Upload
anonymous-tsmgjjfswu
View
1.567
Download
67
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Latihan Kemahiran Asas Bola Tampar
Citation preview
Latihan
Kemahiran Asas
Bola Tampar
Latihan kemahiran asas bola tampar terbahagi kepada lima jenis, iaitu:
1.0 Servis
2.0 Menyangga
3.0 Merenjam
4.0 Menghadang
5.0 Mengumpan
1.0 Servis
Servis adalah sesuatu tindakan yang dibuat dalam sesuatu permainan
dengan tujuan memulakan permainan. Servis dilakukan dari bahagian
belakang luar gelanggang, bola akan dihantar oleh seorang pemain yang
memegang giliran untuk melakukan servis. Pemain yang melakukan servis
dikenali sebagai peservis. Servis merupakan salah satu kemahiran yang
terpenting dalam sesuatu permainan. Oleh hal yang demikian, servis perlu
dikuasai oleh semua pemain.
Antara kepentingan servis ialah semasa mengikut peraturan permainan
bola tampar, sesuatu pasukan mesti berada dalam kedudukan membuat
servis untuk mendapatkan skor. Oleh itu pasukan yang memiliki pemain
handal membuat servis berpeluang untuk mendapatkan skor dan
mengekalkan servis. Seterusnya, semasa seseorang pemain membuat servis
dengan darjah lontaran tertentu, pemain tersebut boleh menentukan di mana
kedudukan bola yang hendak dihantar olehnya. Satu servis yang kuat dan
pantas boleh membuatkan pemain yang lemah daripada pasukan lawan yang
menerima hantaran bola tersebut membuat kesilapan seperti terlepas bola,
membuat faul atau membuat hantaran lemah (poor pass).
Terdapat tiga jenis servis iaitu servis bawah tangan (servis
underhand), servis atas kepala (servis tennis) dan servis gelombang (servis
fluota).
1.1 Servis Bawah Tangan (underhand)
Servis bawah tangan atau dikenali sebagai servis underhand ini
merupakan servis yang senang dilakukan. Servis ini adalah tepat, sentiasa
konsisten dan hanya memerlukan sedikit keupayaan fizikal sahaja. Cara-cara
melakukan aktiviti servis bawah tangan melibatkan tiga fasa, antaranya ialah
fasa permulaan, fasa perlaksanaan dan fasa ikut lajak.
Fasa permulaan ini melibatkan posisi yang betul untuk melakukan
aktiviti servis bawah tangan. Semasa melakukan aktiviti ini, kita perlu berdiri
dengan kaki kangkang dan jaraknya lebih kurang luas bahu. Seterusnya, kaki
kiri ke hadapan untuk peservis yang biasanya menggunakan tangan kanan
serta kaki depan menuju ke arah di mana servis akan ditujukan. Bengkokkan
sedikit lutut, badan menghadap ke hadapan dan letak bola di tangan kiri untuk
peservis tangan kanan di depan dan sebelah kanan badan. Akhirnya, jangan
lupa berdiri berjauhan di antara 2 hingga 10 kaki daripada garisan belakang.
Seterusnya, fasa perlaksanaan yang merangkumi aktiviti
melambungkan bola. Semasa melakukan aktiviti ini, lutut dibengkokkan dan
kaki ke belakang sedikit. Pada masa yang sama bola dilambungkan terus ke
atas di hadapan dan tangan akan memukul bola tersebut (striking hand).
Semasa bola dilambungkan tangan yang membuat servis di tarik ke belakang
mengikut pergerakkan buah bandul jam. Apabila bola yang dilambungkan
telah mencapai puncaknya, pindahkan berat badan dan hayunan tangan ke
hadapan dimulakan. Kontak bola dimulakan tangan memukul (sama ada
dengan bahagian bawah tangan, tapak tangan atau buku lima), lalu bola
tersebut dipukul di tengah atau di bawah sedikit dengan lengan yang lurus.
Fasa yang ketiga ialah fasa ikut lajak. Penyervis perlu ikut lajak dengan
lengan servis yang dihadkan. Pergerakan tangan ditegarkan untuk
mengelakkan putaran bola serta memastikan mata sentiasa mengikut laluan
bola.
Gambar rajah di atas menunjukkan aktiviti servis bawah tangan.
