Author
dinhtram
View
272
Download
1
Embed Size (px)
LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 0
LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 1
LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 2
ISI KANDUNGAN
Muka Surat
1. Sidang Editor 3 2. Perutusan Pengarah 4 3. Profil Korporat
3.1 Visi, Misi dan Dasar Kualiti 3.2 Piagam Pelanggan 3.3 Carta Organisasi
6 7 8
4. Pentadbiran Dan Kewangan 4.1 Perjawatan 4.2 Laporan Kewangan 4.3 Pengurusan Teknologi Maklumat 4.4 Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2016
9
13 15 17
5. 6. 7. 8. 9.
Aktiviti-aktiviti Pencapaian Peristiwa Penting Penerimaan Biasiswa oleh Staf BPTK Kursus Luar Negara
18 53 60 66 68
LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 3
1. SIDANG EDITOR
Penasihat: Dr. Goh Cheng Soon
Editor:
Pn. Catherine Benedict Dr. Farhana Binti Abdul Aziz
En. Kamarul Azhar B. Kamaruddin Dr. Mohd Naufal Bin Ridzuan Dr. Nurhidayah Binti Md Almi
Cik Yeoh Suang Meng Pn. Rasidah Binti Mohd Rosly
En. Mohd Faizal Bin Zaini
Pengulas: Dr. Mohd Naufal Bin Ridzuan
Pn. Catherine Benedict Pn. Chai Lan Yin
Penyumbang Artikel:
Dr. Adilla Nur Halim Pn. Chua Yau Li
Dr. Dyanan Puvanandaran Pn. E Mei Hooi
Dr. Girijah Nagenthiran Dr. Karena Khalid
Dr. Kavitha Purushotaman Cik Lim Wai Yee
Cik Ng Angeline Cik Ng Suk Kuan
Dr. Sharifah Firyelhana Syed Abdul Rahman Dr. Tajul Iqmal Tajul Arus
Dr.Tharumaningam M. Muthiah Cik Wong Meng Xian
Dr. Wong Pi Ying
Pereka Grafik:
En. Mohd. Kamal Bin Ramly
LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 4
2.0 PERUTUSAN PENGARAH
Sekalung penghargaan dan setinggi-tinggi tahniah saya
ucapkan kepada seluruh warga Bahagian Perubatan
Tradisional dan Komplementari (BPTK) atas kejayaan
menerbitkan Laporan Tahunan BPTK untuk tahun 2017.
Tahun 2017 merupakan tahun yang penting dan sangat
bermakna untuk Bahagian ini kerana beberapa
peristiwa penting telah berjaya dilaksanakan dalam
memajukan Perubatan Tradisional dan Komplementari (PT&K)
di Malaysia.
Sepanjang 2017, pelbagai usaha telah diambil untuk menguatkuasakan Akta PT&K 2016
(Akta 775) secara berperingkat. Majlis PT&K telah ditubuhkan dan Mesyuarat Majlis PT&K
telah julung kali diadakan pada 16 Januari 2017. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh
Yang Berbahagia Datuk Dr. Noor Hisham bin Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia.
Selain itu, dua perintah PT&K telah berjaya disiarkan di dalam Warta pada 28 Julai 2017
iaitu Perintah PT&K (Bidang Amalan yang Diiktiraf) 2017 dan Perintah PT&K (Penetapan
Badan Pengamal) 2017. Kedua-dua perintah ini mula dikuatkuasakan pada 1 Ogos 2017.
Satu lagi pencapaian penting dalam pembangunan Pelan Induk PT&K, dan telah diangkat
menjadi salah satu daripada Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Yang Berhormat Menteri
Kesihatan (YBMK) pada tahun 2017. Kemuncak daripada komitmen dan usaha para
pegawai BPTK adalah dengan penerbitan T&CM Blueprint 2018-2027 (Health Care). Usaha
ini akan diteruskan lagi dengan pembangunan T&CM Blueprint 2018-2027 (Economic &
Social Culture) pada tahun 2018.
LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 5
Pada tahun 2017 juga, projek perintis terapi Varmam telah diperkenalkan di Hospital
Sungai Buloh dengan deputasi seorang pengamal Siddha melalui kerjasama dan hubungan
dua hala antara Kerajaan Malaysia dan India dalam bidang PT&K.
Dengan pewartaan dan penguatkuasaan Akta PT&K 2016, BPTK telah turut membantu
pembangunan dalam Dasar dan Peraturan PT&K di negara anggota ASEAN yang lain.
Sebagai contoh, Bahagian ini telah dijemput oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
untuk membantu dan menyokong pembangunan sub decree pengamal perubatan
tradisional di Kemboja.
