Kajian Penggunaan Bahasa SMS Dalam Kalangan Pelajar

Embed Size (px)

Citation preview

PENDAHULUAN

Dunia masa kini adalah dunia serba canggih. Pelbagai teknologi moden dibangunkan bagi memudahkan pengguna menjalani kehidupan seharian. Teknologi komunikasi adalah antara teknologi yang paling pesat membangun sehinggakan setiap tahun pasti akan ada perisian, mahupun perkakasan komunikasi yang baru. Ini dapat memudahkan sistem komunikasi sejagat. Seluruh dunia mendapat faedah dan kebaikan sistem komunikasi yang canggih. Akan tetapi dalam pembangunan yang pesat ini, terdapat keburukan yang

menjatuhkan budaya bangsa. Fenomena Bahasa SMS telah mempengaruhi bahasa ibunda menyebabkan hilang keasliannya. Bahasa budaya bangsa, itulah pepatah yang telah kita pegang sejak berkurun lamanya. Tapi jika fenomena Bahasa SMS ini berterusan, adakah bahasa kita ini masih boleh menggambarkan bangsa? SMS atau singkatan bagi Short Messaging System turut dikenali sebagai Sistem Pesanan Ringkas telah digunakan secara meluas di seluruh dunia tidak kira bangsa dan umur. Sistem ini memudahkan proses komunikasi tanpa perlu bersuara, hanya perlu menaip katakata dan di hantar menggunakan telefon bimbit. Kini, proses yang mudah ini telah menerbitkan fenomena Bahasa SMS yang mana bagi pengguna fenomena ini memudahkan mereka lagi. Bahasa SMS merupakan bahasa singkatan bagi pengguna ketika berkomunikasi secara SMS. Penggunaan bahasa ini juga berleluasa dalam hampir semua bahasa di dunia ini. Bagi skop penggunaan di Malaysia,ianya lebih cenderung kepada penggunaan bahasa rasmi di Malaysia iaitu Bahasa Melayu dan bahasa kedua iaitu Bahasa Inggeris. Bermula dengan penggunaan SMS di telefon bimbit, sehinggalah ke ruang sembang di internet.1

Antara faktor bermulanya fenomena Bahasa SMS adalah kerana ruang yang terhad dalam sistem pesanan ringkas ini, penjimatan kos dan masa. Syarikat telekomunikasi telah mengenakan caj bagi SMS yang dihantar mengikut had karakter huruf bagi satu-satu SMS. Oleh itu, pengguna SMS ini akan cuba mengurangkan kadar caj yang dikenakan ke atas mereka dengan menggunakan singkatan bagi menggantikan perkataan sebenar. Disebabkan kekerapan yang terlampau tinggi dalam penggunaan sms, mereka terbawa-bawa penggunaan bahasa ini ke luar daripada telefon bimbit. Mereka juga menggunakan bahasa SMS dalam pelayaran internet terutamanya dalam ruang sembang (chatting), penghantaran mel elektronik (e-mail) dan juga dalam laman sesawang sosial seperti Facebook, Twitter, Myspace dan pelbagai lagi. Walaupun penggunaan bahasa SMS ini memudahkan, tetapi ia juga memudaratkan terutamanya dalam martabat bahasa kita. Sehingga kini pengguna SMS ini menyimpang dari tujuan sebenar bahasa SMS diperkenalkan terutamanya dalam kalangan remaja. Mereka gemar menukarkan perkataan itu dengan ejaan yang mana bagi mereka adalah menarik dan mengujakan bagi mereka yang menerima SMS tersebut. Pengguna kekadang terbawa dengan penggunaan SMS dengan menggunakan bahasa ini dalam tugas seharian dan ada juga yang terbawa-bawa dalam tugasan rasmi. Ini akan disalah ertikan oleh sesetengah pihak sebagai tidak beradab. Contohnya dalam komunikasi antara seorang pelajar dan seorang pensyarah. Jika pelajar itu menghantar pesanan ringkas menggunakan bahasa SMS, pensyarah itu mungkin merasakan bahawa beliau tidak dihormati.

