18
PENDAHULUAN Istilah Orang Asli yang digunakan untuk merujuk kepada kumpulan pribumi yang dibincangkan ini adalah merupakan gelaran rasmi yang diguna pakai setelah Malaysia mencapai kemerdekaan. Istilah ini membawa konotasi bahawa Orang Asli itu adalah orang asal atau orang yang awal menduduki negara ini. Di samping itu istilah ini juga merujuk kepada kaum yang masih belum maju dan membangun. Gelaran baru yang diberikan oleh Kerajaan ini telah diterima oleh Orang Asli sebagai label yang merujuk kepada kaum mereka sendiri tidak mempunyai istilah yang khusus untuk merujuk kepada kaum atau bangsa mereka sendiri. Dengan istilah tersebut mereka telah menggunakannya untuk merujuk kepada diri mereka secara kolektif, merangkumi seluruh kelompok etnik Orang Asli lain. 1

Orang Asli Pahang

Embed Size (px)

DESCRIPTION

ORG ASLI

Citation preview

Page 1: Orang Asli Pahang

PENDAHULUAN

Istilah Orang Asli yang digunakan untuk merujuk kepada kumpulan pribumi yang

dibincangkan ini adalah merupakan gelaran rasmi yang diguna pakai setelah Malaysia mencapai

kemerdekaan. Istilah ini membawa konotasi bahawa Orang Asli itu adalah orang asal atau orang

yang awal menduduki negara ini. Di samping itu istilah ini juga merujuk kepada kaum yang

masih belum maju dan membangun. Gelaran baru yang diberikan oleh Kerajaan ini telah

diterima oleh Orang Asli sebagai label yang merujuk kepada kaum mereka sendiri tidak

mempunyai istilah yang khusus untuk merujuk kepada kaum atau bangsa mereka sendiri.

Dengan istilah tersebut mereka telah menggunakannya untuk merujuk kepada diri mereka secara

kolektif, merangkumi seluruh kelompok etnik Orang Asli lain.

Dari sudut Perlembagaan Persekutuan pula masyarakat Orang Asli tidak ditakrifkan

sebagai bumiputera. Mengikut artikel 160 (2) di dalam Perlembagaan Persekutuan “Orang Asli”

hanya ditakrifkan sebagai Orang Asli Semenanjung Tanah Melayu dan tidak disebutkan sebagai

bumiputera untuk membolehkan mereka menikmati hak yang setaraf dengan kaum bumiputera

yang lain. Malah dalam konteks pentadbiran juga, masyarakat Orang Asli telah disediakan

1

Page 2: Orang Asli Pahang

dengan satu Akta yang dikenali sebagai ‘AKTA 134 Akta Orang Asli’ yang diguna pakai sebagai

garis panduan untuk mentadbirkan hal ehwal kehidupan mereka

Daripada penilitian sejarah mengenai manusia awal yang mendiami Semenanjung, telah

disimpulkan bahawa komuniti manusia tersebut dipercayai datang dari Selatan Asia dan Indo-

China (Skeat dan Blagden 1906, Schebesta 1928). Selanjutnya kajian yang lebih kemudian

seperti yang dilakukan oleh Noone (1936) dan Carey ( 1976) pula berpendapat adalah lebih

wajar melihat migrasi orang-orang awal telah berlaku secara beransur-ansur dan bertahap-tahap.

Dalam proses yang begini lama mereka percaya telah berlaku interbreeding antara penduduk dan

proses ini telah melahirkan hybrid yang baru dan berkembang sejajar dengan kumpulan migrant

asal yang lebih tulen.

Dengan menggunakan asas-asas fizikal, linguistik dan tret-tret budaya sebagai kriteria

mengklasifikasikan kelompok manusia awal ini, maka ahli-ahli antropologi telah berjaya

membahagikan mereka kepada tiga kumpulan. Kumpulan tersebut dikenali sebagai Negrito,

Senoi dan Melayu-Proto. Ketiga-tiga kumpulan inilah yang menjadi komponen masyarakat

Orang Asli di Malaysia hari ini. Penilitian yang lebih mendalam terhadap ketiga tiga kumpulan

tersebut telah membolehkan ahli-ahli antropologi membahagikan setiap satu kumpulan Orang

Asli kepada enam sub-kumpulan etnik. Pembahagian tersebut telah diterima pakai oleh Kerajaan

Malaysia dalam mengklasifikasikan masyarakat Orang Asli.

