Upload
mohd-hazwan
View
994
Download
0
Embed Size (px)
DESCRIPTION
modul
Citation preview
MODUL PENDIDIKAN MORAL
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR)
MOD KURSUS DALAM CUTI
ELM 3103
PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATA
PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA
Berkuatkuasa pada Jun 2011
IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN KEPUJIANKEPUJIAN
i
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.
Falsafah Pendidikan Guru
Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.
Cetakan Jun 2011 Kementerian Pelajaran Malaysia
Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.
ii
Cetakan Jun 2011 Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia
MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN. MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Falsafah Pendidikan Guru i
Panduan Pelajar vi - vii
Pengenalan
Agihan Tajuk (Interaksi dan Modul)
Tajuk Pembelajaran
Tajuk 1 : PENTAKSIRAN PENDIDIKAN MORAL DI
SEKOLAH RENDAH
1.0 Sinopsis
1.1 Hasil Pembelajaran
1.2 Kerangka Tajuk
1.3 Kandungan Isi
Tajuk 2 : PEMBINAAN INSTRUMEN DAN ITEM
PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN
MORAL
2.0 Sinopsis
2.1 Hasil Pembelajaran
2.2 Kerangka Tajuk
2.3 Kandungan Isi
1-3
4-12
Bibliografi
Panel Penulis Modul
Ikon Modul
KANDUNGAN MUKA SURAT
vi
Modul ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda. Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri. Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial. Modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi bersemuka dalam bilik kuliah. Tiada kuliah atau tutorial diadakan untuk tajuk-tajuk dalam modul ini. Walau bagaimanapun, anda boleh berbincang dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini. Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Lampiran A menerangkan kepada anda makna-makna ikon tersebut. Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti. Tip untuk membantu anda melalui kursus ini.
1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan.
2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri
pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan.
PANDUAN PELAJAR
vii
3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira sasaran pembelajaran anda.
4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami
pembacaan anda.
5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda. Teliti maklumat yang diterima.
6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan-
bahan yang bermakna.
7. Cari kawan yang boleh membantu pembelajaran anda.
Pengenalan
Kursus ELM 3103 Pentaksiran dan Pengurusan Mata Pelajaran
Pendidikan Moral di Sekolah melibatkan pengetahuan dan kemahiran asas
yang perlu untuk menjalankan pentaksiran Pendidikan Moral dalam
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Moral di
sekolah. (Sila rujuk - Agihan Tajuk). Modul ini mengandungi dua tajuk
iaitu Tajuk 1 - Pentaksiran Pendidikan Moral di Sekolah Rendah (Topik 1
dalam proforma) dan, Tajuk 2 - Pembinaan Instrumen dan Item Pentaksiran
dalam Pendidikan Moral (Topik 2 dalam proforma).
Modul ini juga disertakan latihan sebagai pengukuhan pembelajaran.
Terdapat beberapa latihan yang disediakan bagi setiap tajuk. Latihan
tersebut merangkumi jenis-jenis intrumen pentaksiran formal dan jenis-jenis
instrumen tidak formal. Setiap latihan tersebut dirancang bagi
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru dalam mengajar mata
pelajaran Pendidikan Moral.
Latihan ini harus disiapkan dalam jangka masa yang ditetapkan. Hasil
kerja pelajar yang telah disiapkan hendaklah dihantar kepada pensyarah
secara e-mel atau bersemuka. Demi memantapkan lagi pemahaman
setiap tajuk dalam kursus ini, pelajar dinasihatkan membuat banyak
rujukan dan pembacaan. Pelajar juga digalakkan menghubungi pensyarah
untuk mendapatkan maklumat lanjut yang berkaitan topik-topik yang
dipelajari.
Maklumat Agihan Topik-topik Dalam Kursus Proforma Yang Dimodulkan Dan Yang Memerlukan Interaksi Bersemuka Kod & Nama Kursus: ELM 3103 : Pentaksiran dan Pengurusan Mata Pelajaran Pendidikan Moral di Sekolah
AGIHAN TAJUK
Kandungan modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan 15 / 30 jam
interaksi bersemuka. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi
bersemuka atau pembelajaran melalui modul.
(Agihan Tajuk Interaksi Bersemuka dan Modul Mengikut Kursus Proforma )
Bil. Tajuk/Topik Interaksi Bersemuka
(jam)
Modul
(jam)
Jum.
