montaj

Embed Size (px)

Citation preview

Topik 5 X Kegiatan

Membuat Montaj

HASIL PEMBELAJARANDi akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. 2. 3. Mengaplikasikan alat, media dan bahan dalam menghasilkan montaj; Mereka cipta montaj sendiri dengan menggunakan pelbagai teknik; dan Menilai dan menghargai sesuatu montaj dari aspek asas senireka.

X PENGENALANTopik montaj dimulakan dengan menerangkan tentang definisi montaj, sejarah ringkas montaj, alat dan media dalam penghasilan montaj dan teknik-teknik yang digunakan dalam aktiviti montaj. Kemudian perbincangan diteruskan dengan melihat bagaimana alat, media dan teknik diaplikasikan ke atas montaj. Aspek unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip rekaan yang diaplikasikan dalam montaj disentuh dalam sub topik ini. Penerangan dijelaskan lagi dengan menunjukkan contoh-contoh yang menarik mengikut tema atau tajuk tertentu. Perbincangan diakhiri dengan persembahan hasil karya yang menyentuh tentang penilaian menggunakan imaginasi, cara melihat dan respon terhadap hasil kerja seni. Sebelum anda mula membaca, nyatakan apa yang anda fahami dengan istilah montaj?

74 X TOPIK 5

KEGIATAN MEMBUAT MONTAJ

5.1(a)

PENGENALAN AKTIVITI MONTAJ

Definisi Montaj Mengikut pencarian di laman web, http://www.google.com.my/search Montaj boleh dijelaskan seperti berikut: (i) Menampal dan melekatkan gambar-gambar pada suatu permukaan untuk menimbulkan mesej pengajaran, kecintaan, kecuaian, peperangan, alam sekitar. Menggunakan potongan gambar-gambar yang berkaitan dari manamana media cetak untuk menghasilkan satu tajuk atau tema.

(ii)

(iii) Satu corak tidak semestinya bermaksud sebagai kerja seni halus dibuat melalui proses menampal satu bahan ke atas bahan yang lain. (iv) Dalam kerja-kerja seni montaj, beberapa gambar foto dicantum untuk menjadi satu komposisi ilustrasi. (v) Satu imej yang terhasil daripada cantuman beberapa imejan. (vi) Satu hasil seni mengandungi sebahagian daripada imej yang ada seperti dalam gambar foto, majalah, cetakan yang disusun supaya bercantum, bertindih, diubahsuai untuk menghasilkan satu imej. (vii) Satu komposisi gambar dicipta dengan menggunakan teknik superimpose dengan menyusun berbagai cebisan gambar dengan cara yang kreatif untuk menghasilkan satu hasil karya montaj. (viii) Proses membuat gambar dari beberapa gambar atau corak disusun secara bertindih di antara satu sama lain. (ix) Teknik mencantum dalam satu elemen komposisi fofografi daripada sumber-sumber yang berlainan seperti sebahagian daripada foto-foto. (x) Proses menghasilkan satu komposisi gambar supaya menjadi satu komposisi daripada bahagian gambar atau imej disusun menjadi satu hasil kerja seni.

(xi) Aktiviti superimpose daripada berbagai elemen. (b) Sejarah Ringkas Foto montaj ialah satu proses menghasilkan komposit gambar dengan cara menggunting dan mencantum beberapa foto daripada berbagai sumber. Komposit foto kadangkala dirakam supaya imej terakhir yang dihasilkan akan menjadi satu cetakan fotografi. Cara yang sama digunakan pada zaman sekarang menggunakan image editing software. Teknik ini digunakan oleh orang-orang professional sebagai compositing atau

photoshopping.

