38
MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK DALAM TAJUK KEBARANGKALIAN DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 5 KHEONG SIA CHUNG Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia MEI 2011

MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK DALAM · PDF filevii ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti masalah pembelajaran matematik Tingkatan Lima dalam tajuk kebarangkalian di sekitar

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK DALAM · PDF filevii ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti masalah pembelajaran matematik Tingkatan Lima dalam tajuk kebarangkalian di sekitar

MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK DALAM TAJUK

KEBARANGKALIAN DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 5

KHEONG SIA CHUNG

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MEI 2011

Page 2: MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK DALAM · PDF filevii ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti masalah pembelajaran matematik Tingkatan Lima dalam tajuk kebarangkalian di sekitar

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL :MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK DALAM TAJUK KEBARANGKALIAN DI KALANGAN

PELAJAR TINGKATAN 5

SESI PENGAJIAN : 2010/2011

Saya KHEONG SIA CHUNG (880609-13-5051)

(HURUF BESAR)

Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi

Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi.

4. **Sila tandakan ( 4 )

SULIT

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamtan atau kepentingan

Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh

organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

__________________________________________ ____________________________________________

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap:

KHEONG SIA CHUNG PROF MADYA DR. MD NOR BIN BAKAR

D/A KHEONG CHEW BEE, NAMA PENYELIA KM 79, JALAN SIBU-SELANGAU,

96000, SIBU SARAWAK

Tarikh: 5 MEI 2011 Tarikh: 5 MEI 2011

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini

perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara ּט

penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau

Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 3: MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK DALAM · PDF filevii ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti masalah pembelajaran matematik Tingkatan Lima dalam tajuk kebarangkalian di sekitar

iii

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan Matematik (Kimia).”

Tandatangan : …………………………………..

Nama Penyelia: PM DR MD NOR BIN BAKAR

Tarikh : …………………………………..

Page 4: MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK DALAM · PDF filevii ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti masalah pembelajaran matematik Tingkatan Lima dalam tajuk kebarangkalian di sekitar

ii

MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK DALAM TAJUK

KEBARANGKALIAN DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 5

KHEONG SIA CHUNG

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

Matematik (Kimia)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MEI 2011

Page 5: MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK DALAM · PDF filevii ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti masalah pembelajaran matematik Tingkatan Lima dalam tajuk kebarangkalian di sekitar

iv

“Saya akui bahawa penulisan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan :…………………………………..

Nama Penulis: KHEONG SIA CHUNG

Tarikh :…………………………………..

Page 6: MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK DALAM · PDF filevii ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti masalah pembelajaran matematik Tingkatan Lima dalam tajuk kebarangkalian di sekitar

v

DEDIKASI

TERISTIMEWA BUAT,

Ibu dan Ayah yang Disayangi dan Dikasihi,

Kakak dan Adik Tersayang,

Segala Doamu, Pengorbananmu, Doronganmu, Kesabaranmu Serta Kasih Sayangmu

Dari Kalian Amat Ku Sanjungi dan Ku Hargai…

KHAS BUAT,

Pensyarah Pembimbing yang dikasihi,

Segala Bimbingan, Tunjuk Ajar dan Jasamu Tidak akan Ku Lupai …

Rakan-rakan Seperjuangan

Terima Kasih

Di atas Segala Sokongan dan Semangat Dari Kalian Semua

Sepanjang Pengajian Ku

Page 7: MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK DALAM · PDF filevii ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti masalah pembelajaran matematik Tingkatan Lima dalam tajuk kebarangkalian di sekitar

vi

PENGHARGAAN

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih

serta memberi pengakuan yang terhormat kepada penyelia saya iaitu PM Md Nor bin

Bakar yang senantiasa memberi bimbingan, pandangan dan tegurannya yang membina

dalam usaha menyiapkan projek penyelidikan ini.

Selain ini, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa dan

keluarga yang saya sayangi di atas segala sokongan, dorongan dan galakan tidak pernah

jemu dan putus asa semasa saya menyiapkan tugasan saya di projek ini.

Tidak ketinggalan juga ucapan terima kasih kepada guru-guru dan pelajar-pelajar

Sekolah Menengah Tinggi Kluang, Sekolah Menengah Taman Kluang Barat, dan

Sekolah Menengah Sri Lalang yang sudi menjadi responden kajian sepanjang

menjalankan kajian ini.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan

dan sahabat karib saya serta semua pihak yang sudi membantu dan memberi nasihat

kepada saya bagi menyiapkan projek sarjana muda ini dengan jayanya.

Page 8: MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK DALAM · PDF filevii ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti masalah pembelajaran matematik Tingkatan Lima dalam tajuk kebarangkalian di sekitar

vii

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti masalah pembelajaran matematik

Tingkatan Lima dalam tajuk kebarangkalian di sekitar Daerah Kluang. Kajian ini

menfokuskan kepada dua persoalan kajian. Kajian sebenar pula melibatkan seramai

170 orang responden dari tiga buah sekolah menengah di sekitar Kluang iaitu

Sekolah Menengah Tinggi Kluang, Sekolah Menengah Kluang Barat dan Sekolah

Menengah Sri Lalang, Kluang dengan mengedarkan instrumen kajian iaitu soalan

ujian diagnostik tajuk Kebarangkalian. Temu bual juga dilakukan ke atas lima orang

pelajar sekolah menengah yang dipilih. Ujian diagnostik disemak dan data

dikumpulkan dan dianalisis dengan menggunakan “SPSS 15.0 for Windows

Evaluation Version”. Analisis yang dibuat dalam bentuk min, peratusan dan sisihan

piawai. Hasil kajian mendapati tahap penguasaan pelajar dalam tajuk kebarangkalian

masih pada tahap yang sederhana dan perlu diperbaiki. Kebanyakkan pelajar yang

tidak dapat menjawab soalan kebarangkalian dengan tidak menulis sebarang

jawapan. Pemahaman konsep kebarangkalian juga masih pada tahap yang lemah.

Selain itu, pelajar juga lemah dalam penggunaan simbol tatatanda set. Masalah dari

segi pengiraan yang tidak tepat juga menjadi punca utama kesilapan pelajar dalam

kebarangkalian. Dari segi penyelesaian masalah, pelajar tidak mampu memilih jenis

peristiwa yang berlaku serentak dan peristiwa yang tidak berlaku serentak. Antara

cadangan pemulihan untuk tajuk ini adalah pemahaman konsep kebarangkalian

daripada eksperimen dan memperkenalkan konsep peristiwa dengan menggunakan

dadu. Diharap dengan maklumat yang diperolehi daripada kajian ini dapat membantu

pelajar dan guru. Dalam mengatasi masalah pembelajaran yang berkaitan dengan

Page 9: MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK DALAM · PDF filevii ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti masalah pembelajaran matematik Tingkatan Lima dalam tajuk kebarangkalian di sekitar

viii

tajuk Kebarangkalian. Selain itu, kajian ini diharap dapat dijadikan sebagai garis

panduan untuk kajian yang akan datang.

