Upload
fizz-martin
View
114
Download
4
Embed Size (px)
DESCRIPTION
made for u
Citation preview
[ JUDUL ] MUKASURAT PERTAMA SELEPAS MUKA DEPAN
Baris 1
Baris 2
LAPORAN LATIHAN INDUSTRI
Baris 1
Baris 2
POLITEKNIK MUKAH SARAWAK, << NAMA FIRMA LATIHAN
KM 7.5, JALAN OYA,
96400 Mukah,
Sarawak.
Baris 1
Baris 2
Disediakan Oleh
Nama : Iskandar Bin Reduan
No. Pendaftaran : 20DKE09F1111
Jabatan : Jabatan Kejuruteraan Elektrik
Tempoh Latihan : 20 JUN 2012 – 18 NOV 2012
Baris 1
Baris 2
LAPORAN LATIHAN INDUSTRI
Baris 1
Baris 2
OLEH
Baris 1
ISKANDAR BIN REDUAN
(20DKE08F1111)
Baris 1
Baris 2
DI
Baris 1
JABATAN PENYIARAN MALAYSIA,
JALAN TUN ABANG HAJI OPENG,
96000 SIBU,
SARAWAK
x
Buku laporan ini dikemukakan kepada Jabatan Kejuruteraan Elektrik
sebagai memenuhi sebahagian dari syarat penganugerahan
Sijil Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.
x
POLITEKNIK MUKAH SARAWAK
JUN 2012
( mengikut sesi latihan industri )
PERAKUAN PELAJAR DAN FIRMA
“Saya mengakui bahawa Laporan ini adalah hasil usaha saya sendiri kecuali pada
bahagian-bahagian yang dilampirkan dari sumber-sumber yang dinyatakan.”
Tandatangan :
Nama : Fernando Alonso Binti Mc Laren
No. Pendaftaran :
Tarikh :
Disahkan oleh :
Tandatangan :
Nama : Rory McIlroy Bin T. Wood
Jawatan : Pengurus
Cop Firma :
Tarikh :
Baris 1
Baris 2
Baris 3
Baris 4
Baris 5
Baris 6
PENGESAHAN LAPORAN
Baris 1
Baris 2
Saya mengesahkan bahawa saya telah memberikan penilaian kepada Laporan
Latihan Industri ini.
Baris 1
Baris 2
Baris 3
…………………………………..
( ENCIK AZHAR SULAIMAN TAHA )<< Nama Mentor Latihan Industri beserta cop
Baris 1
Baris 2
Baris 3
Baris 4
Laporan Latihan Industri pelajar ini telah diserahkan kepada Jabatan Kejuruteraan
Elektrik sebagai sebahagian daripada syarat kelayakan Penganugerahan Sijil
Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.
Baris 1
Baris 2
Baris 3
…………………………………
(PUAN ROHAIDA BINTI ABU BAKAR)
Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik
Politeknik Mukah Sarawak
Baris 1
Baris 2
PRAKATA
Baris 1
Baris 1
Latihan Industri adalah satu Latihan praktikal yang perlu dijalani oleh
setiap pelajar yang mengikuti kursus di Politeknik. Sesi Latihan Industri ini
biasanya dijalankan selama 22 minggu iaitu hampir enam bulan.
Baris 1
Para pelajar akan ditempatkan ke firma-firma yang bersesuaian dengan
kursus yang diikuti mengikut pilihan tempat yang telah dipilih oleh pelajar pada
sesi semester sebelumnya atau dengan bantuan pihak unit Perhubungan Latihan
Industri (UPLI) sekiranya mengalami kesukaran untuk mendapatkan tempat bagi
menjalani Latihan Industri tersebut.
Baris 1
Disamping itu, melalui program Latihan Industri para pelajar akan dapat
mempratikkan segala pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi dan dipelajari
di Politeknik serta dapat membiasakan pelajar kepada suasana pekerjaan serta
sebagai persediaan awal sebelum menempuh alam pekerjaan yang sebenar di
masa akan datang.
Baris 1
Selain itu, latihan tersebut dapat menambahkan pengetahuan dan
kemahiran - kemahiran baru. Pendedahan kepada perkara - perkara seperti ini
amat berguna kepada pelajar-pelajar. Melalui Latihan Industri ini juga akan dapat
memupuk semangat kerjasama dan perkembangan sosial melalui komunikasi
sesama kakitangan pekerja. Secara tidak langsung, ianya dapat membentuk
sebuah organisasi yang harmoni. Latihan ini juga dapat menanam sikap
bertanggungjawab, berani dan yakin pada diri sendiri apabila melakukan sesuatu
kerja dan juga apabila berhadapan dengan pegawai atasan mahupun pekerja
bawahan di dalam sesebuah organisasi. << Sila gunakan huraian sendiri. Ini
merupakan contoh sahaja Baris 1
Terima kasih.
Baris 1
Baris 1
PENGHARGAAN
Baris 1
Baris 1
Bersyukur saya ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya saya berjaya
menjalani latihan industri di Politeknik Mukah Sarawak (PMU) selama dua puluh
dua minggu yang bermula daripada seperti yang telah diwajibkan oleh Pihak
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia bagi pelajar Diploma sesi Jun 2011.
