24
PEMBELAJARAN INKUIRI PENEMUAN & PEMBELAJARAN KOLABORATIF

Pembelajaran Kolaboratif Pembeljaran Inkuiri

  • Upload
    sidjerk

  • View
    178

  • Download
    3

Embed Size (px)

DESCRIPTION

SAFDFSDFSDFSDFSDFSDFSDFSDFSDF

Citation preview

Page 1: Pembelajaran Kolaboratif Pembeljaran Inkuiri

PEMBELAJARAN INKUIRI PENEMUAN

&

PEMBELAJARAN KOLABORATIF

Page 2: Pembelajaran Kolaboratif Pembeljaran Inkuiri

PEMBELAJARAN INKUIRI PENEMUAN

• Kaedah inkuiri adalah suatu kaedah yang digunakan bagi membuktikan ilmu-ilmu dalam sains sosial

• Menurut Mok Soon Sang (2002:198), kaedah inkuiri juga dikenali sebagai kaedah dapatan, kaedah penemuan atau kaedah Heuristik. Ia digunakan sebagai satu satu kaedah pengajaran dalam mata pelajaran kemanusiaan seperti sejarah.

• kaedah ini juga melibatkan proses penyelesaian masalah berdasarkan persoalan-persoalan yang ditimbulkan dengan menggunakan maklumat-maklumat yang diperoleh.

• Kaedah ini juga dapat menajamkan pemikiran dan memberikan kesan-kesan pembelajaran yang bermakna dan mendalam kepada pelajar

Page 3: Pembelajaran Kolaboratif Pembeljaran Inkuiri

• Dari segi pengajaran, kaedah ini tidak memerlukan guru begitu terikat kepada cara-cara menyampaikan data-data atau maklumat-maklumat penting seperti yang biasa diamalkan. Sebaliknya, kaedah inkuiri memerlukan penglibatan pelajar dalam pembelajaran yang dirancangkan secara sistematik oleh guru.

• Daripada pengalaman-pengalaman penyelidikan, kaedah inkuiri dapat memberikan kemahiran yang penting kepada proses pengembangan kemahiran intelek.

Page 4: Pembelajaran Kolaboratif Pembeljaran Inkuiri

KONSEP KAEDAH PENGAJARAN INKUIRI

• Kaedah inkuiri atau tinjau siasat atau pertemuan adalah salah satu daripada pelbagai kaedah pengajaran yang boleh digunakan oleh guru dalam pengajaran sejarah dan kajian tempatan

• menitikberatkan kepada pengajaran dan pembelajaran yang berorentasikan teknik, prosedur dan cara-cara melihat masalah serta menyelesaikan masalah dalam pembelajaran

• Pengajaran secara inkuiri akan memberi peluang kepada pelajar-pelajar melakukan operasi intelektual dan memerlukan pelajar memperoleh pengetahuan dan pemahaman melalui proses inkuiri yang mereka jalankan.

Page 5: Pembelajaran Kolaboratif Pembeljaran Inkuiri

• Melalui kaedah inkuiri, pengetahuan yang diperoleh oleh murid melalui proses mengenal pasti, mencari dan menguji pengetahuan. Murid akan melibatkan diri secara aktif dalam proses yang berbentuk tinjau siasat dan mementingkan soalan yang terbuka serta mencabar pemikiran murid

• Sesi pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan kaedah inkuiri memerlukan penglibatan murid. Murid sendiri akan bertindak memainkan peranan sebagai perancang dan pelaku proses pembelajaran

• guru bertindak sebagai pembimbing dan penggalak dalam proses pengajaran dan pembelajaran atau bertindak sebagai penasihat sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung

• Kaedah ini dapat membentuk sikap suka meneroka dan menyelidik dalam kalangan pelajar.

Page 6: Pembelajaran Kolaboratif Pembeljaran Inkuiri

• berdasarkan falsafah John Dewey proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah merangkumi tiga aspek utama iaitu penyiasatan, pemikiran reflektif dan jumpaan.

• Guru akan membentuk dan menguruskan pengalaman pembelajaran yang membolehkan murid memperoleh pengetahuan dan sikap yang wajar supaya mereka dapat menjalani proses inkuiri dalam proses pengajaran dan pembelajaran sejarah, murid dapat memahami dan menerangkan sesuatu perkara, konsep, prinsip, masalah dengan membuat penyelidikan sendiri, bukan lagi diberitahu guru semata-mata.