TOPIK 5

KEGIATAN MEMBUAT MONTAJ W 75

Contoh terdahulu Seni Halus dalam bidang fotomontaj mengandungi elemen-elemen fotografi superimpose digabungkan dengan warna-warna basah. Kombinasi seperti ini dihasilkan oleh George Grosz pada tahun 1915. Pergerakan Dadaisme di Berlin banyak menghasilkan aktiviti montaj dalam seni rupa moden. Pelukis-pelukis dari aliran Dadaisme telah menggabungkan foto-foto mereka untuk menghasilkan subjek baru atau imej visual sebagai alat yang berkuasa untuk pergerakan Dadaisme menentang Perang Dunia Pertama. Teknik foto montaj ini kemudiannya menjadi ikutan ramai dan digunakan oleh pelukis-pelukis aliran Surealisme seperti Salvador Dali. Retrospektif pameran pertama dunia dalam foto montaj diadakan di German pada 1931. Kemudian menular pula kepada orang-orang eropah lain dan menggelar aktiviti seni ini sebagai photocollage yang bermakna hasil kerja yang bercita-cita besar atau mempunyai satu impian besar yang mencantumkan typografi, kerja-kerja menggunakan berus dan objek sebenar dilekat bersama foto montaj. Lama kelamaan teknik fotomontaj ini diaplikasikan ke dalam industri iklan pada tahun 1920 sehingga sekarang. (c) Alat dan Media Setiap pelukis mempunyai cara dan gaya yang tersendiri apabila ingin menghasilkan kerja-kerja seni. Dalam penggunaan alatan dan media untuk menghasilkan satu hasil kerja seni, pelukis akan mengenalpasti bahan apakah yang sesuai dan senang untuk didapati supaya kerja-kerja yang hendak dijalankan tidak terganggu. Berikut ialah beberapa contoh alatan dan bahan yang boleh digunakan dalam penghasilan aktiviti montaj: (i) (ii) Gambar foto sebenar seperti gambar keluarga, alam semulajadi, haiwan, alam benda. Gambar atau ilustrasi dari majalah/surat khabar seperti figura, lanskap, tumbuh-tumbuhan, situasi.

(iii) Gunting, pisau pemotong kertas, berbagai jenis gam. (iv) Warna basah seperti warna tempera, warna air, warna poster, dakwat basah dan berus lukisan. (v) Gambar-gambar atau imej yang telah diimbas dengan menggunakan pengimbas.

(vi) Bahan-bahan terbuang seperti gambar-gambar yang dijumpai, cawan /pinggan kertas, imej kartun dari majalah. (vii) Berbagai jenis tiket seperti tiket bas, tiket kereta sewa, tiket panggung wayang.

76 X TOPIK 5

KEGIATAN MEMBUAT MONTAJ

(d)

Teknik Mengikut Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR tahun 5 dan tahun 6, adalah diharapkan murid-murid pada tahap tersebut sudah boleh membuat penerokaan berdasarkan pemerhatian dengan bantuan komputer dalam penghasilan kerja-kerja seni mereka. Perisian-perisian yang dicadangkan dalam aktiviti pembelajaran mereka ialah seperti Paintbrush, Photoshop dan Microsoft word. Aktiviti montaj bukan sahaja boleh dihasilkan secara manual tetapi ianya boleh dihasilkan dengan menggunakan komputer melalui perisian-perisian yang telah dinyatakan. Di peringkat ini murid-murid perlu didedahkan dengan penggunaan komputer bukan sahaja celik IT tetapi sekurang-kurangnya aktiviti seni dapat dijalankan dengan cara yang berlainan dari kebiasaannya. Walau bagaimana pun terpulang kepada kebijaksanaan guru dan pihak sekolah untuk mengatasi masalah kekurangan komputer di sekolah. Di bawah ini dicadangkan beberapa teknik penghasilan montaj yang boleh dijalankan: x x x x x x x x x x x x x Montaj keluarga Photomontaj (digital image) Montaj dari bahan terbuang Montaj campuran Montaj tiket Montaj berlainan tema Montaj alam semulajadi Montaj figura Montaj alam benda Montaj corak huruf Montaj haiwan Montaj tema serupa Montaj tampalan (patchwork)

AKTIVITI 5.11. 2. Apakah perbezaan di antara montaj yang dikemukakan? Buat penerokaan dan kajian lanjut tentang berbagai jenis montaj yang dihasilkan oleh pelukis-pelukis montaj.

