Seni Ukiran (Falsafah)

Embed Size (px)

DESCRIPTION

apa

Citation preview

  • FALSAFAH SENI UKIRAN MELAYU

    Seni estetika Melayu dilihat daripada keindahan yang dipaparkan, penonjolan motif dan penyusunannya sebagai pola dan corak tertentu.Penggunaan motif yang berasaskan tumbuh-tumbuhan merupakan yang paling popular terutamanya sebagai pulangan terhadap alam sekitar sehingga kelihatan harmoni dan mempunyai kesatuan sifat, rupa dan bentuk.

  • Dari aspek keindahan, seni ukir Melayu boleh diukir melalui sifat ukiran itu sendiri.Antaranya :Dari satu punca kelihatan tumbuh dan keluar secara perlahan.Hujung menunduk tidak menegak atau melentik jauh ke luar ruang.Keseimbangan antara rupa dan ruang, antara ruang kiri dan kanan dan antara ruang atan atau bawah.Kesederhanaan tiada unsur rupa berlebihan dan terkawal sifatnya.Pergerakan sosial gerak kusut dan berbalas lentiknya.

  • Etika Seni Ukir MelayuBerdasarkan sifat estetika seni ukir Melayu dapatlah dirumuskan beberapa manifestasi sifat Melayu khasnya dan budayanya secara umum.Antara nilai yang dapat dilihat ialah :Nilai KepercayaanSeni ukir Melayu secara tidak langsung memperlihatkan nilai kepercayaannya, iaitu alam semesta keseluruhannya berpunca dari Tuhan Yang Satu dan diciptakan oleh Tuhan dengan kawalan kuasaNya (dari satu punca).

  • Nilai SosialPergaulan antara manusia tidak terbatas kepada Tuhan tetapi juga sesama manusia.Kehidupan manusia Melayu yang ditonjolkan dalam seni ukir jelas memperlihatkan beberapa sifat seperti tidak menyombong dan tidak meninggi diri.Ini dapat dilihat daripada lentikan sebelah hujung ukiran yang selalunya menunduk sifatnya.

  • Aspek KesederhanaanMeliputi dalam segala hal di dunia yang bersifat sederhana, iaitu dari pemilihan motif yang tidak berlebihan dan seimbang di antara ruang.Sifat Kelembutan dan KesantunanDapat dilihat melalui pergerakan visual / bentuk ukiran tersebut. Sifat Suka Membalas BudiDapat dilihat melalui arah punca, walau ke mana ia bergerak ia akan kembali ke tempat asalnya

  • CIRI-CIRI ISLAM DALAM SENI UKIRAN MELAYUBagi bentuk bermotifkan makhluk bernyawa diharuskan dalam keadaan abstrak- tidak cukup sifat, menepati syariat, tidak meruntun nafsu, tidak dijadikan subjek utama, tidak dimuliakan, tidak dianggap Tuhan atau unsur-unsur penyembahan.Bagi bentuk bermotifkan flora dan alam semulajadi dibenarkan selagi tidak menyebabkan seniman berasa angkuh, sombong atau bangga diri.Tiada niat untuk mencabar ciptaan Tuhan, berkreatif adalah digalakkan daripada meniru alam bulat-bulat.

  • Bagi corak geometri dan benda dibenarkan dan digalakkan.Bagi petikan ayat-ayat al-Quran, hadis atau kata-kata hikmat disunatkan dan mendapat pahala.

  • PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAANDi antara langkah-langkah yang diambil ialah :a)Pihak kerajaan seharusnya sanggup untuk membiayai segala aktiviti seni ukir itu sendiri. Menerapkan satu sukatan pelajaran dalam sistem pendidikan seperti subjek Pendidikan Seni Seni Ukir Melayu di peringkat IPTA / IPTS

  • Pihak Swasta dari aspek sumbangan dalam bentuk kewangan untuk mengembalikan kegemilangan Seni Ukir Melayu.Cth.nya pihak perhotelan dan pelancongan patut menerapkan unsur seni ukir dalam bangunan.Mereka patut menggunakan barangan berukir di dalam bangunan mereka kerana ia akan menjadi tumpuan para pelancong.Oleh itu seni ukir dapat memperindahkan lagi bangunan tersebut. Mereka juga dapat meletakkan ukiran-ukiran di tempat-tempat tertentu.

  • ) Petronas + Shell + Telekom melibatkan diri dalam menggiatkan seni ukir.d) Secara perseorangan atau individu- rumah kediaman, walaupun kosnya agak tinggi.

  • Institut Pemeliharaan Khazanah Seni Warisan MelayuPunca seni warisan Melayu hilang adalah kerana tidak ada institusi yang khas atau khusus bagi memelihara seni ukiran. Pendokumentasian dilihat lebih bernilai dari artifak.

  • Persepsi tentang seni ukiran perlulah diubah.Ukiran agak diketepikan kerana orang menganggap ukiran itu hanyalah sebagai satu hiasan semata-mata dan ia akan tenggelam.Ukiran sebenarnya bukanlah hiasan semata-mata, tetapi dalam ukiran terdapat sejarah, budaya dsb.

  • Dua orang pengukir telah berganding bahu, iaitu Nik Rasidi Nik Nordin dan Haizan Nordin telah menubuhkan satu Institusi Pusat Sumber Kandis dengan tujuan untuk dijadikan pusat rujukan bagi pengukir atau pengkaji.Orang Melayu kaya dengan tokoh pengukir tetapi tiada usaha pendokumentasian.

