Upload
shahidansidek82
View
126
Download
3
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Laporan
KOD & NAMA KURSUS
SBU 3013: BIOLOGI 1
TUGASAN 2
TAJUK:
DISEDIAKAN OLEH :
NAMA NO. MATRIK
SHAHIDAN BIN SIDEK D20112052269
NAMA TUTOR E-LEARNING: DR. NORHAYATI BTE DAUD
TARIKH SERAH: 11 MEI 2013
MINI PROJEK :
KESAN CAHAYA TERHADAP TUMBUHAN
( PERTUMBUHAN TANAMAN JAGUNG )
Pendahuluan
Biologi bermaksud kajian tentang hidupan. Ilmu biologi mementingkan kajian semua
hidupan, dari yang bersaiz mikroskopik seperti bakteria sehinggalah bersaiz makro
seperti tumbuhan tinggi. Ilmu biologi tertumpu kepada memahami struktur dan fungsi
organisma dan bagaimana organisma tersebut berinteraksi antara satu sama lain.
Justeru dalam pertumbuhan atau percambahan tumbuhan dan perkembangan
merupakan proses yang saling berhubungan. Dimana kedua-dua proses tersebut
dipengaruhi oleh faktor dalaman (internal) dan luaran (eksternal). Faktor internal yang
mempengaruhi pertumbuhan, iaitu hormon. Hormon tumbuhan ditemukan oleh F. W.
Went pada tahun 1928. Hormon berasal dari bahasa Yunani hormalin yang bererti
penggiat. Hormon tumbuhan disebut fitohormon. Di mana hormon lebih dikenali
sebagai sebahagian daripada sistem pengaturan pertumbuhan dan perkembangan
tumbuhan. Hormon tumbuhan sendiri dirangsang pembentukannya melalui isyarat
persenyawaan reseptor sebagai tanggapan atas perubahan lingkungan yang terjadi di
luar sel. Kehadiran reseptor akan mendorong reaksi pembentukan hormon tertentu.
Apabila konsentrasi suatu hormon di dalam sel telah mencapai tingkat tertentu, atau
mencapai suatu nisbah tertentu dengan hormon lainnya, sejumlah gen yang semula
tidak aktif akan mulai bertindakbalas. Daripada sudut pandangan evolusi hormon
merupakan proses adaptasi dan pertahanan diri tumbuh-tumbuhan untuk
mempertahankan dan memperjuangkan kehidupan jenisnya. Bagi faktor lingkungan
yang mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan adalah faktor lingkungan atau
luaran yang meliputi daripada air, cahaya, suhu dan kelembapan. Cahaya matahari
adalah sumber tenaga utama bagi kehidupan didunia. Bagi tumbuhan khususnya yang
berklorofil cahaya matahari sangat penting bagi menentukan proses fotosintesis.
Fotosintesis adalah proses dasar pada tumbuhan untuk menghasilkan makanan.
Makanan yang dihasilkan akan menentukan ketersediaan tenaga untuk pertumbuhan
dan perkembangan tumbuhan.
Cahaya matahari juga mempengaruhi pertumbuhan tumbuhan. Kekurangan
cahaya matahari akan mengganggu proses fotosintesis dan pertumbuhan, meskipun
keperluan cahaya bergantung pada jenis tumbuhan. Selain itu, kekurangan cahaya
saat perkembangan berlangsung akan menimbulkan gejala etiolasi, dimana batang
tumbuhan akan tumbuh lebih cepat namun lemah dan daunnya berukuran kecil, nipis
dan berwarna pucat (tidak hijau). Hal ini kerana kekurangan penerimaan cahaya
sehingga dapat memaksimumkan fungsi auksin untuk menunjangkan sel-sel di mana
pengawalatur tumbuhan digunakan bagi tumbesaran tumbuhan. Pengawalatur
pertumbuhan ialah bahan kimia semula jadi dan sintetik untuk mengawal pertumbuhan
tumbesaran pada kepekatan rendah. Antara salah satunya adalah auksin yang mana
merupakan hormon pertumbuhan yang banyak dikaitkan kesan umum terhadap hujung
akar dan hujung batang seperti fototropisme (pucuk bergerak kearah cahaya).
