35
MINIT MESYUARAT PANEL PERUNDINGAN KASTAM-SWASTA BIL.1/2017 Kementerian : Kementerian Kewangan Jabatan : Jabatan Kastam Diraja Malaysia Tarikh : 5 Mei 2017 ( Jumaat ) Masa : 9.00 pagi Tempat : Dewan Persidangan Sri Rampai, Ibu Pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Aras 3 Selatan, No 3, Persiaran Perdana, Kompleks Kementerian Kewangan, Presint 2, 62592, Putrajaya. Pengerusi : YBhg. Dato’ Indera Subromaniam Tholasy, Ketua Pengarah Kastam Malaysia. Pengerusi Bersama : Encik S. Raja Kumaran, Convenor, Trade Facilitation Sub-Committee of MICCI. Kehadiran : Seperti di Lampiran I

MINIT MESYUARAT PANEL PERUNDINGAN KASTAM … · 3 1.8 Butiran terperinci dan maklumat berkaitan dengan pelaksanaan Cukai Pelancongan ini akan dihebahkan dari semasa ke semasa. 1.9

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: MINIT MESYUARAT PANEL PERUNDINGAN KASTAM … · 3 1.8 Butiran terperinci dan maklumat berkaitan dengan pelaksanaan Cukai Pelancongan ini akan dihebahkan dari semasa ke semasa. 1.9

MINIT

MESYUARAT PANEL PERUNDINGAN KASTAM-SWASTA

BIL.1/2017

Kementerian : Kementerian Kewangan

Jabatan : Jabatan Kastam Diraja Malaysia

Tarikh : 5 Mei 2017 ( Jumaat )

Masa : 9.00 pagi

Tempat : Dewan Persidangan Sri Rampai, Ibu Pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Aras 3 Selatan, No 3, Persiaran Perdana, Kompleks Kementerian Kewangan, Presint 2, 62592, Putrajaya.

Pengerusi

: YBhg. Dato’ Indera Subromaniam Tholasy, Ketua Pengarah Kastam Malaysia.

Pengerusi Bersama

: Encik S. Raja Kumaran, Convenor, Trade Facilitation Sub-Committee of MICCI.

Kehadiran

: Seperti di Lampiran I

Page 2: MINIT MESYUARAT PANEL PERUNDINGAN KASTAM … · 3 1.8 Butiran terperinci dan maklumat berkaitan dengan pelaksanaan Cukai Pelancongan ini akan dihebahkan dari semasa ke semasa. 1.9

2

1.0 UCAPAN PENGERUSI

1.1 YBhg. Dato’ Indera Subromaniam Tholasy selaku Pengerusi Mesyuarat

mengucapkan terima kasih dan mengalu-alu kehadiran semua ahli mesyuarat.

1.2 Dato’ Pengerusi merakamkan penghargaan kepada YBhg. Dato’ Sri Khazali

Haji Ahmad, mantan Ketua Pengarah Kastam Malaysia atas komitmen beliau

dalam menyelesaikan usul-usul yang dibangkitkan dalam Mesyuarat Panel

Perundingan Kastam-Swasta sebelum ini.

1.3 Dato’ Pengerusi turut mengucapkan terima kasih kepada pihak urusetia

mesyuarat di atas perjalanan mesyuarat pada kali ini.

1.4 Beliau berharap mesyuarat ini akan menjadi sebuah medium yang berkesan

dalam melancarkan lagi perjalanan operasi dan pengurusan perkastaman.

1.5 Dato’ Pengerusi turut memaklumkan pada 1 April 2017, Jabatan Kastam

Diraja Malaysia (JKDM) telah menguatkuasakan Perintah Kastam (Larangan

Mengenai Import) 2017 yang bertujuan untuk mengekang jenayah

penyeludupan rokok dan minuman keras yang telah mengakibatkan ketirisan

hasil negara yang tinggi setiap tahun.

1.6 Dato’ Pengerusi turut mengumumkan tentang pelaksanaan Cukai

Pelancongan dimana rang undang-undang Cukai Pelancongan 2017 telah

dibentangkan oleh Y.B Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz, Menteri

Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia serta telah diluluskan di Parlimen

pada 6 April 2017.

1.7 Dato’ Pengerusi juga memaklumkan JKDM telah diberi tanggungjawab untuk

mentadbir akta ini dan kutipan Cukai Pelancongan ini dijangka akan bermula

pada bulan Ogos 2017.

Page 3: MINIT MESYUARAT PANEL PERUNDINGAN KASTAM … · 3 1.8 Butiran terperinci dan maklumat berkaitan dengan pelaksanaan Cukai Pelancongan ini akan dihebahkan dari semasa ke semasa. 1.9

3

1.8 Butiran terperinci dan maklumat berkaitan dengan pelaksanaan Cukai

Pelancongan ini akan dihebahkan dari semasa ke semasa.

1.9 Dato’ Pengerusi menyatakan JKDM akan sentiasa mengiktiraf peranan dan

kepentingan pihak swasta dalam usaha membangunkan perkhidmatan yang

berkaitan dengan prosedur perkastaman.

1.10 Beliau turut merakamkan penghargaan atas setiap cadangan dan pendapat

yang diutarakan oleh pihak swasta, Mesyuarat Panel Perundingan Kastam-

Swasta.

1.11 Walau bagaimanapun, Dato’ Pengerusi memaklumkan cara penyampaian

usul-usul dari pihak swasta wajar dibuat dalam bentuk yang lebih tersusun,

jelas serta memiliki fakta yang betul kerana ia penting dalam memacu

tindakan tepat dan segera oleh Jabatan Kastam.

1.12 Dato’ Pengerusi menzahirkan hasrat agar mesyuarat kali ini akan

membuahkan output positif yang dapat dimanfaatkan oleh kedua-dua pihak.

TINDAKAN: UNTUK MAKLUMAN

2.0 UCAPAN PENGERUSI BERSAMA

2.1 Pengerusi Bersama, YBhg. Encik S. Raja Kumaran mengucapkan terima kasih

kepada semua pihak.

2.2 Beliau turut menyampaikan ucapan tahniah kepada Dato’ Pengerusi atas

pelantikan beliau sebagai Ketua Pengarah Kastam Malaysia yang baharu.

2.3 Pengerusi Bersama memaklumkan pihak swasta mengalu-alu dan memberi

sokongan penuh untuk misi utama Ketua Pengarah Kastam dalam

meningkatkan proses pengurusan dan prosedur jabatan melalui CRM

(Corruption Risk Management).

Page 4: MINIT MESYUARAT PANEL PERUNDINGAN KASTAM … · 3 1.8 Butiran terperinci dan maklumat berkaitan dengan pelaksanaan Cukai Pelancongan ini akan dihebahkan dari semasa ke semasa. 1.9

4

2.4 Pengerusi Bersama menyatakan usaha ini akan menutup peluang peniaga-

peniaga dan pegawai kastam yang menyalahgunakan ruang-ruang kelemahan

yang ada untuk membuat aktiviti penyelewengan.

2.5 Pengerusi Bersama memaklumkan GST bukan hanya agenda untuk

memunggut cukai semata-mata tetapi penting untuk memastikan ekonomi

negara kita lebih berdaya saing di peringkat dunia.

2.6 Pengerusi Bersama turut memaklumkan bahawa buat masa sekarang pihak

peniaga perlu mematuhi pelbagai prosedur pengurusan dalam semua urusan

yang melibatkan GST.

2.7 Pengerusi Bersama turut berharap JKDM akan menyelesaikan semua aduan

yang disalurkan kepada Jabatan Kastam.

2.8 Beliau mengucapkan terima kasih kepada JKDM kerana meneruskan

Mesyuarat Panel Perundingan Kastam-Swasta ini.