  • Keindahan ukiran MelayuTerdapat 3 jenis rasa yang mempengaruhi masyarakat Melayu dalam menilai keindahan sesuatu bentuk seni itu :Rasa KehalusanRasa KesesuaianRasa Keaslian

  • NILAI KEINDAHAN DALAM SENI UKIRAN MELAYUKamus Dewan memberi pengertian keindahan sebagai kecantikan, keelokan atau perihal yang menerangkan tentang sesuatu yang indah.Perkataan indah itu sendiri dimengertikan sebagai sesuatu yang cantik, bagus, benar, elok atau molek.Menurut Sidi Gazalba dalam bukunya Pandangan Islam Tentang Kesenian menyatakan bahawa teori-teori keindahan yang dikemukakan oleh ahli-ahli falsafah sejak dulu lagi dapat dibahagikan kepada teori-teori lama yang bersifat metafizikal dan teori moden yang bersifat psikologikal

  • Rasa KehalusanApabila kita menilai keindahan sesuatu objek kita sering dihubungkaitkan dengan kehalusan.Misalnya menilai gerak geri dan sebagainya.Dalam masyarakat Melayu, maksud kehalusan itu berbagai-bagai.Dari segi bentuk, halus menggambarkan tidak besar atau kasar.Sifat yang lembut dan licin, nyaring, merdu dan mersik adalah merupakan sifat-sifat kehalusan.Dari segi pekerjaan, kehalusan merupakan kerja yang amat teliti yang dapat menghasilkan sesuatu yang baik dan bernilai.

  • Setiap karya seni mempunyai bentuk yang tersendiri yang berlainan antara satu sama lain dan sekaligus dapat membezakan antara satu karya dengan karya yang lain.Di dalam karya seni ia dapat dilihat dari 2 sudut, iaitu : 1) Bentuk yang nyata - rupa dan bentuk - warna - garisan - rupa - dimensi2) Bentuk yang tidak nyata Faktor dalaman yang mempengaruhi penciptaan sesuatu karya seperti penggunaansimbol, daya kepekaan, pencipta dan nilai moral serta kepercayaan yang dianuti.

  • * Kesempurnaan corak juga dihasilkan bila garis-garis yang diciptakan adalah sempurna, iaitu tepat dan rupa bentuk menepati bentuk objektif yang ingin diciptakan.Misalnya untuk mengukir kepala ayam pada tongkat, garis-garis yang lengkap harus dihasilkan untuk membentuk muncung jambul, balung dan mata.Sesungguhnya setiap motif bunga yang kembang haruslah memperlihatkan bahagian-bahagian tangkainya, kelopak, sari-sari bunga dll.

  • * Bentuknya yang kemas dan strukturnya tersusun dengan bersih, rapi serta lengkap penciptaannya.Unsur-unsur yang nyata terdapat dalam satu-satu karya yang tidak nyata seperti idea, pengalaman dan emosi tidak dapat menjamin sesuatu karya seandainya kompenan-kompenan itu tidak dipilih, disusun atau diatur dengan rapi sebelum di lahirkan dalam bentuk konkrit.Kemasnya sesuatu penciptaan bentuk karya itu bergantung kepada 3 unsur penting, iaitu unsur yang nyata, unsur yang tidak nyata dan daya kreativiti pencipta membentuk dan menyusun bahan-bahan tersebut.

  • Rasa KesesuaianKonsep kesesuaian yang digunakan sebagai salah satu pengukur keindahan membawa maksud kepadanan, berpatutan, serasi atau secocok.Dalam satu-satu karya seni ukir, unsur kesesuaian ini akan wujud dalam bentuk karya yang terangkum di dalamnya corak, motif, warna dll.

  • Dari segi corak, keindahan karya akan terpancar bila corak atau reka bentuk yang dihasilkan itu bersesuaian dengan fungsinya.Misalnya bentuk kepala ayam pada hulu keris yang dikenali sebagai ayam patah tengkuknya atau kepala burung yang dikenali sebagai hulu pekaka dianggap indah kerana kesesuaian dengan fungsinya.Sarung hulu keris seharusnya mempunyai bentuk yang sesuai dengan penahan genggaman semasa digunakan.

  • Motif yang indah misalnya untuk objek dinding yang besar seperti dinding rumah, motif awan larat yang berkembang besar amatlah sesuai digunakan.Selain daripada corak dan motif, dari aspek kesesuaian dan pilihan warna juga adalah penting.Minat pada kegunaan warna yang tidak garang adalah sesuai dengan sifat orang Melayu yang digalakkan oleh Islam, iaitu bersederhana.Tataletak ukiran tersebut :Ayam Berlaga : - di bawah anak tangga rumah, ia membawa pengertian tidak sukaberlaga atau bergaduh.

  • Rasa KeaslianWalaupun keaslian pada hakikatnya didefinisikan sebagai sesuatu yang tulen dan yang jati, tetapi dalam penciptaan karya seni, keaslian yang dimaksudkan bukanlah bermaksud tidak wujudnya pengaruh-pengaruh luar tetapi yang dipentingkan ialah keaslian idea pencipta berkonsepkan sesuatu yang baru dari model yang diambil sehingga melakukan karya yang baru dan asli, dibantu dengan penggayaan atau pengurangan yang terdapat pada objek.

  • SELAMAT MENJAWAB