Page 10: MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK DALAM · PDF filevii ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti masalah pembelajaran matematik Tingkatan Lima dalam tajuk kebarangkalian di sekitar

ix

ABSTRACT

This study was designed to investigate the problem of learning mathematic in

the topic of probability among from Form Five students in Kluang District. This

study is focused on two research questions. The research was conducted at three

schools at Kluang that are Sekolah Menengah Tinggi Kluang, Sekolah Menengah

Kluang Barat and Sekolah Menengah Sri Lalang, Kluang. The diagnostic tests were

distributed to 170 respondents from three of schools. The interviews were conducted

involving five students. The diagnostic tests were checked and data were collected

and analysed by using “SPSS 15.0 for Windows Evaluation Version”. The analysis

of data was in form of mean, percentage and standard deviation. The findings of the

study showed that the performance of students in the topic of probability in average

level and need to be improve. Most of the students cannot answer the question and

not writing anything in the diagnostic test. The students also encountered the

problem by using sign set symbol. Some mistakes in calculation and errors in

problem solving also encountered by the students. The understanding of the concept

of probability is very weak. The suggested activities to encounter the problem in

probability, understand the probability concept using experiment and introducing the

concept of event by using dice. Hopefully, with the information obtained from this

research, it can help the teachers and students. This research also provides the

guideline for the further research in the future.

Page 11: MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK DALAM · PDF filevii ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti masalah pembelajaran matematik Tingkatan Lima dalam tajuk kebarangkalian di sekitar

x

SENARAI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

i

JUDUL ii

PENGESAHAN PENYELIA iii

PENGAKUAN PENYELIDIK iv

DEDIKASI v

PENGHARGAAN vi

ABSTRAK vi-vii

ABSTRACT viii

SENARAI KANDUNGAN ix-xiii

SENARAI JADUAL xiv-xv

SENARAI RAJAH xvi-xvii

SENARAI SINGKATAN xviii

SENARAI LAMPIRAN

xix

1 PENGENALAN 1

1.1 Pengenalan 1

Page 12: MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK DALAM · PDF filevii ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti masalah pembelajaran matematik Tingkatan Lima dalam tajuk kebarangkalian di sekitar

xi

1.2 Latar Belakang Masalah 5

1.3 Pernyataan Masalah 9

1.4 Objektif Kajian 10

1.5 Persoalan Kajian 11

1.6 Rasional Dan Kepentingan Kajian 11

1.7 Skop dan Batasan Kajian 13

1.8 Definisi Istilah

1.8.1 Matematik

1.8.2 Pengajaran

1.8.3 Kebarangkalian

1.8.4 Penilaian

1.8.5 Masalah

1.8.6 Penyelesaian Masalah

1.8.7 Kefahaman

1.8.8 Konsep

1.8.9 Mengenalpasti

1.8.10 Pembelajaran

13

13

14

14

14

15

16

16

16

16

17

1.9 Kesimpulan

18

2 SOROTAN KAJIAN 19

2.1 Pengenalan 19

2.2 Pembelajaran Dan Pengajaran 20

2.3 Konsep Asas Kebarangkalian

2.3.1 Kesukaran Dalam Pembelajaran Konsep Asas

Kebarangkalian

23

24

Page 13: MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK DALAM · PDF filevii ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti masalah pembelajaran matematik Tingkatan Lima dalam tajuk kebarangkalian di sekitar

xii

2.3.2 Konsep Kebarangkalian Dalam Kanak-kanak 25

2.4 Pembelajaran Kebarangkalian

2.4.1 Pembelajaran Kebarangkalian Bagi Pelajar Muda

26

27

2.5 Penyelesaian Masalah Dalam Kebarangkalian

2.5.1 Masalah Pembelajaran Dan Pengajaran

Kebarangkalian

28

29

2.6 Kesimpulan

30

3 METADOLOGI KAJIAN 32

3.1 Pengenalan 32

3.2 Reka Bentuk Kajian 32

3.3 Kaedah Kajian

3.3.1 Kaedah Kajian Bertulis

3.3.2 Kaedah Temubual

35

36

36

3.4 Populasi Kajian 38

3.5 Prosedur Pemilihan Sampel 38

3.6 Instrumen Kajian

3.6.1 Ujian Diagnostik

3.6.2 Temubual

39

39

44

3.7 Prosedur Kajian 44

3.8 Kajian Rintis 45

3.9 Kesahan Dan Kebolehpercayaan Instrumen 46

3.10 Analisis Data 46

3.11 Kesimpulan

47

Page 14: MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK DALAM · PDF filevii ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti masalah pembelajaran matematik Tingkatan Lima dalam tajuk kebarangkalian di sekitar

xiii

4 ANALISIS DATA 48

4.1 Pengenalan 48

4.2 Analisa Maklumat Bahagian A : Latar Belakang

Responden

4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina

4.2.2 Taburan Responden Mengikut Sekolah

49

49

50

4.3 Analisa Maklumat Bahagian B : Ujian Diagnostik

4.3.1 Soalan 1

4.3.2 Soalan 2

4.3.3 Soalan 3

4.3.4 Soalan 4

4.3.5 Soalan 5

4.3.6 Soalan 6

4.3.7 Soalan 7

4.3.8 Soalan 8

50

51

53

54

55

56

57

58

59

4.4 Data Sokongan (Temubual)

62

5 RINGKASAN KAJIAN, PERBINCANGAN, RUMUSAN

DAN CADANGAN

65

5.1 Pengenalan 65

5.2 Perbincangan

5.2.1 Perbincangan Tentang Masalah Yang Dihadapi

Oleh Pelajar dalam Tajuk Kebarangkalian

5.2.1.1 Masalah Pelajar Dalam Konsep Ruang

Sampel

66

66

68

Page 15: MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK DALAM · PDF filevii ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti masalah pembelajaran matematik Tingkatan Lima dalam tajuk kebarangkalian di sekitar

xiv

5.2.1.2 Masalah Pelajar Dalam Konsep Peristiwa

5.2.1.3 Masalah Pelajar Dalam Konsep

Kebarangkalian Sesuatu Peristiwa

5.2.1.4 Masalah Pelajar Dalam Konsep

Kebarangkalian Bergabung

5.2.1.5 Masalah Pelajar Dalam Menterjermahkan

Soalan Kebarangkalian Kepada Bentuk

Matematik

69

70

72

73

5.3 Perbincangan dan Rumusan

5.3.1 Masalah Dalam Konsep-Konsep Asas

5.3.2 Masalah Dalam Penggunaan Simbol

5.3.3 Masalah Pelajar Dalam Proses Pengiraan

5.3.4 Penyelesaian Masalah

74

74

75

75

75

5.4 Lain-Lain Masalah 76

5.5 Kekangan Kajian 77

5.6 Cadangan Strategi Pemulihan

5.6.1 Pemahaman Konsep Kebarangkalian Daripada

Eksperimen

5.6.2 Memperkenalkan Konsep Peristiwa Dengan

Menggunakan Dadu

77

78

80

5.7 Cadangan Hasil Kajian 81

5.8 Cadangan Kajian Lanjutan 83

5.9 Penutup

84

Page 16: MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK DALAM · PDF filevii ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti masalah pembelajaran matematik Tingkatan Lima dalam tajuk kebarangkalian di sekitar

xv

RUJUKAN 86

LAMPIRAN 90

Page 17: MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK DALAM · PDF filevii ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti masalah pembelajaran matematik Tingkatan Lima dalam tajuk kebarangkalian di sekitar

xv

SENARAI JADUAL

NOMBOR JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Reka Bentuk Penyelidikan

