Pembangunan Mampan Melalui Modal Insan Bertaraf Dunia

Embed Size (px)

DESCRIPTION

modal insan

Citation preview

Pembangunan Mampan Melalui Modal Insan Bertaraf Dunia

Pembangunan Mampan Melalui Modal Insan Bertaraf Dunia Shaik Syahman b Shaik Abu BakarMohd Haffis b Abd RazakMohd Asiq b HamdiMohd Ridzuan b ShaariPembangunan Mampanpembangunan yang memenuhi keperluan sekarang TANPA menidakkan keperluan generasi yang akan datang. Ia termasuk kawalan kependudukan, makanan, keselamatan dan sumber tenaga. Selain itu, ia juga menyepadukan keutamaan ekonomi, sosial dan alam sekitar

(Sumber : World Commission On Environment & Development, 1987) Elemen Pembangunan Mampan

MatlamatMemastikan penerusan penawaran sumber semulajadi pada masa sekarang dan akan datang melalui penggunaan tanah yang efektif, pengurangan sumber yang tidak boleh diperbaharui, pemuliharaan kepelbagaian sumber semulajadi. Pemuliharaan merangkumi penggantian sumber, perubahan dalam cara penggunaan dan memberi perhatian kepada faktor intangible seperti nilai keselesaan dan nilai warisan.Pemuliharaan SumberMemastikan pembangunan alam bina akan berharmoni dengan alam semulajadi di mana hubungan mereka adalah seimbang dan saling memanfaatkan. membantu menyedarkan komuniti tentang peluang yang terdapat di kawasan tersebut. meminimumkan pembaziran sumber dan keburukan yang akan dibawa kepada komuniti apabila sesetengah kawasan perniagaan mengalami tekanan pembangunan yang melampau sedangkan sesetengah kawasan mengalami kemerosotan perniagaan seperti penutupan kedai dan kehilangan pekerjaan.Pembangunan FizikalMengelakkan pencemaran alam, melindungi kapasiti ekosistem dan mengelakkan pembangunan yang akan mengancam kesihatan manusia atau menjejaskan kualiti kehidupan. mengurangkan atau mengubah proses pengeluaran atau perniagaan yang akan menjejaskan kualiti hidup manusia. Cara pembuangan dan pelupusan sampah harus dititikberatkan.Kualiti Alam SekitarMengelakkan pembangunan yang akan menambahkan jurang antara golongan kaya dan miskin serta menggalakkan pembangunan yang dapat mengurangkan ketidaksamaan sosial. Mengurangkan pembaziran tenaga manusia. Kesaksamaan sosial perlu dipelihara dari segi peluang ekonomi di sesuatu kawasan.Kesaksamaan SosialMenggalakkan penyertaan komuniti dalam membuat keputusan. Keputusan ini termasuklah di dalam memilih pentadbiran kerajaan yang dimahukan. Malaysia mengamalkan system demokrasi berparlimen di mana rakyat bebas di dalam menentukan tampok pemerintahan yang diinginkan. Pilihan raya diadakan setiap 5 tahun bagi membolehkan rakyat untuk membuat pilihan di dalam parti-perti politik yang bertanding.

Penyertaan PolitikModal insan merupakan pelaburan terpenting bagi pembangunan sesebuah negara dan menjadi teras kepada inovasi dan ekonomi berpendapatan tinggi yang produktif. Tidak ada negara mampu mencapai kemajuan tanpa memiliki modal insan cemerlang yang berkemahiran tinggi, boleh bertindak balas dengan pantas dan kreatif terhadap perubahan ekonomi, dan berpaksikan kepada penjanaan dan penggunaan pengetahuan.Pembangunan Modal InsanModel Pembagunan InsanCiri-ciri modal insan

Strategik Pembangunan Modal InsanMerombak Sistem Pendidikan Untuk Meningkatkan Prestasi Pelajar Dengan SignifikanPengenalan

Prestasi pendidikan yang rendah memberi kesan negatif kepada masa depan negara memandangkan tahap pendidikan yang tinggi berkait rapat dengan kadar pertumbuhan ekonomi.