Kelompok Etnik Orang Asli di Malaysia

Negrito Senoi Melayu-Proto

Kintan Semai Temuan

Kensiu Temiar Semelai

Menriq Jah Hut Jakun

Bateq Che Wong Orang Kanaq

Lanoh Semoq Beri Orang Seletar

Jahai Mah Beri Orang Kuala

2

Page 3: Orang Asli Pahang

Berdasarkan kepada keterangan sejarah, dipercayai kumpulan Negrito merupakan

kumpulan Orang Asli yang terawal hadir ke rantau ini. Ahli-ahli antropologi berpendapat

bahawa kumpulan tersebut telah samapai ke sini sekitar 25, 000 tahun yang lalu (Carey 1976: 13-

23). Ramai daripada tinggalan keturunan ini masih meneruskan cara hidup nomadik ataupun

separa menetap. Kumpulan yang hidup begini boleh ditemui di kawasan pedalaman utara

Semenanjung seperti di Kedah, Kelantan dan juga Pahang. Sebagai contoh, suku Bateq yang

tinggal di kawasan Taman Negara masih meneruskan kegiatan hidup nomadik. Dari sudut bentuk

badan, kaum Negrito adalah lebih kecil, mempunyai kulit yang gelap dan rambut yang sangat

kerinting berbanding kaum Orang Asli lain. Antara ketiga-tiga kumpulan ini, kumpulan Orang

Senoi merupakan kumpulan yang terbesar. Mengikut unjuran yang diberikan oleh JHEOA pada

tahun 2000 yang lepas, kumpulan Orang Senoi berjumlah seramai 62, 313 orang atau merupakan

53.66 peratus daripada keseluruhan populasi masyarakat Orang Asli dan mereka ini terdapat

banyak ditemui di negeri Perak dan Pahang. Orang Asli yang akan saya usulkan ialah mengenai

Orang Asli yang terdapat di Pahang.

3

Page 4: Orang Asli Pahang

MASYARAKAT ORANG ASLI DI PAHANG

I. Semelai

'Semelai' adalah salah satu Suku Kaum Orang Asli dari suku bangsa Melayu Asli (Proto

Malay). Taburan petempatan Orang Asli Semelai terdapat di Pahang Tengah seperti di Tasik

Bera, Sg. Bera, Sungai Teriang, Paya Besar dan Paya Badak serta di sempadan Pahang menghala

ke Negeri Sembilan seperti di Sg. Serting, Sg. Lui dan Ulu Muar. Dari segi rupa dan bentuk

fizikal Orang Asli tidak banyak bezanya dengan Orang Melayu.

II. Bateq

Orang Bateq tinggal di kawasan pedalaman utara Pahang, kawasan barat Terengganu dan

selatan Kelantan. Satu ketika dahulu Orang Bateq suka berpindah randah mencari tempat yang

sesuai untuk mencari bahan-bahan makanan. Semenjak kerajaan memberi penumpuan untuk

memberi kesejaheraan kepada rakyat kini Orang Bateq sudah ada kampung halaman mereka

untuk mengubah cara kehidupan mereka agar setanding dengan masyarakat umum.

Negeri Pahang terdapat 7 buah kampung, 5 buah kampung di daerah Lipis, 2 buah kampung

di daerah Jerantut yang berjumlah 100 keluarga seramai 550 orang.

4

Page 5: Orang Asli Pahang

III. Semoi

Suku kaum Semai tinggal bertaburan di kawasan Banjaran Titiwangsa, meliputi Perak

Tengah, Perak Selatan dan Pahang Barat. Bancian pada tahun 1993 menunjukkan jumlah mereka

telah meningkat lebih daripada 42,000 orang dan merupakan suku kaum Orang Asli yang

terbesar jumlahnya. Mereka hidup bermasyarakat. Sebuah kampung biasanya terdapat di antara

60 hingga 300 penduduk yang diketuai oleh seorang Penghulu atau Batin yang dilantik dari

golongan berpengaruh seperti pawang, bomoh dan ketua adat.

