Author
vuque
View
334
Download
2
Embed Size (px)
MASALAH KERJA-KERJA PENDAWAIAN ELEKTRIK KETIKA PELAJAR
MENJALANI LATIHAN INDUSTRI
MOHD AZWAN BIN MD. YASIM
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind.l/97)UNIYERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
JUDUL:
BORANG PENGASAHAN STATUS TESIS'
MASALAH KERJA.KERJA Pf, NDAWAIAN ELEKTRIKKETIKA PELAJAR MENJALAIYI LATIHAN INDUSTRI
TERHAD
EN AMIRMUDIN BIN UDINNama Penyelia
SESI PENGAJIAN: 2010/2011
Saya MOHD AZWAN BIN MD. YASIMmengaku membenarkan tesis ([email protected]* ini disimpan di perpustakaanuniversiti reknologi Malaysia dengan syarat-slarat kegunaan seperti berikut:
l. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.3' Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini seb4gai bahan pertukaran antan
institusi pengajian tinggi.4. **Silatandakan( / )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan ataukepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalamAKTA RAHSTA RASMr 1972)
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukanoleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
(TANDAT AN PENULIS)ft'ffiu
(TAND.{TANGhN PE}IyELrA)
Alamat Tetap:
Lot 1193,Kampung Permatang Rambai,16800, Pasir Putehn Kelantan.
Tarikh: ll MfI :-ott Tarilfi: lt l\46I L6ll
tlrltr
** Jenis tesis ini SULIT dan TERHAD, sila lampirkan surat driinda pihak berkuasa/organisasiq{rgaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis iniperlu dikelastan sef,agaiSULIT atau TERHAD.
o Tesis dimaksEdkan sebagai tesis bagi lazah Doktor Falsafah dan Sajana secara pelryelidikanatau disrtasi bagi pengejian secara ke{a kurzus dan penyelidikan atau Laporan i}ojek SajanaMuda (PSIO
PE:IYGESAEAI{ PENYELIA
*Safra *rri bqbnia saya tcl$ meenh lwya iai dm @ ptfusan saya, hryaini dal& rMi ei segi skopdaa hnliti untuk tt$uan penpnugprahan
Ijaze Sarjam Mtda Teblogi Serta Pendidikm (Kemahiran Hi&ry)"
r*dwrysn . t
't t4
tlmPa'lis : EN.AIb{RMUDINBIN.LJDINTarikh : ll lAeI zoll
MASALAH KERJA-KERJA PENDAWAIAN ELEKTRIK KETIKA PELAJAR
MENJALANI LATIHAN INDUSTRI
MOHD AZWAN BIN MD. YASIM
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MEI 2011
PENGAKUAT{
"Saya akui bahawa karya.ini adalah hasil kerja saya sendiri kesuali nukilan
dan rirykasan yang tiap-tiap safunyatelah sayajelaskan zumbernya"
Tandatangan
NarnaPenulis
Tarikh
: MOHD AZIVA}{BINMD YASM
: ll MeI Un
iii
DEDIKASI
IBU
MEK SOM BINTI SENIK
(walaupun namamu begitu klasik, engkaulah ibu yang paling hebat di seantero dunia)
AYAH
MD. YASIM BIN MAT YAMAN
(didikan dan asuhanmu, berjaya juga anakmu ini ke universiti rupa-rupanya)
BAPA SAUDARA
SHAHAILA BIN SENIK
(segala ilmu yang berkaitan dengan pendawaian elektrik adalah daripadanya)
KAWAN
(kepada kawan yang pernah aku kenali sepanjang hidupku, terima kasih)
Dan Kami tidak mengutus sebelum kamu, kecuali orang-orang lelaki yang Kami beri
wahyu kepada mereka, maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai
pengetahuan jika kamu tidak mengetahui (Surah An-Nahl, ayat 43).
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, pertama kalinya syukur kepada Allah swt. kerana memberiku
akal fikiran, kekuatan, ilmu, dan izinya dapatlah juga menyempurnakan kajian ini
sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta
Pendidikan (Kemahiran Hidup).
Ucapan terima kasih kepada En. Amirmudin bin Udin selaku Penyelia Projek
Sarjana Muda yang memberikan tunjuk ajar, teguran dan nasihat. Segala ilmu
terutamanya berkaitan dengan AMOS yang pada awalnya memberikan tekanan dan
sememangnya sukar untuk dipelajari dapat juga dihasilkan. Berkat usaha dan
bimbingannya, dapat dinyatakan bahawa penyelidik adalah di antara kelahiran Ijazah
Sarjana Muda dan terawal mempelajari perisian ini.
