Upload
doliem
View
262
Download
3
Embed Size (px)
Citation preview
MASALAH KELEMAHAN PELAJAR DALAM PEMBELAJARAN
MATEMATIK KBSM
MUHAMED ADLI BIN MAT NAWI @ MUHAMMAD
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian
daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta
Pendidikan ( Matematik )
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2006
iii
DEDIKASI
Khas buat bonda dan ayahanda yang dikasihi...
Mat Nawi @ Muhammad B Yusof,
Khadijah BT Abdullah,
Pengorbanan dan doamu sumber kejayaanku dalam mengharungi kehidupan.
Semoga Allah memberkatimu.
Buat kakanda tersayang...
Rosnita,
Zarina,
Terima kasih di atas segala pertolongan kalian.
Tidak akan ku lupakan segala pengorbanan yang diberikan.
Buat adinda tersayang...
Nurhanani,
Azimin,
Najman,
Jadikanlah kejayaanku ini sebagai satu hadiah untuk memajukan
diri di masa hadapan.
Semoga kejayaan menantimu dan pastikan kamu memilikinya.
Buat sahabat seperjuangan yang diingati...
Terima kasih di atas segala sokongan dan bantuan yang diberikan.
Semoga kalian terus cemerlang mengharungi layar kehidupan di dunia dan
dirahmati kehidupan di akhirat.
iv
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-
Nya laporan penyelidikan ini dapat disempurnakan.
Sesungguhnya setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tulus ikhlas
ditujukan khas kepada PM. Dr Mat Jizat B Abdol selaku pensyarah pembimbing, di
atas segala teguran, ajaran ,bimbingan, bantuan dan nasihat dengan rasa penuh
tanggungjawab dan semangat pendidikan yang tinggi di sepanjang menyempurnakan
penyelidikan ini sehingga ia mampu menjadi kenyataan.
Rakaman jutaan terima kasih ini tidak lupa ditujukan kepada sesiapa sahaja yang
terlibat secara langsung mahupun tak langsung dalam menyiapkan penyelidikan ini.
Segala bantuan dan kerjasama yang kalian hulurkan, semoga Allah (SWT) sahaja yang
dapat membalasnya. Semua ini diabadikan dalam ingatan.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti masalah-masalah kelemahan pelajar
dalam pembelajaran matematik KBSM di kalangan pelajar di tiga buah sekolah
menengah di Zon Gelang Patah, Johor. Terdapat tiga masalah yang dikaji iaitu masalah
minat, masalah sikap dan masalah persekitaran pembelajaran pelajar. Seramai 140 orang
pelajar tingkatan empat telah dipilih sebagai sampel kajian. Instrumen kajian yang
digunakan ialah dalam bentuk soal selidik. Nilai kebolehpercayaan alat kajian adalah α =
0.921. Hasil daripada kajian menunjukkan 45% pelajar tidak mempunyai minat terhadap
matematik. Hal ini berpunca daripada sikap pelajar yang tidak suka membuat latihan
(64.3%), tidak suka membuat rujukan tambahan (49.3%), tidak suka berbincang dengan
rakan-rakan (31.4%) dan tidak suka merujuk kepada guru (26.4%). Di samping itu
kajian juga menunjukkan terdapat empat persekitaran yang mengganggu pembelajaran
pelajar iaitu persekitaran rakan (60.7%), kelengkapan asas yang tidak mencukupi (60%),
hubungan pelajar dengan keluarga (35.7%) dan persekitaran bilik darjah (9.3%).
vi
ABSTRACT
The purpose of this study is to identify student’s problem in learning
mathematics among students in three secondary schools in Gelang Patah Zone, Johor.