TINDAKAN: UNTUK MAKLUMAN

3.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

Minit Mesyuarat Panel Perundingan Kastam-Swasta Bil.2/2016 telah disahkan

dengan sebulat suara tanpa pindaan.

TINDAKAN: UNTUK MAKLUMAN

Page 5: MINIT MESYUARAT PANEL PERUNDINGAN KASTAM … · 3 1.8 Butiran terperinci dan maklumat berkaitan dengan pelaksanaan Cukai Pelancongan ini akan dihebahkan dari semasa ke semasa. 1.9

5

4.0 MEMBINCANGKAN PERKARA BERBANGKIT

4.1 SELF CERTIFICATION REGIME – PROPOSAL TO IMPOSE STRICTER

PENALTIES AGAINST FRAUDULENT DECLARATIONS

a. Mesyuarat mengambil maklum :

i. Draf pindaan Akta Kastam 1967 masih dalam proses semakan

Jabatan Peguam Negara.

ii. Pindaan Akta Kastam 1967 hanya akan dibentangkan pada sesi

Parlimen pada bulan Julai 2017.

TINDAKAN: KEMENTERIAN KEWANGAN

4.2 DASAR PEMATUHAN BARU EJEN KASTAM DAN DEMERIT POINT OF

SYSTEM FOR CUSTOMS’ AGENTS

a. Mesyuarat mengambil maklum :

i. JKDM telah mengadakan tiga sesi engagement dengan pihak

industri dan agensi kerajaan seperti Kementerian Kewangan,

Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Perdagangan

Antarabangsa dan Industri berhubung penambahbaikan dalam

pelaksanaan Sistem Demerit Ejen Kastam.

ii. Garis panduan Sistem Demerit Ejen Kastam yang baharu telah

dikeluarkan dengan mengambil kira kesalahan-kesalahan ejen

yang terlibat seperti berikut :

dagangan yang diikrar tidak sama dengan

dagangan sebenar, meminda atau menukar

dokumen atau tandatangan secara frod ;

memalsukan dokumen ; dan

berbagai kesalahan menyeludup

Page 6: MINIT MESYUARAT PANEL PERUNDINGAN KASTAM … · 3 1.8 Butiran terperinci dan maklumat berkaitan dengan pelaksanaan Cukai Pelancongan ini akan dihebahkan dari semasa ke semasa. 1.9

6

iii. Kes-kes bagi setiap kesalahan tersebut akan diserahkan kepada

Bahagian Penguatkuasaan Negeri untuk tujuan siasatan dan

menentukan bentuk tindakan yang akan diambil iaitu sama ada

tindakan kompaun atau tindakan mahkamah.

iv. JKDM akan terus dengan kajian atau semakan bagi kesalahan-

kesalahan yang lain.

v. Federation of Malaysian Frieght Forwarders (FMFF) menyatakan

pihaknya telah mengadakan perbincangan bersama JKDM

Selangor demi mengurangkan masalah pengenaan kompaun

kepada ejen.

b. Mesyuarat memutuskan garis panduan baharu yang dikeluarkan oleh

JKDM diterima oleh ahli mesyuarat dan sesi engagement dengan pihak

industri hanya akan diadakan setelah perkara ini selesai dikaji.

TINDAKAN: SELESAI / UNTUK MAKLUMAN

4.3 STANDARD OPERATING PROCEDURE ON THE DEMERIT SYSTEM

a. Mesyuarat mengambil maklum garis panduan pelaksanaan Sistem

Demerit Ejen Kastam yang baharu telah dikeluarkan dengan

mengambil kira kesalahan-kesalahan ejen yang terlibat seperti berikut:

dagangan yang diikrar tidak sama dengan dagangan

sebenar, meminda atau menukar dokumen atau

tandatangan secara frod ;

memalsukan dokumen ; dan

berbagai kesalahan menyeludup

b. Mesyuarat membuat keputusan garis panduan baharu yang

dikeluarkan oleh JKDM diterima oleh ahli mesyuarat dan sesi

Page 7: MINIT MESYUARAT PANEL PERUNDINGAN KASTAM … · 3 1.8 Butiran terperinci dan maklumat berkaitan dengan pelaksanaan Cukai Pelancongan ini akan dihebahkan dari semasa ke semasa. 1.9

7

engagement dengan pihak industri hanya akan diadakan setelah

perkara ini selesai dikaji.

TINDAKAN: SELESAI / UNTUK MAKLUMAN

4.4 SINGLE AGENT CODE

a. Mesyuarat mengambil maklum garis panduan baharu berhubung

Sistem Demerit Ejen telah menjelaskan kesalahan-kesalahan yang

terlibat di bawah sistem ini akan dibuat siasatan terperinci oleh

Bahagian Penguatkuasaan sebelum tindakan mahkamah/kompaun/

pembatalan kelulusan diambil ke atas pihak yang sebenarnya

melakukan kesalahan.

TINDAKAN: SELESAI / UNTUK MAKLUMAN

4.5 DIFFERENT CUSTOMS PROCEDURES ADOPTED BY FREE ZONES IN

DIFFERENT STATES

a. Mesyuarat mengambil maklum :

i. Malaysian Institute of Certified Public Accoutants (MICPA)

dipohon untuk memberi penjelasan berkenaan Zon Bebas mana

yang tidak menggunakan borang seperti yang telah ditetapkan

melalui Peraturan-Peraturan Zon Bebas 1991 .

ii. Pada masa yang sama Kementerian Kewangan akan

bekerjasama dengan JKDM dan pihak berkuasa Zon Bebas

untuk menyelaras prosedur pematuhan di Zon Bebas.

TINDAKAN: KEMENTERIAN KEWANGAN

Page 8: MINIT MESYUARAT PANEL PERUNDINGAN KASTAM … · 3 1.8 Butiran terperinci dan maklumat berkaitan dengan pelaksanaan Cukai Pelancongan ini akan dihebahkan dari semasa ke semasa. 1.9

8

5.0 MEMBINCANGKAN USUL-USUL BARU 5.1 COMPOUNDS FOR MINOR ERRORS

a. Mesyuarat mengambil maklum :

i. Federation of Malaysian Manufacturers (FMM) menyatakan

sebelum pelaksanaan Sistem Demerit Ejen Kastam kompaun

hanya ditawarkan untuk kesalahan besar.

ii. Walau bagaimanapun, selepas pelaksanaan Sistem Demerit Ejen

pengimport/ pengeksport dikompaun amaun yang tinggi

walaupun untuk kesalahan yang kecil.

iii. Dalam mesyuarat berasingan dengan FMM, JKDM

memaklumkan pelaksanaan Sistem Demerit Ejen Kastam hanya

akan tertakluk kepada kes-kes pemalsuan dokumen, penipuan

dan pengelakan cukai.

iv. Walau bagaimanapun, FMM menyatakan pemansuhan isu

kompaun kepada pengimport/ pengeksport atas kesalahan yang

kecil tidak dibincangkan dalam mesyuarat tersebut.

v. FMM mencadangkan JKDM mengeluarkan surat peringatan

kepada pihak ejen dan memberi tempoh masa yang secukupnya

kepada mereka untuk menerangkan keadaan yang sebenar.

vi. FMM turut mencadangkan 4 keadaan di mana JKDM tidak boleh

menawarkan kompaun :

Kesilapan atau pindaan pada maklumat dari pengimport

pada manifest atau semasa pengikraran di mana tidak

berkaitan kepada pengimport/ ejen.