Dengan penerbitan laporan tahunan ini diharap para pembaca memperoleh gambaran
yang lebih jelas berkaitan pencapaian dan aktiviti BPTK. Adalah menjadi harapan saya agar
laporan ini menjadi inspirasi bagi semua warga kerja BPTK untuk terus meningkatkan
kecemerlangan dalam memacu PT&K selari dengan hasrat Kementerian Kesihatan
Malaysia.
BPTK berbangga mempunyai pasukan warga kerja yang berdedikasi dan komited dalam
menyumbangkan input yang relevan demi perkembangan PT&K. Dengan sokongan
berterusan, saya yakin bahawa BPTK akan bersedia menghadapi liku dan cabaran
mendatang untuk tahun 2018 dengan jayanya.
Sekian, terima kasih.
Dr. Goh Cheng Soon
Pengarah,
Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari,
Kementerian Kesihatan Malaysia
LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 6
3.1 VISI, MISI & DASAR KUALITI
VISI
Beriltizam menjadi pusat kecemerlangan perubatan tradisional dan komplementari
MISI
Memastikan perubatan tradisional dan komplementari adalah selamat dan berkesan demi kesejahteraan rakyat
DASAR KUALITI
Komited dalam mematuhi keperluan undang-undang,
peraturan-peraturan dan memenuhi keperluan pelanggan serta melaksanakan penambah baikan
berterusan pada sistem pengurusan kualiti supaya sistem kawalan dan piawaian amalan perubatan
tradisional dan komplementari dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.
LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 7
3.2 PIAGAM PELANGGAN
Mengeluarkan suratsokongan kepadapengamal PT&K
warga asing dalammasa 14 hari dari
tarikh permohonanlengkap diterima
Memastikankeperluan tujuh harilatihan untuk semuaanggota dalam BPTK akan dipenuhi setiap
tahun
Menguruskanbayaran bekalan danperkhimatan dalamtempoh 14 hari daritarikh invois lengkap
diterima
Bahagian ini bertekad, komited dansentiasa berusaha untuk memberi
perkhidmatan yang cemerlang kepadasetiap pelanggan dengan:
LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 8
3.3 CARTA ORGANISASI
BAHAGIAN PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI
CAWANGAN DASAR DAN
PERKEMBANGAN
CAWANGAN PENGURUSAN &
LATIHAN
CAWANGAN AMALAN PT&K
CAWANGAN INSPEKTORAT &
PENGUATKUASAAN
SEKRETARIAT MAJLIS PT&K
UNIT PERKEMBANGAN
UNIT DASAR
UNIT PENTADBIRAN
AM
UNIT KEWANGAN
UNIT LATIHAN
UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT
UNIT PENILAIAN AMALAN
UNIT PEMBANGUNAN
AMALAN
UNIT PENDAFTARAN
UNIT DISIPLINARI &
ETIKA
UNIT STANDARD &
AKREDITASI
UNIT PERUNDANGAN
UNIT ADUAN & SIASATAN
UNIT OPERASI & RISIKAN
PENGARAH
LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 9
4. PENTADBIRAN DAN KEWANGAN
4.1 Perjawatan
i) Sehingga 31 Disember 2017, 55(90.16%) daripada 61 perjawatan bahagian telah diisi .
Jadual 1: Statistik perjawatan sehingga Disember 2017
Bil. Jawatan Gred Jawatan Jawatan
sedia ada Bilangan
diisi Kosong
Peratus pengisian
1. Pengarah 54 1 1 0 100%
2.
