20
www.kesedar.gov.my berita selanjutnya di mukasurat 4, 10 & 11 LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH BIL. 1 / 2012 • JANUARI-MAC EDARAN PERCUMA MENTERI TURUN PADANG

MENTERI TURUN PADANG - · PDF filedilalui sebagai juadah pembuka minda. ... Majlis Perhimpunan Bulanan ini diadakan serentak ... beramai-ramai dan berakhir dengan bacaan doa

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: MENTERI TURUN PADANG -  · PDF filedilalui sebagai juadah pembuka minda. ... Majlis Perhimpunan Bulanan ini diadakan serentak ... beramai-ramai dan berakhir dengan bacaan doa

w w w. ke s e d a r. g ov. m y

berita selanjutnyadi mukasurat 4, 10 & 11

LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH

BIL. 1 / 2012 • JANUARI-MACEDARAN PERCUMA

MENTERITURUN

PADANG

Page 2: MENTERI TURUN PADANG -  · PDF filedilalui sebagai juadah pembuka minda. ... Majlis Perhimpunan Bulanan ini diadakan serentak ... beramai-ramai dan berakhir dengan bacaan doa

PenaungHAJI MOHD ARSHAD ISMAIL

PenasihatHAJI RAMLI MAT ZAIN

HAJI FAZAM MAT LAZIM

Ketua EditorMD. ASRI JUSOH

Timbalan Ketua Editor NURHAYATI MAT RUSOK

AHMAD ABDULLAH

Editor Bersekutu NORLIDASAIDI AWANG TEH

KAMARUZAMAN AHMADKAMAL BADRUL HISHAM MOHAMED

MASKHARIAH SAMSUDINABD. AZIZ AHMAD

MOHD RAMADHAN SULAIMANHASRI RIFDI HAMZAH

HUSNIFAISAL RAMLIHAJI OTHMAN SETAPA

NIK JOHAN NIK ABDULLAHHAJI MOHD AFFANDI AB. GHANI

AHMAD TARMIDZI RASHIDI

Pembaca PrufMASKHARIAH SAMSUDINKAMARUZAMAN AHMAD

Pereka Grafik ABDULLAH ZAWAWI OTHMAN

JurufotoMUHAMMED ALUI YUSOF

SHARUDDIN IBRAHIMMOHD. HAFIZ MOHAMED DIN

PengedaranROHANI MAT ZAIN

LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN(KESEDAR)

Kementerian Kemajuan Luar Bandar & WilayahKompleks Ibu Pejabat KESEDAR, Bandar Baru Gua Musang

18300 Gua Musang, KELANTANTel : 09 913 2200 Fax : 09 912 1211

www.KESEDAR.gov.my

Merancang dan bekerja kerasAssalamualaikum w.b.t... Salam Sejahtera

Syukur kita ke hadrat Allah yang menitipkan keagungan dan kebesaran-Nya melalui nikmat yang berpanjangan. Kini kita membuka tirai 2012 setelah 2011 dilabuhkan.

Saya dikesempatan ini ingin menyeru semua anakbuah yang saya hormati supaya merancang segala pelaksanaan tugas dengan teliti dan seterusnya bekerja keras bagi mencapai objektif untuk menentukan outcomes bagi menjamin manfaat kepada kumpulan sasar.

Jika kita meletakkan matlamat yang berpaksikan kepada keikhlasan maka emas yang dituai itu sudah pasti untuk bekalan kita di sini dan perisai kita di akhirat nanti. Sesungguhnya tidak ada yang mustahil untuk kita mencapai apa sahaja yang diimpikan sekiranya kita mempunyai kedua-dua elemen tersebut – merancang dan bekerja keras. Hari-hari terbaik untuk kita sebenarnya masih berada di hadapan dan bukannya sudah tinggal dalam lipatan sejarah. Itulah sebabnya orang berkata, barang yang lepas hanyalah kenangan sahaja.

Pada tahun ini merupakan tahun kedua pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesepuluh. Kita harus ingat bahawa kerajaan telah melancarkan Dasar Transformasi Negara (DTN) yang merupakan komponen terakhir dalam usaha merealisasikan Wawasan Kebangsaan untuk menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020 bermula dengan pelancaran Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan diikuti dengan Rancangan atau Program Transformasi dalam bidang-bidang lain termasuklah yang ada kaitan dengan kita iaitu Transformasi Luar Bandar (RTP).

Justeru apabila matlamat kita jelas, faham isi kandungan transformasi itu sendiri maka sebagai jentera kepada kerajaan sudah pastilah kita boleh menyampaikan (deliver) mengikut acuan yang tersedia selari dengan misi dan organisasi kita.

Sekian selamat menghadapi 2012 dengan lebih maju dan berjaya. Wassalam.

Menjadi lebih baik untuk 2012

2012 sudah menghantar pelbagai isyarat awal kepada kita supaya bertindak untuk menjadi lebih baik dari cakupan dan ekspektasi pelanggan yang kian kompleks daripada tahun-tahun yang pernah dilalui sebagai juadah pembuka minda. Andai kata mata yang terbuka masih buta, telinga yang ada masih pekak, mulut yang petah tetap membisu sudah pasti ‘kiamat’ bakal berlaku untuk kita warga KESEDAR. Jadi, kalau tidak mahu menempuh ‘kiamat’ yang tidak dijangka itu eloklah kita berubah sebelum kita diubah. Ayuh bersama kita menjadi lebih baik dan positif untuk tahun 2012! Sekian, Wassalam. Selamat membaca.

Ketua Editor

editorial

Page 3: MENTERI TURUN PADANG -  · PDF filedilalui sebagai juadah pembuka minda. ... Majlis Perhimpunan Bulanan ini diadakan serentak ... beramai-ramai dan berakhir dengan bacaan doa

BULETIN

KESEDA

R

3

Dewan Merak, KESEDAR Inn Sendirian Berhad (KISB), Gua Musang, Khamis, 22 Januari 2012. KESEDAR telah menerima keberangkatan kunjungan hormat rombongan dari Istana Pagaruyung, Sumatera diketuai Daulat Yang di Pertuan Sultan Muhammad Taufiq Thaib S.H dan Tuanku Permaisuri Putri Reno Drs. Hajjah Rahmah Almarhum Sultan Usman, Tuanku Tuo. Tujuan keberangkatan adalah untuk mengakrabkan lagi silaturrahim sedia terjalin diantara Kerajaan Indonesia dan Malaysia khususnya di bidang pelancongan.