Sebarang pindaan yang dilakukan pada manifest selepas

kapal beredar atau sebelum kapal tiba seperti perubahan

Page 9: MINIT MESYUARAT PANEL PERUNDINGAN KASTAM … · 3 1.8 Butiran terperinci dan maklumat berkaitan dengan pelaksanaan Cukai Pelancongan ini akan dihebahkan dari semasa ke semasa. 1.9

9

pada berat kasar, maklumat dan alamat serta nama

penerima. Permintaan ini adalah sama seperti yang

dibenarkan oleh Pertubuhan Kastam Sedunia dengan

syarat mendapat kelulusan Kastam.

Pemindaan pada Borang Kastam atas permintaan oleh

Kastam untuk pengikraran berkualiti.

Sebarang pindaan mengenai kargo yang tidak melibatkan

pembayaran duti kerana tiada niat untuk mengelak daripada

membayar cukai.

b. Mesyuarat membuat keputusan :

i. Proses kompaun perlu melalui penyelia/ketua unit bagi tujuan

semakan dan pengesahan sebelum kompaun dikeluarkan atas

sesuatu kesalahan.

ii. Surat amaran akan dikeluarkan bagi kesalahan-kesalahan kecil

seperti ejaan dan angka yang tidak menjejaskan penjenisan,

penilaian dan pungutan hasil.

iii. Jika kesalahan dilakukan kerap maka kompaun boleh

dikenakan.

iv. JKDM akan mengadakan perbincangan lanjut bersama FMM dan

pada masa yang sama kajian mengenai dasar pengenaan

kompaun akan diteruskan oleh JKDM.

TINDAKAN: SELESAI / UNTUK MAKLUMAN

Page 10: MINIT MESYUARAT PANEL PERUNDINGAN KASTAM … · 3 1.8 Butiran terperinci dan maklumat berkaitan dengan pelaksanaan Cukai Pelancongan ini akan dihebahkan dari semasa ke semasa. 1.9

10

5.2 REINTRODUCTION OF SECURITY INK

a. Mesyuarat mengambil maklum :

i. JKDM bersetuju untuk menangguhkan penggunaan dakwat

keselamatan ke atas produk bir tempatan dan mengadakan

perbincangan berasingan dengan pengilang-pengilang bir pada

Mesyuarat Panel Perundingan Kastam-Swasta yang lepas.

ii. FMM memaklumkan JKDM masih belum mengadakan sesi

perbincangan berhubung isu ini.

b. Mesyuarat membuat keputusan bahawa isu ini berada dalam tindakan

Kementerian Kewangan dan akan diputuskan di peringkat Majlis Ekonomi.

TINDAKAN: SELESAI / UNTUK MAKLUMAN

5.3 100 PERCENT SCANNING AT PENANG PORT DAN CONGESTION AT

PENANG PORT & CONGESTION AT PENANG PORT

a. Mesyuarat mengambil maklum :

i. FMM menyatakan pengimbasan 100 peratus yang dilakukan oleh

JKDM di Pelabuhan Pulau Pinang menimbulkan masalah kepada

syarikat penghantaran dan pengimport.

ii. Persatuan Hauliers Malaysia telah mencadangkan mengenakan surcaj

untuk pengimbasan bermula 1 Disember 2017 di North Butterworth

Container Terminal (NBCT), Penang Port berikutan kelewatan yang

disebabkan 100 peratus pengimbasan kontena oleh JKDM.

iii. Walau bagaimanapun, pelaksanaan pengenaan surcaj ditangguhkan

oleh Persatuan Hauliers Malaysia untuk 2 bulan sebagai memberi

Page 11: MINIT MESYUARAT PANEL PERUNDINGAN KASTAM … · 3 1.8 Butiran terperinci dan maklumat berkaitan dengan pelaksanaan Cukai Pelancongan ini akan dihebahkan dari semasa ke semasa. 1.9

11

ruang kepada JKDM untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi

serta meningkatkan proses pengimbasan yang dilakukan.

iv. FMM telah menghantar surat kepada Ibu Pejabat JKDM pada 30

November 2016 untuk mengadakan perbincangan lanjut berhubung

keperluan untuk membuat pengimbasaan 100 peratus ke atas semua

kontena bagi dagangan import dan kontena yang terpilih bagi

dagangan eskport di Pelabuhan Pulau Pinang.

v. FMM turut mencadangkan untuk menambah mesin pengimbas dan

menilai Prosedur Operasi Standard berkaitan pengimbasan 100

peratus untuk kontena dengan dagangan yang diimport.

vi. Manakala, FMFF memaklumkan pengimbasan 100 peratus untuk

semua kontena dagangan import dan kekurangan pegawai kastam

yang bertugas mengambil masa yang lama serta melambatkan proses

pengikraran kastam.

vii. FMFF menyatakan kesesakan berlaku terutamanya di pelabuhan

selepas cuti umum atau cuti perayaan.

viii. FMFF memohon JKDM untuk menilai semula pelaksanaan 100 peratus

pengimbasan kontena di pelabuhan.

b. Mesyuarat membuat keputusan :

i. Masalah yang dibangkitkan tidak berlaku lagi Pulau Pinang dan JKDM

akan tetap membuat pengimbasan 100 peratus ke atas kontena.

ii. Sekiranya kesesakan berlaku di mesin pengimbas di Cawangan Import

maka mesin pengimbas di Cawangan Eksport akan digunakan bagi

mempercepatkan proses pengimbasan.

TINDAKAN: SELESAI / UNTUK MAKLUMAN

Page 12: MINIT MESYUARAT PANEL PERUNDINGAN KASTAM … · 3 1.8 Butiran terperinci dan maklumat berkaitan dengan pelaksanaan Cukai Pelancongan ini akan dihebahkan dari semasa ke semasa. 1.9

12

5.4 CUSTOMS INSPECTION RELATED SERVICES BY THIRD PARTY SERVICE IN

PASIR GUDANG AND PORT KLANG

a. Mesyuarat mengambil maklum :

i. FMM menyatakan JKDM telah melantik pihak ketiga iaitu Infomile Sdn

Bhd di Pasir Gudang dan Escalate Global Sdn Bhd di Pelabuhan Klang

bagi membantu pihak Kastam dalam pemeriksaan dagangan import

dan eksport di Pelabuhan.

ii. Berikutan bantahan dari FMM berhubung isu ini JKDM Johor bersetuju

menghentikan perkhidmatan Infomile Sdn Bhd untuk sementara.

iii. FMM memaklumkan baru-baru ini, Cristal Clover Sdn Bhd telah dilantik

oleh JKDM Johor untuk memberi perkhidmatan pemeriksaan di CIQ.

iv. FMM turut memaklumkan walaupun terdapat syarikat lain yang

memberi perkhidmatan pemeriksaan di pelabuhan tetapi JKDM hanya

memberi kelulusan kepada Escalate Global, Crystal Clover dan

Infomile Sdn Bhd.

v. FMM memohon justifikasi JKDM yang membenarkan pengusaha

tunggal beroperasi sedangkan FMM boleh menggunakan

perkhidmatan daripada syarikat lain yang terdapat di pelabuhan.

vi. FMM membantah kebenaran yang diberi kepada pengusaha tunggal

untuk membuat pemeriksaan kontena.

vii. Bayaran yang dikenakan oleh pengusaha tunggal yang memberi

perkhidmatan pemeriksaan di pelabuhan adalah antara RM450 hingga

RM650.