Sekiranya tahap pendidikan Negara tidak ditingkatkan ke peringkat piawaian antarabangsa, serta jurang pencapaian sekolah tidak dikurangkan, Malaysia akan ketinggalan dalam pendidikan dan kehilangan daya saing pada masa hadapan.Memastikan setiap kanak-kanak boleh berjaya.Menetapkan harapan yang tinggi kepada semua pelajar tanpa mengira latar belakang dan menyediakan bantuan dan sokongan yang sistematik terutama kepada mereka yang ketinggalan dalam pembelajaran;

Penyediaan Asas Pendidikan yang Kukuh kepada Lebih Ramai Kanak-kanakPeningkatan Enrolmen dan Kualiti PrasekolahMerendahkan Umur bagi Permulaan PersekolahanMemastikan Penguasaan Literasi dan NumerasiMemartabatkan Bahasa Melayu dan Memantapkan Penguasaan Bahasa InggerisMenjadikan sekolah bertanggungjawab terhadap prestasi pelajar.Memberikan autonomi kepada beberapa aspek pengurusan sekolah sebagai ganjaran ke atas peningkatan signifikan pencapaian pelajar;

Meningkatkan Prestasi Semua Sekolah melalui Program Peningkatan Kualiti Sekolah Secara MenyeluruhPenyenaraian Kedudukan Prestasi Sekolah:Pelan dan Instrumen Penambahbaikan Sekolah:

Peningkatan Prestasi Sekolah melalui Program Sekolah Berprestasi Tinggi

Membuat pelaburan bagi membangun kepemimpinan unggul di setiap sekolah.Membuat pelaburan yang besar bagi meningkatkan prestasi kepimpinan sekolah sebagai pemangkin utama perubahan menerusi kriteria pemilihan yang ketat, latihan dan pengurusan prestasi yang mantap berdasarkan prestasi pelajar.

Memperkenal Baiah atau Tawaran Baru bagi Guru Besar dan Pengetua Sekolah

Peningkatan Sokongan dan Bimbingan kepada Guru Besar dan Pengetua

Meningkatkan daya tarikan profesion keguruan dan menghasilkan guru terbaik.Menjadikan profesion keguruan lebih menarik supaya lebih ramai individu berkebolehan tinggi berminat menyertainya, meningkatkan kualiti latihan praktikum, dan memantapkan pengurusan prestasi serta pembangunan profesional bertaraf dunia yang berterusan.

Menjadikan Profesion Keguruan Pilihan UtamaGanjaran kewangan:Pembangunan kerjaya:Berprestij:Pembangunan nusa bangsa:

Pengukuhan Latihan Perguruan Melalui Latihan PraktikumPenghapusan Jaminan Penempatan Guru PelatihPeralihan kepada Sistem Terbuka dalam Latihan GuruTawaran Baru untuk Semua Guru bagi Meningkatkan Kualiti PerkhidmatanKemajuan Kerjaya Lebih Cepat Berasaskan KompetensiPembangunan Profesional yang Berterusan yang Bersesuaian bagi Menyokong Pembangunan Keupayaan dan Kemajuan KerjayaPelaksanaan Instrumen dan Proses Baru untuk Penilaian dan Penaksiran Guru

Meningkatkan daya tarikan profesion keguruan dan menghasilkan guru terbaik.Transformasi Keberkesanan PenyampaianSistem penyampaian yang cekap dan berkesan sangat diperlukan untuk meningkatkan prestasi pelajar. Pendekatan yang lebih inovatif akan diguna pakai untuk memastikan penyampaian dilaksanakan dengan efektif.

Pengukuhan Penyampaian Perkhidmatan untuk Menyokong Kemajuan SekolahPelaksanaan Kurikulum Baru untuk Memupuk Kreativiti dan InovasiPendidikan Asas dan Prasekolah SwastaPerkongsian Awam-Swasta dalam Pembangunan PrasekolahPerkongsian Awam-Swasta dalam Pendidikan AsasMENINGKATKAN KEMAHIRAN RAKYAT MALAYSIA UNTUK MELUASKAN KEBOLEHPASARANHanya 23% sahaja daripada jumlah tenaga kerja di Malaysia mempunyai pendidikan tertiari berbanding dengan kadar purata bagi negara Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD), iaitu hampir 28% dan mencecah 35% di Singapura dan Finland.