Baris 1
Pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak
terhingga kepada seluruh tenaga, tunjuk ajar, dorongan, nasihat dan idea-idea
yang telah dicurahkan kepada saya sepanjang saya menjalani latihan industri di
jabatan ini. Sesungguhnya segala ilmu yang diberikan kepada sya akan saya
pergunakan dengan sebaiknya demi masa depan saya untuk mengharungi alam
pekerjaan kelak
Baris 1
Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih
kepada En. Iskandar bin Reduan selaku Pensyarah yang telah menjaga,
mendidik dan memberi tunjuk ajar kepada saya sepanjang saya di sini. Tidak lupa
juga kepada kakitangan yang lain seperti En. Harmen bin Muda, En. Philips
Dharmaraj, mentor Latihan Industri dan Pn. Halimah Robert di atas kesudian
memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya dalam melaksanakan tugas dan
membantu saya menyelesaikan segala masalah yang dihadapi sepanjang sesi
latihan industri ini.
Baris 1
Akhir kata, terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara
langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan Laporan Latihan Industri
ini. Sesungguhnya, segala jasa dan bantuaan mereka ini akan saya kenang
sampai bila-bila.
Baris 1
Sekian, Terima kasih.
Baris 1
Baris 2
ISI KANDUNGAN
Baris 1
Baris 2
BAB PERKARA MUKASURAT
Baris 1
Judul i
Perakuan Pelajar Dan Firma ii
Pengesahan Laporan iii
Prakata ii
Penghargaan iii
Isi Kandungan v
Senarai Rajah (jika berkaitan) vi
Senarai Jadual (jika berkaitan) vii
Senarai Lampiran (jika berkaitan) iv
Baris 1
BAB 1 PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG FIRMA 1
1.1 Pengenalan Latihan Industri
1.1.1 Pendahuluan 1
1.1.2 Objektif Latihan Industri 2
1.1.3 Objektif Laporan 2
1.1.4 Kepentingan Latihan Industri Kepada Pelajar 3
Baris 1
1.2 Latar Belakang Organisasi
1.2.1 Pengenalan Organisasi 4
1.2.2 Latar Belakang Penubuhan Organisasi 5
1.2.3 Aktiviti Organisasi 6
Baris 1
BAB 2 RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI 10
2.1 Pengenalan
Baris 1
BAB 3 BAHAGIAN KEJURUTERAAN RADIO
BAHAGIAN OB (OUTSIDE BROADCAST) 19
3.1 Pengenalan
3.1.1 Pengenalan unit siaran / Outside Broadcast (OB) 20
3.1.2 Suis 21
3.1.3 Soket Alur Keluar 13 Dan 15 Ampere 22
Baris 1
3.2 Cara Penyambungan Peralatan
3.2.1 Penyambungan (Connecter) 24
3.2.2 Penyesuaian (Adaptor) 25
3.2.3 Pemasangan Lampu Kalimatang 26
Baris 1
BAB 4 BAHAGIAN KEJURUTERAAN RADIO 30
4.1 Pengenalan
4.1.1 Pengenalan Unit Siaran 30
4.1.2 Peralatan Unit Siaran Luar 31
4.1.3 Sistem Mikrofon Tanpa Wayar 32
5.1.4 Masalah Mikrofon Tanpa Wayar 33
Baris 1
BAB 5 BAHAGIAN SUMBER DAN FASILITI 54
5.1 Pengenalan
5.1.1 Unit Penyelenggaraan Elektrik 54
5.1.2 Matlamata 55
5.1.3 Strategik 55
Baris 1
BAB 7 KESIMPULAN 80
Baris 1
BAB 8 KOMEN DAN CADANGAN 82
Baris 1
RUJUKAN 84
Baris 1
LAMPIRAN (Jika berkaitan)
Baris 1
Baris 2
SENARAI JADUAL
Baris 1
Baris 2
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
Baris 1
2.1 Ringkasan Aktiviti Latihan Industri 30
3.1 Masukkan nama jadual yang berkenaan 31
3.2 Masukkan nama jadual yang berkenaan 32
6.1 Masukkan nama jadual yang berkenaan 35
Baris 1
Baris 2
SENARAI RAJAH
Baris 1
Baris 2
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
Baris 1
2.1 Masukkan nama rajah yang berkenaan 29
3.1 Masukkan nama rajah yang berkenaan 35
3.2 Masukkan nama rajah yang berkenaan 41
6.1 Masukkan nama rajah yang berkenaan 55
Baris 1
Baris 2
SENARAI LAMPIRAN
Baris 1
Baris 2
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
Baris 1
A Masukkan nama lampiran yang berkenaan 100
B Masukkan nama lampiran yang berkenaan 101
C Masukkan nama lampiran yang berkenaan 102
D Masukkan nama lampiran yang berkemaan 103
CONTOH BAB 1 Baris 1
Baris 2
Baris 3
Baris 4
Baris 5
Baris 6
Baris 7
Baris 8
Baris 9
Baris 10
BAB 1 : PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG FIRMA
Baris 1
Baris 2
1.1 Pengenalan Latihan Industri
Baris 1
Baris 2
Latihan industri ini merupakan satu kaedah pembelajaran yang terdapat
dalam sistem pendidikan bagi institut-institut pengajian tinggi. Latihan industri
bolehlah diertikan sebagai ‘bekerja sambil belajar’. Melalui latihan industri ini
pelajar dapat didedahkan kepada alam pekerjaan yang sebenar. Sedikit sebanyak
pelajar dapat mengaplikasikan teori yang mereka pelajari sewaktu belajar di
politeknik apabila berada di tempat latihan. Selain itu, ini juga dapat membantu
pelajar untuk mempelajari sesuatu yang baru di dalam kehidupan mereka yang tidak
pernah mereka lalui sebelum ini. Ini dapat mendedahkan pelajar ke persekitaran
yang baru.
