7
EDU 625 METHODS OF TEACHING VISUAL ARTS LESSON PLAN PENEGASAN (Kad Ucapan) TINGKATAN 1 Prepared by: Yusyaila bt Yunus (2011307775) ©2010 Program ED222 Fakulti Pendidikan, UiTM 1

Lesson p lan (rph) penegasan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Lesson p lan (rph)   penegasan

E D U 6 2 5

M E T H O D S O F T E A C H I N G V I S U A L A R T S

L E S S O N P L A N

PENEGASAN ( K a d U c a p a n ) T I N G K A T A N 1

P re p a re d by : Yu sy a i la bt Yu n u s (2011 307 77 5)©2010 Program ED222 Fakulti Pendidikan, UiTM

1

Page 2: Lesson p lan (rph)   penegasan

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

Tajuk Pelajaran:KAD APAKAH ITU? (PENEGASAN) MINGGU DALAM PRAKTIKUM

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10Penjelasan Ringkas Mengenai Pelajaran:(Matlamat umum, topik, aktiviti, kemahiran & masa)

Pelajaran ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai penegasan dan kepentingan penegasan di dalam sesuatu karya. Pelajar akan belajar menggunakan penegasan di dalam membuat kad ucapan.

Tingkatan: 1

Kelas:

AMAL

Bil pelajar:

(L) 15 (P) 21

Tarikh:

Latar belakang pelajaran:(Pengetahuan sedia ada pelajar; keadaan ruang dan persekitaran)

Murid telah mengetahui dan mengaplikasikan unsur seni dalam penghasilan kayra seni saperti garisan, rupa, bentuk, warna dan sebagainya.

Tahap: Aras 2i. Menyatakan wujudnya Prinsip Rekaan dalam alam dan

objek buatan manusia.Aras 3i. Menggunakan Asas Seni Reka dalam menghasilkan

kerja Seni Visual melalui aktivit imudah.ii. Menggambarkan jenis dan fungsi penggunaan Asas

Seni Reka dalam aktiviti Seni Visual.

Masa:

OBJEKTIF-OBJEKTIF PELAJARANDi akhir pembelajaran ini, pelajar akan dapat: 1. Mengenalpasti dan menyenaraikan prinsip penegasan dalam sesuatu hasil karya dan juga alam semulajadi.

2. Menghuraikan fungsi-fungsi penegasan di dalam karya seni.

3. Menghasilkan kad ucapan Hari Guru atau Hari Ibu yang mengaplikasikan salah satu prinsip penegasan seperti penegasan garisan, rupa, bentuk dan juga warna.

PERBENDAHARAAN BARU (dengan makna yang betul) SENARAI ALAT BANTU MENGAJAR

Penegasan – digunakan untuk menarik perhatian.Illustrasi – lukisan daripada grafik dan lain-lain.Foto montaj – menggunakan gambar dari pelbagai sumber untuk dijadikan satu karya seni.

Peta minda, contoh gambar penegasan, kertas lukisan, kertas warna, warna, pensil, gunting, gam dan contoh kad ucapan.

©2010 Program ED222 Fakulti Pendidikan, UiTM

2

• Pengalaman ‘baru’ – tunjukcara, video, perbincangan, carta, peta, aktiviti kumpulan.

• Pengalaman ‘dalam’ (aktiviti berfikir secara kritis) – Membanding, menganalisa, mengkritik, membuat keputusan, menilai, mengintepritasi.

• Aktiviti ‘bermakna & berguna’ (aktiviti kreatif) – membuat latihan, amali, projek kreatif.

Page 3: Lesson p lan (rph)   penegasan

PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN

Set Induksi:

1. Guru meminta 4 orang pelajar perempuan dan seorang pelajar lelaki tampil ke hadapan.2. Guru menyusun pelajar lelaki di bahagian tengah di antara 4 orang pelajar perempuan.3. Guru bertanyakan kepada pelajar lain :-

a) Apakah yang dapat kamu lihat?b) Siapakah yang lebih menonjol?

Objektif Pelajaran(rujuk muka 1)

Langkah/ Masa

Aktiviti-aktiviti Guru dan Pelajar Hasil Pembelajaran(termasuk penilaian)

Catatan

1. Mengenalpasti dan menyenaraikan prinsip penegasan dalam sesuatu hasil karya dan juga alam semulajadi.

L15 min

Guru memberikan penerangan tentang prinsip penegasan.• Penegasan• Kategori penegasan.

