17
MOHAMAD IZZAT BIN RAMELI (DB 120070) Page 1 PENGENALAN Aneka buah dan sayuran segar boleh digunakan untuk carvingserta dapat disesuaikan dengan suasana atau musim buah yang ada. Pilihlah jenis buah dan sayuran yang sesuai mengikut jenis hidangan yang akan dipersembahkan nanti. Warna perlulah berlainan atau menaikkan lagi tarikan hidangan tersebut agar hidangan tersebut mampu memikat pelanggan. Kombinasikan warna buah dan sayuran supaya tidak sekata dengan makanan utama. Contoh: Hidangan Ikan perlu ada warna kuning atau oren seperti capsicumkuning atau carrot. Hidangan Steak daging pula mesti terdapat warna merah dari tomato. Hidangan Nasi Goreng diberi warna hijau dari timun atau salad. Disini kita belajar teknik carvingdengan pola. Kita gunakan buah yang besar serta mudah diukir seperti tembikai, betik dan nanas. Dengan pola yang sama seperti pada sayuran dan buah yang kecil seperti pada sengkuang dan kentang. Bagi permulaan belajar, perlulah belajar dengan menggunakan sayuran kecil terlebih dahulu untuk membiasakan tangan kita, seperti pada tomato, timun, terung dan lain-lain. Fruit Carvingjuga dapat menjadi pilihan hadiah yang menarik untuk seseorang yang kita sayangi.

Modul Ukiran Timun 2

Embed Size (px)

DESCRIPTION

ukiran sayuran tempatanjenis-jenis ukiran

Citation preview

Page 1: Modul Ukiran Timun 2

MOHAMAD IZZAT BIN RAMELI (DB 120070) Page 1

PENGENALAN

Aneka buah dan sayuran segar boleh digunakan untuk ‘carving’ serta dapat disesuaikan

dengan suasana atau musim buah yang ada.

Pilihlah jenis buah dan sayuran yang sesuai mengikut jenis hidangan yang akan

dipersembahkan nanti. Warna perlulah berlainan atau menaikkan lagi tarikan hidangan tersebut

agar hidangan tersebut mampu memikat pelanggan. Kombinasikan warna buah dan sayuran

supaya tidak sekata dengan makanan utama.

Contoh:

Hidangan Ikan perlu ada warna kuning atau oren seperti ‘capsicum’ kuning atau ‘carrot’.

Hidangan Steak daging pula mesti terdapat warna merah dari tomato.

Hidangan Nasi Goreng diberi warna hijau dari timun atau salad.

Disini kita belajar teknik ‘carving’ dengan pola. Kita gunakan buah yang besar serta

mudah diukir seperti tembikai, betik dan nanas. Dengan pola yang sama seperti pada sayuran

dan buah yang kecil seperti pada sengkuang dan kentang. Bagi permulaan belajar, perlulah

belajar dengan menggunakan sayuran kecil terlebih dahulu untuk membiasakan tangan kita,

seperti pada tomato, timun, terung dan lain-lain.

‘Fruit Carving’ juga dapat menjadi pilihan hadiah yang menarik untuk seseorang yang kita

sayangi.

Page 2: Modul Ukiran Timun 2

MOHAMAD IZZAT BIN RAMELI (DB 120070) Page 2

ALAT YANG DIGUNAKAN UNTUK MENGUKIR BUAH

Dalam membuat ukiran buah (fruit carving) memang memerlukan alat khusus,

yang paling umum adalah pisau ukir. Pisau yang digunakan terdapat pelbagai variasi, dan

memiliki fungsinya masing – masing. Ada yang berhujung bengkok, untuk membuat ukiran

melengkung.

Ada yang berhujung panjang, dan runcing, biasanya digunakan untuk membuat ukiran kecil, dan

tajam, serta ada juga yang berbentuk seperti pahat, dan memiliki bentuk yang berbeza, yang

berfungsi untuk membuat ukiran menyerupai kelopak bunga.

Selain itu papan pemotong (cutting board) juga digunakan sebagai alat pelengkap sebagai alas

untuk memotong, dan mengukir.

Page 3: Modul Ukiran Timun 2

MOHAMAD IZZAT BIN RAMELI (DB 120070) Page 3

UKIRAN SATU ( IKAN JERUNG)

1) Potong bahagian bawah timun untuk dijadikan tapak. Bahagian yang dipotong perlu disimpan.

2) Kemudian pada bahagian hadapan timun, buat potongan berbentuk ‘V’.

3) Buang bahagian yang telah dipotong ‘V’ supaya nampak terbuka bahagian hadapan untuk

dijadikan mulut jerung.

Page 4: Modul Ukiran Timun 2

MOHAMAD IZZAT BIN RAMELI (DB 120070) Page 4

4) Buat potongan ‘V’ kecil pula pada bahagian tepi sebanyak dua ukiran. Ulangi langkah ini

di kiri dan kanan bahagaian mulut jerung.

5) Potong bahagian tepi kiri dan kanan pada bahagian ekor supaya nampak memanjang.

Bahagian ini jangan dibuang untuk dijadikan sirip jerung.

6) Potong bahagian atas untuk dijadikan lubang sepanjang 3 cm. Ulang potongan ini

dibahagian tepi kiri dan kanan serta bahagian belakang sebelah atas.