Pegawai Perubatan /
Pegawai Farmasi
Pegawai Tadbir
Diplomatik
UD43-54/
UF4154/M41-44 1 1 0 100%
3. Pegawai Perubatan
Pegawai Farmasi
UD43-54/
UF41-54 27 24 3 88.88%
4. Pegawai Farmasi UF41-54 13 10 3 76.92%
5. Pegawai Teknologi Maklumat
F 41/44 1 1 0 100%
6. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
FA 29 1 1 0 100%
7. Penolong Pegawai Tadbir
N29/32 2 2 0 100%
8. Pembantu Tadbir Kesetiausahaan
N19/22/27/29/32
1 1 0 100%
9. Pembantu Tadbir (Kewangan)
W19/22 1 1 0 100%
10. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
N19/N22 10 10 0 100%
11. Pembantu Am Pejabat N11/14 1 1 0 100%
12. Pemandu H11/14 2 2 0 100%
JUMLAH 61 55 6
ii) Kemasukan Pegawai Baru
LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 10
Pada tahun 2017, BPTK telah menerima seramai 10 pegawai baru seperti jadual 2
Jadual 2: Senarai kemasukan pegawai baru bagi tahun 2017
No. Nama Jawatan Penempatan asal Penempatan baru Tarikh
1. Dr. Nanthini A/P Rajoo
UD48 Hospital Kuala
Lumpur Cawangan Amalan
PT&K 06.02.2017
2. Puan Noor Baizura Binti Baharom
N19 Majlis Perubatan Malaysia (MPM)
Cawangan Pengurusan &
Latihan 18.05.2017
3. Encik Kamarul Azhar Bin Kamaruddin
UF48 Bahagian
Perkembangan Perubatan KKM
Cawangan Pengurusan &
Latihan 22.05.2017
4. Puan Suraya Hani Binti Sharon
UF48 JKN Johor Cawangan Amalan
PT&K 22.05.2017
5. Dr. Girijah A/P Negenthiran
UD48 Institut Pengurusan
Kesihatan Sekretariat Majlis
PT&K 10.07.2017
6. Dr. Teo Chiah Shean
UD48
Jawatan Simpanan Dalam Latihan,
Bahagian Latihan, KKM
Cawangan Dasar & Perkembangan
12.07.2017
7. Encik Mohd Ridzuan Bin Ali
UF52
Jabatan Kesihatan Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya
Cawangan Inspektorat &
Penguatkuasaan 12.09.2017
8. Dr. Gan Fen Fang UD48 Klinik Kesihatan Ibu
Dan Anak Parit Buntar, PKD Kerian
Cawangan Amalan PT&K
23.10.2017
9. Puan Catherine Benedict
UF48 Klinik Kesihatan
Sungai Buloh, PKD Gombak
Cawangan Inspektorat &
Penguatkuasaan 06.11.2017
10. Encik Ahmad Saniy Aiman Bin Mohd Shokry
N11 Lantikan Pertama Cawangan
Pengurusan & Latihan
19.12.2017
LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 11
iii) Pertukaran Keluar Pegawai
Sepanjang tahun 2017, terdapat lapan pegawai yang bertukar keluar, seorang pegawai
meletak jawatan dan dua pegawai berpencen.
Jadual 3: Pertukaran keluar pegawai bagi tahun 2017
No. Nama Jawatan Penempatan asal Penempatan baru Tarikh
1. Aslida Bt Safian UF41 Cawangan Inspektorat &
Penguatkuasaan JKN Kelantan 02.02.2017
2. Dr. Ali Noor Bin Hassan
UD54 Cawangan Amalan PT&K JKN Selangor 15.02.2017
3. Dr. Aidatul Azura Abdul Rani
UD54 Cawangan Amalan PT&K Bahagian
Perkembangan Perubatan
03.04.2017
4. Mohd Zulkifli Bin Ismail
N19 Cawangan Pengurusan &
Latihan JKN Kelantan 24.04.2017
5. Tan Yee Koon UF48 Sekretariat Majlis PT&K Hospital Sultanah
Bahiyah, Alor Setar Kedah
05.06.2017
6. Teh Teo Meng UF48 Cawangan Pengurusan &
Latihan Hospital Jitra, Kedah 05.06.2017
7. Dr. Dang Siew Bing
UD54 Cawangan Pengurusan &
Latihan Hospital Sungai
Buloh 16.10.2017
8. Tan Hooi Tien UF48 Cawangan Inspektorat &
Penguatkuasaan Bahagian Regulatori
Farmasi Negara 27.10.2017
LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 12
Jadual 4: Pegawai yang meletak jawatan bagi tahun 2017
No. Nama Jawatan Penempatan asal Tarikh
1. Dr. Nanthini A/P Rajoo UD48 Cawangan Amalan PT&K 31.07.2017
Jadual 5: Anggota berpencen bagi tahun 2017
No. Nama Jawatan Penempatan
Asal Tarikh
1. Dr. Maznah Binti Wazir UD54 Cawangan Amalan PT&K 01.04.2017
2. Encik Tan Kee Leong UF54 Cawangan Inspektorat &
Penguatkuasaan 31.06.2017
LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 13
4.2 Laporan Kewangan
Unit Kewangan, Cawangan Pengurusan dan Latihan BPTK bertanggungjawab untuk
menguruskan semua perkara yang berkaitan dengan kewangan selaras dengan pekeliling
perbendaharaan dan peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan. Ia bagi memastikan
peruntukan bajet daripada Bahagian Kewangan KKM digunakan dengan cekap untuk setiap
aktiviti yang dirancang.