Pelajar akan memberi tumpuan terhadap penerangan yang diberi oleh guru.

Nilai keyakinan, kerjasama dan patuh.KBKK – memproses maklumat.

L22 min

Guru menunjukkan beberapa contoh karya dan gambar penegasan.

Pelajar akan memberi perhatian terhadap contoh karya.

Kaedah – berpusatkan guru. Nilai - patuh

2. Menghuraikan fungsi-fungsi penegasan di dalam karya seni.

L14 min

Guru akan menerangkan fungsi penegasan dan cara-cara menimbulkan penegasan beserta contohnya :-

• Penegasan garisan• Penegasan rupa• Penegasan bentuk• Penegasan warna

Pelajar akan mendengar dengan teliti sambil membuat peta minda.

Nilai – peka, keyakinan KBKK – Membanding beza, menganalisis dan menilai maklumat.

L26 min

Guru akan memberi latihan menyusun gambar objek buatan manusia atau objek alam semulajadi dan memberikan kategori penegasan yang dapat mereka kenalpasti kepada pelajar.

Murid akan membuat latihan yang diberikan oleh guru.

Kaedah – berpusatkan pelajar (soal dan jawab)Kemahiran komunikasi.KBKK – Membanding beza, menganalisis dan menilai maklumat.

©2010 Program ED222 Fakulti Pendidikan, UiTM

3

Page 4: Lesson p lan (rph)   penegasan

Objektif Pelajaran(rujuk muka 1)

Langkah/ Masa

Aktiviti-aktiviti Guru dan Pelajar Hasil Pembelajaran(termasuk penilaian)

Catatan

3. Menghasilkan kad ucapan Hari Guru / Hari Ibu yang mengaplikasikan prinsip penegasan seperti penegasan garisan, rupa dan juga warna.

L12 min

Guru meminta para pelajar mengeluarkan bahan dan alat yang telah diberitahu untuk dibawa oleh pelajar

Pelajar akan mengeluarkan bahan dan alat yang dibawa dalam keadaan senyap dan teratur.

Nilai – ketekunanKecerdasan pelbagai – visual spatial

L24 min

Guru menunjukkan contoh kad ucapan yang telah siap kepada pelajar.

Pelajar akan memberi perhatian dan meneliti contoh yang diberikan dan memahami konsep penegasan dengan lebih mendalam.

Kecerdasan pelbagai – verbal linguistik

L317 min

Guru meminta pelajar menghasilkan kad hari guru (ucapan) yang mengaplikasikan prinsip penegasan sama ada penegasan rupa, ruang dan warna dengan langkah seperti berikut :-

1. Pilih kategori penegasan yang ingin mereka tonjolkan (Penegasan garisan, rupa, bentuk atau warna).

2. Pelajar membuat lakaran di atas kertas.3. Pelajar akan mula menghasilkan kad ucapan

menggunakan teknik fotomontaj.

Pelajar akan menghasilkan kad ucapan dan seterusnya beberapa orang pelajar akan mempersembahkan kad ucapan mereka kepada pelajar lain bagi sesi apresiasi.

KBKK – menjana idea, menilai maklumatNilai – kreatif

PENUTUP PELAJARAN:1. Guru meminta pelajar menghantar hasil karya mereka dan menunjukkan beberapa karya kepada pelajar dan mendapatkan pendapat daripada pelajar.2. Guru akan membuat rumusan dengan bertanyakan tentang konsep, prinsip dan fungsi penegasan kepada pelajar secara rawak.

REFLEKSI GURU / PENILAIAN KENDIRI: CATATAN PENYELIA:

Tandatangan Guru dan Tarikh: Tandatangan Penyelia dan Tarikh:

©2010 Program ED222 Fakulti Pendidikan, UiTM

4

Page 5: Lesson p lan (rph)   penegasan

©2010 Program ED222 Fakulti Pendidikan, UiTM

5

Page 6: Lesson p lan (rph)   penegasan

©2010 Program ED222 Fakulti Pendidikan, UiTM

6

Page 7: Lesson p lan (rph)   penegasan

CONTOH KAD UCAPAN YANG PERLU DISEDIAKAN OEH PELAJAR

©2010 Program ED222 Fakulti Pendidikan, UiTM

7