2

PERNYATAAN MASALAH

Penggunaan Bahasa SMS secara berleluasa dalam kalangan remaja pada masa kini telah menimbulkan kebimbangan semua pihak. Terutama dalam kalangan pelajar yang terlibat dalam proses pembelajaran dan penggunaan Bahasa SMS memberikan pengaruh yang buruk terhadap penulisan pelajar terutamanya dalam subjek bahasa.

adewkah aq y bslh ngn pew y tjd??? Pttkh aq mtk mf kt mrk. Semuenyer aq y d pslhkn.... cm mrk x der wat sl pew2 pown.....

Adakah anda memahami dengan pantas dan jelas akan ayat yang diberikan? Pemahaman terhadap ayat tersebut mungkin boleh diperolehi tetapi akan mengambil masa yang lebih lama daripada ayat yang menggunakan bahasa yang betul ataupun singkatan yang betul. Hal ini yang menjadi masalah apabila remaja mengubahsuai sesuatu perkataan menjadi perkatan yang lain, sehinggakan ia menjadi trend kepada remaja untuk menggunakan perkataan yang salah dalam teknologi komunikasi. Disamping itu, trend Bahasa SMS ini terbawa-bawa dalam penulisan pelajar terutamanya dalam penulisan karangan yang menjatuhkan pencapaian subjek bahasa di sekolah-sekolah. Inilah yang menjadi kebimbangan kerana pelajar-pelajar ini cenderung untuk terus menggunakan Bahasa SMS dalam situasi formal seperti dalam pembelajaran dan peperiksaan. Mampukah mereka mendukung aspirasi negara dalam Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkasakan Bahasa Inggeris?3

Kajian terhadap penggunaan Bahasa SMS dalam kalangan pelajar perlu dilakukan untuk membendung gejala penggunaan bahasa ini supaya keindahan bahasa tidak tercemar dan seterusnya hilang keasliannnya. Jangan pula sudah terhantuk baru nak terngadah. Relakah anda membiarkan bahasa anda tercemar? Mampukan keaslian bahasa ini bertahan sehingga ke generasi akan dating

4

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dilakukan adalah untuk : 1. Mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar dalam penggunaan bahasa SMS dalam sesi pembelajaran 2. Memahami bagaimana faktor-faktor ini mempengaruhi pelajar dalam penggunaa bahasa SMS dalam sesi pembelajaran. 3. Mengkaji langkah-langkah yang boleh digunakan bagi mengatasi masalah penggunaan bahasa SMS oleh pelajar dalam sesi pembelajaran.

5

SOALAN KAJIAN

Soalan kajian yang dikemukan adalah berdasarkan objektif kajian. Bagi memenuhi objektif kajian yang pertama, soalan-soalan kajiannya adalah seperti: Apakah faktor-faktor fizikal yang mempengaruhi pelajar menggunakan bahasa SMS ketika proses pembelajaran? Apakah faktor-faktor budaya yang mempengaruhi pelajar menggunakan bahasa SMS ketika proses pembelajaran

Bagi memenuhi objektif kajian yang kedua pula, antara soalan yang dikemukakan adalah: Mengapa faktor-faktor fizikal berkenaan boleh mempengaruhi pelajar menggunakan bahasa SMS dalam pembelajaran? Mengapa faktor-faktor budaya berkenaan boleh mempengaruhi pelajar menggunakan bahasa SMS dalam pembelajaran. Akhir sekali, bagi memenuhi objektif kajian yang ketiga, soalan-soalannya adalah: Bagaimana mengatasi masalah penggunaan bahasa SMS oleh pelajar? Adakah masalah ini disedari oleh pelajar, guru, ibu bapa serta masyarakat? Apakah peranan mereka dalam membantu mengatasi masalah ini?

6

DEFINISI KONSEP

Terdapat beberapa konsep dan istilah yang akan digunakan dalam kajian ini. Ini akan ditunjukkan dalam Jadual 1 dibawah. BIL 1. 2. KONSEP/ISTILAH SMS MAKSUD SMS (Short Messaging System) merupakan sistem pesanan ringkas menggunakan telefon bimbit. chatting Sistem komunikasi yang menggunakan internet dan berbual dalam ruangan sembang (chat) 3. Teknologi Komunikasi Alat/ medium yang canggih dan terkini yang membantu dalam interaksi seharian 4. MBMMBI Dasar Pendidikan MBMMBI (Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkukuh Bahasa Inggeris) 5. Laman sosial Laman web yang berfokus kepada komunikasi sosial antara pengguna internet 6. Faktor fizikal Faktor yang merujuk kepada kebendaan, bentuk , boleh dilihat 7. Faktor budaya Faktor yang merujuk kepada nilai, moral, warisan, etika dan estetika

