21

MANUAL Pemeriksaan Klinikal Payu Dara

  • Upload
    others

  • View
    55

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: MANUAL Pemeriksaan Klinikal Payu Dara
Page 2: MANUAL Pemeriksaan Klinikal Payu Dara

MANUAL Pemeriksaan K linikal Payu dara 1

Pemeriksaa n K linika l Payu DaraMANUAL

Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga Kementerian Kesihatan Malaysia

Disember 2010

Pemeriksaa n K linika l Payu DaraMANUAL

Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga Kementerian Kesihatan Malaysia

Disember 2010

Page 3: MANUAL Pemeriksaan Klinikal Payu Dara

MANUAL Pemeriksaan K linikal Payu dara2

Page 4: MANUAL Pemeriksaan Klinikal Payu Dara

MANUAL Pemeriksaan K linikal Payu dara 3

Isi KandunganPRAKATA ii

1. Pendahuluan 1

2. Objektif Manual 1

3. Pemeriksaan Klinikal Payu Dara 2

4. Anggota Kesihatan 2

5. Kekerapan Pemeriksaan 2

6. Anatomi Payu Dara 3

7. Prosedur Pemeriksaan Klinikal Payu Dara 4

A. Sebelum Menjalankan Prosedur 4

B. Semasa Menjalankan Prosedur 6

C. Selepas Pemeriksaan PKP 10

8. Carta Alir Pemeriksaan Klinikal Payu Dara (PKP) 11

9. Rujukan 12

Senarai Lampiran

Lampiran 1 - Borang Pemeriksaan Klinikal Payu Dara 13

Lampiran 2 - Borang PKW 206 1/2010 - Laporan Bulan/Tahunan Pemeriksaan Klinikal Payu Dara (PKP) 15

Page 5: MANUAL Pemeriksaan Klinikal Payu Dara

MANUAL Pemeriksaan K linikal Payu daraii

Prakata

ii

Manual Pemeriksaan Klinikal Payu Dara ini telah dihasilkan melalui usaha dan

kerjasama antara Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Pakar Bedah, Pakar Perubatan

Keluarga dan Jururawat. Manual ini adalah sebagai panduan dan bahan rujukan

untuk anggota kesihatan di semua peringkat penjagaan kesihatan primer dalam

melakukan pemeriksaan klinikal payu dara.

Manual ini merangkumi prosedur pemeriksaan klinikal payu dara (PKP) dan dokumentasi

aktiviti PKP di peringkat penjagaan kesihatan primer. Ia juga menerangkan tanda-

tanda keabnormalan yang biasa didapati pada payu dara. Penekanan kepada teknik

PKP yang betul akan dapat mempertingkatkan lagi pengetahuan dan kemahiran

anggota kesihatan dalam pengesanan awal kanser payu dara serta membantu

rujukan serta rawatan awal dapat dilakukan. Ia sekaligus dapat menyumbang ke arah

peningkatan mutu perkhidmatan pengesanan awal kanser payu dara dan seterusnya

membantu downstaging kanser payu dara di Malaysia.

Page 6: MANUAL Pemeriksaan Klinikal Payu Dara

MANUAL Pemeriksaan K linikal Payu dara 1

1. Pendahuluan

2. Objektif Manual

Kanser payu dara merupakan kanser paling utama di kalangan wanita seluruh dunia termasuk wanita Malaysia. Ia juga adalah pembunuh punca kanser paling utama di kalangan wanita di negara ini. Berdasarkan Daftar Kanser Kebangsaan 2006, kadar insiden kanser payu dara ialah 39.3 bagi setiap 100,000 populasi. Ia menyumbang sebanyak 16.5% dari semua jenis kes kanser baru yang dilaporkan pada 2006. Menurut Penang Cancer Registry 2004, peratus pesakit yang hadir untuk mendapatkan rawatan kanser di peringkat awal (tahap 1) penyakit ini masih lagi rendah iaitu 20.9%, dimana pada tahap 2 ialah 51.7%, tahap 3 ialah 16.4% dan pada tahap 4 ialah 10.9%.

