Upload
vanhanh
View
234
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
MINAT DAN PENGUASAAN PELAJAR DALAM MATA
PELAJARAN PENGURUSAN MAKANAN DI SMT (ERT)
AZIZAH, JOHOR BAHRU
HERAWATIE BINTI TAJUL ARIFIN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦
JUDUL : MINAT DAN PENGUASAAN PELAJAR DALAM MATA PELAJARAN
PENGURUSAN MAKANAN DI SMT (ERT) AZIZAH, JOHOR BAHRU.
SESI PENGAJIAN : 2009/2010
Saya HERAWATIE BINTI TAJUL ARIFIN
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi.
4. ** Sila tandakan ( )
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh
tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara
penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan,
atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
SULIT
TERHAD
TIDAK TERHAD
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
(TANDATANGAN PENYELIA) (TANDATANGAN PELAJAR)
Alamat Tetap:
644 KAMPUNG KEPONG,
20050 KUALA TERENGGANU,
TERENGGANU DARUL IMAN.
Tarikh: __________________________ Tarikh: ____________________________
PROF. MADYA DR. ABDUL RAHIM
BIN HAMDAN
Nama Penyelia
Disahkan oleh
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
AKTA RAHSIA RASMI 1972)
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
PENGESAHAN PENYELIA
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”.
Tandatangan : ..............................................................
Nama Penyelia : PM. DR. ABDUL RAHIM B. HAMDAN
Tarikh : 14 APRIL 2010
“Saya akui karya ini adalah hasil karya saya sendiri
kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap
satunya telah dijelaskan sumbernya.”
Tandatangan : ..............................................
Nama Penulis : Herawatie Binti Tajul Arifin
Tarikh : 14 April 2010
MINAT DAN PENGUASAAN PELAJAR DALAM MATA PELAJARAN
PENGURUSAN MAKANAN DI SMT (ERT) AZIZAH, JOHOR BAHRU
HERAWATIE BINTI TAJUL ARIFIN
Laporan Projek Sarjana Muda ini Dikemukan
Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi
Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
April 2010
i
Ku balut kejayaan ini dengan sampul kenangan terindah Sebagai hadiah paling istimewa
Buat mak dan ayah tercinta (Siti Khatijah Yusof & Tajul Arifin Abdul Rahman) Kasih sayang dan pengorbanan kalian berdua adalah nadi kehidupan ku
Buat arwah kakanda yang dirindui (Norbaya Tajul Arifin) dirimu terus hidup dalam kenangan ku
Buat adik-adik yang tersayang (Hernani, Kartika Idayu, Muhammad Fakhruddin, Muhammad Adib) kegembiraan kalian adalah kebahagiaan ku
Buat pak su, mak su, ayah su dan seluruh keluarga ku kalian semua amat bermakna dalam hidup ini
Buat sahabat-sahabat akrab ku hidup ini tidak pernah sunyi dengan kehadiran kalian
Buat guru-guru yang pernah mendidik diri ini Jasa bakti kalian terus subur dalam lipatan memori ku
Sesungguhnya kejayaan yang tercipta ini
adalah kejayaan kita bersama
Terima kasih Tuhan Atas nikmat kejayaan dan kebahagiaan yang Engkau anugerahkan.
(“,) _ierawatie _
ii
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah yang Maha Esa kerana dengan limpah
rahmat kurniaan-Nya, Projek Sarjana Muda ini berjaya disiapkan dengan jayanya. Di
kesempatan ini, saya dengan rasa rendah diri merakamkan jutaan terima kasih tidak
terhingga buat pensyarah penyelia, Prof. Madya Dr. Abd. Rahim bin Hamdan yang
tidak pernah jemu membimbing dan membantu sepanjang proses penyelidikan ini
dijalankan. Juga selaku penasihat akademik, keprihatinan Prof. amat saya hargai.
Terima kasih sekali lagi.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih buat seluruh warga
SMT (ERT) Azizah khususnya Puan Junaidah bt Abdul Samat yang tidak pernah
menghampakan saya dalam menjalankan penyelidikan serta mendapatkan data dan
maklumat. Juga buat Puan Pengetua, Penolong Kanan dan pelajar-pelajar kursus
Pengurusan Makanan atas kerjasama yang diberikan.