Terima kasih juga diucapkan kepada Institut Latihan Perindustrian Pengkalan
Chepa, Kolej Kemahiran Tinggi Mara Pasir Mas dan Politeknik Kota Bharu kerana
banyak membantu penyelidik menjayakan kajian ini dengan sempurna. Terima kasih
juga kepada responden daripada institusi pengajian tinggi tersebut kerana telah
menjawab soal selidik yang diagihkan. Kepada bapa saudara Pok Su Ila, jasanya
mendidik penyelidik terutamanya berkaitan dengan pendawaian elektrik ini tidak akan
dilupakan. Kepada rakan-rakan terutamanya Iz, Man, Lan, Li, Kak Yan dan Herman
yang terlibat secara tidak langsung bagi menghasilkan kajian ini diharapkan kita sama-
sama berjaya kelak.
v
ABSTRAK
Kajian ini adalah untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pelajar
ketika menjalani latihan industri dalam bidang pendawaian elektrik. Ia melibatkan
seramai 206 orang pelajar daripada tiga buah institusi pengajian tinggi di negeri
Kelantan. Dua perisian yang digunakan bagi menganalisis data ialah SPSS versi 16
yang digunakan untuk statistik demografi manakala perisian AMOS versi 18 digunakan
untuk analisis pengesahan faktor (confirmatory factor analysis). Analisis pengesahan
faktor ini melibatkan empat pemboleh ubah pendam (latent variable) yang
keseluruhannya mengandungi 41 pemboleh ubah cerapan (observed variable) dan
didapati bahawa hanya 11 pemboleh ubah cerapan yang berjaya disahkan. Analisis
untuk mengenalpasti kekuatan dan skor untuk 11 pemboleh ubah yang terlibat adalah
berpandukan pada faktor loading dan nilai min bagi setiap item yang ditunjukkan pada
model CFA. Hasil analisis mendapati bahawa pemboleh ubah pendam utama yang
menyumbang kepada masalah ketika pelajar menjalankan kerja pendawaian elektrik
didahului oleh masalah pengurusan keselamatan dan kesihatan, rekabentuk alat bantuan
kerja, persekitaran kerja dan faktor manusia. Secara spesifiknya, pemboleh ubah
pendam pengurusan keselamatan dan kesihatan terutamanya disiplin pemakaian
peralatan keselamatan dan penyelenggaraan alat bantuan kerja oleh organisasi berada
pada tahap sederhana. Pemboleh ubah pendam kedua iaitu rekabentuk alat bantuan kerja
berpunca daripada berat dan teknologi iaitu pada tahap masalah yang sederhana. Faktor
persekitaran kerja berpunca daripada kebersihan; pengudaraan; dan ruang kerja pada
tahap yang sederhana. Faktor manusia yang diwakili oleh pengetahuan yang jelas
mengenai penggunaan alat bantuan kerja; amalan postur yang betul; dan prihatin
terhadap bahaya keselamatan adalah pada tahap masalah yang boleh diterima.
Keseluruhan masalah yang dikaitkan ini adalah penting dan perlu diberi perhatian
daripada pihak-pihak yang berkaitan.
vi
ABSTRACT
This study is to identify the problems faced by students during their industrial
training in the electrical wiring which involved 206 students from three higher
education institutions in Kelantan. Two software have been used to analyze the data
which are SPSS version 16.0 for demography statistics and AMOS version 18.0 for
confirmatory factor analysis (CFA). The analysis of CFA involves four latent variables,
which contains 41 observed variables and found only 11 causes of problems are
successfully confirmed to analyze. The analysis to identify the strengths and the 11
causes of problems score were based on the loading factors and the mean value shown
by the CFA model. The results revealed that the factors contributing to problems during
carrying out electrical wiring preceded by a loading factor of safety and health
management, designed working tool, working environment and human factors.
Specifically, factor of safety and health management especially discipline of using
safety equipment and organizations working tool maintenance is problems at a
moderate level. The second factor is the design of aid was attributed a heavy work and
work tool technology at moderate level problems. Working environment factors were
attributed by cleanliness; ventilation; and the working space is at a moderate level.
