11
MID-SEMESTER EXAMINATION (MARCH 2010 SESSION) MALAYSIAN STUDIES (BACHELOR) MPW2133 / DTU1153 LECTURER :…………………………………………………………………………… MATRIC NO : …………………………………………. PROGRAMME : ..…………………………………… VENUE : …………………………………………. 8 MAY 2010 TIME : 12.30 pm 2.30 pm 2 hours INSTRUCTIONS: 1. Candidates must read all questions carefully. 2. The examination script consists of the followings: Part Types of Questions Instruction Answer Sheets to be Used A 40 MCQ Answer ALL questions OMR sheet B 8 Short Answers Answer ALL questions Answer booklet C 2 Essays Answer ONE (1) question ONLY Answer booklet THIS EXAMINATION SCRIPT CONTAINS 11 PAGES INCLUDING THE FRONT COVER DO NOT OPEN THE EXAMINATION CRIPT UNTIL FURTHER INSTRUCTION

Past Year Question MSU

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Pengajian Malaysia

Citation preview

Page 1: Past Year Question MSU

MID-SEMESTER EXAMINATION

(MARCH 2010 SESSION)

MALAYSIAN STUDIES (BACHELOR) MPW2133 / DTU1153

LECTURER :……………………………………………………………………………

MATRIC NO : …………………………………………. PROGRAMME : ..…………………………………… VENUE : …………………………………………. 8 MAY 2010 TIME : 12.30 pm – 2.30 pm 2 hours

INSTRUCTIONS:

1. Candidates must read all questions carefully.

2. The examination script consists of the followings:

Part Types of Questions

Instruction Answer Sheets to be Used

A 40 MCQ Answer ALL questions

OMR sheet

B 8 Short Answers Answer ALL questions

Answer booklet

C 2 Essays Answer ONE (1) question ONLY

Answer booklet

THIS EXAMINATION SCRIPT CONTAINS 11 PAGES INCLUDING THE FRONT COVER

DO NOT OPEN THE EXAMINATION CRIPT UNTIL FURTHER INSTRUCTION

Page 2: Past Year Question MSU

SULIT MPW2133 / DTU1153

MPW2133 / DTU1153 MALAYSIAN STUDIES 1/10

BAHAGIAN A (40 markah)

Masa : 40 minit ARAHAN Jawab SEMUA soalan. Gunakan kertas OMR yang telah disediakan.

1. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, pembesar ini bertugas sebagai penjaga kewangan kerajaan. Peranannya menyamai menteri kewangan sekarang. Penyataan ini merujuk kepada __________. A. Bendahara B. Penghulu Bendahari C. Temenggung D. Laksamana 2. Antara faktor berikut, yang manakah mempengaruhi kejatuhan kerajaan Melayu Melaka? i. Kejatuhan ekonomi kerajaan ekoran pelabuhan Melaka yang tidak dikunjungi

pedagang-pedagang asing. ii. Kelemahan pucuk pimpinan dan pembesar-pembesar tempatan. iii. Perpecahan di kalangan rakyat jelata. iv. Aktiviti penjelajahan orang Eropah. A. i,ii dan iii sahaja B. ii,iii dan iv sahaja C. i,ii dan iv sahaja D. i, ii, iii dan iv 3. Kejatuhan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka ke tangan Portugis telah membawa

kemunculan kerajaan baharu yang kuat di rantau Nusantara, iaitu __________. A. kerajaan Pattani B. kerajaan Srivijaya C. kerajaan Majapahit D. kerajaan Melayu-Riau 4. Pengkalan utama Belanda di kepulauan Melayu terletak di __________. A. Srivijaya di Sumatera B. Betawi di Pulau Jawa C. Mataram di Pulau Jawa D. Singhasari di Pulau Jawa

Page 3: Past Year Question MSU

SULIT MPW2133 / DTU1153

MPW2133 / DTU1153 MALAYSIAN STUDIES 2/10

5. Pengaruh Belanda di Tanah Melayu berakhir apabila ___________. A. British berjaya menduduki negara B. Perjanjian Inggeris-Belanda ditandatangani C. Portugis menyerang balas Belanda di Melaka

