22
Proposal Projek Kolaboratif Membangkitkan Kesedaran Masyarakat Kepada Isu Penyahutanan di Borneo (Bidang Pilihan: Animasi 2D) Universiti Malaysia Sabah Semester 2 2013/2014 CV21603 Projek Kolaboratif (Pra MATRIX) Stephanie Saidol BC12160227 Cik Norhayati Ayob Isi Kandungan

Proposal Projek Kolaboratif

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Proposal untuk Projek Tahun Akhir Teknologi Seni Visual UMS

Citation preview

20

Proposal Projek Kolaboratif

Membangkitkan Kesedaran Masyarakat Kepada Isu Penyahutanan di Borneo (Bidang Pilihan: Animasi 2D)

Universiti Malaysia SabahSemester 2 2013/2014CV21603 Projek Kolaboratif (Pra MATRIX)

Stephanie SaidolBC12160227

Cik Norhayati Ayob

Isi Kandungan

Pengenalan------------------------------------------------------------------------------------3Pernyataan Permasalahan------------------------------------------------------------------10Soalan Kajian--------------------------------------------------------------------------------11Objektif Kajian------------------------------------------------------------------------------11Kaedah Kajian-------------------------------------------------------------------------------12Sorotan Literatur-----------------------------------------------------------------------------12Kepentingan Kajian-------------------------------------------------------------------------14Limitasi Kajian------------------------------------------------------------------------------15Rujukan---------------------------------------------------------------------------------------16Lampiran-------------------------------------------------------------------------------------17

Pengenalan

Animasi berasal dari bahasa Yunani anima, dimana ertinya adalah jiwa dan hidup. Animasi juga bermaksud memberikan hidup terhadap objek dengan cara menggerakkan objek gambar. Secara teknikalnya, animasi adalah sekumpulan gambar yang disusun secara berurutan dan memberikan ilusi gerak kepada objek yang dilukis. Secara keseluruhannya, animasi adalah dimana objek yang diwujudkan dari melukis diberikan kesan hidup dengan menggerakkannya.

Jenis-Jenis Animasi

Secara umumnya, ramai yang menganggap bahawa animasi terdiri daripada hanya 2 dimensi dan 3 dimensi sahaja. Selain daripada 2 dimensi dan 3 dimensi, terdapat banyak lagi jenis animasi yang wujud. Jenis-jenis animasi yang wujud adalah: Animasi Tradisional Animasi Komputer Animasi Stopmotion Animasi Hybrid

1. Animasi Tradisional

Animasi tradisional dalah dimana kartun dibuat secara manual iaitu dengan menggunakan tangan. Teknik pembuatan kartun ini adalah jenis animasi yang pertamanya wujud di dunia. Animasi ini dibuat pada keping kertas lutsinar yang dipanggil sebagai celluloid. Lukisan kartun dilukis pada kepingan celluloid yang banyak dan akan menghasilkan gerakan pada objek tersebut. Namun kaedah ini sudah jarang digunakan sejak kemunculan teknik animasi dengan komputer.

2. Animasi Komputer

Animasi computer juga dikenali sebagai CGI( Computer Generated Imagery) adalah animasi yang dihasilkan menggunakan computer. Dalam menggunakan computer untuk menghasilkan animasi, terdapat dua jenis iaitu 2 dimensi dan 3 dimensi.

2 Dimensi

Dihasilkan dalam computer menggunakan 2D grafik bitmap ataupun menggunakan 2D grafik vector. Ini termasuklah versi computer automatik animasi tradisional. Animasi 2D mempunyai banyak software yang wujud untuk menghaslkannya seperti Adobe Flash, Anime Studio, Toon Boom, Corel Rave dan banyak lagi. 3 Dimensi

Animasi 3D adalah dimana terdapat proses permodelan secara digital untuk menghasilkan sebuah karakter. Animasi 3D adalah pengembangan dari Animasi 2D. Dengan animasi 3D, watak muncul semakin hidup dan nyata, mendekati wujud manusia aslinya. Karakter atau objek dapat dibentuk dengan sangat terperinci menyamai objek sebenar atau hampir menyamai objek sebenar sehingga kita kadang-kadang tidak dapat membezakan antara gambar sebenar atau gambar yang dihasilkan dengan komputer. Selain daripada dapat menghasilkan gambar objek seperti objek sebenar,animasi 3D juga digunakan untuk meggambarkan sesuatu idea atau objek yang belum dicipta kepada bentuk 3 dimensi.