Kajian Morbiditi Kesihatan Kebangsaan Ketiga pada tahun 2006 (NHMS III) mendapati prevalen amalan pemeriksaan payu dara adalah 70.4% untuk ketiga-tiga kaedah pemeriksaan payu dara. Kaedah pemeriksaan yang paling kerap dilakukan ialah pemeriksaan sendiri payu dara (PSP) iaitu 57.1% diikuti dengan pemeriksaan klinikal payu dara (PKP) 51.8% dan 7.6% menjalani ujian mammografi (MMG).

Kanser payu dara adalah salah satu kanser selain dari kanser serviks dan kanser oral yang mempunyai peluang yang baik untuk dikesan pada peringkat awal. Sehingga kini, bukti saintifik impak penggunaan PKP pada mortaliti kanser payu dara masih belum mencukupi. Walaubagaimanapun, penggunaannya sebagai pemeriksaan rutin ke atas wanita akan dapat membantu pengesanan awal bagi membolehkan rawatan awal dan seterusnya membantu downstaging kanser payu dara.

Tujuan manual ini ialah untuk memaklum prosedur dan tatacara lengkap pemeriksaan klinikal payu dara kepada anggota kesihatan dan tanda-tanda keabnormalan payu dara.

Kandungan manual ini diadaptasi dari Modul Pengajar Pemeriksaan Klinikal Payu Dara dengan sedikit penambahbaikan kandungan.

Page 7: MANUAL Pemeriksaan Klinikal Payu Dara

MANUAL Pemeriksaan K linikal Payu dara2

3. Pemeriksaan Klinikal Payu Dara (PKP)

4. Anggota Kesihatan

5. Kekerapan Pemeriksaan

PKP ialah satu prosedur pemeriksaan payu dara yang dilakukan oleh anggota kesihatan yang terlatih. Pemeriksaan ini digunakan untuk mengesan sebarang kelainan pada payu dara bagi membolehkan penyiasatan dan rawatan susulan dapat diberikan, samada, klien mempunyai gejala atau tidak. Semasa sesi pemeriksaan, anggota kesihatan juga berpeluang untuk memberi pendidikan kesihatan kepada klien tentang kanser payu dara serta kaedah pencegahannnya.

Anggota kesihatan yang menjalankan PKP ialah Pegawai Perubatan dan semua kategori Jururawat termasuk Jururawat Masyarakat.

Anggota kesihatan hendaklah :-

i. Mempelajari semua komponen PKP

ii. Memastikan konsistensi dalam standard pemeriksaan yang diperlukan untuk melakukan PKP yang berkualiti

iii. Mampu menghurai dan mencatat hasil PKP

iv. Mempelajari kemahiran baru dan menambahbaik kemahiran yang sedia ada

Wanita yang berumur 20 tahun keatas perlu menjalani pemeriksaan klinikal payu dara mengikut kekerapan berikut :-

a. Kumpulan umur 20 hingga 39 tahun - setiap tiga tahunb. Kumpulan umur 40 tahun dan ke atas - setiap tahunc. Wanita berisiko tinggi (tanpa mengira umur) - setiap tahun

2

Page 8: MANUAL Pemeriksaan Klinikal Payu Dara

MANUAL Pemeriksaan K linikal Payu dara 3

6. Anatomi Payu Dara

A – DuctsB – LobulesC – Dilated section to hold milkD – NippleE – Fat F – Pectoralis major muscleG – Chest wall/ rib cage

Enlarged view i – Normal Duct cellsii – Basement membraneiii – Lumen (center of duct)

iii

iii

Page 9: MANUAL Pemeriksaan Klinikal Payu Dara

MANUAL Pemeriksaan K linikal Payu dara4

7. Prosedur Pemeriksaan Klinikal Payu Dara

PROSEDUR PENERANGAN

i. Menerima Klien - Terima klien dengan senyuman mesra bagi mengurangkan rasa takut dan klien yakin dengan perkhidmatan yang akan diberikan