Turut hadir menyertai rombongan seramai 60 orang ialah YBrs. Tuan Haji Abdullah bin Haji Hassan, mantan Pengurus Besar KESEDAR. Menyambut keberangkatan rombongan adalah Tuan Haji Mohd. Arshad bin Ismail, Pengurus Besar, Tuan Haji Ramli bin Mat Zin, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), Tuan Haji Fazam bin Mat Lazim, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), Pengurus-pengurus Bahagian, Ketua-ketua Unit, Pengurus-pengurus Wilayah, CEO-CEO Anak syarikat serta pegawai-pegawai kanan KESEDAR.

Rombongan di Raja yang berkereta dari Kuala Lumpur tiba pukul 12.00 tenghari dan diraikan dalam satu majlis ringkas makan tengahari di Dewan Merak, KESEDAR Inn Sendirian Berhad dalam serba sederhana tetapi meriah. Selepas solat Zohor, rombongan di Raja meneruskan perjalanan ke program seterusnya di Kota Bharu.

SultanPagaruyung ke KESEDAR oleh: AHMAD ABDULLAH

Page 4: MENTERI TURUN PADANG -  · PDF filedilalui sebagai juadah pembuka minda. ... Majlis Perhimpunan Bulanan ini diadakan serentak ... beramai-ramai dan berakhir dengan bacaan doa

Bertempat di Sekolah Kebangsaan Peralla Tanah Merah Kelantan, pada 3 Mac 2012, YB Dato’ Sri Haji Shafei Bin Haji Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia telah membuat lawatan sehari ke Tanah Merah.

Objektif utama lawatan Program Menteri Turun Padang (PMTP) itu bertujuan untuk melawat kawasan luar bandar dan meninjau projek-projek yang dilaksanakan pihak Kementerian dan agensi secara dekat, selain untuk memupuk dan mengeratkan hubungan silaturahim antara pemimpin dan rakyat.

Pada majlis itu, beliau telah meluluskan peruntukan sebanyak RM 8.239 juta untuk projek baiki rumah, jalan perhubungan desa, jambatan dan baik pulih dewan.YB Menteri juga turut meninjau projek bekalan air di Kampung Peralla membabitkan kos sebanyak RM 11.5 juta dan proses untuk menyiapkannya perlu melalui 3 fasa bagi memberi manfaat kepada lebih 2000 penduduk di Kampung Peralla agar menerima air yang bersih bagi menjamin kualiti kesihatan masyarakat setempat berada dalam keadaan yang baik.

Di dalam majlis ini juga telah diadakan penyampaian cek elaun bulanan kepada JKKKP Parlimen Tanah Merah. Seramai hampir 3000 orang masyarakat setempat telah hadir untuk melihat dan mendengar amanat pemimpim mereka secara dekat.

MENTERI TURUN PADANG

oleh: KAMAL BADRUL HISYAM MOHAMAD

4

BULE

TIN

KES

EDA

Rdari muka surat 1

Page 5: MENTERI TURUN PADANG -  · PDF filedilalui sebagai juadah pembuka minda. ... Majlis Perhimpunan Bulanan ini diadakan serentak ... beramai-ramai dan berakhir dengan bacaan doa

Perpindahan Pejabat WGM

Pada 01 Mac 1997 tertubuhlah 3 wilayah di KESEDAR bagi menjadi jambatan perantaraan kumpulan sasar dengan pengurusan KESEDAR iaitu Wilayah Gua Musang, Wilayah Jeli dan Wilayah Kuala Krai.

Awal penubuhan Pejabat Wilayah Gua Musang ini diketuai oleh Tuan Haji Mohd Arshad bin Ismail dan ditempatkan di tingkat bawah sebelah kanan bangunan Ibu Pejabat KESEDAR. Pengurusan Wilayah Gua Musang merangkumi Kawasan Dabong, Paloh dan Galas termasuklah Rancangan Pemulihan Tanah dan pos-pos Orang Asli.

Mesyuarat Pengurusan Bil. 2/1997 pada 24 Januari 1998 memutuskan penubuhan Pasukan Petugas Khas RKT dan ditempatkan di Wilayah Gua Musang 24 Januari 1998. Walau bagaimanapun pada Jun 2002 Pasukan Petugas Khas RKT ini dibubarkan dan diubah menjadi Bahagian Pembangunan Pertanian.

Tuan Haji Mohd Suddin bin Ibrahim merupakan Pengurus Wilayah Gua Musang yang kedua bermula 01 Disember 2001 hingga 15 September 2005, diikuti oleh Tuan Haji Mohd Bashir bin Haji Hamzah sehingga 15 Oktober 3008. Bagi memudahkan urusan pengurusan pentadbiran pada tahun 2005 Pejabat Operasi Jelawang diletakkan di bawah seliaan Pejabat Kuala Krai.

Pada 01 Oktober 2007, Pejabat Wilayah Gua Musang diarah berpindah ke Pejabat RPT Sg. Terah berkongsi dengan pejabat RPT.

Walau bagaimanapun, struktur bangunan kayu tersebut agak uzur dan berlaku kebocoran dan litarpintas. Kos membaikpulih juga terlalu tinggi serta dibimbangi akan keselamatan penjawat, pejabat Wilayah Gua Musang diarahkan berpindah ke Bangunan Serbaguna Di Taman Etnobotani, Gua Musang pada 01 Oktober 2009. Pada masa tersebut Pengurus Wilayah Gua Musang ialah Tuan Haji Ahmad @ Ahnal bin Che Othman ( 15 Oktober 2008 hingga 01 November 2010)

Ekoran dari kerjasama Kolej Politek Teknologi MARA (KPTM) dan KESEDAR untuk menubuhkan sebuah pusat pengajian tinggi di Gua Musang, sekali lagi Pejabat ini terpaksa berpindah ke Ibu Pejabat iaitu di Tingkat 1, Bangunan Ibu Pejabat KESEDAR dan Pengurus Wilayah Gua Musang ialah En. Md Asri bin Jusoh. Kerja-kerja pemindahan bermula pada 28 November 2011 dan mula beroperasi pada 1 Disember 2011 dengan dimulai solat hajat.

oleh: HAJJAH ZARINAH YAZID

BULETIN

KESEDA

R

5

Page 6: MENTERI TURUN PADANG -  · PDF filedilalui sebagai juadah pembuka minda. ... Majlis Perhimpunan Bulanan ini diadakan serentak ... beramai-ramai dan berakhir dengan bacaan doa

AMANATPENGURUS BESAR

6

BULE

TIN

KES

EDA

R

TPM Bersama Rakyatdi Kuala KraiMembantu golongan rakyat selaras dengan slogan “Rakyat didahulukan pencapaian di utamakan” adalah matlamat utama kerajaan Barisan Nasional. Dalam agenda utama kerajaan pusat ini, semua golongan masyarakat di negara ini akan di beri perhatian dalam semua aspek agar kehidupan mereka lebih selesa. Itu antara amanat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Haji Muhyiddin Mohd Yasin ketika berucap pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Sekolah Kebangsaan Manek Urai Baru Kuala Krai pada 2 Februari lalu yang mana telah dihadiri oleh 15 ribu rakyat jelata dari pelbagai lapisan masyarakat.