Three types of problems identified were the interest, attitude and surrounding
environment of the learning process. There were 140 form four students was chosen as
sample in this study. The value of reliability for the instrument is α = 0.921. The finding
shows that there were 45% of the samples were not interested in mathematics. The
research also discovered that they do not like doing exercises (64.3%), do not like doing
extra references (49.3%), do not like discussing with their friends (31.4%) and do not
like referring to the teacher (26.4%). Besides, this study also shows that there are four
environments which interrupt the learning processes such as friend’s influence (60.7%),
the lack of facilities (60%), the relationship between students and their family (35.7%)
and the classroom environmental (9.3%).
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
Halaman Pengesahan Penyelia
Halaman Judul i
Halaman Pengakuan ii
Halaman Dedikasi iii
Halaman Penghargaan iv
Abstrak v
Abstract vi
Jadual Kandungan vii
Senarai Jadual xi
Senarai Singkatan xiii
Senarai Lampiran xiv
BAB 1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 4
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Persoalan Kajian 5
1.6 Kepentingan Kajian 6
1.7 Batasan Kajian 6
viii
1.8 Definisi, Istilah dan Konsep 7
1.8.1 Pencapaian 7
1.8.2 Mata Pelajaran Matematik 8
1.8.3 Minat 8
1.8.4 Sikap 8
1.8.5 Persekitaran 9
1.9 Penutup 9
BAB 2 TINJAUAN LITERATUR 10
2.1 Pengenalan 10
2.2 Masalah Minat 10
2.3 Masalah Sikap 14
2.4 Masalah Persekitaran 19
2.5 Kesimpulan 21
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 22
3.1 Pengenalan 22
3.2 Reka Bentuk Kajian 22
3.3 Prosedur Kajian 23
3.4 Tempat Kajian 23
3.5 Populasi dan Persampelan Kajian 24
3.6 Instrumen Kajian 25
3.7 Penganalisisan Data 26
3.8 Kajian Rintis 28
3.9 Penutup 29
BAB 4 DAPATAN KAJIAN 30
ix
4.1 Pengenalan 30
4.2 Analisis Bahagian A (Latar Belakang Responden) 31
4.2.1 Taburan Responden Mengikut Etnik 31
4.2.2 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan
Bapa @ Penjaga 32
4.2.3 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan
Ibu @ Penjaga 33
4.2.4 Taburan Responden Mengikut Jumlah
Pendapatan Ibu Bapa @ Penjaga 34
4.2.5 Taburan Keputusan MatematikResponden
Semasa PMR 35
4.3 Analisis Bahagian B (Persoalan Kajian 1) 36
4.4 Analisis Bahagian C (Persoalan Kajian 2) 40
4.5 Analisis Bahagian D (Persoalan Kajian 3) 44
4.6 Rumusan Dapatan Kajian 49
BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 51
5.1 Pengenalan 51
5.2 Rumusan Kajian 51
5.3 Perbincangan 55
5.3.1 Perbincangan Persoalan Kajian 1 56
5.3.2 Perbincangan Persoalan Kajian 2 58
5.3.3 Perbincangan Persoalan Kajian 3 60
5.4 Rumusan Dapatan 62
5.5 Cadangan 62
5.5.1 Pelajar 62
5.5.2 Ibu Bapa 63
5.5.3 Guru 63
x
5.5.4 Pihak Sekolah 64
5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 64
5.7 Penutup 65
RUJUKAN 66
LAMPIRAN 75
xi
SENARAI JADUAL
No. Jadual Tajuk Muka Surat
3.1 Bilangan Populasi dan Sampel
Mengikut Sekolah 24
3.2 Senarai Item Soalan Soal Selidik
Mengikut Bahagian. 25
3.3 Skor Skala Likert 5 mata 26
3.4 Pemeringkatan Skala Likert 27
3.5 Tahap Penilaian Berdasarkan Peratus 28
3.6 Nilai Alpha Crombach Mengikut
Bahagian Bagi 10 Responden 29
4.1 Taburan Responden Mengikut Etnik 31
4.2 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan
Bapa @ Penjaga 32
4.3 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan
Ibu @ penjaga 33
4.4 Taburan Responden Mengikut Jumlah
Pendapatan Ibu Bapa @ penjaga 34
4.5 Taburan Keputusan Matematik Semasa
PMR 35
4.6 Taburan Minat Responden Terhadap
Matematik 36
4.7 Taburan Responden Yang Tidak Berminat
Terhadap Matematik Mengikut Etnik 37
xii
No. Jadual Tajuk Muka Surat
4.8 Taburan Pendapatan Ibu Bapa atau Penjaga
Responden Yang Tidak Berminat Terhadap
Matematik 38
4.9 Taburan Pencapaian Matematik
Responden Yang Tidak Berminat
Terhadap Matematik Semasa PMR 39
4.10 Taburan Responden Terhadap Masalah
Sikap Dalam Membuat Latihan
Matematik 40
4.11 Taburan Masalah Sikap Responden
Terhadap Merujuk Kepada Guru
Apabila Mempunyai Masalah
Dalam Matematik 41
4.12 Taburan Masalah Sikap Responden
Terhadap Membuat Rujukan
Tambahan Tentang Matematik 42
4.13 Taburan Responden Terhadap Masalah
Sikap Berbincang Dengan Rakan-Rakan
Untuk Menyelesaikan Masalah Matematik 43
4.14 Taburan Responden Terhadap Masalah
Persekitaran Bagi Keadaan Bilik Darjah 44
4.15 Taburan Responden Terhadap Masalah
Persekitaran Bagi Kelengkapan Asas
Pembelajaran 45
4.16 Taburan Responden Terhadap Masalah
Persekitaran Bagi Hubungan Keluarga 47
4.17 Taburan Responden Terhadap Masalah
Persekitaran Rakan-Rakan 48
xiii
SENARAI SINGKATAN
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
PMR - Penilaian Menengah Rendah
RM - Ringgit Malaysia
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Set Borang Soal Selidik
B Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Dari Bahagian
Perancang Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia
C Surat Pengenalan Diri Daripada Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
D Data Kajian
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Penguasaan dan penggunaan matematik amat penting dalam kehidupan
manusia secara langsung atau tidak langsung. Hal ini dapat dilihat daripada
kemajuan dalam bidang sains dan teknologi yang dicapai oleh negara-negara maju
seperti Amerika Syarikat, Jepun, Britain, Jerman dan lain-lain. Berdasarkan hakikat
tersebut, matematik telah diberi penekanan di semua peringkat sama ada di peringkat
sekolah rendah, menengah dan seterusnya peringkat universiti.
Matematik boleh dilihat dari pelbagai perspektif. Seseorang itu boleh
mentakrifkan matematik sebagai permaisuri bagi sains (queen of sciences)
(Bell,1978) atau sebagai suatu bentuk bahasa, mempunyai suatu struktur mantik yang
tertentu sebagai suatu bidang ilmu untuk memahami nombor dan ruang, sebagai
suatu siri kaedah untuk mendapat rumusan tertentu atau sebagai satu aktiviti intelek
yang memberangsangkan (Kline,1962). Perbezaan konsepsi mengenai matematik
boleh juga dilihat pada dua ekstrem. Pada satu ekstrem seperti pandangan golongan
“formalist” (Lakatos, 1976), matematik dianggap sebagai mengandungi pernyataan-
pernyataan dalam satu sistem aksiom yang tertakluk kepada peraturan-peraturan
tertentu (Dossey, 1991). Pandangan sedemikian lebih menekankan kepada peraturan
formal dari makna matematik itu sendiri (Ernest, 1985). Pada satu ekstrem yang lain
pula, matematik boleh dilihat sebagai mengandungi aktiviti menyelidik serta meneliti
2
idea-idea baru, mencipta struktur baru matematik dan mencabar kreativiti, daya
imaginasi dan intuisi ahli matematik (Johnson dan Rising, 1976)
Pembelajaran matematik merupakan proses penggunaan kognitif ke arah
penanggapan, pembinaan konsep, penaakulan, penilaian serta penyelesaian masalah.