TOPIK 5

KEGIATAN MEMBUAT MONTAJ W 77

5.2

APLIKASI ALAT, MEDIA DAN TEKNIK

Jika dibuat satu perbandingan mengenai kolaj dan montaj, kita boleh andaikan bahawa teknik menghasilkannya adalah lebih kurang sama kerana ia memerlukan teknik memotong, menampal dan mencantum. Walau bagaimana pun montaj ada kelainannya sedikit kerana mempunyai tujuan tertentu. Kebiasaannya montaj memerlukan gambar foto sedia ada yang boleh didapati dari majalah, akhbar, pengambar menggunakan kamera digital, dapatan dari internet, gambar yang diimbas lalu ditampal dan digam gambar-gambar tersebut untuk menimbulkan kesan kelucuan, pengajaran dan sindiran terhadap sesuatu tema atau tajuk yang hendak dibuat. Di zaman yang serba moden ini, teknik montaj diperluaskan lagi dengan menggunakan bantuan komputer melalui perisian-perisian tertentu seperti photoshop, digital image, paintbrush dan banyak lagi. Walau bagaimana pun kesesuaian aktiviti montaj menggunakan bantuan komputer perlu dijalankan mengikut kemudahan sedia ada samada di rumah atau di sekolah. Berikut ialah beberapa contoh bagaimana alat, media dan teknik diaplikasikan ke dalam aktiviti montaj mengikut tema atau tujuan tertentu: CONTOH 1 Tema: Montaj keluarga Alat dan Media: Foto keluarga yang diimbas dengan menggunakan pengimbas, gunting, gam akrilik lutsinar, warna tempera, bingkai gambar plastik, gam getah, butang, tali hiasan, kain tebal (felt cloth), berus lukisan, Cara-cara menghasilkannya: (i) (ii) Potong setiap gambar foto keluarga. Guna berus lukisan untuk menyapu gam akrilik di atas bingkai plastik. Tampalkan kain tebal pada permukaan bingkai.

(iii) Letakkan gambar foto di atas bingkai plastik. Gosok setiap gambar foto yang dilekatkan dengan jari. Pastikan gambar foto dilekatkan dengan baik supaya tidak ada gelembung udara di bawahnya. (iv) Setelah gam kering, sapukan pula gam akrilik di sekeliling gambar foto tersebut. (v) Setelah gam akrilik cukup kering, bancuhkan warna tempera (warna ikut suka) dengan satu sudu gam akrilik. Gunakan bancuhan warna tersebut untuk menyapu dibahagian keliling gambar. Keringkan

(vi) Bila cukup kering sapukan perekat simen di atas bingkai plastik tadi.

78 X TOPIK 5

KEGIATAN MEMBUAT MONTAJ

(vii) Letakkan tali hiasan di atas perekat simen tersebut. (viii) Hiaskan montaj dengan menggunakan butang.

Rajah 5.1: Contoh montaj keluarga Sumber: Electronic references (2007). Retrieved April 23, 2007-04-29 From http://www.library.thinkquest.org/montage.html

CONTOH 2 Montaj ini dihasilkan dari cantuman tiga gambar foto yang berasingan. Gambargambar tersebut pada asalnya tiada perkaitan di antara satu sama lain. Montaj terhasil apabila susunan gambar foto tersebut dibuat dengan begitu teliti sehingga menjadi satu imej baru dengan satu tema. Teknik montaj seperti ini boleh dihasilkan secara manual atau dengan bantuan komputer. Lihat bagaimana pelukis telah menggabungkan gambar-gambar tersebut ke dalam satu kegiatan menggambar seperti berikut:

Rajah 5.2: Contoh montaj dari cantuman gambar foto yang berlainan tema Sumber: Electronic references (2007). Retrieved April 29, 2007. From http://www.picturemontage-files\montage

