Upload
phamdang
View
289
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
KUALA LUMPUR
PENILAIAN MENENGAH RENDAH MULAI PMR 2008
DOKUMEN PENTAKSIRAN KERJA KURSUS
76/2 : KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU KEMAHIRAN TEKNIKAL
MAKLUMAT PENTING
Dokumen Pentaksiran Kerja Kursus
Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Teknikal ini akan mula digunakan oleh pelajar
Tingkatan 1 tahun 2006.
KANDUNGAN Muka surat
1. PENGENALAN ……………………………………………. 1
2. MAKLUMAT AM …………………………………………… 1 – 2
3. MAKLUMAT KEPADA PENTAKSIR ………………........ 3
4. MAKLUMAT KEPADA PENYELARAS DALAMAN …… 4
5. MAKLUMAT KEPADA CALON ………………………….. 4
6. SISTEM PENTAKSIRAN ………………………………… 5 – 6
7. FORMAT PENDOKUMENTASIAN ……………………… 6 – 7
8. TULISAN DAN LUKISAN ………………………………… 7
9. SENARAI KONSTRUK DAN ASPEK BAGI MODUL 1 HINGGA MODUL 4 …………………………………….. 8
10. Modul 1 – Tingkatan 1
1.1 ASPEK : Membuat pemasangan litar ………………. 9
1.2 ASPEK : Mengukur voltan dan arus dalam litar …… 10
1.3 ASPEK : Membanding beza antara litar siri dan litar
selari ……………………………………………………. 11 - 12
1.4 ASPEK : Membaca skala ohm pada meter pelbagai 13
1.5 ASPEK : Membanding beza antara mesin yang
menggunakan sistem mekanikal dan elektromekanikal ……………………………………… 14
11. Modul 2 – Tingkatan 2
2.1 ASPEK : Melakar reka bentuk projek ………………. 15 – 16
2.2 ASPEK : Penghasilan projek reka bentuk …………. 17
2.3 ASPEK : Menggunakan alatan tangan atau mesin .. 18
2.4 ASPEK : Membuat lukisan unjuran ortografik ……... 19
2.5 ASPEK : Etika makan ATAU Penyediaan medium
memasu ……………………………………………….. 20 – 21
12. Modul 3 – Tingkatan 2
3.1 ASPEK : Menghasilkan lukisan isometrik ………….. 22
3.2 ASPEK : Menghasilkan lukisan hamparan ………… 23
3.3 ASPEK : Menghasilkan lukisan keratan penuh ….. 24
3.4 ASPEK : Memateri ……………………………………. 25
3.5 ASPEK : Penghasilan projek ………………………... 26
13. Modul 4 – Tingkatan 3
4.1 ASPEK : Pengenalpastian masalah ………………... 27 – 28
4.2 ASPEK : Pembinaan projek …………………………. 29
4.3 ASPEK : Pengiraan kos ……………………………… 30
4.4 ASPEK : Pendokumentasian ………………………... 31
4.5 ASPEK : Membaca dan menterjemah lukisan skematik kepada lukisan bergambar ………………........ 32
14. Borang Pentaksiran Individu
Modul 1 : Tingkatan 1
Modul 2 : Tingkatan 2
Modul 3 : Tingkatan 2
Modul 4 : Tingkatan 3
15. Borang Pentaksiran Kelompok
16. Lampiran 1
17. Lampiran 2
18. GLOSARI
1.0 PENGENALAN
Pentaksiran bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran
Teknikal dilaksanakan berasaskan sekolah dan berpusat. Pentaksiran
bagi kertas 2 dilaksanakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran
dijalankan. Pentaksiran dilaksanakan melalui evidens proses dan
evidens produk.
Dokumen Pentaksiran Kerja Kursus ini disediakan untuk membantu
pentaksir, calon, pihak pentadbir sekolah dan pihak lain yang terlibat
dalam melaksanakan aktiviti pentaksiran kerja kursus di sekolah.
Dokumen Pentaksiran Kerja Kursus ini mengandungi maklumat am,
maklumat kepada pentaksir, penyelaras dalaman, calon, sistem
pentaksiran, kriteria pentaksiran serta borang pentaksiran.
2.0 MAKLUMAT AM
2.1 Semua calon yang mengambil mata pelajaran Kemahiran Hidup
Bersepadu Kemahiran Teknikal di Tingkatan 1, 2 dan 3 dikehendaki
melaksanakan kerja kursus.
2.2 Pihak sekolah hendaklah melantik guru yang mengajar mata
pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Teknikal sebagai
pentaksir untuk melaksanakan pentaksiran kerja kursus.
2.3 Pentaksiran kerja kursus dilaksanakan mulai:-
i) Tingkatan 1 - Januari hingga Oktober
ii) Tingkatan 2 - Januari hingga Oktober
iii) Tingkatan 3 - Januari hingga Julai
1
2.4 Borang Pentaksiran Individu bagi Tingkatan 1, 2 dan 3 perlu
ditandatangani oleh calon, pentaksir dan penyelaras dalaman.
Markah yang diperoleh akan dikumpulkan untuk Penilaian
Menengah Rendah (PMR).
2.5 Pentaksiran kerja kursus merupakan sebahagian daripada proses
pengajaran dan pembelajaran.
2.6 Dokumen Pentaksiran Kerja Kursus ini hendaklah dicetak dan
diedarkan kepada setiap calon.