Page 13: MINIT MESYUARAT PANEL PERUNDINGAN KASTAM … · 3 1.8 Butiran terperinci dan maklumat berkaitan dengan pelaksanaan Cukai Pelancongan ini akan dihebahkan dari semasa ke semasa. 1.9

13

viii. Pihak FMM dan FMFF menyatakan surat pelantikan yang dikeluarkan

oleh JKDM untuk satu-satu syarikat bagi membantu Jabatan Kastam

menjalankan pemeriksaan telah menimbulkan rasa tidak puashati di

kalangan ejen.

ix. FMM memaklumkan surat pelantikan dari JKDM memberi impak

bahawa hanya syarikat yang diberi kelulusan oleh JKDM boleh

beroperasi di pelabuhan.

x. Walau bagaimanapun, JKDM menyatakan perlantikan tidak dibuat ke

atas mana-mana syarikat untuk membantu Jabatan Kastam dalam

melakukan pemeriksaan.

xi. Pelantikan syarikat-syarikat ini adalah dibuat oleh pihak berkuasa Zon

/ Tempatan.

xii. Surat kebenaran yang dikeluarkan oleh JKDM hanya merupakan

dokumen sokongan yang diperlukan oleh pihak berkuasa zon untuk

syarikat mendapatkan kebenaran bagi menjalankan operasi di

dalam/luar zon tersebut.

xiii. JKDM menyatakan Jabatan tiada kaitan dengan caj perkhidmatan yang

dikenakan oleh syarikat-syarikat tersebut.

b. Mesyuarat membuat keputusan JKDM perlu meneliti semula isu ini kerana

mempunyai percanggahan maklumat yang diberikan oleh Pejabat Kastam

Negeri dan pihak swasta.

TINDAKAN: BAHAGIAN PERKASTAMAN

Page 14: MINIT MESYUARAT PANEL PERUNDINGAN KASTAM … · 3 1.8 Butiran terperinci dan maklumat berkaitan dengan pelaksanaan Cukai Pelancongan ini akan dihebahkan dari semasa ke semasa. 1.9

14

5.5 CUSTOMS WORKING DAYS AND HOURS

a. Mesyuarat mengambil maklum :

i. Pergerakan kontena untuk tujuan import dan eksport di Gudang

Berlesen Awam, Pulau Indah hanya dibenarkan dari jam 9 pagi hingga

5 petang.

ii. Manakala, pergerakan kontena di Pelabuhan Utara dilakukan pada hari

bekerja sahaja tetapi pergerakan kontena dibenarkan juga pada hari

Sabtu di Pelabuhan Barat.

iii. FMM difahamkan kerja lebih masa hanya diluluskan oleh JKDM jika

terdapat lebih daripada 10 kontena yang memohon untuk dipindahkan.

iv. FMM menyatakan menghadapi masalah pelepasan borang melalui

Sistem Maklumat Kastam (SMK) kerana tiada pegawai Kastam bekerja

pada hujung minggu di Gudang Berlesen Awam, JKDM Pahang.

v. FMM mencadangkan pegawai JKDM perlu sentiasa berada dalam

keadaan siap sedia untuk membuat kerja lebih masa dan operasi

hujung minggu di semua Pejabat Kastam Negeri.

vi. FMM turut memaklumkan JKDM perlu memberi kebenaran untuk

pergerakan kontena selepas waktu bekerja dan juga pada hujung

minggu tanpa mengira kuantiti kontena yang ada.

b. Mesyuarat membuat keputusan :

i. Selaras dengan peraturan-peraturan Kastam, pihak syarikat boleh

memohon JKDM membuat kerja lebih masa sekiranya diperlukan.

ii. JKDM akan mengkaji berhubung isu ini bagi mengelakkan masalah

berulang pada masa akan datang.

TINDAKAN: BAHAGIAN PERKASTAMAN

Page 15: MINIT MESYUARAT PANEL PERUNDINGAN KASTAM … · 3 1.8 Butiran terperinci dan maklumat berkaitan dengan pelaksanaan Cukai Pelancongan ini akan dihebahkan dari semasa ke semasa. 1.9

15

5.6 AMENDMENTS TO CUSTOMS FORM K1/K2

a. Mesyuarat mengambil maklum :

i. MICPA memaklumkan tiada peruntukan dalam Akta Kastam 1967 untuk

membolehkan pindaan kepada Borang Kastam 1 atau 2 bagi

memperbetulkan kesilapan seperti pengisytiharan Nama Ejen salah

sebagai pengimport/ pengeksport dalam Borang Kastam 1 atau 2.

ii. Walau bagaimanapun, di bawah era GST, pindaan pada Borang

Kastam 1 dan 2 diperlukan atas sebab :

Sub-peraturan (2) dan (3),Peraturan 38, Peraturan-Peraturan

GST menjelaskan pihak yang menuntut cukai input GST yang

dibayar dinyatakan sebagai pengimport pada Borang Kastam 1

dan bukan Nama Ejen.

Untuk bukti sebagai dagangan eksport (untuk memenuhi syarat

bagi mendapatkan GST pada kadar sifar) Nama Pengeksport

perlu dinyatakan dalam Borang Kastam 2 dan bukan Nama Ejen.

Pengecualian GST seperti ATMS, ATS hanya boleh dituntut oleh

GST registran yang memegang skim yang relevan.

iii. MICPA mencadangkan agar JKDM untuk memperkenalkan prosedur

yang membolehkan pemindaan pada Borang Kastam 1 dan 2.

b. Mesyuarat membuat keputusan :

i. Tuntutan kredit cukai input GST adalah berdasarkan kepada maklumat

yang direkodkan di dalam sistem SMK.

ii. Sebarang pindaan pengikraran mesti dibuat oleh pegawai penaksir

melalui sistem sebelum pembayaran duti dan pelepasan dibuat.

Page 16: MINIT MESYUARAT PANEL PERUNDINGAN KASTAM … · 3 1.8 Butiran terperinci dan maklumat berkaitan dengan pelaksanaan Cukai Pelancongan ini akan dihebahkan dari semasa ke semasa. 1.9

16

iii. Resit Pembayaran (COR) juga dikeluarkan berdasarkan kepada

maklumat selepas pindaan. Maklumat di dalam sistem ini akan

dijadikan rujukan untuk Tuntutan Kredit Cukai GST.

TINDAKAN: SELESAI / UNTUK MAKLUMAN

5.7 ACCEPTANCE OF AMENDMENTS ON CUSTOMS K1 FORM FOR GST

PURPOSES

a. Mesyuarat mengambil maklum :

i. MICPA menyatakan samada JKDM akan menerima pindaan yang

ditulis dengan tangan pada Borang Kastam 1 oleh pegawai penaksir

tanpa pengendorsan.

ii. MICPA turut menyatakan kerisauan di mana tindakan tersebut boleh

menimbulkan masalah semasa tuntutan GST.

iii. MICPA mencadangkan pindaan yang ditulis tangan oleh pegawai

JKDM pada Borang Kastam 1 tanpa pengendorsan diterima sebagai

dokumen sah untuk tujuan tuntutan input tax credit.

b. Mesyuarat membuat keputusan :

i. Tuntutan input tax credit adalah berdasarkan kepada maklumat yang

direkodkan dalam Sistem Maklumat Kastam (SMK).

ii. Sebarang pindaan pengikraran mesti dibuat oleh pegawai penaksir

melalui sistem sebelum pembayaran duti dan pelepasan dibuat kerana

maklumat di dalam sistem ini akan dijadikan rujukan untuk tuntutan

input tax credit.

iii. Resit Pembayaran (COR) juga dikeluarkan berdasarkan maklumat

selepas pindaan.