IV. Semoq Beri

Orang Semoq Beri tinggal di kawasan pinggir Pahang dan Terengganu. Satu ketika dahulu

Orang Semoq Beri berpindah randah mencari tempat yang sesuai untuk mencari bahan-bahan

makanan. Semenjak kerajaan memberi penumpuan untuk meningkatkan ekonomi rakyat, kini

Orang Semoq Beri sudah mula mengubah cara kehidupan mereka agar setanding dengan

masyarakat umum.

Di negeri Pahang terdapat terdapat 5 buah kampung di Jerantut yang berjumlah 95 keluarga

seramai 735 orang. Daerah Maran berjumlah 5 buah kampung terdiri 197 keluarga seramai 935

orang dan daerah Kuantan terdapat 2 buah kampung berjumlah 67 kelamin seramai 366 orang.

V. Jahut

Suku Bangsa Jahut terdapat di daerah Temerloh dan Jerantut di Negeri Pahang. Di daerah

Temerloh mereka tinggal di kawasan-kawasan yang dipanggil Kerdau-Paya Paleng, Paya

Mengkuang, Kuala Krau - Penderas, Mendoi, Seboi, Pasu, Piau dan Galong. Di daerah Jerantut

mereka tinggal di Sungai Kiol dan Kekwel (Kol). Mereka menyara hidup dengan mencari rotan

dan damar untuk dijual, di samping menangkap ikan, memburu binatang dan berladang dengan

menanam padi huma, jagung dan ubi.

5

Page 6: Orang Asli Pahang

VI. Che Wong

Orang Che Wong tinggal kawasan pinggir di daerah Raub dan Temerloh, Pahang. Satu ketika

dahulu Orang Che Wong suka berpindah randah mencari tempat yang sesuai untuk mencari

bahan-bahan makanan. Semenjak kerajaan memberi penumpuan untuk memberi kesejaheraan

kepada rakyat kini Orang Che Wong sudah ada kampung halaman mereka untuk mengubah cara

kehidupan mereka agar setanding dengan masyarakat umum. Daerah Raub terdapat 4 buah

perkampungan dan daerah Jerantut 1 buah perkampungan Orang Che Wong yang berjumlah

keseluruhannya 68 keluarga seramai 417 orang. 

AGAMA

Masyarakat Orang Asli terbahagi kepada bermacam-macam kelompok yang mempunyai

bahasa, adat dan rupa paras serta tahap pencapaian tamadun yang berbeza. Berdasarkan

perbezaan ini, umumnya ahli-ahli antropologi telah mengklasifikasikan masyarakat Orang Asli

kepada 18 kumpulan etnik. Perbezaan antara mereka tidak terhenti di situ sahaja dan mereka ini

terbahagi pula kepada beberapa kelompok agama. Kadang-kadang di dalam sebuah kampung

yang kecil, kita dapati ada ahlinya yang mengamalkan agama tradisi, ada yang menganut agama

Islam dan ada pula yang menganut agam Kristian.

6

Page 7: Orang Asli Pahang

Untuk menghuraikan sistem agama masyarakat Orang Asli ini secara umum kita akan

cuba melihat rol dan fungsi agama itu dalam kehidupan seharian masyarakat tersebut. Seperti

yang telah disebutkan awal tadi masyarakat Orang Asli umumnya menganut fahaman animisme

Sari Pati kepada sistem kepercayaan animisme ialah, masyarakat tersebut mempercayai bahawa

alam ini dan juga benda-benda yang terdapat di dalamnya mempunyai semangat. Di samping itu,

mereka juga percaya selain daripada semangat itu terdapat pula makhluk-makhluk ghaib yang

baik dan jahat sifatnya. Makhluk yang baik ini dapat dimanfaatkan utnuk membantu manusia

mengatasi kesusahan dan kesulitan dirinya, manakala makhluk ghaib yang jahat sentiasa mencari

peluang untuk menggangu manusia.

Oleh kerana demikian pandang dunia mereka, maka sebarang tindak tanduk individu

harus mengambil kira kesannya kepada makhluk ghaib ini. Seseorang itu dianggap

bertanggungjawab terhadap perbuatannya sendiri. Sebarang kecelakaan atau padah akibat

perbuatannya yang didatangkan oleh makhluk ghaib, bukan sahaja boleh menimpa dirinya

sendiri tetapi juga seluruh anggota komunitinya. Oleh hal yang demikian ahli-ahli dalam

masyarakat Orang Asli sangat prihatin kepada tingkah laku mereka. Jika seseorang Orang Asli

sengaja melanggar pantang larang yang terdapat dalam sistem kepercayaannya, beliau seolah-

olah mengundang bencana yang boleh membinasakan dirinya ataupun menghapuskan mereka

seluruhnya. Oleh kerana takut kepada akibat daripada perbuatan melanggar pantang, biasanya