3. Animasi Stop motion

Animasi jenis ini adalah animasi yang menggabungkan unsur fotografi dan pergerakan. Ia dihasilkan dengan memanipulasikan objek yang wujud dan mengambil gambarnya satu frame pada satu masa ke masa untuk mewujudkan ilusi pergerakan. Terdapat banyak software untuk menghasilkan animasi stopmotion, akan tetapi menghasilkan animasi stopmotion secara tradisional hanya akan menggunakan kos yang lebih murah tetapi memakan masa yang banyak berbanding dengan menggunakan computer. Antara jenis-jenis animasi stopmotion yang wujud adalah seperti:

Animasi Puppet Animasi Clay Animasi Cut out Animasi Silhouette Animasi Objek Brickfilm4. Animasi Hybrid

Animasi hybrid adalah penggunaan teknik pembuatan animasi menggunakan kaedah yang bercampur. Animasi Hybrid juga dikenali sebagai animasi media bercampur. Sebagai contohnya, teknik pembuatan animasi 2 dimensi dan 3 dimensi digunakan bersama dalam sebuah pembuatan animasi.(Rujuk lampiran untuk contoh gambar jenis-jenis animasi)Teknik Pembuatan Animasi

Berdasarkan teknik pembuatan animasi, terdapat sepuluh jenis teknik pembuatan animasi iaitu: Animasi cel Animasi frame Animasi sprite Animasi path Animasi spline Animasi vektor Morphing Animasi clay Animasi digital Animasi karakter1. Animasi cel

Animasi cel berasal dari kata celluloid, iaitu bahan asas dalam pembuatan animasi jenis ini ketika tahun-tahun awal adanya animasi. Animasi cel merupakan lembaran-lembaran yang membentuk animasi tunggal, setiap cel merupakan bahagian yang terpisah sebagai objek animasi. Contohnya, terdapat tiga buah animasi cel, cel pertama berisi satu animasi karakter, cel kedua berisi animasi karakter lain, dan cel terakhir berisi latar animasi. Ketiga-tiga animasi cel ini akan disusun sejajar dengan satu sama yang lain, sehingga apabila dijalankan secara serentak, suatu pergerakan wujud. Contoh animasi jenis ini adalah film kartun seperti Tom and Jerry, Mickey Mouse dan Detektif Conan.

2. Animasi frame

Animasi frame merupakan animasi yang paling sederhana, dimana animasinya didapatkan dari rangkaian gambar yang berganti ditunjukan, pergantian gambar ini diukur dalam satuan fps (frame per second). Contoh animasi ini adalah ketika kita membuat rangkaian gambar yang berbeza pada tepi sebuah buku, kemudian kita buka buku tersebut sedemikian rupa, maka gambar akan terlihat bergerak. Dalam Adobe Flash, animasi ini dibuat dengan teknik animasi keyframe, teknik ini sering digunakan untuk mendapatkan animasi objek yang tidak boleh didapatkan dengan teknik animasi tween, teknik animasi path dan teknik animasi skrip.

3. Animasi sprite

Pada animasi ini setiap objek bergerak secara mandiri dengan latar belakang yang tidak bergerak, setiap objek animasi disebut sprite. Tidak seperti animasi cel dan animasi frame, setiap objek dalam animasi sprite bergerak tidak dalam waktu bersamaan, memiliki besar fps yang berbeza dan pengeditan hanya dapat dilakukan pada objek sprite masing-masing. Contoh animasi ini adalah animasi pergerakan pusingan planet, burung terbang dan bola yang memantul.

4. Animasi path

Animasi path adalah animasi dari objek yang gerakannya mengikuti garis lintasan yang sudah ditentukan. Contoh animasi jenis ini adalah animasi kereta api yang bergerak mengikuti lintasan rel. Biasanya dalam animasi path diberi perulangan animasi, sehingga animasi terus berulang hingga mencapai keadaan tertentu. Dalam Adobe Flash, animasi jenis ini didapatkan dengan teknik animasi path, teknik ini menggunakan layer tersendiri yang didefinisikan sebagai lintasan gerakan objek.

5. Animasi spline

Pada animasi spline, animasi dari objek bergerak mengikuti garis lintasan yang berbentuk melengkung, dihasilkan dari representasi pengiraan matematik. Hasil gerakan animasi ini lebih halus dibandingkan dengan animasi path. Contoh animasi jenis ini adalah animasi kupu-kupu yang terbang dengan kelajuan yang tidak tetap dan lintasan yang berubah-ubah. Dalam Adobe Flash, animasi jenis ini didapatkan dengan teknik animasi script, teknik ini menggunakan action script yang membangkitkan sebuah lintasan berbentuk melengkung dari persamaan matematik.