Human factor representing excellent knowledge in job; proper body posture; and
concern about safety hazards is at an acceptable level of the problem. These issues are
critical and should be given more attention by parties concerned.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI RAJAH xv
SENARAI SINGKATAN xvi
SENARAI LAMPIRAN xvii
BAB I PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan 1
1.1 Latar Belakang Masalah 4
1.2 Pernyataan masalah 7
1.3 Objektif Kajian 8
1.4 Persoalan Kajian 8
1.5 Kepentingan Kajian 9
1.6 Skop 11
1.7 Batasan Kajian 11
1.8 Definisi Istilah 12
1.8.1 Ergonomik 12
1.8.2 Bahaya Keselamatan 12
1.8.3 Bahaya Kesihatan 13
1.8.4 Keselamatan Industri 13
1.8.5 Kontraktor Pendawaian 13
1.8.6 Sistem Pendawaian 14
1.8.6.1 Sistem Pendawaian Permukaan 14
1.8.6.2 Sistem Pendawian Konduit 14
1.8.6.3 Sistem Pendawaian Sesalur 15
1.8.6.4 Sistem Pendawaian Tersembunyi 15
1.8.7 Latihan Industri 16
1.8.8 Alat dan Mesin 16
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.0 Pengenalan 17
2.1 Persekitaran Kerja 18
2.2 Rekabentuk Alat Bantuan Kerja 19
2.3 Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan 20
2.4 Faktor Manusia 21
2.5 Teori-Teori Penyebab Kemalangan 22
2.5.1 Teori Domino 22
2.5.2 Teori Epidemiologikal 23
2.5.3 Teori Sistem 23
2.6 Model Tingkahlaku Penyebab 23
2.6.1 Pembelajaran 24
2.6.2 Personaliti 24
2.7 Prinsip-Prinsip Ergonomik 25
2.7.1 Postur Tubuh Semasa Bekerja yang
Normal/Neutral 25
2.7.2 Menggunakan Daya atau Tenaga
Semasa Kerja 25
2.7.3 Benda kerja Berada Pada Lingkungan
yang Mudah Untuk Dicapai 25
2.7.4 Ketinggian Kerja yang Dijalankan
Adalah Pada Tahap yang Sesuai 26
2.7.5 Mengawal Daripada membuat
Pergerakan yang Berlebihan 26
2.7.6 Mengurangkan Beban Statik dan
Kepenatan semasa Bekerja 26
2.7.7 Titik Tekanan Dikurangkan
Semasa Bekerja 27
2.7.8 Persekitaran Kerja yang Kemas,
Teratur dan Selesa Semasa Menjalankan
Kerja Dapat Dikekalkan 27
2.7.9 Organisasi Kerja Sentiasa Membuat
Penambahbaikan 27
2.7.10 Mengawal Halangan Kerja 27
2.7.11 Paparan dan kawalan Tempat Kerja
Direkabentuk dengan Baik dan
Mudah Difahami 28
2.7.12 Mulakan Tugas dengan Membuat
Senaman Ringan, Pergerakan dan
Regangan. 28
2.8 Kajian Lepas 28
BAB III METODOLOGI KAJIAN 3.0 Pengenalan 31
3.1 Rekabentuk Kajian 31
3.2 Populasi Kajian 32
3.3 Sampel dan Kaedah Persampelan 32
3.4 Instrumen Kajian 33
3.5 Kebolehpercayaan Instrumen 36
3.6 Kerangka Operasi 37
3.7 Prosedur Kajian 38
3.7.1 Peringkat Permulaan 38
3.7.2 Peringkat Pengumpulan Data 38
3.8 Kaedah Menganalsis Data 39
3.8.1 Prosedur Kerja Analisis Data 40
3.9 Kesimpulan 43
BAB IV DAPATAN KAJIAN 4.0 Pengenalan 44
4.1 Analisis Demografi 44
4.1.1 Jantina 45
4.1.2 Bangsa 45
4.1.3 Jenis Syarikat Latihan Industri yang
Terlibat 46
4.1.4 Negeri Latihan Industri 46
4.1.5 Jenis KerjaPendawaian yang Dilakukan 47
4.1.6 Lokasi Kerja Pendawaian yang Dijalankan 48
4.2 Analisis Persoalan Kajian 48
4.2.1 Analisis Pengesahan Faktor (CFA) 49
4.2.1.1 Analisis CFA untuk Model
Pengukuran Aras Pertama 49
4.2.1.2 Analisis CFA untuk Model
Pengukuran Aras Kedua 52
4.2.2 Persoalan Kajian 2, 3, 4, dan 5: Apakah
Masalah Persekitaran Kerja, Rekabentuk
Alat Bantuan Kerja, Pengurusan
Keselamatan dan Kesihatan, dan Faktor
Manusia dalam Kerja Pendawaian Elektrik
Terhadap Pelajar Ketika Menjalani
Latihan Industri? 56
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 5.0 Pengenalan 59
5.1 Perbincangan Hasil Kajian 59
5.1.1 Perbincangan Demografi Responden 60
5.1.2 Perbincangan Hasil Kajian Mengenai
Instrumen Yang Digunakan untuk
Mengukur Konstruk Berdasarkan
Faktor Analisis Kesahan (CFA). 61
5.1.3 Perbincangan Hasil Kajian Untuk
Mengenalpasti Masalah Persekitaran
Kerja yang Terlibat Semasa