Orang Asli akan patuh kepada adat dan kepercayaan mereka. Lantaran itu mereka tidak akan

memberikan kerjasama dan tidak mengelak daripada menyertai sebarang upacara agama yang

dijalankan, kecuali jika seseorang itu sudah bertekad merosakkan hubungannya dengan anggota

komunitinya dan juga ingin menghancurkan perlindungan yang dijamin oleh komuniti terhadap

dirinya.

Sistem agama animisme yang menjadi amalan masyarakat Orang Asli tidak mempunyai

sistem dogma yang formal dan tidak juga mempunyai sebarang bentuk perlembagaan yang

dimanifestasikan sama ada di dalam kesenian atau dalam kitab. Apa yang mereka miliki

hanyalah tradisi lisan yang diturunkan daripada satu generasi kepada satu generasi lain. Ahli

masyarakat mempelajari sistem kepercayaan itu melalui penglibatan dalam upacara-upacara

yang dikendalikan oleh komuniti mereka sendiri dan juga melalui pemerhatian serta mendengar

7

Page 8: Orang Asli Pahang

cerita-cerita yang disampaikan oleh orang yang lebih tua, khusunya halaaq (bomoh atau pawing)

yang terdapat dalam komuniti itu.

Ghalibya upacara perubatan yang diamalkan oleh sesebuah komuniti itu merupakan

peristiwa yang berperanan mendokong kelanjutan sistem kepercayaan mereka. Biasanya cerita-

cerita mengenai semangat dan makhluk halus, yang merupakan mitos dalam masyarakat

dijadikan perbualan ketika upacara perubatan diadakan. Melalui proses inilah golongan generasi

muda berpeluang menghayati sistem kepercayaan itu dan melanjutkannya sebagai kepercayaan

tradisi mereka.

Oleh sebab sistem kepercayaan Orang Asli ini sangat bergantung kepada tradisi lisan,

maka terdapat keluasan dalam kandungan mitos yang disebarkan dan juga dalam pola amalan

yang mereka lakukan. Pengetahuan mengenai mitos dan amalan agama yang dipraktikkan oleh

sesuatu kelompok etnik Orang Asli lain. Peyebaran amalan sedemikian boleh terjadi kerana

berlakunya perkahwinan campur dan interaksi sosial antara kelompok-kelompok etnik Orang

Asli. Di samping itu juga pengetahuan dan amalan dari kumpulan lain turut diserap melalui

proses yang sama. Dengan cara begini mitos dan amalan yang sedia ada dalam masyarakat itu

digembelingkan pula dengan maklumat-maklumat baru dan dimodifikasi supaya sesuai dengan

mitos dan amalan yang dipraktik di dalam sesuatu kelompok itu.

Sebagai rumusan dapat disimpulkan, setidak-tidaknya agama mereka amalkan itu

mempunyai dua fungsi. Pada paras spritiual, sistem kepercayaan yang mereka anuti dapat

menyediakan satu kerangka ideologi yang membolehkan mereka mengekalkan hubungan yang

konstruktif dengan kuasa-kuasa alam yang berada di luar kawalan mereka sendiri. Pada masa

yang sama ia membolehkan mereka mempengaruhi alam untuk tujuan kewujudan mereka. Pada

paras sosial pula sistem kepercayaan itu telah dapat meyepadukan kelompok mereka serta

memberikan identiti disamping menjamin proses kelanjutan warisan budaya mereka diteruskan.

Namun begitu kemurniaan sistem kepercayaan animisme masyarakat Orang Asli tidak bertahan

lama, kerana apabila berlaku kontaks dengan budaya dari luar, pengaruh-pengaruh agama besar

seperti Islam dan Kristian mula menular ke dalam kehidupan mereka.

