25
HBAE2203 Membentuk dan Membuat Binaan - Ulangkaji Soalan Lepas ( Himpunan Soalan Pilihan dan Cadangan Skop Jawapan ) Bahagian A 1.Tuliskan secara ringkas maksud DUA istilah berikut: (a)Bentuk ikon Ikon dalam arca mempunyai pelbagai maksud seperti unsur sindiran, kritikan, isu semasa, dan patriotik dengan menggunakan imej kepada objek sebenar yang diubahsuai sama ada menjadi besar atau kecil dan boleh melalui pengubahsuaian serta pemiuhan. (b)Simbol (ikonografi) Simbol (iconography) bermaksud ilmu mengenai simbol dan perlambangan. Bidang ini mulanya digunakan dalam agama Kristian dan lambang-lambang dalam patung Mesir di dalam memperihalkan sesuatu mesej dan tujuan. 2.Ruang merupakan kawasan antara objek dengan objek yang lain. Jelaskan DUAjenis ruang berserta contoh. Ruang terdiri dari 2 jenis: (a) Ruang Nyata Ruang ini terdapat pada bentuk-bentuk konkrit seperti arca, seni bina, barangan domestik, objek buatan manusia dan objek alam. (b) Ruang Tampak Merupakan ruang ilusi yang wujud dalam seni tampak seperti lukisan, catan, cetakan, montaj, kolaj dan sebagainya. 3.Mengapakah aktiviti membentuk dan membuat binaan dikaitkan dengan ruang? Ruang merupakan kawasan antara objek dengan objek yang lain. Ruang yang diperagakan untuk arca misalnya, akan membentuk satu kesatuan imej antara objek dengan alam sekitar. Dari segi perspektifnya, ia memperlihatkan pandangan hadapan, sisi, atas atau bawah yang

HBAE2203 Past Year Question n Answers.doc

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: HBAE2203 Past Year Question n Answers.doc

HBAE2203 Membentuk dan Membuat Binaan - Ulangkaji Soalan Lepas ( Himpunan Soalan Pilihan dan Cadangan Skop Jawapan )

Bahagian A

1.Tuliskan secara ringkas maksud DUA istilah berikut:

(a)Bentuk ikon

Ikon dalam arca mempunyai pelbagai maksud seperti unsur sindiran, kritikan, isu semasa, dan patriotik dengan menggunakan imej kepada objek sebenar yang diubahsuai sama ada menjadi besar atau kecil dan boleh melalui pengubahsuaian serta pemiuhan.

(b)Simbol (ikonografi)

Simbol (iconography) bermaksud ilmu mengenai simbol dan perlambangan. Bidang ini mulanya digunakan dalam agama Kristian dan lambang-lambang dalam patung Mesir di dalam memperihalkan sesuatu mesej dan tujuan.

2.Ruang merupakan kawasan antara objek dengan objek yang lain. Jelaskan DUAjenis ruang berserta contoh.

Ruang terdiri dari 2 jenis:

(a) Ruang Nyata

Ruang ini terdapat pada bentuk-bentuk konkrit seperti arca, seni bina, barangan domestik, objek buatan manusia dan objek alam.

(b) Ruang Tampak

Merupakan ruang ilusi yang wujud dalam seni tampak seperti lukisan, catan, cetakan, montaj, kolaj dan sebagainya.

3.Mengapakah aktiviti membentuk dan membuat binaan dikaitkan dengan ruang?

Ruang merupakan kawasan antara objek dengan objek yang lain. Ruang yang diperagakan untuk arca misalnya, akan membentuk satu kesatuan imej antara objek dengan alam sekitar. Dari segi perspektifnya, ia memperlihatkan pandangan hadapan, sisi, atas atau bawah yang kesemuanya melibatkan ruang. Tanpa ruang, arca tidak hidup malah tidak dapat diinterpretasikan.

4.Kejelasan dan kefahaman dalam persepsi pelajar mengenai seni 3 dimensi akan memberikan suatu kefahaman dan kejelasan untuk terus belajar dan berkarya.

Nyatakan EMPAT ciri objek tiga dimensi yang akan dikenalpasti dan dikesan oleh pelajar.

Page 2: HBAE2203 Past Year Question n Answers.doc

Objek tiga dimensi mempunyai ciri-ciri berikut:

(a)Bahan binaan sesuai dan relevan dengan tujuan penghasilan,

(b)Arca yang dihasilkan kuat, kukuh, dan selamat,

(c)Konsep kepelbagaian bahan diadun atau dipasang dengan baik, membentuk komposisi gubahan yang artistik dan strategik,

(d)Mempunyai imbangan yang menarik sama ada simetri tulen atau tidak tulen,

(e)Menguasai prinsip-prinsip rekaan seperti rentak, pergerakan, kontra warna, imbangan, dan kesatuan yang menarik,

(f)Arca mempunyai tapak yang kuat, kukuh, dan selamat,

(g)Asli, unik, dan berketrampilan dari segi dapatan.

5.Arca akan lebih bermakna sekiranya diolah dengan pelbagai gunaan. Jelaskan kegunaan arca estetik dan arca berfungsi.