Baris 1
Baris 2
Latihan Industri juga salah satu syarat yang wajib bagi setiap pelajar
Politeknik untuk mendapatkan penganugerahan Sijil atau Diploma. Selain itu juga,
latihan ini akan memberi peluang kepada pelajar untuk menggunakan kemahiran
yang sedia ada,disamping itu dapat menimbah ilmu pengetahuan dan kemahiran yang
baru. Latihan ini secara langsung akan melatih para pelajar untuk berdikari,
berpenampilan diri, berkebolehan dan kesanggupan dalam menghadapi alam
pekerjaan yang sebenar.
Baris 1
Baris 2
Adalah diharapkan dengan adanya Latihan Industri ini, ianya akan dapat
melahirkan dan mengeluarkan lebih ramai lagi pelajar Politeknik yang berkebolehan
dalam bidang teknikal dan kejuruteraan bagi membentuk sebuah Negara maju dalam
mencapai Wawasan 2020.
Baris 1
Baris 2
Baris 3
1.1.1 Pendahuluan
Baris 1
Baris 2
Latihan industri adalah merupakan satu komponen utama dalam
kokurikulum pembelajaran di politeknik. Pelajar disyaratkan lulus latihan industri
sebelum ianya diperakukan untuk penganugerahan Sijil dan Diploma Politeknik
KPM. Pelajar akan ditempatkan di jabatan kerajaan atau firma swasta selama satu
semester bagi menddahkan mereka kepada suasana pekerjaan yang sebenar serta
berbeza dari suasana pembelajaran di politeknik. Seringkali pelajar akan
berhadapan dengan pelbagai cabaran dan masalah yang belum pernah dilalui.
Baris 1
Baris 2
Tujuan utama adalah untuk memberi bimbingan kepada pelajar yang akan
menjalani latihan supaya bersedia untuk menempuh segala cabaran dan sentiasa akur
dengan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh politeknik dan juga jabatan
atau firma berkenaan. Dengan segala perkara atau nasihat yang telah didedahkan
oleh pihak politeknik diharap pelajar dapat menangani segala kerumitan yang
mungkin timbul dan seterusnya dapat menjalani latihan dengan berjaya dan
berkesan.
Baris 1
Baris 2
Maka dengan ini diharap agar para pelajar dapat memanfaat sebaik mungkin
pengalaman yang telah diperolehi semasa menjalani Latihan Industri demi
pembangunan diri masyarakat dan Negara amnya.
Baris 1
Baris 2
Baris 3
1.1.2 Objektif Latihan Industri
Baris 1
Baris 2
Objektif sebenar latihan indutri ialah untuk mendedahkan para pelajar
kepada situasi dan alam pekerjaan yang sebenar kerana semasa menjalani latihan ini
para pelajar akan berinteraksi dengan para pekerja industri dan secara tidak langsung
mendedahkan pelajar lebih dekat lagi dengan situasi bekerja, pengalaman atau
peraturan-peraturan di tempat kerja. Latihan ini juga dapat membantu pelajar dalam
bidang teknikal dan praktikal semasa diberi tugas-tugas yang praktikal semasa
menjalani latihan industri ini serta belajar tentang perkara-perkara yang tidak
dipelajari di politeknik.
Baris 1
Baris 2
Dengan itu juga, ia akan menambah lagi apa saja kemahiran yang ada pada
seorang pelajar itu supaya akan menjadikan pelajar itu berkeyakinan tentang apa
pekerjaan yang dibuat. Di samping itu, juga dapat mengeratkan lagi hubungan
silaturahim diantara pelajar dan pekerja. Oleh itu pelajar dapat merasakan dan
memahami masalah golongan pekerja lain. Dari segi lain pula, latihan ini dapat
memupuk semangat kerjasama diantara pekerja dengan pelajar itu sendiri.
Baris 1
i. Mendedahkan para pelajar ke alam pekerjaan sebenar.
Baris 1
Para pelajar yang menjalani latihan industri, pastinya akan dilatih
mengenai kerja atau tugas yang bakal atau akan dihadapi. Oleh itu, ia memberi
pengetahuan baru kepada pelajar tentang bagaimana selok-belok sesuatu
pekerjaan dan cara mengendalikan sesuatu tugas tersebut maka, para pelajar
dapat membina semangat keyakinan diri dalam menceburkan diri kea lam
pekerjaan yang sebenar apabila pelajar menamatkan pengajian nanti.
Baris 1
ii. Memperkembangkan serta memajukan teknikal dan kemahiran
pelajar.
Baris 1
Latihan Industri juga sebenarnya bertujuan untuk menambahkan atau
memajukan lagi pengetahuan teknikal dan kemahiran pelajar kerana
pendedahan yang dilalui sepanjang Latihan Industri. Umumnya, para pelajar
dapat melihat dan memerhati sendiri serta mempelajari sendiri dengan kerja-
kerja secara praktikal. Jelasnya, ia boleh melahiran lebih ramai generasi atau
pekerja mahir selaras dengan kehendak Negara.
Baris 1
iii. Memberi pengetahuan tentang etika daya kerja.
Baris 1
Setiap pekerjaan memerlukan kecekapan, keselamatan dan
keberkesanan seperti yang dikehendaki oleh para majikan masing-masing.
Maka dengan adanya Latihan Industri ini, para pelajar dapat membiasakan diri
dengan etika kerja seperti peraturan, tanggungjawab, keselamatan, prosedur
serta tindakan-tindakan yang wajar dalam mengendalikan sesuatu tugas dan
sebagainya. Di samping itu, para pelajar juga dapat mempelajari dan
mengetahui bagaimana berhadapan dengan pihak majikan terutamanya
pengurus atasan serta ketua-ketua jabatan.
Baris 1
iv. Meningkatkan minat tentang krusus yang diambil di politeknik.