7

KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini dilakukan adalah untuk mengenal pasti tahap masalah penggunaan bahasa SMS dalam kalangan pelajar terutamanya dalam proses pembelajaran. Hal ini sejajar dengan dasar pendidikan negara iaitu Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI) yang di keluarkan pada tahun 2010. Penggunaan bahasa SMS dalam proses pembelajaran yang berleluasa memberi impak yang negatif dalam mencapai aspirasi pendidikan negara. Justeru itu, kajian ini dilakukan bagi mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan bahasa SMS dalam kalangan pelajar serta langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah ini.

8

TEMPAT KAJIAN

Kajian penggunaan bahasa SMS dalam kalangan pelajar telah dilaksanakan di dua lokasi yang berlainan untuk mendapatkan maklum balas yang neutral berdasarkan faktor fizikal dan budaya yang terdapat di negara kita. Lokasi yang diambil adalah berdasarkan status persekitaran pelajar iaitu mengikut jenis sekolah yang terdapat di Malaysia iaitu: a) Sekolah dalam Bandar b) Sekolah luar Bandar Bagi sekolah di dalam bandar, lokasi kajian adalah di Sekolah Menengah Kebangsaan Wangsa Maju (2), Kuala Lumpur. Manakala sekolah di luar bandar adalah di Sekolah Menengah Kebangsaan Kerambit, Kuala Lipis, Pahang.

9

POPULASI SAMPELAN

Bagi setiap lokasi persampelan, sejumlah 100 orang pelajar diambil secara rawak bagi mendapatkan data kajian. Oleh itu jumlah kesemua sampel adalah 200 orang pelajar bagi kedua-dua lokasi.

PEMILIHAN SAMPEL

Pemilihan sampel adalah dibuat berdasarkan kedudukan sekolah iaitu sekolah dalam bandar dan sekolah luar bandar. Sampel diambil daripada pelajar sekolah daripada tingkatan 5 dan tingkatan 4. Ini kerana pelajar-pelajar ini lebih terdedah kepada penggunan telefon bimbit dan juga laman social di internet. Selain itu pelajar di tahap menengah atas juga lebih menggunakan penulisan dalam hampir semua mata pelajaran di sekolah.

10

BATASAN KAJIAN

Kajian tinjauan ini hanya melihat pengaruh bahasa SMS dalam kalangan pelajar di dua buah sekolah yang berlainan iaitu sebuah sekolah terletak di bandar dan sebuah sekolah lagi terletak di luar bandar dalam negeri yang berbeza. Kajian ini juga cuma mengambil sebanyak 100 orang pelajar dari setiap sekolah. Maka, sebarang kesimpulan yang diperolehi dari kajian ini tidaklah boleh menggambarkan keselurah semua sekolah di Malaysia. .

KAEDAH KAJIAN

Kajian dilakukan dengan kaedah soal selidik iaitu kami memberikan beberapa senarai soalan kepada pelajar sasaran. Pelajar berkenaan akan menjawab senarai soalan yang diberikan. Sebanyak 200 pelajar iaitu 100 pelajar sekolah dalam bandar dan 100 pelajar sekolah luar bandar menjawab soalan yang diberikan. Hasil dapatan akan dianalisis mengikut fokus-fokus soalan. Daripada analisis, akan dibuat kesimpulan mengenai tajuk yang dikaji.

11

DAPATAN KAJIAN

Kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti permasalahan yang mungkin timbul dari penggunanaan bahasa SMS seperti yang telah diterangkan pada awal tadi dalam kalangan pelajar bandar dan luar bandar.

Graf 1 menunjukkan penggunaan telefon bimbit oleh pelajar kawasan bandar begitu ketara berbanding pelajar luar bandar. 100% responden yang tinggal di bandar menggunakan telefon dalam kehidupan mereka. Ini ketara perbezaannya dengan pelajar luar bandar yang masih ada lagi yang tidak memiliki telefon bimbit sekaligus merendahkan penggunaan telefon bimbit dalam kehidupan mereka. Kebanyakan mereka pula menggunakan SMS ini hanya 2-5 kali dalam sehari (72%) berbanding 70% pelajar di bandar yang menggunakan khidmat SMS ini lebih dari 6 kali setiap hari. Ini membuktikan bahawa pelajar di bandar lebih menggunakan khidmat secara lebih kerap setiap hari berbanding pelajar luar bandar.