2.7 Aktiviti pentaksiran mungkin melibatkan penggunaan atau
pengendalian alatan dan bahan yang merbahaya. Pihak pentadbir
sekolah dan pentaksir bertanggungjawab memastikan aspek
keselamatan dan kesihatan calon dipatuhi semasa proses
pentaksiran kerja kursus dilaksanakan.
2.8 Pemantauan oleh Penyelaras Luaran ke sekolah-sekolah akan
dilakukan dalam tempoh pelaksanaan pentaksiran kerja kursus.
2.9 Pihak pentadbir sekolah perlu menyediakan ruang yang mencukupi
untuk menyimpan evidens produk berbentuk dokumen Tingkatan 1,
2 dan 3 serta evidens produk berbentuk artifak untuk Tingkatan 3.
2.10 Evidens produk berbentuk artifak Tingkatan 1 dan 2 boleh
dipulangkan kepada calon selepas Borang Pentaksiran Individu dan
Borang Pentaksiran Kelompok ditandatangani oleh Penyelaras
Dalaman. Evidens produk berbentuk artifak Tingkatan 3 dan
evidens produk berbentuk dokumen Tingkatan 1, 2 dan 3 hanya
boleh dipulangkan kepada calon selepas 6 bulan keputusan PMR
dikeluarkan.
2.11 Calon diperuntukkan tempoh 30 hari untuk mengambil evidens
produk berbentuk artifak dan evidens berbentuk dokumen yang
dipulangkan itu. Semua evidens yang tidak dituntut selepas tempoh
tersebut hendaklah dimusnahkan oleh pihak sekolah.
2
3.0 MAKLUMAT KEPADA PENTAKSIR
3.1 Semua pelaksanaan kerja kursus hendaklah ditaksir oleh pentaksir
bagi setiap calon secara individu.
3.2 Pentaksiran boleh dilaksanakan sepanjang masa pengajaran
dan pembelajaran.
3.3 Kerja kursus adalah berdasarkan kepada 4 modul:
Modul Tingkatan Kandungan Markah (%)
1 1 Kemahiran Teknikal 10
2 2 Reka bentuk Dan Teknologi 10
3 2 Kemahiran Teknikal 10
4 3 Reka bentuk Dan Teknologi 10
JUMLAH 40
3.4 Setiap calon MESTI dibekalkan dengan ‘ring’ fail untuk tujuan
penyimpanan dokumen pentaksiran kerja kursus.
3.5 Pentaksir dengan budi bicaranya boleh memberi peluang kepada
calon yang memohon untuk ditaksir semula buat kali kedua.
Pentaksiran semula hendaklah dilakukan dalam tahun semasa.
3.6 Setiap markah individu mesti dipindahkan ke Borang Pentaksiran
Kelompok pada setiap tahun.
3.7 Pentaksir hendaklah melengkapkan Lampiran 2 Carta Gantt
Tempoh Pelaksanaan Kerja Kursus Kemahiran Hidup Bersepadu
Kemahiran Teknikal bagi merekodkan tempoh aktiviti setiap modul
dalam tahun berkenaan.
3
4.0 MAKLUMAT KEPADA PENYELARAS DALAMAN
4.1 Penyelaras Dalaman perlu mengesahkan pelaksanaan kerja kursus
pada Borang Pentaksiran Individu dan Borang Pentaksiran
Kelompok.
4.2 Memastikan semua markah dan dokumen yang telah disahkan
disimpan di tempat khas.
4.3 Memastikan proses pentaksiran kerja kursus dilaksanakan mengikut
prosedur.
4.4 Memastikan semua hasil kerja kursus dan dokumen pentaksiran
calon yang berpindah dihantar ke sekolah baru.
5.0 MAKLUMAT KEPADA CALON
5.1 Semua pelaksanaan kerja kursus hendaklah dilakukan oleh calon di
sekolah secara individu.
5.2 Calon yang berpindah sekolah mesti memastikan semua hasil kerja
kursus dan dokumen pentaksiran telah disahkan oleh Pentaksir
Dalaman dan diserahkan ke sekolah barunya.
4
6.0 SISTEM PENTAKSIRAN
Pentaksiran dalam kerja kursus ini menggunakan sistem Penggredan
Berdasarkan Kriteria (PBK).
6.1 Definisi
Penggredan berdasarkan kriteria ialah satu kaedah menyatakan
prestasi calon berdasarkan pencapaiannya dalam sesuatu aspek
yang diukur.
6.2 Pelaporan
Enam gred digunakan dalam PBK bagi melaporkan tahap
pencapaian calon:
Gred Pencapaian
A Cemerlang
B Kepujian
C Memuaskan
D Mencapai sebahagian tahap penguasaan minimum
E Tidak melakukan kerja kursus
F Dikecualikan
5
6.3 Kaedah Pemarkahan PBK
Pemarkahan dalam PBK dibuat dengan menukarkan gred yang
diperoleh ke dalam unit numerik.