6. Animasi vektor

Animasi vektor hampir sama dengan animasi sprite, perbezaannya hanya terletak pada gambar yang digunakan dalam objek sprite-nya. Pada animasi sprite, gambar yang digunakan adalah gambar bitmap, dan animasi vektor pula menggunakan gambar vektor dalam objek sprite-nya. Penggunaan vektor ini juga melibatkan ukuran file animasi vektor menjadi lebih kecil dibandingkan dengan file animasi sprite.

7. Morphing

Morphing adalah mengubah satu bentuk menjadi bentuk yang lain. Morphing memperlihatkan serangkaian frame yang menciptakan gerakan halus dari bentuk pertama yang kemudian mengubah dirinya menjadi bentuk yang lain. Dalam Adobe Flash animasi jenis ini dilakukan dengan teknik tweening shape.

8. Animasi clay

Animasi ini sering disebut animasi doll (boneka). Animasi ini dibuat menggunakan boneka-boneka tanah liat atau material lain yang digerakkan perlahan-lahan, kemudian setiap gerakan boneka-boneka tersebut difoto secara berurutan, setelah proses pemotretan selesai, rangkaian foto dijalankan dalam kelajuan tertentu sehingga menghasilkan gerakan animasi yang unik. Contoh pengaplikasian animasi ini adalah pada film Chicken Run dari Dream Work Pictures.

9. Animasi digital

Animasi digital adalah penggabungan teknik animasi cell (Hand Drawn) yang dibantu dengan komputer. Gambar yang sudah dibuat dengan tangan kemudian diedit, diwarnai, diberi animasi, dan diberi efek di komputer, sehingga animasi yang didapatkan lebih hidup tetapi tetap tidak meninggalkan identitinya sebagai animasi 2 dimensi. Contoh animasi jenis ini adalah film Spirited Away dan Lion King.

10. Animasi karakter

Animasi karakter biasanya digunakan dalam film kartun berasaskan 3 dimensi, oleh sebab itu juga ada yang menyebutnya sebagai animasi 3D. Pada animasi ini setiap karakter memiliki ciri dan gerakan yang berbeda tetapi bergerak secara bersamaan. Dalam proses penghasilannya, animasi jenis ini sangat memerlukan penggunaan komputer, hanya pada permulaan saja menggunakan teknik manual, iaitu pada saat pembuatan sketsa model atau model patung yang nantinya di-scan dengan scanner biasa atau 3D Scanner. Setelah itu proses pembuatan objek dilakukan di komputer menggunakan perangkat lunak 3D modelling and animation seperti Maya Unlimited, 3ds max dan sebagainya. Setelah dilakukan pengeditan video, penambahan efek khas dan suara menggunakan perangkat lunak terpisah. Terdapat juga beberapa animasi dengan teknik ini yang menggunakan alam nyata sebagai latar cerita animasi tersebut. Contoh animasi dengan teknik ini adalah filem animasi yang berjudul Finding Nemo, Toy Story dan Monsters Inc.

Asas dan Bahan-bahan Animasi 2D

Perkara yang paling asas dan penting dalam pembuatan animasi 2D adalah dengan menghasilkan bahan-bahan yang diperlukan terlebih dahulu, seperti:

1. Jalan Cerita (Storyline)

i. Sinopsis ceritaii. Struktur cerita ( Permulaan, Konflik, Klimaks dan Pengakhiran)

2. Watak

i. Watak yang dilakonkan dalam ceritaii. Contoh : pemotong kayu, nenek, Little Red Riding Hood, Serigala

3. Skrip

i. menerangkan aksi dalam filemii. digunakan untuk merakamkan penceritaan / dialogiii. sebagai rujukan utama dalam megnhasilkan papan ceritaiv. disediakan berdasarkan jalan ceritav. setiap babak menceritakan keseluruhan ceritavi. membantu untuk merancang durasi / tempoh masa sesuatu cerita

4. Storyboard

i. susunan babak dalam ceritaii. terjemahan cerita dari skripiii. menjadikan sesebuah produksi animasi itu lebih sistematikiv. mempunyai latar belakang, aksi, frame, pergerakan kamerav. menyeragamkan masa aksi-aksi watak dengan skrip

