Upload
duongbao
View
290
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
NAMA : WAN NURUL SAKINAH BINTI WAN MOHD AZAHARUDDIN
NO. MATRIX : A143605
PROGRAM : LARIAN AMAL AUTISM UKM
No. Kelulusan JPPEL : DN00065/2014
TARIKH MULA PERANCANGAN HINGGA PERLAKSANAAN PROGRAM : 12/12/2014 – 6/4/2014
1.PERANCANGAN
JAWATAN DISANDANG : BENDAHARI 2
Untuk merangka gerak kerja program berberapa buah mesyuarat telah diadakan. Mesyuarat yang
diadakan melibatkan penyelia, ahli majlis tertinggi dan exco-exco. Sila rujuk Lampiran 1 (m/s 8 – 52).
Kertas kerja Progam
*Sila rujuk Lampiran 2
Carta alir perjalanan projek (Flowchart)
Penyertaan ahli program dan perlantikan Ahli Majlis Tertinggi
Perlantikan ketua exco dan penyerahan portfolio kepada setiap exco
Penyediaan kertas kerja
Semakan kertas kerja oleh penyelia
Mesyuarat bagi memantau gerak kerja exco dan isu-isu berbangkit
Penyelesaian isu-isu berbangkit
Hebahan program melalui media massa dan poster
Pendaftaran dan pembayaran yuran peserta
Perlaksanaan Flashmob bagi mempromosikan Progam Larian Amal Autism UKM
Race- Kit collection perserta diadakan di Pusanika UKM Bangi dan Kolej Tun Syed Nasir
Raptai bagi majlis penutup dan persiapan tapak program (5 April 2014)
Perlaksanaan Program Larian Amal Autism UKM(6 April 2014)
Post-Mortem program dijalankan bagi menilai kelemahan dan kelebihan selam program dijalankan.
Laporan Post-Mortem dan Kewangan penuh daripada setiausaha dan bendahari program.
2. PERLAKSANAAN
Bukti Perlaksanan Program
Mengadakan mesyuarat antara bendahari membincangkan tentang anggaran awal
perbelanjaan dan pendapatan program.
Barisan Masjis Tertinggi Program
Larian Amal AutismUKM
Mesyuarat di antara ahli majlis tertinggi
dan Mesyuarat ahli program
membincangkan gerak kerja dan isu-isu
berbangkit
Flashmob di KL central dan Lot 10 Bukit Bintang bagi mempromosikan Program Larian Amal Autism.
Pada masa yang sama, pendaftaran peserta secara manual dan jualan button badge bagi
mengumpul dana program juga dijalankan.
Menguruskan Race – Kit Collection di Kolej Tun Syed Nasir.
Pelepasan peserta 10 KM dan Race-Kit collection pada hari kejadian.
Gerai-gerai jualan juga dibuka kepada para peniaga pada hari kejadian. Pada masa yang sama, jualan
button badge masih diteruskan pada hari kejadian.
Sesi bergambar ahli program bersama Datin Seri Paduka Hajah Rosmah Mansor sebagai tetamu
terhormat pada hari kejadian.
LAPORAN PENUH POST-MORTEM PROGRAM
* Sila rujuk Lampiran 3
Laporan Akhir sebagai Bendahari Program Larian Amal Autism.
BIL TINDAKAN / TUGAS TARIKH LOKASI
1. Perlantikan Ahli jawatankuasa Induk 12.11.2013 Bilik Mesyuarat
Jabatan Biokimia
UKM KL
2. Mengadakan mesyuarat antara bendahari membincangkan
tentang anggaran awal perbelanjaan dan pendapatan untuk
program.
18.11.2013 Surau D, KTSN
3. Penetapan Yuran Keahlian dan meminta bendahari setiap
exco menghantar belanjawan.
20.11.2013 Foyer DSG,KTSN
4. Pengutipan wang penyertaan daripada setiap ahli program
sebanyak RM10.
21.11.2013 Surau D, KTSN
5. Menerima dan meneliti draf kewangan anggaran
perbelanjaan dari setiap exco bagi program ini.
25.11.2013 KTSN
6. Mengadakan mesyuarat membincangkan tentang anggaran
kewangan dari pihak penaja dan perubahan pada draf
kewangan perbelanjaan.
30.11.2013 Foyer DSG,KTSN
7. Perbincangan bersama penyelia program mengenai
pembukaan akaun dan kaedah pembayaran yuran oleh
peserta.
04.12.2013 Bilik Mesyuarat
Jabatan Biokimia
UKM KL
8. Pengiraan semula belanjawan mengikut survey terkini. 18.02.2014 Bilik Mesyuarat
Jabatan Biokimia
UKM KL
9. - Mengemaskini maklumat dan bayaran peserta.
- Pembukaan Tabung Program
- Menguruskan urusan kewangan dan pengaliran wang
sumbangan dari pihak penaja daripada exco dana.
15/1/2014 –
28/3/2014
KTSN
-Memohon wang pendahuluan untuk pembayaran keperluan
program
- Mengagihkan wang perbelanjaan kepada setiap exco
untuk membeli dan menguruskan peralatan dan keperluan
program.
10. Menguruskan pembayaran peserta secara manual. 29.03.2014-
30.03.2014
Pusanika UKM
Bangi & KTSN
11. Pembentangan belanjawan dan pendapatan program
bersama Penyelia dan ahli program.
07.04.2014 Surau D, KTSN
12. -Follow up pemindahan wang ke tabung program oleh
bendahari UKM KL
- Menyusun resit sebagai pembuktian perbelanjaan dari
setiap exco.
-Menguruskan bayaran balik wang ahli program
7.04.2014-
28.05.2014
Surau D, KTSN
13. - Menyediakan laporan akhir keseluruhan perbelanjaan
sepanjang program
28.05.2014 KTSN
14. Pembentangan akhir laporan kewangan bersama Penyelia
program dan Majlis Tertinggi
20.04.2013 KTSN
KEKUATAN :
Kami telah mendapat kerjasama daripada majlis tertinggi dan exco bagi program ini
terutamanya pengarah, timbalan pengarah dan exco dana dalam mendapatkan wang
bagi menampung perbelanjaan yang diperlukan.
Kami telah mengambil kira semua keperluan yang diperlukan oleh semua sekretariat.
Kemudahan dalam bekerjasama dan berkomunikasi antara bendahari dalam urusan
perbelanjaan kerana sikap keterbukaan dalam menerima dan memberi pendapat.
KELEMAHAN :
Memerlukan bayaran tambahan daripada beberapa ahli untuk menampung kelewatan
dalam menerima duit dan menampung kekurangan wang yang diperolehi.
Terdapat beberapa perkara dalam urusan penajaan program yang perlu dilakukan
selepas program telah tamat berlangsung.
Kami kurang cakna dalam bidang kewangan dari pihak penaja dan memerlukan
pertolongan dari pihak bendahari UKM dan penyelia program.
CADANGAN :
Sebarang resit yang ingin dituntut haruslah diserahkan lebih awal bagi memudahkan
urusan menyediakan laporan.
Tarikh tutup pembayaran yuran peserta melalui akaun Bendahari UKM perlu
diadakan seawal sebulan sebelum program bermula supaya memudahkan proses
pemindahan wang ke tabung program.