Timbalan Perdana Menteri meminta rakyat Kelantan supaya menghalusi serta menimbang apakah kemudahan, kemajuan yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan negeri Kelantan demi kemudahan rakyat terutamanya di luar bandar. Masalah air sentiasa menerima keluhan daripada rakyat disebabkan tiada jaminan daripada Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan isu berkenaan. Rakyat Kelantan kini semakin dihimpit pelbagai kesulitan yang tidak berkesudahan.

Beliau telah mengumumkan lebih tujuh juta ringgit di peruntukkan untuk bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) bagi penduduk pelbagai kaum tanpa mengira fahaman politik di Parlimen Kuala Krai.

Timbalan Perdana Menteri memberi jaminan sekiranya BN diberi peluang memerintah Kelantan banyak masalah yang dihadapi oleh rakyat Kelantan akan diselesaikan serta menjadikan negeri Kelantan maju setanding dengan negeri-negeri lain.

Pada majlis yang sama Tan Sri Muhyiddin telah menyampaikan cek BR1M kepada Penyelaras Parlimen Kuala Krai serta menyampaikan BR1M kepada 30 orang wakil kepada semua kaum di Kuala Krai.

Beliau juga turut menyerahkan replika cek bantuan membaik pulih masjid Manek Urai Baru kepada Imam masjid terlibat.

Turut berucap pada majlis sama Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kelantan YB Dato’ Seri Mustapa Mohamed yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan YBhg. Dato’ Ramzi bin Ab. Rahman, Pengerusi KESEDAR. Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran Tuan Haji Mohd Arshad bin Ismail, Pengurus Besar KESEDAR dan Ketua-ketua Jabatan Kerajaan Persekutuan di negeri Kelantan.

oleh: NIK JOHAN NIK ABDULLAH

Page 7: MENTERI TURUN PADANG -  · PDF filedilalui sebagai juadah pembuka minda. ... Majlis Perhimpunan Bulanan ini diadakan serentak ... beramai-ramai dan berakhir dengan bacaan doa

AMANATPENGURUS BESAR

oleh: ABD. AZIZ AHMAD

BULETIN

KESEDA

R

7

Amanat sempena tahun baru 2012 diadakan pada hari Isnin, 16 Januari 2012 bertempat di Pusat Sivik Gua Musang dan di sampaikan oleh Tuan Haji Mohd Arshad b. Ismail, Pengurus Besar KESEDAR. Majlis ini telah dihadiri oleh seluruh warga KESEDAR.

Penyampaian amanat YB Menteri KKLW telah disebut panjang lebar dan dapat disimpulkan berkenaan NKRA, GTP, EPT dan sebagainya lagi, termasuklah luahan hati YBhg Pengurus Besar kepada semua penjawat yang beliau sayangi. Pengurus Besar sangat berpuas hati terhadap komitmen dan semangat kerjasama semua penjawat yang telah melaksanakan tugas masing-masing sepanjang tahun 2011. Sikap ini menghasilkan

pencapaian yang sungguh baik. Adalah diharapkan tahun 2012 ini akan membuka langkah baru untuk kita terus bekerja keras dengan semangat setiakawan dan bekerja secara berpasukan untuk KESEDAR terus berjaya dan maju memenuhi kehendak ‘stakeholder’ yang sentiasa memayungi kita sebagai penjawat awam.

Majlis Perhimpunan Bulanan ini diadakan serentak dengan Majlis Sambutan Maulidur Rasul tahun 1433 Hijrah. Tuan Pengurus Besar turut menggesa supaya penjawat awam kita hendaklah sentiasa bersyukur dan berkhidmat dengan lebih baik setiap masa. Kita semua perlu menjaga imej KESEDAR dan memberi perkhidmatan yang terbaik.

Pengurus Besar memberi pujian kepada kakitangan yang berinovasi dan berkreativiti seperti kumpulan nasyid, koir dan pendeklamasi sajak. Beliau juga berharap kumpulan-kumpulan tersebut mampu meningkatkan persembahan mereka ke persada yang lebih besar pada masa akan datang. Ini sekali gus menjadikan KESEDAR sebagai sebuah jabatan yang serba boleh.

Page 8: MENTERI TURUN PADANG -  · PDF filedilalui sebagai juadah pembuka minda. ... Majlis Perhimpunan Bulanan ini diadakan serentak ... beramai-ramai dan berakhir dengan bacaan doa

8

BULE

TIN

KES

EDA

R

Maulidur Rasul ANAK-ANAK SYARIKAT

19 Februari 2012- Bertempat di dewan Rahmat , Ibu Pejabat KESEDAR, Majlis Sambutan Maulidur Rasul anjuran anak-anak syarikat diadakan dalam suasana yang penuh kasih sayang dan ukhuwah.

Majlis ini telah dihadiri oleh penjawat KESEDAR di peringkat Ibu pejabat dan kakitangan daripada empat anak syarikat iaitu, KESEDAR Dagang Sdn Bhd, KESEDAR Perkilangan Sdn Bhd, KESEDAR INN Sdn Bhd dan KESEDAR Travel & Tour Sdn Bhd. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Tuan Haji Mohd Arshad bin Ismail, Pengurus Besar KESEDAR dan Tuan Haji Ramli bin Mat Zain, Timbalan Pengurus Besar KESEDAR (Pembangunan) dan 2 orang tetamu luar iaitu Pengarah Suruhanjaya

oleh: MOHD RAMADHAN SULAIMAN

Pencegahan Rasuah Malaysia, (SPRM) Negeri Kelantan iaitu Encik Nor Rasmi bin Shari dan pegawainya.

Majlis tersebut telah dimulakan dengan Zikir Munajat dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W , beramai-ramai dan berakhir dengan bacaan doa selamat dan jamuan makan tengahari.

Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memperingati perjuangan junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W di samping merapatkan lagi hubungan silaturrahim antara kakitangan KESEDAR dan kakitangan anak syarikat.