TINDAKAN: UNTUK MAKLUMAN / SELESAI

Page 17: MINIT MESYUARAT PANEL PERUNDINGAN KASTAM … · 3 1.8 Butiran terperinci dan maklumat berkaitan dengan pelaksanaan Cukai Pelancongan ini akan dihebahkan dari semasa ke semasa. 1.9

17

5.8 BREAKDOWN OF SMK

a. Mesyuarat mengambil maklum :

i. FMFF memaklumkan masalah di SMK selama 4 hari di Pulau Pinang

dan ketidakberkesanan prosedur fallback telah menyebabkan masalah

yang serius dalam proses pelepasan Kastam.

ii. FMFF mengakui terdapat kesukaran untuk menjelaskan kepada

pegawai Kastam (pegawai penaksir) bagi membuat proses pengikraran

secara manual.

iii. FMFF turut memaklumkan JKDM Selangor tidak mempunyai

kemudahan dan peralatan untuk membuat proses pengikraran secara

manual.

iv. FMFF mencadangkan setiap JKDM Negeri hendaklah mengadakan

perbincangan bersama dan perlu mengambil tindakan yang

sewajarnya bagi menangani masalah yang timbul.

b. Mesyuarat membuat keputusan :

i. JKDM telah menghantar surat pekeliling berhubung Standard

Operating Procedure bagi tatacara pelaksanaan fallback yang perlu

dipatuhi oleh semua Pejabat Kastam Negeri.

ii. Panduan yang dihantar merangkumi tatacara lengkap mengikut situasi

apabila berlaku kegagalan.

iii. Walau bagaimanapun, proses ini tidak terpakai untuk barangan kritikal

dan barangan yang memerlukan permit secara online.

iv. Proses fallback berlaku sekiranya sistem mengalami kegagalan

selama 30 minit bagi mod laut dan 15 minit bagi mod darat/udara.

Page 18: MINIT MESYUARAT PANEL PERUNDINGAN KASTAM … · 3 1.8 Butiran terperinci dan maklumat berkaitan dengan pelaksanaan Cukai Pelancongan ini akan dihebahkan dari semasa ke semasa. 1.9

18

v. Proses fallback akan menggunakan prescribe form sebagai borang

pengikraran secara manual dimana pengikraran secara manual dibuat

dalam tempoh 6 jam apabila sistem pulih semula bagi mod udara dan

laut, manakala bagi mod darat dibenarkan sehingga jam 8.00 pagi pada

hari berikutnya.

vi. Pegawai penaksir perlu mematuhi prosedur fallback jika berlaku

breakdown pada SMK.

vii. JKDM perlu mengkaji tentang isu ini agar prosedur fallback diguna

oleh semua stesen Kastam apabila berlaku masalah pada SMK.

TINDAKAN: BAHAGIAN PERKASTAMAN

5.9 DIRECT TRADER PAYMENT SCHEME

a. Mesyuarat mengambil maklum :

i. FMFF menyatakan menurut mantan Ketua Pengarah Kastam Malaysia

peniaga boleh membayar duti/cukai secara terus kepada JKDM

bermula bulan Januari 2015.

ii. Walau bagaimanapun, sehingga kini tiada maklumat berhubung

kemudahan untuk membayar bayaran terus kepada JKDM.

iii. Keadaan ini menyebabkan peniaga mengambil kesempatan terhadap

ejen dengan meminta ejen medahulukan bayaran kepada JKDM di

mana mengakibatkan kekurangan pengaliran wang tunai di pihak ejen.

iv. FMFF memohon JKDM untuk memberi perkembangan berhubung

kemudahan ini.

Page 19: MINIT MESYUARAT PANEL PERUNDINGAN KASTAM … · 3 1.8 Butiran terperinci dan maklumat berkaitan dengan pelaksanaan Cukai Pelancongan ini akan dihebahkan dari semasa ke semasa. 1.9

19

b. Mesyuarat membuat keputusan :

i. Pembayaran secara terus (direct payment) oleh pengimport kepada

JKDM dapat dilakukan selepas pelaksanaan uCustoms.

ii. Saluran pembayaran melalui direct debit menggunakan platform FBX

dan Jom Pay telah pun diambil kira dalam pembangunan uCustoms.

iii. Walau bagaimanapun, pada masa kini, kaedah bayaran secara online

boleh dibuat melalui sistem MyPayment yang dikendalikan oleh

Syarikat DagangNet di mana pengimport boleh membayar duti kastam

dan GST import secara online tanpa menggunakan khidmat ejen sejak

1 Februari 2016.

TINDAKAN: SELESAI / UNTUK MAKLUMAN

5.10 IKRAR PERDAGANGAN MANIFES (K4) MENUNJUKKAN KONSIGNI “TO

ORDER”

a. Mesyuarat mengambil maklum :

i. Pengikraran maklumat “To Order” dalam manifes (K4) di SMK

kadangkala menimbulkan kekeliruan di pihak ejen perkapalan.

ii. Shipping Association Malaysia (SAM) mendakwa ada sesetengah

pegawai kastam tidak menerima pengikraran “To Order” dalam

manifest.

iii. SAM memohon penjelasan samada JKDM akan menerima atau

menolak ikrar manifes yang menunjukkan konsigni “To Order, To

Order of Shipper, To Order of Consignee, To Order of Bank”.

Page 20: MINIT MESYUARAT PANEL PERUNDINGAN KASTAM … · 3 1.8 Butiran terperinci dan maklumat berkaitan dengan pelaksanaan Cukai Pelancongan ini akan dihebahkan dari semasa ke semasa. 1.9

20

b. Mesyuarat membuat keputusan :

i. Pihak ejen perkapalan perlu memasukkan nama dan alamat konsigni

sebenar di dalam manifes.

ii. Sekiranya ejen perkapalan menghantar maklumat konsigni sebagai

“To Order, To Order of Shipper, To Order of Consignee, To Order of

Bank” sebagai penghantaran awal untuk tujuan pengikraran pada

manifest, ejen perkapalan hendaklah menghantar permohonan

pindaan maklumat manifest dengan menyatakan konsigni yang

sebenar.

iii. Walau bagaimanapun, Bahagian Perkastaman dan Bahagian Teknologi

Maklumat bersama JKDM Selangor perlu mengadakan perbincangan

lanjut berhubung isu ini.

TINDAKAN: BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

& BAHAGIAN PERKASTAMAN

5.11 DIRECT CARRIER TO HOLD BACK DELIVERY ORDER PENDING

CONSIGNEES

a. Mesyuarat mengambil maklum :

i. SAM mengatakan bahawa JKDM tidak boleh mengarahkan ejen

perkapalan untuk menahan pelepasan delivery order ke atas

konsigni/pengimport yang masih mempunyai kompaun tertunggak

dengan pihak kastam.

iii. Keadaan ini akan menyebabkan ejen perkapalan menanggung

kerugian.

Page 21: MINIT MESYUARAT PANEL PERUNDINGAN KASTAM … · 3 1.8 Butiran terperinci dan maklumat berkaitan dengan pelaksanaan Cukai Pelancongan ini akan dihebahkan dari semasa ke semasa. 1.9

21

b. Mesyuarat membuat keputusan :

i. Selaras dengan peruntukan Seksyen 131 (3) Akta Kastam 1967

pelepasan dagangan tidak boleh dibenarkan sekiranya apa-apa

bayaran kompaun belum dijelaskan oleh pengimport.

ii. Oleh kerana hanya ejen perkapalan/carriers’ mempunyai akses kepada

sistem pelabuhan maka JKDM mengarahkan supaya carriers’ untuk

tidak menghantar delivery order kepada operator pelabuhan.

iii. Walau bagaimanapun, JKDM akan mengkaji semula keberkesanan

mekanisma yang digunakan.

TINDAKAN: BAHAGIAN PERKASTAMAN

& BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

5.12 SHIPMENT DETAINED BY CUSTOMS PREVENTIVE

a. Mesyuarat mengambil maklum :

i. SAM menyatakan Bahagian Penguatkuasaan JKDM telah menahan

kontena untuk tempoh masa yang lama.

ii. SAM memohon JKDM untuk melengkapkan siasatan dalam tempoh 60

hari.

iii. Manakala, barang-barang dalam kontena yang tidak dituntut dan

ditinggalkan oleh pemilik perlu dimaklumkan segera kepada Lembaga

Port Klang agar barang-barang tersebut boleh dihantar untuk lelong

serta kontena dipulangkan semula kepada pihak ejen.