TOPIK 5

KEGIATAN MEMBUAT MONTAJ W 79

Di peringkat sekolah rendah guru boleh mencadang kepada murid cara mudah menghasilkan aktiviti montaj dengan menggunakan teknik dari contoh dua ini. Tema atau tajuk perlu disesuaikan dengan gambar foto yang ada pada setiap individu. Murid boleh menghasilkan montaj ini dengan menggunting gambar tersebut dan menyesuaikan kedudukan gambar pada bahagian latar. Imej-imej yang digunakan boleh didapati dari surat khabar, majalah, gambar foto, gambar yang telah diimbas atau dapatan dari internet. CONTOH 3 Montaj ini dihasilkan dari tema: haiwan kesayangan saya. Imej-imej tersebut boleh dihasilkan dari kamera digital atau potongan gambar dari majalah. Imej-imej tersebut dipotong terlebih dahulu dengan ukuran yang sama saiz. Tujuannya ialah untuk mendapatkan saiz yang sama pada setiap bahagian. Gambar-gambar tersebut disusun dengan menggunakan teknik mozek iaitu tidak ditindih atau menggunakan teknik cut and paste dengan menggunakan microsoft word. Dengan tak secara langsung muridmurid telah menjalani aktiviti yang berbantukan komputer.Rajah 5.3: Contoh montaj bertemakan haiwan kesayangan saya Sumber: Electronic references (2007). Retrieved April 23, 2007. From http://www.wprasek.com

80 X TOPIK 5

KEGIATAN MEMBUAT MONTAJ

CONTOH 4 Berlainan pula dengan contoh montaj yang dihasilkan dari tiket dan keratan tulisan dari akhbar. Montaj yang dihasilkan ini adalah bertemakan hurufhuruf. Guru boleh mencadangkan kepada murid cara yang paling mudah mendapatkan bahan-bahan untuk menghasilkan montaj. Murid boleh mengumpulnya dari akhbar atau majalah. Apa yang perlu dilakukan ialah dengan menampal berbagai jenis tulisan atau huruf yang berbagai font secara tindihan. Tak secara langsung murid telah menjalani proses kolaj dan montaj. Satu hasil kerja baru bertemakan huruf terhasil.Rajah 5.4: Contoh montaj dari cantuman huruf Sumber: Electronic references (2007). Retrieved April 23, 2007. From http://www.picturemontage

CONTOH 5 Montaj ini dihasilkan dari cantuman gambargambar yang boleh diambil dari berbagai sumber. Pelukis telah menggabungkan teknik kolaj dan montaj dalam satu hasil kerja. Gambar-gambar tersebut disusun secara tindihan di antara satu sama lain. Penggunaan warna yang kontra dan pelbagai warna banyak digunakan dalam hasil kerja ini. Rupa-rupa dan bentuk-bentuk geometri terutama sekali rupa bentuk bulat banyak digunakan untuk kelihatan seimbang. Prinsip penegasan ditunjukkan dalam hasil kerja ini untuk menampakkan kelainan. Kelihatan bentuk-bentuk yang sama diulang beberapa kali untuk menampakkan kesatuan dalam satu hasil kerja. Pelukis mempunyai mesej yang tersendiri dalam menghasilkan montaj ini.Rajah 5.5: Contoh montaj dari cantuman gambar-gambar Sumber: Electronic references (2007). Retrieved April 23, 2007. From http://www.picturemontage

TOPIK 5

KEGIATAN MEMBUAT MONTAJ W 81

CONTOH 6 Montaj bertemakan alam semulajadi ini dihasilkan dengan menggunakan teknik mozek. Dua imej penting yang ditonjolkan dalam montaj ini iaitu tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Gambar foto yang diambil adalah gambar-gambar dari dasar lautan. Pelukis menggunakan tema hidupan di dasar lautan untuk menarik minat pemerhati. Hasil kerja ini dianggap sangat menarik kerana menggunakan prinsip-prinsip keharmonian warna, kepelbagaian tumbuh-tumbuhan dan haiwan, prinsip pergerakan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Prinsip kepelbagaian dan kesatuan diaplikasikan dalam satu mesej tertentu.Rajah 5.6: Contoh montaj dari alam semulajadi Sumber: Electronic references (2007). Retrieved April 23, 2007. From http://www.picturemontage