- Pastikan klien faham dan memberi kebenaran untuk diperiksa

- Daftar klien

ii. Ambil Maklumat klinikal

a. Kenalpasti amalan pemeriksaan kesihatan payu dara klien

- Dapatkan tarikh akhir pemeriksaan dilakukan dan keputusannya

- Jenis pemeriksaan yang dijalani samada PSP, PKP dan sebarang pengesanan/saringan kanser payu dara cth: mammogram

b. Tanya klien - Adakah terdapat sebarang perubahan pada payu dara dan bagaimana ianya dikesan

° Perubahan pada rupa bentuk ° Terdapat ketulan atau benjolan ° Sakit ° Gatal ° Lelehan dari puting

c. Kenalpasti faktor risiko berikut pada klien

- Umur- Sejarah penyakit payu dara- Biopsi payu dara- Kosmetik atau pembedahan payu dara- Terapi hormon- Penggunaan kontraseptif jenis hormonal- Sejarah obstetrik- Sejarah keluarga- Amalan cara hidup sihat

A. Sebelum Menjalankan Prosedur

4

Page 10: MANUAL Pemeriksaan Klinikal Payu Dara

MANUAL Pemeriksaan K linikal Payu dara 5

PROSEDUR PENERANGAN

iii. Penerangan kepada klien

a. Beri penerangan dengan jelas kepada klien

- Tujuan pemeriksaan PKP

- Tempoh pemeriksaan - mengambil masa 20 ke 30 minit

- Tanda-tanda kanser payu dara

- Tindakan yang perlu diambil jika dikesan kelainan pada payu dara

- Rawatan

b. Terangkan kekerapan PKP - Wanita berumur 20 hingga 39 tahun setiap 3 (tiga) tahun

- Wanita berumur 40 tahun ke atas setiap tahun

- Wanita berisiko tinggi (tanpa mengira umur) setiap tahun

iv. Persediaan untuk melakukan PKP

a. Tempat - Sediakan tempat yang sesuai dan ada privacy.

b. Peralatan - Bilik Pemeriksaan ° Couch ° Step stool ° 2 bantal (1 kecil , 1 besar) ° Draw sheet

- Dokumen ° Borang PKP 1/2009 – Borang

Pemeriksaan Klinikal Payudara (Lampiran 1)

° Buku Daftar Pengamal Perancang Keluarga PKW 101 Pind. 3/2011

° Buku Daftar Pemeriksaan Pap Smear PKW 102 Pind.3/2011

° Borang Reten PKW 206 (Lampiran 2)

Page 11: MANUAL Pemeriksaan Klinikal Payu Dara

MANUAL Pemeriksaan K linikal Payu dara6

PROSEDUR PENERANGAN

i. Lakukan Pemerhatian - Maklumkan kepada klien, pemerhatian ke atas payu dara akan dilakukan semasa klien duduk

- Letak tangan klien di atas pinggul sambil menolaknya dengan kuat supaya otot pectoralis major menguncup (contract) bagi memudahkan pemeriksa mengenalpasti payu dara yang tidak simetri (asymmetries)

- Lakukan pemerhatian ke atas payu dara dari semua arah, perhatikan keadaan bentuk dan saiz payu dara

- Nilai perubahan pada kulit payu dara ° Kerutan atau lekuk pada payu dara ° Puting tertarik ke dalam (inverted

nipple)

B. Semasa Menjalankan Prosedur

PROSEDUR PENERANGAN

c. Klien - Dapatkan kerjasama dari klien

- Minta klien longgarkan baju. Bantu klien jika perlu

- Bantu klien buka baju, dedahkan bahagian dada sehingga ke paras pinggang

- Baringkan klien dalam posisi recumbent dengan tangan diletakkan di bawah kepala supaya tisu payu dara menjadi tegang