D. perpecahan Empayar Johor-Riau, iaitu Singapura dan tanah besar Johor jatuh ke tangan British, manakala Kepulauan Riau jatuh ke tangan Belanda

6. Masyarakat Melayu tradisional merujuk kepada ___________. A. masyarakat yang paling lama menghuni bumi Melayu B. masyarakat yang mempunyai pegangan hidup tersendiri C. masyarakat kolot yang tidak mahu menerima perubahan D. masyarakat feudal yang belum menerima pengaruh barat

7. Manakah di antara berikut BUKAN golongan yang terdapat dalam masyarakat Melayu tradisional? A. Golongan hartawan. B. Golongan penghulu. C. Golongan pembesar. D. Golongan rakyat biasa.

8. Pilih penyataan yang benar berhubung kerajaan Melayu Melaka pada abad ke-15. i. Kerajaan Melayu Melaka mengamalkan pentadbiran demokrasi.

ii. Zaman kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka terserlah semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah.

iii. Pandangan masyarakat Melayu Melaka terhadap institusi beraja berkait rapat dengan konsep-konsep ‘taat setia’, ‘daulat’, derhaka’ dan ‘tulah’.

iv. Kesultanan Melayu Melaka merupakan warisan daripada Kesultanan Majapahit di Pulau Jawa.

A. i dan ii sahaja B. ii dan iii sahaja C. iii dan iv sahaja D. i dan iii sahaja 9. Pegawai British yang dilantik sebagai Gabenor malayan Union apabila ia diisytiharkan pada April 1946 ialah __________. A. Sir Harold MacMichael B. Sir Malcom MacDonald C. Sir Edward Gent D. Sir Henry Gurney 10. Penubuhan Malaysia begitu penting untuk pembangunan sosial, ekonomi dan politik. Senarai di bawah merujuk kepada faktor-faktor penubuhan Malaysia, KECUALI A. keseimbangan kaum. B. mempercepatkan kemerdekaan. C. ancaman pengaruh komunis. D. mengelak daripada dijajah semula.

Page 4: Past Year Question MSU

SULIT MPW2133 / DTU1153

MPW2133 / DTU1153 MALAYSIAN STUDIES 3/10

11. Dalam rundingan kemerdekaan Tanah Melayu di London, beberapa persetujuan telah diperolehi, iaitu __________. A. melatih penduduk untuk mahir dalam bidang ketenteraan B. mempertahankan dan melindungi kedudukan raja-raja Melayu C. rakyat tempatan akan mengambil alih jawatan-jawatan penting D. menjadikan sebahagian besar perkhidmatan awam bercorak ketenteraan 12. Sistem Ahli dilaksanakan pada bulan April 1951 hingga Jun 1955. Apakah kepetingan sistem ini? i. Memberi peluang mentadbir. ii. Mewujudkan perpaduan kaum. iii. Membendung pengaruh komunis. iv. Meningkatkan bilangan tenaga kerja. A. i dan ii sahaja B. ii dan iii sahaja C. i dan iv sahaja D. iii dan iv sahaja 13. Pilih penyataan yang TIDAK BENAR mengenai Suruhanjaya Cobbold. A. Diketuai oleh Lord Cobbold.

B. Tujuan pembentukannya adalah meninjau pendapat penduduk Sabah dan Sarawak.

C. 80% penduduk Sabah dan Sarawak meyokong pembentukan Malaysia. D. Membentuk atau menggubal Perlembagaan Persekutuan Malaysia. 14. Nama-nama yang disenaraikan merujuk kepada anggota sebuah suruhanjaya yang dikenali sebagai ___________. A. Suruhanjaya Reid B. Suruhanjaya Cobbold C. Suruhanjaya Kehakiman D. Suruhanjaya Pilihan Raya Persekutuan 15. Berikut merupakan ciri-ciri Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948, KECUALI A. Dewan Undangan Negeri ditubuhkan. B. kerajaan Persekutuan diketuai oleh seorang Pesuruhjaya Tinggi British. C. penubuhan Majlis Raja-raja Melayu untuk menasihati Pesuruhjaya Tinggi

British. D. Persekutuan Tanah Melayu mengandungi 9 buah negeri Melayu dan 2 buah

Negeri-negeri Selat.

