4
ISL MINGGU 16 BULAN Bulan merujuk kepada sebuah satelit semula jadi yang beredar mengelilingi Bumi. Bulan hanya bersaiz satu per empat daripada saiz dan beredar mengelilingi Bumi setiap 27.3 hari, pada jarak purata 384,400 kilometer di bawah tarikan graviti Bumi. Bulan tidak mempunyai sumber cahaya dan cahaya bulan sebenarnya berasal daripada pantulan cahaya matahari. FASA-FASA BULAN Bentuk Bulan yang dilihat di langit berubah-ubah daripada masa ke semasa. Perubahan bentuk bulan ini

M17

Embed Size (px)

DESCRIPTION

I wonder why>>>

Citation preview

Page 1: M17

ISL MINGGU 16

BULAN

Bulan merujuk kepada sebuah satelit semula jadi yang beredar

mengelilingi Bumi. Bulan hanya bersaiz satu per empat daripada saiz dan

beredar mengelilingi Bumi setiap 27.3 hari, pada jarak purata 384,400

kilometer di bawah tarikan graviti Bumi. Bulan tidak mempunyai

sumber cahaya dan cahaya bulan sebenarnya berasal daripada pantulan

cahaya matahari.

FASA-FASA BULAN

Bentuk Bulan yang dilihat di langit berubah-ubah daripada masa ke

semasa. Perubahan bentuk bulan ini berlaku kerana luas permukaan bulan

yang memantulkan cahaya matahari ke bulan berubah semasa bulan beredar

mengelilingi bumi. Bentuk-bentuk bulan yang berbeza ini dikenali sebagai

fasa Bulan. Fasa bulan terdiri daripada anak bulan, bulan sabit, bulan separa

Page 2: M17

ISL MINGGU 16

baru, bulan purnama / penuh, bulan purnama lama, bulan separa lama dan

juga bulan sabit lama. Tempoh masa daripada satu fasa ke satu fasa Bulan

yang sama ialah 29 ½ hari.

GERHANA

Gerhana merupakan kejadian astronomi yang berlaku apabila satu

objek astronomi bergerak ke dalam bayang objek astronomi yang lain.

Terdapat dua jenis gerhana, iaitu gerhana matahari dan gerhana bulan.

Gerhana matahari berlaku apabila bulan yang sedang dalam

perjalanannya mengelilingi bumi lalu bersetentangan dengan bumi dan

matahari, dan bayangnya terkena pada permukaan bumi, maka terjadilah

gerhana. Gerhana matahari hanya dapat berlaku ketika bulan baru kerana

bulan berada di sebelah bumi menghadap matahari pada masa itu.

Gerhana bulan pula hanya boleh berlaku ketika bulan purnama. Ketika

itu bulan berada bersetentangan dengan bumi dan terlindung daripada

matahari. Ini bermakna bulan boleh termasuk ke dalam bayang bumi dan

menghilang.

Gerhana juga boleh dibahagikan kepada gerhana penuh, gerhana

separa dan gerhana anulus.

Gerhana penuh berlaku apabila bebayang bentuk gelap Bulan

menyelubungi dengan sepenuhnya cahaya matahari yang amat terang,

dan dengan ini membolehkan korona matahari yang banyak lebih

lembut dilihat. Dalam mana-mana gerhana, kepenuhan paling baik pun

hanya berlaku pada laluan terhad pada permukaan bumi.

Gerhana separa berlaku apabila matahari dan bulan tidak tepat sebaris

dan bulan hanya melitupi matahari dengan separa. Fenomena ini

lazimnya dapat dilihat dari sebahagian besar bumi yang terletak di luar

laluan gerhana anulus ataupun penuh. Walau bagaimanapun,

beberapa gerhana hanya dapt dilihat sebagai gerhana separa oleh

sebab umbra melintasi wilayah kutub bumi dan tidak menyilangi

permukaan bumi.

Page 3: M17

ISL MINGGU 16

Gerhana anulus pula akan berlaku apabila matahari dan bulan betul-

betul sebaris, tetapi saiz Bulan kelihatan kecil daripada saiz matahari.

Hal ini telah menyebabkan matahari kelihatan seolah-olah sebentuk

cincin yang amat terang atau anulus, yang mengelilingi cakera bulan

yang lebih gelap.

Gerhana mungkin tidak berlaku setiap tahun, dan mungkin pula

beberapa kali setahun. Namun gerhana penuh adalah jarang dan hanya

dapat disaksikan pada suatu tempat di bumi.