27
PENGAPLIKASIAN PENDEKATAN PEMBELAJARAN BAHASA PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASIONAL / SENARIO PEMBELAJARAN BERASASKAN PERMAINAN

PEMBENTANGAN BMM 3173E (PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASIONAL, PERMAINAN, KONTRUKTIVISME & KONTEKSTUAL.pptx

Embed Size (px)

Citation preview

PowerPoint Presentation

PENGAPLIKASIAN PENDEKATAN PEMBELAJARAN BAHASA

PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASIONAL / SENARIO

PEMBELAJARAN BERASASKAN PERMAINAN

PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASIONAL / SENARIO

Pembelajaran kaedah ini mementingkan penggunaan objek konkrit, gambar dan bahan maujud serta gerakan tingkah laku yang boleh membantu menjayakan proses pengajaraan dan pembelajaran bahasa.

Guru bertindak sebagai model dan menyediakan latar situasi yang dapat menciptakan struktur bahasa sasaran dan kemudian mengemukakan contoh untuk diikuti secara berulang untuk mengukuhkan pembelajaran.

Pendekatan situasi yang berlandaskan teori bahasa struktural dan teori pembelajaran behaviouris beranggapan bahawa penguasaan kemahiran lisan memerlukan seseorang penutur menguasai beberapa kemahiran kecil bagi menangkap, mengingat serta menyebut sistem bunyi dan struktur dalam sesuatu bahasa yang betul.

Contoh 1: Dialog dan Nyanyian

Dialog atau perbualan merupakan bahan yang sering digunakan dalam latihan lisan.Bahagian-bahagian dialog akan dilatih tubi oleh guru sebelum guru dapat menyuruh murid meniru dan menghafal dialog.Aktiviti nyanyian dapat membantu murid-murid menguasai kemahiran lisan kerana menyanyi memerlukan penyebutan bunyi-bunyi dengan betul, mengikut rentak, nada yang betul.

Contoh 2 : Latihan Pandang dan Sebut

Gambar-gambar boleh digunakan bagi menghasilkan pertuturan.Latihan pandang dan sebut merupakan latih tubi bertutur dengan menggunakan gambar-gambar yang dimasukkan dalam teks latihan.Carta bergambar, bahagian filem dan slaid juga digunakan.Semua alat digunakan supaya murid-murid dapat menghasilkan pertuturan yang baik

PEMBELAJARAN BERASASKAN PERMAINAN

Bertujuan untuk menarik minat murid dan menjadikan pembelajaran sebagai suatu yang menyeronokkan.Guru perlu berhati-hati agar objektif permainan adalah sesuai dengan objektif pengajaran.Bermain biasanya bersifat komunikatif dan menghiburkan.Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa pelajar antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

CIRI-CIRI

Syarat dan peraturan dalam permainan mendorong persaingan sihatMewujudkan hubungan rapat antara tindakan dan tindak balas.Murid melakukan sendiri.Murid menilai sendiri keputusan yang mereka perolehi.Cabaran dalam permainanperlu sesuai dengan tahap kemahiran murid.Mendorong murid peroleh kemahiran dan pengetahuan baru.

MELALUI PERMAINAN MURID DAPAT :

menambahkan kelancaran dan keyakinan.mewujudkan konteks pembelajaran.mengatasi kebosanan pada saat-saat kritikalmenggunakan bahasa sebagai alat perantaraan semasa bermainberkomunikasidengan berkesan dengan rakan sebaya mereka.berkerjasama bagi menjayakan sesuatu tugas yang diberi.

CARA-CARA MELAKSANAKAN PERMAINAN

Guru menerangkan kepada murid tujuan aktiviti supaya murid belajar sesuatu dan tidak bermain dengan begitu sahaja.

Tunjuk cara permainan.

Murid melakukan aktiviti permainan.

Jika ada murid yang tidak dapat bermain dengan betul, guru boleh menunjukkan kaedah bermain yang betul.

PELAKSANAAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU SECARA KONSTRUKTIVISME

Konstruktivisme ialah:

Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri secara aktif pengetahuan atau konsep berdasarkan kepada pengetahuan atau pengalaman yang sedia ada dan tidak menerima pengetahuan secara pasif dari persekitaran.

FORMAT PENDEKATAN PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME

Fasa orientasi Menimbulkan minat dan menyediakan suasana.

Fasa pencetusan idea Supaya murid dan guru sedar tentang idea terdahulu.

Fasa penstrukturan semula idea Menyedari bahawa idea sedia ada perlu diubahsuai, diperkembangkan atau diganti dengan idea yang lebih saintifik.

Fasa penggunaan idea Pengukuhan kepada idea yang telah dibina dalam situasi baru dan biasa.

Fasa penilaian Menyedari tentang perubahan idea murid. Murid dapat membuat refleksi sejauh manakah idea asal mereka telah berubah.

CIRI-CIRI PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME

Pembelajaran berpusatkan murid.Fokus kepada pembelajaran bukan pengajaran.Guru sebagai fasilitator.Pembelajaran sebagai satu proses yang sama penting dengan hasil pembelajaran.Menyokong pembelajaran secara koperatif.Menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi murid.

Memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru dengan memahaminya melalui penglibatan murid dengan situasi dunia yang sebenar.Menggalakkan murid bertanya dan berdialog dengan murid dan guru. Menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan experimen. Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana murid belajar sesuatu idea. Menggalakkan soalan/idea yang dimulakan oleh murid dan menggunakannya sebagai panduan merancang pengajaran.

PERANAN MURIDMurid mengambil inisiatif mengemukakan soalan-soalan dan isu kemudian dengan sendiri membuat analisis dan menjawab soalan-soalan itu. Mereka bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri dan boleh menyelesaikan masalah.Murid selalu berbincang dengan guru dan sesama mereka. Perbincangan itu akan membantu murid mengubah atau mengukuhkan idea-idea mereka. Jika murid itu berpeluang mengemukakan pendapat mereka dan mendengar idea orang lain, murid tersebut dapat membina asas pengetahuan yang mereka faham.Murid mencabar hipotesis yang telah dibuat dan digalakkan berbincang untuk membuat ramalan. Murid diberi banyak ruang dan peluang untuk menguji hipotesis mereka terutamanya melalui perbincangan dalam kumpulan.Murid menggunakan data dan bahan-bahan fizikal, manipulatif atau interaktif untuk menolong mereka menjana idea dan pengetahuan.

PERANAN GURUMenggalakkan murid menerangkan idea mereka serta menghargai pandangan mereka.Menstruktur pelajaran untuk mencabar persepsi murid.Membantu murid menyedari kerelevanan kurikulum kepada kehidupan mereka.Mentaksir pembelajaran melalui aktiviti harian di kelas bukan hanya dalam bentuk ujian bertulis.Menggalakkan murid membuat tugasan yang berbentuk penyelesaian, menganalisis, meramal, meneroka dan membuat hipotesis.Menggalakkan murid menerangkan lebih lanjut jawapan mereka.Menggalakkan penemuan oleh murid melalui pertanyaan soalan bercapah dan menggalakkan murid menyoal murid yang lain.

Menggalakkan pembelajaran koperatif dalam menjalankan tugasan tertentu.

KELEBIHAN PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME

BerfikirFahamIngatYakinKemahiran sosialSeronok

PELAKSANAAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU SECARA KONTEKSTUAL

FAEDAH PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL KEPADA MURID

Sekian, terima kasih.

Disediakan olehJULIANA BINTI ZAINULPPG SAINS 6P