1.2 Servis Atas Kepala (Servis Tenis)
Servis ini adalah senang untuk dikuasai dan ia lebih kuat serta berat
berbanding dengan servis bawah tangan. Servis atas kepala atau dikenali
sebagai servis tenis ini dibahagikan kepada tiga fasa, iaitu fasa
permulaan,fasa perlaksanaan dan fasa ikut lajak.
Semasa fasa permulaan, penyervis berdiri menghadap jaring dengan
kaki seluas bahu dan kaki kiri di hadapan bagi peservis yang menggunakan
tangan kanan. Seterusnya, pegang bola dalam tangan lambungan (tossing
hand) lebih kurang satu kaki ke sebelah kanan muka peservis yang
menggunakan tangan kanan serta menyokong bola dengan tangan servis
(serving hand).
Semasa fasa pelaksanaan pula, penyervis dikehendaki melambungkan
bola lebih kurang tiga kaki ke atas kepala dan di hadapan bahu lengan yang
membuat servis. Berat badan dari belakang dipindahkan ke hadapan dan
menghayun lengan yang membuat servis seperti saksi membaling bola.
Seterusnya, memukul bola dengan tapak tangan dan jari di keliling bola.
Gunakan pergerakan pergelangan tangan yang cepat untuk melakukan putar
depan.
Fasa ketiga ialah fasa ikut lanjak. Penyervis ikut lajak dengan lengan
servis ke pertengahan badan dan memindahkan berat badan dari belakang
ke depan.
Gambar rajah di atas menunjukkan perlakuan servis atas kepala.
1.3 Servis gelombang (servis floata)
Servis gelombang atau dikenali sebagai servis fluota ini dilakukan
selepas memukul bola di tengahnya dengan tapak tangan yang terbuka,
tangan berhenti dengan serta-merta tanpa diteruskan lagi. Ini menyebabkan
bola terapung atau meluncur tanpa diteruskan lagi. Ini menyebabkan bola
terapung atau meluncur tanpa putaran langsung. Gelombang ini bergerak
dengan laju melintasi jaring dan tiba-tiba pecah atau mati jadi penerima
mungkin terganggu sementara imbangannya.
Cara-cara untuk melakukan servis gelombang dengan posisi bermula,
penyervis dikehendaki berdiri menghadap jaring dan kaki berjarak seluas
bahu. Kaki kiri di hadapan untuk peservis yang menggunakan tangan kanan.
Kaki depan harus menuju dengan tepat ke tempat di mana bola yang
diarahkan. Seterusnya, lutut dibengkokkan sedikit dan berdiri di antara 2
hingga 10 kaki jauh daripada garisan belakang.
Cara yang berikutnya ialah lambungan dan pemindahan berat badan.
Berat badan tertumpu di kaki belakang semasa dalam posisi bersedia dan
lengan lambungan dengan bola diletakkan di tapak tangan harus direntang ke
hadapan. Meletak tangan servis di atas bola menghadap ke bawah (untuk
menolong kawalan bola). Seterusya, bengkokkan lutut sedikit ke belakang,
pada masa yang sama naikkan lengan lambungan. Tangan servis pula masih
berkontak dengan bola selama yang boleh. Lambungan diteruskan dengan
lengan tangan bergerak ke atas secara berlanjutan dan lutut diluruskan. Tidak
ada pergerakan di pergelangan tangan yang membuat lambungan.
Melambungkan bola terus ke atas, di hadapan bahu tangan servis tidak lebih
daripada 18 inci tingginya. Akhirnya, berat badan dipindahkan dari kaki
belakang ke kaki depan apabila lambungan telah mencapai kemuncaknya.
Cara yang seterusnya ialah aksi tangan dan kontak. Penyervis
menghayun lengan memukul dengan mengunakan aksi membaling seperti
dalam perrmainan besbol serta memulakan hayunan lengan ke hadapan
apabila berat badan dipindahkan dari kaki belakang ke kaki hadapan.
Memukul bola dengan bahagian bawah tapak tangan (heel of the hand) dan
memastikan pergelangan tangan adalah tegar. Bukan itu sahaja, kontak bola
dengan meletakkan tangan di tengah atau sedikit dibawah bahagian tengah
bola dengan lengan yang cukup lurus. Pastikan mata memandang bola
semasa servis dilakukan.