Sir Ivor Jennings Sir William McKell Hakim B. Malik Hakim Abduk Hamid

Page 5: Past Year Question MSU

SULIT MPW2133 / DTU1153

MPW2133 / DTU1153 MALAYSIAN STUDIES 4/10

16. Ciri-ciri Perlembagaan Malayan Union telah memberi kelonggaran untuk mendapatkan hak kerakyatan kepada kaum lain melalui prinsip jus soli. Antara syarat kerakyatan ialah __________. A. orang yang mengangkat sumpah taat setia B. bermastautin selama 15 tahun dan ke atas C. rakyat British tidak layak untuk menjadi warganegara D. mereka yang dilahirkan di negeri-negeri Malayan Union sahaja 17. Semasa pembentukan Malayan Union, pelbagai perkara telah berlaku seperti kewujudan Perlembagaan Malayan Union. Walau bagaimanapun, terdapat juga tentangan daripada penduduk tempatan. Antara bantahan yang telah ditunjukkan oleh orang Melayu ialah __________. A. berpendirian ‘tunggu dan lihat’ B. menganjurkan Kongres Melayu Se-Malaya C. mencadangkan pindaan ke atas rancangan Malayan Union

D. menyiarkan surat pegawai tadbir British yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu

18. Berdasarkan kepada penyataan manakah menunjukkan kesan sosial kepada penduduk tempatan akibat penjajahan Jepun di Tanah Melayu? A. Kerosakan jalan raya dan infrastruktur awam lain. B. Banyak kegiatan pertanian dan perlombongan musnah. C. Wujud perasaan untuk berjuang mencapai kemerdekaan.

D. Orang-orang Melayu dan India telah dijadikan buruh paksa untuk membina ‘Jalan Keretapi Maut’.

19. Tempoh pendudukan Jepun di seluruh Tanah Melayu berlangsung antara

__________. A. Februari 1941 hingga Ogos 1944 B. Disember 1942 hingga April1946 C. Disember 1941 hingga April 1945 D. Februari 1941 hingga September 1945 20. Penaklukan British di Tanah Melayu telah mendapat tentangan penduduk tempatan. Sebab-sebab penentangan masyarakat tempatan adalah seperti berikut, KECUALI A. pelaksanaan pentadbiran British. B. eksploitasi terhadap sumber ekonomi tempatan. C. kehilangan kuasa dan hak pembesar tempatan. D. penduduk bimbang Tanah Melayu akan jatuh ke tangan Siam. 21. Semasa penjajahan Belanda, terdapat satu perjanjian penting iaitu Perjanjian Inggeris-Belanda 1824. Apakah kesan terpenting perjanjian tersebut? A. Perpecahan Empayar Johor-Riau. B. Kepulauan Melayu terbahagi kepada dua lingkungan pengaruh. C. Belanda menyerahkan kepentingannya di India dan Melaka kepada British.

D. Persaingan kuasa dan perdagangan antara British dengan Belanda semakin hebat.

Page 6: Past Year Question MSU

SULIT MPW2133 / DTU1153

MPW2133 / DTU1153 MALAYSIAN STUDIES 5/10

22. Berikut adalah ciri-ciri Perlembagaan Tanah Melayu 1957, KECUALI A. parlimen dibentuk. B. Islam sebagai agama rasmi. C. Perdana Menteri sebagai ketua negara. D. bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

23. Akibat penentangan-penentangan kaum Melayu, rancangan Malayan Union terpaksa dibatalkan. Namun, cadangan rancangan ini memberikan kesan yang penting kepada masyarakat Melayu. Pilih penyataan yang TIDAK BENAR. A. Meningkatnya kesedaran untuk memerintah negara sendiri. B. Meningkatkan taraf perpaduan dikalangan masyarakat Melayu.