geotropisme (akar bergerak kearah graviti), kedominanan apeks (pucuk utama lebih
dominan daripada tunas sisi), pembentukan bunga, kejadian dan pembentukan buah,
pembentukan akar adventitus (akar sisi). Oleh sebab itu tanaman akan lebih cepat
tumbuh dan panjang. Auksin bertindakbalas pada tumbuhan yang sering terkena
cahaya matahari, sehingga tumbuhan tumbuh lebih lambat dengan keadaan relatif
pendek, daun berkembang, lebih lebar, lebih hijau, tampak lebih segar dan batang
tumbuhan lebih kukuh. Justeru eksperimen dijalankan bagi mengetahui pengaruh
cahaya terhadap pertumbuhan dan perkembangan biji benih jagung dengan
mempelbagaikan variasi cahaya matahari yang berbeza terhadap tanaman jagung.
Foto Tanaman Jagung di Sekolah Saya ( Pemerhatian di Kawasan Kajian )
1.0 Teori dan Pemerhatian Alam Semulajadi
Berikut merupakan teori yang dijadikan garis panduan terhadap ujikaji/ eksperimen
pertumbuhan tanaman jagung iaitu:
1.1 Ekosistem
Ekosistem adalah suatu sistem ekologi yang terbentuk oleh cabang sains yang
mengkaji habitat dan interaksi di antara benda hidup dengan alam sekitar. Ekosistem
dikatakan juga suatu penyusunan secara bersepadu dan menyeluruh antara segenap
unsur lingkungan hidup yang saling mempengaruhi antara satu sama lain. Di mana
ekosistem merupakan gabungan daripada setiap unit biosistem yang melibatkan
hubungan antara organisma dan lingkungan fizik sehingga aliran tenaga menuju
kepada suatu struktur biotik tertentu dan terjadi suatu siklus hubungan antara
organisma dan anorganisma. Matahari sebagai sumber daripada sumber yang
sediaada. Istilah ekosistem pertama kali dikenalkan oleh Tansley 1935 yang
mengemukakan bahwa hubungan timbal balik antara makhluk hidup dengan faktor
lingkungan alam, sebenarnya membentuk suatu sistem yang tidak dapat di pisahkan.
Sedangkan ilmu yang mempelajari mengenai ekosistem adalah ekologi, yang di
kemukakan oleh seorang pakar biologi jerman , iaitu Ernst Haekel 1866. Ekologi
berasal dari bahasa yunani, iaitu okios yang bermaksud rumah dan logos bermaksud
ilmu. Kini, istilah ekologi ini telah digunakan secara meluas dan merujuk kepada kajian
saling hubungan antara organisma dengan persekitaran dan juga suap-balik di
kalangan kumpulan organisma itu sendiri. Sistem dengan ekosistem yang tersusun
atas makhluk hidup disebut dengan komponen biotik. Setiap makhluk hidup
memerlukan tempat untuk tinggal yang disebut dengan habitat. Misalnya semut,
mempunyai habitat di tanah. Namun, selain semut tanah juga merupakan habitat bagi
cacing tanah dan makhluk hidup lainnya. Komponen biotik yang menyusun ekosistem
mencakupi seluruh makhluk hidup, baik yang sejenis ataupun berbeza jenis, yang
hidup di tempat tertentu. Komponen biotik dalam ekosistem tidak dipelajari secara
individual, tetapi dalam satuan populasi dan ekosistem. Manakala komponen abiotik
merupakan aspek benda bukan hidup yang ada dalam ekosistem. Antaranya adalah
seperti berikut:
a) Cahaya
Matahari merupakan sumber tenaga yang ada di muka bumi ini. Cahaya
matahari yang sampai ke bumi sangat diperlukan oleh makhluk hidup.
b) Udara
Udara terdiri daripada pelbagai gas iaitu nitrogen, oksigen, karbon
dioksida, dan gas-gas lainnya. Oksigen diperlukan oleh makhluk-makhluk
yang hidup untukpernafasan. Karbon dioksida dalam udara diperlukan
oleh tumbuhan untuk melakukan proses fotosintesis. Angin dapat
membantu proses penyebaran biji benih.