Menjalankan Kerja Pendawaian
Elektrik. 63
5.1.4 Perbincangan Hasil Kajian untuk
Mengenalpasti Masalah Rekabentuk
Alat Bantuan Kerja Yang Terlibat
Semasa menjalankan Kerja Pendawaian
Elektrik. 66
5.1.5 Perbincangan Hasil Kajian Untuk
Mengenalpasti Masalah Pengurusan
Keselamatan dan Kesihatan Yang
Terlibat Semasa Menjalankan Kerja
Pendawaian Elektrik. 68
5.1.6 Perbincangan Hasil Kajian Untuk
Mengenalpasti Masalah Faktor
Manusia Yang Terlibat Semasa
Menjalankan Kerja Pendawaian Elektrik. 69
5.2 Rumusan 70
5.3 Cadangan 72
5.3.1 Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan 72
5.3.2 Rekabentuk Alat Bantuan Kerja 74
5.3.4 Persekitaran Kerja 76
5.4 Cadangan Untuk Kajian Akan Datang 77
5.5 Penutup 78
BIBLIOGRAFI 80 LAMPIRAN 86
xiii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 1.0 Punca Kemalangan Elektrik yang
Dilaporkan Suruhanjaya Tenaga 2000-2006 2
3.1 Jenis Institusi Pengajian Tinggi dan Bilangan
Responden yang Menjalani Latihan Industri yang
Melibatkan Pendawaian Elektrik. 33
3.2 Bilangan Item Mengikut Persoalan kajian 34
3.3 Skala Likert Beserta dengan markah Skor 35
3.4 Likert Like Scale Beserta dengan markah Skor
(reverse coded) 35
3.5 Nilai Kebolehpercayaan 36
3.6 Skor dan Min 42
4.1 Analisis Jantina Responden 45
4.2 Analisis Bangsa Responden 45
4.3 Analisis Jenis Syarikat Latihan Industri yang
Pelajar Jalani 46
4.4 Analisis Taburan Negeri Latihan Industri yang
Pelajar Jalani 46
4.5 Analisis Mengikut Jenis Kerja Pendawaian
yang Dilakukan 47
4.6 Analisis Lokasi Kerja Pendawaian
yang Dijalankan 48
4.7 Indeks Goodness of Fit Bagi Analisis Model
Aras Pertama Terhadap Setiap Pemboleh
Ubah Pendam 51
4.8 Analisis Akhir Model Pengukuran Aras Kedua 54
4.9 Faktor Loading Serta Skor Antara Pemboleh
Ubah 56
4.10 Nilai Min Bagi Pemboleh Ubah Cerapan dan
Tahap Kecenderungan. 57
xv
SENARAI RAJAH
NO. TAJUK MUKA SURAT 3.1 Kerangka Operasi Kajian
4.1 Model Keseluruhan Pemboleh Ubah Lokalisasi,
Pemboleh Ubah Pendam dan Pemboleh Ubah
Cerapan Sebelum Dianalisis. 49
4.2 Analisis Pengesahan Faktor Setiap Pemboleh
Ubah Pada Model Awal Pengukuran Aras Kedua. 53
4.3 Model Akhir Pengukuran Aras Kedua
Yang Memaparkan Faktor Loading. 55
4.4 Model Akhir pengukuran Aras Kedua
YangMemaparkan Nilai Min 55
xvi
SENARAI SINGKATAN
SPSS - Statistical package for the Social Sciences
AMOS - Analisis of Momen Structure
GOF - Goodness Of Fit
ILP - Institut Latihan Perindustrian
KKTM - Kolej Kemahiran Tinggi Mara
RMSEA Root Mean-Square Error Of
Approximation
NFI - Normed Fit Index
CR - Critical Ratio
CFA - Confirmatory Factor Analysis
EFA - Exploratory Factor Analysis
xvii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Instrumen Kajian 87
B1 Model Awal Persekitaran Kerja 94
B2 Model Akhir Persekitaran Kerja 94
B3 Model Awal Rekabentuk Alat Bantuan Kerja 95
B4 Model Akhir Rekabentuk Alat Bantuan Kerja 95
B5 Model Awal Pengurusan Keselamatan dan
Kesihatan 96
B6 Model Akhir Pengurusan Keselamatan dan
Kesihatan 96
B7 Model Awal Faktor Manusia 97
B8 Model Akhir Faktor Manusia 97
C Surat Permohonan MenjalankanKajian 99
D Peta Minda 106
BAB I
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan Di era inovasi memacu ekonomi sesebuah Negara, dunia kini berlumba-lumba
untuk menghasilkan penemuan-penemuan baru melalui penyelidikan dan pembangunan
bagi menyelesaikan sesuatu masalah demi meningkatkan keselesaan manusia. Pelbagai
rekabentuk, kaedah dan teori baru dihasilkan bagi menyelesaikan masalah tersebut dan
sebagai panduan kepada manusia lain. Hasil daripada penemuan ini, ia dapat memberi
kesan kepada pelbagai bidang seperti sosial, agama, sains dan teknologi yang antaranya
merangkumi sektor pembinaan bangunan semestinya penting kepada sesebuah Negara.