12

Kekerapan Penggunaan SMS80 70 60 Peratus % 50 40 30 20 10 0 2-5 kali 6-10 kali lebih 10 kali Tiada telefon bimbit 6 36 26 12 0 38 Bandar Luar Bandar 10 72

Bilangan penggunaan dalam sehari

Graf 1 : Kekerapan penggunaan telefon bimbit oleh pelajar.

Ini mungkin dipengaruhi oleh keadaan geografi dan sosial kawasan tersebut. Dibandar, peluang untuk memiliki atau membeli telefon adalah luas. Kita boleh mendapatkan telefon dimana-mana kedai yang berhampiran sahaja. Berbeza dengan pelajar luar bandar, mereka hanya boleh membeli telefon di kedai yang terletak di bandar sahaja. Ini juga dipengaruhi oleh faktor sosial dimana bagi penduduk kawasan luar bandar, cuma orang dewasa atau orang yang telah habis alam persekolahan sahaja memiliki telefon bimbit. Ini mengukuhkan lagi hasil kajian kami ini.

13

Melayari Laman Web Sosial60 50 40 40 Peratus % 30 20 12 10 0 1-3 kali 4- 8 kali lebih daripada 8 kali Hampir tiada 6 0 36 26 56

24

Bandar Luar Bandar

Kekerapan dalam seminggu

Graf 2 : Kekerapan pelajar melayari laman web sosial

Penulisan bahasa SMS ini juga menular melalui laman web sosial seperti facebook, twitter, friendster dan lain-lain lagi. Kekerapan pelajar melayari laman web sosial boleh membawa kepada kebiasaan penggunaan bahasa SMS dalam penulisan. Hasil kajian juga menunjukkan pelajar bandar labih banyak melayari laman web sosial daripada pelajar luar bandar. Malahan, masih ada lagi 12% daripada pelajar luar bandar yang hampir tidak menggunakan khidmat ini dalam seminggu. Graf 2 menunjukkan bilangan kekerapan pelajar melayari laman sosial dalam seminggu. Antara laman sosial yang paling popular pada masa kini adalah facebook. Kesemua pelajar yang melayari laman sosial mempunyai akaun facebook dan cuma 14% daripada mereka yang juga mempunyai akaun selain dari facebook. Namun, 28% bagi pelajar luar bandar masih tidak mempunyai akaun laman sosial ini. Graf 3 menunjukkan analisis laman sosial yang selalu dilawati oleh para pelajar.

14

Laman sosial yang sering dilawati100 100 90 80 70 Peartus % 60 50 40 30 20 10 0 Facebook Twitter Myspace Tagged Lain-lain Tiada Laman sosial 0 8 0 28 Bandar Luar Bandar 72

4

0 2

0 0

0

Graf 3: Laman sosial yang dilawati pelajar

Aplikasi ketika melayari laman sosial70 70 60 50 Peratus % 40 30 20 10 0 Sembang Bual (chatting) Profil rakan Permainan Menulis status di Wall sendiri / rakan 14 18 8 32 34 Bandar Luar Bandar 52 42

Jenis aplikasi

Graf 4 : Aplikasi yang digunakan pelajar ketika melayari laman sosial15

Ketika melayari laman sosial, pelajar lebih suka untuk bersembang bual dengan rakan selain dari menulis status di wall masing-masing atau pada wall rakan. Perbezaan ketara dapat dilihat iaitu pelajar luar bandar lebih suka melayari permainan secara online dalam laman sosial berbanding pelajar bandar yang lebih suka berkomunikasi dengan rakan mereka. Seramai 34% pelajar bandar bermain permainan online berbanding pelajar bandar cuma 18% iaitu hampir 2 kali ganda. Manakala bagi pelajar bandar pula, sebanyak 42% daripada mereka lebih suka untuk menulis komen pada kawan atau menulis pada wall sendiri berbanding cuma 8% dari pelajar luar bandar yang berbuat demikian iaitu hampir 5 kali ganda. Ini menunjukkan bahawa pelajar di bandar lebih suka berkomunikasi di alam maya dengan rakan berbanding mereka di luar bandar.

