4
BIL. 10 / 20 April 2012 - 28 Jamadil Awwal 1433 AL-QURAN DAN TALAQQI MUSYAFAHAH Oleh: Ustaz Wan Mohd Hazim Bin Wan Mohd Hashim Pegawai Masjid (Imam iii), Masjid Abidin (Masjid Negeri), Terengganu Darul Iman Pengertian Talaqqi Musyafahah Talaqqi adalah perkataan di dalam bahasa arab yang bermaksud berjumpa manakala musyafahah pula bermaksud daripada mulut ke mulut. Gabungan dua perkataan ini bermaksud mempelajari al-Quran secara mulut ke mulut iaitu daripada mulut seorang guru kepada mulut seorang anak murid. Dengan kata lain istilah yang digunakan pada masa kini iaitu mempelajari Al Quran secara face to face bersama seorang guru yang mahir. Di dalam al-Quran Allah s.w.t ada menyebut perkataan talaqqi sepertimana firmanNya yang berbunyi: Maksudnya: “ Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) benar-benar ditalaqqikan al- Quran daripada sisi Allah Yang Maha Bijaksana lagi Maha mengetahui(melalui perantaraan Jibril). ” (Surah an-Namli: 6) Kaedah Talaqqi Musyafahah Kaedahnya adalah dengan cara seorang murid duduk di hadapan gurunya untuk memperdengarkan bacaan al-Quran secara langsung di mana-mana sahaja dengan syarat secara bersemuka tanpa perantaraan alat lain. Guru akan menegur si murid jika terdapat kesalahan di dalam bacaannya serta membetulkan kesalahan tadi secara terus. Kaedah ini diambil daripada peristiwa turunnya wahyu yang pertama kepada Nabi s.a.w iaitu semasa Nabi s.a.w didatangi oleh malaikat Jibril a.s di Gua Hira’. Malaikat Jibril a.s membacakan ayat 1 – 5 daripada surah al-‘Alaq kemudian Nabi s.a.w membacakan pula ayat yang berkenaan sebagaimana bacaan malaikat Jibril a.s. Proses pembacaan yang dilakukan oleh Nabi s.a.w bersama malaikat Jibril a.s ini adalah secara bersemuka dan bukan di dalam mimpi atau melalui perantaraan yang lain. Kaedah ini juga ada dinyatakan oleh Allah s.w.t di dalam al-Quran yang berbunyi:

Makalah Dakwah - Bil 10

Embed Size (px)

DESCRIPTION

makalah dakwah

Citation preview

BIL. 10 / 20 April 2012 - 28 Jamadil Awwal 1433

AL-QURAN DAN TALAQQI MUSYAFAHAH Oleh: Ustaz Wan Mohd

Hazim Bin Wan Mohd Hashim Pegawai Masjid (Imam iii),

Masjid Abidin (Masjid Negeri), Terengganu Darul Iman

Pengertian Talaqqi Musyafahah

Talaqqi adalah perkataan di dalam bahasa arab yang bermaksud berjumpa manakala musyafahah pula bermaksud daripada mulut ke mulut. Gabungan dua

perkataan ini bermaksud mempelajari al-Quran secara mulut ke mulut iaitu daripada mulut seorang guru kepada mulut seorang anak murid. Dengan kata lain istilah yang digunakan pada masa kini iaitu mempelajari Al Quran secara face to face bersama seorang guru yang mahir. Di dalam al-Quran Allah s.w.t ada menyebut perkataan talaqqi sepertimana firmanNya yang berbunyi:

Maksudnya: “ Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) benar-benar ditalaqqikan al-Quran daripada sisi Allah Yang Maha Bijaksana lagi Maha mengetahui(melalui perantaraan Jibril). ”

(Surah an-Namli: 6)

Kaedah Talaqqi Musyafahah

Kaedahnya adalah dengan cara seorang murid duduk di hadapan gurunya untuk memperdengarkan bacaan al-Quran secara langsung di mana-mana sahaja dengan syarat secara bersemuka tanpa perantaraan alat lain. Guru akan menegur si murid jika terdapat kesalahan di dalam bacaannya serta membetulkan kesalahan tadi secara terus.

Kaedah ini diambil daripada peristiwa turunnya wahyu yang pertama kepada Nabi s.a.w iaitu semasa Nabi s.a.w didatangi oleh malaikat Jibril a.s di Gua Hira’. Malaikat Jibril a.s membacakan ayat 1 – 5 daripada surah al-‘Alaq kemudian Nabi s.a.w membacakan pula ayat yang berkenaan sebagaimana bacaan malaikat Jibril a.s. Proses pembacaan yang dilakukan oleh Nabi s.a.w bersama malaikat Jibril a.s ini adalah secara bersemuka dan bukan di dalam mimpi atau melalui perantaraan yang lain.