Ribuan terima kasih turut diucapkan buat Nabilah, Raja, Faza, T.Noor,
Erniey, Nuriza, Zilawati, Azimah, Ayu, Zul, Donald, Hidayah, Nadya dan rakan-
rakan satu kursus, Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
serta teman-teman seperjuangan sekalian atas perkongsian maklumat dan saling
bertukar pendapat.
Sekalung penghargaan juga buat panel penilai projek ini, pensyarah-
pensyarah dan seluruh warga fakulti serta pihak Universiti Teknologi Malaysia atas
sokongan tidak berbelah bagi sepanjang proses penyelidikan ini dilaksanakan. Akhir
kata, terima kasih sekali lagi diucapkan buat semua yang telah membantu secara
langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan penyelidikan ini.
Mudah-mudahan Allah S.W.T. membalas jasa baik kalian semua dan setiap
amal perbuatan kita dibawah redha-Nya. Amin. Sekian, terima kasih.
iii
ABSTRAK
Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengkaji tahap minat dan penguasaan
pelajar dalam mata pelajaran Pengurusan Makanan. Seramai 37 orang responden
terlibat dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan satu set soal selidik untuk
mengumpul data dan maklumat. Data yang didapati dianalisis dengan menggunakan
perisian SPSS (Statistical Package For Social Science) versi 16.0 untuk menjelaskan
kekerapan, peratusan, min dan korelasi. Nilai kebolehpercayaan instrumen kajian ini
ialah α = 0.92. Hasil kajian mendapati tahap minat pelajar adalah tinggi terhadap
Pengurusan Makanan (min= 4.23). Tahap penguasaan pelajar juga adalah tinggi
dalam teori Pengurusan Makanan (min=3.82) manakala bagi tahap penguasaan
pelajar dalam amali mata pelajaran ini turut berada pada tahap yang sama
(min=4.00). Dapatan kajian mendapati terdapat hubungan yang signifikan di antara
minat dengan penguasaan pelajar dalam teori Pengurusan Makanan (r=0.594) dan
juga terdapat hubungan yang signifikan di antara minat dengan penguasaan pelajar
dalam amali mata pelajaran ini (r=0.479). Seterusnya didapati terdapat hubungan
signifikan di antara penguasaan pelajar dalam teori dengan penguasaan pelajar dalam
amali mata pelajaran yang sama (r=0.418). Oleh itu, jelas dibuktikan bahawa
terdapat hubungan di antara minat dan penguasaan pelajar dalam teori dan amali
mata pelajaran Pengurusan Makanan. Justeru beberapa cadangan telah dikemukan
untuk meningkatkan lagi pencapaian akademik pelajar di sekolah-sekolah menengah
teknik.
iv
ABSTRACT
This research was carried out to examine the students’ interest and mastery in
subject of Pengurusan Makanan. A total of 37 respondents were involved in this
research. A set of questionnaires was used to collect data and information. It was
then analyzed by using SPSS (Statistical Package For Social Science) version 16.0
to explain frequency, percentage, mean and correlation. The reliability of this
instrument was α = 0.92. The finding revealed that level of students’ interest is high
to this subject (mean=4.23). The level of students mastery is high to subject’s theory
(mean=3.82). While the level of students’ mastery in this subject’s practical also at
the same level (mean=4.00). The findings indicated there was significant correlation
between interest and students’ mastery in the subject’s theory (r=0.594). There is
also significant correlation between interest and students’ mastery in the subject’s
practical (r=0.479). Hence, the findings show there was significant correlation
between students’ mastery in subject’s theory and practical for the subject
Pengurusan Makanan (r=0.418). As a result, it was proven that there was correlation
between students’ interest and students’ mastery in both theory and practical.