Pelbagai faktor boleh menyebabkan keadaan ini berlaku. Antaranya disebabkan oleh ketiadaan perkhidmatan internet dirumah bagi pelajar luar bandar tersebut. Isyarat broadband atau wireless di kawasan tersebut juga adalah sangat lemah, yang tidak memungkinkan ibubapa atau penjaga mereka menggunakan perkhidmatan tersebut. Di pekan lokasi kajian juga cuma mempunyai satu cybercafe, manakala lokasi yang terdekat untuk mereka melayari internet adalah di bandar kecil yang terletak 30km dari perkampungan mereka. Perkhidmatan awam seperti bas untuk ke tempat tersebut cuma ada 3 kali sehari iaitu pukul 8 pagi, pukul 2.30 petang dan terakhir pukul 5.30 petang. Ini membataskan lagi pergerakan mereka untuk ke bandar dan menerima perkhidmatan internet. Selain daripada itu, mereka juga mungkin berpendapat bahawa laman sosial ini bukanlah sesuatu yang wajib dan perlu ada pada setiap orang, malahan laman sosial ini belum tentu memberi faedah dan kebaikan kepada mereka.

Aspek yang juga diambil kira dalam kajian ini adalah aspek bahasa. Hasil kajian menunjukkan kebanyakan pelajar samada dari kawasan bandar mahupun luar bandar menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantaraan dalam penulisan. Akan tetapi, bagi pelajar di bandar, peratusan pelajar yang menggunakan Bahasa Inggeris dalam penulisan adalah sangat tinggi iaitu 66% berbanding pelajar luar bandar yang hanya 22%.

16

Bahasa pengantaraan penulisan100 90 80 70 66 92 92

Peratus %

60 50 40 30 20 10 0 Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Mandarin Kantonis Tamil Lain-lain 0 0 0 0 0 0 0 0 22 Bandar Luar Bandar

Bahasa pengantaraan

Graf 5 : Bahasa pengantaraan yang digunakan dalam penulisan SMS

Seperti yang kita ketahui, kebanyakan ibu bapa yang tinggal di bandar adalah ibubapa yang bekerja. Ini menyebabkan mereka lebih terdedah pada dunia luar dalam urusan seharian. Peluang untuk mereka berkomunikasi dengan masyarakat luar adalah lebih tinggi berbanding masyarakat luar bandar. Masyarakat bandar juga terdiri dari masyarakat majmuk yang memungkinkan mereka berkomunikasi menggunakan lebih dari satu bahasa.

Berbeza dengan masyarakat luar bandar di lokasi kajian yang rata-rata ibu bapa atau penjaga mereka adalah penoreh getah atau bekerja sebagai buruh sahaja. Ada juga antara pelajar luar bandar yang menggunakan Bahasa Inggeris dalam penulisan mereka. Mereka ini mungkin terdiri dari pelajar yang bijak pandai ataupun ibubapa mereka adalah pegawai perkhidmatan awam seperti guru, polis, jururawat dan lain-lain yang berkhidmat di kawasan sekitar. Graf 5 menunjukkan analisis bahasa pengantaraan yang digunakan pelajar dalam penulisan.

17

Antara kegunaan utama SMS adalah untuk perhubungan tidak kiralah samada dengan rakan, keluarga mahupun teman baru yang belum pernah dikenali (penpal). Kajian ini juga dilakukan untuk melihat sejauh mana SMS ini digunakan sebagai penghubung dalam masyarakat. Dapatan kajian menunjukkan kebanyakan pelajar samada dari luar bandar atau bandar menggunakan khidmat pesanan ringkas ini untuk menghubungi rakan iaitu sebanyak 82% bagi pelajar bandar dan 78% bagi pelajar luar bandar. Pihak kedua yang kerap dihubungi mereka menggunakan SMS adalah keluarga iaitu 60% bagi pelajar dibnadar dan 52% bagi pelajar luar bandar diikuti oleh kenalan baru, guru, dan orang yang tidak di kenali. Graf 5 mennjukkan analisis pihak yang dihubungi menggunakan SMS.