(a) Arca Estetik

(i) Sebagai bahan peragaan atau tatapan umum.

(ii) Berfungsi sebagai hiasan dalaman atau hiasan luar bangunan.

(iii) Mempunyai makna yang mendalam dan pengetahuan yang intelektual.

(b) Arca Berfungsi (Gunaan)

(i) Boleh diguna pakai sebagai alat permainan, tempat permainan kanak-kanak, dan lanskap.

(ii) Sebagai alat ritual, penyembahan, dan keagamaan.

(iii) Merupakan suatu keperluan domestik.

6.Nyatakan EMPAT teknik dalam penghasilan arca timbul.

Arca timbul boleh dihasilkan secara:

(a) Acuan

(b) Tampalan

(c) Asemblaj

(d) Binaan

Page 3: HBAE2203 Past Year Question n Answers.doc

7.Origami boleh menggunakan kertas putih atau berwarna dan semua jenis bentuk kertas boleh digunakan untuk tujuan melipat.

Senaraikan dan terangkan DUA jenis kertas untuk origami.

Kertas yang digunakan membuat origami ialah:

(a) Kertas Washi

(i) Berkualiti tinggi daripada Jepun.

(ii) Buatan tangan dengan teknik yang istimewa.

(iii) Corak elegan seperti fabric broked.

(iv) Lebih mengekalkan keindahan model yang telah siap.

(b) Kertas Kerajang

(i) Dihasilkan dengan menggabungkan kertas lain.

(ii) Kadangkala bercorak timbulan dan licin.

(iii) Permukaannya berkilau dan berkilat.

(c) Kertas Sepasang

(i) Gabungan dua kertas yang berlainan untuk kesan yang menarik.

(ii) Spray adhesive digunakan untuk melekat pasangan kertas.

8.Kemahiran asas membuat origami ialah melipat kertas.

Nyatakan DUA langkah berikutnya dalam membuat kertas segi empat mudah dan cepat.

(a)Lipat dua kertas sehingga membentuk garisan.

(b)Potong kertas tersebut dengan berhati-hati pada lipatan kertas tersebut dengan menggunakan pisau.

(c)Lipat pada bahagian sudut kertas untuk membentuk segi tiga.

(d)Lipat bahagian belakang membentuk segi tiga dan tekan sehingga meninggalkan kesan.

(e)Potong sepanjang garisan lipatan dan buka segi tiga tersebut.

(f)Segi empat tepat siap.

9.Lazimnya arca berbentuk tiga dimensi. Nyatakan perbezaan stabil dengan origami.

Page 4: HBAE2203 Past Year Question n Answers.doc

Stabil Origami

Perkataan stabil bermaksud statik, kukuh, dan mantap.

Merupakan kesenian melipat kertas.

Hasilan berbentuk abstrak dan realis. Boleh dihasilkan dalam pelbagai bentuk sama ada haiwan, permainan, tumbuh-tumbuhan, dan perhiasan atau barang permainan.

Boleh dihasilkan dengan menggunakan bahan-bahan terbuang yang digunapakai semula, benda-benda daripada alam sekitar, benda-benda buatan manusia, dan bahan-bahan terbuang buatan manusia.

Menggunakan 3 jenis kertas iaitu, kertas washi, kertas kerajang, dan kertas sepasang.

10.Karya seni asemblaj sangat cantik dan menarik apabila memenuhi spesifikasi pembuatan dan kekemasan.

Nyatakan dan terangkan ciri-ciri utama ekspresi asemblaj.

(a)Menepati Tema dan Tajuk

Ia mungkin berupa maklumat, dokumentasi, lonjakan paradigma, cetusan emosi dan perasaan, sindiran atau satira, protes, kegilaan idea dan lain-lain. Soal tepat atau tidaknya pokok persoalan ini biasanya hanya diketahui oleh pengarca. Bagi pemerhati atau penonton, tema dan tajuk ini hanya dirujuk berdasarkan kepada ketepatan tajuk yang dipaparkan di kaki-kaki arca.

(b)Bahan Binaan Sesuai dengan Tujuan Hasilan

Dalam pengkaryaan arca, asemblaj mewakili karya yang agak bebas dan pelbagai dari penggunaan bahan atau media. Hal ini kerana asemblaj wujud secara gabungan dan cantuman pelbagai bahan yang serasi untuk disepadukan.

(c)Asemblaj yang Kuat, Kukuh dan Selamat

Penggunaan alat dan bahan terdiri daripada kombinasi yang padat dan kukuh. Banyak bongkah-bongkah keluli, kepingan logam, rod besi dan bongkah kayu yang kuat dan kukuh diaplikasikan dalam penghasilan asemblaj. Kemudian, asemblaj disepadukan dengan kimpalan, skru, bol dan nat serta tanggam antara objek secara kukuh dan terancang.