- Letakkan bantal di bawah bahu sekiranya perlu

d. Anggota kesihatan yang akan melakukan PKP

- Cuci tangan mengikut tatacara

6

Page 12: MANUAL Pemeriksaan Klinikal Payu Dara

MANUAL Pemeriksaan K linikal Payu dara 7

PROSEDUR PENERANGAN

° Benjolan pada payu dara atau ketiak° Pendarahan dan lelehan dari puting

payu dara° Edema° Kulit puting yang bersisik (scaly)

ii. Lakukan Palpasi pada Payu Dara

a. Cara Palpasi - Tutup payu dara kiri dengan kain

- Pastikan klien dalam keadaan selesa semasa prosedur PKP dilakukan

- Mulakan pemeriksaan ke atas payu dara kanan

- Gunakan permukaan jari tangan kedua, ketiga dan keempat untuk palpasi dan rasa sebarang benjolan atau penebalan

- Palpasi dilakukan secara gerakan membulat sebesar duit syiling 20 sen tanpa mengangkat jari secara berterusan

- Lakukan juga pemeriksaan:

° Di bawah puting dan areola yang mana merupakan bahagian yang sering terjadi kanser

° Upper outer quadrant - breast tail

° Ketiak (Axilla)

- Ulangi prosedur sama bagi payu dara kiri.

Page 13: MANUAL Pemeriksaan Klinikal Payu Dara

MANUAL Pemeriksaan K linikal Payu dara8

PROSEDUR PENERANGAN

b. Tahap Tekanan Semasa Pemeriksaan

- Tiga tahap tekanan: ° tekanan ringan - subcutaneous ° tekanan sederhana - mid level ° tekanan dalam - down to the chest

wall

c. Kaedah Pemeriksaan - Pemeriksaan boleh dilakukan dalam dua kaedah, iaitu:-

° kaedah pusingan atau ° kaedah menegak

- Penggunaan kedua-dua kaedah menjamin pemeriksaan yang lebih tepat

Kaedah Pusingan - Bermula di bahagian atas payu dara buat pusingan pusaran yang besar (Concentric Circles)

- Bergerak ke sekeliling payu dara dengan memerhatikan dan merasa sebarang benjolan atau penebalan yang luar biasa

- Buat pusingan kecil dengan 3 tahap tekanan sehingga sampai ke puting payu dara

- Periksa bahagian bawah areola

- Corak pergerakan palpasi yang biasa digunakan. Ia dimulakan pada kuadran bahagian luar atas payu dara dan bergerak memusar ke dalam, berakhir di puting payu dara menggunakan tapak jari secara membulat dengan tekanan ringan, sederhana dan kuat

8

Sternum Axilla

Sternum Axilla

akhirmula

Page 14: MANUAL Pemeriksaan Klinikal Payu Dara

MANUAL Pemeriksaan K linikal Payu dara 9

PROSEDUR PENERANGAN

Kaedah Menegak - Periksa seluruh bahagian payu dara dalam corak urutan menegak dari tulang selangka di bahagian atas ke garis coli (bra-line) di bahagian bawah dan dari garis tengah antara kedua payu dara ke garis tengah bahagian bawah ketiak

- Mula palpate di ketiak. Buat pusingan dan kemudian tekan kuat di ketiak untuk merasakan sebarang benjolan atau penebalan

- Gerakkan tangan perlahan-lahan ke bawah ke arah garis coli, bergerak lebih kurang 2 sm ke kiri dan terus ke arah atas menuju tulang selangka dengan melakukan pusingan dan tekanan

- Bergeraklah ke atas dan ke bawah mengikut urutan dan meliputi seluruh kawasan payu dara