Therefore, a few suggestions were decided to increase the academic performances of
students in sekolah-sekolah menengah teknik.
v
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
DEDIKASI i
PENGHARGAAN ii
ABSTRAK iii
ABSTRACT iv
KANDUNGAN v
SENARAI JADUAL ix
SENARAI GAMBARAJAH x
SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL xi
SENARAI LAMPIRAN xii
1.0 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Hipotesis Kajian 8
1.7 Kepentingan Kajian 9
1.8 Skop Kajian 10
1.9 Kerangka Kajian 11
1.10 Definisi Istilah 11
vi
1.11 Penutup 13
2.0 SOROTAN PENULISAN 14
2.1 Pengenalan 14
2.2 Teori Pemilihan Kerjaya Holland 14
2.3 Teori Krathwohl 15
2.4 Kajian-Kajian Lepas 16
2.4.1 Minat Pelajar Sebelum Mengikuti Kursus 16
Pengajian
2.4.2 Minat Pelajar Setelah Mengikuti Kursus 18
Pengajian
2.3.3 Penguasaan Pelajar Dalam Kursus 20
Pengajian
2.5 Penutup 23
3.0 METODOLOGI KAJIAN 24
3.1 Pengenalan 24
3.2 Rekabentuk Kajian 24
3.3 Lokasi Kajian 25
3.4 Populasi Dan Sampel 26
3.5 Instrumen Kajian 27
3.6 Kajian Rintis 29
3.7 Prosedur Pengumpulan Data 30
3.8 Jangkamasa Kajian 31
3.9 Penganalisisan Data Kajian 31
3.10 Penutup 33
4.0 ANALISIS DATA 34
4.1 Pengenalan 34
4.2 Demografi Responden 34
4.2.1 Jantina 34
4.2.2 Bangsa 35
vii
4.2.3 Pendapatan Ibu Bapa 36
4.3 Analisis Data Bahagian B 36
4.3.1 Tahap Minat Terhadap Mata Pelajaran 37
Pengurusan Makanan
4.3.2 Tahap Penguasaan Pelajar dalam Teori 40
Mata Pelajaran Pengurusan Makanan
4.3.3 Tahap Penguasaan Pelajar dalam Amali 44
Mata Pelajaran Pengurusan Makanan
4.4 Ujian Hipotesis 48
4.4.1 Hipotesis Nol 1 (Ho1) 48
4.4.2 Hipotesis Nol 2 (Ho2) 49
4.4.3 Hipotesis Nol 3 (Ho3) 50
4.5 Rumusan 51
5.0 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 53
5.1 Pengenalan 53
5.2 Rumusan 53
5.2.1 Bahagian A 53
5.5.2 Bahagian B 54
5.3 Perbincangan 56
5.3.1 Minat Pelajar Terhadap Mata Pelajaran 56
Pengurusan Makanan
5.3.2 Penguasaan Pelajar dalam Teori Mata 57
Pelajaran Pengurusan Makanan
5.3.3 Penguasaan Pelajar dalam Amali Mata 58
Pelajaran Pengurusan Makanan
5.3.4 Hubungan antara Minat dan Penguasaan 59
Pelajar dalam Teori Mata Pelajaran
Pengurusan Makanan
viii
5.3.5 Hubungan antara Minat dan Penguasaan 60
Pelajar dalam Amali Mata Pelajaran
Pengurusan Makanan
5.3.6 Hubungan antara Penguasaan Pelajar 62
dalam Teori dan Amali Mata Pelajaran
Pengurusan Makanan
5.4 Cadangan 63
5.4.1 Cadangan Kajian Lanjutan 64
5.5 Penutup 64
RUJUKAN 65
Lampiran A-F 71-82
ix
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
1.1 Keputusan Peperiksaan SPM 2007/2008 dalam
mata pelajaran Pengurusan Makanan 5
3.1 Bilangan Sampel Minimum Mengikut Jenis Kajian 27
3.2 Skala Likert 28
3.3 Skala Likert bagi Ujian Penguasaan 29
3.4 Nilai Kebolehpercayaan mengikut Persoalan Kajian 30
3.5 Pengelasan Skor Min dan Status 32
3.6 Garis Panduan Guilford 32
3.7 Signifikan Pada Aras Keertian 0.05 33
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 35
4.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 35
4.3 Taburan Responden Mengikut Pendapatan Ibu Bapa 36
4.4 Tahap Minat Pelajar Terhadap Mata Pelajaran
Pengurusan Makanan 37
4.5 Tahap Penguasaan Pelajar dalam Teori Mata