c) Air
Air sangat diperlukan oleh seluruh makhluk hidup baik yang berhabitat di
darat mahupun perairan. Air dapat berbentuk padat, cair, dan gas.
d) Tanah
Tanah merupakan tempat hidup bagi makhluk-makhluk hidupan mengikut
pelbagai bentuk samaada dimulai daripada yang berukuran renik, seperti
bakteri dan protozoa, hingga yang berukuran besar, seperti gajah.
e) Suhu
Suhu lingkungan merupakan faktor penting bagi makhluk hidup. Suhu
merupakan faktor penting dalam proses metabolisme makhluk hidup, suhu
tubuh optimal untuk metabolisme tubuh adalah 37oC. Untuk dapat
menjaga suhu tubuh tetap stabil, manusia tidak biasa berada di lingkungan
dengan suhu ekstrim dingin atau panas tanpa perlindungan.
f) Topografi
Topografi adalah keadaan tinggi atau rendahnya permukaan bumi pada
suatu tempat. Semakin tinggi suatu tempat, maka suhu lingkungannya
akan semakin rendah.
1.2 Faktor-faktor yang mempengaruhi Pertumbuhan
Faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan diantaranya ada
faktor dalaman (internal) dan faktor luaran (eksternal).
a) Faktor Dalaman (Internal)
(i) Gen
Setiap jenis tumbuhan membawa gen untuk sifat-sifat tertentu, seperti
berbatang tinggi atau berbatang rendah. Tumbuhan yang mengandungi
gen ‘baik’ dan disokong oleh persekitaran yang sesuai
akan.memperlihatkan pertumbuhan yang baik.
(ii) Hormon
Hormon pada tumbuhan juga memainkan peranan penting dalam proses
perkembangan dan pertumbuhan.
Auksin : membantu perpanjangan sel
Giberelin : untuk pemanjangan dan pembelahan sel
Sitokinin : menggiatkan pembelahan sel
Etilen : mempercepat buah menjadi matang
Asid traumalin : Merangsang pembelahan sel di bahagian
tumbuhan yang luka
Kalin :Merangsang pembentukan organ tumbuhan seperti :
Rizokalin : Untuk pembentukan akar
Aulokalin : Untuk pembentukan batang
Filokalin : Untuk pembentukan daun
Antokalin : Untuk pembentukan bunga
b) Faktor Luaran (Eksternal)
(i) Air
Fungsi air antara lain ialah :
Untuk Fotosintesis
Mengaktifkan reaksi-reaksi enzim
Membantu proses perkecambahan biji
Mengekalkan kelembapan
Untuk transpirasi
Meningkatkan tekanan turgor sehingga merangsang pembelahan
sel
Melarutkan asid
(ii) Suhu
Tinggi rendah suhu menjadi salah satu faktor yang menentukan
pertumbuhan, perkembangan dan kelangsungan hidup tanaman. Suhu
yang baik bagi tumbuhan adalah antara 22°C-37°C. Suhu yang di luar
lingkungan had tersebut mengakibatkan pertumbuhan yang lambat atau
menyebabkan tumbuhan mati.
(iii) Kelembapan
Kadar air dalam udara dapat mempengaruhi pertumbuhan serta
perkembangan tumbuhan. Tempat yang lembap adalah baik bagi
tumbuhan di mana tumbuhan dapat mendapatkan air lebih mudah
serta berkurangnya proses penyejatan yang akan memberi kesan pada
pembentukan sel.
(iv) Nutrien
Tumbuhan memerlukan nutrien untuk kelangsungan hidupnya. Nutrien
yang diperlukan dalam jumlah banyak disebut unsur makro
(makronutrien). Unsur makro misalnya karbon, oksigen, hidrogen,
nitrogen, sulfur, kalium, kalsium, fosfor, dan magnesium. Manakala
nutrien yang diperlukan tumbuhan dalam jumlah sedikit disebut unsur
mikro (Mikronutrien). Contoh unsur mikro adalah zink, besi, boron,
mangan,, tembaga, dan molibdenum.
Kekurangan nutrien di dalam tanah atau medium tempat tumbuhan
hidup menyebabkan tumbuhan mengalami defisiensi. Defisiensi
mengakibatkan tumbuhan menjadi tumbuh dan berkembang dengan
tidak sempurna.