Perhubungan menggunakan SMS90 80 70 60 Peratus 50 40 30 20 10 0 Keluarga Rakan Guru Kenalan Baru Orang yang tidak dikenali 0 14 10 14 0 2 Bandar Luar Bandar 60 52 82 78

Pihak yang dihubungi

Graf 6 : Pihak yang dihubungi menggunakan SMS

18

Analisa pada Graf 6 menunjukkan bahawa para pelajar lebih banyak menggunakan SMS untuk berhubung dengan rakan dan keluarga. Perbezaan ini adalah ketara jika dibandingkan dengan guru, kenalan baru dan juga orang yang tidak dikenali. Oleh itu, kajian ini diteruskan untuk melihat sejauh mana kekerapan perhubungan antara pelajar dengan rakan dan keluarga dalam sehari.

Kekerapan berhubung menggunakan SMS80 80 70 60 Peratus % 50 40 30 20 10 0 Bandar Luar Bandar Bandar Luar Bandar Keluarga Rakan Antara keluarga dan rakan 16 4 6 12 23 16 6 44 33 2-5 kali 6-8 kali lebih daripada 10 kali 74 66

Graf 7 : Kekerapan perhubungan SMS dengan rakan dan keluarga Hasil kajian lanjutan pada Graf 6 menunjukkan 100% pelajar di bandar menggunakan SMS sebagai penghubung dengan keluarga dan rakan walaupun dengan kekerapan yang berbeza, namun kesemua mereka menggunakannya. Berbeza dengan pelajar luar bandar, seramai 92% pelajar luar bandar menggunakan SMS untuk berhubung dengan keluarga dan 88% untuk berhubung dengan rakan.

Walaupun perbezaannya agak besar, namun secara puratanya kesemua responden samada dari bandar atau luar bandar menghantar SMS kepada mereka keluarga atau rakan sebanyak 2-5 kali dalam sehari. Perbezaan ketara yang dapat dilihat dalam Graf 6 ialah19

pelajar bandar lebih banyak menghabiskan masa untuk menghantar SMS kepada rakan dalam kekerapan yang lebih dari 10 kali sehari iaitu sebanyak 33% berbanding pelajar luar bandar yang peratusan mereka lebih rendah iaitu cuma 6% menghantar SMS kepada rakan lebih dari 10 kali setiap hari. Pelajar luar bandar nampaknya lebih suka menghantar SMS kepada rakan dalam kuantiti yang sedikit iaitu 2-5 kali setiap hari iaitu sebanyak 66% berbanding palajar bandar yang cuma 44%. Ini memberi kesimpulan bahawa pelajar bandar lebih suka menghantar SMS dalam kuantiti yang kerap berbanding pelajar luar bandar yang suka menghantar SMS dalam kuantiti yang sedikit setiap hari.

Kategori bahasa semasa SMS & melayari internet78 80 70 60 70

Peratus %

50 40 30 20 10 0 bahasa penuh bahasa singkatan Kategori bahasa 4 14

46 Bandar Luar Bandar 18

bahasa SMS

Graf 8 : Kategori bahasa yang sering digunakan pelajar semasa mengirim SMS dan melayari internet

20

Semasa mengirim SMS atau melayari internet, hampir kesemua pelajar samada dari bandar atau luar bandar lebih suka menggunakan bahasa singkatan berbanding bahasa penuh atau bahasa SMS. Antara contoh bahasa singkatan adalah sy untuk saya dan tlg untuk tolong, manakala antara contoh bahasa SMS ialah se7 untuk setuju dan kitew owg untuk kitorang.

Walaubagaimanapun, masih ada 14% dari pelajar luar bandar yang menulis menggunakan tulisan penuh untuk setiap perkataan berbanding cuma 4% dari pelajar di bandar yang berbuat demikian. Menyentuh isu bahasa SMS ini, pelajar di bandar nampaknya lebih kreatif dalam penggunaan bahasa SMS berbanding pelajar luar bandar. Seramai 46% daripada mereka menggunakan bahasa SMS semasa melayari laman sosial ataupun semasa menghantar SMS. Fenomena ini merunsingkan pelbagai pihak yang menganggap bahasa SMS semakin mencemari bahasa asal kita pada hari ini (M jasne majid, 2012). Graf 8 menunjukkan kategori penulisan bahasa yang sering digunakan pelajar ketika melayari internet mahupun ketika mengirimkan SMS.