34

3.2 Bilangan Pelajar di Tiga Buah Sekolah yang

Dipilih

38

3.3 Komposisi Pelajar

39

3.4 Aras Kemahiran Matematik

40

3.5 Keterangan Setiap Item Mengikut Kelompok

Diagnostik

40

3.6 Taburan Item

42

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina

49

4.2 Taburan Responden Mengikut Sekolah

50

4.3a Taburan Bilangan Pelajar yang Menjawab

Dengan Betul dan Salah Bagi Soalan 1(a)

51

4.3b Taburan Bilangan Pelajar yang Menjawab

Dengan Betul dan Salah Bagi Soalan 1(b)

52

4.3c Taburan Bilangan Pelajar yang Menjawab

Dengan Betul dan Salah Bagi Soalan 1(c)

52

4.4 Taburan Bilangan Pelajar yang Menjawab

Dengan Betul dan Salah Bagi Soalan 2

53

4.5a Taburan Bilangan Pelajar yang Menjawab

Dengan Betul dan Salah Bagi Soalan 3(a)

54

4.5b Taburan Bilangan Pelajar yang Menjawab 55

Page 18: MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK DALAM · PDF filevii ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti masalah pembelajaran matematik Tingkatan Lima dalam tajuk kebarangkalian di sekitar

xvi

Dengan Betul dan Salah Bagi Soalan 3(b)

4.6 Taburan Bilangan Pelajar yang Menjawab

Dengan Betul dan Salah Bagi Soalan 4

56

4.7 Taburan Bilangan Pelajar yang Menjawab

Dengan Betul dan Salah Bagi Soalan 5

57

4.8 Taburan Bilangan Pelajar yang Menjawab

Dengan Betul dan Salah Bagi Soalan 6

58

4.9 Taburan Bilangan Pelajar yang Menjawab

Dengan Betul dan Salah Bagi Soalan 7

59

4.10a Taburan Bilangan Pelajar yang Menjawab

Dengan Betul dan Salah Bagi Soalan 8(a)

60

4.10b Taburan Bilangan Pelajar yang Menjawab

Dengan Betul dan Salah Bagi Soalan 8(b)

60

4.11 Perbandingan Kesalahan Pelajar Bagi Setiap

Soalan

61

5.1 Subtopik Dalam Tajuk Kebarangkalian

Tingkatan Empat beserta Kemahiran-

Kemahiran yang Perlu Ada Dalam Setiap

Subtopik

66

5.2 Subtopik Dalam Tajuk Kebarangkalian

Tingkatan Lima beserta Kemahiran-

Kemahiran yang Perlu Ada Dalam Setiap

Subtopik

68

5.3 Pertukaran Soalan Kebarangkalian Kepada

Aritmetik

81

Page 19: MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK DALAM · PDF filevii ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti masalah pembelajaran matematik Tingkatan Lima dalam tajuk kebarangkalian di sekitar

xix

SENARAI SINGKATAN

BBM - Bahan Bantu Mengajar

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

NAEP - National Assessment of Educational Progress

NCTM - National Council of Teachers of Mathematics

PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum

SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan

SPSS - Statistical Package for Social Science

Page 20: MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK DALAM · PDF filevii ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti masalah pembelajaran matematik Tingkatan Lima dalam tajuk kebarangkalian di sekitar

xx

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN

TAJUK MUKA SURAT

A Soalan Ujian Diagnostik

90

B Surat Kebenaran Membuat Kajian Daripada Jabatan

Pelajaran Negeri Johor

96

C Borang Perakuan Untuk Menjalankan Kajian Di

Sekolah

97

D Surat Pengesahan Status untuk Menjalankan Kajian

Daripada Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi

Malaysia

100

E Aktiviti Cadangan Pemulihan Konsep Asas

Kebarangkalian

101

F Aktiviti Cadangan Pemulihan Konsep Peristiwa

102

G Data SPSS 103

Page 21: MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK DALAM · PDF filevii ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti masalah pembelajaran matematik Tingkatan Lima dalam tajuk kebarangkalian di sekitar

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Matematik adalah badan ilmu yang berpusat kepada konsep-konsep seperti

kuantiti, struktur, ruang, dan pertukaran. Matematik berkembang melalui

penggunaan peniskalaan dan logik, daripada pengiraan, penghitungan, pengukuran,

dan kajian kedudukan sistematik, bentuk, dan usul objek-objek fizikal. Ahli

matematik meneroka pelbagai konsep, sasaran untuk merumuskan tekaan baru dan

mewujudkan kebenaran mereka oleh potongan ketat daripada yang sesuai iaitu

aksiom dan takrifnya.

Matematik ialah satu bidang ilmu yang melatih minda supaya berfikir secara

mantik dan bersistem dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Sifat

matematik secara tabiinya menggalakkan pembelajaran yang bermakna dan

mencabar pemikiran (PPK, 2000). Terdapat tiga aspek penting dalam matematik

yang perlu diperkembangkan dalam diri pelajar iaitu matematik sebagai penaakulan,

matematik sebagai komunikasi dan matematik sebagai penyelesaian masalah.

Page 22: MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK DALAM · PDF filevii ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti masalah pembelajaran matematik Tingkatan Lima dalam tajuk kebarangkalian di sekitar

2

Matlamat pendidikan matematik adalah untuk memperkembangkan

pemikiran mantik analisis bersistem dan kritis, kemahiran penyelesaian masalah serta

kebolehan menggunakan ilmu pengetahuan matematik supaya seseorang individu itu

dapat berfungsi dalam kehidupan seharian dengan berkesan dan penuh

tanggungjawab serta menghargai kepentingan dan keindahan matematik

(Kementerian Pelajaran Malaysia, 2000).

Realitinya, matematik merupakan jentera atau penggerak kepada

pembangunan dan perkembangan sains dan teknologi. Oleh sebab itu, bagi

menyediakan tenaga kerja yang sesuai dengan perkembangan dan keperluan untuk

membentuk sebuah negara maju, adalah penting menguasai ilmu matematik.

Menurut Abd. Rahim, (2000), Matematik adalah pengetahuan teras yang perlu

dikuasai selaras dengan wawasan pendidikan negara untuk melahirkan warganegara

yang berketerampilan dalam pelbagai bidang bagi membolehkan pelajar-pelajar

memainkan peranan penting dalam pembangunan bangsa dan negara.