Page 22: MINIT MESYUARAT PANEL PERUNDINGAN KASTAM … · 3 1.8 Butiran terperinci dan maklumat berkaitan dengan pelaksanaan Cukai Pelancongan ini akan dihebahkan dari semasa ke semasa. 1.9

22

b. Mesyuarat membuat keputusan :

i. JKDM memaklumkan kes rampasan atau tangkapan melibatkan kontena

yang digunakan sebagai kapal untuk mengangkut barang memerlukan

tempoh siasatan yang bergantung kepada merit kes.

ii. Bagi kontena yang ditinggalkan tanpa ikrar, pihak berkuasa pelabuhan

Zon Bebas diberi tempoh 4 bulan sebelum memohon kebenaran kepada

JKDM untuk melupuskan barang-barang dalam kontena.

iii. Surat peringatan berhubung isu penahanan kontena terlalu lama akan

dihantar kepada negeri.

iv. Lembaga Pelabuhan Klang turut dicadangkan untuk mengambil

tindakan ke atas kontena yang ditinggalkan lebih daripada 4 bulan di

Pelabuhan Zon Bebas.

TINDAKAN: SELESAI / UNTUK MAKLUMAN

5.13 GST IMPLICATIONS ARISING FROM SALARY DEDUCTION FROM FOREIGN

WORKERS, SPECIFICALLY FOR ACCOMMODATION COSTS AND

IMMIGRATION LEVY UNDER MINIMUM WAGE POLICY

a. Mesyuarat membuat keputusan untuk membincangkan isu ini di peringkat

Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal GST.

TINDAKAN: SELESAI / UNTUK MAKLUMAN

Page 23: MINIT MESYUARAT PANEL PERUNDINGAN KASTAM … · 3 1.8 Butiran terperinci dan maklumat berkaitan dengan pelaksanaan Cukai Pelancongan ini akan dihebahkan dari semasa ke semasa. 1.9

23

6.0 MEMBINCANGKAN HAL-HAL LAIN

6.1 PEJABAT KASTAM NEGERI ENGGAN MENERIMA SURAT DARI IBU PEJABAT

a. Air Frieght Association of Malaysia (AFAM) memaklumkan Pejabat Kastam

Negeri seperti di Pulau Pinang dan Selangor tidak mahu menerima surat dasar

yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat JKDM.

b. AFAM turut memaklumkan pegawai-pegawai di stesen tidak mematuhi arahan

seperti yang dinyatakan dalam surat dari Ibu Pejabat JKDM dengan memberi

alasan bahawa surat tersebut merupakan surat yang dikeluarkan oleh

pengurusan yang lama.

c. AFAM juga dipohon untuk merujuk dengan Ibu Pejabat JKDM jika diminta

untuk menunjukkan surat perubahan dasar yang baharu.

d. AFAM mencadangkan bagi mengelakan ketidakseragaman dalam

perkhidmatan Kastam, Ibu Pejabat JKDM mesti memaklumkan semua pihak

swasta jika terdapat perubahan pada dasar.

e. Mesyuarat membuat keputusan JKDM perlu meneliti semua perkara yang

dibangkitkan oleh AFAM bagi menyelaraskan perkhidmatan Kastam.

TINDAKAN: BAHAGIAN PERKASTAMAN

6.2 TAKLIMAT UCUSTOMS

a. Central Region Shipping Association (CRSA) menyatakan agensi tersebut

tidak dipanggil untuk sesi taklimat uCustoms berkaitan pendaftaran.

b. Mesyuarat dimaklumkan semua stakeholders Jabatan Kastam akan diberi

taklimat berhubung sistem uCustoms mengikut giliran yang telah ditetapkan

oleh pasukan projek uCustoms.

TINDAKAN: SELESAI / UNTUK MAKLUMAN

Page 24: MINIT MESYUARAT PANEL PERUNDINGAN KASTAM … · 3 1.8 Butiran terperinci dan maklumat berkaitan dengan pelaksanaan Cukai Pelancongan ini akan dihebahkan dari semasa ke semasa. 1.9

24

6.3 K3 HANGING FORM

a. Federation of Malaysian Frieght Forwarders (FMFF) memaklumkan bahawa

terdapat masalah hanging form bagi Borang Kastam 3 di / dari Sabah dan

Sarawak.

b. Masalah ini menyebabkan pihak ejen dikenakan kompaun oleh stesen

penerima.

c. Mesyuarat dimaklumkan isu ini akan dibincangkan dalam Mesyuarat Panel

Perundingan Kastam-Swasta yang akan diadakan di peringkat Sabah dan

Sarawak.

TINDAKAN: SELESAI / UNTUK MAKLUMAN

6.4 PENGGUNAAN EMEL UNTUK EDARAN SURAT KEPADA PIHAK SWASTA

a. Air Frieght Association of Malaysia (AFAM) mencadangkan agar JKDM

menggalakkan penggunaan emel bagi mengedarkan surat atau maklumat

kepada pelanggan.

b. AFAM memaklumkan penghantaran surat melalui pos kadangkala tidak

diterima atau lewat terima oleh penerima.

c. AFAM turut menyatakan portal JKDM yang tidak dikemaskini menyukarkan

komunikasi dua hala antara JKDM dan pihak swasta.

d. AFAM mencadang agar JKDM menghantar surat menggunakan emel terlebih

dahulu sebelum menghantar melalui pos kepada pihak swasta.

e. Mesyuarat memutuskan untuk mengambil maklum tentang perkara ini dan

tindakan yang sewajarnya akan diambil dengan segera.

TINDAKAN: BAHAGIAN PERKASTAMAN &

BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Page 25: MINIT MESYUARAT PANEL PERUNDINGAN KASTAM … · 3 1.8 Butiran terperinci dan maklumat berkaitan dengan pelaksanaan Cukai Pelancongan ini akan dihebahkan dari semasa ke semasa. 1.9

25

6.5 KURSUS EJEN KASTAM

a. AFAM memaklumkan tiada perkembangan berkenaan Kursus Ejen Kastam

walaupun mesyuarat telah diadakan bersama pihak Universiti Utara

Malaysia.

b. AFAM turut memaklumkan Akademi Kastam Diraja Malaysia di Melaka tidak

memberi maklumbalas yang sewajarnya kepada pihak AFAM berhubung isu

ini.

c. Mesyuarat memutuskan untuk mengadakan mesyuarat yang berasingan

berhubung isu ini dan sekurang-kurangnya mengadakan satu kursus ejen

dalam tahun ini.

TINDAKAN: BAHAGIAN PERKASTAMAN

6.6 MESYUARAT DI SABAH DAN SARAWAK

a. FMM menyatakan keinginan untuk menyertai Mesyuarat Panel Perundingan

Kastam-Swasta di peringkat Sabah, Sarawak dan Labuan.

b. Pengerusi mesyuarat memaklumkan mesyuarat yang akan diadakan di

Sabah, Sarawak dan Labuan akan mengikut format dan ahli mesyuarat (wakil

cawangan persatuan dari Sabah, Sarawak dan Labuan) sama seperti di Ibu

Pejabat JKDM (mirror image).