- Lakukan langkah-langkah dan pemeriksaan yang sama pada payu dara kiri

iii. Pemeriksaan Puting Payu Dara - Guna kedua-dua belah tangan, tekan payu dara untuk melihat samada terdapat sebarang lelehan luar biasa dari puting payu dara

- Lakukan langkah yang sama pada payu dara yang sebelah lagi

iv. Pemeriksaan Ketiak - Pemeriksaan ketiak boleh dilakukan dalam posisi baring atau duduk

Posisi Baring - Letakkan tangan kanan klien ke sisi, palpate ketiak klien dengan teliti untuk mengesan sebarang benjolan

- Lakukan langkah yang sama pada ketiak yang sebelah lagi

Page 15: MANUAL Pemeriksaan Klinikal Payu Dara

MANUAL Pemeriksaan K linikal Payu dara10

PROSEDUR PENERANGAN

Posisi Duduk/Berdiri - Letakkan tangan kiri klien di atas bahu pemeriksa dan tangan kiri pemeriksa diletakkan atas bahu klien

- Palpate ketiak klien dengan tangan kanan untuk merasa benjolan / ketulan pada semua bahagian ketiak

- Lakukan langkah yang sama pada ketiak yang satu lagi

PROSEDUR PENERANGAN

i. Selesakan klien - Bantu klien memakai baju semula

- Maklum pada klien hasil pemeriksaan

ii. Dokumentasi - Catat semua penemuan dalam Borang Pemeriksaan Klinikal Payu Dara, rujuk ke hospital jika perlu

- Catat juga semua penemuan dalam Buku Daftar

iii. Tarikh temujanji - Beri tarikh temujanji akan datang ke klinik kepada klien mengikut carta alir

C. Selepas Pemeriksaan PKP

NOTA :

• Seluruhbahagianpayudara,kawasanbawahketiakdankawasansekelilingperludiperiksa.

• Terdapatciri-ciriketumbuhanyangmembolehkanpengamalperubatanmengesyakkibahawa ketumbuhan yang ditemui adalah kanser. Walaubagaimanapun, pesakit perlu menjalani ujian tertentu seperti pengimejan mammogram dan biopsi untuk pengesahan diagnosa.

• PKPmembantumengesankelainandipayudaradenganmemperkukuhkanlatihanklinikal teknik PKP yang betul.

• Latihanbolehmempertingkatkansensitivitipengesanankelainanpadapayudara.

Page 16: MANUAL Pemeriksaan Klinikal Payu Dara

MANUAL Pemeriksaan K linikal Payu dara 11

8. Carta Alir Pemeriksaan Klinikal Payu Dara (PKP)

Pemilihan klien

Daftar kes

Cuci tangan

Temujanji

Rekod & reten

Selesai

Abnormal

Normal

Kaunseling

Rujukan

Lakukan PKP dan catat dalam Borang Pemeriksaan Klinikal Payu Dara

Penerangan tujuan pemeriksaan

Persediaan peralatan dan klien

Keputusan pemeriksaan

Page 17: MANUAL Pemeriksaan Klinikal Payu Dara

MANUAL Pemeriksaan K linikal Payu dara12

9. Rujukan

10

a. Modul Pengajar Pemeriksaan Klinikal Payu Dara 2009 Bahagian Pembangunan

Kesihatan Keluarga KKM

b. MOH, National Cancer Registry , Malaysia Cancer Statistics, Data and Figure

Peninsular Malaysia 2006

c. Penang Cancer Registry Statistical Report 2004

d. Malaysia MOH. The Third National Health and Morbidity Survey (NHMS III). Women’s

Health. Breast Health Awareness. 2006 [updated 2006; cited 2009]; Available from:

http://www.nih.gov.my/NHMS/abstracts_11.html.

e. Barton ea. Role of the Clinical Breast Examination in Breast Cancer Screening.

Does This Patient Have Breast Cancer? Journal of the American Geriatrics Society.