Pelbagai penyelidikan dan pembangunan yang dijalankan memberi kesan yang
positif terhadap sistem pendidikan terutamanya bidang teknik dan vokasional. Pelbagai
jurusan dalam bidang teknik dan vokasional ini telah diketengahkan bagi melahirkan
individu yang berkemahiran dalam sektor pembinaan tersebut. Kerajaan juga telah
menyediakan pelbagai pusat pengajian kemahiran seperti Giat Mara, Institut Latihan
Perindustrian, Institut Kemahiran Malaysia dan Politeknik. Bidang kemahiran yang
ditawarkan di pusat pengajian berkaitan dengan pembinaan bangunan antaranya adalah
pendawaian elektrik domestik. Jurusan ini adalah penting bagi melahirkan pekerja-
pekerja yang mahir dalam pemasangan sistem elektrik disebabkan ia adalah keperluan
asas dalam pembinaan sesuatu bangunan atau rumah kediaman. Bagi melengkapkan
sistem pendidikan dan latihan yang mencukupi kepada pelajar, pihak IPT telah
2
mewujudkan latihan industri yang memerlukan pelajar menjalankan latihan praktikal di
industri bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada mereka.
Semasa menjalankan latihan industri, faktor keselamatan dan keselesaan pelajar
perlu diberi keutamaan di dalam pemasangan sistem-sistem tersebut. Hal ini disebabkan
kerana pembangunan yang rancak ini dikhuatiri timbulnya masalah dalam sektor
pembinaan terutamanya masalah keselamatan di tempat kerja. Keadaan keselamatan ini
ditekankan atas penglibatan faktor-faktor tertentu seperti persekitaran kerja, rekabentuk
alat bantuan kerja yang digunakan, pengurusan keselamatan dan kesihatan dan faktor
manusia yang mendorong kepada berlakunya kemalangan semasa menjalankan sesuatu
tugas. Berdasarkan analisa kemalangan elektrik pada tahun 2002 hingga 2006 yang
telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga mendapati bahawa punca kemalangan
elektrik mengikut peratus adalah disebabkan seperti Jadual 1.1 berikut:
Jadual 1.1 Punca kemalangan elektrik yang dilaporkan Suruhanjaya Tenaga 2000-2006
(Sumber: Suruhanjaya Tenaga, 2002-2006)
Jadual 1.1 di atas menunjukkan punca kemalangan yang paling tinggi adalah
disebabkan oleh pemasangan / senggaraan yang tidak sempurna dan diikuti dengan
Bil. Punca Kemalangan 2002 2003 2004 2005 2006 Jum. % 1 Pemasangan/
Senggaraan tidak sempurna
11 18 15 24 26 94 36
2 Prosedur kerja selamat tidak dipatuhi
12 18 15 22 22 89 33
3 Aktiviti kerja orang awam berhampiran pepasangan elektrik
5 8 9 2 7 31 12
4 Pencerobohan pepasangan elektrik Salahguna Sistem Pendawaian
1 3 3 3 10 20 7
5 Kecacatan pada peralatan/perkakasan elektrik
2 1 1 1 3 8 3
6 Punca-punca lain 1 3 4 4 8 20 7
3
prosedur kerja selamat tidak dipatuhi. Analisa tersebut menafsirkan bahawa masalah ini
mempunyai kaitan yang tinggi terhadap keselamatan kepada pekerja yang menjalankan
kerja-kerja pendawaian elektrik. Kemalangan yang dinyatakan juga termasuklah
kemalangan yang disebabkan oleh renjatan elektrik dan faktor-faktor lain yang
berpunca dari elektrik.
Jika dilihat di negara-negara maju, masalah keselamatan di tempat kerja sudah
lama dititikberatkan. Konsep ergonomik adalah antara yang diaplikasikan bagi
memastikan keselamatan dan keselesaan pekerja semasa menjalankan sesuatu tugas
adalah terjamin. Chapanis (1985) merumuskan ergonomik adalah suatu kajian sains
yang terdiri daripada penggunaan maklumat mengenai kelakuan, had dan kemampuan
manusia selain mempunyai ciri-ciri untuk merekabentuk sistem, mesin atau peralatan,
tugas, persekitaran dan ruang kerja supaya pekerja lebih produktif, selamat, selesa dan
efektif. Pernyataan tersebut selari dengan David (1996) yang menyatakan bahawa
bidang sains yang merangkumi ergonomik ialah penyesuaian pekerja terhadap tempat
kerjanya dan semua elemen yang terlibat dengan keperluan pekerja.