Jam
1 Pentaksiran Pendidikan Moral di Sekolah Rendah
5 5
2 Pembinaan Instrumen dan Item Pentaksiran dalam Pendidikan Moral
15 15
3 Isu-isu dalam Pentaksiran Pendidikan Moral 5 5
4 Pengurusan Mata Pelajaran Pendidikan Moral di Sekolah
10 10
5 Tanggungjawab dan peranan guru Pendidikan Moral dalam merealisasikan aspirasi negara
10 10
JUMLAH 30 15 45
1
TAJUK 1 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH RENDAH
1.0 SINOPSIS
Unit ini membincangkan pentaksiran mata pelajaran Pendidikan Moral,
pembinaan instrumen dan item Pentaksiran dalam Pendidikan Moral
dan Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR)
Tajuk pentaksiran Pendidikan Moral memberikan kemahiran kepada
pelajar mengetahui pelbagai jenis pentaksiran. Selain itu, mereka akan
juga didedahkan dengan kemahiran membina jadual spesifikasi ujian
(JSU) dan item ujian Pendidikan Moral. Pengetahuan ini penting
supaya pelajar mahir dalam merancang, membina dan mentadbir
pentaksiran Pendidikan Moral dengan berkesan.
1.1 HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir unit ini, pelajar dapat
1. merancang dan membina pelbagai bentuk item pentaksiran
Pendidikan Moral
2. berkemahiran membina jadual spesifikasi ujian
3. menjalankan pentaksiran berterusan dengan tepat dan berkesan.
1.2 KERANGKA TAJUK-TAJUK
Pentaksiran Pendidikan Moral di
Sekolah Rendah
Pentaksiran secara formal
Jenis-jenis penilaian formal
Jadual Spesifikasi Ujian
Pentaksiran secara tidak formal
Jenis-jenis pentaksiran tidak
formal
2
1.3 KANDUNGAN ISI
Tajuk 1 : Pentaksiran Pendidikan Moral di Sekolah Rendah
Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya
membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu
proses pendidikan. Pentaksiran merupakan satu proses sistematik yang
dijalankan dengan tujuan mengumpul maklumat untuk membuat suatu
taksiran. Taksiran ini amat berkait dengan keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran.
1.1 Pentaksiran secara formal
1.1.1 Jenis-jenis penilaian formal
Pentaksiran secara formal merangkumi pentaksiran formatif dan sumatif.
Pentaksiran formatif melibatkan penggunaan ujian untuk mengukur
perkembangan pembelajaran setelah pelajar selesai mengikuti satu unit
pelajaran yang kecil. Keputusan yang diperoleh tidak digunakan untuk
menentukan gred. Pentaksiran sumatif ialah penilaian yang dijalankan
pada akhir suatu kursus. Tujuannya untuk menentukan gred atau taraf sijil.
Contoh pentaksiran formatif ialah ujian bulanan, lembaran kerja, buku
skrap dan sebagainya. Contoh pentaksiran sumatif ialah peperiksaan
Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah
(PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan sebagainya.
1.1.2 Jadual Spesifikasi Ujian
Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) menghuraikan aspek-aspek pencapaian
yang hendak diukur serta memberikan panduan untuk mendapatkan satu
sampel item-item soalan. JSU merupakan jadual yang menggambarkan
ciri sesuatu ujian dari segi kandungannya. JSU merupakan rancangan
persediaan item / soalan dan dikenali juga sebagai Test Blue Print dan
test Specification. JSU merupakan matrik yang terdiri daripada 2 paksi
yakni paksi kandungan (menegak) dan paksi Aras kemahiran
(melintang).
3
Kepentingan JSU
1. Dapat mengelakkan ujian yang dibina secara sembarangan dan
dapat dilakukan secara terancang dan rapi.
2. Dalam JSU, bilangan soalan bagi sesuatu tajuk diberi berdasarkan
pentingnya tajuk atau objektif pelajaran
3. Akan menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian.
4. Membolehkan ujian yang sama dibina oleh orang lain.
5. Dapat menstabilkan taraf dan aras kesukaran ujian dari setahun ke
setahun.
6. Perbandingan dapat dibuat di antara satu ujian dengan ujian yang
lain
Rehat
1.2 Pentaksiran secara tidak formal
Matlamat utama pentaksiran tidak formal adalah memberi gambaran yang
menyeluruh tentang profil pelajar dari segi nilai dan sikap. Pelaporan
penghayatan ini hendaklah membayangkan ciri-ciri perkembangan pelajar.