Page 5: Modul Ukiran Timun 2

MOHAMAD IZZAT BIN RAMELI (DB 120070) Page 5

7) Ambil bahagian yang dipotong pada permulaan dan letak di atas. Kemudian potong serong

untuk dijadikan sirip.

8) Ulang langkah ini pada bahagian sirip kanan dan kiri serta ekor belakang.

9) Langkah akhir ialah membuat mata dan lidah menggunakan barang seperti biji lada hitam

dan tomato.

Page 6: Modul Ukiran Timun 2

MOHAMAD IZZAT BIN RAMELI (DB 120070) Page 6

UKIRAN DUA ( BUNGA ROS 1)

1) Potong separuh timun secara hirisan.

2) Buat satu potongan separuh pada setiap hirisan timun tersebut.

3) Ambil sedikit baki potongan timun dan cucuk pada lidi.

Page 7: Modul Ukiran Timun 2

MOHAMAD IZZAT BIN RAMELI (DB 120070) Page 7

4) Ambil hirisan yang kecil kemudian lipat dan cucuk pada lidi.

5) Ulang langkah tadi dengan menggunakan hirisan yang besar.

6) Akhir sekali cucuk pada timun yang tidak digunakan.

Page 8: Modul Ukiran Timun 2

MOHAMAD IZZAT BIN RAMELI (DB 120070) Page 8

UKIRAN TIGA (BUNGA ROS 2)

1) Potong separuh timun secara hirisan.

2) Susun secara menindih sehingga memanjang.

3) Gulung hirisan timun tadi dari permulaan sehingga habis.

Page 9: Modul Ukiran Timun 2

MOHAMAD IZZAT BIN RAMELI (DB 120070) Page 9

4) Setelah siap digulung, potong gulungan timun tadi kepada dua bahagian.

5) Siap untuk dipersembahkan.

Page 10: Modul Ukiran Timun 2

MOHAMAD IZZAT BIN RAMELI (DB 120070) Page 10

UKIRAN EMPAT ( BUNGA ROS 3)

1) Potong bahagian kulit timun secara nipin berbentuk ‘V’. Ulang langkah tersebut sehingga

mendapat 8 kelopak atau lebih.

2) Bersihkan bahagian atas yang berwarna hijau dan tinggalkan yang berwarna putih sahaja.

3) Potong secara serong pada bahagian tepi. Kemudian potong menegak untuk membuang

bahagian yang tidak diperlukan bagi menampkkan kelopak bunga.

Page 11: Modul Ukiran Timun 2

MOHAMAD IZZAT BIN RAMELI (DB 120070) Page 11

4) Potongan seterusnya mesti la bersilang dengan kelopak pertama. Dan lakukan pada

sekeliling bahagian.

5) Lakukan potongan tersebut sehingga ke dalam yang akan membentuk lapisan paling

kecil.

6) Siap untuk dipersembahkan. Bahagian berwarna putih boleh di sapu dengan warna

mengikut kesukaan.

Page 12: Modul Ukiran Timun 2

MOHAMAD IZZAT BIN RAMELI (DB 120070) Page 12

UKIRAN LIMA ( DAUN 1 )

1) Potong hirisan timun berbentu separuh bulatan dan jangan terlalu nipis.

2) Buat hirisan pada timun tersebut.

3) Kemudian lipat bahagian hirisan tadi ke dalam.

Page 13: Modul Ukiran Timun 2

MOHAMAD IZZAT BIN RAMELI (DB 120070) Page 13

UKIRAN ENAM ( DAUN 2)

1) Potong sebahagian daripada timun.

2) Keluarkan biji yang masih terdapat pada potongan tersebut.

3) Bentuk kepada bentuk daun atau ‘V’.

Page 14: Modul Ukiran Timun 2

MOHAMAD IZZAT BIN RAMELI (DB 120070) Page 14

4) Buat satu potongan menegak pada bahagian tengah.

5) Kemudian potong secara serong untuk membuang bahagian tepi kiri dan kanan.

6) Potong secara melengkung untuk dijadikan kelopak daun pada sebelah kanan dan kiri.

Page 15: Modul Ukiran Timun 2

MOHAMAD IZZAT BIN RAMELI (DB 120070) Page 15

7) Lakukan potongan ‘V’ di antara lubang daun bagi membentuk gerigi daun.

Page 16: Modul Ukiran Timun 2

MOHAMAD IZZAT BIN RAMELI (DB 120070) Page 16

UKIRAN TUJUH ( TEMPAT LILIN )

1) Lakukan potongan pada sekeliling timun dengan jarak 1cm.

2) Buang lapisan hijau secara berselang seli.

3) Tebuk pada bahagian berwarna putih untuk dijadikan lubang udara. Sebanyak 4 lubang

perlu dihasilkan pada setiap lapisan bewarna putih.

Page 17: Modul Ukiran Timun 2

MOHAMAD IZZAT BIN RAMELI (DB 120070) Page 17

4) Buat potongan ‘V’ pada bahagian berwarna hijau.

5) Ukur saiz lilin untuk ditebuk.

6) Masukkan lilin setelah lubang lilin siap di tebuk.