Keadaan ini memberikan cabaran kepada pelajar di dalam bidang teknikal yang
sentiasa terdedah dengan bahaya yang berkaitan dengan persekitaran tempat kerja
terhadap diri mereka terutamanya melibatkan pemasangan sistem pendawaian elektrik.
Bagi mengharungi keadaan ini, pelajar perlulah mempunyai persediaan, pengetahuan
dan kemahiran yang mencukupi bagi memastikan risiko kemalangan di tempat kerja
dapat dikurangkan. Melalui situasi tersebut, kajian ini adalah memfokuskan kepada
masalah keselamatan dan kesihatan yang berlaku di dalam kerja pendawaian elektrik
terhadap syarikat swasta atau kerajaan yang mengendalikan pelajar semasa menjalani
Latihan Industri.
4
1.1 Latar Belakang Masalah Pekerja kolar biru seperti di tapak bina merupakan pekerjaan yang terdedah
kepada pelbagai risiko kemalangan. Pekerja pendawaian elektrik semasa memasang
sistem pendawaian mempunyai risiko yang tinggi dan amat berkait rapat dengan
masalah ergonomik. Terdapat beberapa faktor penting yang melibatkan seseorang
pekerja dengan masalah tersebut antaranya masalah organisasi, persekitaran, rekabentuk
alat bantuan kerja yang digunakan, dan faktor pekerja yang mengamalkan tingkah laku
yang tertentu.
Bagi pelajar yang menjalani kursus pendawaian elektrik di institusi pengajian
tinggi, mereka menjalani aktiviti di bengkel pendawaian yang dilengkapi dengan
pelbagai peralatan, persekitaran yang baik, sistem pengurusan yang teratur dan masa
menjalani amali yang sesuai dengan tugasan mereka. Situasi ini adalah jauh berbeza
semasa pelajar-pelajar tersebut menjalani latihan industri. Di industri, mereka terdedah
kepada pelbagai situasi semasa menjalankan pendawaian elektrik. Melalui keadaan ini,
risiko untuk berlakunya kemalangan di tempat kerja juga adalah tinggi. Masalah yang
dikenalpasti terlebih dahulu sebelum menjalankan sesuatu tindakan penting bagi
memastikan tindakan yang sewajarnya dapat dibuat untuk mengelakkan berlakunya
kemalangan dan masalah kesihatan.
Semasa menjalani latihan industri, pelajar atau pekerja terdedah kepada
persekitaran kerja yang pelbagai. Fernberg (1992) menyatakan bahawa persekitaran
kerja yang selesa adalah tiada gangguan bunyi yang bising, suhu yang melampau,
kelemahan sistem pencahayaan, dan tiada kesan kesakitan pada bahagian badan.
Bekerja pada suhu yang panas seperti membuat pendawaian di atas siling dan terdedah
kepada cahaya matahari menyebabkan berlakunya ketidakselesaan semasa bekerja.
Griffitt (1970) pula menjelaskan bahawa sistem pengudaraan dan suhu yang tidak selesa
akan memberi kesan terhadap psikologi sosial individu yang akhirnya boleh
menjejaskan tahap kesihatan.
5
Persekitaran yang memerlukan kedudukan yang tinggi untuk melakukan sesuatu
kerja seperti memasang lampu, kipas, membuat pendawaian yang memerlukan pekerja
untuk mendongak dan mengangkat tangan yang terlalu lama boleh menyebabkan
berlakunya masalah muskuloskeletal. Hal ini dibuktikan oleh Parker (1995) yang
menyatakan bahawa persekitaran kerja yang ergonomik dapat mengurangkan aduan
berkaitan tubuh badan iaitu masalah muskuloskeletal. Suasana pencahayaan yang
kurang seperti berada di dalam siling yang ditambah lagi dengan tiada pengaliran udara
boleh menyebabkan berlakunya ketidakselesaan.
Persekitaran yang terdedah kepada habuk ketika melakukan pendawaian
tersembunyi, contohnya memerlukan pekerja memotong konkrit untuk menanam paip di
dalam dinding bata. Keadaan ini menyebabkan penghasilan habuk halus daripada
konkrit yang dipotong, ditambah lagi dengan masalah pengaliran udara jika bekerja di
dalam ruang yang sempit dan tertutup. Bekerja pada ruang yang sempit disebabkan
rekabentuk bangunan atau rumah boleh memberikan ketidakpuasan kepada pekerja. Hal
ini dibuktikan melalui pernyataan Edwards dan Rothbard (1999) iaitu ketidaksesuaian
antara persekitaran stesen kerja dengan pekerja memberi kesan negatif kepada mental
dan fizikal serta menambahkan lagi aduan berkenaan dengan masalah kesihatan.