Peruntukan dan Perbelanjaan
Jadual 6: Ringkasan peruntukan dan perbelanjaan bagi tahun 2017
Jenis Peruntukan Kategori Peruntukan (RM) Perbelanjaan
(RM)
Belanja Mengurus
Bekalan & perkhidmatan
3,386,500.00 3,218,248.46
Aset - -
ISO 6,254 6,254
Pembangunan Latihan 100,000.00 98,623.99
Prestasi Pembayaran Bil
Bahagian ini telah mensasarkan semua bil dan tuntutan yang diterima daripada pembekal
dan kontraktor dibayar dengan segera tidak lewat daripada 14 hari dari tarikh terima bil
selaras dengan arahan Perbendaharaan dari Kementerian Kewangan. Pada tahun 2017,
BPTK telah menerima sebanyak 697 bil dan kesemuanya telah berjaya disempurnakan
dalam tempoh masa kurang dari 14 hari seperti jadual 7.
Jadual 7: Ringkasan Prestasi Pembayaran Bil untuk Tahun 2017
Bilangan Hari Bilangan Bil Peratusan (%)
Kurang dari 7 hari 678 97.3
8-14 hari 19 2.7
Lebih dari 14 hari 0 0.00
Jumlah 697 100.00
LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 14
Pungutan Hasil
BPTK mengenakan caj pemprosesan sebanyak RM 200.00 bagi setiap permohonan
pendaftaran pengamal PT&K warga asing. Sejumlah RM 17,600.00 telah berjaya dikutip
bagi tahun 2017 berbanding RM 19,600.00 pada tahun 2016 (rujuk Jadual 8).
Jadual 8: Kutipan caj pemprosesan pendaftaran pengamal PT&K warga asing
Jenis Pungutan Hasil Kod Hasil Jumlah
Tahun 2016 Tahun 2017
Yuran Pemprosesan
Pendaftaran Pengamal
PT&K Warga Asing
72409 RM 19,600.00 RM 17,600.00
LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 15
4.3 Pengurusan Teknologi Maklumat
Portal rasmi BPTK 2017 telah dibangunkan oleh Unit Teknologi Maklumat, BPTK dengan
antaramuka yang lebih berinformasi dan responsif. Portal terbaru ini berjaya dilancarkan
pada 26 Oktober 2017. Tujuan pembangunan portal ini adalah untuk menyalurkan
maklumat berkaitan dengan PT&K kepada pelanggan yang terdiri daripada pengamal
PT&K dan orang awam. Di samping itu, maklumat portal ini turut boleh diakses melalui
peranti mudah alih dan mesra pengguna.
BPTK akan terus menambah baik dan memberikan maklumat terkini kepada pelanggan
mengenai PT&K melalui Portal Rasmi BPTK.
Kod QR Portal Rasmi BPTK
LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 16
Paparan desktop Portal BPTK Paparan desktop Portal BPTK
Paparan mobile Portal BPTK
LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 17
4.4 Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2016
Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Kementerian Kesihatan Malaysia tahun
2016 telah diadakan pada 26.05.2017. Berikut merupakan pegawai-pegawai yang telah
dianugerahkan APC di atas usaha serta komitmen yang tinggi sepanjang perkhidmatan
mereka di BPTK.
Dr. Chai Koh Meow Ketua Pen. Pengarah UD48
Tan Yee Koon Ketua Pen. Pengarah UF48
Lim Wai Yee Ketua Pen. Pengarah UF48
Mohd Afendy bin BaharuddinPem. Tadbir (P/O) N19
LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 18
5.0 AKTIVITI-AKTIVITI
Majlis Penyampaian Buku A Century of Traditional Chinese Medicine 1912-2015
Tarikh : 17 Januari 2017
Tempat : Bilik Mesyuarat KKM. Blok C Jalan Cenderasari
Pada 17 Januari 2017, majlis penyampaian buku A Century of Traditional Chinese Medicine
1912-2015 berjaya diadakan di Kuala Lumpur dengan kehadiran Ketua Pengarah Kesihatan
Malaysia. Tujuan majlis ini adalah untuk menyerahkan naskah buku tersebut kepada
penyumbang-penyumbang utama yang telah bekerjasama dalam penulisan Bab 4:
Perkembangan Perubatan Tradisional Cina di Malaysia. Para penyumbang terdiri daripada
BPTK, Federation of Chinese Physicians and Acupuncturists Associations of Malaysia
(FCPAAM), Federation of Chinese Physicians and Medicine-Dealers Associations of Malaysia
(FCPMDAM) dan Malaysian Chinese Medical Association (MCMA).