CONTOH 7 Jika diperhatikan dengan lebih teliti, pelukis telah menggunakan imej yang sama pada keseluruhan montajnya. Idea yang didapati dari hasil karya The Scream oleh pelukis aliran Ekspressionisme karya Edvard Munch menjadi inspirasi kepada hasilan montaj ini. Teknik menghasilkan montaj ini dihasilkan dengan menampal setiap imej secara tindihan. Ia boleh dilakukan dengan cara manual atau berbantukan komputer. Penggunaan warna-warna harmoni panas banyak digunakan bersesuaian dengan imej yang terdapat pada gambar-gambar tersebut. Gambar yang sama digunakan tetapi dalam konsep yang berlainan. Typografi yang terdapat di tengah menjadi penegasan kepada keseluruhan montaj ini.Rajah 5.7: Contoh montaj dari tema yang sama Sumber: Electronic references (2007). Retrieved April 23, 2007. From http://www.picturemontage

82 X TOPIK 5

KEGIATAN MEMBUAT MONTAJ

CONTOH 8 Figura dari berbagai sumber dan bahan bacaan terpakai menjadi bahan utama dalam aktiviti montaj ini. Bahan-bahan tersebut disusun sebegitu rupa untuk menghasilkan satu imej baru. Teknik yang banyak digunakan ialah teknik pengulangan imej. Garisan grid digunakan sebagai rangka dan panduan untuk mereka letak subjek-subjek dalam sebuah gubahan. Dengan erti kata lain subjek-subjek disusun dengan lebih terancang apabila konsep garisan grid diaplikasikan.Rajah 5.8: Contoh montaj dari tema campuran Sumber: Electronic references (2007). Retrieved April 23, 2007. From http://www.picturemontage

CONTOH 9 Montaj bertemakan lanskap ini kelihatan kemas dengan menggunakan garisan tebal di sekeliling imej. Penggunaan pemandangan di tempat yang sama tetapi diambil dalam masa yang berlainan menjadi subjek matter kepada aktiviti montaj ini. Terdapat prinsip penegasan yang nyata dalam imej tersebut. Penggunaan warnawarna panas digunakan, prinsipprinsip pergerakan, kontra, imbangan diaplikasikan dalam montaj ini. Pelukis telah berjaya menghasilkan montaj dengan cara dan mesej yang tersendiri.Rajah 5.9: Contoh montaj dari tema lanskap Sumber: Electronic references (2007). Retrieved April 23, 2007. From http://www.picturemontage

TOPIK 5

KEGIATAN MEMBUAT MONTAJ W 83

CONTOH 10 Teknik montaj yang digunakan ialah cara tindihan. Subjek yang sama digunakan dan kemudiannya disusun berlapis-lapis untuk mendapatkan satu imej baru. Penggunaan tindihan secara manual atau berbantukan komputer boleh digunakan. Aktiviti ini sangat mudah dijalankan kerana tidak menggunakan terlalu banyak imej. Guru boleh mencadangkan kepada murid-murid menggunakan teknik yang sama dalam aktiviti montaj di kelas. Apa yang perlu murid-murid lakukan ialah dengan menggunakan beberapa gambar foto sendiri kemudiannya dipotong mengikut bentuk dan ditampal secara tindihan. Pastikan nama dan warna latar dihasilkan terdahulu dengan menggunakan komputer.Rajah 5.10: Contoh montaj dari figura Sumber: Electronic references (2007). Retrieved April 23, 2007. From http://www.picturemontage

CONTOH 11 Tema: Menghasilkan montaj mudah dari Digital Image Pro 9 Alat dan Media: gambar foto, perisian Digital Image Pro 9, komputer, pengimbas Cara menghasilkannya: (i) (ii) Sediakan tiga hingga lima keping gambar dari tema yang sama (berbagai aksi). Dengan menggunakan perisian Digital Image Pro 9 atau lain-lain perisian yang bersesuaian, crop gambar foto tersebut untuk membuang bahagianbahagian dari gambar foto yang tidak dikehendaki.