• Kaedah pengajaran inkuiri boleh dibahagikan kepada dua pendekatan iaitu kaedah inkuiri pendekatan deduktif dan kaedah inkuiri pendekatan induktif

Page 7: Pembelajaran Kolaboratif Pembeljaran Inkuiri

PENDEKATAN DEDUKTIF

• Pendekatan deduktif ialah kaedah pengajaran yang beralih daripada peraturan atau generalisasi kepada contoh-contoh khusus dan seterusnya membuat kesimpulan.

• kaedah inkuiri melalui pendekatan deduktif,murid dikehendaki mencari fakta-fakta atau maklumat-maklumat tertentu yang berkaitan dengan masalah yang berkaitan dengan masalah yang dikemukakan proses mencari maklumat atau fakta sejarah itu akan dipandu oleh generalisasi dan kesimpulan sesuatu peristiwa sejarah yang telah diketahui dan diterima umum.

• Murid tidak perlu membuat sebarang generalisasi kerana generalisasi telah diberikan pada peringkat awal. Sebaliknya murid hanya perlu mencari fakta dan maklumat dengan berpandukan kepada generalisasi yang diberikan.

Page 8: Pembelajaran Kolaboratif Pembeljaran Inkuiri

Konsep pendekatan deduktif perlulah berdasarkan prinsip-prinsip berikut (Shipley, 1968):

1. Cadangkan masalah yang mencabar 2. Bantu murid-murid menganalisis masalah 3. Bantu murid-murid memilih tindakan atau

pemikiran yang boleh dipertimbangkan 4. Guru menjadi sumber maklumat kepada murid 5. Memandu dan mengarahkan murid bergerak

daripada prinsip atau prosedur am yang betul sebelum mereka mahir menggunakannya.

6. Elakkan daripada memberi jawapan kepada murid dan galakkan mereka menggunakan langkah-langkah yang sudah diketahui bagi menyelesaikan masalah tersebut sendiri.

7. Pastikan murid mencari penyelesaian masalah tersebut dan cadangkan bagaimana mereka memastikan jawapan mereka sama ada betul atau salah.

Page 9: Pembelajaran Kolaboratif Pembeljaran Inkuiri

PEMDEKATAN INDUKTIF

• Pendekatan induktif pula ialah sesuatu pendekatan yang beralih daripada data- data yang terkumpul kepada generalisasi.

• Pendekatan ini memerlukan kita membuat sesuatu generalisasi daripada persamaan yang terdapat dalam perkara-perkara yang berbeza.

• Pendekatan induktif adalah selaras dengan pemikiran sejarah yang berupaya menerangkan fenomena seperti revolusi yang berlaku di negara-negara yang berbeza.

Page 10: Pembelajaran Kolaboratif Pembeljaran Inkuiri

• Langkah-langkah pengajaran berdasarkan pendekatan induktif adalah seperi berikut :

1. Sesuatu masalah dikemukakan dan ditakrifkan

2. Kemukakan pelbagai hipotesis atau cara penyelesaian

3. Hipotesis yang tidak munasabah akan ditolak

4. Data dikumpulkan dengan cara yang sistematik.

5. Data dianalisis bagi mendapatkan elemen-elemen yang saling berkaitan

6. Kesimpulan dibuat berdasarkan bukti yang dikumpulkan

7. Keputusan diaplikasikan bagi menyelesaikan masalah atau situasi yang sama.

Page 11: Pembelajaran Kolaboratif Pembeljaran Inkuiri

• Pada awal kajian, murid dikehendaki membuat hipotesis.

• Selepas mengumpul data-data yang sah, menilai hipotesis dengan menggunakan data dan maklumat yang diperoleh, murid dikendaki pula membuat generalisasi berdasarkan bukti-bukti yang terkumpul tadi.

• Akhir sekali mengaplikasikan generalisasi tersebut kepada situasi yang sama.

Page 12: Pembelajaran Kolaboratif Pembeljaran Inkuiri

PRINSIP-PRINSIP MODEL INKUIRI

• Terdapat beberapa prinsip yang perlu diketahui oleh guru sebelum melaksanakan model inkuiri di dalam pengajaran . Ini sangat penting untuk memastikan kaedah yang digunakan . Ini benar-benar mampu menghasilkan satu pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

• Prinsip pertama yang perlu diberi tumpuan oleh guru ialah mereka perlu memlih

• topik kajian yang terdapat dalam sukatan dan mengikut objektif pelajaran . Ini penting agar proses pengajaran itu nanti sesuai dengan tahap kemampuan mereka . Objektif pengajaran guru akan mempunyai matlamat yang perlu dicapai oleh pelajar.

