Microsoft Word - Kertas Penerangan 02-04

Embed Size (px)

DESCRIPTION

NOTA

Citation preview

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAARAS 5 & 6 BLOK E14, PARCEL EPUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604 PUTRAJAYA

KERTAS PENERANGANINFORMATION SHEET

KOD DAN NAMA PROGRAM/ PROGRAM CODE AND NAME

C-051-1 JUNIOR ELECTRICAL TECHNICIAN

TAHAP / LEVELL1

NO. DAN TAJUK MODUL /MODULE NO. AND TITLE

M02 SINGLE PHASE WIRING

NO DAN PERNYATAAN TUGASAN / TASK(S) NO. AND STATEMENT

02.04 CARRY OUT SINGLE PHASE TRUNKING WIRING

OBJEKTIF MODUL /MODULE OBJECTIVECARRY OUT SINGLE PHASE TRUNKING WIRING USING ELECTRICAL HAND TOOLS, ELECTRICAL EQUIPMENTS, ELECTRICAL MATERIALS ETC. SO THAT SINGLE PHASE SESALUR INSTALLATION OF ACCESSORIES, FITTING AND TESTING IS CARRIED OUT ACCORDING TO IEE REGULATION AND SPECIFICATION.

NO. KOD / CODE NO.C-051-1 M02 /P(1/1)Muka : 01Drp : 07

TAJUK:PENDAWAIAN DOMESTIK SATU FASA

TUJUAN:

1. Membuat pendawaian, menggunakan peralatan tangan dan menjalankan pengujian bagi pendawaian permukaan, tersembunyi, pembuluh, sesalur, serta memasang kotak agihan pengguna dan sistem pembumian.

NO. KOD / CODE NO.C-051-1/M02/P(1/1)Muka :02Drp :07

TAJUK:02.04 PENDAWAIAN SESALUR (TRUNKING)SATU FASA PENERANGAN:Dalam sistem pendawaian sesalur, kabel dimuatkan ke dalam sesalur tersebut. Dalam sistem palang bas sesalur memanjat, sesalur diisikan dengan palang bas.

Biasanya, sistem pendawaian sesalur ini tidak boleh bersendirian tetapi perlu dibantu oleh sistem sistem pendawaian yang lain bersamasamanya untuk membekalkan arus ke beban yang diperlukan, kecuali jika sistem ini dipasang di tempat yang sesuai dengan kedudukan beban.

Sistem pendawaian sesalur boleh digunakan pada sebarang kedudukan yang sesuai seperti sesalur atas, menegak, mengufuk dan sebagainya. Terdapat juga sesalur yang dibuat khas untuk pemasangan di bucu dinding dan sesalur yang demikian dinamakan sesalur bucu dinding.Sistem sesalur ini dapat menampung kabel yang banyak di sesuatu pemasangan yang besar. Di samping itu sistem ini juga dapat memberikan perlindungan mekanikal yang baik.

NO. KOD / CODE NO.C-051-1/M02/P(1/1)Muka :03Drp :07

Sistem pendawaian ini biasa digunakan apabila saiz kabel yang hendak dibawanya melebihi 10 mm dan bilangannya banyak.

Oleh sebab sukar membengkokkannya, perancangan yang teliti perlu dibuat agar perjalanan pemasangan sesalur itu berada pada jalan yang seluruslurusnya. Beberapa alat tambah pemasangan sesalur hendaklah disediakan bagi memudahkan kerja-kerja pemasangan, antaranya termasuklah offset, selekoh bengkokkan sudut tepat, cabang tee dan sebagainya. Dengan adanya alat tambah ini kerja pemasangan akan menjadi lebih mudah.

Pada masa ini sistem sesalur atas amat popular digunakan di bangunan bengkel, makmal atau kilang kerana mudah membuat pindaan pendawaian ke peralatan dan kelengkapan. Jarak penyokong kabel sesalur hendaklah mematuhi Jadual di bawah.

