Upload
selvam-perumal
View
7.560
Download
5
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Kursus dalaman kepada guru-guru sekolah saya. ( Sekolah Rendah)
Citation preview
KURSUS DALAMANKECERDASAN EMOSI
DALAMPENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
Kecerdasan
Berdasarkan pengertian tradisional yang bermaksud kebolehan membaca,menulis dan menghitung.
Pandangan baru yang berkembang adalah ada kecerdasan lain diluar IQ , seperti bakat,ketajamanpengamatan sosial,hubungan sosial,kematangan emosional dll.
Perkataan emosi berasal daripada perkataan latin emover yang bermaksud bergerak,kegembiraan dan kegusaran.
Perkataan emosi digunakan bagi menggambarkan pengalaman subjektif seseorang seperti cinta, marah, suka, resah tertekan,malu,benci,duka,gembira tenang dan pelbagai lagi.
Definisi emosi
Terdapat 3 aspek emosi1. Cognitive-experiential bermaksud emosi
yang dapat dijelaskan dengan perkataan.
2. Behavior-expressive atau non- verbal expression seperti mimik muka, bahasa tubuh dan postur.
3. Physiological-biochemical iaitu aktiviti otak,suhu badan,kadar denyutan jantung.
Kecerdasan Emosi / Emotion Intelligence
Kecerdasan Emosi mencakupi pengendalian diri,semangat dan ketekunan serta kemampuan memotivasikan diri sendiri dan bertahan menghadapi kegagalan, kesanggupan mengendalikan dorongan hati dan emosi.
Menurut Mayer dan Salovey Pelopor (1993):-Kepintaran Emosi membenarkan kita berfikir lebih kreatif dan menggunakan emosi bagi menyelesaikan masalah. Kadang kala kepintaran emosi bertindak dengan kepintaran umum lain.
Mayer dan Salovey menyatakan individu yang menyedari emosi, mengawal emosi,memahami emosinya dan mengawal emosinya dianggap indvidu yang mempunyai kecerdasan emosi (EQ).
Pandangan Konsep EQ atau kecerdasan Emosi oleh Daniel Goleman(1995)
Goleman menyatakan 80% kejayaan seseorang bergantung kepada EQ (kecerdasan emosi) dan 20% bergantung kepada IQ (kecerdasan mental).
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN EMOSI
1.Kepintaran-Mereka yang lebih pintar peka kpd keadaan bahaya
2.Jantina- Perempuan mempunyai ekspresi takut pada drp lelaki
3.Status sosioekonomi-Kanak-kanak kelas rendah terdedah kepada masalah keganasan
4.Keadaan Fizikal-Kelaparan,kepenatan dan keadaan fizikal yg tdk baik
5.Hubungan sosial-kumpulan takut
6.Kedudukan dalam keluarga-Anak sulung takut saingan drp adikadiknya.
7.Personaliti-Kanak-kanak tidak yakin lebih takut
Kecerdasan Emosi bekerja pada bahagian otak kanan. Ia membangkitkan subconscious mind atau informasi bawah sedar. Seorang yang berfikir dengan otak kanan adalah mereka yang mempunyai ciri-ciri bersifat imaginatif, terbuka, ceria dan riang.
Conscious mind
Subconscious mind
Think
Feel
ActionBody
RASReticular activated senses
KOMPONEN
KOMPETENSI KECERDASAN EMOSIKompetensi Personal
1. Kesedaran Kendiri 2. Pengurusan Kendiri
Kompetensi Sosial
1. Kesedaran Sosial 2. Kompetensi Sosial
Kecerdasan Emosi dititikberatkan dan dijadikan matlamat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan individu yang harmoni dan seimbang dari segi intelek, rohani ,emosi, dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan kepada tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai sejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara”
Hakikatnya , kecerdasan emosi menjadi pendukung kepada kecerdasan intelek dalam menjamin kualiti produk yang dihasilkan
Pendidik bukan sahaja mengetahui elemen kecerdasan emosi malah mereka juga harus menyedari,memahami dan mengimplementasikan elemen itu dalam semua mata pelajaran yang yang diajar.