Gred Unit Numerik
A 4
B 3
C 2
D 1
E 0
F -
7.0 FORMAT PENDOKUMENTASIAN
Pendokumentasian hendaklah dilakukan dengan mematuhi urutan dan
kandungan berikut:
7.1 Label Fail – Rujuk Lampiran 1
7.1.1 Tajuk
7.1.2 Nama
7.1.3 Angka Giliran
7.1.4 Nombor Kad Pengenalan
7.1.5 Tahun Dan Tingkatan
7.1.6 Nama Pentaksir
7.2 Modul Pentaksiran 1
7.2.1 Evidens produk berbentuk dokumen
7.2.2 Borang Pentaksiran Individu Modul 1
7.3 Helaian pembahagi ( kertas warna )
7.4 Modul Pentaksiran 2
7.4.1 Evidens produk berbentuk dokumen
7.4.2 Borang Pentaksiran Individu Modul 2
6
7.5 Helaian pembahagi ( kertas warna )
7.6 Modul Pentaksiran 3
7.6.1 Evidens produk berbentuk dokumen
7.6.2 Borang Pentaksiran Individu Modul 3
7.7 Helaian pembahagi ( kertas warna )
7.8 Modul Pentaksiran 4
7.8.1 Evidens produk berbentuk dokumen
7.8.2 Borang Pentaksiran Individu Modul 4
8.0 TULISAN DAN LUKISAN
8.1 Folio mesti dipersembahkan menggunakan tulisan tangan di atas
kertas putih tanpa latar belakang bersaiz A4 ( 21cm X 29.69 cm).
8.2 Persembahan folio mestilah secara persembahan teknikal dan
bukannya persembahan kerja seni.
Nota:
Setiap evidens proses hendaklah dibuktikan dengan laporan bertulis.
Laporan itu hendaklah disediakan mengikut aspek.
7
SENARAI KONSTRUK DAN ASPEK BAGI MODUL 1 HINGGA MODUL 4 PENTAKSIRAN KERJA KURSUS
KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU KEMAHIRAN TEKNIKAL
MODUL KONSTRUK ASPEK
1.1 Kemahiran Amali I. Membuat pemasangan litar.
II. Mengukur voltan dan arus dalam litar.
III. Membanding beza antara litar siri dan litar selari.
1
1.2 Kemahiran Komunikasi
IV. Membaca skala ohm pada meter pelbagai.
V. Membanding beza antara mesin yang menggunakan sistem mekanikal dan elektromekanikal.
2 2.1 Kemahiran Amali I. Melakar reka bentuk projek.
II. Menghasilkan projek reka bentuk.
III. Menggunakan alatan tangan atau mesin.
IV. Membuat lukisan unjuran ortografik.
V. Etika makan ATAU Penyediaan medium memasu.
3.1 Kemahiran Amali I. Menghasilkan lukisan isometrik.
II. Menghasilkan lukisan hamparan.
III. Menghasilkan lukisan keratan penuh.
3
3.2 Kemahiran Komunikasi
IV. Memateri.
V. Penghasilan projek.
4.1 Kemahiran Mereka Cipta (Amali)
I. Pengenalpastian masalah.
II. Pembinaan projek.
4.2 Kemahiran Mentaksir III. Pengiraan kos.
4
4.3 Kemahiran Komunikasi
IV. Pendokumentasian.
V. Membaca dan menterjemah lukisan skematik kepada lukisan bergambar.
8
KRITERIA PENTAKSIRAN KERJA KURSUS
KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU
KEMAHIRAN TEKNIKAL
MODUL 1 - TINGKATAN 1
KONSTRUK : KEMAHIRAN AMALI
BIL. ASPEK GRED KRITERIA CATATAN
A i. Menyusun komponen dengan kemas dan teratur
ii. Menyambung komponen dengan betul
iii. Sambungan litar berfungsi
iv. Mengamalkan langkah keselamatan
B i. Menyambung komponen dengan kemas dan teratur
ii. Menyambung komponen dengan betul
DAN
iii. Sambungan litar berfungsi
ATAU
iv. Mengamalkan langkah keselamatan
C i. Menyambung komponen dengan kemas dan teratur
ii. Menyambung komponen dengan betul
1.1 Membuat pemasangan litar
D Menyambung komponen dengan betul
Pilih salah satu pemasangan sama ada litar siri atau litar selari atau litar siri-selari.
Komponen yang disusun ialah mentol (sekurang-kurangnya 3 biji), suis, bateri atau sel kering.
*Penyambungan dengan wayar
*Langkah keselamatan diri dan komponen.
Evidens:- Proses
9
KONSTRUK : KEMAHIRAN AMALI
BIL. ASPEK GRED KRITERIA CATATAN
A i. Membuat pemasangan ammeter dalam litar dengan betul
ii. Membuat pemasangan voltmeter dalam litar dengan betul
iii. Mengambil bacaan voltmeter dan ammeter dengan tepat
iv. Mengamalkan langkah keselamatan
B i. Membuat pemasangan ammeter atau voltmeter dalam litar dengan betul
ii. Mengambil bacaan voltmeter atau ammeter dengan tepat
iii. Mengamalkan langkah keselamatan
C i. Membuat pemasangan ammeter atau voltmeter dalam litar dengan betul
ii. Mengambil bacaan voltmeter atau ammeter dengan tepat
1.2 Mengukur voltan dan arus dalam litar
D Memasang dan mengambil bacaan voltmeter atau ammeter
Alatan diperlukan
Ammeter
Voltmeter
klip buaya
Contoh komponen untuk diukur:-
perintang tetap
mentol
Evidens:- Proses Produk
(Lukisan litar dan bacaan)
10
KONSTRUK : KEMAHIRAN KOMUNIKASI
BIL. ASPEK GRED KRITERIA CATATAN
A i. Melukis litar siri dan litar selari dengan betul
ii. Melukis voltmeter dan ammeter dalam litar siri dan litar selari
iii. Mencatat nilai voltan dan arus dalam litar siri dan litar selari
iv. Membuat rumusan perbezaan antara litar siri dan litar selari
B i. Melukis litar siri dan litar selari dengan betul
ii. Melukis voltmeter dan ammeter dalam litar siri dan litar selari
iii. Mencatat nilai voltan dan arus dalam litar siri dan litar selari
C i. Melukis litar siri dan litar selari dengan betul
ii. Melukis voltmeter dan ammeter dalam litar siri dan litar selari
ATAU
iii. Mencatat nilai voltan dan arus dalam litar siri dan litar selari
1.3 Membanding beza antara litar siri dan litar selari
D Melukis litar siri dan litar selari dengan betul
Merujuk kepada aspek (1.1) dan (1.2).