Ruang di antara penyokong untuk sesalur kabel

Luaskeratan rentas sesalurJarak maksimum di antara penyokong

LogamPenebat

MendatarMenegakMendatarMenegak

mmmmmm

> 300 , 7000.751.00.50.5

> 700 , 15001.251.50.50.5

> 1500 , 25001.752.01.251.25

> 2500 , 50003.03.01.752.0

> 50003.03.01.752.0

Saiz biasa sesalur ini ialah di antara 38 X 38 mm hingga ke 300 X 150 mm. Panjangnya pula ialah di antara 2 meter hingga 4 meter.

Ciri-ciri Pemilihan Sistem Pendawaian Sesalur

Bekalan voltan satu fasa dan tiga fasa Bangunan besar dan bertingkat Memerlukan pemasangan kabel yang banyak Memerlukan penambahan litar pada masa akan datang Memerlukan perlindungan mekanikal yang lebih Memerlukan keselamatan ke atas kabel

NO. KOD / CODE NO.C-051-1/M02/P(1/1)Muka :04Drp :07

Kaedah Pemasangan Sesalur

Sesalur dibahagikan kepada bahagian kotak saluran dan penutup.

Sistem pemasangan dibuat dengan memasang terlebih dahulu bahagian kotak penyaluran di permukaan dinding atau gantungan mengikut penghalaan pendawaian. Setelah kotak penyaluran siap dipasang, barulah kerjakerja meletakkan kabel ke dalamnya dilakukan. Apabila kabel telah siap diletakkan dan segala ikatan serta tamatan punca dilakukan, kemudiannya barulah penutup dipasangkan. Semua jenis kabel boleh digunakan untuk pemasangan ini. Peraturan elektrik telah menetapkan faktor ruang sebanyak 45 %. Memilih saiz nominal sesalur supaya tidak melebihi had pemasangan boleh dirujuk kepada jadual faktor sesalur dan faktor kabel.

Jadual faktor kabel bagi sesalur

Jenis pengalirLuas keratan rentas mmFaktor

Padu1.57.1

2.510.2

Berlembar1.58.1

2.511.4

415.2

622.9

1036.3

Jadual faktor untuk sesalur

Dimensi sesalur ( mm )Faktor

50 X 37.5767

50 X 501037

75 X 25738

75 X 37.51146

75 X 501555

75 X 752371

100 X 25993

100 X 37.51542

100 X 502091

100 X 753189

100 X 1004252

Apabila penyaluran pada ruang sisi, kabelkabel hendaklah diikat bagi mengelakkan daripada terkeluar ketika penutup sesalur dibuka. Pemasangan sesalur secara menegak, ikatan hendaklah dibuat pada setiap penyangga kabel bagi mengelakkan berat kabel memusat pada satu tempat sahaja. Dengan sistem penyaluran, kabelkabel disusun dengan kemas

NO. KOD / CODE NO.C-051-1/M02/P(1/1)Muka :05Drp :07

Kebaikan Sistem Pemasangan Sesalur.

Dapat menampung kabel yang banyak dan besar. Tambahan, perubahan dan pertukaran litar mudah dilakukan. Kerja pemasangannya cepat. Perlindungan mekanikal yang baik. Tidak mudah dirosakkan oleh perubahan cuaca dan suhu. Pemeriksaan sesuatu litar mudah dilakukan dengan membuka penutupnya.

Keburukan Sistem Pemasangan Sesalur.

Memerlukan perbelanjaan yang lebih untuk membelinya. Ramai pekerja mahir diperlukan. Mudah dimasuki habuk dan kotoran. Sukar dibawa dan dipasang. Kelihatan tidak kemas. Memerlukan rancangan laluan dengan teliti. Untuk perjalanan pendawaian yang searah sahaja iaitu tidak berlikuliku.

Sistem sesalur ini biasanya digunakan pada pemasangan dalam bangunanbangunan yang besar seperti kilang, sekolah, bengkel, pejabat dan tempat yang melibatkan banyak kabel litar akhir dan banyak kerosakkan mekanikal.