TINDAKAN: UNTUK MAKLUMAN / URUS SETIA

Page 26: MINIT MESYUARAT PANEL PERUNDINGAN KASTAM … · 3 1.8 Butiran terperinci dan maklumat berkaitan dengan pelaksanaan Cukai Pelancongan ini akan dihebahkan dari semasa ke semasa. 1.9

26

6.7 PERBINCANGAN ISU-ISU BERHUBUNG GST

a. Pengerusi mesyuarat memutuskan isu-isu berhubung dengan GST perlu

dibangkitkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal GST.

b. Isu GST hanya akan dibangkitkan di Mesyuarat Panel Perundingan Kastam-

Swasta jika tidak dapat diselesaikan di peringkat Mesyuarat Jawatankuasa

Teknikal GST.

TINDAKAN: UNTUK MAKLUMAN / URUS SETIA

6.8 PERBINCANGAN BERHUBUNG ISU-ISU YANG BERLAKU DI PERINGKAT

NEGERI

a. Pengerusi mesyuarat memutuskan isu-isu yang berlaku di peringkat negeri

perlu dibincangkan di Mesyuarat Panel-Perundingan Kastam-Swasta yang

diadakan di peringkat negeri.

TINDAKAN: UNTUK MAKLUMAN

6.9 TATACARA MESYUARAT PANEL PERUNDINGAN KASTAM-SWASTA

a. Pengerusi mesyuarat memaklumkan objektif mesyuarat ini adalah untuk

membincangkan isu-isu dasar atau polisi bersama pihak swasta dalam

keadaan yang harmoni demi kebaikan bersama.

b. Mesyuarat dimaklumkan semua ahli mesyuarat diberi peluang untuk

menyuarakan pendapat mereka.

c. Mesyuarat turut dimaklumkan berhubung keperluan menghormati ahli

mesyuarat yang lain agar sesi mesyuarat ini berlangsung dengan lancar.

Page 27: MINIT MESYUARAT PANEL PERUNDINGAN KASTAM … · 3 1.8 Butiran terperinci dan maklumat berkaitan dengan pelaksanaan Cukai Pelancongan ini akan dihebahkan dari semasa ke semasa. 1.9

27

d. Sehubungan dengan itu, presiden AFAM memohon maaf kepada Pengerusi

mesyuarat atas perkara yang berlaku.

TINDAKAN: UNTUK MAKLUMAN

7.0 TAKLIMAT PENGKORPORATAN JKDM

Mesyuarat dengan sebulat suara membuat keputusan bahawa isu pengkorporatan

JKDM adalah isu dalaman Jabatan dan pihak swasta memberi kepercayaan penuh

kepada JKDM untuk meneruskan usaha pengkorporatan JKDM.

TINDAKAN: UNTUK MAKLUMAN

8.0 UCAPAN PENUTUP PENGERUSI BERSAMA

8.1 Encik S. Raja Kumaran mengucapkan terima kasih kepada JKDM atas

penganjuran Mesyuarat Panel Perundingan Kastam-Swasta pada kali ini.

8.2 Beliau berpendapat mesyuarat ini telah berjalan lancar serta memberi faedah

kepada kedua-dua pihak dalam membuat keputusan.

8.3 Pengerusi Bersama berharap mesyuarat ini dapat diadakan dalam keadaan

aman dan terkawal.

8.4 Beliau turut memohon pihak urus setia untuk memberi tempoh sehingga 2

bulan kepada pihak swasta bagi mengemukakan usul-usul baharu.

8.5 Beliau merakamkan penghargaan atas pertimbangan JKDM untuk

mengadakan mesyuarat ini sebanyak 3 kali kerana lebih banyak usul akan

dapat diselesaikan bersama.

TINDAKAN: UNTUK MAKLUMAN

Page 28: MINIT MESYUARAT PANEL PERUNDINGAN KASTAM … · 3 1.8 Butiran terperinci dan maklumat berkaitan dengan pelaksanaan Cukai Pelancongan ini akan dihebahkan dari semasa ke semasa. 1.9

28

9.0 UCAPAN PENANGGUHAN PENGERUSI

9.1 Dato’ Pengerusi berterima kasih kepada semua ahli mesyuarat atas

penglibatan serta sumbangan idea untuk kebaikan bersama dalam

mesyuarat ini.

9.2 Dato’ Pengerusi memohon pihak swasta untuk memaklumkan sebarang

masalah kepada pihak pengurusan Jabatan Kastam pada bila-bila masa.

9.3 Dato’ Pengerusi menyatakan JKDM akan mentadbir Akta Cukai Pelancongan

bermula 1 Julai 2017.

9.4 Beliau turut memaklumkan Mesyuarat Panel Perundingan Kastam-Swasta

akan diadakan di peringkat Sabah,Sarawak dan Labuan yang akan

dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/GST).

9.5 Dato’ Pengerusi berharap keputusan yang telah dibuat dalam mesyuarat ini

dapat dilaksanakan segera untuk kebaikan bersama.

TINDAKAN: UNTUK MAKLUMAN

Page 29: MINIT MESYUARAT PANEL PERUNDINGAN KASTAM … · 3 1.8 Butiran terperinci dan maklumat berkaitan dengan pelaksanaan Cukai Pelancongan ini akan dihebahkan dari semasa ke semasa. 1.9

29

10.0 PENANGGUHAN MESYUARAT

a. Mesyuarat ditangguh pada jam 12.20 tengah hari.

b. Tarikh dan tempat untuk Mesyuarat Panel Perundingan Kastam-Swasta

Bil.2/2017 akan dimaklumkan kemudian.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh, SEKRETARIAT MESYUARAT PANEL PERUNDINGAN KASTAM-SWASTA BIL.1/2017 JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA PUTRAJAYA

9 JUN 2017

Page 30: MINIT MESYUARAT PANEL PERUNDINGAN KASTAM … · 3 1.8 Butiran terperinci dan maklumat berkaitan dengan pelaksanaan Cukai Pelancongan ini akan dihebahkan dari semasa ke semasa. 1.9

30

LAMPIRAN I

SENARAI KEHADIRAN A. PENGERUSI 1. YBhg. Dato’ Indera Subromaniam Tholasy Ketua Pengarah Kastam Malaysia B. PENGERUSI BERSAMA 2. YBhg. Encik S. Raja Kumaran Malaysian International Chamber of Commerce and Industry (MICCI) C. WAKIL JKDM 3. YBhg. Dato’ Haji Zulkifli bin Yahya

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman / GST)

4. YBhg. Dato’ Paddy bin Abd. Halim

Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan)

5. YBhg. Dato’ Mohd Nor bin Hassan

Pengarah Kastam Bahagian Teknologi Maklumat

6. YBhg. Dato’ Abdul Latif bin Abdul Kadir

Pengarah Kastam Bahagian Pengurusan Pematuhan

7. Puan Soria binti Osman

Pengarah Kastam Bahagian Perkhidmatan Teknik

8. Tuan Rumainor bin Sarif

Pengarah Kastam Cawangan Siasatan

9. Tuan Mohd Yusof bin Ismail

Pengarah Kastam Cawangan Risikan

10. Tuan Ahmad Maher bin Abd Jalil

Pengarah Kastam Bahagian GST

Page 31: MINIT MESYUARAT PANEL PERUNDINGAN KASTAM … · 3 1.8 Butiran terperinci dan maklumat berkaitan dengan pelaksanaan Cukai Pelancongan ini akan dihebahkan dari semasa ke semasa. 1.9

31

11. Puan Nor Haziah binti Abd Wahab

Pengarah Kastam Bahagian Perkastaman

12. Puan Radziah binti Abdul Razak Pengarah Kastam Bahagian Perancangan Korporat

13. Puan Maimon binti Mustapha

Timbalan Pengarah Kastam Cawangan Fasilitasi Perdagangan dan Perindustrian Bahagian Perkastaman

14. Puan Farah Ezlin binti Yusop Khan

Pegawai Undang-Undang Bahagian Perundangan

15. Tuan Haji Iskandar bin Jaafar Timbalan Pengarah Kastam Cawangan Logistik Bahagian Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia

16. Puan Hasmizan binti Abd Samad@Mohamad

Timbalan Pengarah Kastam Cawangan Pengurusan Penilaian Bahagian Perkhidmatan Teknik

17. Datin Nor Abinah binti Haji Ahmad Sablie Timbalan Pengarah Kastam Cawangan Jaminan Kualiti Audit Bahagian Pengurusan Pematuhan

18. Puan Raden Tuminah binti S’aban Timbalan Pengarah Kastam Bahagian Pengurusan Pematuhan

19. Puan Siti Zaleha binti Mohd Said Timbalan Pengarah Kastam Pengurusan Pembayar Cukai Utama Bahagian GST

20. Puan Zainad binti Daud Timbalan Pengarah Kastam Sektor I Bahagian GST

Page 32: MINIT MESYUARAT PANEL PERUNDINGAN KASTAM … · 3 1.8 Butiran terperinci dan maklumat berkaitan dengan pelaksanaan Cukai Pelancongan ini akan dihebahkan dari semasa ke semasa. 1.9

32

21. Puan Fauziah binti Abu Zarim Penolong Kanan Pengarah Kastam I Sektor IV Bahagian GST 22. Dr. Hosni Hussen bin Md Saat Penolong Kanan Pengarah Kastam I Cawangan Perancangan Strategik Bahagian Perancangan Korporat 23. Puan Radziah binti Ahmad Penolong Kanan Pengarah Kastam II Bahagian Teknologi Maklumat 24. Puan Goh Hsiao Tung Pegawai Undang-Undang Bahagian Perundangan D. WAKIL KEMENTERIAN KEWANGAN 25. Cik Khalilasalwa binti Salleh Ketua Seksyen Bahagian Cukai (Perkhidmatan I) Kementerian Kewangan 26. Puan Noreen Haiza bt Khairudin

Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Cukai (Perkhidmatan I) Kementerian Kewangan

E. WAKIL PIHAK SWASTA 27. Encik Rajakumaran Malaysian International Chamber of Commerce and Industry (MICCI) 28. Cik Wong Hin Wei Malaysian International Chamber of Commerce and Industry (MICCI) 29. Tuan Haji Khadmudin bin Mohd Rafik Malaysian Knitting Manufacturers Association (MKMA) 30. Datuk Tan Kwong Jin Federation of Malaysian Manufacturers (FMM)

Page 33: MINIT MESYUARAT PANEL PERUNDINGAN KASTAM … · 3 1.8 Butiran terperinci dan maklumat berkaitan dengan pelaksanaan Cukai Pelancongan ini akan dihebahkan dari semasa ke semasa. 1.9

33

31. Cik Maygelah Siva

Federation of Malaysian Manufacturers (FMM) 32. Encik Abd Samad bin Ibrahim

Federation of Malaysian Manufacturers (FMM) 33. Encik Koh Sok Kiat The Malaysian Institute of Certified Public Accountants (MICPA) 34. Cik Tan Yu Yin The Malaysian Institute of Certified Public Accountants (MICPA) 35. Encik David Lai

Chartered Tax Institute of Malaysia (CTIM) 36. Encik Lim Kok Seng

Chartered Tax Institute of Malaysia (CTIM)

37. Encik Huang Shi Yang Chartered Tax Institute of Malaysia (CTIM)

38. Encik Alan Chung

Chartered Tax Institute of Malaysia (CTIM) 39. Encik Thong Vee Kean

Chartered Tax Institute of Malaysia (CTIM)

40. Encik Ong Whee Tiong The Malaysian Institute of Chartered Sectetaries and Administrators (MAICSA)

41. Encik Eric Yong Siew Meng The Malaysian Institute of Chartered Sectetaries and Administrators (MAICSA)

42. Encik Walter Culas Airfreight Forwarders Association Of Malaysia (AFAM) 43. Encik Saif Har Shah

Airfreight Forwarders Association Of Malaysia (AFAM) 44. YBhg. Dato’ Sri Dr M. Vijayan Federation of Malaysia Frieght Forwarders (FMFF) 45. YBhg. Dato’ Tony Chia Federation of Malaysia Frieght Forwarders (FMFF) 46. Encik Alvin Chua Federation of Malaysia Frieght Forwarders (FMFF)

Page 34: MINIT MESYUARAT PANEL PERUNDINGAN KASTAM … · 3 1.8 Butiran terperinci dan maklumat berkaitan dengan pelaksanaan Cukai Pelancongan ini akan dihebahkan dari semasa ke semasa. 1.9

34

47. Encik Krishnan Chelliah Federation of Malaysia Frieght Forwarders (FMFF) 48. Cik Jessica Ho Conference of Asia-Pacific Express Carriers (CAPEC) 49. Cik Norita Syazana Conference of Asia-Pacific Express Carriers (CAPEC) 50. Encik Lim Kar Haw Conference of Asia-Pacific Express Carriers (CAPEC) 51. Encik Loo Chea Hee

The Associated Chinese Chambers of Commerce and Industry of Malaysia (ACCCIM)

52. Cik Lim Yen Ling

The Associated Chinese Chambers of Commerce and Industry of Malaysia (ACCCIM)

53. Encik Haji Osman bin Ujang Malaysian Association of Company Secretaries ( MACS )

54. Encik Mohd Salimi Bin Ahamad

Malaysian Association of Company Secretaries ( MACS )

55. Encik Salihin Abang Malaysian Institute of Accountants (MIA) 56. Cik Azlina Zakaria Malaysian Institute of Accountants (MIA) 57. Encik V.Muthiah Central Region Shipping Association (CRSA) 58. Encik Bala. J Central Region Shipping Association (CRSA) 59. Encik Fong Keng Lun Shipping Association Malaysian (SAM) 60. Encik N. Vijayan A/L CPK Narayan Pillai Johor Freight Forwarders Association (JOFFA) 61. Encik Tan Tong Hwee Johor Freight Forwarders Association (JOFFA)

Page 35: MINIT MESYUARAT PANEL PERUNDINGAN KASTAM … · 3 1.8 Butiran terperinci dan maklumat berkaitan dengan pelaksanaan Cukai Pelancongan ini akan dihebahkan dari semasa ke semasa. 1.9

35

62. Encik Najwan Naqib bin Abdullah Johor Freight Forwarders Association (JOFFA) 63. Encik Mustafar bin Ahmad Johor Freight Forwarders Association (JOFFA) F. PIHAK BERKUASA PELABUHAN 64. Kapten K. Subramaniam Lembaga Pelabuhan Klang 65. Encik Ahmad Rizal bin Mohd Yusop Lembaga Pelabuhan Klang 66. Encik Muhammad Fauzi bin Che Leh Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang 67. Encik Muhammad Razif bin Ahmad Lembaga Pelabuhan Johor G. SEKRETARIAT 68. Tuan Mohd Hisham bin Mohd Nor

Penolong Kanan Pengarah Kastam I Cawangan Perhubungan Awam Bahagian Perancangan Korporat

69. Puan Kohila Rajaram Penolong Pengarah Kastam Cawangan Perhubungan Awam Bahagian Perancangan Korporat

70. Tuan Muhammad Ellias bin Ibrahim

Penguasa Kastam Cawangan Perhubungan Awam Bahagian Perancangan Korporat

71. Tuan Fatihahtul Ahmad bin Abdul Mutthalib Penguasa Kastam Cawangan Perhubungan Awam Bahagian Perancangan Korporat 72. Puan Suhaliza bt Mohd Mokhtar Pembantu Penguasa Kastam Cawangan Perhubungan Awam

Bahagian Perancangan Korporat