Buku ini diterbitkan pada 22 Julai 2016 oleh China Academy of Chinese Medical Sciences
(CACMS) dan telah menerima ulasan positif dan pujian daripada komuniti saintifik dan
penyelidikan di negara Republik Rakyat China. Buku ini memperincikan sejarah, tahap
perkembangan dan pencapaian perubatan tradisional Cina di negara China dan di seluruh
dunia pada abad yang lalu.
Naskah buku A Century of Traditional Chinese Medicine 1912-2015 telah disampaikan oleh Ketua Pengarah
Kesihatan kepada wakil dari BPTK, FCPAAM, FCPMDAM dan MCMA
LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 19
Deputasi Pakar Perubatan Traditional India (PTI) Ayurveda dan Pakar Siddha ke
Malaysia
Di bawah Program Teknikal dan Kerjasama Ekonomi India (ITEC), pakar dan ahli terapi
Ayurveda dihantar ke Malaysia untuk menyediakan perkhidmatan Perubatan tradisional
India di hospital kerajaan.
Dr. Vijay Kumar Srivastava, pakar PTI Ayurveda dideputasi ke Malaysia pada 19 Mei 2017,
bagi menggantikan Dr. Gopesh Mangal untuk meneruskan perkhidmatan PT&K Ayurveda
di Hospital Port Dickson (HPD) dan Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC).
Dr. Senthilvel Govindaraju, pakar PTI Siddha telah dideputasi ke Malaysia pada 5 Julai 2017.
Beliau telah ditempatkan di Jabatan Perubatan Rehabilitasi dan Jabatan Ortopedik dan
Traumatologi, Hospital Sungai Buloh.
Pelaksanaan Projek Perintis Perkhidmatan PT&K Terapi Varmam Di
Hospital Sungai Buloh
Dr. Senthilvel Govindaraju telah melaksanakan Projek Perintis Perkhidmatan PT&K Terapi
Varmam bersama-sama dengan Jabatan Perubatan Rehabilitasi dan Jabatan Ortopedik dan
Traumatologi, Hospital Sungai Buloh.
Di bawah pelaksanaan projek perintis ini, perkhidmatan PT&K Terapi Varmam mula
ditawarkan untuk rawatan berikut:
i. Cervical spondylosis;
ii. Lumbar spondylosis;
iii. Osteoarthritis (Lutut); dan
iv. Adhesive capsulitis (Frozen shoulder).
Satu kajian di bawah projek ini sedang dijalankan untuk tempoh satu tahun bagi menilai
keberkesanan Terapi Varmam berdasarkan indikasi dan kriteria yang telah ditetapkan.
LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 20
Dr. Vijay Kumar Srivastava di Hospital Port Dickson
Dr. Senthilvel Govindaraju, Dr. Akmal Hafizah binti Zamli dan YBhg. Dato Dr. Zamyn Zuki bin Mohd Zuki (Ketua Jabatan Ortopedik dan Traumatologi) dan Pegawai-Pegawai Perubatan Jabatan Ortopedik danTraumatologi), Hospital Sungai Buloh.
Dr. Senthilvel Govindaraju, a Siddha Physician with the Head of Rehabilitation Medicine Department, Dr. Akmal Hafizah binti Zamli and staff of Rehabilitation
Medicine Department, HSgB.
Dr. Senthilvel Govindaraju, a Siddha Physician with the Head of Rehabilitation Medicine Department, Dr.
Akmal Hafizah binti Zamli, Head of Orthopaedic & Traumatology Department, YBhg. Dato Dr. Zamyn
Zuki bin Mohd Zuki and Medical Officers of Orthopaedic & Traumatology Department, HSgB.
Dr. Senthilvel Govindaraju, a Siddha Physician with the Head of Rehabilitation Medicine Department, Dr. Akmal Hafizah binti Zamli and staff of Rehabilitation
Medicine Department, HSgB.
Dr. Senthilvel Govindaraju, a Siddha Physician with the Head of Rehabilitation Medicine Department, Dr.
Akmal Hafizah binti Zamli, Head of Orthopaedic & Traumatology Department, YBhg. Dato Dr. Zamyn
Zuki bin Mohd Zuki and Medical Officers of Orthopaedic & Traumatology Department, HSgB.