Menurut Abdul Latif (1983), bahawa kebolehan penaakulan secara operasi formal
seseorang individu biasanya dapat dikaitkan dengan kebolehan dalam menyelesaikan
masalah matematik dan sains dan seterusnya mempengaruhi pencapaian individu
dalam mata pelajaran tersebut.
1.2 Latar Belakang Masalah
Pendidikan matematik bertujuan untuk meningkatkan kebolehan pelajar
dalam memahami dan memerihalkan fenomena matematik dalam situasi yang
sebenar dan dalam menggunakan kemahiran matematik untuk menyelesaikan
masalah dalam bidang sains, kejuruteraan, ekonomi dan lain-lain lagi. Dari aspek
matematik konsepsi pendidikan matematik pula bertujuan meningkatkan kebolehan
pelajar dalam memahami struktur, saling hubungan, prinsip, ruang dan konsep
matematik. Tumpuan pembelajaran matematik adalah kepada pemahaman dan
konsepsi bukan kepada penggunaan semata-mata.
Dalam konteks pendidikan hari ini, pendidikan matematik ternyata amat
diperlukan dalam semua proses pembelajaran. Di peringkat sekolah menengah
pengetahuan asas matematik diperlukan bagi kebanyakan mata pelajaran. Dalam
buku “Mathematics Across the Curriculum” John Ling (1977) telah mengenal pasti
bidang yang menggunakan matematik di antaranya ialah Geografi, Ekonomi, Kajian
Sosial, mata pelajaran Teknik, Seni bina, mata pelajaran Rumah Tangga, Pendidikan
Jasmani dan Seni Lukis. Matematik juga menjadi teras sepunya kepada semua mata
pelajaran sains. Ramai ahli ilmu matematik yang mengatakan “Mathematic is a tool
of Science and Technology” dan lain-lain kenyataan yang menunjukkan matematik
telah digunakan untuk menerangkan berbagai ilmu lain.
3
Pengajaran matematik di sekolah menengah kerap kali tidak dapat dijalankan
seperti yang dirancangkan kerana pelajar-pelajar masih belum dapat menguasai
kemahiran asas matematik yang seharusnya telah dikuasai di peringkat sekolah
rendah lagi. Menurut Laporan ‘Taraf Pencapaian Murid-murid Sekolah Rendah di
Malaysia’ (Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan, 1980), secara
puratanya hanya 39.8% murid-murid di sekolah rendah mencapai taraf pencapaian
mengira. Memandangkan pengajaran matematik adalah tata tingkat, ini menyulitkan
guru-guru untuk meneruskan pelajaran baru. Masalah ini akan berlanjutan ke
tingkatan menengah atas. Hasil daripada kajiannya, Wong Khoon Yong (1987)
mendapati bahawa pelajar-pelajar Tingkatan 4 dan 5 adalah lemah dalam kemahiran
asas dan ini mungkin menjadi satu sebab mengapa mereka tidak berjaya dalam mata
pelajaran matematik.
Howard dan Smith (1980) dalam kerja diagnosis dan pemulihan mereka di
Playmouth Polytechnic, England telah memberikan fokus kepada beberapa perkara
sebagai landasan untuk mengkaji masalah kesilapan-kesilapan matematik yang
dilakukan oleh para pelajar.
Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Abdul Rafie Mahat (2003) berkata,
pengajaran serta pembelajaran Sains dan Matematik di negara ini memerlukan
kaedah yang sesuai supaya tidak menimbulkan rasa takut di kalangan pelajar.
Oleh hal yang demikian, masalah-masalah kelemahan pelajar dalam
pembelajaran Matematik KBSM perlu dikenal pasti dan dibuat kajian secara
terperinci seterusnya usaha-usaha untuk mengatasi masalah tersebut perlu dilakukan
oleh semua pihak khususnya pihak yang bertanggungjawab dalam sistem pendidikan
seperti Kementerian Pendidikan dan agensi-agensinya bagi mempertingkatkan lagi
pencapaian pelajar.