Baris 1
Krusus pengajian yang diambil di Politeknik merupakan salah satu
aspek penting selain pengalaman yang dapat membantu seseorang pelajar
untuk menjayakan latihan industri mereka. Oleh itu, Latihan Industri juga
dapat merangsang atau melahirkan minat para pelajar terhadap pelajaran
mereka apabila berada di semester seterusnya serta ia dapat membantu
segelintir pelajar yang bercita-cita meneruskan pengajian ke peringkat yang
lebih tinggi.
Baris 1
v. Menilai dan mengetahui kebolehan diri.
Baris 1
Melalui Latihan Industri ini, pelajar dapat menilai dan mengetahui
setakat mana kebolehan dirinya di alam pekerjaan. Masa inilah para pelajar
dapat mencurahkan segala bakat dan buah fikiran yang berguna seta bagaimana
ia dapat menyumbang kepakaran atau pengetahuan kepada pihak majikan.
Baris 1
vi. Melatih untuk menyediakan buku latihan teknikal rasmi.
Baris 1
Semasa menjalani Latihan Industri ini, para pelajar diberi tugasan atau
arahan untuk menyediakan satu buku laporan teknikal rasmi yang lengkap
tentang kerja atau tugas yang telah mereka lakukan. Para pelajar dapat
memahirkan diri bagaimana menyediakan sebuah laporan yang terbaik dengan
piawaian yang telah ditetapkan oleh Politeknik.
Baris 1
Baris 2
Baris 3
1.1.4 Kepentingan Latihan Industri Kepada Pelajar
Baris 1
Baris 2
i. Dapat membina personaliti individu.
ii. Dapat mempelajari cara berkomunikasi dengan lebih berkesan.
iii. Dapat mengamalkan etika dan peraturan kerja yang baik.
iv. Dapat memberikam pendedahan kepada alam pekerjaan sebenar.
v. Dapat menghasilkan Laporan Industri dengan lebih baik.
1.2 Latar Belakang Organisasi (SILA MASUKKAN CARTA ORGANISASI)
Baris 1
Baris 2
1.2.1 Pengenalan Organisasi
Baris 1
Baris 2
Stesen RTM Sibu telah dirasmikan pada 7 Disember 1974 oleh Tuan Yang
Terutama Yang Di Pertua Negeri Sarawak, Tun Datuk Patinggi Tuanku Haji Bujang
bin Tuanku Osman. Ia merupakan stesen kedua dibina di luar Ibu Pejabat Kuching
selepas stesen RTM Limbang.
Baris 1
Baris 2
Bangunan stesen RTM Sibu terletak di kawasan sekitar 7.5 hektar di
persimpanan Jalan Tun Abang Haji Openg dan Jalan Tapang.
Baris 1
Baris 2
Dalam mengisi keperluan masyarakat setempat, RTM Sibu menyiarkan
rancangan dalam tiga bahasa (Melayu/Iban/Cina) yang disiarkan menerusi siaran -
FM87.6 MHz dan SW 6050 KHz. Bahagian operasi terdiri dari 3 bahagian iaitu:
i. Bahagian Pentadbiran (Pentadbiran/Stor/Keselamatan)
ii. Bahagian Rancangan (Melayu/Iban/Cina/Berita/Rakamkhanah)
iii. Bahagian Kejuruteraan (Bilik Kawalan Pusat/Stesen Pemancar/Unit
Penyelenggaran/Unit Siaran Luar)
PERINGATAN :
1. Laporan ini sebagai garis panduan sahaja. Penambahan sub-topik boleh
dibuat jika perlu.
2. Penomboran roman & abjad perlu dilangkau 1 baris. Selain daripada itu,
seperti nombor iaitu sub topic perlu dilangkau 2 baris
INGAT….Selepas tanda koma, tinggalkan satu ruangan kosong
Selepas tanda noktah tinggalkan dua ruangan kosong
CONTOH BAB 2 Baris 1
Baris 2
Baris 3
Baris 4
Baris 5
Baris 6
Baris 7
Baris 8
Baris 9
Baris 10
BAB 2 : RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI
Baris 1
Baris 2
Baris 3
2.1 Pengenalan
Baris 1
Baris 2
Ringkasan aktiviti latihan industri yang telah saya laksanakan pada setiap
minggu iaitu dari 29 November 2010 hingga 29 April 2011 kira-kira selama 22
minggu termasuk cuti. Jadual 2.1 menunjukkan ringkasan aktiviti yang telah
dilaksanakan.
Baris 1
Baris 2
Jadual 2.1 : Ringkasan Aktiviti Latihan Industri
Baris 1
MINGGU AKTIVITI
MINGGU PERTAMA
(29 Nov 10 – 2 Dis 10)
i. Melapor diri di tempat Latihan Industri
bertempat di Jabatan Penyiaran RTM Sibu.
ii. Berjumpa dengan Puan Faridah iaitu
pengurus Jabatan Penyiaran RTM.
iii. Pergi ke bilik kawalan pusat (MCR).
iv. Sesi perkenalan antara kakitangan dan
melawat kawasan sekitar.
v. Diberi taklimat tentang peraturan-peraturan
yang terdapat di tempat latihan oleh Encik
Goh Hiong Ung.
vi. Mendapatkan pas masuk di pintu masuk atau
pengawal.
MINGGU KEDUA
(5 Dis 10 - 9 Januari 10)
i. Mendaftar di bahagian Rancangan.
ii. Melapor diri ke bilik ketua bahagian
Rancangan (KBR).
iii. Diberi taklimat tentang peraturan-peraturan
yang harus di patuhi semasa bekerja.
iv. Penerangan dari ketua Bahagian Rancangan
tentang aktiviti-aktiviti tugas utama.