(v) Cahaya
Cahaya berperanan sebagai sumber tenaga dalam proses fotosintesis.
Pertumbuhan kecambahan di tempat yang teduh akan berlangsung
cepat, tetapi tidak normal dan seimbang. Daun tanaman yang terkena
cahaya lebih kecil dan mesofilnya lebih tebal dibandingkan yang sedikit
mendapat cahaya.
Stomata tanaman yang terkena cahaya ukurannya kecil dengan jumlah
yang banyak dibandingkan yang sedikit mendapat cahaya. Akar
tanaman yang terkena cahaya lebih lebat dibandingkan yang sedikit
mendapat cahaya.
Cahaya merupakan faktor penting terhadap berlangsungnya fotosintesis,
untuk menghasilkan tenaga. Kekurangan cahaya akan mengganggu
proses fotosintesis dan pertumbuhan, meskipun keperluan cahaya
bergantung pada jenis tumbuhan. Kekurangan cahaya pada saat
pertumbuhan berlangsung akan menimbulkan gejala etiolasi, di mana
batang kecambah akan tumbuh lebih cepat namun lemah dan daunnya
berukuran lebih kecil, nipis dan pucat.
2.0 Pernyataan Masalah
Antara pernyataan masalah yang dapat dikenalpasti adalah seperti berikut:
(i) Bagaimanakah cahaya mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan
tanaman jagung?
(ii) Adakah perbezaan pertumbuhan jagung yang diletakkan pada dua tempat yang
berbeza, iaitu di tempat yang terkena cahaya matahari secara langsung, dan di
tempat yang gelap (tidak terkena cahaya matahari secara langsung)?
2.1 Tujuan Eksperimen
Ujikaji atau eksperimen yang dijalankan adalah bertujuan seperti berikut :
(i) Mengetahui pengaruh cahaya terhadap pertumbuhan jagung (interaksi antara
komponen dalam ekosistem)
(ii) Mengetahui perbezaan pertumbuhan jagung pada dua tempat yang berbeza
iaitu samaada tumbuhan tersebut mendapat cahaya matahari secara langsung
dan tidak mendapat pencahayaan matahari (tempat gelap).
2.2 Pembolehubah Eksperimen
1. Pembolehubah dimanipulasi : Jenis biji jagung
: Kuantiti air
: Medium penanaman tumbuhan
2. Pembolehubah bergerak balas : Pertumbuhan jagung
3. Pembolehubah dimalarkan : Cahaya matahari
3.0 Hipotesis
Jika tumbuhan jagung diletakkan di ruang yang terdedah kepada cahaya maka
pertumbuhannya akan lebih lambat namun daunnya bersaiz lebih lebar, berwarna hijau
dan batangnya kelihatan kukuh. Tanaman jagung akan bergerakbalas ke arah cahaya
(fototropisme).
Jika tumbuhan jagung diletakkan di ruang yang kekurangan cahaya (teduh) atau gelap
maka batang jagung akan tumbuh dengan lebih cepat tetapi kelihatan lemah, saiz
daunnya lebih kecil, nipis dan berwarna pucat.
4.0 Kaedah Eksperimen
Kaedah eksperimen dilakukan dengan membahagikan kepada beberapa faktor yang
mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan tumbuhan seperti cahaya dimana
cahaya merupakan tenaga utama dalam menjalankan proses fotosintesis.
4.1 Alat dan Bahan
(i) 10 biji benih jagung
(ii) Tanah gembur
(iii) Lidi secukupnya
(iv) 2 bekas
(v) Skop kecil
(vi) Label,pen, gunting.
4.2 Langkah Kerja
a) Sediakan 2 bekas dan labelkan bekas tersebut dengan nama bekas A dan B.
b) Isi kedua bekas dengan tanah.
c) Letakkan dalam setiap bekas 5 biji benih jagung. Kedudukan biji benih diatur dan
timbus dengan tanah sehingga 2 cm. Jangan terlalu dalam agar biji jagung dapat
tumbuh.
d) Penanda aras diletakkan dengan lidi berskala bagi memudahkan pengukuran dan
pengiraan. Ukur dan catatkan ketinggian tanaman bekas A dan bekas B setiap
hari.
e) Siram air setiap hari agar tanah tersebut dalam keadaan lembap.
f) Sekiranya kelihatan biji sudah tumbuh, letakkan bekas A di tempat yang terkena
cahaya matahari secara langsung, dan bekas B di tempat teduh atau gelap.