Kaedah ini juga ada dinyatakan oleh Allah s.w.t di dalam al-Quran yang berbunyi:

Maksudnya: “ janganlah engkau (wahai Muhammad) menggerakkan lidahmu membaca al-Quran (sebelum selesai dibacakan kepadamu) kerana hendak cepat menghafaz al-Quran yang diturunkan kepadamu. Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa

mengumpulkan al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu); oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya kepadamu (dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu. ”

(Surah al-Qiamah: 16 - 18)

MAKALAH DAKWAH مقـالـة الـدعوة

Syeikh Hassan Ragab al-Muqri’, pensyarah al-Quran & al-Qiraat di Maahad Qiraat, Shoubra, Mesir menyatakan bahawa kaedah yang diamalkan di dalam sistem pengajian al-Quran pada hari ini masih dikira sebagai talaqqi musyafahah jika terdapat perkara-perkara berikut:

1) Guru membaca al-Quran kemudian murid hanya mendengar2) Murid membaca al-Quran kemudian guru hanya mendengar3) Guru membaca al-Quran kemudian diikuti bacaan murid

Kelebihan Talaqqi Musyafahah

Talaqqi musyafahah merupakan warisan turun temurun daripada baginda Nabi s.a.w. Diriwayatkan bahawasanya Nabi s.a.w bertalaqqi al-Quran bersama malaikat Jibril a.s sekali setahun iaitu pada bulan Ramadan dan pada tahun kewafatannya, baginda s.a.w bertalaqqi sebanyak dua kali.

Para ulama tajwid amat menekankan konsep mempelajari al-Quran secara talaqqi musyafahah. Antara lain kelebihannya adalah seperti berikut:

1) Dapat menjaga kesahihan bacaan al-Quran. Ia berbeza jika membaca al-Quran tanpa berguru atau hanya melalui buku-buku atau media-media elektronik yang kian berkembang pesat di zaman sekarang ini yang tidak dapat dipastikan sahih atau tidak sesuatu bacaan itu.

2) Bacaan seseorang murid akan ditegur secara direct oleh guru jika terdapat kesalahan bacaan. Ia berbeza jika belajar daripada cd atau kaset yang hanya dapat didengari bacaannya tanpa dapat menegur bacaan seseorang itu betul atau salah.

3) Murid dapat melihat sendiri pergerakan mulut guru apabila menyebut sesuatu bacaan kerana al-Quran mempunyai keunikan tersendiri apabila kita membacanya. Ini amat berbeza jika bacaan al-Quran itu hanya dipelajari daripada buku-buku sahaja atau media elektronik yang mana kita tidak dapat mengenal pasti bagaimana cara bacaan yang sebenar.

4) Murid lebih memberi perhatian jika guru berada di hadapannya berbanding jika hanya belajar al- Quran melalui buku-buku dan sebagainya, tumpuan seseorang itu akan terjejas oleh gangguan tertentu.

5) Murid akan sentiasa mendapat kata-kata nasihat daripada guru yang mana dapat memberi semangat kepadanya dalam mempelajari al-Quran. Kata-kata berupa nasihat khusus berkaitan al-Quran ini jarang-jarang dapat disampaikan melainkan daripada orang yang sememangnya telah bergelumang dengan pahit manis menuntut ilmu al-Quran itu sendiri.

Jom Talaqqi Al-Quran

Semoga dengan perkongsian ini menambahkan semangat kita untuk mempelajari al-Quran dengan bersungguh-sungguh secara bertalaqqi bersama guru-guru yang mahir. Perlu diingat bahawa membaca al-Quran bukanlah sebagaimana kita membaca buku-buku lain, majalah atau surat khabar. Membaca al-Quran memerlukan penelitian dari sudut sebutan setiap huruf dan hukumnya yang mana perlu dirujuk kepada guru yang mahir. Apa yang lebih penting adalah membaca al-Quran itu sendiri merupakan ibadah seorang muslim yang perlu dijaga rapi sebagaimana dijaga ibadah solat, puasa, haji dan zakat. Jom talaqqi al-Quran !

MAKLUMAN!Makalah Dakwah adalah suatu penulisan ringkas berbentuk ilmiah yang diterbitkan dua minggu sekali di bawah Unit Dakwah & Informasi, Masjid Abidin (Masjid Negeri), Terengganu Darul Iman. Makalah Dakwah boleh didapati pada setiap hari Jumaat minggu pertama dan ketiga setiap bulan mengikut kalendar Masehi di dewan solat muslimin dan muslimat. Sebarang teguran daripada muslimin dan muslimat amatlah dialu-alukan bagi menambah baik pengurusan pengimarahan masjid.

Terbitan : Unit Dakwah & Informasi, Masjid Abidin (Masjid Negeri), Terengganu Darul Iman