Terdapat 10 objektif kurikulum matematik sekolah menengah iaitu

membolehkan pelajar:-

i. Memahami definisi, konsep, hukum, prinsip dan teorem yang

berkaitan dengan Nombor, Bentuk dan Perkaitan;

ii. Memperluaskan kemahiran penggunaan operasi asas tambah, tolak,

darab dan bahagi yang berkaitan dengan Nombor, Bentuk dan

Perkaitan;

iii. Menguasai kemahiran asas matematik iaitu;

Membuat anggaran dan penghampiran

Mengukur dan membina

Memungut dan mengendali data

Mewakilkan dan mentafsir data

Mengenal perkaitan dan mewakilkannya secara matematik

Menggunakan algoritma dan perkaitan

Menyelesaikan masalah dan

Page 23: MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK DALAM · PDF filevii ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti masalah pembelajaran matematik Tingkatan Lima dalam tajuk kebarangkalian di sekitar

3

Membuat keputusan

iv. Berkomunikasi secara matematik

v. Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam

menyelesaikan masalah dan membuat keputusan

vi. Menghubungkaitkan ilmu matematik dengan bidang ilmu yang lain

vii. Menggunakan teknologi yang bersesuaian untuk membina konsep,

menguasai kemahiran, menyelesaikan masalah dan meneroka ilmu

matematik

viii. Membudayakan penggunaan pengetahuan dan kemahiran matematik

secara berkesan dan bertanggungjawab

ix. Bersikap positif terhadap matematik, dan

x. Menghargai kepentingan dan keindahan matematik

Matematik terkenal sebagai mata pelajaran yang tidak menarik, sukar dan

membosankan jika dibandingkan dengan mata pelajaran lain seperti bahasa, sastera,

latihan fizikal (Aplin dan Saunders,1996; Lee dan Cockman, 1995) dan juga sains

(Allchin, 1999; Tan, 1997; Proctor, 1991). Namun begitu peranan guru sangat

penting dalam menarik perhatian pelajar dalam menyampaikan ilmu matematik.

Menurut Cockroft (1992), pada umumnya, semua orang menerima tanpa ragu-ragu

bahawa Matematik adalah satu bidang pengajian yang sangat wajib dimasukkan

dalam kurikulum. Sudah berabad lamanya, mata pelajaran Matematik mendapat

kedudukan yang utama dalam kebanyakan bidang pengajian baik pada peringkat

sekolah mahupun peringkat yang lebih tinggi.

Pengajaran pengetahuan matematik selalu dihubungkaitkan dengan

pengajaran konsep matematik. Mengikut Souviney (1989), satu konsep matematik

boleh ditakrifkan sebagai corak asas yang menghubungkaitkan set-set objek atau

tindakan-tindakan antara satu sama lain dan pengajaran konsep-konsep matematik

merupakan satu usaha yang kompleks. Matematik dapat dilihat dari pelbagai

perspektif. Seseorang itu boleh mentakrifkan matematik sebagai permaisuri bagi

sains (queen of sciences) (Bell,1978) atau sebagai suatu bentuk bahasa, mempunyai

suatu struktur mantik yang tertentu sebagai suatu bidang ilmu untuk memahami

Page 24: MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK DALAM · PDF filevii ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti masalah pembelajaran matematik Tingkatan Lima dalam tajuk kebarangkalian di sekitar

4

nombor dan ruang, sebagai suatu siri kaedah untuk mendapat rumusan tertentu atau

sebagai satu aktiviti intelek yang memberangsangkan (Kline,1962).

Satu perkara yang menjadi kebimbangan yang serius di negara kita hari ini

ialah kesedaran bahawa pembelajaran dan pengajaran matematik boleh dikatakan

sangat tidak menggalakkan kerana kebanyakan guru matematik tidak melibatkan

pelajar semasa proses pembelajaran di bilik darjah, yang seterusnya mencetuskan

satu kebimbangan lain yang lebih cemas terutama dalam menghadapi era Wawasan

2020 nanti. Ini seterusnya menjadi pertanyaan bagaimana pelajar-pelajar boleh

menyelesaikan masalah matematik yang berkaitan dengan kehidupan harian selepas

meninggalkan sekolah sekiranya mempunyai sedikit ilmu matematik. Menyedari

hakikat ini, maka sewajarnya guru-guru matematik di sekolah memilih pendekatan

pembelajaran dan pengajaran yang boleh menarik minat para pelajar.

Amalan strategi pembelajaran dan pengajaran yang dipraktikkan oleh guru-

guru sangat memberi kesan dalam proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah.

Kaedah yang lebih berpusatkan guru dan kebergantungan kepada buku teks antara

faktor yang menyebabkan pelajar bosan dan kurang berminat untuk belajar

matematik. Murid-murid lebih banyak menghafal rumus, petua dan kaedah yang

dicipta oleh guru tanpa mengetahui konsep sebenar Matematik. Keadaan ini tentunya

akan melahirkan pelajar yang hanya pandai mengira tetapi jahil tentang matematik,

dan tidak mampu menyelesaikan masalah harian yang melibatkan Matematik (Nik

Aziz, 1996; Fatimah, 1996).

Kurikulum Matematik KBSM merupakan satu kontinum daripada Tingkatan

Satu hingga Tingkatan Lima. Kandungan kurikulum ini diolah mengikut tiga bidang

yang saling berkait iaitu Nombor, Bentuk & Ruang dan Perkaitan. Olahan ini dipilih

kerana dalam situasi umum seseorang itu memerlukan pengetahuan dan kemahiran

berhubung dengan membilang dan mengira, mengenali bentuk dan ukuran serta

perkaitan antara nombor dengan bentuk. Kurikulum Matematik Sekolah Menengah

bertujuan untuk membentuk individu yang berpemikiran matematik dan

berketerampilan mengaplikasikan pengetahuan matematik dengan berkesan dan

bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan, supaya

Page 25: MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK DALAM · PDF filevii ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti masalah pembelajaran matematik Tingkatan Lima dalam tajuk kebarangkalian di sekitar

5

berupaya menangani cabaran dalam kehidupan harian bersesuaian dengan

perkembangan sains dan teknologi.

Di Malaysia, sistem pendidikan sentiasa dirombak supaya kurikulum dapat

diselaraskan dengan perkembangan masyarakat dan dunia. Beberapa perubahan dan

pembaharuan dalam bidang Matematik telah dibuat termasuklah Perlaksanaan

Matematik Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) mulai tahun 1989.

Matlamat Matematik KBSM yang dinyatakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum

adalah untuk memperkembangkan pemikiran mantik, analitik, bersistem dan kritis,

kemahiran penyelesaian masalah serta kebolehan menggunakan ilmu pengetahuan

Matematik supaya seseorang dapat berfungsi dalam kehidupan seharian dengan

berkesan dan bertanggungjawab serta menghargai kepentingan dan keindahan

Matematik (Huraian Sukatan Pelajaran, 1993).

Kebarangkalian adalah salah satu tajuk dalam matematik. Kebarangkalian

termasuk dalam bidang perkaitan dalam matematik. Terdapat beberapa subtopik atau

bahagian yang mengelirukan dan menyekat kefahaman pelajar dalam tajuk

kebarangkalian ini. Bagi menyelesaikan masalah ini, guru sangat memainkan

peranan penting untuk memberi kefahaman yang berkesan kepada pelajar untuk

memahami topik tersebut.