Pelajaran Pengurusan Makanan 40
4.6 Tahap Penguasaan Pelajar dalam Amali Mata
Pelajaran Pengurusan Makanan 44
4.7 Hubungan di antara Minat dengan Penguasaan Teori 48
4.8 Hubungan di antara Minat dengan Penguasaan Amali 49
4.9 Hubungan di antara Penguasaan Teori dengan
Penguasaan Amali 50
4.10 Analisis Tahap dan Min Keseluruhan 51
4.11 Hubungan di antara Minat, Penguasaan Teori dan
Penguasaan Amali 52
x
SENARAI GAMBARAJAH
NO. GAMBARAJAH TAJUK MUKA SURAT
1.1 Rangka Kajian 11
xi
SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL
PIPP - Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
MPV - Mata Pelajaran Vokasional
PMR - Peperiksaan Menengah Rendah
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
SMT - Sekolah Menengah Teknik
ERT - Ekonomi Rumah Tangga
SPSS - Statistical Packages for Social
Ho - Hipotesis Nol
α - Cronbach Alpha (Nilai Kebolehpercayaan)
r - Nilai Korelasi
p - Signifikan
f - Frekuensi
% - Peratus
xii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN A - Jadual Ringkasan Isi Kandungan Mata Pelajaran
Pengurusan Makanan
LAMPIRAN B - Set Soal Selidik
LAMPIRAN C - Surat Kelulusan Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan
LAMPIRAN D - Surat Status Pelajar Fakulti Pendidikan
LAMPIRAN E - Surat Perlantikan Penyemak Soal Selidik
LAMPIRAN F - Surat Pengesahan Isi Kandungan Soal Selidik
BAB 1.0
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Sejajar dengan perkembangan semasa dalam usaha Malaysia mencapai matlamat
Wawasan 2020, bidang pendidikan turut mendapat perhatian serius oleh pihak kerajaan.
Kerajaan telah merangka suatu pelan di bawah Rancangan Malaysia ke-Sembilan bagi
merencana bidang pendidikan yang lebih bermutu dan berkualiti. Pelan tersebut ialah
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, PIPP.
“Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, PIPP merupakan salah satu agenda
penting kerajaan untuk membangunkan satu sistem pendidikan bertaraf dunia. Oleh itu,
Kementerian Pelajaran Malaysia, KPM mempunyai satu tanggungjawab yang amat
besar dalam membangunkan modal insan yang bersifat menyeluruh, progresif, bermoral
dan beretika tinggi selain daripada melahirkan modal insan berpengetahuan dan
berkemahiran.” (Sufa’at Tumin, 2009).
Teras dua dalam PIPP adalah membangunkan modal insan. Menurut Sufa’at
Tumin (2009), antara fokus dan strategi pelaksanaan membangunkan modal insan ialah
dengan mengadakan lebih banyak pilihan pendidikan kepada ibu bapa dan pelajar.
Melalui strategi ini juga, kewujudan pelbagai jenis sekolah, aliran mata pelajaran dan
pengkhususan diteruskan.
2
Antara aliran mata pelajaran yang menjadi pilihan ibu bapa dan pelajar ialah
aliran teknik dan vokasional. “Pelajaran teknik ialah sebarang bentuk pelajaran yang
berkaitan dengan persediaan praktik, teori dan am penuntut-penuntut di semua peringkat
untuk pekerjaan-pekerjaan tertentu dalam berbagai-bagai lapangan penghasilan dan
perkhidmatan sementara pelajaran vokasional pula ialah hanya sebahagian daripada
pelajaran teknik yang khasnya lebih direkabentuk bagi melatih individu-individu untuk
pekerjaan pada peringkat pengolahan yang mahir.” (Ung Cheng Pee, 1992).