Pastikan pemantauan dilakukan setiap hari agar kelembapan tanah sentiasa
lembap, dan bekas tidak diganggu oleh binatang.
g) Seminggu kemudian, ukur ketinggian tanaman bekas A dan bekas B. Dapatkan
ukuran tersebut dan isikan ke dalam bentuk jadual.
5.0 Hasil Pemerhatian
Daripada pemerhatian dan pengamatan yang dibuat dapat disimpulkan bahawa :
(i) Pada hari pertama penelitian, tanaman belum tumbuh
(ii) Hari ke 2 belum memperlihatkan pertumbuhannya
(iii) Hari ketiga daun mulai muncul dari permukaan tanah
(iv) Hari keempat-terakhir (6) benih jagung sudah menjadi tanaman yang stabil
.
5.1 Gambar Hasil Pemerhatian (setelah tanaman tumbuh)
(a) Tanaman Jagung di Bekas A (terkena Cahaya Matahari secara langsung)
Hari ke-2
Hari ke-3
Hari ke-5
(b) Tanaman Jagung di Bekas B (tidak terkena Cahaya Matahari secara
langsung)
Hari ke 2
Hari ke-3
Bekas A dan B hari ke-5
Bekas A dan B hari ke-6
Bekas A dan B hari ke-7
5.2 Analisis Pemerhatian / Data
Jadual pemerhatian disediakan bagi pertumbuhan dan perkembangan tanaman jagung.
Bekas Bilangan Hari dan Tinggi Tanaman (mm) Purata
1 2 3 4 5
A 21 25 22 21 18,5 21.5
B 29 26 18.5 22 30 25.1
Jadual 1: Jadual pemerhatian selama 5 hari.
Tanaman 1 2 3 4 50
5
10
15
20
25
30
35
GRAF BAGI PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN TANAMAN JAGUNG
Bekas ABekas B
Panj
ang
Tana
man
(cm
)
Rajah1: Graf pertumbuhan dan perkembangan tanaman jagung.
5.2.1 Persoalan
a) Tanaman di bekas mana yang lebih tinggi ? Mengapa ?
Tanaman di bekas B lebih tinggi dibandingkan dengan tanaman di bekas
A. Ini kerana pada tanaman di bekas B, tanaman tidak terkena cahaya
matahari secara langsung, sehingga hormon auksin bekerja secara
maksimum. Hormon ini bekerja dalam perkembangan hujung meristem
(batang dan pucuk), sehingga tumbuhan akan tumbuh memanjang.
Hormon ini akan aktif pada keadaan gelap atau tidak ada cahaya
matahari, kerana jika terkena cahaya matahari dapat memperlambatkan
pengaruh hormon auksin, kerana itu tumbuhan yang berada ditempat
terang lebih cenderung lambat pertumbuhannya.
b) Tanaman akan tumbuh memanjang jika kekurangan cahaya, akan tetapi
lama kelamaan akan mati. Mengapa ?
Di tempat gelap tumbuhan akan cepat memanjang, namun daun
berwana pucat atau kekuningan kerana tiada sinaran cahaya matahari
(disebut etiolasi), sehingga tanaman ini akan kekurangan nutrien, kerana
proses fotosintesis yang menghasilkan makanan bagi tumbuhan yang
sangat memerlukan cahaya matahari, dan batang tanaman ini lama
kelamanan menjadi lemah dan pada akhirnya tanaman ini akan mati.
c) Apakah fungsi cahaya matahari bagi tanaman ?