2001;49(7):991-2.

f. Breastcancer.org 7 East Lancaster Avenue, 3rd Floor Ardmore, PA 19003

Page 18: MANUAL Pemeriksaan Klinikal Payu Dara

MANUAL Pemeriksaan K linikal Payu dara 13

Lampiran 1

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA BORANG PEMERIKSAAN KLINIKAL PAYU DARA

CLINICAL BREAST EXAMINATION FORM

Hospital / Klinik Hospital / Clinic

BUTIRAN KLIEN / CLIENT’S BIODATA

i. Nama / Name : vi. Alamat :

ii. No Kad Pengenalan / IC. No :

Address

iii. Etnik / Ethnicity :

iv. Warganegara / Citizenship : vii. No Telefon: (Rumah/ Home)

v. Umur / Age /Tarikh lahir / Date of Birth : Phone No (Pejabat/ Office)

BUTIRAN KLINIKAL / CLINICAL INFORMATION

i. Tarikh Haid terakhir / Last menstrual period

: v. Sejarah peribadi kanser payu dara : /Personal history of breast cancer

Ya/Yes Tidak/No

ii. Bilangan anak / No.of children

:

vi. Saudara terdekat ada kanser payudara / First degree relatives with breast cancer

Ya/Yes

Tidak/No

iii. Umur menarki/ Menarche age

: vii. Sejarah pembedahan / trauma payu dara / Previous breast surgery / trauma

Ya/Yes Tidak/No

iv. Umur menopos / Menopause age

: viii. Terapi Hormon Gantian / HRT Ya/Yes Tidak/No

ix. Kontraseptif hormon / Hormonal contraceptive

Ya/Yes Tidak/No

x. Menyusukan anak / Breast fed chidren

Ya/Yes Tidak/No

xi. Laporan MMG terdahulu / Any previous MMG

Ya/Yes Tidak/No

HASIL PEMERIKSAAN KLINIKAL PAYU DARA / FINDINGS OF CLINICAL BREAST EXAMINATION a. Penemuan Kanan /

right Kiri/ left Catatan / Notes

i. Benjolan di payu dara / Lump in breast ii. Discaj dari puting / Nipple discharge iii. Puting tertarik ke dalam / Nipple retraction iv. Rasa tidak selesa / sakit bila disentuh / rasa sakit / Discomfort/ tenderness/ pain v. Bengkak di nodus ketiak / Axillary nodes swelling b. Interpretasi klinikal / clinical interpretation

! Normal ! Abnormal

c. Rujukan / referral

d. Catatan / Notes :

MAKLUMAT PEMERIKSA / PERFORMING PRACTITIONER Nama/ Name : Tanda Tangan / : Signature

Jawatan / COP : Designation / Stamp Tarikh / date :

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"#"!$%&''(!!

Page 19: MANUAL Pemeriksaan Klinikal Payu Dara

MANUAL Pemeriksaan K linikal Payu dara14

PANDUAN MENGISI BORANG PEMERIKSAAN KLINIKAL PAYU DARA PKP 1/2009

Panduan am 1. Sila isi borang PKP dengan lengkap bagi setiap pemeriksaan

klinkal payu dara. 2. Hospital / klinik: Sila isikan/ cop nama hospital / klinik yang

menjalankan saringan. Butiran Klien i. Nama : Isi nama klien seperti dalam kad pengenalan.

ii. No kad pengenalan : Isi no kad pengenalan / no pasport bagi klien bukan warganegara Malaysia.

iii. Etnik : Isi kumpulan etnik klien

iv. Warganegara : isi status kewarganegaraan klien

v. Umur / tarikh lahir: Catit umur klien dalam tahun dan tarikh lahir.

vi. Alamat : Isi alamat semasa dengan lengkap

vii. No. Telefon : a. Isi nombor telefon rumah / telefon bimbit (untuk ruangan Rumah).

b. Isi nombor telefon pejabat pelanggan, jika ada (untuk ruangan Pejabat).