8

Page 9: Orang Asli Pahang

EKONOMI

Dari sudut ekonomi juga didapati pencapaian masyarakat Orang Asli tertinggal jauh di

belakang. Mengikut laporan banci JHEOA pada tahun 2000, sebanyak 85.7 peratus penduduk

Orang Asli masih memperoleh pendapatan RM 350 atau kurang sebulan. Ini menunjukkan

bahawa majoriti ahli masyarakat Orang Asli berada di bawah kemiskinan. Daripada peratusan

tersebut sejumlah 56.6 peratus masyarakat Orang Asli tergolong dalam kumpulan penduduk

termiskin. Jika dibandingkan dengan warga Malaysia termiskin yang tinggal di luar Bandar

didapati hanya 2.4 peratus sahaja yang tergolong sebagai warga termiskin.

Kadar kemiskinan mereka yang terendah telah menyebabkan taraf hidup mereka juga

menjadi rendah berbanding dengan pencapaian taraf hidup majoriti warga Malaysia yang lain.

Akibat daripada kemiskinan yang dialami dan tahap hidup yang rendah, masyarakat Orang Asli

juga gagal mencapai tahap pendidikan yang memuaskan. Statistik daripada bancian JHEOA

2000 menunjukkan sejumlah 49.2 peratus ahli masyarakat Orang Asli adalah buta huruf,

sementara 38.5 peratus hanya berjaya menerima pendidikan di peringkat sekolah rendah sahaja

dan majoriti daripada mereka tidak pun menamatkan pendidikan di sekolah rendah sepenuhnya.

Akibat daripada kemiskinan dan kemunduran yang dialami, serta kehidupan mereka yang

bergantung kepada hutan mereka terus dilihat sebagai kumpulan primitif, tidak bertamadun,

tidak beragama. Keadaan tersebut telah menyebabkan berlakunya salah anggap yang

mengakibatkan mereka disalah fahami oleh pemerintah dan pengkaji. Lantaran salah faham ini

9

Page 10: Orang Asli Pahang

masyarakat tersebut terpaksa menghadapi berbagai prejudis dan tekanan oleh kumpulan

masyarakat lain yang lebih dominan. Fenomena inilah yang antara lain telah menjadikan kaum

peribumi terasing dan terpinggir malah ada yang terus ditindas (Bodley 1982).

Kehidupan Orang Asli ini juga bergantung kepada hutan belantara, di mana mereka

memperolehi berbagai jenis buah-buahan hutan, ubi, keladi, ikan darat dan binatang-binatang

liar. Kegiatan memburu pada dasarnya dilakukan oeh kaum lelaki sahaja. Binatang seperti

monyet, babi hutan, burung, biawak, tupai dan binatang-binatang kecil yang lain diburu untuk

makanan. Ini dilakukan dengan pelbagai cara, contohnya menyupit, memanah dan perangkap.

Menangkap ikan merupakan kegiatan yang penting. Cara penangkapan ikan yang terkenal ialah

lukah, kail, racun akar tuba, tombak, jaring dan dengan tangan kosong. Kegiatan atau aktiviti ini

dilakukan oleh kaum lelaki juga perempuan.

Bagi aktiviti berasaskan pertanian sara diri, mereka mengusahakan secara konsep

berpindah setelah tanah tidak subur lagi untuk pertanian. Sistem ini dimulakan dengan

membersihkan hutan untuk dijadikan tapak bercucuk tanam. Pokok-pokok besar serta semak

samun dipotong lalu dibakar. Setelah dibiarkan tanah pada matahari selama tiga atau empat hari

kerja menanam pun dimulakan. Ini diikuti dengan menanam berbagai jenis tanaman seperti padi

huma, sekoi, ubi, pisang, keladi dan sayur-sayuran. Tapak ini kebiasaannya akan ditinggalkan

selepas dua atau tiga tahun diusahakan. Ini kerana selepas tempoh tersebut tanah tidak lagi subur

untuk tanaman seterusnya. Sebenarnya masa bukan faktor utama tanah menjadi tidak subur. Cara

pemilihan jenis tanaman memberi kesan serta kurang pengetahuan menyuburkan tanah yang

hanya dilakukan melalui pembakaran. Tapak yang baru akan dicari untuk menjalankan kegiatan

yang diterangkan tadi.

Dalam kalangan masyarakat Orang Asli, mereka ada juga melakukan aktiviti seperti

bertukar bahan makanan dan keperluan-keperluan lain secara kongsi atau dinamakan ‘Sistem

Barter’. Tidak terdapat sistem jual beli secara tunai. Sistem begini membantu menjalinkan

kemesraaan yang lebih akrab dalam kalangan mereka. Aktiviti ketika masa lapangan ialah

membaiki alat-alat memburu dan perkakas lain yang telah rosak.