Page 13: Pembelajaran Kolaboratif Pembeljaran Inkuiri

• Prinsip kedua ialah penyediaan alatan . Guru perlu menyediakan alatan yang sesuai dan mencukupi sebelum memulakan sesuatu kajian. Alatan yang tidak sesuai serta tidak berfungsi akan menggangu kelancaran proses pembelajaran pelajar. Oleh yang demikian para guru perlu memastikan alatan sentiasa dalam keadaan baik, berfungsi, sesuai dan mencukupi.

• Prinsip ketiga ialah peranan yang dimainkan oleh guru. Guru perlu berbincang dengan pelajar mengenai tujuan kajian dibuat. ini akan dapat memberikan pengetahuan awal kapada pelajar apa yang perlu mereka lakukan. Guru perlu juga memastikan murid-murid memahami langkah-langkah untuk menjalankan kajian.

• Prinsip yang keempat ialah guru perlu mengelak daripada memberi jawapan atau memberitahu murid jawapan dan kesimpulan yang diharapkan. Dalam peringkat ini , guru perlu memberi kebebasan kepada murid dalam setiap jawapan atau kesimpulan yang mereka berikan.

Page 14: Pembelajaran Kolaboratif Pembeljaran Inkuiri

• Guru juga perlu memastikan agar aktiviti dibuat oleh pelajar sendiri. Kegagalan guru memastikan kajian dibuat oleh pelajar akan memberikan impak yang besar kepada proses pengajaran dan pembelajaran mereka.

• Guru juga perlu mengawal pelajar agar mereka tidak menyeleweng dari kaedah kajian. Guru harus sentiasa peka dan mudah mengesan kesilapan yang dilakukan oleh pelajar serta membuat peneguran kepada pelajar. Ini penting supaya pelajar tidak terpesong daripada matlamat dan objektif kajian.

• Sebaik sahaja kajian selesai dijalankan , guru perlu mengadakan perbincangan dengan pelajar. Dalam perbincangan ini , guru boleh mendengar keputusan dan kajian pelajar di samping bertukar-tukar pendapat, pandangan dan pengalaman. Setiap pandangan daripada murid hendaklah diterima dan diberi perhatian . Guru boleh membuat kesimpulan atau keputusan di akhir perbincangan tersebut.

Page 15: Pembelajaran Kolaboratif Pembeljaran Inkuiri

Ciri-ciri Penting 1. Terdapat beberapa langkah yang spesifik dalam proses pengajaran dan pembelajaran iaitu mengenal pasti masalah, merancang strategi penyelesaian, mengumpul maklumat, menganalisis maklumat dan mendapat keputusan serta membuat rumusan 2. Pendekatan ini lebih sesuai untuk murid yang mempunyai kecerdasan yang tinggi oleh itu ia mungkin menimbulkan masalah untuk murid yang lemah 3. Pendekatan ini menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif serta celik akal dikalangan murid 4. Murid-murid yang terlibat dengan kaedah ini akam merasa puas hati apabila mereka dapat mencari jawapan sendiri dan menggalakan perasaan berdikari dalam proses pembelajaran 5. Untuk menggunakan kaedah ini, guru perlu mempunyai kepakaran yang lebih tinggi dan perlu membuat perancangan yang lebih teliti

Page 16: Pembelajaran Kolaboratif Pembeljaran Inkuiri

Fasa Model Inkuiri Fasa Satu : • Dalam Fasa Satu, guru perlu mengemukakan

situasi masalah yang perlu diselesaikan oleh pelajar. Kemudiannya memberikan penerangan susun atur bagaimana untuk menjalankan inkuiri yang digunakan .

Fasa Dua : • Dalam Fasa Dua pula, ia melibatkan proses

mengumpul data . Pegumpulan data dibuat melalui ujikaji, pemerhatian dan pemeriksaan situasi sebenar. Guru-guru hendaklah cuba membantu murid dengan mengembangkan jenis maklumat yang didapati.

Page 17: Pembelajaran Kolaboratif Pembeljaran Inkuiri

Fasa Tiga :

• Dalam Fasa Tiga , pelajar-pelajar perlu mengasingkan pembolehubah yang releven iaitu untuk membentuk hipotesis dan membuat perkaitan tentang sebab dan akibat masalah berlaku.

Fasa Empat :

• Dalam Fasa Empat , guru meminta pelajar menyusun semua data-data yang telah mereka perolehi bagi membentuk satu keterangan mengenai kajian mereka.

Page 18: Pembelajaran Kolaboratif Pembeljaran Inkuiri

Fasa Lima : • Dalam fasa yang terakhir ini , pelajar diminta untuk

menganalisis corak inkuiri yang telah mereka hasilkan . Pada fasa ini pelajar boleh memberikan pelaporan mengenai kajian yang telah mereka lakukan dalam bentuk penulisan, gambarajah atau sebagainya.