C. Lahir Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) hasil pimpinan Dato’ Onn Jaafar.

D. Berkembangnya sikap terbuka untuk menerima kemasukan warga asing sebagai warganegara.

24. Slogan ‘Malaysia untuk Orang Malaysia’ yang disuarakan oleh Lee Kuan Yew menunjukkan Singapura memperjuangkan __________. A. kelebihan diberikan kepada penduduk Singapura B. persamaan hak rakyat Singapura dengan penduduk Tanah Melayu C. hanya penduduk Tanah Melayu sahaja mendapat keistimewaan D. orang Cina mesti mendapat hak yang sama dengan orang Melayu 25. ________________ telah dijadikan ibu negeri dan pusat pentadbiran kerajaan British di Tanah Melayu sebelum dipindahkan ke Singapura pada tahun 1832. A. Johor B. Kedah C. Melaka D. Pulau Pinang 26. Pilih pernyataan yang TEPAT tentang tolak ansur antara kaum dalam usaha untuk mencapai kemerdekaan Tanah Melayu. i. Orang bukan Melayu diterima menjadi warganegara Tanah Melayu secara jus soli.

ii. Peruntukan tentang ‘kedudukan istimewa orang Melayu’ dimasukkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan.

iii. Bahasa Melayu menjasi bahasa kebangsaan. iv. Orang bukan Melayu berpeluang memasuki perkhidmatan awam tanpa

sekatan. A. i dan ii sahaja B. ii dan iii sahaja C. i,ii dan iii sahaja D. i,ii,iii dan iv

Page 7: Past Year Question MSU

SULIT MPW2133 / DTU1153

MPW2133 / DTU1153 MALAYSIAN STUDIES 6/10

27. Gagasan Malaysia yang dicadangkan oleh Tunku Abdul Rahman melibatkan gabungan negeri-negeri berikut. A. Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak. B. Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei. C. Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Brunei. D. Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. 28. Semua pernyataan berikut berkait rapat dengan faktor penubuhan Malaysia, KECUALI

A. mengelakkan negeri Sabah dan Sarawak daripada dikuasai oleh Indonesia melalui rancangan pembentukan Negara Kesatuan Kalimantan Utara.

B. menyekat peluasan pengaruh komunis di Singapura. C. mempercepatkan kemerdekaan Singapura, Sabah dan Sarawak.

D. mencapai keseimbangan antara kaum Bumiputera dengan bukan Bumiputera.

29. Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia ditubuhkan untuk ___________. A. mengkaji sebab-sebab Brunei enggan menyertai Malaysia

B. menerangkan konsep gagasan Malaysia kepada penduduk Sabah dan Sarawak

C. meninjau pandangan penduduk Singapura tentang gagasan Malaysia D. merangka perlembagaan baharu bagi Persekutuan Malaysia 30. Kesemua pernyataan berikut benar tentang sebab-sebab timbulnya pertikaian antara

kerajaan persekutuan dengan kerajaan Singapura sehingga membawa kepada pemisahan Singapura pada tahun 1965, KECUALI

A. isu perlembagaan berkisar soal ekonomi dan kewangan. B. tuntutan Singapura terhadap Pulau Batu Putih di selatan Johor. C. persaingan politik antara PAP dan MCA.

D. perbezaan pendekatan Perikatan dan PAP tentang masalah perkauman di Malaysia.

31. Pilih pernyataan yang TIDAK BENAR mengenai kabinet. A. Setiausaha kabinet ialah Ketua Setiausaha. B. Kabinet berkuasa membuat undang-undang. C. Merupakan badan tertinggi yang menjalankan kuasa eksekutif. D. Mengandungi seorang Perdana Menteri dan menteri-menteri yang lain. 32. Mahkamah Majistret terletak di bawah _________. A. Mahkamah Negeri B. Mahkamah Atasan C. Mahkamah Rendah D. Mahkamah Persekutuan

Page 8: Past Year Question MSU

SULIT MPW2133 / DTU1153

MPW2133 / DTU1153 MALAYSIAN STUDIES 7/10

33. Selain menjalankan kuasa pentadbiran negara, kabinet juga berperanan dalam __________. A. meluluskan rang undang-undang B. perlantikan Yang di-Pertuan Agong C. memantau pergerakan parti-parti politik D. membentuk dan pelaksanaan dasar tertinggi negara 34. Ciri-ciri sebuah kerajaan demokrasi ialah _________. i. pilihan raya ii. rakyat menetukan kerajaan

iii. pembahagian kuasa pentadbiran seperti pentadbiran, perundangan dan kehakiman

iv. pembahagian kuasa antara kerajaan negeri dengan kerajaan persekutuan A. i dan ii sahaja B. i,ii dan iii sahaja C. ii,iii dan iv sahaja D. i,ii,iii dan iv 35. Pilih pernyataan yang TIDAK BENAR mengenai Parlimen. A. Ahli Parlimen dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya.