84 X TOPIK 5

KEGIATAN MEMBUAT MONTAJ

(iii) Pilih kawasan yang sesuai untuk meletakkan gambar foto tersebut. (iv) Pilih warna yang sesuai dengan warna latar gambar foto dan letak warna tersebut untuk menutup bahagian yang tidak berwarna. Guna dropper tool untuk sesuaikan warna latar dengan warna rumput.

(v)

Sebelum meneruskan kerja pastikan gambar yang dihasilkan setakat ini disimpan difail lain sebagai back up file dengan menggunakan teknik

edit>Duplicate Whole Picture.(vi) Untuk menghasilkan montaj, guna Effects>Transparency>Gradual. Teknik ini akan menghasilkan beberapa teknik kabur pada bahagian yang dikehendaki. Proses menghasilkan teknik kabur ini memerlukan eksperimen melalui trial and error untuk menyesuaikannya. (vii) Untuk tambah menarik lagi, masukkan beberapa imej lain yang bersesuaian dengan tema keseluruhan montaj yang hendak dihasilkan (viii) Untuk dengan imej sedia ada guna Effects>Transparency>imej berus>setting untuk kesan yang dikehendaki. Untuk menambahkan typografi guna teknik yang sama juga. Lihat gambar berikut: mengadunkan imej baru

TOPIK 5

KEGIATAN MEMBUAT MONTAJ W 85

Rajah 5.11: Contoh montaj dari Digital Image Pro 9 Sumber: Electronic references (2007). Retrieved April 29, 2007. From http://www.scrapbook-bytes.com/tutorials/picture It/shelley-montage

AKTIVITI 5.21. Analisa hasil kerja seni montaj oleh beberapa orang pelukis dari aspek tema dan teknik-teknik yang mereka gunakan.

5.3

PERSEMBAHAN HASIL KARYA

Apabila guru bersama murid-muridnya melihat, respon, membuat kajian dan perbincangan terhadap sesuatu hasil kerja seni, ia dikatakan telah dapat meningkatkan keupayaan akomodasi murid terhadap apa yang telah mereka hasilkan. Hasil kerja seni yang dibuat oleh murid boleh dikategorikan mengikut tema, idea, stail, pergerakan seni, teknik dan jenis aktiviti. Satu cara terbaik untuk mempersembahkan hasil kerja seni ialah dengan menubuhkan pusat pembelajaran yang tertumpu pada kerja-kerja menganalisa hasil kerja. Pusat ini dapat menawarkan peluang kepada murid bukan sahaja dapat memenuhi masa lapang dengan cara yang berfaedah tetapi dapat membuat penilaian terhadap sesuatu hasil kerja seni. Tujuannya supaya murid-murid dapat belajar secara berterusan sesuatu bidang diluar waktu persekolahan. Dalam sub topik persembahan hasil karya ini, perkara yang dibincangkan ialah 1) bagaimana seseorang murid dapat melihat hasil kerja seni dengan menggunakan imaginasi dan 2) cara-cara melihat dan respon kepada hasil kerja seni. Pada kebiasaannya murid-murid melihat sesuatu hasil kerja seni dengan menyatakan apa yang mereka lihat dan meluahkan perasaan mereka terhadap gambar tersebut. Motivasi berikut sekurang-kurangnya dapat membantu murid-

86 X TOPIK 5

KEGIATAN MEMBUAT MONTAJ

murid menjadi lebih kreatif dan berimaginatif. Cadangan berikut boleh diguna pakai untuk murid-murid di peringkat sekolah rendah. Cuba teliti bagaimana sesuatu hasil kerja itu dinilai dengan menggunakan imaginasi: (i) Hasilkan satu bingkai gambar dengan memfokuskan kepada kawasankawasan yang menarik dalam sesuatu hasil kerja. Kemudian bincangkan kenapa bahagian-bahagian tersebut sangat menarik perhatian mereka. Teliti satu hasil kerja selama dua atau tiga minit. Tutup mata dan terangkan tanpa menggunakan kata-kata, hanya menggunakan gerak geri dan bunyi yang boleh digunakan dalam hasil kerja tersebut.