Evidens:- Produk
1. Lukisan
2. Dokumen perlu ada:-
i. Litar siri ii. Litar selari iii. Litar siri
dengan ammeter
iv. Litar siri
dengan voltmeter
v. Litar selari
dengan ammeter
vi. Litar selari
dengan voltmeter
vii. Mencatat
bacaan dan membuat rumusan
11
CONTOH:
LITAR SIRI / SELARI
PEMERHATIAN:
MENTOL AMMETER BACAAN VOLTMETER BACAAN
M1 I1 V1
M2 I2 V2
M3 I3 V3
IJ VJ
RUMUSAN :
12
KONSTRUK : KEMAHIRAN AMALI
BIL. ASPEK GRED KRITERIA CATATAN
A i. Memilih julat meter pelbagai dengan betul
ii. Melaras pelaras sifar ohm dengan tepat
iii. Membaca tiga nilai perintang tetap menggunakan meter pelbagai dengan tepat
iv. Mematuhi langkah keselamatan
B i. Memilih julat meter pelbagai dengan betul
ii. Membaca tiga nilai perintang tetap meng-gunakan meter pelbagai
iii. Mematuhi langkah keselamatan
C i. Memilih julat meter pelbagai dengan betul
ii. Membaca dua daripada tiga nilai perintang tetap menggunakan meter pelbagai
iii. Mematuhi langkah keselamatan
1.4 Membaca skala ohm pada meter pelbagai
D i. Memilih julat meter pelbagai dengan betul
ii. Membaca satu daripada tiga nilai perintang tetap dengan meter pelbagai
Nilai rintangan yang diukur
Ohm (Ω)
Kilo Ohm (KΩ)
Mega Ohm (MΩ)
Evidens:- Proses
13
KONSTRUK : KEMAHIRAN KOMUNIKASI
BIL. ASPEK GRED KRITERIA CATATAN
A i. Mempamerkan gambar atau grafik produk yang berkaitan
ii. Menyenaraikan tiga perbezaan
iii. Maklumat betul dan jelas
B i. Mempamerkan gambar atau grafik produk yang berkaitan
ii. Menyenaraikan dua perbezaan
iii. Maklumat betul dan jelas
C i. Mempamerkan gambar atau grafik produk yang berkaitan
ii. Menyenaraikan satu perbezaan
iii. Maklumat betul dan jelas
1.5 Membanding beza antara sistem pergerakan mekanikal dan elektro-mekanikal
D Mempamerkan gambar atau grafik produk
Perlu ada gambar / foto / grafik produk sistem pergerakan mekanikal dan elektromekanikal berserta maklumat
Evidens:- Produk (Dokumen)
14
KRITERIA PENTAKSIRAN KERJA KURSUS
KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU KEMAHIRAN TEKNIKAL
( REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI )
MODUL 2 - TINGKATAN 2
KONSTRUK : KEMAHIRAN AMALI
BIL. ASPEK GRED KRITERIA CATATAN
A i. Melakar sekurang-kurangnya tiga reka bentuk projek berdasarkan tema dan faktor reka bentuk
ii. Menghasilkan satu lakaran reka bentuk terbaik yang dipilih dengan kemas
iii. Menyatakan sekurang-kurangnya tiga faktor yang mempengaruhi pemilihan reka bentuk
iv. Mendimensi lakaran reka bentuk yang dipilih
B i. Melakar sekurang-kurangnya tiga reka bentuk projek berdasarkan tema dan faktor reka bentuk
ii. Menghasilkan satu lakaran reka bentuk terbaik yang dipilih dengan kemas
iii. Menyatakan sekurang-kurangnya tiga faktor yang mempengaruhi pemilihan reka bentuk
2.1 Melakar reka bentuk projek
C i. Melakar sekurang-kurangnya tiga reka bentuk projek berdasarkan tema dan faktor reka bentuk
ii. Menghasilkan satu lakaran reka bentuk terbaik yang dipilih dengan kemas
Contoh tema:-
Peragaan
Penyu-sunan
Penyim-panan
Evidens:- Produk (Dokumen)
15
D Melakar reka bentuk projek berdasarkan tema dan faktor reka bentuk
16
KONSTRUK : KEMAHIRAN AMALI
BIL. ASPEK GRED KRITERIA CATATAN
A i. Mengukur, menanda dan memotong menepati lakaran reka bentuk
ii. Membentuk dan mencantum bahagian projek dengan kemas dan kukuh
iii. Membuat kemasan yang sesuai
iv. Mematuhi langkah keselamatan
B i. Mengukur, menanda dan memotong menepati lakaran reka bentuk
ii. Membentuk dan mencantum bahagian projek dengan kemas dan kukuh
iii. Membuat kemasan yang sesuai
C i. Mengukur, menanda dan memotong menepati lakaran reka bentuk
ii. Membentuk dan mencantum bahagian projek dengan kemas dan kukuh
2.2 Penghasilan projek reka bentuk
D Mengukur, menanda dan memotong
Evidens:- Proses Produk
17
KONSTRUK : KEMAHIRAN AMALI
BIL. ASPEK GRED KRITERIA CATATAN
A i. Memilih alatan tangan atau mesin yang betul
ii. Menggunakan alatan tangan atau mesin dengan cara yang betul dan selamat
iii. Menyenggara alatan tangan atau mesin yang digunakan
iv. Menyimpan alatan tangan atau mesin