1.2 Latar Belakang Masalah

Pada dasarnya, mata pelajaran Matematik merupakan salah satu mata

pelajaran yang sangat penting untuk dipelajari oleh semua pelajar sebagai persediaan

untuk menjadi generasi yang akan memainkan peranan penting dalam menentukan

masa depan negara dan hal ini juga tidak ketinggalan khususnya melibatkan pelajar

tingkatan 4. Sebagaimana kepentingan Matematik yang telah dinyatakan oleh Abd.

Rahim (2000) bahawa mata pelajaran Matematik amat penting bagi mendapatkan

Page 26: MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK DALAM · PDF filevii ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti masalah pembelajaran matematik Tingkatan Lima dalam tajuk kebarangkalian di sekitar

6

peluang yang lebih baik untuk menceburkan diri dalam perakaunan, perniagaan,

perubatan, kedoktoran, sains dan teknologi dan sebagainya.

Masalah pembelajaran matematik adalah isu yang selalu menjadi perkara

utama dalam kehidupan seorang guru. Matematik terkenal dengan mata pelajaran

yang tidak menarik, kering, sukar dan membosankan jika dibandingkan dengan mata

pelajaran lain seperti bahasa, latihan fizikal (Alphin dan Saunders, 1996; Lee dan

Cockman, 1995) dan juga sains (Allchin, 1999; Tan, 1997; Proctor, 1991). Boleh

dikatakan mendengar perkataan matematik seolah-olah mendengar sesuatu cerita

yang mengerikan terutamanya dikalangan pelajar. Menurut Azlina (2003),

matematik adalah antara mata pelajaran yang dianggap sebagai „killer subject‟

terutamanya di kalangan pelajar luar bandar. Tanggapan pelajar bahawa matematik

itu adalah „killer subject‟ akan menyebabkan proses pencerapan ilmu matematik

lebih sukar berlaku. Ini kerana menurut Buxton (1981), kerisauan terhadap

matematik telah menyebabkan wujudnya pengaruh negatif dalam penguasaan

matematik dikalangan pelajar .

Menurut Abd. Rahim (2000), punca kelemahan dalam mata pelajaran

Matematik adalah disebabkan kecenderungan menyalahkan sikap kurang minat

pelajar dalam mata pelajaran tersebut. Walau bagaimanapun, pembentukan sikap

seseorang mempunyai pertalian dengan berbagai-bagai faktor lain, khususnya

berkaitan dengan pedagogi pengajaran Matematik yang mempunyai banyak

kelemahan dan menimbulkan masalah pembelajaran kepada pelajar. Seperti yang

dinyatakan oleh Suydam, (1985) dan Norhayati, (2000) bahawa guru-guru pada hari

ini dikatakan terlalu bergantung kepada buku teks dan tidak banyak aktiviti

dijalankan selain membuat latihan dari buku teks. Hal ini berlaku kerana kesukaran

guru untuk menyedia dan mendapatkan model kontrik yang bersesuaian dengan tajuk

yang diajar.

Kebarangkalian adalah kemungkinan atau kesempatan pada sesuatu keadaan

yang akan atau telah berlaku. Teori kebarangkalian digunakan secara meluas dalam

bidang seperti statistik, matematik, kewangan, sains dan falsafah untuk mendapat

Page 27: MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK DALAM · PDF filevii ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti masalah pembelajaran matematik Tingkatan Lima dalam tajuk kebarangkalian di sekitar

7

kesimpulan berkaitan kebarangkalian peristiwa terjadi dan mekanik dasar sistem

kompleks.

Kebarangkalian adalah topik ketujuh dalam Tingkatan Empat.

Kebarangkalian juga akan dipelajari oleh pelajar Tingkatan Lima iaitu sambungan

dalam Tingkatan Empat. Dalam topik kebarangkalian Tingkatan Empat, terbahagi

kepada tiga subtopik iaitu ruang sampel, peristiwa dan kebarangkalian dalam sesuatu

peristiwa.

Ruang sampel adalah set semua kesudahan yang mungkin bagi sesuatu

ujikaji. Dalam subtopik ruang sampel ini, pelajar perlulah menentukan sama ada

suatu kesudahan adalah kesudahan yang mungkin bagi sesuatu ujikaji. Selain itu,

pelajar juga dapat menyenaraikan semua kesudahan yang mungkin bagi sesuatu

ujikaji sama ada secara aktiviti atau penaakulan. Pelajar juga mestilah dapat

menentukan ruang sampel sesuatu ujikaji dan dapat menulis ruang sampel dengan

menggunakan tatatanda set.

Peristiwa pula adalah set kesudahan yang memenuhi syarat tertentu. Dalam

subtopik peristiwa ini, pelajar perlulah mahir dalam menyatakan unsur-unsur ruang

sampel yang memenuhi syarat tertentu. Selain itu, pelajar haruslah mahir dalam

mengenal pasti peristiwa yang memenuhi syarat yang diberi bagi sesuatu ruang

sampel. Pelajar juga akan diuji dalam menentukan sama ada sesuatu peristiwa adalah

mungkin bagi sesuatu ruang sampel.

Bagi subtopik yang terakhir dalam Tingkatan Empat, kebarangkalian suatu

peristiwa, subtopik ini melibatkan kedua-dua subtopik sebelumnya. Oleh itu, pelajar

haruslah memahami maksud peristiwa dan ruang sampel. Jika kedua-dua subtopik ini

tidak dikuasai oleh pelajar, maka pelajar tidak akan memahami soalan yang

diberikan pada subtopik yang terakhir. Kebarangkalian suatu peristiwa sebagai

nisbah bilangan kali berlakunya peristiwa itu kepada bilangan cubaan yang cukup

besar dalam sesuatu ujikaji. Dalam subtopik ini pula, pelajar haruslah dapat

menentukan nisbah bilangan kali berlakunya sesuatu peristiwa kepada bilangan

Page 28: MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK DALAM · PDF filevii ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti masalah pembelajaran matematik Tingkatan Lima dalam tajuk kebarangkalian di sekitar

8

percubaan. Selain itu, pelajar juga haruslah dapat menyatakan kebarangkalian

sesuatu peristiwa daripada bilangan yang cukup besar.

Bagi Tingkatan Lima pula, subtopik yang pertama adalah kebarangkalian

sesuatu peristiwa. Subtopik ini adalah kesinambungan dalam Kebarangkalian

Tingkatan Empat. Dalam subtopik ini, pelajar akan diajar tentang cara menentukan

kebarangkalian sesuatu peristiwa bagi ruang sampel yang semua kesudahannya

semua boleh jadi. Selain itu pelajar juga perlu menentukan jangkaan bilangan

kesudahan bagi sesuatu peristiwa apabila kebarangkalian peristiwa itu dan bilangan

cubaan diketahui. Pelajar juga didedahkan dengan menyelesaikan masalah yang

berkaitan dengan kebarangkalian.