(ii)

(iii) Bayangkan murid-murid berada dalam situasi gambaran tersebut. Apakah perasaan yang boleh diluahkan pada ketika itu. (iv) Galakkan murid mencipta satu tajuk baru bagi hasil kerja tersebut. (v) Murid juga boleh mencipta sajak, pantun, puisi yang bersesuaian dengan hasil kerja yang ditunjukkan dan mempersembahkannya di hadapan kelas.

(vi) Buat kajian tentang ekspresi muka dan gerak geri pada figura yang terdapat dalam hasil kerja tersebut dan tiru aksi tersebut sebagai satu persembahan. (vii) Cuba luahkan perasaan dari hasil kerja yang dilihat dengan menggunakan pergerakan, menggunakan deria rasa, deria bau dan deria sentuh. (viii) Ciptakan bunyi-bunyian, ritma atau pergerakan yang bersesuaian dengan hasil kerja tersebut. (ix) Setelah meneliti hasil kerja tersebut, bagaimanakah watak pelukis tersebut. (x) bayangkan dan terangkan

Jelaskan hasil kerja tersebut dalam satu perkataan.

(xi) Hasilkan satu sketsa pendek berkaitan dengan hasil kerja tersebut. (xii) Bayangkan bagaimanakah jika anda berada dalam situasi pada hasil kerja tersebut. (xiii) Terangkan bagaimanakah rupa hasil kerja tersebut jika menggunakan media yang berlainan. (xiv) Bayangkan jika beberapa imej atau objek dalam hasil kerja tersebut ditukar. (xv) Reka beberapa siri soalan tentang hasil kerja tersebut. Tanyakan soalansoalan tersebut kepada murid lain dan analisa jawapan mereka. Berikut pula ialah beberapa cadangan tentang cara-cara melihat dan respon kepada sesuatu hasil kerja seni: (i) (ii) Tulis beberapa perkataan penting yang boleh dikaitkan dalam sesuatu hasil kerja seni dan sesuaikan dengan gambaran keseluruhan hasil kerja tersebut. Pamerkan tiga jenis hasil kerja. Bincang dan berikan beberapa tajuk atau tema terhadap hasil kerja tersebut. Bandingkan tajuk-tajuk tersebut dengan tajuk yang sedia ada atau diberi oleh pelukis berkenaan.

TOPIK 5

KEGIATAN MEMBUAT MONTAJ W 87

(iii) Pamerkan satu hasil kerja seni. Setiap murid menulis beberapa perkataan dalam kad yang berasingan. Kutip kad tersebut dan klasifikasikan perkataan tersebut dalam beberapa kategori seperti: subjek matter, nilainilai formal, kualiti ekspresif. (iv) Pamerkan satu hasil kerja seni. Setiap murid menulis satu ayat tentang hasil kerja tersebut. Hasilkan satu cerita atau puisi dari ayat-ayat tersebut. (v) Bahagikan kelas kepada dua kumpulan. Satu kumpulan menerangkan tentang nilai-nilai positif dan satu kumpulan menerangkan nilai-nilai negatif tentang hasil kerja tersebut. Bincangkan secara keseluruhan kelas.

(vi) Adakan sesi temuramah atau temubual dengan pelukis terbaik. Muridmurid lain bertindak sebagai pemerhati dan kemukakan soalan-soalan. (vii) Reka cipta art puzzle dari satu hasil kerja seni sebagai satu permainan. (viii) Bandingkan hasil kerja seni dari berbagai budaya dan masa. (ix) Wujudkan seorang pelukis contoh pada setiap bulan. Buat kajian tentang kehidupan pelukis, berbincang tentang teknik melukis, tema, mood dan komposisi. Pilih dan pamerkan dua atau tiga hasil kerja dari tema yang sama dan buat perbandingkan tentang unsur-unsur seni pada hasil kerja tersebut. Buat persembahan secara lisan tentang hasil kerja murid lain dan jadikan hasil kerja pelukis tersebut sebagai contoh.