B i. Memilih alatan tangan atau mesin yang betul
ii. Menggunakan alatan tangan atau mesin dengan cara yang betul dan selamat
iii. Menyenggara alatan tangan atau mesin yang digunakan
C i. Memilih alatan tangan atau mesin yang betul
ii. Menggunakan alatan tangan atau mesin dengan cara yang betul dan selamat
2.3 Menggunakan alatan tangan atau mesin
D Menggunakan alatan tangan atau mesin
Melibatkan salah satu tajuk di bawah:-
Reka bentuk dan penghasilan projek
Elektronik
Masakan
Tanaman hiasan
Lukisan teknik
Menyenggara merangkumi proses mengurus dan mengendali alatan atau mesin
Evidens:- Proses
18
KONSTRUK : KEMAHIRAN AMALI
BIL. ASPEK GRED KRITERIA CATATAN
A i. Melukis mengikut konsep lukisan unjuran ortografik yang betul
ii. Menggunakan jenis garisan yang betul dalam lukisan unjuran ortografik
iii. Mendimensi (sekurang-kurangnya tiga) lukisan unjuran ortografik dengan betul
iv. Menghasilkan lukisan unjuran ortografik yang kemas dan bersih
B i. Melukis mengikut konsep lukisan unjuran ortografik yang betul
ii. Menggunakan jenis garisan yang betul
iii. Mendimensi lukisan
C i. Melukis mengikut konsep lukisan unjuran ortografik yang betul
ii. Menggunakan jenis garisan yang betul
2.4 Membuat lukisan unjuran ortografik
D Melukis mengikut konsep lukisan unjuran ortografik yang betul
Pelan, pandangan hadapan dan pandangan sisi mengikut pandangan sudut ketiga
Kemas garisan
sama tebal
Guru menyediakan lukisan isometrik
Evidens:- Produk
19
KONSTRUK : KEMAHIRAN AMALI
BIL. ASPEK GRED KRITERIA CATATAN
A i. Mempersembahkan postur* yang betul semasa makan
ii. Mengamalkan tingkah laku yang sopan semasa makan
iii. Menggunakan alatan dengan betul dan sesuai
B i. Mempersembahkan postur yang betul semasa makan
DAN
ii. Mengamalkan tingkah laku yang sopan semasa makan
ATAU
iii. Menggunakan alatan dengan betul dan sesuai
C i. Mempersembahkan postur yang betul semasa makan
ATAU
ii. Mengamalkan tingkah laku yang sopan semasa makan
ATAU
iii. Menggunakan alatan dengan betul dan sesuai
2.5 Etika Makan
D Melakukan aktiviti tetapi tidak memenuhi kriteria di atas
Mengikut satu jenis hidangan yang dipilih sama ada Cara Barat atau Cara Timur *Postur – Posisi atau sikap tubuh seseorang
Evidens:- Proses
ATAU
20
KONSTRUK : KEMAHIRAN AMALI
BIL. ASPEK GRED KRITERIA CATATAN
A i. Menyediakan bahan memasu mengikut nisbah yang betul
ii. Menggaul bahan memasu dengan sekata
iii. Menggunakan alatan dengan cara yang betul dan selamat
iv. Membersih dan menyimpan alatan
B i. Menyediakan bahan memasu mengikut nisbah yang betul
ii. Menggaul bahan memasu dengan sekata
iii. Menggunakan alatan dengan cara yang betul dan selamat
C i. Menyediakan bahan memasu mengikut nisbah yang betul
ii. Menggaul bahan memasu dengan sekata
2.5 Penyediaan Medium Memasu
D Menyediakan bahan memasu
Nisbah medium:- 7 : 3 : 2 ATAU 3 : 2 : 1 Evidens:- Proses
21
KRITERIA PENTAKSIRAN KERJA KURSUS
KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU
KEMAHIRAN TEKNIKAL
MODUL 3 - TINGKATAN 2
KONSTRUK : KEMAHIRAN AMALI
BIL. ASPEK GRED KRITERIA CATATAN
A i. Menggunakan alatan lukisan teknik yang betul
ii. Melukis mengikut konsep isometrik
iii. Lukisan bersih, kemas dan tepat
iv. Mendimensi lukisan dengan betul
B i. Menggunakan alatan lukisan teknik yang betul
DAN
ii. Melukis mengikut konsep isometrik
iii. Lukisan bersih, kemas dan tepat
ATAU
iv. Mendimensi lukisan dengan betul
C i. Menggunakan alatan lukisan teknik yang betul
ii. Melukis mengikut konsep isometrik
3.1 Menghasilkan lukisan isometrik
D Melukis lukisan isometrik
Kekemasan diambil kira dari segi:-
Jenis garisan
Mendimensi sekurang-kurangnya pada tiga tempat
Evidens:- Produk
22
KONSTRUK : KEMAHIRAN AMALI
BIL. ASPEK GRED KRITERIA CATATAN
A i. Menggunakan alatan lukisan teknik yang betul
ii. Melukis hamparan garis jejari dengan betul
iii. Melukis hamparan garis selari dengan betul
iv. Lukisan kemas, bersih dan tepat
B i. Menggunakan alatan lukisan teknik yang betul
ii. Melukis hamparan garis selari ATAU garis jejari dengan betul
iii. Lukisan bersih, kemas dan tepat