10

Page 11: Orang Asli Pahang

Dari sudut ini kita boleh melihat masyarakat Orang Asli Pos Betau. Pos Betau merupakan

sebuah perkampungan masyarakat kaum asli dari suku kaum Semai yang terletak kira-kira 45 km

dari pekan Kuala Lipis. Di Pos Betau ini sendiri terdapat kira-kira 18 buah perkampungan kecil

orang asli yang saling bergantungan antara satu sama lain dan menggunakan kemudahan yang

sama.

Kampung-kampung tersebut ialah Kampung Semoi, Kampung Sat, Kampung Meter,

Kampung Lancang, Kampung Betau, Kampung Kabang, Kampung Samut, Kampung Tual,

Kampung Jenang, Kampung Jerangkak, Kampung Kenip. Selain itu, Kampung Belida, Kampung

Keraung 1, Kampung Keraung 2, Kampung Celang, Kampung Jelangak, Kampung Sarang dan

Kampung Bertam juga berada di dalam kawasan Pos Betau.

Kebanyakan penduduk di kampung ini masih lagi mengamalkan gaya hidup tradisional

nenek moyang mereka dan aktiviti utama penduduk kampung ini ialah mencari hasil hutan

seperti rotan, damar dan sebagainya. Kehidupan yang sederhana di sebuah perkampungan yang

sangat bersih dan indah dengan dikelilingi kawasan flora dan fauna yang belum diterokai

menjadi satu daya tarikan yang sangat unik selain keramahan penduduknya. Pos Betau juga

terkenal dengan dusun buah-buahan tempatan. Pokok buah-buahan ini kebiasaannya ditanam di

kawasan perumahan dan kawasan sekitar. Antara yang menjadi tanaman utama ialah buah

durian. Apabila tiba musim buah-buahan kawasan ini akan menjadi tumpuan masyarakat sekitar

Daerah Kuala Lipis dan kawasan sekitar yang lain.

11

Page 12: Orang Asli Pahang

KESIMPULAN

Kesimpulannya, perubahan dari zaman ke zaman memperlihatkan perbezaan yang ketara

terhadap masyarakat Orang Asli. Jika dibandingkan dengan masyarakat Orang Asli dahulu

mereka ini lebih belakang tidak kira dari segi apa pun. Misalnya dari segi agama, mereka hanya

mempercayai semangat animisme dan menyembah seperti hujan, matahari yang dapat membantu

mereka dalam aktiviti harian. Manakala masyarakat Orang Asli kini sudah mempunyai agama

seperti Islam dan Kristian. Dari segi pendidikan pula masyarakatnya lebih maju dan

sesetengahnya ada yang melanjutkan pelajatan di Institut Pengajian Tinggi (IPT). Ini

menunjukkan pemikiran mereka lebih terbuka bahawa pelajaran dapat mengubah kehidupan.

Namun kelebihan yang terdapat pada Orang Asli ini mengenai selok belok dalam hutan memang

tidak dapat disangkal lagi. Mereka ini juga mengetahui herba yang boleh ditemui di dalam hutan

dan ini semua memerlukan khidmat Orang Asli.

12

Page 13: Orang Asli Pahang

Bibliografi

Carey, I. (1976). Orang Asli the aboriginal tribes of Peninsular Malaysia. Kuala Lumpur: Oxford University Press London New York Melbourne.

Couillard, M. A. (1980). Tradition in tension: Carving in a Jah Hui commuinty. Penang: USM.

Gomes, A. G. (2004). Looking for money: Capitalism and modernity in an Orang Asli village. Subang Jaya: Center For Orang Asli Concerns Transpacific Press.

Hasan Mat Nor (1947). Salib dalam komuniti pinggiran. Sabah: Sekolah Sains Sosial Universiti Malaysia Sabah Beg Berkunci 2073 88999 Kota Kinabalu .

Needham, R. (1984). Society and cosmos: Che Wong of Peninsular Malaysia. Singapore: Oxford University Press.

Po, L. T. (2005). Changing Pathways forest degradation and the Batek of Pahang Malaysia. Petaling Jaya: Vinlin Press Sdn. Bhd.

Schebesta, P. (1973). Among the forest dwarfs of Malaya. Singapore: Oxford University Press.

13