5
MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN Tahun : 1 Bidang : Membentuk Dan Membuat Binaan Aktiviti : Model Tema : Alam Benda Tajuk : Gitar Masa : 60 minit Jenis-jenis media : Alatan : Gunting Bahan : Kotak tisu, kertas warna, pensel pendek, gelang getah, gam, tiub tisu Bahan Bantu Mengajar : Contoh gambar gitar Standard Kandungan 1. Bahasa Seni Visual yang terdapat pada alam ciptaan Tuhan, objek buatan manusia dan karya seni. 2. Aplikasi pengetahuan, kefahaman dan kemahiran bahasa Seni Visual. 3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian dan teknologi dalam karya seni. 4. Apreasiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa Seni Visual. Standard Pembelajaran 3.1 Persepsi Estetik Murid dapat mengenal, menamakan dan memahami bahasa Seni Visual yang terdapat pada karya seni.

MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN - gitar

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN - gitar

MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

Tahun : 1

Bidang : Membentuk Dan Membuat Binaan

Aktiviti : Model

Tema : Alam Benda

Tajuk : Gitar

Masa : 60 minit

Jenis-jenis media : Alatan : Gunting

Bahan : Kotak tisu, kertas warna, pensel pendek,

gelang getah, gam, tiub tisu

Bahan Bantu Mengajar : Contoh gambar gitar

Standard Kandungan

1. Bahasa Seni Visual yang terdapat pada alam ciptaan Tuhan, objek buatan manusia dan karya seni.

2. Aplikasi pengetahuan, kefahaman dan kemahiran bahasa Seni Visual.3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian dan teknologi dalam karya seni.4. Apreasiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa Seni Visual.

Standard Pembelajaran

3.1 Persepsi Estetik Murid dapat mengenal, menamakan dan memahami bahasa Seni

Visual yang terdapat pada karya seni.

3.1.1 Unsur Seni

3.1.1.2 Rupa - geometri.

3.1.1.3 Bentuk - 3D (konkrit)

3.1.2 Prinsip rekaan

3.1.2.1 Imbangan – Fungsi imbangan – kesan stabil, kukuh, tegap , variasi.

Page 2: MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN - gitar

3.1.2.2 Kesatuan – Menggunakan unsur seni dan prinsip rekaan dalam karya dengan berkesan

3.2 Aplikasi Seni Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan menerusi penggunaan

media dan teknik dalam aktiviti seni.

3.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media.

3.2.1.2 Alatan - Gunting

3.2.1.3 Bahan - Kotak tisu, kertas warna, pensel pendek, gelang

Getah, gam, tiub tisu

3.2.2 Mengetahui penggunaan media, teknik dan proses dalam penghasilan binaan.

3.2.2.1 Teknik - membentuk

3.3 Ekspresi Kreatif Murid dapat menghasilkan pengetahuan, kefahaman dan

kemahiran bahasa Seni Visual dalam menghasilkan karya seni 3D.

3.3.1 Memilih dan memanipulasikan bahan secara kreatif

3.3.2 Menggunakan unsur seni dalam penghasilan karya

3.4 Apresiasi Seni : Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan

berpandukan bahasa Seni Visual.

3.4.1 Mempamerkan hasil karya yang dihasilkan

3.4.2 Menceritakan karya sendiri secara lisan

3.4.3 Menghargai karya sendiri dan rakan.

Page 3: MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN - gitar

STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITIPersepsi Estetik

Guru menunjukkan kepada murid gambar gitar mainan.

Guru menerangkan unsur bentuk dengan menekankan bahawa bentuk boleh dijadikan model gitar mainan.

Guru menyatakan ciri-ciri sebuah gitar mainan.

Aplikasi Seni

Guru memperkenalkan alat dan bahan yang diperlukan untuk menghasilkan model gitar mainan

Guru menunjuk cara membuat model sebuah gitar mainan dengan menggunakan kotak tisu, getah, kertas warna dan pensel pendek.

Ekspresi Kreatif

Murid menghasilkan model gitar mainan dengan bimbingan guru berdasarkan langkah-langkah berikut.

Langkah 1

Murid membalut kotak tisu dengan kertas warna Murid memotong tiub tisu mengikut panjang yang

bersesuaian. Murid membalut tiub tisu yang telah dipotong

dengan kertas warna.

Page 4: MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN - gitar

Langkah 2

Murid meregangkan tiga gelung gelang getah mengelilingi kotak tisu..

Langkah 3 Murid menyelitkan sebatang pensel pendek di

bawah gelung getah di salah satu bahagian. Gamkan tiub tisu yang telah dibalut di bahagian

yang lain sebagai pemegang gitar Menghias hasil kerja murid

Apresiasi Seni

Murid mempamerkan dan bercerita tentang hasil kerja sendiri

Menerangkan fungsi model yang dihasilkan