Sekolah-sekolah teknik dan vokasional telah berkembang pesat di seluruh
negara. Pelbagai jurusan dan pengkhususan dalam kedua-dua bidang diperkenalkan.
Salah satu jurusan di bawah Pendidikan Teknik ialah Pengurusan Makanan.
“Pengurusan Makanan merupakan suatu mata pelajaran alternatif bagi kesinambungan
kepada mata pelajaran Kemahiran Hidup. Mata pelajaran ini merangkumi tiga
komponen iaitu Makanan dan Pemakanan, Penyediaan Makanan dan Perkhidmatan
Makanan. Aspek Pembangunan Manusia, Pengurusan dan Sumber diintegrasikan
merentas sukatan mata pelajaran ini.” (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003).
“Mata pelajaran ini juga memberi pendidikan asas yang kukuh dan pendedahan
kepada pendidikan lanjutan serta kerjaya dalam industri makanan dan hospitaliti. Usaha
ini akan membantu melahirkan insan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani demi meningkatkan kesejahteraan kehidupan individu, keluarga, masyarakat
dan negara.” (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003).
“Matlamat mata pelajaran Pengurusan Makanan ialah membekalkan pengetahuan
dan kemahiran untuk meningkatkan potensi diri dalam amalan pemakanan dan
perkhidmatan makanan bagi mencapai kehidupan individu, keluarga dan masyarakat
yang berkualiti, seterusnya dapat menyumbang ke arah pembangunan negara.”
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003).
“Antara objektif kursus Pengurusan Makanan adalah untuk membolehkan pelajar
mengetahui dan memahami kumpulan makanan, memahami dan mengaplikasikan
pengetahuan makanan dan pemakanan dalam kehidupan seharian, merancang menu
mengikut keperluan, memahami pengaruh teknologi dan mengaplikasikannya dalam
3
penyediaan dan perkhidmatan makanan serta membuat pengiraan kos dalam penyediaan
dan perkhidmatan makanan.” (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003).
“Sukatan pelajaran dalam kursus Pengurusan Makanan berasaskan kepada tiga
aspek iaitu pembangunan manusia, pengurusan dan sumber. Aspek pembangunan
manusia menitikberatkan pengayaan kendiri, pemupukan nilai murni dan estetik serta
amalan kebersihan, keceriaan dan keselamatan. Aspek pengurusan pula merangkumi
empat proses iaitu proses perancangan berpandukan matlamat, proses pengelolaan
mengutamakan pemilihan dan pengendalian sumber, proses perlaksanaan melibatkan
sumber dan kerja amali serta proses penilaian menentukan peningkatan kualiti dan hasil
kerja. Aspek ketiga iaitu aspek sumber menitikberatkan kesedaran dan penggunaan
teknologi dalam pengurusan makanan, kebolehan mengurus masa dan tenaga serta
penerapan unsur konsumerisme dan keusahawanan.” (Kementerian Pendidikan
Malaysia, 2003). (Sila rujuk lampiran A).
“Mata pelajaran Pengurusan Makanan mengandungi komponen Makanan dan
Pemakanan, Penyediaan Makanan dan Perkhidmatan Makanan. Proses pengajaran dan
pembelajaran kursus ini memberi penekanan kepada penerapan nilai murni dan
pengintergrasian elemen Sains, Matematik, Perdagangan, Geografi, Sejarah, Pendidikan
Islam, Pendidikan Moral, Rekacipta dan Pendidikan Seni.” (Kementerian Pendidikan
Malaysia, 2003).
1.2 Latar Belakang Masalah
Menurut Yong et.al (1996) dalam Azizi Yahya et.al (2003), pendidikan teknik
dan vokasional yang telah lama berkembang di Malaysia dibentuk bertujuan untuk
melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran asas vokasional dan teknikal.
Kini pendidikan teknik dan vokasional semakin mendapat perhatian pelajar-pelajar dari
sekolah menengah rendah sebagai pilihan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat
menengah tinggi. Pada tahun 2001 sahaja, sebanyak 48 000 permohonan diterima untuk
4
mengikuti pengajian dalam aliran teknikal berbanding 31 000 tempat yang disediakan
dan 60 000 permohonan mengikuti aliran vokasional berbanding 11 500 tempat yang
ditawarkan.