(d)Kepelbagaian Bahan Dapat Diadun atau Dipasang dengan Baik

Page 5: HBAE2203 Past Year Question n Answers.doc

Asemblaj mengadun pelbagai bahan lalu membentuk kesatuan komposisi yang artistik. Ciri bentuk dan sifat bahan yang pelbagai mengujudkan satu ritma atau rentak yang menarik. Ini disebabkan keistimewaan objek yang berbeza-beza.

(e)Mengaplikasi Asas Seni Reka, Estetika dan Etika Pengkaryaan

Asemblaj digubah berdasarkan asas seni reka. Di dalamnya terkandung unsur seni, prinsip seni dan struktur seni. Apabila asas seni reka ini diaplikasi dengan baik dan betul, penampilan karya asemblaj akan menjadi lebih terancang dan rapi.

(f)Asli, Unik dan Berketerampilan

Asemblaj yang asli diambil kira melalui penyataan “hanya satu” atau tiada di tempat lain yang seperti ini”. Bagi tujuan keaslian reka cipta di dalam dunia perdagangan, hak cipta terpelihara disahkan sebagai satu penguatkuasaan agar plagiat tidak berlaku.

11.Karya asemblaj menggunakan bahan dan teknik yang pelbagai. Jelaskan bagaimana hubung kaitnya dengan proses penghasilan.

Asemblaj boleh dihasilkan dengan menggunakan pelbagai bahan seperti kayu, logam, batu, simen, spare-part kenderaan, bahan kutipan, dan sebagainya. Bahagian atau komponen yang berlainan dicantum menjadi satu kesatuan objek dan menjadi satu konsep yang bermakna. Teknik-teknik yang digunakan juga pelbagai, seperti, kimpalan, binaan, cantuman skru atau paku, dan gam. Proses penghasilannya perlu melalui beberapa peringkat seperti:

(a)Penyediaan lakaran idea,

(b)Penyediaan idea (thumbnail print),

(c)Pemilihan lakaran akhir,

(d)Proses membentuk asemblaj.

12.Mobail merupakan hasil seni yang berbentuk tiga dimensi yang mempunyai ciri-ciri pergerakan.

Terangkan proses membentuk mobail.

Mobail dibentuk melalui urutan proses-proses berikut:

(a)Membuat model kecil atau proto-taip

Merupakan model awal sebagai panduan untuk penghasilan arca yang sebenar. Karya akan dibina atau dibuat berpandukan model ini disamping pengiraan pelbagai ukuran reka bentuk, penyesuaian alat dan bahan serta tinjauan dari pelbagai kemungkinan yang boleh mengganggu kelancaran dalam

Page 6: HBAE2203 Past Year Question n Answers.doc

penghasilan.Model digubah berdasarkan lakaran terbaik yang dipilih dari lakaran-lakaran kecil atau thumbnail-print.

(b)Membuat kerangka atau struktur

Membuat kerangka berasaskan dawai, lingkaran besi, kayu atau plastik. Kerangka atau struktur adalah tulang temulang mobail. Ia penting untuk kawalan bentuk disamping menjadikan mobail lebih kukuh dan seimbang.

(c)Membuat mobail yang sebenar

Aspek-aspek ruang, saiz mobail, keteguhan, dan kesesuaian kerangka dengan dapatan perlu diambilkira. Binaannya ditokok tambah sehingga hasilan mobail menepati kehendak.

(d)Kekemasan dan peragaan/persembahan

Bahan penyudah seperti syelek, varnis, cat alas, cat kilat, manik, dan labuci boleh diaplikasikan tetapi tidak terlalu fancy. Kaedah menggantung, ruang peragaan, dan persekitaran perlu diteliti.

13.Proses membentuk dan membuat model merupakan bidang yang memerlukan kemahiran. Jelaskan maksud model statik dan model dinamik.

(a)Model statik

Model yang dibuat hanya untuk gambaran tetap yang tidak boleh berubah.

(b)Model dinamik

Model yang dibuat mengikut kesesuaian bentuk yang boleh diubah pergerakan mengikut kehendak.

14.Proses membentuk dan membuat topeng merupakan satu bidang yang mengutamakan penguasaan kemahiran serta penyesuaian watak-wataknya.

Nyatakan EMPAT fungsi topeng secara umum.

(a)Topeng sebagai lambang nenek moyang

Digunakan semasa upacara memperingati keturunan “Ratu Gede Pancering Jaga” atau “Hyang Datonda” penguasa dunia yang dipercayai oleh masyarakat Truyan di Danau Batur.

(b)Topeng sebagai simbol dewa-dewi

Ditarikan oleh gadis-gadis yang belum cukup umur. Tarian ini dinamakan Tarian Topeng Widyadari dan selalu ditarikan oleh masyarakat di Desa Ketewel, Kecamatan, Sukawati dan Gianyar.

Page 7: HBAE2203 Past Year Question n Answers.doc

(c)Topeng sebagai pelengkap upacara

Tarian topeng ini termasuk dalam tarian Bebali yang berfungsi sebagai pengiring dalam upacara yang dikenali sebagai Panca Yadya. Tarian topeng ini dipentaskan pada waktu upacara ddan dilaksanakan dengan tujuan supaya upacara berlangsung dengan selamat dan mendapat berkat.

