Upload
sweet1991
View
477
Download
5
Embed Size (px)
Citation preview
7/27/2019 MASALAH SOSIAL PELAJAR DAN HUBUNGANNYA DENGAN KEMEROSOTAN PEMBELAJARAN.docx
http://slidepdf.com/reader/full/masalah-sosial-pelajar-dan-hubungannya-dengan-kemerosotan-pembelajarandocx 1/6
1
MASALAH SOSIAL PELAJAR DAN HUBUNGANNYA DENGAN KEMEROSOTAN
PEMBELAJARAN.
1.1 Pengenalan
Jurnal ini membincangkan tentang masalah sosial pelajar yang mempengaruhi hubungan
dengan pembelajaran. Penulis menyatakan Manusia adalah seseorang yang memerlukan
pelbagai benda dalam proses belajar dan menjadikannya seronok. Disebabkan oleh pengaruhkawan-kawan adalah salah satu penyebab pelajar terlibat dengan masalah sosial dan disiplin.
Media massa juga menjadi puncanya apabila secara berterusan mendedahkan pelbagai masalah
disiplin dan jenayah di sekolah yang telah menimbulkan kebimbangan masyarakat terutama pemimpin Negara. Sebagai contohnya perbuatan lepak yang diberikan oleh Vani Appalasami
(2001) turut menyebabkan masalah sosial lain seperti bohsia yang akhirnya mengandung tanpa
ikatan dan pasangan tidak mahu bertanggungjawab, akhirnya berlaku kes pembuangan bayi.
Masalah-masalah inilah yang menganggu proses pengajaran dan pembelajaran tetapi tetap peka
dengan persekitaran pelajar walaupun di luar proses pengajaran dan pembelajaran.
2.1 Ulasan Jurnal
Kajian ini telah dijalankan oleh seorang pensyarah kontrak, iaitu Fatimah Binti Ali daripadaAkademi Pengajian Islam, Nilam Puri, Universiti Malaya. Fokus kajian ini ialah untuk
mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan masalah sosial dan bagaimana masalah-masalah
sosial mempunyai hubungan erat dengan kemerosotan pencapaian akademik pelajar.
menyatakan. Menurut penulis, kajian lepas yang telah dilakukan oleh Azizah Lebai Nordin(2002) yang telah menyentuh faktor-faktor penyumbang kepada masalah disiplin di kalangan
remaja dan Salmah Hussin meninjau mengenai disiplin pelajar.
Kajian juga turut dilakukan oleh Zool Hilmi Hj. Suhaimi (1998), beliau telah membuat kajian
tentang gejala sosial remaja dan cara mengatasinya melalui perbandingan masa dahulu dan masakini. Penulis menganggap yang masalah sosial pelajar semakin berleluasa dimana pelajar bukan
sahaja terlibat dengan masalah disiplin tetapi kes-kes di luar kawasan sekolah yang melibatkan
polis dan mahkamah. Penulis akan mengaitkan tentang permasalahan sosial dan faktor-faktor yang mendorong menyebabkan berlaku masalah sosial ini dan bagaimana masalah sosial ini
mempunyai hubungan yang kuat dengan kemerosotan percapaian akademik.
Tujuan penyelidikan ini dilakukan adalah untuk mengenal pasti dan menyelesaikan gejala yangmenghalang pencapaian pelajar termasuk melibatkan masalah sosial kerana masalah sosial
adalah penghalang kepada pencapaian pelajar dalam pendidikan. Kajian ini juga adalah untuk menghurai dan mengenal pasti masalah, jenis dan punca kepada masalah sosial ini. Tinjauan juga dilakukan antara hubung kait antara gejala sosila pelajar dengan pencapaian mereka. Fakta-
fakta penting yang diperolehi akan menjadi panduan kepada semua pihak untuk menghindarkan
atau mengatasi masalah sosial pelajar bagi meningkatkan pencapaian pelajar dalam akademik di
sekolah.
7/27/2019 MASALAH SOSIAL PELAJAR DAN HUBUNGANNYA DENGAN KEMEROSOTAN PEMBELAJARAN.docx
http://slidepdf.com/reader/full/masalah-sosial-pelajar-dan-hubungannya-dengan-kemerosotan-pembelajarandocx 2/6
2
Penulis juga menghuraikan masalah adalah sesuatu yang memerlukan penyelesaian atau
keadaan yang menimbulkan kesukaran. Manakala sosial adalah semua yang berkaitan dengan
masyarakat dan masalah sosial adalah keadaan yang berlaku dalam masyarakat hasil interaksiantara anggota masyarakat. Pelaksanaan Dasar Pelajaran 1979 menyatakan orang yang
berdisiplin tidak mengalami masalah sosial kerana orang yang berkelakuan baik tidak akan
menganggu orang lain. Penulis juga menyatakan yang masalah sosial sama dengan masalahdisiplin. Pathibai a/l Sinapan (2002) pula telah membahagikan masalah sosial kepada tiga iaitu jenis kesalahan berunsur jenayah, jenis kesalahan jenis gangterisme dan jenis perbuatan yang
tidak sopan dan biadap. Gejala sosial yang berlaku dalam kalangan pelajar bukan sahaja
menjejaskan pelakunya malah menganggu individu dan masyarakat sekitarnya terutama guru dan
rakan-rakan.