Banyak kajian mendapati siswazah Malaysia kurang kompeten dalam kemahiran teknikal yang diperlukan oleh industri, dan lemah dalam softskills termasuk etika kerja profesional, kemahiran berkomunikasi, kerja berpasukan, membuat keputusan dan kepimpinan.Pengenalanpeningkatan kemahiran secara radikal perlu dilaksana bagi meningkatkan kebolehpasaran kerja dengan memberi tumpuan kepada strategi berikut:Mengarus perdanakan pendidikan teknikal dan latihan vokasional yang berkualiti; danMeningkatkan kompetensi siswazah sebagai persediaan untuk memasuki pasaran pekerjaan.PengenalanMENGARUS PERDANAKAN DAN MEMPERLUAS AKSES KEPADA PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN LATIHAN VOKASIONAL YANG BERKUALITI.

Menambah baik persepsi terhadap TEVT dan menarik minat lebih ramai pelajar.Membangunkan tenaga pengajar TEVT yang lebih efektif.Mempertingkat dan mengharmonikan kualiti kurikulum TEVT selaras dengan keperluan industri.Memperkemas penyampaian TEVTMENGARUS PERDANAKAN PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN LATIHAN VOKASIONAL YANG BERKUALITI.Memperkukuh kerjasama industri dan penyelidikanMemperkukuh kurikulum kursus pengajian bagi menyeimbangkan kandungan akademik dan soft skillsMelantik dan mengekalkan staf akademik yang terbaikMENINGKATKAN KOMPETENSI SISWAZAH BAGI MENYEDIAKAN MEREKA MEMASUKI PASARAN PEKERJAANMENYUSUN SEMULA PASARAN PEKERJAANUNTUK MENJADIKAN MALAYSIA NEGARABERPENDAPATAN TINGGIMENYUSUN SEMULA PASARAN PEKERJAANUNTUK MENJADIKAN MALAYSIA NEGARABERPENDAPATAN TINGGIMatlamat menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi akan dicapai, antara lain, melalui pewujudan pasaran pekerjaan yang efisien untuk membangunkan, menarik dan mengekalkan modal insan berkepakaran.

Kekurangan kemahiran yang diperlukan akan menghalang transformasi negara kepada ekonomi berpendapatan tinggi berasaskan pengetahuan dan inovasi.

Pembaharuan pasaran pekerjaan adalah penting bagi menyedia landasan kepada negara untuk terus berkembang ke arah ekonomi berpendapatan tinggi.

Sistem pasaran pekerjaan yang cekap merupakan faktor penting dalam mengurangkan kos menjalankan perniagaan, mempengaruhi iklim pelaburan dan mewujudkan lebih peluang pekerjaan.

Kebergantungan yang tinggi terhadap pekerja asing tidak mahir bergaji rendah telah mengurangkan kadar upah dan melambatkan syarikat beralih kepada aktiviti bernilai tambah yang tinggi, serta menyumbang kepada pengaliran keluar berterusan modal insan tempatan.Menjadikan Pasaran Pekerjaan Lebih Fleksibel

Bagi mencapai sasaran untuk menjadikan pasaran pekerjaan lebih fleksibel, beberapa elemen perlu diberi perhatian iaitu:

Mengkaji semula rangka kerja perundangan dan institusi bagi menyediakan kaedah penggajian dan pemecatan yang fleksibel.

Memperkukuh perkhidmatan pekerjaan bagi meningkatkan mobiliti pekerja.

Memperbaharui dasar pekerja asing tidak mahir.

Meningkatkan penyertaan tenaga kerja.Menggalakkan perkongsian kos latihan.

Menggerakkan industri bagi meningkatkan kemahiran tenaga kerja.

Menaik taraf dan memperluas akses kepada kolej berasaskan kemahiran.Meningkatkan Kemahiran dan Keupayaan Tenaga Kerja Sedia AdaMempermudah prosedur dan menyedia insentif lebih baik untuk menarik modal insan asing berkepakaran.

Menjadikan bandar lebih menarik kepada modal insan berkepakaran.

Mewujudkan kesinambungan pembangunan modal insan berkepakaran untuk masa hadapan.Menarik dan Mengekalkan Modal Insan Berkepakaran