Pentaksiran ini tidak seharusnya memberi gambaran gagal atau lulus
tetapi menghuraikan tahap kemajuan pelajar.
Pelbagai cara digunakan untuk menjalankan pentaksiran tidak formal iaitu:
i. Pemerhatian
ii. Senarai semak
iii. Rekod Anekdot
iv. Hasil kerja pelajar
v. Temu bual
4
TAJUK 2 Pembinaan Instrumen dan Item Pentaksiran dalam Pendidikan
Moral
2.0 SINOPSIS
Unit ini membincangkan pembinaan instrumen dan item pentaksiran
dalam Pendidikan Moral.
Tajuk pembinaan instrumen dan item pentaksiran dalam Pendidikan
Moral memberikan kemahiran kepada pelajar mengetahui pelbagai
jenis instrumen pentaksiran formal dan jenis-jenis instrumen
pentaksiran tidak formal. Pengetahuan ini penting supaya pelajar
mahir dalam merancang, membina instrumen dan item pentaksiran
dalam mata pelajaran Pendidikan Moral dengan berkesan.
2.1 HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir unit ini, pelajar dapat
1. merancang dan membina pelbagai bentuk instrumen dan item
pentaksiran Pendidikan Moral
2. berkemahiran membina jenis-jenis instrumen pentaksiran formal
dan tidak formal
3. menjalankan pentaksiran berterusan dengan tepat dan berkesan.
2.2 KERANGKA TAJUK-TAJUK
Pembinaan instrumen dan item pentaksiran dalam
Pendidikan Moral
Jenis-jenis instrumen pentaksiran formal
Objektif
Subjektif
Jenis-jenis instrumen pentaksiran tidak
formal
Pemerhatian
Temu bual
Hasil kerja
murid
Senarai
semak
Rekod
Anekdot
5
2.3 KANDUNGAN ISI
Tajuk 2 : Pembinaan Instrumen dan Item Pentaksiran dalam
Pendidikan Moral
2.0 Pendahuluan
Penilaian dalam Pendidikan Moral lazimnya dijalankan dalam dua bentuk
iaitu secara formal dan tidak formal. Penilaian dalam bentuk formal
dijalankan melalui penilaian yang berbentuk ujian pensil kertas. Penilaian
formal boleh berbentuk objektif dan subjektif.
2.1 Jenis-jenis instrumen pentaksiran fomal
Terdapat dua jenis instrumen pentaksiran formal iaitu Objektif dan
Subjektif.
Soalan objektif dan subjektif boleh dibentuk mengikut aras-aras kognitif
yang berbeza iaitu aras pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis,
sintesis dan penilaian. Dua jenis soalan ini boleh membekalkan
maklumat yang berguna tentang prestasi pelajar. Setiap jenis ujian
mempunyai kebaikan dan kelemahannya tersendiri. Umumnya
kedua-dua jenis soalan ini adalah untuk mengukur pencapaian dan
prestasi pelajar di alam persekolahan mereka.
Contoh item-item ujian soalan objektif adalah seperti berikut:-
1. Contoh soalan objektif (Jawapan terbaik)
Bayangkan anda ialah seorang pustakawan sekolah. Semasa menjalankan
tugas, anda mendapati bahawa dua orang rakan anda sedang berbual
dengan suara yang tinggi. Apakah tindakan anda?
A. Memarahi mereka
B. Menasihati mereka
C. Tidak mempedulikan mereka
D. Menghalau mereka keluar dari perpustakaan
6
2. Contoh soalan objektif (Cantuman)
Antara tindakan yang berikut, yang manakah menunjukkan sikap
menyayangi alam sekitar
I Menebang pokok sesuka hati
II Membuang sampah ke dalam sungai
III Menanam pokok bunga di kawasan lapang
IV Mengumpulkan surat khabar untuk kitar semula
V Menderma baju lama ke rumah anak yatim
A. I dan II sahaja
B. II dan III sahaja
C. II, III dan IV sahaja
D. III,IV dan V sahaja
3. Contoh soalan objektif (Positif / negatif)
Kalau kita memecahkan pasu bunga jiran dengan tidak sengaja, kita
harus melakukan perkara-perkara yang berikut kecuali
A. Membayar ganti rugi kepada jiran
B. Melarikan diri dari tempat kejadian
C. Menggantikan pasu bunga yang baru
D. Mengaku kesalahan dan meminta maaf daripada jiran
4. Contoh soalan betul / Salah
a) Apabila Sabri marah, dia memukul adiknya. ( )
b) Kita perlu berusaha gigih untuk mencapai kejayaan ( )
5. Contoh Soalan Subjektif (Lengkapkan ayat)
Peperiksaan akhir hampir menjelang, anda harus ___________
6. Contoh Soalan Subjektif (Jawapan pendek)
a) Huraikan 3 cara menyayangi alam sekitar.