Dr. Senthilvel Govindaraju dan Dr. Akmal Hafizah binti Zamli (Ketua Jabatan Rehabilitasi Perubatan), dan kakitangan Jabatan Perubatan Rehabilitasi Perubatan, Hospital Sungai Buloh
LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 21
6th Bilateral Technical Working Group Video Conference between Brunei
Darussalam and Malaysia
Tarikh : 28 Februari 2 Mac 2017
Tempat : Bahagian Pengurusan Maklumat, KKM
Mesyuarat Sixth Bilateral Technical Working Group Video Conference Between Brunei
Darussalam and Malaysia telah diadakan pada 28 Februari 2 Mac 2017 di Putrajaya
dengan penglibatan BPTK pada Sesi 1 dan Sesi 9 (seperti Jadual 9). Bagi Sesi 9, delegasi
Malaysia diwakili seramai enam orang pegawai dengan diketuai oleh Dr. Dyanan
Puvanandran dari BPTK manakala delegasi Kementerian Kesihatan Brunei pula diketuai
oleh Encik. Hj. Junaidee bin Hj. Ahmad dari The Boards Management Office. Perkara yang
dibincangkan meliputi bidang amalan, pendidikan, pengawalseliaan dan kajian berkaitan
PT&K.
Jadual 9: Jadual Sixth Bilateral Technical Working Group Video Conference Between Brunei
Darussalam and Malaysia
Hari/ Masa Selasa Rabu Khamis
28 Feb 1 Mac 2 Mac
8.30 pagi -10.00 pagi
Sesi 1:
Taklimat ringkas mengenai struktur
Kementerian Kesihatan bagi
kedua-dua negara
Sesi 4:
Pengawasan dan Kawalan Penyakit
Berjangkit
Sesi 7:
Pembangunan Sumber Manusia
10.30 pagi -12.00 tgh
hari
Sesi 2:
Penggunaan ICT dalam Sektor
Kesihatan
Sesi 5:
Pencegahan dan Kawalan Penyakit Tidak
Berjangkit
Sesi 8:
Penjagaan dan Sistem Pengawalan Farmaseutikal
2.30 petang - 4.00 petang
Sesi 3:
Kawalan Keselamatan dan Kualiti Makanan
Sesi 6:
Pelancongan Kesihatan
Sesi 9:
Perubatan Tradisional dan Komplementari
LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 22
Dr. Dyanan Puvanandran mengetuai BPTK, KKM bagi perbincangan berkaitan PT&K (sesi 9)
Lawatan rasmi oleh The Boards Management Office, Kementerian Kesihatan Brunei
ke Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari
Tarikh : 11 14 Julai 2017
Tempat : BPTK, KKM
BPTK telah menerima kunjungan daripada wakil The Boards Management Office,
Kementerian Kesihatan Brunei yang bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan
berkenaan perkembangan dan pengawalseliaan PT&K di Malaysia. Delegasi Brunei yang
terdiri daripada Pengiran Dr. Haji Md Khalifah bin Pengiran Haji Ismail dan Encik Hj
Juniadee bin Hj Ahmad telah melawat setiap cawangan di BPTK untuk mendapatkan
pencerahan berkenaan perkara-perkara berikut:
i. Pengalaman BPTK dalam persediaan untuk mengawal selia pengamal PT&K;
ii. Pembangunan rangka kerja pengawalseliaan kebangsaan untuk amalan PT&K;
iii. Keperluan latihan dan program-program berkaitan amalan PT&K; dan
iv. Pembangunan dasar berkaitan PT&K.
Selain itu, delegasi Brunei turut di bawa melawat ke Unit PT&K di Institut Kanser Negara
(IKN), Hospital Putrajaya dan Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) (Jadual 10) untuk melihat
LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 23
perkembangan perkhidmatan PT&K yang telah berjaya diintegrasikan ke dalam sistem
penjagaan kesihatan awam yang berperanan sebagai pelengkap kepada rawatan moden.
Jadual 10: Jadual lawatan delegasi Kementerian Kesihatan Brunei ke fasiliti KKM
Tarikh Masa Butiran
11Julai
2017
2.30 4.30
petang
Wakil BPTK dan delegasi Brunei mengadakan pembentangan
berkenaan status pengawalseliaan PT&K di negara masing-
masing serta perkara-perkara yang berkaitan dengannya
diikuti dengan sesi soal-jawab.
12 Julai
2017
8.30 4.30
petang
Sesi lawatan ke Unit PT&K di IKN, Hospital Putrajaya dan
HRC.
13 Julai
2017
8.30 4.30
petang
Satu siri perbincangan telah dijalankan selama dua hari,
bersama cawangan di BPTK yang telah dikenalpasti. Sesi
perbincangan tersebut adalah bertujuan untuk
membincangkan fungsi dan tanggungjawab cawangan
masing-masing.