Pendapat adakah bahasa SMS memudahkan50 50 45 40 35 40 34 26 34

Peratus %

30 25 20 15 10 5 0 Ya

Bandar Luar Bandar 16

Tidak

Tidak Pasti

Graf 9 : Pendapat pelajar samada bahasa SMS memudahkan mereka21

Walaupun pada pendapat kami bahawa bahasa SMS sukar untuk difahami dan harus diteliti untuk mengetahui maksud asalnya, namun pada pendapat pelajar tidak kiralah dari kawasan mana mereka berasal, secara puratanya mereka merasakan bahawa bahasa SMS ini memudahkan mereka dalam urusan seharian. Walaubagaimanapun, masih ada 21% pelajar yang merasakan bahawa bahasa SMS ini tidak memudahkan mereka dalam urusan seharian.

Kekerapan membuat latihan penulisan80 70 60 Peratus % 50 40 30 20 10 0 1-3 kali 4-6 kali 7-10 kali lebih daripada 10 kali 18 14 4 10 4 4 Bandar Luar Bandar 74 72

Bilangan dalam seminggu

Graf 10 : Kekerapan pelajar membuat latihan penulisan dalam seminggu

Pengaruh bahasa SMS juga dipengaruhi oleh bilangan kekerapan pelajar tersebut membuat latihan penulisan. Semakin banyak mereka membuat latihan penulisan yang diberi guru, semakin sedikit bahasa SMS yang digunakan kerana penulisan yang digunakan dalam sekolah adalah menggunakan perkataan penuh. Secara puratanya, kesemua pelajar tersebut membuat latihan penulisan sebanyak 1-3 kali seminggu dan ia merupakan bilangan yang bagus kepada pelajar. Graf 10menunjukkan kekerapan membuat latihan penulisan dalam seminggu.

22

Penggunaan bahasa SMS dalam penulisan60 54 48 42 40 Peratus % 34 Bandar 30 18 Luar Bandar

50

20

10

4

0 Ya Tidak Tidak Pasti

Graf 11 : Tinjauan sama ada pelajar menggunakan bahasa SMS secara sedar atau tidak dalam penulisan

Seperti yang telah dijangka, ramai antara pelajar yang telah menggunakan bahasa SMS dalam penulisan mereka sama ada secara sedar ataupun tidak. Walaupun peratusan pelajar yang tidak melakukannya adalah lebih banyak, namun jumlah yang diperolehi dari hasil kajian ini adalah membimbangkan iaitu sebanyak 42% dari pelajar bandar dan 34% dari pelajar luar bandar yang melakukannya. Jumlah ini adalah hampir separuh dari jumlah pelajar yang dikaji.

23

Penggunaan bahasa SMS menjejaskan subjek bahasa78 80 70 60 Peratus % 50 40 30 20 10 0 Ya Tidak Tidak Pasti 10 12 30 40 30

Bandar Luar Bandar

Graf 12 : Pendapat pelajar adakah penggunaan bahasa SMS menjejaskan subjek bahasa

Walaupun Graf 12 menunjukkan bahawa ramai pelajar yang menggunakan bahasa SMS dalam penulisan mereka di sekolah, namun mereka berpendapat bahawa bahasa SMS tidak menjejaskan prestasi mereka dalam subjek bahasa tidak kiralah Bahasa Malaysia ataupun Bahasa Inggeris, tetapi mereka bersetuju penggunaan bahasa SMS dalam kehidupan seharian merosakkan bahasa. Graf 13 menunjukkan analisis persetujuan mereka samada mereka bersetuju bahawa bahasa SMS ini merosakkan bahasa ataupun tidak.

24

Bahasa SMS merosakkan bahasa80 70 60 50 Peratus Bandar 40 30 20 10 0 Ya Tidak Tidak Pasti 14 10 Luar Bandar 22 12 76 66

Graf 13 : Pendapat pelajar samada bahasa SMS merosakkan bahasa atau tidak

25

KESIMPULAN DAN CADANGAN

Kesimpulannya, kajian mendapati penularan bahasa SMS ini semakin banyak berlaku dalam kalangan pelajar bandar berbanding pelajar luar bandar. Ini disebabkan oleh mereka lenih terdedah kepada teknologi setiap hari dan setiap tempat disamping kemudahan yang terdapat di bandar adalah jauh lebih baik berbanding kawasan luar bandar yang kekurangan kemudahan tersebut. Ini juga disebabkan faktor sosio-ekonomi ibu bapa atau penjaga masingmasing yang mana ibu bapa pelajar di bandar biasanya lebih berkemampuan memiliki segala kemudahan seperti telefon bimbit atau komputer.