MINGGU KEDUAPULUH
DUA
(15 pril 11- 19 April 11)
i. Mengetahui dan memahami apakah
tanggungjawab seorang jurukamera.
ii. Menservis dan membersihkan konti dan
auditorium.
iii. Memeriksa dan mengelap semua peralatan
konti dan auditorium.
Ringkasan aktiviti latihan mesti ditulis dalam bentuk ringkasan atau rumusan latihan
yang dibuat setiap minggu dari minggu pertama hingga minggu terakhir mengikut
format seperti di atas.
CONTOH BAB 3 Baris 1
Baris 2
Baris 3
Baris 4
Baris 5
Baris 6
Baris 7
Baris 8
Baris 9
Baris 10
BAB 3 : BAHAGIAN KEJURUTERAAN RADIO
BAHAGIAN OB (OUTSIDE BROADCAST)
Baris 1
Baris 2
Baris 3
3.1 Pengenalan
Baris 1
Baris 2
Bahagian OB merupakan bahagian yang menjalankan sistem siaraya. Selain
itu, bahagian ini bertanggungjawab untuk membuat siaran langsung radio dan juga
rakaman radio yang melibatkan unit audio. OB terletak di bawah unit Kejuruteraan
Radio .
Baris 1
Baris 2
3.1.1 Pengenalan unit siaran / Outside Broadcast (OB)
Baris 1
Baris 2
OB adalah satu unit yang digunakan untuk membuat liputan atau rakaman
siaran luar. Unit ini sangat penting bagi siaran radio untuk mendapatkan siaran dari
mana-mana kawasan. Untuk mendapatkan perkhidmatan OB, mereka perlu
dimaklumkan awal agar mudah bagi pihak OB untuk membuat persiapan seperti
menyediakan peralatan yang diperlukan dan juga untuk mendapatkan perkhidmatan
pengangkutan.
Baris 1
Baris 2
Sesuatu rancangan yang hendak disiarkan sama ada secara langsung atau
rakaman tidak semestinya di buat di dalam studio. Kadangkala ia juga perlu dibuat
diluar kawasan studio seperti di kampung dan sebagainya. Kerja-kerja
penyambungan dalam OB hendaklah dilakukan dengan teliti dan berhati-hati agar
tidak menimbulkan sebarang gangguan dan masalah ketika siaran langsung atau
rakaman .
Baris 1
Baris 2
3.2 Peralatan unit siaran luar
Baris 1
Baris 2
Mikrofon adalah satu alatubah ’transducer’ yang mengubah tenaga akustik
menjadi tenaga elektrik. Antara jenis-jenis mikrofon yang terdapat disini ialah dari
jenis:
i. Gegelung bergerak (Moving coil/dinamik).
ii. Mikrofon riben/ribbon.
iii. Kapasitor/ pemuat (condenser)
i. Gegelung bergerak (Moving Coil)
Baris 1
Case
Pole piece Magnetic return path
Baris 1
Rajah 3.2.1 : Binaan Asas Mikrofon Gegelung Bergerak
Baris 1
Baris 2
Mikrofon jenis ini digunakan secara meluas di dalam pemasangan
sistem siaraya. ‘Transducing element’ mengandungi wayar gegelung yang
terlekat kepada gegendang ‘diaphragm’ mylar dan tergantung di dalam
medan magnetik.
Baris 1
Baris 2
Apabila gelombang bunyi menggerakkan gegendang tersebut, wayar
gegelung turut bergerak di dalam medan magnetik dan ini menyebabkan
penghasilan voltan di dalam wayar gegelung tersebut.
Baris 1
Baris 2
ii. Mikrofon Riben (Ribbon)
Baris 1
Baris 1
Rajah 3.2.2 : Binaan Asas Mikrofon Riben.
Dalam jenis ini, gegendang dan gegelung bergerak digantikan dengan
logam nipis dan beralur atau bergelugur ‘corrugated’ menyerupai reben
tergantung di dalam medan magnet yang kuat.
Baris 1
Baris 2
Semasa riben ini bergetar di dalam arus medan magnet yang kuat
daripada tekanan gelombang bunyi, voltan terhasil.
Baris 1
Baris 2
Penggunaan riben ini menjadikan mikrofon jenis ini peralatan yang
agak rapuh terutamanya model lama. Jika terdapat bunyi yang kuat atau
terdapat perubahan tekanan bunyi yang kuat dengan tiba-tiba akan
mengakibatkan kerosakan kepada rebennya. Model terbaru, ‘Printed Ribbon’
lebih tahan lama ‘durable’.
Baris 1
Baris 2
3.3 Pencampur (SHURE) M267
Baris 1
Baris 2
Merupakan sebuah alat pencampur dan penguat isyarat bersaiz kecil dan
ringan. Ia disediakan dengan bekalan kuasa 8 VDC dan boleh mendapat punca
bekalan kuasa dari bekalan 240 VAC. Mempunyai 4 ‘input’ dan 1 ‘output’.
Baris 1
Baris 1
Rajah 5.3.1 : Audio Mixer
3.4 Kabel
Baris 1
Baris 2
Kabel meupakan peralatan penyambungan yang sangat penting kerana
dengan adanya kabel smbungan dari satu mesin yang lain dapat dibuat dengan
mudah. Kabel ini disediakan dalam beberapa jenis seperti kabel ‘balanced’ dan
kabel ‘unbalanced’.