(d)Topeng sebagai penyingkap sejarah

Ianya bersifat hiburan dan dalam tarian ini banyak menceritakan kisah sejarah dahulu, memberi pengajaran dan peringatan tentang asal-usul keturunan, daerah, bahasa dan sebagainya serta boleh ditontoni oleh sesiapa sahaja.

(e)Topeng sebagai Media Pendidikan

Pementasan topeng dapat berfungsi sebagai media pendidikan di mana pelajar dapat mempelajari teknik membuat dan memainkannya, begitu juga dapat mengenal tokoh-tokoh, agama, seni dan budaya masyarakat setempat.

(f)Topeng sebagai hiburan

Pementasan topeng juga dapat berfungsi sebagai hiburan terutama melalui dialog-dialognya yang bersifat humor dan mengundang gelak ketawa penonton.

Bahagian B

1.Arca merupakan objek konkrit di dalam bentuk tiga dimensi yang mementingkan jisim dan ruang.

(a) Senaraikan EMPAT jenis arca.

Jenis-jenis arca ialah:i. Arca timbulii. Asemblajiii. Mobailiv. Stabil

(b)Bincangkan ciri-ciri persembahan yang menepati penghasilan arca yang baik.

Persembahan hasil kerja yang baik perlu mempunyai ciri-ciri berikut:

a.Bentuk arca menepati tema dan topik.

b.Bahan binaan arca sesuai dengan tujuan hasilan.

c.Memastikan ia kuat, kukuh dan selamat.

Page 8: HBAE2203 Past Year Question n Answers.doc

d.Kepelbagaian bahan dapat diadun atau dipasang dengan baik, membentuk suatu komposisi gubahan yang artistik.

e.Mengaplikasi prinsip-prinsip rekaan seperti rentak, pergerakan, kontra, warna, imbangan dan kesatuan yang menarik.

f.Asli, unik dan berketerampilan.

2.Tema merupakan proses awal yang sangat penting dalam menentukan makna kepada karya arca.(a)Nyatakan dan huraikan EMPAT tema yang membentuk proses karya arca.

i.Alam Semula Jadi dan Objek PersekitaranObjek-objek ciptaan Tuhan seperti flora dan fauna menjadi sumber utama dalam menghasilkan karya. Selain itu, objek domestik seperti cawan, piring, pinggan senduk, pisau, meja dan sebagainya juga dijadikan rujukan dalam berkarya. Kesemua objek yang menjadi tema atau hal subjek ini dikaji dari segi dinamik fom, kualiti objek, ciri-ciri organik, keunikan, integrasi alam dan kehidupan di samping mengambil kira garisan, ruang, warna, jalinan, rupa dan bentuk.

ii.Perasaan Dalaman, Khayalan dan Imaginasi Si PelukisPengalaman hidup banyak memberi kesan dan pengaruh terhadap minda pelukis yang akhirnya menzahirkan ilham atau idea untuk mencipta. Perasaan takut, misteri, sedih dan sebagainya menjadi sumber inspirasi karya si pelajar atau pelukis. Menurut Sigmund Frued dan Paul Jean Satre, teori-teori imaginasi berupaya mencipta sesuatu objek atau karya melangkaui batas fizikal dan cabaran status-quo pelukis. Imaginasi ini akan memandu arah si pelajar atau si pelukis ke arah yang lebih kreatif dan melampaui batas-batas kebiasaan dalam berkarya. Menurut Frued lagi, perasaan dalaman inilah yang menjadi motivasi atau penggerak minda dalam berkarya.

iii.Aliran dan Tema SejagatTema ini menjelaskan konsep dalam agenda kehidupan manusia. Ia menunjukkan kekerapan manusia mengambil hal benda yang sering diperkatakan. Contohnya; membuat wau lazimnya dikaitkan dengan unsur kosmos seperti bulan, matahari bintang dan sebagainya. Dari idea yang berbagai, keunikan ciptaan berlaku dan akhirnya mewujudkan kepelbagaian rupa bentuk dan jenis produk. Dalam konteks yang lebih besar, jelmaan perasaan dalam berkarya mengguna alam sekitar menjadi suatu keunikan ciptaan dan mengujudkan satu kekaguman. Wujudnya “Non-objective art”, ‘Minimal art” misalnya adalah suatu aspek pengkaryaan yang berani, mencabar dan sanggup menerima rintangan.

iv.Keperluan dan Pengalaman Hidup HarianCiptaan cawan, sudu, senduk, periuk dan alat-alat domestik yang lain merupakan asas ciptaan dalam bidang membentuk dan membuat binaan. Pada bidang yang lebih besar, manusia mencipta dan membuat kipas, basikal, kereta, kereta api malah jambatan dan objek-objek gunaan lain yang mewatakkan keperluan asas sebuah masyarakat dan negara. Idea datang dari soal desakan untuk mengguna di samping mengatasi sebarang kesulitan mengharungi kehidupan. Lalu diciptanya bentuk-bentuk konkrit yang dapat memanfaatkan manusia si pencipta itu sendiri. Semakin aktif dan proaktif

Page 9: HBAE2203 Past Year Question n Answers.doc

seseorang manusia itu mencipta objek tiga dimensi, semakin tinggi kualiti ciptaan dan lebih tinggi nilai estetikanya.