4
1.3 Pernyataan Masalah
Matematik merupakan kunci kepada kepimpinan dalam masyarakat
berteknologi. Kegagalan dalam menguasai matematik boleh menjejaskan hasrat
untuk menjadi masyarakat yang menyumbang terhadap pembentukan peradaban
sains dan teknologi. Pendidikan berasaskan sains dan matematik ini juga dilihat
sebagai faktor yang kritikal dalam menjadikan negara kita sebagai sebuah negara
perindustrian sebagaimana yang dihasratkan dalam Wawasan 2020 (Ahmad Faiz,
1992).
Untuk mengatasi kegagalan pelajar dalam menguasai matematik, pelbagai
usaha telah dilakukan oleh pihak Kementerian Pendidikan. Antara usaha jangka
panjang yang telah dilakukan ialah projek ‘Gerak Gempur Matematik’ yang mana
telah pun dilaksanakan sejak tahun 1995 di seluruh negara. Walau bagaimanapun
masih terdapat lagi pelajar yang lemah dalam matematik seperti mana yang telah
dinyatakan dalam kajian Mohd Mawarzi (1992) yang mendapati bahawa kebanyakan
pelajar mendapat pencapaian yang rendah dalam mata pelajaran matematik sama ada
semasa ujian atau peperiksaan peringkat sekolah.
Menurut beberapa pengkaji seperti Fitt (1957), Peskin (1964), Aiken (1970),
Morris (1981), Cheung (1988) dan Joan Schrader (1990) telah menyatakan bahawa
kelemahan pelajar dalam matematik adalah berpunca daripada sikap pelajar itu
sendiri terhadap matematik. Di samping itu juga, terdapat beberapa pengkaji lain
yang mengatakan bahawa kelemahan pelajar dalam matematik sebenarnya adalah
berpunca daripada minat pelajar terhadap matematik. Ini telah dinyatakan di dalam
kajian Crow dan Crow (1980), Boh dan Chua (1982).
Menurut Atan Long (1969) dan Keane (1980) di dalam kajian mereka pula
menyatakan bahawa kelemahan pelajar dalam matematik adalah berpunca daripada
masalah persekitaran pelajar. Persekitaran pelajar semasa proses pembelajaran yang
tidak sesuai akan mengurangkan minat mereka untuk belajar.
5
Berdasarkan kepada kajian yang telah dilakukan oleh penyelidik-penyelidik
di luar negara seperti yang telah dinyatakan di atas maka ini mendorong penyelidik
untuk membuat kajian di tiga buah sekolah di Zon Gelang Patah, Johor bagi
mengkaji adakah pelajar-pelajar lemah dalam matematik berpunca daripada masalah
sikap, minat dan persekitaran semasa proses pembelajaran ataupun terdapat punca
lain yang menyebabkan mereka lemah dalam matematik.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini ialah untuk mengetahui masalah-masalah kelemahan
pelajar dalam pembelajaran Matematik KBSM yang mempengaruhi pencapaian
pelajar dalam mata pelajaran tersebut. Objektif kajian tersebut adalah seperti di
bawah:
i. Mengenal pasti minat pelajar terhadap mata pelajaran matematik.
ii. Mengenal pasti masalah sikap pelajar dalam pembelajaran Matematik.
iii. Mengenal pasti masalah persekitaran pelajar dalam pembelajaran
matematik.
1.5 Persoalan Kajian
Terdapat tiga perkara yang menjadi persoalan di dalam kajian ini, iaitu:
i. Adakah pelajar sekolah menengah di Zon Gelang Patah, Johor minat
terhadap Matematik?
ii. Apakah masalah sikap yang boleh melemahkan pembelajaran Matematik
pelajar?
iii. Apakah masalah persekitaran yang boleh melemahkan pembelajaran
Matematik pelajar?