Baris 1
Baris 1
Rajah 5.4.1 : Kabel
Baris 1
Baris 2
Baris 3
3.5 Komen dan Cadangan (JIKA ADA) JIKA TIADA- SILA BUAT
KESIMPULAN RINGKAS Baris 1
Baris 2
3.5.1 Komen
Baris 1
Baris 2
Bahagian OB merupakan bahagian yang paling seronok sepanjang saya
membuat latihan di RTM. Kami sentiasa mempunyai kerja untuk dibuat. Selain itu,
pekerja di bahagian OB selalu mendedahkan kami kepada pemasangan peralatan
semasa sesuatu penyambunagn di jalankan. Ini menyebabkan kami mudah
mempelajari sesuatu dan tidak lupa apa yang telah kami pelajari.
3.5.2 Cadangan
Baris 1
Baris 2
Saya berharap bahagian OB akan meneruskan cara pengajaran kepada pelajar
seerti masa sekarang kerana ini banyak membantu pelajar. Selain itu, jika pelajar
sentiasa diberi kerja ini akan memberi lebih ilmu kepada mereka.
Baris 1
Baris 2
Baris 3
3.6 Kesimpulan
Baris 1
Baris 2
Secara kesimpulan di Bahagian OB, saya mempelajari tentang siaraya.
Kecekapan siaraya terkandung kekuatan bunyi, mutu, kestabilan dan arah. Selain itu,
jenis-jenis pembesar suara yang digunakan untuk siaraya. Antaranya ialah pembesar
suara ‘kon’, pembesar suara ‘horn’ pembesar suara punca talian dan system 70.7V
dan 25V untuk pembesar suara.
Baris 1
Baris 2
Alat siaran luar pula saya diajar tentang talian siaran luar dan kemudahan-
kemudahan siaran luar. Dalam suap bersih saya didedahkan tentang kendalian
system suap bersih. Ujian dari talian luar dari siaran luar merupakan sambungan dari
talian telefon.
Baris 1
Baris 2
Mikrofon merupakan satu alatubah yang mengubah tenaga akustik menjadi
tenaga elektrik. Mikrofon yang biasa digunakan di Bahagian OB ialah gegelung
bergerak, riben dan kapsitor. Antara peralatan yang digunakan untuk siaran luar
ialah pencampur, mikrofon, mesin DAT, kabel dan sebagainya. OB digunakan untuk
siaran langsung atau rakaman.
PERINGATAN :
i. BAB 3, 4, 5, 6 & Seterusnya adalah LAPORAN TEKNIKAL (terdiri
daripada kerja-kerja teknikal yang dilakukan semasa latihan)
ii. Pemilihan topik adalah tertakluk kepada kerja teknikal yang dilakukan
semasa latihan (Rujuk Ringkasan Aktiviti Latihan Industri).
iii. Pelajar hendaklah menerangkan secara terperinci topik-topik tersebut.
iv. Setiap maklumat yang dilaporkan hendaklah disokong dengan
GAMBARAJAH, GAMBAR, JADUAL, PENGIRAAN atau seumpamanya.
Penerangan hendaklah berkaitan dengan topik
Baris 1
Baris 2
Baris 3
Baris 4
Baris 5
Baris 6
Baris 7
Baris 8
Baris 9
Baris 10
BAB 7 : KESIMPULAN
Baris 1
Baris 2
Setelah berjaya menamatkan Latihan Industri di RTM Sibu, secara tidak
langsung telah banyak perkara yang telah saya pelajari terutama mengenai
perhubungan dan penyiaran. Antara perkara yang telah saya pelajari adalah
tentang peralatan elektrik dan elektronik yang terdapat di RTM Sibu, samaada
untuk penyiran (bermula dari keluaran pada konti hinggalah disiarkan melalui
telekom) mahupun perlatan elektrik dan elektronik yang lain.
Baris 1
Baris 2
Dapat mengetahui cara merakam ucapan dalan majlis tertentu samaada
untuk siaran langsung atau rakaman. Mengetahui fungsi serta cara menggunakan
sesetengah peralatan yang terdapat di bilik kawalan pusat (MCR) yang
merupakan nadi utama bagi setiap pusat penyiaran , bilik produksi , bilik studio
dan bilik edit
Baris 1
Baris 2
Kakitangan di RTM Sibu terutamanya bahagian kejuruteraan telah banyak
berjasa dalam membantu saya mengenali dan mengendali serba sedikit peralatan
yang terdapat di bilik-bilik utama untuk penyiaran. Tidak kira peralatan yang
baru dan canggih atau peralatan yang telah digunakan.
Baris 1
Baris 2
Secara kesimpulannya, banyak ilmu pengetahuan yang telah ditimba dan
banyak yang telah saya pelajari. Saya juga dapat menyesuaikan diri dengan alam
pekerjaan seperti pergaulan dengan rakan sekerja yang akan menjadi kenyataan
setelah tamat pengajian kelak.
PERINGATAN :
Kesimpulan merupakan rumusan kepada keseluruhan laporan.
Baris 1
Baris 2
Baris 3
Baris 4
Baris 5
Baris 6
Baris 7
Baris 8
Baris 9
Baris 10
BAB 8 : KOMEN DAN CADANGAN
Baris 1
Baris 2
Baris 3
8.1 Komen
Baris 1
Baris 2
Setelah menjalani Latihan Industri di RTM Sibu selama satu semester,
pada pendapat saya firma ini amat sesuai dijadikan tempat untuk menjalani
Latihan Industri. Ini kerana ia bertepatan dengan apa yang dipelajari di Politeknik
mengenai perhubungan dan penyiaran.