Subtopik yang kedua adalah kebarangkalian peristiwa pelengkap. Dalam

subtopik ini, pelajar perlu menyatakan pelengkap bagi sesuatu peristiwa dalam

perkataan dan tatatanda set. Selain itu, pelajar diuji dengan menyelesaikan

kebarangkalian peristiwa pelengkap.

Subtopik yang terakhir dalam Tingkatan Lima adalah kebarangkalian

peristiwa bergabung. Dalam subtopik ini, pelajar dikehendaki menyenaraikan

kesudahan peristiwa A atau B sebagai unsur set A U B dan A dan B sebagai unsur

A ∩ B. selain itu pelajar juga dikehendaki mahir dalam mencari kebarangkalian

secara menyenaraikan kesudahan peristiwa bergabung. Pelajar juga perlu memahami

kebarangkalian dengan mencari kebarangkalian peristiwa bergabung dengan hasil

tambah dan darab peristiwa yang bergabung. Kemudian, pelajar perlu mahir

menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan kebarangkalian.

Dalam dua subtopik pertama lebih mudah kerana aras kemahiran matematik

yang digunakan adalah aras 1. Dalam subtopik yang terakhir, pelajar akan diuji pula

dengan aras 2, iaitu pelajar akan diuji dengan menjangkakan bilangan sesuatu

peristiwa, diberikan kebarangkalian dan bilangan cubaan. Terdapat juga aras 3 dalam

subtopik terakhir iaitu menyelesaikan masalah dan meramalkan sesuatu peristiwa

berlaku berdasarkan maklumat yang diketahui.

Page 29: MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK DALAM · PDF filevii ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti masalah pembelajaran matematik Tingkatan Lima dalam tajuk kebarangkalian di sekitar

9

1.3 Pernyataan Masalah

Matematik adalah matapelajaran yang selalu dianggap sukar oleh pelajar.

Menurut Nik Aziz (1992), matematik adalah sesuatu cabang ilmu yang kompleks.

Perkataan “kompleks” ini sangat mendalam maksudnya sehinggakan ramai pelajar

juga menganggap matematik adalah sangat kompleks dan sukar. Masalah

pembelajaran matematik bukanlah suatu perkara yang unik di kalangan masyarakat

kita sahaja. Rata-rata di seluruh dunia, masalah ini menjadi bahan renungan. Masalah

ini juga bukanlah masalah baru. Di Amerika Syarikat, sebuah buku yang berjudul

“Overcoming math Anxiety” (Menangani Kerisauan Matematik) telah di tulis oleh

Shella Toblas pada tahun 1970 an lagi.

Antara isu yang sering dibangkitkan yang dapat dikaitkan dengan kualiti

pendidikan ialah kecemerlangan. Berdasarkan kepada isu kecemerlangan, timbul

pula persoalan bagaimana seseorang individu itu berjaya dalam bidang akademik dan

bagaimana pula dengan pelajar yang belum sampai ke tahap pencapaian yang

diinginkan. Pelajar sering menghadapi masalah dalam pembelajaran Matematik.

Masalah ini merupakan satu fenomena yang perlu dicari jalan penyelesaian bagi

meningkatkan pencapaian dalam mata pelajaran Matematik khususnya bagi topik

kebarangkalian. Ini kerana kebarangkalian merupakan satu pengetahuan yang

penting dalam kehidupan masyarakat kita. Kebarangkalian juga digunakan dalam

ramalan kaji cuaca, penyelidikan genetik, penyelidikan kejuruteraan dan sebagainya.

Bagi sesetengah pelajar yang kurang memahami sesuatu subtopik dalam

kebarangkalian, adalah amat penting bagi seorang guru menggunakan kaedah yang

bermutu dan mudah difahami oleh pelajarnya. Penggunaan buku teks dan buku

rujukan semata-mata tidak mampu untuk meningkatkan kefahaman pelajar tersebut.

Oleh itu,penggunaan teknologi yang cangkih pada abad ini boleh digunakan untuk

memberi kefahaman kepada pelajar.

Pemahaman istilah sangat penting dalam mempelajari matematik dan sains.

Dalam topik kebarangkalian ini terdapat dua istilah iaitu ruang sampel dan peristiwa.

Page 30: MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK DALAM · PDF filevii ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti masalah pembelajaran matematik Tingkatan Lima dalam tajuk kebarangkalian di sekitar

10

Jika guru tidak menerangkan istilah ini, pelajar akan mencampuradukkan matematik

dengan bahasa melayu. Oleh itu, pemahaman terhadap istilah sangatlah penting.

Dalam pembelajaran matematik, cara-cara untuk berkomunikasi idea-idea

matematik melalui interaksi sosial ialah melukis atau menulis perwakilan, bercakap,

menanya, memberi komen, mengkritik, membukti, memberi penjelasan, memberi

pendapat, mendengar dan sebagainya. Mengikut National Council of Teachers of

Mathematics (NCTM, 1989), perwakilan melibatkan perterjemahan satu masalah

atau idea kepada satu bentuk yang baru, yang selalunya melibatkan gambarajah,

simbol, tatatanda. Manakala apabila pelajar dalam kumpulan kecil berbincang dan

menyelesaikan masalah, mereka boleh mengaitkan bahan yang mereka tahu dengan

istilah matematik yang mungkin mereka tidak biasa lihat atau dengar.

Selain itu, pemahaman konsep juga adalah sangat penting. Kebanyakan

pelajar mempunyai masalah dengan pemahaman konsep sebelum pergi lebih jauh

dalam sesuatu tajuk dalam matematik. Berhubung dengan penguasaan kefahaman

konsep Matematik, kebanyakan guru memiliki kefahaman instrumental atau

prosedural berbanding dengan kefahaman relasional atau konseptual (Macgehee

1990; Francis 1992; Hutchison 1992; Lee 1992; Even 1993).

Pemahaman pelajar sangat berkait rapat dengan proses pembelajaran di

sekolah. Begitu juga dengan mata pelajaran matematik yang memerlukan guru untuk

membimbing pelajar supaya mereka lebih faham. Terdapat beberapa kaedah yang

digunakan oleh guru, antaranya ialah induksi, deduksi dan eksposisi. Namun begitu

sejauh manakah pelajar dapat menguasai sesuatu topik dalam matematik.

1.4 Objektif Kajian

Masalah pembelajaran dalam matematik bagi topik kebarangkalian ini adalah

satu kajian untuk membantu pelajar serta guru-guru pada masa yang akan datang

Page 31: MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK DALAM · PDF filevii ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti masalah pembelajaran matematik Tingkatan Lima dalam tajuk kebarangkalian di sekitar

11

dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas agar pelajar-pelajar dapat

memahami topik kebarangkalian dengan lebih mudah.

Secara khususnya, objektif kajian ini ialah:

(i) Mengenalpasti masalah-masalah dan bentuk kesalahan yang

dilakukan oleh pelajar dalam topik kebarangkalian Tingkatan Empat

dan Lima.

(ii) Mengemukakan cara-cara mengatasi masalah-masalah pelajar dalam

topik kebarangkalian.