Page 9: MENTERI TURUN PADANG -  · PDF filedilalui sebagai juadah pembuka minda. ... Majlis Perhimpunan Bulanan ini diadakan serentak ... beramai-ramai dan berakhir dengan bacaan doa

Cabaran Nenggiri 2012Kelab Perbendaharaan Putrajaya

oleh: AHMAD ABDULLAH

BULETIN

KESEDA

R

9

Gua Musang, Sabtu 17 Mac 2012. Seramai 21 orang peserta lelaki dan 15 peserta perempuan diketuai oleh Penasihat Kelab Perbendaharaan Putrajaya, Dato Bokhari bin Hassan dan Pengerusi Projek Encik Wahid bin Ahmad dengan dibantu oleh Pengarah Projek Encik Ryan Solacito memulakan Cabaran Ekspedisi Berakit 2012 bermula dari Gua Cha, Pos Tohoi.

Rombongan kelab disambut oleh Encik Mohd. Fadhly bin Abd. Manaf, Yang Di Pertua Kelab Keluarga KESEDAR. Peserta Ekspedisi telah diberi taklimat keselamatan oleh Encik Mohd Tahir bin Mat Saman. Sebanyak lapan buah Rakit Tiub, satu Rubber Dinggy serta sebuah bot bantuan penduduk tempatan serta bot keselamatan PDRM Gua Musang. Al-Fadil Ustaz Mohd. Nor bin Pa’ Adek telah memimpin bacaan doa selamat sebelum peserta memulakan ekspedisi.

Tujuan ekspedisi adalah untuk menguji ketahanan mental dan fizikal para peserta, mendedahkan kepada cabaran Berakit Nenggiri dengan berdayung sejauh 33 km di arus deras sungai yang melewati beberapa jeram. Peserta juga berpeluang melalui beberapa perkampungan Orang Asli di sepanjang sungai serta menikmati nilai-nilai estestika alam semulajadi kejadian ciptaan tuhan. Peserta bermalam di perkampungan Orang Asli Pulat dan dipersembahkan Tarian Sewang oleh penduduk tempatan. Mereka juga berpeluang memerhati gelagat binatang buas, mendengar kicauan unggas serta melihat dari dekat gua-gua batu kapor di samping kehijauan hutan yang masih belum tercemar. Ekspedisi ini merupakan ekspedisi kedua seumpamanya setelah mereka melakukan Ekspedisi Gunong Rabung sebelumnya. Ekspedisi pada 17 Mac 2012 berakhir di Kampung Star juga sebuah perkampungan Orang Asli pada keesokan harinya.

Akhirnya mengikut Dato’ Bokhari bin Hassan selaku penasihat kelab, bahawa semangat berdayung bukan sahaja baik untuk hidup yang sihat, tapi yang pentingnya berjaya menzahirkan semangat kekitaan (espirit de corp/team work) di kalangan peserta dimana aplikasi yang sama boleh dipraktikan dalam situasi bekerja di pejabat. Sama-sama menetapkan haluan dan objektif dan sama-sama bulat bermuafakat berusaha ke arah mencapai matlamat.

Page 10: MENTERI TURUN PADANG -  · PDF filedilalui sebagai juadah pembuka minda. ... Majlis Perhimpunan Bulanan ini diadakan serentak ... beramai-ramai dan berakhir dengan bacaan doa

MENTERI TURUN PADANG

Gua Musang - Pada 11 Februari 2012 bertempat di balairaya PPMS KESEDAR Sejahtera (Chin Teck) YB Dato’ Seri Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah telah memenuhi Program Menteri Turun Padang (PMTP). Warga PPMS KESEDAR Sejahtera bersama lebih 2,000 orang penduduk dari sekitar Gua Musang telah berhimpun sejak awal pagi untuk bersama-sama menjayakan PMTP. Ketibaan rombongan YB Menteri telah diiringi dengan perarakan belia bermotosikal sebanyak 50 buah dan disambut pula oleh kumpulan 34 orang beliawanis dan 34 orang wanita yang membawa bunga manggar dan menjunjung pulut semangat serta diiringi dengan paluan rebana lagu “Raja Berangkat”. Bilangan 34 adalah melambangkan usia KESEDAR yang telah menabur bakti di Kelantan Selatan selama 34 tahun.

Semasa berucap kepada orang ramai yang memenuhi perkarangan balairaya YB Menteri telah meminta masyarakat luar bandar supaya bersyukur dengan nikmat pembangunan yang telah dikecapi. Pelbagai kejayaan dan kecemerlangan yang dicapai negara kita selama ini adalah berkat usaha gigih dan perancangan teliti para pemimpin kerajaan persekutuan sejak kemerdekaan sehingga kini.

YB Menteri meminta semua lapisan masyarakat mengekalkan perpaduan terutama di kalangan bangsa Melayu kerana cabaran cukup besar didepan kerana banyak pihak ingin melihat kita berpecah belah supaya agenda mereka akan tercapai. Jalan terbaik bagi masyarakat luar bandar adalah berdiri teguh bersama kerajaan persekutuan demi masa depan bangsa dan generasi seterusnya.

oleh: KAMAL BADRUL HISYAM MOHAMED

BULE

TIN

KES

EDA

R

10

Page 11: MENTERI TURUN PADANG -  · PDF filedilalui sebagai juadah pembuka minda. ... Majlis Perhimpunan Bulanan ini diadakan serentak ... beramai-ramai dan berakhir dengan bacaan doa

Masyarakat PPMS KESEDAR Sejahtera amat bertuah sekali kerana melalui PMTP ini ke semua permohonan dari wakil Jawatankuasa Penduduk telah diberi perhatian oleh YB Menteri. Semasa memberi respon kepada permohonan wakil penduduk YB Menteri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM1,000,000 yang meliputi projek lampu jalan (RM 100,000), membesarkan surau (RM 200,000), pembinaan lima unit rumah kedai (RM 500,000) dan kemudahan gelanggang Futsal (RM200,000). YB Menteri juga telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM 2,000,000 untuk membina tambahan 50 unit rumah di bawah Program Bantuan Rumah (PBR) di kawasan lot kosong PPMS KESEDAR Sejahtera dan peruntukan RM 300,000 di bawah Program Peningkatan Pendapatan (PPP) bagi menjalankan projek-projek peningkatan ekonomi.

YB Menteri kemudiannya turut menyampaikan Sijil Pemilikan Rumah kepada wakil-wakil peserta PPMS KESEDAR Sejahtera dan cek elaun kepada 23 orang Pengerusi JKKKP Parlimen Gua Musang.

Sebelum pada itu, YBhg. Dato’ Ramzi Ab Rahman, Pengerusi KESEDAR telah menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Rumah Bersih dan Ceria PPMS KESEDAR Sejahtera.