Sistem pendawaian sesalur ini boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu :

Sistem palang bas sesalur atas Sistem palang bas sesalur memanjat Sistem sesalur bucu dinding

Sistem Palang Bas Sesalur Atas.

Sistem ini serupa dengan sistem palang bas sesalur memanjat; bezanya hanyalah dari segi kedudukan. Sistem ini di tempatkan dalam keadaan mendatar di ruang atas.

Sistem ini kerap kali diletakkan di tempat yang bersesuaian dengan titik lampu agar pemasangan lampu itu dapat dipasang terus ke sistem palang bas sesalur atas. Sistem ini juga memerlukan sistem pendawaian konduit untuk beban yang jauh dari laluannya.

NO. KOD / CODE NO.C-051-1/M02/P(1/1)Muka :06Drp :07

NO. KOD / CODE NO.C-051-1/M02/P(1/1)Muka :07Drp :07

Peraturan elektrik / peraturan IEE dalam sistem pendawaian sesalur.

1. Logam salur atau bahan penebat dan sesalur hendaklah dipasang dengan kemas dan jika terdapat kemungkinan kerosakan mekanikal , perlindungan secukupnya perlu dibuat .

2. Pembinaan sesalur hendaklah daripada logam atau bahan yang tidak boleh terbakar yang mengandungi unsur-unsur penebat.

3. Kabel A.U yang diletakkan ke dalam sesalur keluli atau sesalur hendaklah dikumpulkan mengikut fasa bersama-sama dawai neutral jika ada, di dalam satu sesalur atau sesalur yang sama.

4. Dari pangkal hingga ke hujung sesalur hendaklah bebas daripada menyerapi air atau mestilah dilindungi daripada kemasukan air. Semua penutup hendaklah dikemaskan selepas pendawaian dibuat .

5. Semua punca kabel yang dikeluarkan daripada sistem sesalur, setiap sambungan dalam sistem ini dan setiap sambungan antara sistem dengan salur konduit, hendaklah dibuat dengan kemas dan kuat supaya kabel tidak tercalar semasa ia ditarik nanti .

6. Setiap sudut pada logam sesalur tertutup atau bahan penebat hendaklah mempunyai jejari dalam mengikut peraturan hendaklah tidak kurang daripada 2.5 x paksi kecil bagi sesalur segiempat . Setiap selekoh dalam saluran konkrit (sama ada dibuat dengan menggunakan saluran atau di tempat yang asal selepas konkrit dibuat) hendaklah mempunyai jejari dalam yang ukurannya tidak kurang daripada 4 x diameter salur yang telah siap .

7. Salur hendaklah diletakkan di dalam konkrit dalam keadaan baik sebelum ditutup dengan bahan konkrit di tempat penarikan kabel. Ketebalan jejari di sekeliling salur yang sudah siap hendaklah tidak melebihi 15 mm pada setiap punca. Pada salur, yang diperbuat daripada konkrit , kabel bertebatkan getah , beranyam atau kabel sebatian atau yang mempunyai salutan p.v.k. yang tidak boleh dimasukkan ke dalam salur ini .jika kabel p.v.k. berperisai digunakan untuk salur jenis ini, di tempat yang berkemungkinan berlakunya lembapan, kabel itu hendaklah mempunyai lapisan luar yang bertebatkan p.v.k.

8. Jumlah kabel yang boleh dimasukkan dalam salur hendaklah mempunyai ruang kelegaan bagi memudahkan kabel ditarik dan menggelakkan kerosakan kabel . Faktor ruang bagi sesalur hendaklah tidak melebihi 35% . Ini hanya dipakai jika lebih bilangan kabelnya perlu dikurangkan Pengecualian untuk larian yang pendek dan lurus seperti kotak agihan, faktor ruang bolehlah ditingkatkan.

9. Jumlah kabel yang boleh dimasukkan ke dalam sesalur hendaklah mempunyai faktor ruang yang tidak melebihi 45% .