Malangnya dalam kalangan pelajar yang memasuki sekolah-sekolah teknik dan
vokasional ini, terdapat pelajar-pelajar yang kurang mahupun langsung tidak berminat
dengan bidang kursus yang diikuti. Mereka memasuki sekolah-sekolah ini berdasarkan
keputusan PMR yang kurang memberangsangkan, memenuhi kehendak ibu bapa atau
keluarga, mengikut rakan-rakan dan sebagainya. Usia remaja dan belum cukup matang
membuatkan mereka mudah terkeliru dengan pelbagai pengaruh luaran seperti keinginan
ibu bapa, keputusan peperiksaan lepas, kekeliruan minat yang terlalu banyak dan
mengikut jejak langkah rakan-rakan.
“Adakalanya seseorang pelajar tidak dapat memenuhi impian mereka untuk
mengikuti jurusan yang diminati kerana faktor-faktor tertentu. Faktor-faktor tersebut
antaranya adalah disebabkan oleh banyaknya persaingan untuk mengikuti sesuatu
jurusan, permohonan yang tidak memenuhi syarat seperti yang ditetapkan ataupun
disebabkan pelajar tersebut terpaksa menurut kehendak ibubapa atau keluarga.”
(Norhashimah Ismail, 2008).
Menurut Hairunnaja Najmuddin (2005) pula, kebanyakan remaja tidak mendapat
maklumat atau kurang maklumat dan bimbingan yang sewajarnya daripada ibu bapa
mereka dan individu dewasa lain yang hampir dengannya bagi menentukan minat,
kebolehan dan personaliti diri, sama ada ia sesuai dengan bidang pengajian yang dipilih
ataupun tidak.
Ini bertepatan dengan pernyataan Norhashimah Ismail (2008), pelajar-pelajar
yang ditawarkan untuk mengikuti jurusan yang dipohon pula, ada di antaranya yang
telah membuat pilihan yang tidak tepat disebabkan oleh kurang pengalaman dalam
membuat keputusan, ataupun kurang keyakinan diri. Di samping itu, rakan sebaya juga
kadang kala memainkan peranan dalam mempengaruhi seseorang pelajar membuat
pilihan.
5
Wahid Hashim (2007) berpandangan, Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional
masih terasing. Pelajar masih keliru dan kabur tentang apakah kepentingan atau
keperluan mereka memasuki sekolah beraliran teknik dan vokasional. Sebahagiannya
memang mendapat keputusan kurang cemerlang atau dibelenggu faktor kemiskinan, atau
mungkin tidak nampak peluang.
“Remaja yang jelas dengan minat, kebolehan, kemahiran, sikap dan personaliti
mereka akan mempunyai motivasi dalaman (intrinsic motivation) sendiri untuk belajar
dan berusaha mempertingkatkan pencapaian dalam pelajaran, supaya sesuai dengan
perancangan kerjaya pada masa depan.” (Hairunnaja Najmuddin, 2005).
Jadual 1.1 menunjukkan keputusan SPM pelajar-pelajar yang mengambil mata
pelajaran Pengurusan Makanan di SMT (ERT) Azizah pada tahun 2007 dan 2008.
Jadual 1.1: Keputusan Peperiksaan SPM 2007/2008 dalam mata pelajaran
Pengurusan Makanan
Tahun 2007 2008
Bilangan Calon 52 22
Peratus (%)
1A 11.54 9.09
2A 7.69 18.18
3B 15.38 22.73
4B 23.08 13.64
5C 17.31 31.82
6C 7.69 0.00
7D 11.54 4.55
8E 5.77 0.00
9G 0.00 0.00
Gred Purata Keseluruhan 4.25 3.59
Sumber: Buku Rekod Keputusan SPM, SMT (ERT) Azizah, 2009
Berdasarkan daripada analisis jadual tersebut, dapat dilihat pada tahun 2007,
pencapaian pelajar pada gred 1A dan 2A lebih rendah berbanding gred 3B, 4B dan 5C.