Punca rekabentuk alat bantu kerja seperti peralatan dan mesin yang digunakan
juga memainkan peranan penting dalam masalah ergonomik di tempat kerja. Rekabetuk
peralatan yang tidak sesuai akan mendatangkan masalah kepada pekerja dalam
menyiapkan sesuatu tugas. Selain daripada itu, rekabentuk peralatan yang tidak sesuai
mendatangkan bahaya dan memberikan kesan kepada tubuh badan. Peralatan yang
mengeluarkan getaran seperti penggunaan mesin canai yang terlalu lama memberikan
kesan sampingan kepada pekerja. Penghasilan bunyi yang dikeluarkan oleh mesin juga
turut memberi gangguan semasa menjalankan tugas. Antara kemalangan di tempat kerja
adalah disebabkan oleh peralatan yang digunakan oleh individu dalam menyelesaikan
sesuatu tugasan (Wickens et al., 2004). Penggunaan mesin yang tidak ergonomik juga
memberikan kesan sampingan kepada tubuh badan. Ia ditambah lagi dengan kedudukan
pekerja yang berada di atas tangga mudah alih untuk melakukan kerja di tempat tinggi.
6
Selain daripada rekabentuk alat bantuan kerja, majikan perlu memainkan
peranan yang penting dalam aspek pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjanya.
Majikan yang mengambil berat terhadap keselamatan pekerja dapat mengurangkan
masalah ergonomik di tempat kerja. Majikan haruslah menekankan faktor keselamatan
pekerja seperti mewajibkan pekerja memakai peralatan keselamatan dan menyedarkan
pekerjanya mengenai keselamatan diri, alat dan orang lain. Merujuk Edward dan
Cooper (1990), organisasi yang gagal menyesuaikan persekitaran kerja dengan individu
akan meningkatkan ketegangan dan menyebabkan masalah kesihatan.
Selain daripada itu, majikan juga sepatutnya menyediakan peralatan dan bahan
yang lengkap dan bersesuaian dengan tugas mereka. Kekurangan peralatan boleh
memberikan kesan buruk kepada pekerja. Situasi ini berlaku apabila ketiadaan peralatan
mesin seperti gerudi mudah alih menyebabkan pekerja terpaksa menggunakan pemutar
skru secara manual untuk menjalankan kerja-kerja mereka yang lama kelamaannya
memberikan kesan pada otot lengan. Masalah pengurusan masa yang tidak bersesuaian
dengan tugas pekerja boleh menyebabkan tekanan di tempat kerja. Berdasarkan kajian
McLean (1974), selain terdedah kepada risiko kemalangan, bunyi bising, pencemaran
udara dan bebanan kerja fizikal, pekerja kolar biru turut terlibat dalam masalah tempoh
masa bekerja yang panjang, tekanan kerja syif, masalah gaji, kurangnya hubungan
sosial di tempat kerja, dan hubungan yang buruk dengan penyelia. Ia juga melibatkan
seperti majikan yang mengejar masa untuk menyiapkan projek pendawaian elektrik dan
pekerjanya menuruti desakan tersebut memungkinkan berlakunya kemalangan di tempat
kerja.
Seseorang pekerja juga adalah faktor penting dalam memastikan masalah
semasa menjalankan kerja pendawaian dapat dikurangkan. Pekerja haruslah bersedia
dalam menjalankan sesuatu tugas. Seseorang pekerja sepatutnya mempunyai
pengetahuan yang mencukupi dari segi penggunaan peralatan dan bahan, pengetahuan
mengenai keselamatan dan kerja-kerja teknikal yang memerlukan kaedah-kaedah
tertentu bagi mengelakkan daripada berlakunya kecederaan. Selain itu, postur tubuh
semasa menjalankan sesuatu kerja seperti mengangkat barang yang berat dan
7
menjalankan kerja membuat bebenang pada paip besi bergalvani penting bagi
memastikan kerja dapat berjalan dengan lancar tanpa mencederakan otot-otot badan.
Kerja pendawaian elektrik juga sentiasa memerlukan pekerja mengangkat
anggota tangan melebihi kepala untuk menyelesaikan tugasan mereka. Waktu kerja
yang lama dan masa rehat yang tidak mencukupi boleh menyebabkan pekerja tersebut
kepenatan dan risiko untuk berlakunya kecederaan adalah tinggi disebabkan pekerja
tersebut tidak dapat memberi fokus terhadap dengan tugas mereka. Masalah leher, bahu,
lengan, pinggul dan lutut mempunyai kaitan yang rapat terhadap postur semasa bekerja
(Magnusson dan Pope, 1998). Kekurangan latihan dan pendedahan awal menyebabkan
tugas tidak dapat berjalan dengan lancar, kesukaran mengendalikan bahan dan peralatan
yang mendatangkan kecederaan dan terpaksa mengambil masa yang lama untuk
menyiapkan kerja-kerja mereka berbanding dengan pekerja yang mendapat latihan dan
berpengalaman.