Penulis telah menyatakan faktor pertama yang dihadapi oleh pelajar ialah pelajar berasa
keliru dan tidak memahami peranan diri sendiri telah menyebabkan mereka mengalami pelbagai
krisis dan terpaksa pula menyesuaikan diri dari segi perhubungannya dengan orang dewasa serta
perlu memenuhi harapan masyarakat sekitarnya. Pendapat ini disokong oleh LaporanPembangunan dan Permasalahan Sosial Selangor 2000 yang telah menyatakan lingkungan umur
16 hingga 18 tahun merupakan satu tahap kritikal dalam hidup manusia dalam tempoh peralihanke alam dewasa. Disini boleh difahami yang faktor keremajaan adalah penglibatan pelajar dalam
masalah disiplin. Azizah binti Lebai Nordin (2002), menyatakan remaja tidak mengambilkeputusan yang tepat sedangkan mereka tidak cukup ilmu dan kurang pengalaman. Hasil kajian
Azizah Lebai Nordin (2002) juga mendapati faktor ibu bapa, sekolah dan rakan sebaya juga
menjadi faktor penyumbang. Disiplin seorang murid bukan ditentukan oleh sekolah sahaja
kerana faktor luar adalah paling kuat pengaruhnya.
Pengkaji-pengkaji lain juga memberi penekanan yang berbeza, contohnya Galloway, (1985)menyatakan kerisauan yang berkaitan dengan perkembangan atau perhubungan cinta juga
mempengaruhi pelajar melakukan salah laku. Ghazali Osman (1983), menyatakan sikap guru
yang nagetif dan saiz sekolah yang besar antara faktor masalah sosial pelajar. Manakala Wan Norasiah Wan Ismail (2003) mempunyai pendapat yang sama dengan Azizah yang mana ibu
bapa juga menjadi penyebab masalah sosial remaja. Hasil kajiannya menunjukkan tidak banyak
komunikasi antara golongan remaja dan ibu bapa berlaku. Hal ii berlaku kerana anak-anak tidak suka dikawal dan dikonkong oleh ibu bapa. Kajian Wan Asiah meyatakan anak-anak bertindak
mengikut kehendak hati tanpa pengawasan dan pengawalan keluaga ditambah dengan kesibukan
ibu bapa bekerja.
Penulis mendapati ibu bapa yang bekerja memberitahu mereka bekerja untuk kepentingananak-anak dan sebagai balasannya mengharapkan anak-anak akan faham dan memahami
pengorbanan ibu bapa. Namun, bagi penulis, bilangan anak-anak yang faham sumbangan ibu
bapa adalah kecil kerana mereka sukar memahami kasih sayang dan pengorbanan yangdiberikan. Kajian Wan Norasiah juga menyokong dapatan Azizah yang mana pengaruh rakansebaya adalah juga faktor kepada gejala sosial dimana mengaitkan faktor ibu bapa dan rakan
sebaya dalam menyemarakkan gejala sosial sekolah.
Penulis menganggap apabila ibu bapa dan keluaga tidak memberi perhatian dan kasih sayang
yang secukupnya, remaja akan cenderung memilih kawan sebagai pakar rujuk dalam membuat
keputusan dan kajiannya juga merumuskan pengabaian kepada pendidikan agama mendoronganak-anak melakukan salah laku akhlak. Pemerhatian penulis mendapati kebanyakkan ibu bapa
7/27/2019 MASALAH SOSIAL PELAJAR DAN HUBUNGANNYA DENGAN KEMEROSOTAN PEMBELAJARAN.docx
http://slidepdf.com/reader/full/masalah-sosial-pelajar-dan-hubungannya-dengan-kemerosotan-pembelajarandocx 3/6
3
hanya memberikan tunjuk ajar yang baik dari segi pemakaian dan cara pergaulan dan di sekolah
diberi pendedahan dari segi agama. Namun ini tidak memberi kesan kerana pengaruh media
massa dan rakan sebaya adalah lebih besar. Berlainan pula bagi anak-anak yang dilatih sejak kecil dengan mengambil kira tindakan sesuai dengan ajaran agama. Anak-anak akan difahamkan
bahawa cara yang betul untuk menjamin kesejahteraan mereka di dunia dan akhirat.