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
7
b) Manjit bermain bola keranjang ketika hujan lebat. Pakaiannya menjadi
basah dan kotor. Apabila sampai di rumah , Manjit terus makan
kerana letih dan lapar. Nyatakan 3 tindakan yang patut diambil oleh
Manjit jika dia mengamalkan nilai kebersihan diri.
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
Latihan
Cuba uji pemahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut
Soalan 1
Bina lima soalan aneka pilihan yang berbeza aras kesukarannya.
Setiap satu mengandungi empat pilihan jawapan. Soalan-soalan
hendaklah berkaitan dengan satu bidang pembelajaran dalam sukatan
pelajaran Pendidikan Moral sekolah rendah.
Soalan 2
Sediakan 4 soalan subjek Pendidikan Moral untuk Tahun 4
Rumusan:
1. Ujian objektif memerlukan pelajar memberikan respons yang pendek atau
dipilih daripada beberapa pilihan jawapan. Contoh ujian objektif ialah ujian
aneka pilihan, salah benar, ujian padanan dan ujian melengkapkan
jawapan.
2. Ujian subjektif terdiri daripada soalan yang memerlukan pelajar memberikan
respons secara bertulis.
8
Membuat Nota
Layari Internet
Rujukan
Ee Ah Meng (1994) Pendidikan Moral (Elektif) Kuala Lumpur. Penerbit Fajar Bakti
Sdn. Bhd.
2.2 Jenis-jenis instrumen pentaksiran tidak formal
i) Kaedah Pemerhatian
Kaedah pemerhatian ialah kaedah pengumpulan maklumat, yang
kemudian dijadikan ukuran, secara memerhati dan merekod apa yang
dilakukan oleh seseorang dan orang-orang lain yang berkenaan serta
keadaan di sekelilingnya. Kaedah pemerhatian ini boleh dibahagikan
kepada dua bentuk, iaitu pemerhatian tidak-sistematik dan pemerhatian
sistematik.
Rajah: Kaedah pemerhatian
Pemerhatian tidak sistematik merujuk kepada pemerhatian secara rawak
atau terbuka, iaitu yang tidak ditumpukan kepada tingkah laku tertentu.
Kaedah ini biasanya tidak boleh diulang dan maklumat yang diperoleh
boleh dijadikan panduan untuk pemerhatian sistematik.
Bagi pemerhatian sistematik, pemerhati terlebih dahulu menetapkan
9
tingkah laku yang ingin diperhati sebelum membuat pemerhatian.
Pemerhati kemudiannya akan mengira kekerapan dan lama sesuatu
tingkah laku itu berlaku.
Kaedah pemerhatian mempunyai batasan tersendiri, seperti pentaksiran
terhadap tingkah laku mungkin tidak tepat, pemerhatian memerlukan
masa yang panjang dan wujud kesan pemerhatian itu sendiri kepada
orang yang diperhatikan (expectancy).
Guru Pendidikan Moral atau guru kelas akan memerhatikan tingkah laku
pelajar di dalam dan di luar bilik darjah. Hasil pemerhatian guru tentang
kelebihan dan kelemahan pelajar boleh direkodkan dalam borang yang
direka bentuk oleh guru atau pun menilai tingkah laku murid-murid
dengan menggunakan borang pemerhatian yang telah ditentukan.
ii) Senarai semak
Senarai tingkah laku yang dijangka oleh murid-murid daripada Tahun satu
hingga Tahun enam telah ditentukan terlebih dahulu. Guru akan
menyemak prestasi pelajar berasaskan kriteria tingkah laku yang
ditentukan untuk satu tempoh tertentu. Semakin tinggi markah senarai
semak, semakin banyak tingkah laku positif yang dijangkakan telah
ditonjolkan oleh murid-murid. Sampel senarai semak tingkah laku pelajar
adalah seperti yang berikut :-
Contoh Senarai Semak Tingkah Laku Pelajar
Nama : _____________________ Kelas: _________ Tempoh : _________
BIL TINGKAH LAKU PEMERHATIAN (YA) (TIDAK)
1 . Menjaga kebersihan diri, bilik darjah dan kawasan
sekolah
2 . Menghormati rakan, guru dan kakitangan lain di sekolah
ssesekolah
3 . Mematuhi arahan, peraturan dan undang-undang 4 . Bersopan santun 5 . Memberi kerjasama kepada rakan dan guru 6 . Selalu bersikap adil 7 . Menepati masa 8 . Menghabiskan tugasan yang diberikan Jumlah skor
10
iii) Rekod Anekdot
Rekod anekdot merupakan satu rekod perisitiwa yang berlaku dalam
sesuatu tempoh tertentu. Sebelum sesuatu catatan dibuat guru
haruslah memerhatikan tingkah laku pelajar dengan tepat dan teliti.