C i. Menggunakan alatan lukisan teknik yang betul
ii. Melukis hamparan garis selari ATAU garis jejari dengan betul
3.2 Menghasilkan lukisan hamparan
D Melukis lukisan hamparan
Kekemasan diambil kira dari segi:-
jenis garisan
Evidens:-Produk
23
KONSTRUK : KEMAHIRAN AMALI
BIL. ASPEK GRED KRITERIA CATATAN
A i. Menggunakan alatan lukisan teknik yang betul
ii. Melukis lukisan keratan penuh mengikut satah pemotongan
iii. Melukis garisan keratan yang betul
iv. Lukisan tepat, bersih dan kemas
B i. Menggunakan alatan lukisan teknik yang betul
ii. Melukis lukisan keratan penuh dan garis keratan
iii. Lukisan bersih dan kemas
C i. Menggunakan alatan lukisan teknik yang betul
ii. Melukis lukisan keratan penuh dan garisan keratan
3.3 Menghasilkan lukisan keratan penuh
D Melukis lukisan keratan penuh
Lukisan hendaklah mengandungi pelan dan pandangan hadapan
Evidens:-Produk
24
KONSTRUK : KEMAHIRAN AMALI
BIL. ASPEK GRED KRITERIA CATATAN
A i. Memateri dengan kaedah yang betul
ii. Memateri dengan kemas dan kukuh
iii. Mematuhi langkah keselamatan
iv. Mengurus tempat kerja dengan sempurna
B i. Memateri dengan kaedah yang betul
ii. Memateri dengan kemas dan kukuh
iii. Mematuhi langkah keselamatan
C i. Memateri dengan kaedah yang betul
ii. Pematerian kukuh tetapi tidak kemas
iii. Mematuhi langkah keselamatan
3.4 Memateri
D Melakukan pematerian
Kemas dan kukuh pada kaki komponen dan balapan
Evidens:-Proses Produk
25
KONSTRUK : KEMAHIRAN AMALI
BIL. ASPEK GRED KRITERIA CATATAN
A i. Memasang komponen mengikut lukisan skematik atau lukisan bergambar pada bod litar
ii. Projek berfungsi
iii. Mematuhi langkah keselamatan
B i. Memasang komponen mengikut lukisan skematik atau lukisan bergambar pada bod litar
ii. Projek berfungsi
C i. Memasang komponen mengikut lukisan skematik atau lukisan bergambar pada bod litar
ii. Projek tidak berfungsi
3.5 Penghasilan projek
D Memasang komponen pada bod litar
Projek yang dihasil hendaklah mempunyai sensor atau kombinasi cahaya, bunyi dan sensor
Bod litar:-
Verobod
Evidens:-Produk
26
KRITERIA PENTAKSIRAN KERJA KURSUS
KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU KEMAHIRAN TEKNIKAL
( REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI )
MODUL 4 - TINGKATAN 3
KONSTRUK : KEMAHIRAN MEREKA CIPTA (AMALI)
BIL. ASPEK GRED KRITERIA CATATAN
4.1 Pengenal-pastian masalah
A i. Menyatakan masalah yang hendak diselesaikan dengan jelas
ii. Menyenaraikan sekurang-kurangnya tiga produk sedia ada di pasaran sesuai dengan tema yang dipilih
iii. Menyenaraikan kekuatan dan kelemahan produk yang diperoleh
iv. Membuat sekurang-kurangnya tiga lakaran berlabel idea penyelesaian masalah
Cadangan tema:-
Peragaan
Penyusunan
Penyimpanan
Senarai produk sedia ada hendaklah mengandungi:-
Nama produk
Gambar atau grafik
Evidens:- Produk (Dokumen)
Perlu ada:-
Pernyataan masalah
Senarai produk
Kekuatan dan kelemahan produk
Idea penyelesaian masalah
27
BIL. ASPEK GRED KRITERIA CATATAN
B i. Menyatakan masalah yang hendak diselesaikan dengan jelas
ii. Membuat sekurang-kurangnya tiga lakaran berlabel idea penyelesaian masalah
DAN
iii. Menyenaraikan sekurang-kurangnya tiga produk sedia ada di pasaran sesuai dengan tema yang dipilih
ATAU
iv. Menyenaraikan kekuatan dan kelemahan produk yang diperoleh
C i. Menyatakan masalah yang hendak diselesaikan dengan jelas
ii. Membuat sekurang-kurangnya tiga lakaran berlabel idea penyelesaian masalah
D Menyatakan masalah yang hendak diselesaikan dengan jelas
28
KONSTRUK : KEMAHIRAN MEREKA CIPTA (AMALI)
BIL. ASPEK GRED KRITERIA CATATAN
A i. Membina projek mengikut lakaran yang dipilih
ii. Menyiapkan projek mengikut jadual yang ditetapkan
iii. Menghasilkan projek yang kemas dan menarik
B i. Membina projek mengikut lakaran yang dipilih
ii. Menyiapkan projek mengikut jadual yang ditetapkan
C Membina projek mengikut lakaran yang dipilih
4.2 Pembinaan Projek
D Tidak menyiapkan projek
Evidens:-Produk
29
KONSTRUK : KEMAHIRAN MENTAKSIR
BIL. ASPEK GRED KRITERIA CATATAN
A i. Menyenaraikan kos bahan, kos upah dan kos overhed dengan betul