(b)Pilih SATU tema dan huraikan bagaimana perkaitannya dengan pengembangan persepsi pelajar tentang Seni Tiga Dimensi.

i.Ciri-ciri karya Tiga DimensiDalam penghasilan sebuah arca asemblaj yang bertemakan alam semulajadi dan objek persekitaran misalnya, pelajar akan menghasilkan karya yang menitikberatkan ciri-ciri objek tiga dimensi seperti:

a.Bahan binaan sesuai dan relevan dengan tujuan penghasilannya. Contohnya, menghasilkan sebuah arca estetik.

b.Hasilan yang kuat, kukuh, dan selamat.

c.Kepelbagaian bahan yang dipasang dengan baik, dan membentuk komposisi gubahan yang artistik dan strategik.

d.Mengambilkira prinsip-prinsip rekaan seperti imbangan, kontra warna, dan kesatuan yang menarik.

e.Asli, unik, dan berketrampilan.

ii.Kemahiran mengaplikasikan alat, bahan, dan teknik Menghasilkan arca asemblaj yang bertemakan alam semulajadi dan objek persekitaran memerlukan pelajar memastikan: a.Kesesuaian topik, tema dan teknik yang dikaitkan dengan pemilihan alat dan bahan.b.Membuat “thumbnail-print” sebagai tindakan mengawal dan mengawas urusan membuat. Segala lakaran ini mengambil kira dari segi kesesuaian objek.c.Sesuatu perkembangan (progress) kerja dikawal selia mengikut keperluan bahan dan alat yang menjadikan urutan kerja berjalan lancar dan terancang.d.Pilihan teknik membuat yang sesuai. Bagi teknik penghasilan arca asemblaj misalnya, kaedah cantuman skru ialah paling dominan dan sesuai. Proses penghasilan diakukan dengan teliti dan teratur.e.Kaedah mengguna alat perlu betul dan tertib. Bagi penggunaan skru dalam menghasil arca asemblaj berasaskan bahan kutipan, perlu diambilkira pilihan saiz dan bentuk pemutar skru yang berpadanan dengan bahan yang digunakan. Disamping cara memegang dan mengetatkan skru dengan betul.f.Bagi kerja-kerja menghalus ke atas objek arca, kertas pasir diaplikasikan untuk mendapatkan tekstur yang licin dan menarik.g.Syelek, varnis, cat alas, cat kilat, labuci, dan manik-manik dijadikan pilihan untuk kemasan akhir produk. Keserasian bahan kemasan diambilkira untuk penampilan yang anggun.

h.Untuk tujuan peragaan yang mantap, tapak yang kukuh dan selamat dipasang.

Page 10: HBAE2203 Past Year Question n Answers.doc

3.Anda ditugaskan merancang penghasilan arca timbul dan asemblaj untuk diperagakan di persekitaran sekolah.

(a)Senaraikan LIMA bahan media dalam setiap satu berikut:

i.pembuatan arca timbul

ii.asemblaj

Jadual di bawah menunjukkan bahan media untuk membuat arca tersebut:

Arca Timbul Asemblaj

1. Kepingan kayu

2. Plaster of Paris

3. Batu

4. Kayu

5. Plastik

6. Kertas Lumat

7. Papier Mashe

8. Tanah Liat

9. Pahat

10. Penukul

11. Alat Pengukir

12. Pengikis

13. Kikir Pari

14. Kertas Pasir

1. Kayu

2. Logam

3. Batu

4. Simen

5. Bongkah-bongkah

6. Spare-part kenderaan

7. Bahan kutipan

8. Besi

9. Roda

(b)Jelaskan teknik penghasilan dan peralatan yang berkaitan untuk menghasilkan arca timbul dan asemblaj.

Page 11: HBAE2203 Past Year Question n Answers.doc

Teknik penghasilan dan peralatan untuk menghasilkan arca timbul dan asemblaj adalah seperti dalam jadual berikut:

Arca Timbul Asemblaj

Bentuk tiga dimensi tersembul keluar dari permukaan dua dimensi yang rata atau dipahat keluar yang akhirnya menonjolkan objek ke permukaan. Ia bolah di buat secara:

Acuan

Tampalan

Asemblaj

Binaan

Bahagian atau komponen yang berlainan yang dicantum dan menjadi satu kesatuan objek dan menjadi satu konsep bermakna. Teknik hasilan;

Kimpalan

Binaan

Cantuman skru/paku

Gam

4.Origami merupakan seni membentuk dan melipat yang mampu menarik minat kanak-kanak sekiranya disesuaikan dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

(a)Lukiskan LIMA arahan dan LIMA simbol yang digunakan untuk menghasilkan origami.