Baris 1
Baris 2
Baris 3
8.2 Cadangan
Baris 1
Baris 2
Dari segi membuat laporan penuh untuk pelengkap Latihan Industri pula,
saya hanya mempunyai sedikit masalah sahaja. Tetapi tidak lagi menjadi masalah
kerana saya dapat menyiapkan laporan ini dengan sebaik mungkin.
Cadangan saya pula, adalah lebih baik sekiranya pihak penyelaras Latihan
Industri mengadakan taklimat yang lebih terperinci mengenai format laporan
kerana ada sesetengah pelajar yang tidak jelas dan faham mengenainya. Ini
bertujuan untuk memudahkan kerja-kerja membuat laporan. Pelajar akan dapat
membuat laporan tanpa masalah dan jika ada pun ia hanya sedikit.
Baris 1
Baris 2
Sekiranya boleh, para pelajar perlu ditunjukkan contoh laporan yang
terbaik daripada pelajar yang telah lepas menjalani Latihan Industri. Ia dapat
dijadikan bahan rujukan supaya para pelajar dapat mengetahui cara membuat
laporan yang betul dan baik.
Baris 1
Baris 2
Sepanjang tempoh Latihan Industri, saya mencadangkan supaya pihak
pensyarah datang ke tempat pelajar menjalani latihan sebanyak dua kali
sepanjang latihan tersebut.Ini adalah untuk menggelakkan pelajar melakukan
kesalahan seperti tidur di tempat kerja, ataupun pakaian yang tidak sesuai semasa
menjalani latihan. Jika boleh, datang lah secara mengejut agar pihak pensyarah
dapat menilai pelajarnya ketika menjalani latihan .
PERINGATAN :
Komen yang dibuat hendaklah berkaitan dengan latihan yang dijalankan di
ORGANISASI/ FIRMA berkaitan.
Pelajar digalakkan membuat cadangan yang positif dan membina agar boleh
dijadikan panduan dalam proses penambahbaikan di masa akan datang.
Baris 1
Baris 2
RUJUKAN
Baris 1
Baris 2
1. Mustapar Mohamad, Pengenalan Teori Kuantum, Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1991..
2. Chuah, D.G.S Solar Radiation in Malaysia, Oxford University Press,
Singapore, 1990.
3. P.C.Sen, Principles of Electric Machines and Power Electronics, United
States of American, 1996.
4. Iskandar Reduan (2011). Garis Panduan Belajar <http://.www.apa-nama-
laman-web-yang-dirujuk.com.my> (1 Januari 2011).
PERINGATAN :
1. Nama Penerbit, Judul/ Nama Buku, Diterbitkan Oleh, Tahun Diterbit.
@
2. Nama Penerbit, Judul/ Nama Buku, Diterbitkan Oleh, Tahun Diterbit.
LAMPIRAN 1 : PERALATAN PENYIARAN
Baris 1
Baris 1
Baris 1
Rajah 1 : Audio Mixer
PERINGATAN :
Semua lampiran hendaklah diletakkan di bahagian akhir laporan dan dinomborkan.
BAHAGIAN 2 : PANDUAN SETUP MICROSOFT WORD 2007
Perkara ini Wajib dilakukan terlebih dahulu sebelum memulakan penulisan Laporan
L.I.
Tatacara untuk Setup Margin
LANGKAH 1 :
Pilih menu „Page Layout’ > Margins > Custom Margins
LANGKAH 2 :
Taipkan nilai margins pada kotak ‘Page Setup’
Tatacara untuk Setup Font Type & Size Font
Lagkah 1 :
Pilih menu Home > Ariel (11)
> Times New Roman (12)
Tatacara untuk Setup Line Spacing
Langkah 1 :
Pilih menu Home > Paragraph > Align Text Left
> Line Spacing > 1.5
Tatacara Setup Number Muka Surat
Langkah 1 :
Pilih menu Insert > Page Number > Bottom of Pages > Plain Number 2
BAHAGIAN 3 : PANDUAN AM PENULISAN LAPORAN
1.0 PENGENALAN Buku panduan Laporan Latihan Industri ini adalah bertujuan untuk memberikan panduan yang lengkap dan tersusun mengenai semua aspek penyediaan dan penulisan laporan lengkap Latihan Industri. Dengan terhasilnya buku panduan ini diharapkan dapat membantu para pelajar menyediakan laporan mengikut format yang dikehendaki dan tidak lagi menghadapi sebarang kesulitan dan kekeliruan berhubung penyediaan laporan yang berkualiti dan menepati spesifikasi penulisan laporan lengkap Latihan Industri. 2.0 PENYERAHAN DOKUMEN LAPORAN INDUSTRI Dihantar pada hari pendaftaran tamat Latihan Industri sebagai pra syarat kelayakan untuk mendaftar sebagai pelajar lama. Dibuat 1 salinan sahaja untuk diserahkan kepada Unit Perhubungan & Latihan Industri Politeknik Mukah. Pelajar-pelajar digalakkan untuk membuat satu salinan tambahan sebagai simpanan dan rujukan sendiri. Dimasukkan ke dalam sampul surat berwarna coklat/perang bertulis nama sendiri dan nombor pendaftaran. Buku Catatan Latihan Industri (Buku Log) perlu disertakan bersama laporan Latihan Industri. Borang Penilaian Prestasi Latihan Industri (Borang Biru) dan Borang Tamat Latihan Industri (Borang Hijau) yang telah lengkap diisi beserta bercop rasmi firma perlu disertakan sekali semasa pendaftaran tamat latihan di Politeknik Mukah. 3.0 GARIS PANDUAN PENULISAN LAPORAN LATIHAN INDUSTRI 3.1 PANDUAN AM 3.1.1 Laporan hendaklah ditaip pada kertas putih dan disusun mengikut turutan. 3.1.2 Saiz kertas laporan ditetapkan kepada saiz A4 (210 x 297) dan berat minimum kertas ialah 80gm. 3.1.3 Laporan dibuat dalam BAHASA MELAYU (sahaja) atau BAHASA INGGERIS
(sahaja).