ii. Mengira kos bahan, kos upah dan kos overhed dengan betul
iii. Mengira kos pengeluaran dengan tepat
B i. Menyenaraikan kos bahan, kos upah dan kos overhed dengan betul
ii. Mengira kos bahan, kos upah dan kos overhed dengan betul
iii. Mengira kos pengeluaran tetapi tidak tepat
C i. Menyenaraikan kos bahan, kos upah dan kos overhed dengan betul
ii. Mengira kos bahan, kos upah dan kos overhed dengan betul
4.3 Pengiraan Kos
D Menyenaraikan kos bahan, kos upah dan kos overhed dengan betul
Evidens:- Produk (Dokumen)
Perlu ada:-
Pengiraan kos berdasarkan 100 unit
30
KONSTRUK : KEMAHIRAN KOMUNIKASI
BIL. ASPEK GRED KRITERIA CATATAN
A Mempersembahkan dokumen yang lengkap, tersusun, bersih dan kemas
B Mempersembahkan dokumen yang lengkap, tersusun dan kemas
C Mempersembahkan dokumen yang tersusun tetapi tidak lengkap
4.4 Pendokumen-tasian
D Mempersembahkan dokumen
Evidens:- Produk (Dokumen)
Maksud LENGKAP ialah perlu ada:-
1. Pernyataan masalah
2. Senarai produk
3. Kekuatan dan kelemahan produk
4. Idea penyelesaian masalah
5. Lakaran projek
6. Lakaran projek yang dipilih
7. Senarai bahan
8. Jadual kerja
9. Pengiraan kos
31
KONSTRUK : KEMAHIRAN KOMUNIKASI
BIL. ASPEK GRED KRITERIA CATATAN
A i. Menterjemah litar dengan betul
ii. Mengenal pasti kekutuban komponen dalam litar
iii. Melabel semua komponen dengan betul
iv. Lukisan bergambar kemas dan bersih
B i. Menterjemah litar dengan betul
ii. Mengenal pasti kekutuban komponen dalam litar
iii. Melabel semua komponen dengan betul
C i. Menterjemah litar dengan betul
ii. Mengenal pasti kekutuban komponen dalam litar
4.5 Membaca dan menterjemah lukisan skematik kepada lukisan bergambar
D Menterjemah litar
Lukisan skematik yang digunakan berdasarkan projek elektronik yang dicadangkan dalam Huraian Sukatan Pelajaran Tingkatan Tiga
Evidens:- Produk (Dokumen)
32
LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Borang Pentaksiran Individu
Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Teknikal
Tahun ____________
Modul 1 : Tingkatan 1
Nama Calon : ……………………......………. Tingkatan : ………………
No. Kad Pengenalan : ……...............……….
Bil Aspek Gred Numerik Catatan
1.1 Membuat pemasangan litar
1.2 Mengukur arus dan voltan dalam litar
1.3 Membanding beza antara litar siri dan selari
1.4 Membaca skala ohm pada meter pelbagai
1.5 Membanding beza antara mesin yang menggunakan sistem mekanikal dan elektromekanikal
JUMLAH / 20
AKUAN PENGESAHAN
Responden Nama Tandatangan Tarikh
1. Calon
2. Pentaksir
3. Penyelaras Dalaman
LP/BPI/76/M1
33
LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Borang Pentaksiran Individu
Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Teknikal
Tahun ____________
Modul 2 : Tingkatan 2
Nama Calon : ……………………......………. Tingkatan : ………………
No. Kad Pengenalan : …………...............….
Bil Aspek Gred Numerik Catatan
2.1 Melakar reka bentuk projek
2.2 Penghasilan projek reka bentuk
2.3 Menggunakan alatan tangan atau mesin
2.4 Membuat lukisan unjuran ortografik
2.5 Etika makan ATAU Penyediaan medium memasu
JUMLAH / 20
AKUAN PENGESAHAN
Responden Nama Tandatangan Tarikh
1. Calon
2. Pentaksir
3. Penyelaras Dalaman
LP/BPI/76/M2
34
LP/BPI/76/M3
LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Borang Pentaksiran Individu
Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Teknikal
Tahun ____________
Modul 3 : Tingkatan 2
Nama Calon : ……………………......………. Tingkatan : ………………
No. Kad Pengenalan : ………...............…….
Bil Aspek Gred Numerik Catatan
3.1 Menghasilkan lukisan isometrik
3.2 Menghasilkan lukisan hamparan
3.3 Menghasilkan lukisan keratan penuh
3.4 Memateri
3.5 Penghasilan projek
JUMLAH / 20
AKUAN PENGESAHAN
Responden Nama Tandatangan Tarikh
1. Calon
2. Pentaksir
3. Penyelaras Dalaman
35
LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Borang Pentaksiran Individu
Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Teknikal
Tahun ____________
Modul 4 : Tingkatan 3
Nama Calon : ……………………......………. Tingkatan : ………………
No. Kad Pengenalan : ……...............……….