Mengakhiri PMTP, YB Menteri telah singgah mesra di rumah Mohd Arihan bin Yusof, Johan Pertandingan Rumah Bersih dan Ceria yang merupakan peserta golongan istimewa (OKU-bisu) untuk beramah mesra. YB Menteri juga telah bersetuju untuk meluluskan permohonan Mohd Arihan bin Yusof sebanyak RM 10,000 di bawah Program Peningkatan Pendapatan (PPP) bagi membeli sebuah van sebagai pengangkutan pelajar ke sekolah-sekolah di sekitar Gua Musang.

Turut hadir memeriahkan majlis ini ialah YBhg. Datuk Ibrahim Muhamad Ketua Setiausaha KKLW, YBhg. Dato’ Yusof Dohab Timbalan Ketua Setiausaha KKLW, Pengurus Besar KESEDAR, YB ADUN Paloh, YB ADUN Nenggiri, YB ADUN Galas, Pegawai-Pegawai Kanan KKLW, Wakil British American Tobacco (BAT), Ahli Lembaga KESEDAR, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai serta kakitangan KESEDAR.

11

BULETIN

KESEDA

R

Page 12: MENTERI TURUN PADANG -  · PDF filedilalui sebagai juadah pembuka minda. ... Majlis Perhimpunan Bulanan ini diadakan serentak ... beramai-ramai dan berakhir dengan bacaan doa

BULE

TIN

KES

EDA

R

12

Penubuhan Medan Info Desa (MID) adalah ilham Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bertujuan untuk merapatkan jurang digital di kawasan luar Bandar. Terdapat 11 Medan Info Desa (MID) di Kawasan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR). MID pertama ialah MID Renok Baru, Gua Musang ditubuhkan pada tahun 2005. Yang diikuti pembukaan MID Sg. Sam Kuala Krai, MID Bukit Jering Jeli, MID Gual Ipoh Tanah Merah, MID Batu Papan Gua Musang, MID paloh 2 Gua Musang, MID Jelawang Kuala Krai, MID Mengkebang Kuala Krai, MID Blok Ulu Kusial Tanah Merah, dan MID Ayer Chanal Tanah Merah pada tahun-tahun selepas itu.

Dalam bilangan yang ada, Buletin KESEDAR ingin mengenengahkan, MID Gual Ipoh di Tanah Merah sebagai sebuah MID yang berpotensi. MID Gual Ipoh terletak dalam DUN Gual Ipoh, Tanah Merah dan jarak 20 KM dari Bandar Tanah Merah. MID ini telah ditubuhkan pada Oktober 2007 dengan kos pembinaan dan pengoperasian sebanyak RM345,000.00. Pengurusnya ialah Encik Nazrul bin Mat Daud yang telah menguruskan MID Gual Ipoh sejak daripada penubuhannya lagi.

Medan Infodesa merupakan entiti fizikal yang dilengkapi dengan prasarana ICT yang terletak dalam kawasan desa. Ia dilengkapi dengan 21 buah komputer. Selain terus menjadi fokus pertemuan fizikal setempat, menerusi penggunaan ICT, MID juga akan menjadi pemangkin bagi merapatkan jurang digital dikawasan desa di samping berfungsi sebagai latihan dan pusat pertemuan interaksi maya dikalangan masyarakat desa.

Medan INFO DESA (MID)

VISI Medan Info Desa ialah untuk memupuk generasi ke arah minda dalam kategori kelas pertama, berilmu, berkemahiran dan berkeyakinan dalam menggunakan teknologi untuk nilai-nilai yang lebih murni.

Objektif MID ialah untuk menggalakkan masyarakat desa menguasai ilmu teknologi dengan lebih mendalam lagi. MID juga sebagai pusat latihan ICT untuk masyarakat desa. Selain itu, dengan adanya MID boleh meningkatkan perpaduan dikalangan masyarakat desa melalui aktiviti ICT. Ia juga menjadi pemangkin kepada usahawan ICT di luar bandar.

Antara perkhidmatan yang disediakan ialah Internet, fotokopi, percetakan, faksimili, pusat pembayaran bil setempat, wakil pos, kelas tuisyen berbayar, Kelas e-tabika serta perkhidmatan sewaan peralatan ICT dan tempat bagi kursus-kursus berkaitan ITC kepada sesiapa sahaja samada oleh pihak swasta atau kerajaan.

oleh: MASKHARIAH SAMSUDIN

Page 13: MENTERI TURUN PADANG -  · PDF filedilalui sebagai juadah pembuka minda. ... Majlis Perhimpunan Bulanan ini diadakan serentak ... beramai-ramai dan berakhir dengan bacaan doa

BULETIN

KESEDA

R

13

Jalinan kerjasama pelbagai pihak iaitu KESEDAR, Pejabat Wilayah Jeli, pihak JKKKP dan Pengurus MID Gual Ipoh pelbagai program kursus telah dirancang dan dijalankan di MID Gual Ipoh untuk sepanjang tahun. Antaranya ialah Kursus Literasi Komputer Desa, Kursus Literasi Kemahiran, Bengkel Celik IT, Celik Komputer Tadika, Kursus Membina Blog, dan Kursus Literasi Lanjutan. Peserta kursus meliputi golongan belia, beliawanis, wanita, warga emas, dan kanak-kanak. Ia juga melibatkan pemimpin-pemimpin setempat.

Setiap hari pengunjung yang datang berurusan di MID ini dianggarkan sebanyak 50 hingga 80 orang. Pendapatan bulanan Tabung MID mencecah RM1,500 hingga RM2,000 sebulan. Caj perkhidmatan internet yang dikenakan untuk sejam terlalu murah bagi masyarakat kampung ialah RM1.50 sejam sahaja. Kebanyakkan pengunjung gemar datang ke MID ini pada hujung minggu iaitu Jumaat dan Sabtu.

Bermula RMK-9, Konsep penubuhan MID yang pada asalnya Perkongsian Pintar (Smart-Partnership) telah

ditukarkan kepada Konsep Pemilikan Komuniti (community ownership) antara kerajaan, pengurus MID dan masyarakat luar bandar. Aktiviti dan program yang dijalankan merangkumi kursus-kursus ICT, latihan ICT dan dan program-program kemasyarakatan dengan kerjasama JKKKP di Gual Ipoh. Pemilikan komuniti dilihat boleh memberi pengupayaan dan kemampanan kepada sesebuah MID.

Kemajuan dan kejayaan sesebuah MID bergantung kepada kerjasama antara Pengurus MID dengan Lembaga Pengurusan MID yang bertanggungjawab memastikan operasi dan pengurusan MID bersesuaian dengan matlamat dan strategi Kerajaan. Ia juga hendaklah memastikan urusan tabung MID dijalankan mengikut peraturan perakaunan lazim, merancang aktiviti pengembangan MID dan mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya empat kali setahun. Mereka juga bertanggungjawab memastikan agar MID dapat dimanfaatkan oleh masyarakat luar bandar sepenuhnya.