2.0 Menyangga
Menyangga boleh dibahagikan kepada dua jenis,iaitu menyangga
sendirian dan menyangga berpasangan.
2.1 Menyangga sendirian
Semasa menyangga sendirian,kita perlu lambungkan bola dan terus
menyangga. Ulang beberapa kali sehingga yakin boleh melakukan aktiviti
menyangga. Seterusnya, lambung bola dengan tinggi dan cuba menyangga
semasa bola menurun serta menguji sejauh manakah kita boleh mengelakkan
bola daripada jatuh ke tanah. Kita boleh melakukan aktiviti menyangga bola
ke dinding berulang-ulang. Pastikan selepas sahaja memukul bola, tetapkan
kedudukan badan untuk melakukan sanggaan yang baik.
Gambar rajah di atas menunjukan aktiviti menyangga bersendirian.
2.2 Menyangga berpasangan
Semasa menyangga berpasangan, lakukan aktiviti menyangga dengan
rakan dan bola disangga ke dinding. Untuk memudahkan aktiviti ini, biar bola
melantun terlebih dahulu sebelum disangga bergilir-gilir. Seterusnya, lakukan
sanggaan berpasangan ke dinding tanpa menjatuhkan bola ke tanah.
Gambar rajah di atas menunjukan menyangga berpasangan.
Pukulan menyangga digunakan apabila bola berada di bawah paras
mata. Kebanyakan pemain belakang gelanggang menggunakan kemahiran ini
sewaktu menerima bola servis atau bola rejaman. Bahagian tangan yang
sesuai untuk menyangga ialah antara tangan hingga ke siku. Lutut perlu
dibengkokkan untuk mendapatkan kuasa hayunan menyangga dengan baik.
Gambar rajah di atas menunjukkan pukulan menyangga.
Terdapat dua jenis hantaran boleh dilakukan sama ada melalui atas
kepala (overhead) atau bawah tangan (underarm). Posisi pemain, posisi bola
dan kelajuannya akan menentukan jenis hantaran yang akan dibuat.
2.3 Hantaran atas kepala (overhead)
2.4 Hantaran Bawah Tangan
3.0 Merenjam
Kemahiran ini digunakan untuk mendapat skor. Merenjam adalah bola
yang dihantar dengan menbuat smesy ke bawah dalam gelanggang lawan.
Perenjam berdiri dekat dengan jaring, menghadap arah daripada mana bola
akan datang. Semasa bola mula menurun, perenjam melompat tinggi ke
udara dan menghayunkan tangan kanan atau kiri ke atas untuk memukul bola
ke bawah seterusnya ke dalam gelanggang pihak lawan. Merejam terbahagi
kepada dua jenis,iaitu renjam berdiri dan renjam sambil berlari.
3.1 Renjam Berdiri
Renjam berdiri tidak ada run-up dan melonjak dengan kedua-dua kaki
bertolak dari setempat. Semasa merejam, bengkokkan lutut dan menolak ke
atas dengan tangan dihayunkan ke belakang dan ke atas. Seterusnya,
menaikkan tangan kanan atau kiri di atas kepala atau di belakang bahu untuk
merejam bola. Pukulan boleh dibuat dengan pukulan buku lima tangan, tapak
tangan terbuka atau menadahkan tangan. Bagi pengetahuan semua,
pergerakan pergelangan tangan adalah penting untuk menbawa bola turun.
Gambar di atas menunjukkan renjam berdiri.
3.2 Renjam sambil berlari
Renjam sambil berlari pula, perejam dikehendaki berdiri dua hingga
tiga meter dari jaring. Perenjam perlulah berlari tiga langkah. Langkah
pertama adalah bermasa manakala langkah kedua akan membawa perejam
di bawah bola dan kedua-dua belah kaki akan hampir bersama. Akhirnya,
perenjam akan memukul bola dengan buku lima, tapak tangan terbuka
atau menadah tangan.
Gambar di atas menunjukkan renjam sambil berlari.
Cara-cara merenjam adalah penting bagi perenjam. Semasa
merenjam, perenjam haruslah berada dalam posisi yang bersedia. Berat
badan juga perlu diagihkan dengan seimbang. Selain itu, perenjam perlulah
bongkokkan lutut, gendurkan bahagian tubuh badan serta bahu ke hadapan.