Bil Aspek Gred Numerik Catatan
4.1 Pengenalpastian masalah
4.2 Pembinaan projek
4.3 Pengiraan kos
4.4 Pendokumentasian
4.5 Membaca dan menterjemahkan lukisan skematik kepada lukisan bergambar
JUMLAH / 20
AKUAN PENGESAHAN
Responden Nama Tandatangan Tarikh
1. Calon
2. Pentaksir
3. Penyelaras Dalaman
LP/BPI/76/M4
36
CONTOH
37
LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Borang Pentaksiran Kelompok
Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Teknikal
Tahun ___________ hingga _____________
Markah
Tingkatan 1
(10%)
Tingkatan 2
(20%)
Tingkatan 3
(10%)
Bil Nama Calon
Kelas Markah Kelas Markah Kelas Markah
Jumlah Markah (40%)
1 2 3 4 5 6 7
300
PENGESAHAN
Responden Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3
Penyelaras Luaran
T/tangan : …………………… Nama :
__________________
T/tangan : …………………… Nama :
___________________
T/tangan : …………………. Nama :
__________________
Pengetua
T/tangan : ………………........……Nama : __________________
T/tangan : ……………........……… Nama : ___________________
T/tangan : …………….......…. Nama : __________________
LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
KUALA LUMPUR
PENILAIAN MENENGAH RENDAH __________
DOKUMEN PENTAKSIRAN
KERJA KURSUS
76/2 : KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU KEMAHIRAN TEKNIKAL
Nama Calon : ________________________ No. Kad Pengenalan : __________________ Angka Giliran : ________________________
Tahun Tingkatan Nama Pentaksir
LAMPIRAN 1
LAMPIRAN 2
CARTA GANTT
TEMPOH PELAKSANAAN KERJA KURSUS KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU KAMAHIRAN TEKNIKAL
MODUL 1 / 2 / 3 / 4 Nama Pentaksir : Tahun :
BIL PERKARA Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis
1 Taklimat pelaksanaan kerja kurs us
2 Pelaksanaan kerja kursus
3 Melengkapkan borang markah individu
4 Melengkapkan borang markah kelompok
5 Pengesahan penyelaras dalaman
6 Penyerahan markah
7 Penyimpanan dokumen pentaksiran
GLOSARI
Penerangan tentang maksud perkataan tertentu yang digunakan dalam konteks dokumen ini.
Kerja Kursus - Satu tugasan atau ‘assignment’ yang boleh
dilaksanakan untuk tujuan pentaksiran bagi
sesuatu disiplin.
Modul Pentaksiran - Satu dokumen yang dibangunkan daripada
Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan
Pelajaran; gabungan komponen Reka Bentuk
dan Teknologi serta Kemahiran Teknikal
yang digunakan untuk mentaksir kemahiran
pelajar.
Pentaksiran - Proses mengumpul maklumat atau evidens
untuk tujuan pertimbangan dalam membuat
penghakiman tentang produk sesuatu proses
pendidikan.
Pentaksir - Guru yang mengajar mata pelajaran
Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) dan yang
mengendalikan penilaian kerja kursus calon
daripada Tingkatan 1, 2 dan 3.
Penyelaras Dalaman - Guru yang dilantik dan mempunyai autoriti
untuk memantau dan mengesahkan proses
pentaksiran berasaskan sekolah yang
dilaksanakan di sekolahnya yang terdiri
daripada Pengetua, Penolong Kanan
Akademik, Penyelia Petang atau Guru Kanan
Mata Pelajaran Teknik dan Vokasional
Penyelaras Luaran - Terdiri daripada pegawai-pegawai dari
Lembaga Peperiksaan (LP) atau Jabatan
Pelajaran Negeri (JPN), Pejabat Pelajaran
Daerah (PPD) atau mana-mana guru yang
dilantik oleh LP dan/atau JPN.
Penyelarasan - Proses untuk memastikan pentaksiran
memenuhi standard yang ditetapkan.
Konstruk - Dimensi manusia, dalam bentuk konkrit atau
abstrak, yang ingin dibangunkan melalui satu
proses pendidikan.
Aspek - Komponen konstruk yang dibangunkan
dalam usaha membina elemen yang
dihasratkan.
Kriteria - Pernyataan tentang kualiti yang perlu
dikuasai oleh pelajar dalam sesuatu elemen
atau aspek.
Evidens - Maklumat yang menentukan sama ada
sesuatu kepercayaan atau bukti itu benar
atau sah.
Evidens Proses - Menceritakan apa yang telah dilakukan
dalam bentuk tulisan atau pemerhatian guru
pentaksir.
Evidens Produk - Menunjukkan hasil kerja berbentuk dokumen
atau artifak.
Melakar - Melukis rangka (rajah, gambar dan lain-lain)
secara kasar.
Artifak - Produk atau objek yang dibina oleh
seseorang pereka cipta dalam usaha untuk
merealisasikan reka ciptaannya yang
merupakan penyelesaian kepada masalah
reka cipta yang telah dikenal pasti.
Bahan kemasan - Bahan penyudah sesuatu projek seperti cat,
syelek dan lain-lain supaya projek kelihatan
lebih cantik dan tahan lama.
Dimensi - Ukuran saiz sesuatu (seperti panjang, lebar
dan tinggi) atau garis pusat.
Folio (dokumentasi) - Keterangan yang berbentuk nota, lakaran
dan lukisan yang mempamerkan kebolehan
calon dalam menangani proses reka cipta
dalam komunikasi.
Format - Susun atur pendokumentasian yang telah
ditetapkan.
Isometrik - Lukisan yang dirujuk kepada satah ufuk yang
bersudut 30O atau 60O serta garisan pinggir
yang berterusan pada satu titik iaitu pusat.
Kos Pengeluaran - Jumlah kos yang terlibat dalam pengeluaran
meliputi kos bahan, kos upah dan kos
overhed.
Produk - Barang atau benda (hasil).
Reka Bentuk - Rancangan, corak atau bentuk yang
merupakan susunan struktur atau aspek-
aspek sesuatu binaan dan sebagainya.