Pemerhatian untuk menilai tingkah laku pelajar seharusnya
merangkumi seberapa ramai pelajar yang mungkin.
Tingkah laku yang diperhatikan haruslah direkodkan dengan jelas,
ringkas dan objektif. Kemudian guru harus membuat pentaksiran atau
intepretasi tingkah laku yang diperhatikan. Berikut adalah satu contoh
rekod anekdot :-
REKOD ANEKDOT
Nama Pelajar : __________________________ Tahun :
Tarikh Jenis Perlakuan Komen
9.7.04 Bergaduh di dalam kelas
3.8.11 Berbual-bual di dalam kelas
23.8.04 Tidak memakai lencana sekolah
2.9. 04 Merosakkan meja di dalam kelas
3.9. 04 Meniru semasa ujian
Pmatematik
Tandatangan Guru
iv) Hasil Kerja Pelajar
Prestasi seseorang pelajar boleh juga dinilai berdasarkan hasil kerja
yang dijalankan oleh murid-murid dalam dan di luar bilik darjah. Guru
boleh menilai hasil murid-murid berasaskan isi kandungan dan sikap
semasa menghasilkan kerja. Aspekaspek yang boleh dinilai termasuk
sikap dan kebolehan berkolaborasi dengan orang lain dalam
menghasilkan kerja.
v) Temu bual
Temu bual melibatkan interaksi bersemuka dengan murid-murid. Murid-
murid diberikan peluang menyatakan perasaan mereka yang dapat
menggambarkan sikap mereka. Semasa menjalankan temu bual, guru
11
mendorong pelajar berfikir supaya dapat mewujudkan pelbagai situasi
untuk merangsang pelajar berfikir secara kritis dan membuat
pertimbangan moral.
Latihan
Latihan di bawah bertujuan menguji kefahaman konsep-konsep, isu-isu penting
dengan membuat ulasan.
Soalan 1
Anda telahpun faham tentang penilaian formatif dan penilaian sumatif. Tuliskan
perbezaan di antara kedua-dua penilaian ini mengikut jadual yang diberikan.
Soalan 2
Bandingkan pentaksiran formal dan tidak formal berasaskan aspek-aspek yang
berikut:-
PERBANDINGAN PENILAIAN FORMAL PENILAIAN TIDAK FORMAL
Fungsi
Kelebihan
Rumusan
Pentaksiran merupakan satu proses sistematik untuk mengumpul
maklumat yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.
Pentaksiran ialah proses yang menggunakan data kualititif dan data
kuantititif untuk membuat taksiran tersebut. Pentaksiran biasanya
12
dianggap sebagai suatu proses pengujian yang formal dan biasanya
menimbulkan tekanan dan ketegangan dalam kalangan pelajar.
Bahan Bacaan
Bacaan Asas:
Ee Ah Meng, (1994) Pendidikan Moral (Elektif), Kuala Lumpur, Penerbit Fajar
Bakti Sdn. Bhd.
Rujukan:
Abd. Rahman Md. Aroff (1999) Pendidikan moral :Teori, Etika dan Amalan
Moral, Universiti Putra Malaysia, Serdang.
13
Buku Rujukan
Abdul Rahman Md.Aroff. (1999). Pendidikan moral teori etika dan amalan
Moral, Serdang: Penerbit UPM.
Bahagian Pendidikan Guru (2003). Education studies professional
cknowledge and skills Modules 1/3 . Kuala Lumpur: Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Carter, M. (2002). Professional ethics in teaching: the training and
development challenge. Retrived on 23-6-04 from
http://www. Schools.nsw.edu.au/edu_leadership/prof_read/ethics/
carter.php
Eow, B.H. (2000). Pendidikan Moral. Petaling Jaya: Pearson Education
Malaysia Sdn. Bhd.