Page 14: MENTERI TURUN PADANG -  · PDF filedilalui sebagai juadah pembuka minda. ... Majlis Perhimpunan Bulanan ini diadakan serentak ... beramai-ramai dan berakhir dengan bacaan doa

Pada 12 hingga 14 Januari 2012, seramai 60 orang kakitangan dari Wilayah Jeli telah mengadakan lawatan ke Kuala Lumpur. Pada petang hari pertama lawatan, rombongan yang diketuai oleh Pengurus Wilayah Jeli, Encik Mohd Faudzi bin Ab Rahman telah membuat kunjungan hormat ke kediaman rasmi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri YB Dato’ Seri Mustapa bin Mohamed.

BULE

TIN

KES

EDA

R

14

Rombongan yang tiba jam 7.00 malam telah disambut oleh Dato’ Seri Mustapa dan isteri Datin Khamarzan binti Hj Ahmad Meah. Hadir sama dalam majlis ini ialah Tuan Haji Mohd Arshad bin Ismail, Pengurus Besar KESEDAR dan Tuan Haji Ramli bin Mat Zain, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan). Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah diikuti dengan kuliah agama dan solat Isyak.

Rombongan telah diraikan dalam majlis makan malam di perkarangan kediaman Dato’ Pa. Terdahulu dalam ucapannya, Encik Mohd Faudzi mengucapkan terima kasih di atas kesudian Dato’ Pa dan isteri menerima kunjungan kakitangan dari Wilayah Jeli. Beliau berharap dengan kunjungan ini akan menambahkan lagi keakraban antara warga KESEDAR Wilayah Jeli dengan pemimpin mereka.

Pengurus Besar yang turut berucap pada malam itu menyifatkan program lawatan ini adalah sangat bermakna dan sebagai penghargaan kepada kakitangan yang sentiasa memberi perhatian dalam tugasan dan menjalinkan perhubungan yang baik dengan pemimpin bagi memastikan rakyat di Parlimen Jeli sentiasa terbela.

Dalam ucapannya Dato’ Pa juga berterima kasih kepada pihak KESEDAR khususnya kakitangan di Jeli yang sentiasa memberi kerjasama dalam merealisasikan hasrat kerajaan bagi memajukan masyarakat di Jeli.

Pada hari kedua rombongan telah membuat kunjungan singkat ke Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) di Putrajaya. Rombongan disambut oleh Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) yang kebetulan bermesyuarat di situ. Setelah meninjau di persekitaran bangunan Kementerian rombongan kembali ke Kuala Lumpur untuk berlepas pulang ke Jeli.

KunjunganMesra ke Kediaman

Dato’ PAoleh: AHMAD TARMIDZI RASHIDI

Page 15: MENTERI TURUN PADANG -  · PDF filedilalui sebagai juadah pembuka minda. ... Majlis Perhimpunan Bulanan ini diadakan serentak ... beramai-ramai dan berakhir dengan bacaan doa

BULETIN

KESEDA

R

15

Projek AGROPOLITAN Rantau Manis

Projek Agropolitan Kelantan Selatan merupakan salah satu projek Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dengan kerjasama KESEDAR yang dilaksanakan di Gugusan Rantau Manis dengan jumlah keluasan pembangunannya 2,630 hektar. Projek ini dilaksanakan secara bersepadu dengan 326 hektar kawasan di Rantau Manis dibangunkan sebagai perumahan, 2,331 hektar kawasan ladang sawit di Renok Baru, Jeram Tekoh, Sungai Asap dan Rantau Manis yang dibaikpulih dan ditanam semula bagi tujuan peningkatan pendapatan peserta dan komponen-komponen ekonomi sampingan seperti projek akuaponik dan tanaman koko.

Sasaran peserta projek adalah 525 orang miskin tegar di Wilayah Kelantan Selatan. Sepuluh peserta awal telah dimasukkan pada Mei 2009 iaitu Fasa 1 pembangunan. Peserta diberikan kawasan rumah seluas ½ ekar, jaminan pendapatan minima bulanan sebanyak RM1,000 disamping bantuan-bantuan lain sama ada dalam bentuk keperluan rumah, persekolahan, pendidikan agama dan sebagainya. Pekerjaan utama peserta sebagai pekerja ladang dan pendapatan sampingan yang lain adalah saham daripada hasil perladangan sawit.

Pembangunan Fasa II baru sahaja siap dengan pembangunan 315 unit rumah beserta kemudahan awam dan infrastruktur sokongan yang lain. Seluas 1,496 hektar ladang kelapa sawit juga telah tersedia sebagai sumber pekerjaan utama bakal peserta. Seramai 184 calon peserta yang baru sahaja melepasi tapisan-tapisan kelayakan akan ditempatkan di kawasan penempatan Fasa II pada April 2012 ini. Proses pemilihan peserta akan diteruskan dari masa ke semasa bagi mencukupi sasaran peserta yang ditetapkan.

Projek AGROPOLITAN Rantau Manis

oleh: NOHISYAM EFFANDI ABDULLAH

Page 16: MENTERI TURUN PADANG -  · PDF filedilalui sebagai juadah pembuka minda. ... Majlis Perhimpunan Bulanan ini diadakan serentak ... beramai-ramai dan berakhir dengan bacaan doa

Pada 26 Februari 2012 – Ladang herba milik KESEDAR telah menerima kunjungan Encik Zazali bin Salehudin, Setiausaha Bahagian Pengupayaan Ekonomi KKLW dan pegawainya.

Rombongan tersebut telah membuat lawatan ke ladang herba Misai Kucing di Paloh 4, ladang herba Renok Baru dan Taman Herba di Taman Etnobotani. Lawatan tersebut adalah merupakan lawatan kerja pemantauan dan penilaian oleh pihak Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) bagi menimbang kelulusan peruntukan untuk membangunkan ladang herba KESEDAR.

Harapan pihak pengurusan KESEDAR, dengan adanya lawatan sebegini, akan dapat memberi gambaran sebenar kepada pihak pengurusan KKLW untuk menyalurkan sumber peruntukan bagi melicinkan lagi urusan pengurusan dan pembangunan ladang herba yang merupakan ikon KESEDAR.