Pernyataan Permasalahan

Terdapat lebih daripada 3,000 spesis pokok asli di Sabah. Jumlah keluasan kawasan hutan di Malaysia dianggarkan melebihi separuh daripada keluasan tanah negara, iaitu 6.4 juta hektar di Semenanjung Malaysia, 4.7 juta di Sabah dan 9.4 juta hektar di Sarawak. Kebanyakan daripada kawasan hutan tersebut telah diwartakan sebagai hutan simpan kekal, taman negeri dan taman negara, atau lain-lain kawasan perlindungan hutan dalam usaha untuk memelihara pelbagai jenis hutan untuk generasi akan datang. Akan tetapi, pembasmian hutan secara meluas dan haram telah menggugat spesis pokok asli yang terdapat di hutan Borneo ini. Pembasmian hutan dikenali sebagai proses pembersihan hutan dengan cara menebang dan membakar pokok.

Selain daripada itu, menurut buku yang ditulis oleh Alan Grainger bertajuk Controlling tropical deforestation mendefinasikan pembasmian hutan sebagai proses pembersihan hutan samaada secara sementara atau kekal untuk digunakan sebagai tapak pertanian atau bagi tujuan lain. Masalah pembalakan haram merupakan salah satu aspek yang terpenting dalam proses pembasmian hutan ini kerana pembalakan haram ini berlaku tanpa kawalan daripada pihak berkuasa walaupun kerajaan ataupun pihak berkuasa telah mewartakan kawasan hutan tersebut sebagai khazanah kerajaan dan diwartakan sebagai kawasan hutan simpan kekal. Akan tetapi, atas kerana sikap pentingkan diri dan hanya mementingkan keuntungan menyebabkan golongan ini tidak mengendahkan langsung mengenai perkara ini.

Penebangan balak untuk tujuan komersial menjadi aspek paling penting dalam memusnahkan dan pembasmian hutan di Sabah .Syarikat kayu British Borneo telah memonopoli penebangan balak di sabah pada tahun 1919 dan 1952. Selepas daripada perang dunia kedua, tiga syarikat besar asing dan lapan syarikat firma tempatan telah membesarkan operasi pembalakan ini. Pembasmian hutan dan kepupusan spesis tumbuhan yang terdapat di Malaysia merupakan salah satu perkara dan aspek penting untuk generasi sekarang sedar akan perkara ini, kerana melalui pembasmian hutan yang berleluasa akan menyebabkan spesis tumbuhan yang terdapat di Malaysia akan terus diancam kepupusan jika pembasmian hutan ini tidak di kawal dan diberikan perhatian sepenuhnya.

Pada hakikatnya, sistem biologi yang berasaskan hutan adalah amat kompleks dan sukar difahami, begitu juga dengan keadaan hidup berbilion-bilion manusia yang bergantung sepenuhnya pada hutan. Oleh itu, saya ingin membuat sebuah animasi yang berkaitan dengan pembasmian hutan secara haram. Pembikinan animasi ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang betapa seriusnya isu alam sekitar ini melalui situasi karakter yang akan dialaminya. Pendedahan tentang isu alam sekitar ini amat penting terutamanya kepada golongan muda yang tidak begitu mengambil berat tentang perkara buruk yang berlaku kepada khazanah alam sekitar ini. Oleh itu, animasi ini akan dihasilkan untuk memberi kesedaran tentang pembasmian hutan yang berlaku di Borneo terutamanya kepada golongan muda.

Soalan Kajian

Sedarkah penduduk di Borneo tentang betapa seriusnya isu penebangan hutan yang berlaku?

Apakah pendekatan yang senang agar masyarakat boleh memahami situasi sebenar yang berlaku pada hutan Borneo?

Pernahkah masyarakat Borneo memikirkan tentang isu-isu alam sekitar yang serius seperti penebangan hutan haram?

Objektif Kajian

Untuk menyedarkan para penonton tentang bagaimana aktiviti penebangan hutan yang sering berlaku pada hutan di Borneo boleh menjejaskan kehidupan manusia secara tidak langsung. Untuk mewujudkan pendekatan yang boleh difahami dengan membolehkan penonton memahami keadaan penebangan hutan yang berlaku secara serius di Borneo.

Untuk memberi ruang kepada para penonton untuk memikirkan tentang isu-isu alam sekitar yang kurang diberi perhatian oleh masyarakat dan implikasi yang terjadi akibat penebangan hutan secara meluas di Borneo.