1.5 Persoalan Kajian

Kajian ini dijalankan untuk menjawab persoalan yang berikut:

(i) Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam topik

kebarangkalian?

(ii) Apakah cadangan mengatasi masalah-masalah pelajar dalam topik

kebarangkalian?

1.6 Rasional Dan Kepentingan Kajian

Setiap pelajar semestinya mempunyai masalah dalam pembelajaran

matematik dalam beberapa tajuk yang dipelajari di sekolah. Pelbagai langkah yang

dibuat untuk memastikan pelajar dapat menguasai sepenuhnya sesuatu tajuk.

Membuatkan matematik menjadi satu mata pelajaran yang indah dan mudah

difahami oleh pelajar adalah menjadi satu tugasan utama bagi setiap guru matematik

di seluruh dunia. Para pelajar akan lebih bersemangat dan mampu menghadapi

segala cabaran dan rintangan pembelajaran matematik pada peringkat seterusnya jika

Page 32: MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK DALAM · PDF filevii ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti masalah pembelajaran matematik Tingkatan Lima dalam tajuk kebarangkalian di sekitar

12

sebelum ini mereka dapat menjiwai bahawa matematik itu sesuatu mata pelajaran

yang menyeronokkan, indah dan mudah diikuti. Oleh yang demikian, perlunya nilai

matematik disemai dalam diri mereka. Ini kerana nilai matematik membangkitkan

rasa indah terhadap matematik, membangkitkan kefahaman tentang kepentingan

matematik dan dapat membantu seseorang menguasai kekuatan matematik dengan

lebih baik (National Council of Teachers of Mathematics, 1989; Kementerian

Pelajaran Malaysia, 1998). Seseorang guru dapat membantu para pelajar mereka

membaiki pembelajaran mereka apabila guru tersebut dapat mengesan masalah yang

dihadapi oleh pelajar mereka dalam sesuatu tajuk matematik.

Tajuk kebarangkalian adalah salah satu tajuk yang paling tidak disukai oleh

pelajar dalam matematik. Namun begitu kepentingan tajuk tersebut kepada kehidupan

harian tidak boleh dinafikan. Kebarangkalian akan dipelajari oleh pelajar hingga ke

peringkat yang lebih tinggi. Oleh itu, kefahaman terhadap tajuk ini sangat penting

kepada pelajar supaya pelajar dapat menjawab soalan kebarangkalian dengan baik

dalam peperiksaan dan memahaminya dalam kehidupan seharian.

Kajian ini dibuat adalah untuk memberi gambaran jelas masalah pelajar

dalam topik kebarangkalian serta berusaha untuk mencari penyelesaian kepada

bahagian-bahagian yang sukar dalam topik kebarangkalian. Selain itu, modul atau

Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang dihasilkan boleh digunakan oleh para pelajar

dan guru di sekolah pada masa yang akan datang.

Rumusan dan cadangan dalam kajian ini juga diharap dapat membantu guru-

guru dalam sesi pembelajaran dan pengajaran. Selain itu juga, cadangan pemulihan

yang dihasilkan dapat diterima pakai oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk

digunakan oleh guru-guru di sekolah.

Page 33: MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK DALAM · PDF filevii ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti masalah pembelajaran matematik Tingkatan Lima dalam tajuk kebarangkalian di sekitar

13

1.7 Skop dan Batasan Kajian

Kajian ini dilaksanakan ke atas pelajar-pelajar sekolah menengah Tingkatan

Emapt dan Lima. Seramai 170 orang pelajar telah dipilih daripada tiga buah sekolah

untuk menjawab soalan ujian diagnostik. Tajuk yang difokuskan ialah

kebarangkalian. Sekolah tersebut ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi

Kluang, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Kluang Barat dan Sekolah

Menemgah Kebangsaan Sri Lalang.

Setiap jawapan pelajar akan dinilai berdasarkan cara pelajar tersebut

menjawab soalan dalam ujian diagnostik yang telah diedarkan. Soalan yang

disediakan hanya melibatkan lapan soalan yang berkaitan dengan kebarangkalian

Tingkatan Empat dan Lima. Soalan yang diedarkan mempunyai semua subtopik di

dalam tajuk Kebarangkalian. Temu bual yang dibuat melibatkan lima orang pelajar

yang menjawab soalan ujian diagnostik.

Data dikumpulkan dari borang soal selidik yang diedarkan kepada responden.

Kajian ini dijalankan di sekolah menengah di daerah Kluang sahaja.

1.8 Definisi Istilah

Beberapa istilah dan konsep penting perlu dihuraikan pengertiannya supaya

tidak timbul sebarang kekeliruan dan salah faham. Diharap kefahaman dan penilaian

yang lebih tepat dapat dibuat oleh pembaca dan pemeriksa kajian ini.

1.8.1 Matematik

Pada asasnya, Matematik merupakan satu cabang ilmu pengetahuan yang

timbul daripada proses penaakulan terhadap kejadian-kejadian alam sekeliling dan

Page 34: MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK DALAM · PDF filevii ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti masalah pembelajaran matematik Tingkatan Lima dalam tajuk kebarangkalian di sekitar

14

cakerawala, sehubungan dengan itu, Matematik menjadi satu sistem logik untuk

mencantumkan rumusan-rumusan yang terdiri daripada bahasa Matematik yang

tersendiri seperti simbol-simbol, hukum-hukum dan operasinya (Mok Soon

Sang,1996).

1.8.2 Pengajaran

Menurut Ee Ah Meng (1997) pengajaran ialah proses penyampaian

kemahiran, ilmu pengetahuan, sikap, nilai-nilai, yang menyebabkan perubahan

tingkahlaku seseorang pelajar. Mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1997)

mentafsirkan pengajaran sebagai perihal mengajar dan segala usaha yang berkaitan

dengan mengajar (seperti cara atau sistem mengajar, aspek yang dipentingkan, dan

lain-lain) Manakala pembelajaran mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1997)

menyatakan pembelajaran pula ialah suatu proses (kegiatan) belajar.

1.8.3 Kebarangkalian

Kebarangkalian adalah kemungkinan atau kesempatan pada sesuatu keadaan

yang akan atau telah berlaku. Teori kebarangkalian digunakan secara meluas dalam

bidang seperti statistik, matematik, kewangan, sains dan falsafah untuk mendapat

kesimpulan berkaitan kebarangkalian peristiwa terjadi dan mekanik dasar sistem

kompleks.

1.8.4 Penilaian

NCTM (1995) mendefinisikan penilaian sebagai suatu proses untuk mendapat

‟bukti‟ pengetahuan yang dipunyai, kebolehan menggunakan dan sikap terhadap

Page 35: MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK DALAM · PDF filevii ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti masalah pembelajaran matematik Tingkatan Lima dalam tajuk kebarangkalian di sekitar

15

matematik bagi seseorang pelajar serta membuat inferens berdasarkan ‟bukti‟

berkenaan demi untuk pelbagai tujuan.