Page 14: HBAE2203 Past Year Question n Answers.doc

Sebahagian besar origami dibentuk dari jenis ini. Bentuk yang popular terdiri daripada ikan, rama-rama, gajah dan burung. Bentuk lain yang tidak kurang pentingnya terdiri daripada dinosaur, serangga dan singa laut.

ii.Barang Permainan

Bentuk origami jenis ini yang terkenal terdiri daripada sampan, kereta, bangunan dan perabot kecil (miniature).

iii.Tumbuh-tumbuhanOrigami yang terkenal dari jenis ini terdiri dari bentuk bunga, daun dan pokok pain. Ia sering digunakan untuk menghiasi kad ucapan. Contoh bunga yang terkenal terdiri daripada bunga dahlia, bunga dandelion dan bunga tulip.

iv.Perhiasan

Origami jenis perhiasan direka bentuk untuk difungsikan di atas meja, pelengkap meja dan untuk sambutan hari perayaan.

5. Kertas putih atau kertas berwarna merupakan bahan asas origami.

(a)Bincangkan prosedur pemilihan kertas untuk tujuan membuat origami.

Prosedur untuk Pemilihan Kertas:

i.Kesemua jenis kertas sesuai untuk melipat tetapi kejayaan melipat ialah menyesuaikan kertas yang betul untuk corak yang sesuai.

ii.Elakkan daripada menggunakan kertas yang sukar mendapat lipatan yang tepat seperti surat khabar, tisu atau kertas tuala melainkan jika ianya telah ditetapkan.

iii.Penampilan kertas origami selalunya mahal dan warnanya agak terang walaupun mempunyai warna atau corak yang berbeza di kedua-dua belah yang sangat bergua bagi sesetengah projek.

iv.Kertas taip, kertas tulis, kertas fotostat dan kertas komputer merupakan kertas yang sesuai untuk origami.

v.Kertas-kertas khas boleh didapati daripada sumber:

a. Outlet yang membekalkan peralatan kepada pelukis.

b. Supplier yang membekalkan peralatan kepada grafik

vi.Dalam kes rekaan yang memerlukan aspek penegasan seperti “Easter Egg Basket”, gunakan kertas artis yang tebal yang boleh menyerap lembapan tanpa melengkung seperti kertas Ingres atau kertas “water colour” yang sebenar.

Page 15: HBAE2203 Past Year Question n Answers.doc

vii.Di dalam origami terdapat teknik lipatan basah dibuat untuk mendapatkan kesan di mana apabila kertas kering nanti lipatan ini terhasil. Dalam hal yang lazim, kertas jenis water colour digunakan.

vii.Dalam situasi yang lain, kelainan bentuk origami mempengaruhi jenis kertas, lapisan kertas dan teknik yang diaplikasikan.

(b)Huraikan cara-cara untuk mendapatkan bentuk origami yang kemas dan tepat.

i.Lipat di atas permukaan meja atau kayu yang keras,

ii.Sebelum melipat setiap rekaan, pastikan kertas yang digunakan segi empat sama atau 2 X 1 segi empat tepat. Tidak terlalu kecil, terlalu besar, terlalu tebal atau terlalu nipis,

iii.Lipat dengan perlahan-lahan dan jangan tergopoh-gopoh, teliti dan kemas,

iv.Lihat pada diagram dan baca segala arahan. Lihat simbol, “valley” atau “mountain”, dan bagaimana ianya bergerak langkah demi langkah,

v.Terus lihat ke hadapan untuk hasilan mengikut illustrasi berpandu,

vi.Untuk bentuk, jangan lihat langkah secara berasingan. Pandang langkah seterusnya, kemudian ke belakang, ke hadapan, dan seterusnya.

6. Asemblaj adalah arca yang termasuk dalam aliran “abstrak-ekpresionisme” dan dihasilkan melalui gabungan pelbagai bahan yang bersifat pejal dan tahan lama.

(a) Senaraikan LAPAN bahan yang sesuai untuk menghasilkan asemblaj.

Bahan-bahan yang sesuai uantuk menghasilkan asemblaj terdiri daripada:

i. Aluminium

ii.Plaster of Paris

iii.Besi

iv.Timah

v.Besi waja

vi.Bongkah kayu

vii.Tanah Liat

viii.Spare-part kenderaan

ix.Bahan kutipan

x. Roda

Page 16: HBAE2203 Past Year Question n Answers.doc

xi.Skru dan nat

(b) Tunjukkan EMPAT ciri utama yang dianggap sebagai kriteria ekspresi asemblaj.