Butiran Klinikal i. Tarikh haid akhir : Isi tarikh hari pertama haid terakhir atau

anggaran jika klien lupa.

ii. Bilangan anak : Isi bilangan anak yang dilahirkan (pariti)

iii. Umur menarki : Isi umur klien semasa menarki

iv. Umur menopos : Isi umur klien semasa menopos (jika berkaitan)

v. Sejarah peribadi kanser payu dara : Tanda pada petak ”Ya”

jika klien mempunyai sejarah kanser payu dara.

vi. Saudara terdekat ada kanser payu dara : Tanda pada petak ”Ya” jika klien mempunyai saudara terdekat ada kanser payu dara. Saudara terdekat bermaksud ibu, adik beradik dan anak klien.

vii. Sejarah pembedahan/ trauma payu dara : Tanda pada petak

”Ya” jika klien pernah menjalani pembedahan payu dara atau trauma pada payu dara

viii. Terapi Hormon Gantian : Tanda pada petak ”Ya” jika klien

sedang atau pernah mengambil terapi hormon gantian

ix. Kontraseptif : Tanda pada petak ”Ya” jika klien yang sedang atau pernah menggunakan kontraseptif jenis hormon termasuk pil, implan, patch, krim estrogen vagina, alat dalam rahim berhormon, dll.

x. Menyusukan anak : Tanda pada petak ”Ya” jika klien

pernah menyusukan anak

xi. Laporan MMG terdahulu : Tanda pada petak ”Ya” jika klien pernah menjalani MMG dan catatkan hasil pemeriksaan MMG.

Hasil Pemeriksaan Klinikal Payudara a. Penemuan

Tanda pada perkara berikut bagi kedua-dua payu dara jika ADA dan catat pada gambarajah payu dara

i. Benjolan di payu dara (lump in breast)

ii. Discaj dari puting (Nipple discharge) iii. Puting tertarik ke dalam (Nipple retraction) iv. Rasa tidak selesa / sakit bila disentuh / rasa sakit

(Discomfort / tenderness/ pain) v. Bengkak di nodus ketiak (axillary nodes swelling)

b. Interpretasi klinikal : Tanda pada ruangan berkaitan c. Rujukan : jika memerlukan rujukan, catat fasiliti rujukan d. Catatan : catat maklumat tambahan jika ada Maklumat Pemeriksa Nama : Isi nama pemeriksa. Tandatangan : Untuk ditandatangani oleh pemeriksa. Jawatan / COP: Letak cop jawatan pemeriksa di bahagian ini. Tarikh : catat tarikh pemeriksaan dibuat.

12

Page 20: MANUAL Pemeriksaan Klinikal Payu Dara

MANUAL Pemeriksaan K linikal Payu dara 15

Lampiran 2Bil

Peringkat

Kumpulan Umur

Bila

ngan

Dis

arin

gKe

putu

san

PKP

Ruju

kan

Tem

pat D

iruju

kEt

nik

Kes

Melayu

Cina

India

Lain-lain

Bukan Warganegara

Jumlah

Baru

Ulangan

Jumlah

Normal

Abnormal

Ya

Tidak

Klinik Kesihatan

Hospital

Lain-lain

12

34

56

78

910

1112

1314

1516

1718

19

20-2

9

30-3

9

40-4

9

50-5

9

>=

60

Jum

lah

Kem

ente

rian

Kesi

hata

n M

alay

sia

Sist

em M

aklu

mat

Pen

guru

san

Kesi

hata

nLa

pora

n Bu

lana

n / T

ahun

an P

emer

iksa

an K

linik

al P

ayu

Dara

(PKP

)

PKW

206

1/2

010

Kod

Fasi

liti:

Tahu

n:N

eger

i: Bu

lan:

Dae

rah:

Page 21: MANUAL Pemeriksaan Klinikal Payu Dara

MANUAL Pemeriksaan K linikal Payu dara16