3.2 KANDUNGAN LAPORAN KESELURUHAN
3.3 PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS Penggunaan istilah dalam Bahasa Inggeris hendaklah ditandakan dengan `…………………‟ dan di “ITALIC”kan bagi membantu pemahaman istilah Bahasa Melayu. 3.4 AYAT & EJAAN Mudah difahami, tepat, padat dan ayat pasif. Contoh ayat aktif Saya mengukur bacaan rintangan kabel yang akan di hantar ke tapak bina dan melabelkan setiap bacaan ... Contoh ayat pasif Kabel yang akan dihantar ke tapak bina perlu diukur dan setiap bacaan dilabelkan... Ejaan Laporan latihan yang ditulis menggunakan Bahasa Melayu hendaklah
menggunakan sistem ejaan seperti yang terdapat di dalam daftar Ejaan Rumi
Bahasa Melayu edisi terkini keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka.
3.5 PENGGUNAAN HURUF BESAR Huruf besar hendaklah digunakan di setiap permulaan ayat, nama tempat dan nama khas. Nama-nama khas seperti nama alat atau nama pengarang buku yang dirujuk boleh menggunakan huruf besar sepenuhnya.
3.6 TANDA KHAS
3.6.1 Tanda ini hendaklah digunakan apabila satu satu perkataan melebihi had sempadan kertas. Tanda „ – „ hendaklah diletakkan selepas suku kata terakhir di hujung sempadan kertas dan suku kata perkataan sambungannya hendaklah mempunyai sebutan. Contoh : ……….mengguna- ---------------betul kan ……….mengguna- ----------------tidak betul Kan 3.6.1 Laporan hendaklah ditaip
menggunakan komputer.
3.7 NOMBOR BAB & TAJUK BAB
Tajuk Utama sahaja ( Bab 1, Bab 2....Seterusnya) (Saiz 14 di di “BOLD”kan) Tajuk dan tajuk kecil/subtajuk hendaklah bersaiz 12 di“BOLD”kan Font tulisan - Times New Roman (saiz 12) @ Arial (saiz 11) Sela /Jarak Langkau antara Tajuk Utama dan tajuk untuk karangan perenggan pertama adalah 3 baris Sela /Jarak Langkau antara Tajuk dan perenggan pertama adalah 2 baris dan sela antara perenggan adalah 2 baris. Sela /Jarak Langkau antara perenggan dan sub tajuk adalah 3 baris dan sela antara perenggan adalah 2 baris. Karangan bab/teks mestilah di JUSTIFIED Muka surat - Pada setiap permulaan Bab baru No Muka surat ditaip ditengah-tengah, 20mm dari bahagian bawah kertas.
3.8 PENETAPAN MARGIN UNTUK KARANGAN TEKS
3.9 SISTEM PERNOMBORAN
Bahan Hadapan - nombor roman ( i,ii,iii,iv,v,…....)
Bahan Laporan sehingga Lampiran - nombor biasa (1,2,3,4,5,….....) 3.10 BILANGAN MUKASURAT
Minimum 80 m/s
Maksimum 150 m/s 3.11 GAMBARAJAH/JADUAL DAN LAMPIRAN 3.12.1 Gambarajah/jadual/graf yang terdapat dalam laporan hendaklah dinomborkan mengikut tajuk kecil dan penerangan ringkas. Tulisan hendaklah di“BOLD”kan
3.12.2 Jika gambarajah/gambar tidak dapat dimuatkan di mukasurat tersebut, panduan rujukan hendaklah diberikan terhadapnya. Contohnya: .......Borang-borang tempahan bekalan dikemaskinikan untuk diserahkan kepada penyelia (Sila lihat Rajah 7.2.1.1 di Lampiran A,muka surat 106 untuk contoh borang tempahan). Semua bentuk peta, carta, lukisan, graf, gambarajah dan foto hendaklah jelas tidak ditulis tangan. Rajah yang dan penerangannya hendaklah ditaip dan di“BOLD”kan 3.12.3 Semua lampiran hendaklah diletakkan di bahagian lampiran di belakang sekali dan diberikan kiraan Abjad dan nombor muka surat lampiran. Contohnya: Lampiran A, Lampiran B....seterusnya 3.12.4 Sekiranya perlu data, jadual, peta, gambar dan sebagainya yang terlalu panjang untuk dimasukkan ke dalam teks laporan bagi menerangkan maksud teks tersebut, maka ianya hendaklah dimuatkan ke dalam lampiran. 3.12 RUJUKAN
3.13.1 Senarai buku/sumber rujukan yang dibuat hendaklah dilampirkan di bahagian belakang laporan selepas bahagian kesimpulan/penutup dengan menyatakan nama pengarang, judul dan tahun penerbitan dan sebaik-baiknya disusun mengikut abjad (nama pengarang). 3.13.2 Kaedah menulis: Nama pengarang, judul buku/majalah, penerbitan dan tahun buku/majalah, diterbitkan. Contoh: 1. Mustapar Mohamad, Pengenalan Teori Kuantum, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991..
2. Chuah, D.G.S Solar Radiation in Malaysia, Oxford University Press, Singapore, 1990. PERINGATAN : 1. Nama Penerbit, Judul/ Nama Buku, Diterbitkan Oleh, Tahun Diterbit.