Pada tahun berikutnya, pencapaian pelajar pada gred 1A dan 2A turut dilihat rendah
berbanding 3B dan 5C. Kemerosotan bilangan pelajar pada tahun 2008 berbanding 2007
6
juga tidak mampu mengubah pencapaian pelajar ke tahap yang lebih baik. Malahan
gred purata keseluruhan dilihat menunjukkan kemerosotan.
Persoalannya adakah pelajar-pelajar yang mengikuti jurusan-jurusan pengajian di
SMT (ERT) Azizah, meminati jurusan pengajian yang sedang mereka ikuti tersebut.
Keputusan peperiksaan SPM ini telah menarik perhatian penyelidik untuk mengkaji
hubungan antara minat dengan penguasaan pelajar. Adakah faktor minat mempengaruhi
penguasaan mereka dalam mata pelajaran-mata pelajaran yang diikuti dalam jurusan
masing-masing.
1.3 Pernyataan Masalah
Masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar lepasan PMR ialah kekeliruan dalam
memilih aliran kursus yang ingin diikuti di peringkat menengah atas. Hal ini berikutan
kurangnya pengalaman dan pendedahan kepada mereka berkenaan kepelbagaian bidang
dan skop-skopnya. Di samping tersepit dengan kehendak ibu bapa, terdapat juga dalam
kalangan mereka yang tidak berkelayakan berdasarkan keputusan PMR mereka untuk
mengikuti kursus yang diminati.
“Minat pada apa yang dipelajari dan dilakukan adalah salah satu syarat atau
faktor supaya berjaya dalam sesuatu bidang pengajian mahupun kerjaya. Minat yang
mendalam mendorong kita supaya terus berusaha dengan gigih bagi mencapai yang
terbaik. Tanpa minat adalah sukar seseorang itu dapat menghabiskan pengajiannya
dengan cemerlang.” (Hairunnaja Najmuddin, 2005).
Justeru itu, masalah ini menarik perhatian penyelidik untuk mengenalpasti
adakah pelajar meminati kursus pengajian yang sedang mereka ikuti berdasarkan mata
pelajaran wajib bagi pilihan kursus tersebut. Seterusnya penyelidik ingin melihat
hubungan di antara minat dengan penguasaan pelajar dalam mata pelajaran tersebut.
7
Oleh itu, masalah yang ingin dikaji oleh penyelidik berkait rapat dengan tahap
minat pelajar-pelajar. Kursus pilihan yang ingin dikaji ialah Pengurusan Makanan dan
mata pelajaran wajib bagi jurusan ini ialah Pengurusan Makanan. Penyelidik juga
berhasrat mengkaji tentang tahap penguasaan pelajar dalam teori dan amali mata
pelajaran tersebut. Seterusnya penyelidik ingin mengenalpasti hubungan antara minat
dengan penguasaan pelajar dalam teori dan amali mata pelajaran Pengurusan Makanan
ini.
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini mengandungi enam objektif iaitu:
i. Mengenalpasti tahap minat pelajar terhadap mata pelajaran Pengurusan
Makanan.
ii. Mengenalpasti tahap penguasaan pelajar dalam teori mata pelajaran
Pengurusan Makanan.
iii. Mengenalpasti tahap penguasaan pelajar dalam amali mata pelajaran
Pengurusan Makanan.
iv. Mengenalpasti hubungan antara minat dan penguasaan pelajar dalam
teori mata pelajaran Pengurusan Makanan.
v. Mengenalpasti hubungan antara minat dan penguasaan pelajar dalam
amali mata pelajaran Pengurusan Makanan.
vi. Mengenalpasti hubungan antara penguasaan pelajar dalam teori dan amali
mata pelajaran Pengurusan Makanan.