( Auzit Shamsudin, 1997 ). • Walaupun model inkuiri banyak digunakan dengan meluas

dalam bidang sains tetapi kini ianya juga digunakan secara meluas dalam semua mata pelajaran.

• Model ini terhasil daripada gabungan kaedah inkuiri dan penemuan , ianya kelihatan hampir sama dengan kaedah Eksperimen. Konsep Model Inkuiri dan Kaedah Penemuan adalah berlainan , tetapi pendekatan , strategi, tujuan , prinsip dan langkah-langkah menjalankan aktivitinya adalah sama.

• Model ini adalah merupakan satu pengajaran yang menarik serta merangsangkan pelajar-pelajar kerana mereka memerlukan kreativiti, pemikiran, penaakulan serta penilaian bagi menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat sesuatu keputusan.

Page 19: Pembelajaran Kolaboratif Pembeljaran Inkuiri

ASPEK PEMBELAJARAN INKUIRI

• Kaedah inkuiri adalah berasaskan kepada pengetahuan saintifik untuk mendapatkan maklumat-maklumat

• Kaedah ini bertujuan mengembangkan kemahiran-kemahiran dalam membuat kesimpulan-kesimpulan, membuat dan menyusun data serta menganalisis data (maklumat).

• Salah satu kepentingan kaedah inkuiri dalam pengajaran Sejarah ialah menekankan kepada kepentingan membuat generalisasi bercorak deskriptif, faktual, pensejarahan, bersyarat (conditional), penjelasan (explanatory), memberi definisi, orientasi nilai, sebab-munasab dan sebagainya

Page 20: Pembelajaran Kolaboratif Pembeljaran Inkuiri

• Melalui proses inkuiri, satu generalisasi daripada bidang sejarah boleh dikaji atau atau diuji sebagai suatu kemungkinan hipotesis.

• Penekanan terhadap aspek ini akan membolehkan pelajar-pelajar mengembangkan kebolehan menilai pelbagai corak generalisasi yang berkaitan dengan isu-isu sosial khususnya dan masalah-masalah serta mengaplikasikan masalah-masalah yang dipelajari dengan kehidupan mereka.

• Dalam merancang tajuk-tajuk, guru boleh membuat keputusan-keputusan yang rasional dan terancang mengenai bahan-bahan, aktiviti pembelajaran dan strategi-strategi pengajaran untuk memandu dan menentukan tercapainya matlamat pengajaran inkuiri.

Page 21: Pembelajaran Kolaboratif Pembeljaran Inkuiri

KEBAIKAN MODEL INKUIRI

• Terdapat beberapa kebaikan bagi model ini yang boleh dimanfaatkan oleh pelajar-pelajar. Di antaranya ialah :-

• Model ini berasaskan strategi pemusatan pelajar . Pelajar melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran sepenuhnya.

• Menghasilkan pemahaman yang lebih mendalam terhadap rumusan atau generalisasi yang dibuat.

• Menimbulkan minat pelajar serta naluri ingin tahu pelajar terhadap aktiviti pembelajaran yang dilakukan.

• Memberi peluang kepada pelajar-pelajar menjalankan aktiviti

• pembelajaran secara bebas • Pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi

oleh murid-murid akan kekal lama. • Menggalakkan pelajar berfikir secara saintifik

dan rasional.

Page 22: Pembelajaran Kolaboratif Pembeljaran Inkuiri

KELEMAHAN MODEL INKUIRI

• Model ini hanya sesuai kepada pelajar tahap

dua di sekolah rendah. • Model ini memerlukan penggunaan masa

yang panjang. • Pelajar yang kurang pengalaman akan

menghadapi kesulitan untuk mendapatkan hasil kajian yang tepat.

• Model ini hanya sesuai kepada pelajar yang cerdas dan kurang sesuai kepada pelajar yang lemah.

• Model ini memerlukan kecekapan guru untuk mengurus dan mengendalikan aktiviti kajian .

• Hasil dapatan yang kurang tepat mampu melemahkan pelajar.

Page 23: Pembelajaran Kolaboratif Pembeljaran Inkuiri

LITTLE DROPS OF WATER

MAKE A MIGHTY OCEAN

LITTLE DROPS OF SAND

MAKE A MIGHTY LAND

LITTLE DROPS OF EDUCATION

MAKE A MIGHTY PERSON

Page 24: Pembelajaran Kolaboratif Pembeljaran Inkuiri

TERIMA KASIH