Cahaya merupakan faktor lingkungan yang sangat penting sebagai
sumber tenaga utama bagi ekosistem. Bagi tumbuhan khususnya yang
berklorofil cahaya matahari sangat berperanan dalam proses
fotosintesis. Fotosintesis adalah proses dasar pada tumbuhan untuk
menghasilkan makanan. Makanan yang dihasilkan akan menentukan
ketersediaan tenaga untuk pertumbuhan dan perkembangan
6.0 Perbincangan
Daripada jadual dan graf hasil dapatan kajian dapat dibincangkan bahawa :
Satu tanaman dengan tanaman lain di dalam medium tanaman yang sama dapat dilihat
bahawa ada yang pertumbuhannya lebih cepat dan ada yang lambat. Hal ini kerana
adanya persaingan pertumbuhan antara tanaman jagung satu dengan yang lainnya di
mana semasa menabur biji benih jagung adalah berhampiran antara satu sama lain
pada saat penanaman. Faktor gen juga sangat mempengaruhi hal tersebut, kerana
tidak semua biji membawa gen yang baik sehingga ada tanaman yang lebih cepat
pertumbuhannya dan ada juga yang lambat. Tanaman jagung yang ditanam di tempat
terang, terbukti tumbuh lebih pendek daripada yang ditanam di tempat gelap. Hal ini
kerana terdapat faktor cahaya. Cahaya bersifat inhibitor (penghambat) pertumbuhan
tanaman jagung kerana cahaya matahari menghambat hormon auksin (hormon
pertumbuhan). Sehingga auksin akan terurai (tidak aktif). Sebaliknya hormon auksin
akan aktif dalam keadaan gelap (tidak terkena cahaya), sehingga tanaman jagung yang
tumbuh di tempat gelap tumbuh lebih cepat (etiolasi). Namun tanaman jagung yang
dihasilkan memiliki diameter batang yang kecil (kurus), pucat, dan daun tidak
berkembang. Keadaan ini lama-kelamaan akan membuat tanaman jagung mati kerana
proses fotosintesis tidak terjadi, sehingga tanaman kekurangan nutrien.
7.0 Kesimpulan
Secara keseluruhan dapat disimpulkan bahawa tanaman jagung yang diletakkan di
kawasan yang gelap akan tumbuh dengan lebih cepat kerana berlakunya etiolasi dan
hormon auksin tidak terurai secara normal sehingga akan terus memaksa pertumbuhan
batang jagung. Meskipun tanaman jagung ini tumbuh lebih tinggi, tetapi dengan
keadaan secara fizikal tanaman yang kurang baik, batang terlihat kurus dan tidak sihat,
warna batang dan daun pucat serta kekurangan klorofil sehingga daun kelihatan pucat
atau berwarna kekuningan.
Manakala tanaman jagung yang diletakkan di tempat terang dan menerima
cahaya matahari secara langsung tumbuh lebih pendek kerana hormon auksin ini akan
terurai dan terhalang kerana terkena cahaya dan rosak sehingga kadar percambahan
tinggi tanaman tidak terlalu cepat. Meskipun tanaman jagung ini tumbuh lebih lambat,
tetapi dengan keadaan secara fizikal tanaman adalah sihat dan subur, justeru batang
kelihatan agak gemuk serta daun lebih segar dan berwarna hijau dan memiliki cukup
klorofil. Justeru dapat ditekankan bahawa cahaya merupakan faktor luaran yang
mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan pada tumbuhan. Tumbuhan
memerlukan cahaya matahari untuk melakukan fotosintesis. Ianya menggunakan
cahaya untuk menukarkan air dan karbon dioksida kepada bahan makanan.
Eksperimen ini menunjukkan bahawa fotosintesis hanya berlaku ketika terdapatnya
cahaya matahari. Selain itu dengan adanya eksperimen ini terbukti bahawa adanya
interaksi antara komponen ekosistem, iaitu abiotik (cahaya) dan biotik (tumbuhan
jagung). Hipotesis diterima.
LAMPIRAN PANDUAN AMALI
Eksperimen 1 : Cahaya sebagai salah satu faktor pertumbuhan dan perkembangan
tumbuhan.
Tajuk : Pertumbuhan dan perkembangan tanaman jagung
Pengenalan :
Semua benda hidup mempunyai keperluan asas yang tersendiri.Salah satu keperluan
asas yang diperlukan oleh tumbuhan untuk terus hidup ialah cahaya matahari. Dimana
melalui cahaya matahari, proses fotosisntesis dapat dijalankan oleh tumbuhan.
Objektif :
Di akhir eksperimen pelajar akan dapat:
(1) mengetahui faktor cahaya matahari mempengaruhi pertumbuhan
dan perkembangan tanaman jagung.