Hinman, L.M. (2000). Contemporary moral issues: diversity and consensus.
(2nd. Ed.) New Jersey: Prentice Hall.
Kurtins, W. M. and Gewirtz, J.L. (1995). Moral development: an
introduction . US: Allyn and Bacon.
Mackinnon, P. (1995). Ethics: theory and contemporary issues. USA:
Wadsworth Publishing Company.
Pojman, L. P. (1998). Ethics Discovering right and wrong (3 ed). USA:
Wadsworth Publishing Company.
Ryan, K. & Bohlin, K.E. (1999). Building character in schools. CA: Jossey-
Bass.
Thiroux, J.P. (2001). Ethics: theory and practice. (7th. ed). New Jersey:
Prentice Hall.
Tam Yeow Kwai. (2005). Pendidikan Moral Konsep & Pedagogi untuk
Pelajar KPLI LPBS & PISMP. Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn
Bhd.
BIBLIOGRAFI Abdul Rahman Md.Aroff. (1999). Pendidikan moral : teori etika dan
amalan moral, Serdang: Penerbit UPM.
Abdul Rahman Md.Aroff. & Chang Lee Hoon (1994). Pendidikan Moral. Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn Bhd.
Bahagian Pendidikan Guru (2003). Education studies professional knowledge and skills Modules 1/3 . Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Ee Ah Meng (1994). Pendidikan Moral (Elektif) Kuala Lumpur. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.
Eow, Boon Hin. (2002). Moral Education.Petaling Jaya: Longman.
Hinman, L.M. (2000). Contemporary moral issues: diversity and consensus. (2nd. Ed.) New Jersey: Prentice Hall.
Kurtins, W. M. and Gewirtz, J.L. (1995). Moral development: an introduction . US: Allyn and Bacon.
Tam Yeow Kwai. (2005). Pendidikan Moral Konsep & Pedagogi untuk
Pelajar KPLI LPBS & PISMP. Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
PANEL PENULIS MODUL PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH
(PENDIDIKAN MORAL PENDIDIKAN RENDAH)
NAMA KELAYAKAN
PENYELARAS (JAWATAN) (EMEL)
(KELULUSAN) PHD/SARJANA/SARJANA MUDA/DIPLOMA/SIJIL (PENGALAMAN KERJA)
PENGERUSI (JAWATAN) (EMEL)
(KELULUSAN) PHD/SARJANA/SARJANA MUDA/DIPLOMA/SIJIL (PENGALAMAN KERJA)
EN GEORGE ANAK BERUNDANG IPG KAMPUS RAJANG 96509 BINTANGOR [email protected]
B. Ed. (Hons) Biologi dan Matematik (USM) Dip. Sc. Edu. Matematik (UPM) Pengalaman Mengajar Pendidikan Moral : 2 tahun
TEO LIONG CHAW IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, MELAKA [email protected]
B.A. (Hons) Geografi & Pengajian Melayu (UM) Sarjana Pendidikan (UTM) Pengalaman Mengajar Pendidikan Moral : 1 tahun
M. ASRAR SIDON IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN, BATU PAHAT, JOHOR [email protected]
B.A. (Hons) Pengajian Islam (UKM) Sarjana Pengajian Islam (UKM) Pengalaman Mengajar Pendidikan Moral : 7 tahun Jurulatih Utama Pendidikan Moral Negeri Sabah
NAMA KELAYAKAN
MUSTAFFAR BIN AHMAD IPG KAMPUS BATU LINTANG, JLN KOLEJ, KUCHING, SARAWAK [email protected]
B.Ed. (Hons) Pengajian Bahasa Melayu bahasa Pertama (UPM) Pengalaman Mengajar Pendidikan Moral : 5 tahun
MOHD. DZULKIFLI BIN A. JALIL IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN KM 7.75 JALAN KLUANG 83009 BATU, PAHAT, JOHOR [email protected]
Sarjana Pendidikan (Multimedia) UTM Sarjana Muda Sains (Bio/Eko) USM Sijil Perguruan MPP Pulau Pinang Kepakaran IPG Pendidikan Moral Pengalaman Mengajar Pend. Moral: 7 tahun
IKON
Rehat
Perbincangan
Bahan Bacaan
Buku Rujukan
Latihan
Membuat Nota
Senarai Semakan
Layari Internet
Panduan Pengguna
Mengumpul Maklumat
Tutorial
Memikir
Tamat