Ciri-ciri berikut merupakan kriteria utama ekspresi asemblaj:

i. Menepati Tema dan TajukTema dan tajuk yang ingin dikongsi sama oleh pengarca mungkin berupa maklumat, dokumentasi, lonjakan paradigma, cetusan emosi dan perasaan, sindiran atau satira, protes, kegilaan idea dan lain-lain. Soal tepat atau tidaknya pokok persoalan ini biasanya hanya diketahui oleh pengarca. Bagi pemerhati atau penonton, tema dan tajuk ini hanya dirujuk berdasarkan kepada ketepatan tajuk yang dipaparkan di kaki-kaki arca.

ii.Bahan Binaan Sesuai dengan Tujuan Hasilan

Dalam pengkaryaan arca, asemblaj mewakili karya yang agak bebas dan pelbagai dari penggunaan bahan atau media kerana asemblaj merupakan karya gabungan dan cantuman.

iii.Asemblaj yang Kuat, Kukuh dan Selamat

Penggunaan alat dan bahan terdiri daripada kombinasi yang padat dan kukuh. Bongkah-bongkah keluli, kepingan logam, rod besi dan bongkah kayu yang kuat dan kukuh diaplikasikan dan disepadukan dengan kimpalan, skru, bol dan nat serta tanggam antara objek secara kukuh dan terancang dalam penghasilan asemblaj.

iv.Kepelbagaian Bahan Dapat Diadun atau Dipasang dengan Baik

Asemblaj mengadun pelbagai bahan lalu membentuk kesatuan komposisi yang artistik. Ciri bentuk dan sifat bahan yang pelbagai mengujudkan satu ritma atau rentak yang menarik. Ini disebabkan keistimewaan objek yang berbeza-beza.

v.Mengaplikasi Asas Seni Reka, Estetika dan Etika Pengkaryaan

Seperti semua objek seni yang lain, asemblaj digubah berdasarkan asas seni reka. Di dalamnya terkandung unsur seni, prinsip seni dan struktur seni. Asas seni reka ini diaplikasi dengan baik dan betul, menampilkan karya yang terancang dan rapi.

vi.Asli, Unik dan Berketerampilan

Asemblaj yang asli diambil kira melalui penyataan “hanya satu” atau tiada di tempat lain yang seperti ini”. Bagi tujuan keaslian reka cipta di dalam dunia perdagangan, hak cipta terpelihara disahkan sebagai satu penguatkuasaan agar plagiat tidak berlaku. Ciplakan atau plagiat tidak seharusnya berlaku dan dianggap suatu kelemahan, kepicikan dan kejahilan terhadap pengkarya.

7.Keaslian, ketulenan dan keunikan boleh dihasilkan melalui proses kreativiti yang tinggi.

Page 17: HBAE2203 Past Year Question n Answers.doc

(a) Nyatakan dan terangkan proses-proses kreativiti dalam menghasilkan arca stabil.

i.Memerhati, mengenali, dan memahami bentuk dan ruang objek stabil,

ii.Melakar sketsa-sketsa untuk mendapatkan penampilan imej yang terbaik dan terancang,

iii.Memilih satu sketsa yang terbaik dan relevan dengan perancangan menghasil arca stabil,

iv.Membuat prototaip.

Diteliti dan dibuat tinjuan secara mendalam. Menghasilkan arca stabil mengikut prototaip.

v.Membuat kemasan dan menetukan ruang untuk peragaan.

(b)Terangkan LIMA langkah yang perlu diambil dalam kemahiran mengaplikasikan alat, bahan dan teknik dalam menghasilkan rekaan mobail.

Lima langkah yang perlu diambil dalam kemahiran mengaplikasikan alat, bahan, dan teknik dalam penghasilan mobail adalah seperti berikut:

Page 18: HBAE2203 Past Year Question n Answers.doc

8.Aspek persembahan hasil kerja yang baik dizahirkan melalui proses artistik yang diekspresikan melalui alat dan bahan, penguasaan unsur seni, prinsip dan struktur seni.

Nyata dan tuliskan LIMA ciri persembahan atau hasilan yang dikaitkan cemerlang dari segi penampilan:

(a) Model

Sesuatu persembahan atau hasilan yang dikatakan cemerlang dari segi penampilan mempunyai ciri-ciri yang berikut:

i.Model menepati tema dan tajuk.

ii.Bahan yang digunakan sesuai dan relevan dengan keadaan semasa dan boleh diperolehi dengan mudah serta kos yang rendah.

iii.Model yang dihasilkan perlu diberi penekanan dari aspek ketahanan dan keselamatan.

iv.Konsep kepelbagaian bahan dapat diadun dengan baik, membentuk suatu gubahan yang menarik serta dapat memberi penjelasan yang tepat.

v.Mempunyai daya tarikan semasa dipamerkan kerana mempunyai sifat ketulenan dari segi penghasilan.

vi.Memenuhi prinsip-prinsip rekaan seperti pergerakan, kontra, warna, imbangan dan kesatuan yang menarik.

(b)Boneka

Sesuatu persembahan yang dikatakan cemerlang dari segi penampilan mempunyai ciri-ciri yang berikut:

i.Watak menepati tema dan tajuk.

ii.Bahan yang digunakan sesuai dan relevan dengan tujuan hasilan.

iii.Boneka yang dihasilkan, pastikan ia tahan dan selamat.

iv.Konsep kepelbagaian bahan dapat diadun dengan baik, membentuk suatu gubahan yang menarik.

v.Mempunyai daya tarikan semasa dilakonkan kerana mempunyai sifat ketulenan dari segi penghasilan.

vi.Memenuhi prinsip-prinsip rekaan seperti rentak, pergerakan, kontra, warna, imbangan dan kesatuan yang menarik.