Kaedah Kajian

Mencari bahan rujukan di Internet

Internet digunakan untuk mencari bahan rujukan seperti buku, jurnal dan artikel yang berkaitan dengan animasi dan isu-isu yang berkaitan dengan penebangan hutan. Selain dari bahan akademik, Internet juga digunakan untuk membuat rujukan persendirian untuk meningkatkan pemahaman tentang animasi dan cara, proses dan teknik dalam pembuatan animasi.

Mencari bahan ilmiah di perpustakaan

Mencari buku-buku yang berkaitan dengan animasi, terutamanya apa yang harus dibuat sebelum pembikinan animasi berlaku. Contohnya, kaedah untuk proses membuat jalan cerita, pembikinan watak-watak dan penulisan skrip.

Sorotan Literatur

Vaz (1999) yang mengetuai satu projek WWF-Malaysia untuk menyokong usaha pemuliharaan hutan hujan Ulu Padas yang melibatkan komuniti kaum Lundayeh di kawasan ini. Menurut beliau, bertahun lamanya status pemilikan tanah yang tidak menentu telah menjadi satu faktor yang signifikan kepada pengurangan hutan. Kajian dilakukan adalah bertujuan untuk mendapatkan potensi bagi mendapat ruang biodiversiti dengan kaedah mendapatkan lebih hak milik tanah bagi penduduk tempatan.

Kajian ini menunjukkan potensi gabungan tenaga di antara pengukuhan hak milik pegangan tanah dan pemuliharaan biodiversiti. Walaubagaimanapun, pengalaman kajian lapangan menunjukkan terdapat keperluan untuk mengubahsuai tanggapan masyarakat kepada komitmen penduduk tempatan terhadap usaha pemuliharaan. Sungguhpun penduduk tempatan mempunyai rasa dan keinginan yang mendalam terhadap alam sekitar mereka, namun ianya bukanlah jaminan yang memberi keutamaan kepada pemuliharaan. Perkara ini paling ketara dilihat pada tempoh perubahan sosial yang mendadak, di mana terdapat akses yang lebih mudah kepada masyarakat bandar dan sistem yang mempunyai pengaruh yang besar terhadap aspirasi tempatan yang sentiasa berubah-ubah. Perhatian yang lebih diperlukan untuk mengurus perkongsian komuniti dan pemuliharaan alam sekitar sekiranya masyarakat ingin melihat hasil yang relevan terhadap pemuliharaan alam sekitar dan aspirasi penduduk setempat kepada pembangunan ekonomi. Aktiviti pembalakan telah mengeruhkan sungai yang melalui kawasan lembah kedua-dua penempatan penduduk. Sungai Merah Long Pasia yang terkenal, yang airnya berwarna merah terang kesan dari tumbuhan dan dedaun hutan, kini telah bertukar menjadi keruh. Masalah banjir dan sumber hutan yang semakin berkurangan juga sering berlaku. Long Mio juga menghadapai masalah yang sama dengan Sungai Mio akibat aktiviti pembalakan di hulu sungai. Dalam kajiannya Vaz mendapati aktiviti pembalakan yang menjadi faktor yang signifikan terhadap pengurangan sumber tradisional yang menjadi mata pencarian komuniti Lundayeh juga menyebabkan ancaman terhadap alam sekitar, aktiviti ekonomi dan kualiti hidup. Masyarakat tempatan telah beberapa kali cuba menyuarakan kebimbangan mereka kepada pihak berkuasa tetapi gagal untuk mendapatkan tuntutan bagi hak milik tanah di hutan Long Pasia menyebabkan mereka tidak berupaya dan tidak dapat mengawal pembalakan yang dijalankan. Memburukkan lagi keadaan jalan balak yang disediakan oleh Sabah Forest Industries(SFI) bagi tujuan pembalakan, mengakibatkan pihak luar turut mengambil kesempatan untuk membalak di Hutan Simpan Ulu Padas. Aktiviti ini menyebabkan kebanyakkan penduduk kampung merasa terganggu dan terancam. Menurut Vaz beberapa kawasan tanah negeri di hutan Ulu Padas, menjadi sasaran pihak-pihak luar yang berminat untuk mendapatkan hak milik bagi tanah tersebut. Tambahan lagi, tanpa hak milikan yang sah dari kaum Lundayeh, maka tempat ini bebas untuk dimasuki oleh pelbagai pihak dari luar. Sejak pertengahan tahun 1990-an, jalan balak telah menyediakan jalan masuk bagi pemburu rekreasi dan kem-kem balak. Penangkapan ikan sungai juga dilakukan secara berleluasa menggunakan elektrik dan tuba. Dari perspektif pemuliharaan dan nilai, membantu penduduk tempatan mendapatkan hak milikan tanah bagi kawasan tersebut merupakan satu cara untuk menghalang pembalakan, memberikan pengurusan masyarakat dan membolehkan pelaksanaaan tugas pemuliharaan. Tanah Negeri Hutan Ulu Padas juga mempunyai hutan pokok kerangas yang jarang ditemui, riverine oak chestnut, dan Agathis. Semakin lewat proses untuk mendapat hak milik tanah bagi penduduk tempatan, maka semakin terbuka peluang untuk kontraktor pembalak haram membuat aktiviti pembalakan di tanah negeri.