(x) (xi)

(xii) Kaji dua jenis hasil kerja (dulu dan sekarang) mempunyai tema yang sama dan buat perbandingan dari segi kehidupan dan hasil kerja. (xiii) Hasilkan satu penilaian dan kritikan dari satu hasil kerja secara bertulis.

AKTIVITI 5.31. 2. Hasilkan sebuah montaj dengan menggunakan teknik-teknik yang anda ketahui dengan tema tersendiri. Buat satu penilaian dan kritikan dari hasil karya rakan anda dengan memberi penekanan terhadap asas seni reka.

88 X TOPIK 5

KEGIATAN MEMBUAT MONTAJ

x x x x x x x x x

Montaj ialah satu aktiviti seni menggambar menggunakan potongan gambar dari berbagai sumber atau sumber yang sama. Aktiviti montaj menggunakan teknik memotong, menampal dan mencantum. Teknik tindihan (kolaj) dan teknik susunan gambar (mozek) digunakan dalam aktiviti montaj. Cantuman gambar-gambar akan menghasilkan satu imej baru. Teknik superimpose, image editing photography digunakan dengan menggunakan komputer dalam menghasilkan montaj. George Grosz (1915) menggabungkan warna-warna basah (seni halus) dan elemen-elemen fotografi superimpose dalam karya montajnya. Pelukis dari pergerakan aliran Dadaisme di Berlin banyak menghasilkan aktiviti montaj dalam seni rupa moden. Pameran pertama dunia dalam foto montaj telah diadakan di German pada 1931. Murid-murid di tahap dua perlu didedahkan dengan membuat penerokaan berdasarkan pemerhatian dengan menggunakan komputer dalam aktiviti seni. Alat, media dan teknik untuk menghasilkan montaj perlu disesuaikan dengan kemudahan yang ada. Aktiviti montaj boleh digabungkan dengan aktiviti catan, kolaj dan mozek. Tema bagi aktiviti menghasilkan montaj boleh dikategorikan kepada tema lanskap, alam benda, figura dan corak huruf. Montaj yang berkualiti menggabungkan unsur-unsur seni dan prinsipprinsip rekaan dalam hasil kerja. Subjek matter yang diguna dalam montaj boleh diulang untuk mendapatkan kesan keseragaman. Warna-warna harmoni dan warna-warna kontra digunakan dalam montaj untuk menarik perhatian pemerhati. Garisan grid yang digunakan dalam montaj adalah sebagai rangka panduan untuk mereka letak subjek dalam sesebuah gubahan. Aktiviti montaj yang menggunakan image editing software dapat menarik minat murid menghasilkan montaj.

x x x x x x x x

TOPIK 5

KEGIATAN MEMBUAT MONTAJ W 89

CompositingDadaisme Ekspressionesme Garisan grid Harmoni

Komposisi Kontra Montaj Penegasan Pergerakan

Image editing softwareImbangan Imejan Kepelbagaian Kesatuan

PhotoshoppingRetrospektif

SuperimposeSurealisme Typografi

Electronic references (2007). Retrieved April 23, 2007-04-29http://www.library.thinkquest.org/montage.html

Electronic references (2007). Retrieved April 29, 2007.http://www.picturemontage-files/montage

Electronic references (2007). Retrieved April 23, 2007.http://www.wprasek.com

Electronic references (2007). Retrieved April 23, 2007.http://www.picturemontage

Electronic references (2007). Retrieved April 29, 2007.http://www.scrapbook-bytes.com/tutorials/picture It/shelley-montage

Electronic references (2007). Retrieved April 14, 2007.http://en.wikipedia.org/wiki/Photomontage Kementerian Pendidikan Malaysia (2000). Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia (2000). Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Linderman, M. G. (Eds.). (1997). Art in the elementary school, Boston: Mc Graw-Hill.