Islam tidak diiktikad benar

dan tidak diamalkan olehnya, maka pelajaran Agama Islam tersebut tidak menjadikan

plaintif dibesarkan atas asas bahawa dia seorang Islam.

(d) Sama ada Plaintif seorang yang lazimnya dikenali sebagai orang Islam;

18. Dalam kes ini, plaintif dibesarkan dalam keluarga yang beragama Hindu dan bersosial

dalam masyarakat India beragama Hindu. Keterangan SP2 juga menunjukkan Plaintif

mengambil bahagian dalam perayaan-perayaan keagamaan Hindu seperti Thaipusam dan

percaya kepada Dewa Murugan. Walaupun nama dan status agama dalam Kad

Pengenalan Plaintif menunjukkan keislamannya, ianya tidak menafikan bahawa Plaintif

dikalangan masyarakatnya dikenali sebagai seorang yang beragama Hindu dan bukannya

Islam. Tidak terdapat keterangan sebaliknya dari keterangan Plaintif atau dari pihak

defendan.

(e) Sama ada Plaintif seorang yang telah memeluk agama Islam mengikut

seksyen 108;

19. Fakta yang tidak dapat disangkal bahawa plaintif tidak pernah memeluk Islam

di bawah seksyen 108 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 atau

seksyen 68 Enakmen Perundangan Islam Selangor tahun 1989 atau Enakmen

Pentadbiran Hukum Syarak Selangor tahun 1952. Oleh itu definisi ini tidak

terpakai pada Plaintif.

(f) Sama ada Plaintif adalah seorang yang ditunjukkan telah menyatakan dalam

hal keadaan apabila dia terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan yang

benar, bahawa dia ialah orang Islam, sama ada pernyataan itu secara lisan atau

bertulis.

20. Dalam isu ini, saya mendapati tidak ada keterangan dikemukakan oleh kedua-dua pihak

berkaitan ini isu ini. Oleh itu, saya menganggap isu ini tidak dibuktikan.

Page 12: NBR lwn MAIS - jakess.gov.myjakess.gov.my/pdffile/koleksipenghakimanMTS/Dewan1/2018/NBR lwn MAIS.pdf · memfailkan pembelaan dan tuntutan balas serta permohonan interlokutari bersama

21. Berdasarkan keterangan –keterangan yang telah diberikan oleh kedua-dua belah pihak,

Mahkamah berpuashati menyatakan bahawa status Plaintif sejak lahir adalah beragama

Hindu dan ianya berterusan sehingga kini.

Isu Ketiga: Kewajaran Tuntutan Balas di putuskan

22. Defendan dalam Tuntutan Balasnya antaranya menuntut:

i. Mahkamah memerintahkan Plaintif menjalani proses pemurnian akidah

dan/atau proses istitabah di Pusat Pemurnian Akidah, Majlis Agama Islam

Selangor untuk Plaintif memahami dan mendalami ajaran Islam di bawah

peruntukkan seksyen 244 dan 245 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah

Selangor Tahun 2003;

ii. Mahkamah memerintahkan Penguasa Pusat Pemurnian Akidah menempatkan

Plaintif di Pusat Pemurnian Akidah sehingga tempoh yang bersesuaian; dan

iii. Mahkamah mengarahkan Lembaga Zakat Selangor untuk memberikan bantuan

zakat kepada pihak Plaintif sepanjang tempoh Plaintif berada di Pusat

Pemurnian Akidah untuk membiayai keperluan asas Plaintif. .

23. Defendan juga menyatakan plaintif wajar diberi peluang dan ruang yang lebih luas dalam

tempoh yang lebih lama dengan proses dakwah dan tarbiah yang lebih sistematik dan

efektif kepada plaintif.

24. Dalam isu ini, Mahkamah ini telah pun membuat dapatan bahawa Plaintif adalah seorang

yang bukan Islam dari awal. Oleh yang demikian, proses Istitabah adalah tidak relevan

terhadap plaintif.

Page 13: NBR lwn MAIS - jakess.gov.myjakess.gov.my/pdffile/koleksipenghakimanMTS/Dewan1/2018/NBR lwn MAIS.pdf · memfailkan pembelaan dan tuntutan balas serta permohonan interlokutari bersama

KEPUTUSAN

Setelah Mahkamah meneliti dan berpuashati dengan Saman dan Penyata Tuntutan, Pembelaan

dan Tuntutan Balas, keterangan lisan yang dikemukakan oleh pihak-pihak dan saksi-saksi di

dalam perbicaraan-perbicaraan serta hujah bertulis pihak-pihak bersama semua dokumen

sokongan yang telah dikemukakan, maka dengan ini memutuskan dan memerintahkan seperti

berikut:

1. Mahkamah dengan ini mengisytiharkan bahawa NBR adalah bukan seorang Islam.

2. Tunutan balas defendan ditolak.