Kepentingan Kajian

Pembasmian hutan dan kepupusan spesis tumbuhan yang terdapat di Malaysia merupakan salah satu perkara dan isu yang serius untuk generasi sekarang sedar dan ambil tahu, kerana melalui pembasmian hutan yang berleluasa, ini akan menyebabkan spesis tumbuhan yang terdapat di Malaysia akan terus diancam kepupusan jika pembasmian hutan ini tidak dikawal dan diberikan perhatian sepenuhnya. Ternyata kestabilan dan keseimbangan alam sekitar telah dipengaruhi oleh tindakan-tindakan manusia untuk menakluki kawasan-kawasan hutan. Hal ini terjadi melalui berbagai aktiviti, contohnya Orang-orang Asli meneroka hutan untuk pertanian, penebangan pokok yang tidak terancang, pembakaran dan lain-lain lagi.

Walaupun beberapa aktiviti kadangkala bertujuan untuk membangunkan ekonomi tetapi adakalanya aktiviti-aktiviti tersebut merupakan pencabulan kawasan oleh manusia yang perlu dibendung melalui undang-undang. Hutan hujan tropika telah banyak membekalkan kita dengan spesies-spesies yang berguna terutamanya tumbuh-tumbuhan untuk makanan dan pertanian, perubatan, estetik dan industri-industri yang bersumberkan tumbuhan hutan. Seandainya hutan-hutan ini masih terus kekal, nescaya masih banyak lagi peluang yang mampu disumbangkan untuk kehidupan sejagat. Oleh itu, projek ini ingin menolong untuk memberi kesedaran tentang pembasmian hutan yang berlaku pada masa kini.

Limitasi Kajian

Skop kajian ini meliputi kawasan sekitar Borneo, kerana jalan cerita animasi yang akan dibina adalah tentang pembasmian hutan yang berlaku di hutan Borneo. Hutan Borneo termasuklah kawasan di Sabah, Sarawak, Brunei dan Kalimantan. Akan tetapi, saya akan mengecilkan lagi skop saya iaitu saya akan lebih fokus kepada hutan yang terdapat di negeri Sabah.

Rujukan

Glebas, F. 2013. The Animators Eye. New York: Focal Press.Leighton, P. 1989. Order of Animation Process. Princeton: Princeton University Press.

Beiman, N. 2013. Prepare to Board! Creating Story and Characters for Animated Features and Shorts. New York: Focal Press.

Collin, N.M. , Sayer, J.A. & Whitmore, T. 1991. The Conservation Atlas of Tropical Forest: Asia and the Pacific. London: Macmillan Press.Fenema, J. V. , & Guillermo, A. , & Poshyananda, A. , & Reyes, C. , & Supangkat, J. , & Wong, S. 1996. Southeast Asian Animation Art Today. Singapore: Roeder Publications Pte. Ltd.

Gopnik, A. 1983. High and Low: Basic Animation for Beginners. Art Journal 4(3): 371-376. Surabaya: Petra Christian University.

Poshyananda, A. 1992. Know Your Characters. New York: Oxford University Press.

Leighton, P. 1989. Re-ordering the Process. Princeton: Princeton University Press.

Munro, M. 2012. Animation Your Way. Cambrigde: Enzo Arts and Publishing Limited.

Lampiran Animasi Tradisional

2 Dimensi

3 Dimensi

Animasi Puppet

Animasi Clay

Animasi Cutout

Animasi Silhouette

Animasi Model

Brickfilm

Animasi Hybrid