9.Model merupakan skop kajian Membentuk dan Membuat Binaan KBSR yang ke-lima.

Page 19: HBAE2203 Past Year Question n Answers.doc

(a)Jelaskan model membentuk dan membuat binaan KBSR ini

Model diertikan sebagai penggambaran sesuatu sehingga kita menjadi lebih jelas memahaminya. Sebagai contoh gambaran tiga dimensi (3D) bagi sesuatu objek. Dengan melihat model tersebut kita menjadi lebih mudah untuk memahami bentuk keseluruhan objek tersebut.

(b)Huraikan aplikasi alat, media dan teknik dalam pengertian model.

i.Lakaran Idea

Merupakan proses awal bagi menentukan jenis model yang akan dihasilkan sebagaimana yang telah dipersetujui. Model yang akan dihasilkan bergantung kepada jenisnya seperti model rumah, kereta bangunan dan sebagainya.

ii.Pemilihan alat dan bahan

Proses ini amat perlu di dalam proses membuat model, ini kerana bahan-bahan yang digunakan adalah berbeza bergantung jenis model yang akan dihasilkan. Pemilihan dan menentukan bahan juga mempengaruhi ketahanan model tersebut

iii.Menentukan teknik berdasarkan bahan yang digunakan

Langkah ini juga penting di dalam penyediaan sesebuah model. Setiap model yang dihasilkan menggunakan teknik yang berbeza semasa membuatnya. Teknik yang digunakan berbeza-beza bergantung kepada jenis model yang akan dihasilkan.

10.Boneka merupakan sejenis kerja tangan yang berbentuk permainan dan dibentuk dalam dua atau tiga dimensi.

(a)Terangkan alat dan bahan yang digunakan dalam proses penghasilan boneka piring kertas.

Alat dan bahan yang digunakan dalam proses penghasilannya ialah:

i.Piring kertas

Digunakan sebagai kepala boneka.

ii.Gunting

Alat pemotong kain, kertas, dan pita litup.

iiiKayu atau buluh

Bahan utama yang digunakan sebagai badan boneka.

iv.Kain reja (perca)

Sebagai pakaian boneka.

Page 20: HBAE2203 Past Year Question n Answers.doc

v.Kertas berwarna

Jalur-jalur kertas digunakan sebagai rambut.

vi.Pita litup

Bahan yang melekatkan bilah kayu dengan piring dan leher boneka dengan kain reja untuk pakaian.

vii.Pelekat

Melekatkan jalur-jalur kertas pada tepi piring untuk dijadikan sebagai rambut.

viii.Pisau tumpul

Digunakan untuk melurutkan kertas berwarna untuk dijadikan rambut kerinting

(b) Susunkan proses membuat boneka sarung tangan.

Cara Membuat Boneka Sarung Tangan:

i. Lipat kain belacu sekali. Letakkan tangan di atas kain itu dengan semua jari terlunjur dan tekapkan bentuknya. Lukiskan garisan terputus di luar garisan pertama tadi (garisan jahitan). Kemudian lukiskan garisan ketiga di luar garisan terputus-putus itu (garisan pengguntingan).

ii.Gunting mengikut garisan pengguntingan.

iii.Jahit di atas garisan putus-putus tadi dengan jahitan halus.

iv.Terbalikkan sarung tangan yang telah dijahit tadi agar nampak kemas.

v.Catkan boneka dengan menggunakan cat atau cat air mengikut watak yang dikehendaki.

vi.Jahitkan benang bulu atau benang sulaman sebagai rambutnya.

vii.Boneka yang telah siap sedia untuk dilakonkan.

11.Diorama merupakan gabungan catan besar yang mewujudkan persekitaran dan arca-arca figura di hadapannya bagi menghidupkan suasana.

(a)Beri pendapat anda bagaimana keunikan dan keterampilan diorama dapat diwujudkan.

Keunikan dan ketrampilan diorama dapat dihasilkan melalui:

i.Proses kreativiti yang tinggi.

ii.Jauhi plagiarism dan hasilan klise.

iii.Suatu penampilan yang baru.

Page 21: HBAE2203 Past Year Question n Answers.doc

iv.Inovasi atau improviasi yang positif,

v.Pemerhatian, penelitian, dan pro-aktif.

vi.Penampilan reka bentuk baru dan futuristik.

(b) Bincangkan ciri-ciri diorama yang baik

Diorama yang baik mempunyai ciri-ciri yang berikut:

i.Komposisi hal subjek dan latar belakang yang terancang dan saling lengkap melengkapi.

ii.Mengadun unsur seni, prinsip seni, dan struktur seni dengan baik dan terancang.

iii.Tajuk dan tema yang tidak kabur, pemilihan bahan dan alat sesuai dengan dapatan.

iv.Saiz yang bersesuaian dan memenuhi konsep dan naratif yang ingin dikongsikan.

v.Pemilihan warna yang harmoni, susunan hal subjek yang boleh membangkitkan gerak rasa dan gerak balas terhadap hasil diorama.

vi.Cuba jaya dan tidak kenal putus asa.