Penulis mengaitkan masalah sosial dan hubungannya dengan kemerosotan pembelajaran
dengan menggunakan ukuran pencapaian akademik yang standard untuk mengukur pencapaian
akademik dimana skor ujian dan pemeriksaan menyumbang tentang konsep individu seseorangkepada ilmu. Penulis juga sempat meninjau dapatan kajian penyelidik lain seperti dapatan kajian
Ragunathan (2000), menjelaskan masalah sosial pelajar yang paling tinggi pencapaiannya
adalah sederhana sahaja sementara pelajar yang tidak bermasalah ada yang pencapaiannya tinggi.Dapatan Kajian Aziziah Leai Nordin (2002), merumuskan pelajar yang semakin tinggi
pencapaiannya dalam akademik adalah seorang yang semakin kurang penglibatan dalam salah
laku jenayah, kurang melibatkan diri dalam kategori salah laku, salah laku kekemasan dan salah
laku kurang sopan ini berbanding pelajar yang sederhana dan rendah.
Penulis juga sempat mewawancara Encik Mokthar Musa yang merupakan seorang guru yangtelah bertugas lebih daripada 20 tahun yang bertugas di sekolah menengah agama dan jenis
kebangsaan melalui panggilan telefon yang sekaligus menyokong pendapat penyelidik- penyelidik ini kerana kajian yang dibuatnya di sekolah Menengah Bachok Kelantan tiga tahun
sebelum ini menunjukkan pelajar-pelajar yang cemerlang tidak melibatkan diri dalam masalahsosial atau disiplin. Manakala pelajar yang bermasalah prestasi akademiknya semakin menurun.
Baginya masalah sosial lebih banyak berlaku di sekolah menengah kebangsaan dan sekolah
kebangsaan berbanding sekolah aliran agama yang lebih banyak didedahkan dengan dan
didorong berakhlak mulia.
7/27/2019 MASALAH SOSIAL PELAJAR DAN HUBUNGANNYA DENGAN KEMEROSOTAN PEMBELAJARAN.docx
http://slidepdf.com/reader/full/masalah-sosial-pelajar-dan-hubungannya-dengan-kemerosotan-pembelajarandocx 4/6
4
3.1 Perkaitan Teori
3.1.1 Teori Pembelajaran Sosial
Kajian ini boleh dikaitkan dengan teori pembelajaran sosial dalam artikel yang ditulis olehAzizi Yahaya dan Mohd Sofie Bin Bahari iaitu teori-teori tingkah laku berisiko dari fakulti
pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Menurutnya, Tingkah laku yang agresif tidak
dapat dinafikan merupakan sebahagian daripada tingkah laku berisiko remaja. Secara tidak lansung, masalah yang melibatkan pelajar berpunca dari persekitaran sekeliling. Teori
Pembelajaran Sosial yang diperkenalkan oleh Albert Bandura sangat relevan dengan
penyelesaian masalah tingkah laku agresif dan keganasan. Menurut Bandura (1977), teori pembelajaran sosial didefinisikan sebagai satu pembelajaran yang berlaku dengan
memerhati orang lain melakukan sesuatu atau menjadikan seseorang sebagai model tingkah
laku.
Hal ini bererti persekitaran dan juga orang-orang yang signifikan akan mempengaruhi
tingkah laku. Bandura (1977) juga menyatakan seseorang individu akan memerhatikan
sesuatu tingkah laku daripada orang lain yang signifikan dengannya dan menyimpanmaklumat yang diperhatikan secara kognitif dan seterusnya mempersembahkan tingkah laku
tersebut. Justeru itu, tingkah laku agresif dipelajari daripada persekitaran sosial seperti
interaksi dengan keluarga, rakan sebaya, media massa dan konsep kendiri individu(Mahmood, 2001). Di dalam teori pembelajaran sosial Bandura (1977) juga, beliau telah
membuat analisis yang menyatakan bagaimana manusia belajar melalui pemerhatian.
pembelajaran adalah melalui peniruan, mengajuk dan memadan. Biasanya, setiap individu
terutama kanak-kanak akan menilai sesuatu perkara berasaskan kepada perkara yang pernahdilihat oleh mereka daripada orang-orang yang signifikan dan persekitaran. Bandura (1977),
mendapati kanak-kanak akan mencontohi tingkah laku agresif selepas menonton filem yang
berunsurkan aksi agresif. Teori pembelajaran sosial menekankan kepada proses peniruansebagai bertanggung jawab kepada pembelajaran tingkah laku. Pemerhatian tingkah laku
orang lain merupakan sebagai proses peniruan yang akan membentuk tingkah laku devian
seseorang. Peniruan melalui pemerhatian merupakan satu proses pembalajaran tanpa
penglibatan pengalaman lepas secara langsung (Renfrew, 1997).