8
1.5 Persoalan Kajian
Persoalan kajian yang ingin diselidiki ialah seperti berikut:
i. Apakah tahap minat pelajar terhadap mata pelajaran Pengurusan
Makanan?
ii. Apakah tahap penguasaan pelajar dalam teori mata pelajaran Pengurusan
Makanan?
iii. Apakah tahap penguasaan pelajar dalam amali mata pelajaran Pengurusan
Makanan?
iv. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara minat dan penguasaan
pelajar dalam teori mata pelajaran Pengurusan Makanan?
v. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara minat dan penguasaan
pelajar dalam amali mata pelajaran Pengurusan Makanan?
vi. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara penguasaan pelajar
dalam teori dan penguasaan pelajar dalam amali mata pelajaran
Pengurusan Makanan?
1.6 Hipotesis Kajian
Kajian ini melibatkan tiga hipotesis sebagai andaian penyelidik untuk diuji.
Menurut Azizi Yahya et al. (2007), hipotesis ialah idea ataupun andaian yang dibuat
bagi diuji. Apabila penyelidikan hanya tertumpu pada pengumpulan fakta-fakta,
pengetahuan tidak dapat dimaksimumkan. Tanpa idea pengawalan atau sesuatu yang
hendak dibuktikan, eksperimen tidak membawa hasil kerana tidak ditetapkan apa yang
patut diuji dan dibuktikan.
9
“Hipotesis adalah saranan sementara bagi menjelaskan fenomena yang dikaji
atau saranan sementara sebagai penyelesaian masalah.” (Mohd. Majid Konting, 2005).
Berpandukan persoalan kajian yang telah dibina, hipotesis bagi kajian ini dikemukan
dalam bentuk hipotesis nol seperti yang berikut:
Ho1: Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara minat dengan
penguasaan pelajar dalam teori mata pelajaran Pengurusan Makanan.
Ho2: Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara minat dengan
penguasaan pelajar dalam amali mata pelajaran Pengurusan Makanan.
Ho3: Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara penguasaan pelajar
dalam teori dengan penguasaan pelajar dalam amali mata pelajaran
Pengurusan Makanan.
1.7 Kepentingan Kajian
Kajian ini diadakan untuk melihat adakah semua pelajar yang mengikuti kursus
Pengurusan Makanan meminati mata pelajaran yang diikutinya. Seterusnya kajian ini
juga dapat menentukan perkaitan antara minat dengan penguasaan pelajar dalam mata
pelajaran tersebut. Oleh itu, diharapkan hasil kajian ini akan dapat:
i. Memberi gambaran sebenar tentang situasi pendidikan kebelakangan ini kepada
pihak Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat
Pendidikan Daerah supaya dapat mengkaji semula kaedah pengambilan dan
kemasukan pelajar ke sekolah-sekolah teknik dan kaedah pemilihan kursus
pengajian yang dilaksanakan di sekolah-sekolah.
ii. Menjadi panduan kepada guru-guru dalam usaha memupuk minat pelajar-pelajar
dalam kursus pengajian masing-masing dan memperbaiki kelemahan-kelemahan
yang terdapat dalam pengajaran dan pembelajaran Pengajian Makanan.
10
iii. Memberi kesedaran kepada pelajar-pelajar tentang kepentingan minat untuk
menguasai sesuatu bidang yang dipelajari.
iv. Memberi kesedaran kepada ibu bapa tentang peranan mereka untuk membantu
dan membimbing pelajar-pelajar dalam memilih bidang pengajian yang
bersesuaian dengan minat mereka sendiri. Di samping itu juga, ibu bapa dapat
menggalakkan dan memupuk minat pelajar-pelajar terhadap bidang pengajian
yang diambil.
1.8 Skop Kajian
Skop kajian ini hanya merangkumi pelajar-pelajar di sebuah sekolah menengah
teknik di Johor Bahru sahaja iaitu Sekolah Menengah Teknik (ERT) Azizah. Kajian ini
juga terhad kepada pelajar-pelajar yang mengambil kursus Pengurusan Makanan sahaja.
Di bawah kursus ini juga, hanya satu mata pelajaran yang dipilih untuk dikaji iaitu mata
pelajaran wajib kursus, Pengurusan Makanan.