Pihak Pengurusan KESEDAR juga berharap agar lebih banyak lawatan sebegini dapat dilakukan dengan lebih kerap oleh pihak KKLW untuk sama-sama melihat usaha dan komitmen KESEDAR dalam membangunkan industri herba di kawasan Kelantan Selatan.

oleh: MOHD RAMADHAN SULAIMAN

16

BULE

TIN

KES

EDA

R

Lawatan KKLW Ke LADANG HERBA

Page 17: MENTERI TURUN PADANG -  · PDF filedilalui sebagai juadah pembuka minda. ... Majlis Perhimpunan Bulanan ini diadakan serentak ... beramai-ramai dan berakhir dengan bacaan doa

Pada tahun 2010, sebanyak RM3 juta telah diluluskan kepada KESEDAR bagi membantu bekas-bekas pelatih meningkatkan kegiatan perniagaan dan perusahaan mereka agar produktiviti dan juga tahap sosio ekonomi dapat ditingkatkan melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua (PRE2).

Selaras dengan pendekatan yang digunakan oleh Jabatan Audit Negara (JAN), Unit Audit Dalam KESEDAR juga telah mengadakan siri-siri auditan fizikal ke atas penerima-penerima bantuan PRE2 di dalam kawasan Kelantan Selatan bagi memastikan penerima-penerima bantuan menjalankan aktiviti sebenar sebagaimana yang telah dicadangkan.

Salah seorang pengusaha yang juga penerima bantuan PRE yang berjaya merupakan Encik Ibrahim bin Mamat, dari Kampung Sungai Batu, Jelawang, Kuala Krai. Dengan bantuan PRE yang diterima sebanyak RM30,000.00, beliau telah membina reban ayam tambahan yang dapat memuatkan sebanyak 2000 ekor ayam, menjadikan jumlah bilangan ayam yang dapat dimuatkan dalam kesemua reban miliknya berjumlah 3500 ekor pada satu pusingan.

Hasil ternakannya dipasarkan secara ayam segar kepada pemborong-pemborong ayam di sekitar Jeli dan Tanah Merah. Selain dari itu, beliau juga menjalankan perniagaan dengan menjual ayam siap proses dengan

mendapat tempahan harian tetap daripada kedai-kedai makan di sekitar Jelawang dan Dabong selain dari menjual secara runcit kepada penduduk Jelawang di hadapan rumahnya. Purata pendapatan tahunannya telah meningkat kepada RM70,000. Pengalamannya menternak ayam selama 12 tahun merupakan salah satu asas kejayaannya selain dari mempunyai sifat yang gigih dan sanggup menghadapi persaingan. Kursus-kursus menternak ayam yang telah dihadirinya juga banyak membantu beliau dan membolehkan beliau membuat `costing’ menggunakan perisian komputer. Anggaran untung rugi dapat dibuat beradasarkan jumlah ayam yang diternak. Kejayaan beliau dalam bidang ternakan ayam boleh dijadikan contoh kepada pengusaha-pengusaha baru dan boleh dibanggakan memandangkan perusahaan ini dijalankan di kawasan luar bandar yang serba kekurangan.

Auditan Fizikal PRE 2oleh: HAJI MOHD. AFFANDI AB. GHANI

BULETIN

KESEDA

R

17

Page 18: MENTERI TURUN PADANG -  · PDF filedilalui sebagai juadah pembuka minda. ... Majlis Perhimpunan Bulanan ini diadakan serentak ... beramai-ramai dan berakhir dengan bacaan doa

18

BULE

TIN

KES

EDA

RBU

LETI

N K

ESED

AR

18

Bersara Pilihan (Januari – March 2012)NAMA JAWATAN GRED TEMPAT BERTUGAS

Puad Sabri@Sabariah Mat Daud Pem. Pemb. Masyarakat S17 Pejabat Operasi Lebir

Azmi Jali Penyelia Ranc. Tanah G22 (KUP) Pejabat Operasi Lebir

Mohamad Halim Othman Penyelia Ranc. Tanah G22 (KUP) Pejabat Operasi Lebir

Mohamad Nadzri Jusoh Penyelia Ranc. Tanah G22 (KUP) Wilayah Jeli

Daud Mohamed Pemandu R6 (KUP) Pejabat Operasi Jeram Tekoh

Nik Anuar Nik Mustapha Penyelia Ranc. Tanah G22 (KUP) Wilayah Gua Musang

Che Mohd Zaki Hj.Hamzah Pen Peg. Ranc. Tanah G36 Bahagian Pertanian

Wan Samihah Hj. Wan Ahmad Pemb. S/Usaha Pejabat N22 (KUP) Pejabat TPB

Hussin Daud Penolong Pegawai Tadbir N27 Bahagian Pentadbiran

Mohamad Nor Ab.Rahman Penyelia Ranc. Tanah G22 (KUP) Pejabat Operasi Chalil

Abdullah Ariffin Penyelia Ranc. Tanah G22 Pejabat Operasi Meranto

Pengesahan Dalam Jawatan (Januari – March 2012)NAMA JAWATAN GRED TEMPAT BERTUGAS

Ahmad Abdullah Pegawai Tadbir N41 Wilayah Gua Musang

Mohd Ramadhan Sulaiman Pegawai Tadbir N41 Bahagian Ekonomi

Wan Mohd Din Mohamed Pegawai Tadbir N41 Bahagian Pertanian

Wan Zaimi Wan Daud Pegawai Tadbir N41 Wilayah Kuala Krai

Amran Abdullah Pegawai Penerangan S41 Bahagian Pemantauan

Gayah Ismail Penolong Pegawai Tadbir N27 Bahagian Ekonomi

Siti Muhaidahazlyna Muhamad Penolong Pegawai Tadbir N27 Unit Kontrak

Abu Hanifah Ab.Rahman Pen. Pegawai Pemb. Masyarakat S27 Wilayah Kuala Krai

Norhasliza Ismail Pen. Pegawai Pemb. Masyarakat S27 Bahagian Perancangan

Raja Adlina Raja Mustapha Pen. Pegawai Pemb. Masyarakat S27 Bahagian Pertanian

Wan Salman Wan Harun Pen. Pegawai Pemb. Masyarakat S27 Bhg. Pemb. Masyarakat

Rosmihaiza Razali Pembantu Tadbir (P/O) N17 Bahagian Ekonomi

Rospazilah Abdullah Pembantu Tadbir (P/O) N17 Wilayah Gua Musang

Mohd Azlee Abdullah Pembantu Pemb. Masyarakat S17 Pejabat Operasi Sg. Asap

Nik Mardiana Ab.Ghani Pembantu Pemb. Masyarakat S17 Pejabat Operasi Jeram Tekoh

Hapizi Ab. Hamid Penyelia Rancangan Tanah G17 Pej. Operasi Renok Baru

Che Mazlan Abdullah Pemandu R3 Pejabat Pengerusi

Mohd Fadzil Idris Pekerja Awam R1 Bahagian Pentadbiran

Zamani Ali Pekerja Awam R1 Bahagian Pentadbiran

oleh: ABD AZIZ AHMAD

Page 19: MENTERI TURUN PADANG -  · PDF filedilalui sebagai juadah pembuka minda. ... Majlis Perhimpunan Bulanan ini diadakan serentak ... beramai-ramai dan berakhir dengan bacaan doa