3.1.2 Teori Tingkah Laku
Teori tingkah laku ini menyatakan bahawa tingkah laku manusia adalah telah dikendalikan
oleh ganjaran dan penguatan atau faktor persekitaran. Dengan demikian dalam tingkah laku
belajar mempunyai jalinan yang erat antara reaksi-reaksi tingkah laku dengan rangsangan
yang telah diterimanya. Sebagai seorang guru, dengan menggunakan pandangan ini, dapatdirumuskan bahawa tingkah laku remaja merupakan reaksi terhadap rangsangan dan tingkah
laku adalah hasil belajar. Hal ini bermakna, masalah yang dihadapi oleh pelajar sama ada di
sekolah atau di luar kawasan sekolah adalah mempengaruhi pembelajaran dalam kelas.
Skinner (1977) telah memfokuskan penelitian tentang perilaku dan menghabiskan
kariernya hanya untuk mengembangkan teori tentang Reinforcement. Dia percaya bahawa perkembangan keperibadian seseorang, atau perilaku yang terjadi adalah sebagai akibat dari
7/27/2019 MASALAH SOSIAL PELAJAR DAN HUBUNGANNYA DENGAN KEMEROSOTAN PEMBELAJARAN.docx
http://slidepdf.com/reader/full/masalah-sosial-pelajar-dan-hubungannya-dengan-kemerosotan-pembelajarandocx 5/6
5
tindak balas terhadap adanya rangsangan dari luaran. Dengan kata lain, kita menjadi seperti
apa yang kita inginkan kerana mendapatkan hasil dari apa yang kita inginkan tersebut. Bagi
Skinner (1977 ), hal yang paling penting untuk membentuk keperibadian seseorang adalahmelalui hasil dan hukuman. Guru boleh menggunaka teori ini bagi menyelesaikan masalah
yang melibatkan masalah sosial atau masalah disiplin dengan menggunakan peneguhan
secar positif atau peneguhan secara nagetif. Memberi hadiah, menjadikan mereka sebagaiketua dalam kumpulan atau menghantar nota pujian kepada ibu bapa adalah contoh kepada peneguhan secara positif . Dengan pendekatan ini, pelajar mempunyai satu perasaan untuk
berubah. Tetapi jika keadaan ini tidak membantu, guru boleh menggunakan pendekatan
secara peneguhan nagetif seperti memberi denda, merotan bagi menimbulkan rasa insaf dalam diri pelajar. Guru mempunyai banyak cara bagi menyelesaikan masalah yang
melibatkan sosial dan pembelajaran di dalam kelas.
Dengan kata lain, belajar merupakan bentuk perubahan yang dialami oleh siswa dalam
hal kemampuannya untuk bertingkah laku dengan cara yang baru sebagai hasil daripada
interaksi antara rangsangan dan respon. Menurut teori ini yang terpenting adalah masuk atauinput yang berupa rangsangan dan keluaran atau output yang berupa respon. Sedangkan apa
yang terjadi di antara rangsangan dan respon dianggap tidak penting kerana tidak bolehdinilai. Faktor lain yang juga dianggap penting oleh aliran tingkah laku adalah faktor
penguatan adalah apa saja yang dapat memperkuat timbulnya tindak balas. Apabila penguatan ditambahkan maka tindak balas akan semakin kuat. Begitu juga bila penguatan
dikurangi respon juga akan tetap dikuatkan.
4.1 Kesimpulan
Masalah sosial yang dihadapi oleh pelajar dan remaja boleh diatasi oleh mereka secara
bersedirian atau dibantu oleh orang lain. Sebahagian memerlukan bimbingan daripada ibu
bapa, guru, rakan sebaya dan orang lain. Terdapat juga remaja yang tidak dapatmenyelesaikan masalahnya kerana tidak mendapat bantuan yang menyebankan pendidikan
dan pencapaian akademik mereka terjejas. Didikan dan tunjuk ajar oleh emak dan ayanhserta ahli keluaga di rumah penjadi panduan kerana faktor luar daripada keluaga
penyumbang terbesar kepada bagaimana pergaulan mereka. Kesan daripada ini, masalah
pencapaian akan turut sama terjejas. Peranan gurulah yang boleh membantu mengatasimasalah ini. Nilai-nilai murni murni perlu diterapkan dalam setiap individu kerana guru
boleh menjadi cerminan kepada perlakuan pelajarnya. Hal ini merupakan nilai yang
penting dalam pembentukan individu yang unggul. Jadilah seorang guru yang mempunyaisahsiah yang unggul yang dapat menjadikan institusi kerguruan ke arah lebih baik
mengikut perkembangan semasa.
7/27/2019 MASALAH SOSIAL PELAJAR DAN HUBUNGANNYA DENGAN KEMEROSOTAN PEMBELAJARAN.docx
http://slidepdf.com/reader/full/masalah-sosial-pelajar-dan-hubungannya-dengan-kemerosotan-pembelajarandocx 6/6
6
Lampiran