(2) Menguasai dan mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi
pertumbuhandan perkembangan tumbuhan dengan tepat semasa
menjalankan ujikaji atau eksperimen ini.
Hipotesis :
(1) Tumbuhan jagung yang diletakkan di ruang yang terdedah kepada cahaya
maka pertumbuhannya akan lebih lambat namun daunnya bersaiz lebih lebar,
berwarna hijau dan batangnya kelihatan kukuh. Tanaman jagung akan
bergerakbalas ke arah cahaya (fototropisme).
(2) Tumbuhan jagung yang diletakkan di ruang yang kekurangan cahaya (teduh)
atau gelap maka batang jagung akan tumbuh dengan lebih cepat tetapi
kelihatan lemah, saiz daunnya lebih kecil, nipis dan berwarna pucat.
Pembolehubah Eksperimen :
(1) Pembolehubah dimanipulasi : Jenis biji jagung, Kuantiti air, Medium
penanaman tumbuhan
(2) Pembolehubah bergerak balas : Pertumbuhan jagung
(3) Pembolehubah dimalarkan : Cahaya matahari
Bahan dan alat :
(a) 10 Biji Benih jagung
(b) Tanah gembur
(c) Lidi secukupnya
(d) 2 bekas
(e) Skop kecil
(f) Label,pen, gunting.
Langkah Kerja:
(1) Sediakan 2 bekas dan labelkan bekas tersebut dengan nama bekas A dan B.
(2) Isi kedua bekas dengan tanah.
(3) Letakkan dalam setiap bekas 5 biji benih jagung. Kedudukan biji benih diatur
dan timbus dengan tanah sehingga 2 cm. Jangan terlalu dalam agar biji jagung
dapat tumbuh.
(4) Penanda aras diletakkan dengan lidi berskala bagi memudahkan pengukuran
dan pengiraan. Ukur dan catatkan ketinggian tanaman bekas A dan bekas B
setiap hari.
(5) Siram air setiap hari agar tanah tersebut dalam keadaan lembap.
(6) Sekiranya kelihatan biji sudah tumbuh, letakkan bekas A di tempat yang terkena
cahaya matahari secara langsung, dan bekas B di tempat teduh atau gelap.
Pastikan pemantauan dilakukan setiap hari agar kelembapan tanah sentiasa
lembap, dan bekas tidak diganggu oloeh binatang.
(7) Lima hari kemudian, ukur ketinggian tanaman bekas A dan bekas B. Dapatkan
ukuran tersebut dan isikan analisa dapatan eksperimen kedalam bentuk jadual.
Hasil Pemerhatian dan analisa eksperimen :
Pemerhatian Inferens
Warna daun bertukar kepada coklat dan
kekuning-kuningan
Kawasan gelap telah menghalang
daripada tanaman jagung menerima
cahaya matahari.
Pertumbuhan tanaman jagung bekas A
agak lambat berbanding bekas B.
Bekas A menerima cahaya matahari
dan proses fotosintesis dapat dijalankan
oleh tumbuhan dan hormon auksin
terurai bagi melambatkan proses
kelajuan ketinggian percambahan.
Bekas Tinggi Tanaman (mm) Purata
1 2 3 4 5
A
B
Soalan:
(1) Tanaman di bekas mana yang lebih tinggi ? Mengapa ?
(2) Tanaman akan tumbuh memanjang jika kekurangan sinar, akan tetapi lama
kelamaan akan mati. Mengapa ?
(3) Apa fungsi cahaya matahari bagi tanaman ?
Kesimpulan :
RUJUKAN
1. Alters, S. & Alters, B., 2006. Biology: Understanding Life. New Jersey: John
Wiley and Sons,Inc.
2. Johnson, G.B., 2009. The Living World. New York: McGraw Hill Higher
Education.
3. Mader, S.A., 2007. Essentials of Biology. Singapore: McGrawHill Higher
Education (Asia).
4. Teh L.H., 2005. Fokus Masteri Biologi Tingkatan 4. Malaysia : Penerbit Fajar
Bakti Sdn. Bhd.
5. The L.H., 2010. Essential Biology Form 4. Petaling Jaya : Longman.