1.2 Pernyataan Masalah
Risiko berlakunya kemalangan di tempat kerja terutamanya terhadap pelajar-
pelajar yang menjalankan kerja-kerja pendawaian elektrik adalah tinggi. Tanpa
mengenalpasti punca-punca yang menyebabkan berlakunya masalah keselamatan dan
keselesaan di tempat kerja, masalah tersebut berkemungkinan akan berlaku dan
memberikan kesan yang buruk kepada pekerja terutamanya pelajar yang menjalankan
latihan industri.
Walaubagaimanapun, adalah mustahil untuk memastikan kemalangan dan
masalah kesihatan di tempat kerja tidak berlaku. Oleh itu, langkah pencegahan
merupakan kaedah terbaik berbanding dengan langkah untuk mengubati sesuatu
kemalangan. Berdasarkan situasi ini, mengenalpasti masalah ketika menjalankan kerja
pendawaian elektrik dan menentukan faktor-faktor yang boleh mengganggu aspek
keselamatan dan kesihatan pelajar dalam menjalankan kerja pendawaian elektrik adalah
8
diperlukan. Masalah yang dikenalpasti dapat dicegah terlebih dahulu dengan membuat
persediaan awal kepada pelajar-pelajar yang terlibat di dalam jurusan terbabit bagi
mengelakkan daripada berlakunya kemalangan pada diri mereka. Oleh itu, kajian yang
dijalankan ini adalah untuk mengenalpasti masalah dalam kerja pendawaian elektrik
yang wujud ketika pelajar menjalani latihan industri dengan melihat kepada punca
persekitaran kerja, rekabentuk alat bantuan kerja, pengurusan keselamatan dan
kesihatan, dan faktor manusia.
1.3 Objektif Kajian Berpandukan kepada pernyataan masalah tersebut, objektif kajian ini adalah
seperti di bawah:
1.3.1 Mengenalpasti masalah persekitaran kerja yang wujud dalam kerja pendawaian
elektrik ketika pelajar menjalani latihan industri.
1.3.2 Mengenalpasti masalah rekabentuk alat bantuan kerja yang wujud dalam kerja
pendawaian elektrik ketika pelajar menjalani latihan industri.
1.3.3 Mengenalpasti masalah pengurusan keselamatan dan kesihatan yang wujud
dalam kerja pendawaian elektrik ketika pelajar menjalani latihan industri.
1.3.4 Mengenalpasti masalah faktor manusia yang wujud dalam kerja pendawaian
elektrik ketika pelajar menjalani latihan industri.
1.4 Persoalan Kajian Bagi kajian ini, persoalan kajian yang dibina untuk menjawab objektif di atas
adalah seperti berikut:
9
1.4.1 Apakah masalah persekitaran kerja yang wujud dalam kerja pendawaian elektrik
ketika pelajar menjalani latihan industri?
1.4.2 Apakah masalah rekabentuk alat bantuan kerja yang wujud dalam kerja
pendawaian elektrik ketika pelajar menjalani latihan industri?
1.4.3 Apakah masalah pengurusan keselamatan dan kesihatan yang wujud dalam kerja
pendawaian elektrik ketika pelajar menjalani latihan industri?
1.4.4 Apakah masalah faktor manusia yang wujud dalam kerja pendawaian elektrik
ketika pelajar menjalani latihan industri?
1.5 Kepentingan Kajian Sebelum membuat sesuatu tindakan susulan, maklumat tentang punca yang
menyebabkan masalah dalam menjalankan kerja pendawaian elektrik di tempat kerja ini
perlu dikenalpasti terlebih dahulu. Berdasarkan kepada masalah yang telah dikenalpasti
tersebut, perancangan awal sebelum menjalankan kerja pendawaian dapat dirangka bagi
memastikan keselamatan dan keselesaan pekerja dapat dicapai. Melalui hasil daripada
kajian ini juga diharapkan dapat memberikan sumbangan kepada pihak yang berkaitan
dalam memastikan risiko berlakunya masalah dalam kerja pendawaian elektrik dapat
dikurangkan.
Kajian ini penting bagi institusi yang menyediakan kursus latihan yang berkaitan
dengan kerja-kerja pendawaian elektrik. Berdasarkan kepada masalah yang dikenalpasti,
institusi pengajian perlu menekankan kepada pelajar tentang aspek-aspek keselamatan
diri, alat dan orang lain serta latihan dan kemahiran yang mencukupi sebelum bekerja
dalam situasi sebenar. Ini akan dapat memastikan pelajar-pelajar yang telah menjalani
kursus mendapat pengetahuan yang secukupnya mengenai bahaya keselamatan
terutamanya kepada diri mereka. Institusi juga diharapkan mampu menyedarkan pelajar
12345kandunganbab 1bab 2bab 3bab 4bab 5