1.8.5 Masalah

Masalah merupakan suatu situasi yang dihadapi oleh seseorang individu yang

ingin atau perlu mencari suatu penyelesaian tetapi orang itu tidak mempunyai

prosedur sedia ada untuk mencari menyelesaikan masalah tersebut. Menurut Hayes,

(1978), pelajar dikatakan menghadapi masalah matematik jika ada matlamat

matematik yang cuba mereka capai tetapi mereka tidak mengetahui cara-cara

matlamat itu boleh dicapai dengan segera.

Kantowski, (1977) pula berpendapat bahawa masalah akan wujud apabila

pelajar menghadapi soalan matematik yang tidak dapat dijawab dalam masa yang

singkat atau tidak diselesaikan dengan menggunakan matlumat-matlumat yang ada

padanya ketika itu.

Lester, (1977) pula berpendapat bahawa masalah akan wujud apabila pelajar

ingin melaksanakan sesuatu tugas, tetapi tidak terdapat algoritma yang boleh

menghasilkan penyelesaian bagi tugas tersebut.

Berdasarkan pendapat-pendapat di atas dapatlah dibuat kesimpulan bahawa

masalah terdiri daripada satu situasi, sama ada bersifat kuantitatif atau sebaliknya,

yang dihadapi oleh pelajar atau sekumpulan pelajar yang memerlukan penyelesaian

tetapi pelajar tersebut tidak mengetahui sebarang kaedah atau cara yang jelas untuk

menghasilkan penyelesaian tersebut.

Page 36: MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK DALAM · PDF filevii ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti masalah pembelajaran matematik Tingkatan Lima dalam tajuk kebarangkalian di sekitar

16

1.8.6 Penyelesaian Masalah

Penyelesaian masalah adalah idea-idea atau konsep-konsep matematik yang

disatukan dalam bentuk cerita atau karangan dalam bahasa matematik. Cerita atau

karangan ini sebenarnya adalah tafsiran daripada kehidupan sebenar pelajar (PPK,

2001). Dalam kajian ini, untuk menyelesaikan sesuatu masalah, penyelesaian

masalah seharusnya mempunyai pengetahuan matematik, kemahiran algoritma dan

kemahiran dalam proses penyelesaian masalah.

1.8.7 Kefahaman

Kefahaman melibatkan kebolehan-kebolehan seperti melihat perkataan,

menggunakan pengetahuan, mengaitkan dengan pemikiran mantik, mengetahui

makna, memberi penerangan kepada orang lain, mengesan kesilapan, membuat

kesimpulan dan menghargai nilai (Wong, 1987).

1.8.8 Konsep

Istilah konsep merujuk kepada entiti dalaman yang dirumuskan daripada ciri-

ciri tersusun bagi gerak balas seseorang individu untuk tujuan menghubungkaitkan

atau mengelaskan situasi-situasi pengalaman.

1.8.9 Mengenalpasti

Bermaksud mengetahui atau mengecam dengan sebenar sehingga dapat

menyatakan dengan pasti sesuatu perkara itu berdasarkan fakta-fakta atau statistik

Page 37: MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK DALAM · PDF filevii ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti masalah pembelajaran matematik Tingkatan Lima dalam tajuk kebarangkalian di sekitar

17

yang diperolehi. Pengenalpastian hanyalah bersifat hipotesisan kerana persepsi dan

konsepsi pelajar tidak boleh diperhatikan secara empirikal (Nik Aziz Nik Pa, 1996).

1.8.10 Pembelajaran

Pembelajaran merupakan proses kebiasaan dalam pengetahuan dan sikap. Ia

melibatkan cara-cara baru melakukan sesuatu kerja atau tindakan sebagai perubahan-

perubahan individu mengatasi rintangan untuk menyesuaikan diri dalam satu situasi

baru. Pembelajaran diertikan sebagai perubahan-perubahan tingkah laku yang

progressif. Ia membolehkan individu tersebut memenuhi minat mereka dan mencapai

matlamat tertentu. Kimble, (1961) menyebut bahawa pembelajaran merupakan

perubahan potensi tingkah laku yang lebih kurang tetap dan berlaku akibat latihan

yang diteguhkan.

Menurut Gagne, (1975), pembelajaran adalah proses yang membolehkan

organisma mengubah tingkah lakunya agak cepat dan kekal supaya perubahan yang

sama tidak perlu berlaku lagi dalam keadaan yang baru. Pemerhati luar boleh

mengenalpasti bahawa pembelajaran telah berlaku jika ia mendapati perubahan

tingkah laku dan perubahan tersebut kekal.

Piaget, (1969) berpendapat bahawa pembelajaran adalah suatu proses

perubahan aktiviti mental dan bukan satu proses menambahkan pengetahuan semata-

mata. Ini bererti pembelajaran adalah hasil dari apa yang telah dilakukan kepada

benda-benda oleh seseorang dalam sesuatu perkelilingan yang melibatkan dua aspek

iaitu fizikal dan mental.

Woolfolk dan Cune-Nicolich, (1984) telah menegaskan bahawa pembelajaran

merupakan proses perubahan yang berlaku dalam diri seseorang yang sedang belajar.

Perubahan boleh membawa akibat yang lebih baik atau buruk yang berlaku secara

sengaja ataupun tidak.

Page 38: MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK DALAM · PDF filevii ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti masalah pembelajaran matematik Tingkatan Lima dalam tajuk kebarangkalian di sekitar

18

1.9 Kesimpulan

Kajian ini dibuat berdasarkan kelemahan pelajar dalam tajuk kebarangkalian

Tingkatan Empat dan Lima. Kajian yang dijalankan berusaha untuk mencari

penyelesaian kepada subtopik yang lemah bagi setiap pelajar. Ramai guru-guru

masih tercari-cari ramuan untuk mengajar tajuk kebarangkalian dengan mudah tetapi

masih gagal terutamanya dalam mengajar kelas yang lemah.

Dalam bab ini, penerangan tentang pendahuluan kajian yang mengandungi

pelbagai aspek termasuklah latar belakang masalah, penyataan masalah, objektif

kajian, persoalan kajian, kepentingan kajian, batasan kajian, tempat kajian, dan

definisi operasi. Semua elemen ini menerangkan tentang kajian yang akan dilakukan

bagi memenuhi kehendak kajian.

Berdasarkan kepentingan kajian ini, jelaslah bahawa pentingnya penyelidikan

ini. Hasil yang diperolehi daripada kajian ini berharap dapat membantu guru-guru

dan pelajar-pelajar pada masa depan dalam pembelajaran dan pengajaran. Dengan

mengeluarkan permasalahan-permasalahan yang wujud ini, kita dapat menyediakan

kaedah atau cara-cara yang sesuai untuk memininumkan permasalahan-permasalahan

ini yang seterusnya akan membuatkan para pelajar merasakan mempelajari

matematik adalah suatu perkara yang indah.

Dalam bab yang berikutnya, penyelidik akan menjalankan sorotan kajian

yang merupakan sokongan kepada permasalahan kajian yang akan dijalankan,

landasan empirikal, ulasan karya, bentuk dan tujuan kajian terdahulu yang berkaitan

serta kekangan dan masalah kajian yang berkaitan dengan kajian ini.