BULETIN

KESEDA

R

19

Pertukaran (Januari – March 2012)NAMA JAWATAN GRED DARI - Ke

Wan Azian Wan Yusuf Pembantu Tadbir N17 Unit Audit Dalam - Bhg. Kewangan

Hasdalina Jusof Pembantu Tadbir N17 Bhg, Perancangan – Bhg. Kewangan

Rohani Mohd Zain Pembantu Tadbir N22 (KUP) Bhg. Kewangan - UPA

Siti Nor Hj. Ab. Manaf Pembantu Tadbir N22 (KUP) Bhg. Kewangan - Unit Audit Dalam

Hajjah Rosziah Othman Pembantu Tadbir N22 Bhg. Kewangan – Bhg. Ekonomi

Hajjah Norizam Salleh Pembantu Tadbir N22 Bhg. Ekonomi – Bhg. Masyarakat

Noor Indera Ahmad Pembantu Tadbir N22 Bhg. Ekonomi – Bhg. Kewangan

Ilyani Iskandar Pembantu Tadbir N17 Bhg. Pentadbiran – Bhg. Perancangan

Rugaiyah Nuzam Pembantu Tadbir N17 Bhg. Pentadbiran – Pejabat TPB (P)

Mohd Sabri Salleh Penolong Pegawai RT G27 W. Kuala Krai – P O Mengkebang

W. Mohd Aris Abdullah Pembantu Tadbir N22 (KUP) Bhg. Hartanah – Bhg. Pentadbiran

Siti Fatimah Bt Yaacob Pembantu Tadbir N22 (KUP) Bhg. Pertanian – Pej.WKK

Ahmed Zhaini M. Zain Pen. Pegawai Tadbir N36 (KUP) Pejabat Pengerusi - UPA

Che Mazlan Abdullah Pembantu Operasi R1 Pejabat Pengerusi – Pej WKK

Che Harun Saman Pembantu Operasi R6 P O R. Baru – Bhg. Pentadbiran

M. Syakirin Abd. Khlil Penyelia RT G17 P O Jeram Tekoh – Bhg. Pentadbiran

Hj. Mohd Nasir Ab. Rahman Penolong Jurukur J36 (KUP) Bhg. Hartanah – Bhg. Pentadbiran

Nor Azhar Ahmad Razali Pembantu Tadbir N17 (KUP) P O R. Baru – Bhg. Pentadbiran

Rusmaini Mohamad Sarif Pen. Peg. Pemb. Masyarakat S27 Pej. Pengerusi - Bhg. Pemb. Masyarakat

Aziz Abdullah Peny.Ranc.Tanah G26 Bahagian Ekonomi - Wilayah Jeli

Mohamad Nasir Mustafa Pen.Peg.Ranc.Tanah G36 Wilayah Jeli – Kesedar Travel

Pecahan Peruntukan Pembangunan KESEDAR Bagi Tahun 2012

Peruntukan pembangunan KESEDAR yang diluluskan pada tahun 2012 adalah sejumlah RM23.61j untuk enam program utama pembangunan. Manakala sejumlah RM32.21j pula diluluskan untuk peruntukan mengurus bagi tahun yang sama

1, 200, 000Latihan dan Kemahiran

Rancangan Pemulihan Tanah

Program Peningkatan Pendapatan

Pembangunan Kampung Tradisional

Rancangan Kemajuan Tanah

Premium Tanah

PROGRAM PEMBANGUNAN KESEDAR JUMLAH PERUNTUKAN YANG DILULUSKAN (RM)

400, 000

2, 750, 000

1, 950, 000

10, 310, 000

7, 000, 000

Page 20: MENTERI TURUN PADANG -  · PDF filedilalui sebagai juadah pembuka minda. ... Majlis Perhimpunan Bulanan ini diadakan serentak ... beramai-ramai dan berakhir dengan bacaan doa

Sejajar dengan arus pembangunan yang terus berkembang pesat, Bahagian Kewangan bakal melaksanakan sistem bayaran secara EFT yang disebut pemindahan wang secara elektronik. Ianya akan dilaksanakan pada pertengahan tahun 2012. Sistem ini akan mempercepatkan dan menambahkan lagi efisiensi proses bayaran serta memastikan setiap urusan kewangan lebih berdaya saing.

Ternyatalah tujuan utama penggunaan komputer dalam institusi kewangan dapat membantu dalam menyusun segala urusan pelanggan serta menyediakan perkhidmatan yang lebih baik dan cekap. Ia juga rentetan daripada PKPA BIL 1/2011 yang menyatakan salah satu kriteria utama dalam mendapatkan sijil pematuhan SAGA adalah sistem yang digunakan hendaklah menyokong pembayaran secara EFT.

Bersediakah Kita...oleh: KAMARUZAMAN AHMAD

Menjayakan Tonggak Transformasi Nasional yang diperkenalkan oleh kerajaan melalui empat tonggak gagasan “1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”, iaitu Program Transformasi kerajaan, Program Transformasi Ekonomi dan Rancangan Pembangunan Lima Tahun Malaysia. Adakah kita memahami kepentingan empat tonggak tersebut dalam usaha Malaysia menuju ke Negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Sebagai kakitangan awam, kita bertanggungjawab memenuhi keperluan rakyat yang semakin kompleks dan mencabar. Melalui pengukuhan integriti diri, aspek ketelusan dan kebertanggungjawaban terus dipertahankan agar perkhidmatan yang cemerlang dapat disampaikan kepada rakyat.

Program Transformasi Nasional menuntut perubahan minda, sikap dan peningkatan pengetahuan dalam budaya kerja kita. KESEDAR sebagai peneraju utama transformasi Kelantan Selatan tidak terkecuali dari program-program transformasi tersebut. Dengan agenda pembangunan fizikal yang masih menjadi keutaman dalam kawasan Kelantan Selatan bersediakah kita merealisasikan hasrat Program Transformasi Nasional menjelang tahun 2020 nanti.

Bayaran MelaluiELECTRONIC

FUNDTRANSFER (EFT)

oleh: MOHAMAD SALLEH BONIYA

20

BULE

TIN

KES

EDA

R