B. Parlimen terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

C. Parlimen merupakan lambang kewujudan demokrasi berparlimen di Malaysia. D. Parlimen tidak mempunyai kuasa menggubal undang-undang. 36. Pilihan raya perlu adil dan telus bagi memastikan ___________. A. keamanan negara terjamin B. parti yang menang dapat memerintah C. supaya tidak ada pihak mengambil kesempatan

D. kepercayaan rakyat terhadap sistem pemerintahan negara adalah telus dan boleh dipercayai

37. Siapakan yang berkuasa membubarkan Parlimen? A. Perdana Menteri. B. Yang di-Pertuan Agong. C. Suruhanjaya Pilihanraya. D. Yang Dipertua Dewan Rakyat. 38. Pilih kenyataan yang SALAH. Pilihan raya kecil diadakan dalam tempoh 60 hari dari

tarikh kekosongan jika ___________. A. berlaku kematian B. perletakan jawatan C. seseorang ahli dewan ke luar negara

D. seseorang ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri itu hilang kelayakan

Page 9: Past Year Question MSU

SULIT MPW2133 / DTU1153

MPW2133 / DTU1153 MALAYSIAN STUDIES 8/10

39. Tahap umur seseorang yang layak menjadi ahli Dewan Rakyat ialah ____________. A. 21 tahun ke atas B. 31 tahun ke atas C. 41 tahun ke atas D. 50 tahun ke atas 40. Apakah jenis mahkamah yang sesuai dipadankan dengan senarai di atas? A. Mahkamah Atasan. B. Mahkamah Rendah. C. Mahkamah Khas. D. Mahkamah Negeri.

Mahkamah Agung Mahkamah Rayuan Mahkamah Tinggi Malaya dan Borneo

Page 10: Past Year Question MSU

SULIT MPW2133 / DTU1153

MPW2133 / DTU1153 MALAYSIAN STUDIES 9/10

BAHAGIAN B (40 markah)

Masa : 40 minit

ARAHAN Jawab SEMUA soalan. Gunakan buku jawapan yang telah disediakan.

1. Senaraikan LIMA (5) orang raja yang memerintah kerajaan kesultanan Melayu

Melaka bermula tahun 1445 hingga 1513. (5 markah)

2. Berikan LIMA (5) posisi penting di bawah sistem pembesar kerajaan melayu

tradisional. (5 markah)

3. Lakarkan aliran penjajahan di Tanah Melayu berserta tahun mereka menjajah.

(5 markah) 4. Nyatakan LIMA (5) faktor kejayaan Jepun menakluki Tanah Melayu dan Singapura

pada 8 Disember 1941. (5 markah)

5. Berikan LIMA (5) faktor penubuhan Malaysia.

(5 markah) 6. Senaraikan LIMA (5) faktor kegagalan Malayan Union.

(5 markah) 7. Senaraikan LIMA (5) ciri sesebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi.

(5 markah)

8. Berikan LIMA (5) keadaan yang membolehkan seseorang itu mengundi melalui pos. (5 markah)

Page 11: Past Year Question MSU

SULIT MPW2133 / DTU1153

MPW2133 / DTU1153 MALAYSIAN STUDIES 10/10

BAHAGIAN C (20 markah)

Masa : 40 minit

ARAHAN Jawab SATU (1) soalan sahaja. Gunakan buku jawapan yang disediakan.

1. Struktur Sosioekonomi kerajaan Melayu tradisional terbahagi kepada dua iaitu

golongan pemerintah dan golongan diperintah. Bandingkan dua golongan tersebut. Bincangkan juga tiga unit politik yang diwujudkan bagi melicinkan pentadbiran tradisional.

(20 markah)

2. Sejarah membuktikan British telah menduduki negara ini lebih daripada 150 tahun. Sepanjang tempoh pendudukan tersebut, masyarakat tempatan amnya tidak mudah menerima kedatangan dan campur tangan British secara terbuka. Muncul beberapa orang tokoh dan peristiwa pertumpahan darah di seluruh negara. Buktikan penyataan ini.

(20 markah)

KERTAS SOALAN TAMAT