Pada pandangan saya, gejala bahasa SMS ini haruslah dibendung sebelum ianya merosakkan bahasa ibunda masing-masing. Pihak yang mempunyai autoriti seperti guru haruslah menasihati atau memberi tindakan yang tegas kepada para pelajar ini sekiranya mereka menggunakan bahasa SMS ketika berurusan. Selain daripada itu, pihak media massa juga haruslah lebih peka terhadap isu ini contohnya dengan tidak menyiarkan SMS yang mengandungi bahasa SMS di kaca televisyen. SMS yang dihantar itu haruslah ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan kepada para penonton.

Akhir sekali, segala permasalahan ini tidak akan selesai sekiranya semua pihak tidak berganding bahu untuk menyelesaikannya. Bak kata pepatah, Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

26

RUJUKAN

1. Jabatan Bahasa, Panduan singkatan khidmat pesanan ringkas (SMS) Bahasa Melayu, 2008, Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur.

2. Ari Kusmiatun, 2008, Style Bahasa SMS Ucapan: Sebuah Kajian Stilistika, Pendidikan Bahasa & Sastra Indonesia, Indonesia.

3. Tay Meng Guat, 2011, Analisis Linguistik terhadap Penggunaan Bahasa SMS dalam Kalangan Guru Pelatih, Jabatan Pengajian Melayu, Jurnal Penyelidikan IPG Kampus Batu Lintang, Jilid 10, 2011.

4. Norizah Aripin, 2004, Pola Penggunaan Perkhidmatan Pesanan Ringkas dalam kalangan Pelajar Institusi pengajian Tinggi, Penerbitan Universiti Putra Malaysia.

5. M Jasni Majed, 2012, Minda: Bendung bahasa SMS dalam urusan rasmi, Akhbar my metro.

6. Iqbal Nurul Azhar, 2010, Style Bahasa SMS, Jurnal METALINGUA, 2010, Vol 8, no2.

7. Afiq Hanif, 2009, Singkatan Cemar Bahasa?, Harian Metro 30 Januari 2009.

27

LAMPIRAN

KAJI SELIDIK PENGGUNAAN BAHASA SMS DI KALANGAN PELAJAR 28

UMUR JANTINA 1. Dalam sehari, berapa kerapkan anda menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS)? 2-5 kali 6-10 kali lebih 10 kali 2. Dalam seminggu, berapa kerapkah anda melayari laman web sosial? 1-3 kali 4-8 kali lebih daripada 8 kali 3. Apakah laman web sosial yang sering anda layari? Facebook Twitter Myspace Tagged Lain-lain (sila nyatakan) : _________________ 4. Apakah bahasa yang anda sering digunakan dalam penulisan SMS dan dalam laman web sosial? Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Mandarin Kantonis Tamil Lain-lain (sila nyatakan)________________

5. Anda menggunakan SMS untuk berhubung dengan : 29

Keluarga Rakan Guru Kenalan Baru Orang yang tidak dikenali 6. Kekerapan anda berhubung dengan keluarga dalam sehari menggunakan SMS: 2-5 kali 6-8 kali lebih daripada 10 kali 7. Kekerapan anda berhubung dengan rakan dalam sehari dengan menggunakan SMS: 2-5 kali 6-8 kali lebih daripada 10 kali 8. Jika anda melayari laman web sosial, apakah aplikasi yang ada kerap lawati? Sembang Bual (chatting) Profil rakan Permainan Menulis status di Wall sendiri / rakan 9. Dalam penggunaan SMS dan internet, adakah anda menggunakan : bahasa penuh bahasa singkatan bahasa SMS 10. Pada pendapat anda adakah bahasa SMS memudahkan? Ya Tidak Tidak Pasti

30

11. Dalam seminggu, berapa kalikah anda membuat latihan penulisan (BM/BI)? 1-3 kali 4-6 kali 7-10 kali lebih daripada 10 kali 12. Dalam setiap penulisan anda, adakah anda menggunakan bahasa SMS secara sedar/tidak? Ya Tidak Tidak Pasti

13. Adakah penggunaan bahasa SMS menjejaskan prestasi anda dalam subjek bahasa? Ya Tidak Tidak Pasti 14. Penggunaan bahasa SMS dalam kehidupan seharian merosakkan bahasa. Adakah anda bersetuju? Ya Tidak Tidak Pasti

31