Jarak dari jaring adalah berada di antara dua hingga tiga meter.
Semasa membuat pergerakan, perenjam perlu bergerak ke arah bola
dan melangkah kaki kiri bagi pemain yang menggunakan tangan kanan.
Perenjam harus bergerak sambil melihat kelajuan bola. Seterusnya, lengan-
lengan mula digerakkan ke belakang dan turunkan badan secara beransur-
ansur dalam persediaan untuk melakukan lompatan. Gerakan lengan-lengan
ke belakang dan ke hadapan dengan seberapa yang boleh. Selain itu,
melangkah dengan kaki kanan yang mengambil kebanyakan berat badan
serta menghayunkan lengan-lengan ke bawah di sisi badan.
Bukan itu sahaja, kontak mesti dilakukan diatas bahagian bola dan
kontak bola dengan mengunakan hujung tangan. Seterusnya, pergelangan
tangan bengkok dengan serta-merta ke depan dengan tapak tangan dan jari-
jari melindungi bola. Mendepakan jari seluas-luas yang boleh untuk
mengawal spike atau menadah tangan untuk mendapatkan kuasa. Hayunan
lengan perlu megikut lajak sehingga ke pertengahan badan.
Semasa membuat daratan, mendarat di atas jari. Perejam perlu
membengkokkan lutut sedikit untuk menyerap tekanan. Akhirnya, mendarat di
tempat yang sama semasa tempat menbuat lonjakan.
4.0 Menghadang
Lazimnya tindakan menghadang diamalkan untuk menentang rejaman
atau smesy oleh pihak lawan. Hadangan (blocking) yang berkesan akan
menyebabkan bola mati dalam gelanggang pihak yang merejam atau smesy.
Seterusnya, menyentuh jaring semasa hadangan adalah satu kesalahan.
Terdapat dua jenis aktiviti menghadang iaitu, menghadang bersendirian dan
menghadang Berpasangan.
4.1 Menghadang Bersendirian
Semasa membuat latihan menyangga bersendirian, lakukan lonjakan
menegak dan sentuh jaring bola tampar dengan kedua-dua belah tangan
serta tolak sedikit jaring ke hadapan. Lakukan aktiviti ini berulang-ulang.
4.2 Menghadang Berpasangan
Semasa membuat latihan menghadang berpasangan, kita perlu berdiri
berhadapan rakan dengan jaring berada di tengah-tengah. Lakukan lonjakan
menegak serentak dengan rakan dan cuba tepuk tangan rakan dengan
kedua-dua belah tangan. Lakukan berulang-ulang di sepanjang jaring.
Dalam aktiviti yang berikut pula, seorang rakan merejam bola dan kita
cuba menghadang bola yang direjam itu.
Gambar rajah di atas menunjukan latihan menghadang berpasangan.
Cara-cara menghadang ialah semasa menghadang, lonjakan kedua-
dua belah kaki dan tangan dihulurkan lurus ke atas. Bahagian lengan dan
tapak tangan pula condong ke sebelah pihak lawan.
5.0 Mengumpan
Mengumpan adalah salah satu teknik dalam bola tampar. Mengumpan
juga boleh disifatkan sebagai membuat umpanan atau lebih dikenali sebagai
“SETING”. Selain itu juga, mengumpan juga menghasilkan satu pengerakan
di mana pemain yang dikenali sebagai SETTER akan menghantar bola
mengikut ketinggian dan arah tertentu kepada rakannya bertujuan untuk
mendapat mata dengan membuat rejaman. Disamping itu, tanpa umpanan
yang baik dan tepat daripada setter, ini akan menyukarkan atau menyulitkan
perejam untuk membuat rejaman. Pengumpan dan perejam haruslah memiliki
persefahaman yang tinggi dan pengumpan juga haruslah tahu corak
lambungan bola serta tahu arah yang ingin ditujukan kepada perejam untuk
membuat rejaman. Hal yang demikaian kerana pengumpan haruslah
mengetahui kemahiran asas yang tinggi. Sebagai contoh, terdapat dua jenis
pengerakan untuk membuat umpanan ialah pengerakan kaki dan badan
haruslah selesa dan seimbang dan tangan haruslah meletak di hadapan
muka dengan ibu jari serta jari-jari lain mengucup.