Sesi Pertama: Sekretariat Majlis PT&K
Sesi Kedua: Cawangan Inspektorat & Penguatkuasaan
14Julai
2017
8.30 4.30
petang
Sesi Ketiga: Cawangan Amalan PT&K
Sesi Keempat: Dasar & Perkembangan
LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 24
Lawatan delegasi Brunei ke Unit PT&K di Institut Kanser Negara
Bengkel Semakan Garis Panduan Akupunktur Edisi Ketiga
Tarikh : 23 Mac 2017
Tempat : Bilik Mesyuarat 1, BPTK
Salah satu peranan BPTK adalah untuk membangunkan satu sistem penilaian amalan PT&K
yang standard dan efisyen bagi meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan rakyat.
Seiring dengan langkah ke arah Evidence Based Medicine, satu usaha kepada semakan garis
panduan akupunktur edisi ketiga telah dijalankan memandangkan adanya penemuan
pembuktian saintifik terkini berkenaan keberkesanan rawatan akupunktur. Bengkel ini
telah diadakan untuk membincangkan satu standard kriteria rawatan serta regim rawatan
yang lebih efektif dan standard. Penyeragaman kepada servis rawatan akupunktur adalah
bertujuan untuk memastikan rawatan yang diterima oleh pesakit sentiasa selamat dan juga
untuk menilai keberkesanan rawatan yang diterima. Garis panduan akupunktur (edisi
kedua) telah diterbitkan pada tahun 2009.
Penambahbaikan pada garis panduan akupunktur edisi ketiga ini fokus kepada
penambahan indikasi rawatan akupunktur di Unit PT&K, Hospital KKM iaitu untuk
mengurangkan gejala Chemotherapy Induced Nausea Vomiting (CINV) pada pesakit kanser,
LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 25
memaklumkan rejim semasa dan cadangan penambahbaikan regim akupunktur untuk
indikasi pasca strok di Unit PT&K dan memperkenalkan kaedah pemantauan bagi pesakit-
pesakit yang telah mendapatkan rawatan akupunktur di Unit PT&K.
Seramai 19 orang wakil daripada pihak berkepentingan telah terlibat dalam bengkel ini.
Mereka terdiri daripada Ketua Unit PT&K, ahli akademik dalam Perubatan Tradisional Cina,
pengamal akupunktur di Unit PT&K, wakil daripada Persatuan Pengamal dan wakil
daripada Cawangan Amalan PT&K. Hasil daripada bengkel ini telah berjaya merumuskan
kriteria yang akan digunakan untuk proses discaj pesakit dari Unit PT&K, jumlah sesi
rawatan yang perlu diterima oleh setiap pesakit serta kaedah pemantauan yang akan
digunapakai untuk menilai keberkesanan rawatan akupunktur. Bengkel ini telah mencapai
objektifnya dalam memastikan penerbitan garis panduan akupunktur edisi ketiga yang
lebih berkualiti pada akhir tahun 2017.
LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 26
Kajian Kepuasan Pelanggan 2017
Kajian kepuasan pelanggan merupakan salah satu daripada instrumen pengukuran yang
digunakan untuk meninjau keberkesanan sistem penyampaian. BPTK telah menjalankan
kajian ini sejak tahun 2014 dengan melibatkan Unit-unit PT&K di hospital awam. Secara
keseluruhannya, tahap kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan di Unit PT&K adalah
tinggi iaitu di antara 94.0-100.0%. Kajian ini diteruskan lagi pada tahun 2017 bertujuan
mendapatkan maklumat daripada pesakit bagi memperbaiki tahap penyampaian
perkhidmatan dan penjagaan kesihatan sedia ada. Pada tahun 2017, satu Kajian Kepuasan
Pelanggan telah dilaksanakan di enam buah Unit PT&K di seluruh negara untuk
mengenalpasti tahap kepuasan pesakit terhadap perkhidmatan yang ditawarkan di Unit
PT&K oleh staf KKM, pengamal PT&K serta fasiliti di Unit PT&K tersebut. Institusi-institusi
yang terlibat dalam Kajian Kepuasan Pelanggan bagi tahun 2017 adalah seperti berikut:
1.Institut Kanser Negara, Putrajaya;
2.Hospital Rehabilitasi Cheras, Kuala Lumpur;
3.Hospital Jasin, Melaka,
4.Hospital Wanita & Kanak-kanak, Likas, Sabah;
5.Hospital Sultanah Kalsom, CameronHighland, Pahang; dan
6.Pusat Bersalin Berisiko Rendah 1 Malaysia(PBBR1M), Majlis Agama Wilayah Persekutuan(MAIWP), Putrajaya.
LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 27
Bagi tahun 2017 sejumlah 287 orang pesakit telah memberikan maklumbalas bagi soal
selidik ini. Jadual 11 menunjukkan maklumat demografi pesakit mengikut jantina, umur,
bangsa dan pekerjaan. Majoriti responden terdiri daripada perempuan, berumur 61 tahun
dan ke atas dan berbangsa Melayu (64.1%; 37.6%; 47.0%; masing-masing).
Jadual 11: Hasil Dapatan Kajian Kepuasan Pelanggan 2017
Pembolehubah Frekuensi (Peratus, %)
Jantina
Perempuan 184 (64.1)
Lelaki 103 (35.9)
Umur Min (SD): 53.52 (13.82)
61 tahun dan ke atas 108 (37.6)
51 60 tahun 72 (25.1)
41 50 tahun 43 (15.0)
31 40 tahun 47 (16.4)
18 30 tahun 17 (5.9)
Race
Melayu 135 (47.0)
Cina 100 (34.9)
India 19 (6.6)
Lain-lain 33 (11.5)
Pekerjaan
Sektor awam/kerajaan 84 (29.3)
Tidak bekerja 62 (21.6)
Pesara 51 (17.8)
Suri Rumah 42 (14.6)
Sektor swasta 23 (8.0)
Bekerja sendiri 25 (8.7)
Secara keseluruhan, 99.3% pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan
di unit PT&K. Pelanggan yang menjawab soal selidik kajian ini memberi beberapa
cadangan antaranya adalah supaya perkhidmatan PT&K diperluas ke hospital kerajaan
yang lain dan klinik kesihatan daerah, mempergiat aktiviti promosi berkenaan
perkhidmatan PT&K dan mengkaji semula caj perkhidmatan bagi rawatan akupunktur bagi
mengurangkan beban kos yang ditanggung oleh pesakit.
LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 28
Aktiviti Kolaborasi dan Penyelidikan
Pada tahun 2017, Cawangan Amalan PT&K telah berjaya melaksanakan empat aktiviti
kajian seperti di bawah:
Penerbitan bertajuk Amalan Perubatan TradisionalMelayu dalam Penjagaan Ibu-Ibu Selepas Bersalin diKelantan telah diterbitkan pada akhir tahun 2017.
Traditional Malay Postnatal Practice in Kelantan, Malaysia: A Cross-Sectional
Exploratory Study
Pengumpulan data telah dijalankan di HospitalRehabilitasi Cheras dan Hospital Port Dickson. Patientrecruitment telah bermula pada Oktober 2017.
Study On The Evaluation Of Effectiveness Of Shirodhara Therapy As A Complementary Treatment In Patient With Insomnia Disorder In T&CM Units
Kolaborasi BPTK bersama Pusat Penyelidikan KlinikalHospital Kuala Lumpur
Pengumpulan data telah selesai. Analisis data danpenulisan laporan kajian sedang dilaksanakan.Laporan akan diberi kepada pihak Institut KesihatanUmum (IKU) pada 2018.
A Double Blind Randomized Controlled Trial to Assess Effectiveness of
Acupuncture as a Complementary Treatment Among Opioid Dependence
Patients who are on Methadone Maintenance Therapy in Klang Valley,
Malaysia
Kolaborasi BPTK bersama Institut Penyelidikan TingkahLaku Kesihatan (IHBR)
Pengumpulan data untuk fasa 1 telah selesai. Analisisdata dan penulisan laporan kajian sedang dilaksanakan
Use of Herbal T&CM Among Type 2 Diabetes Mellitus Patients in Negeri
Sembilan
(Phase 1)
LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 29
Mesyuarat antara Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari dan China
Chamber of Commerce for Import & Exports of Medicine & Health Products (CCCMHPIE)
Tarikh : 23 Oktober 2017
Tempat : Bilik Mesyuarat 1, BPTK
CCCMHPIE merupakan persatuan perdagangan kebangsaan yang berpengaruh di China
sejak penubuhannya pada tahun 1989 dan bekerjasama secara langsung bersama Ministry
of Commerce China. Mesyuarat telah diadakan bersama delegasi CCCMHPIE yang terdiri
daripada Encik Zhou Hui selaku Presiden dan Puan He Chun Hong iaitu Pengarah Jabatan
Kerjasama Antarabangsa. Hasil daripada mesyuarat tersebut, CCCMHPIE telah mencapai
objektif lawatan rasmi mereka iaitu:
i. Mendapatkan maklumat terkini berkaitan dasar ubat-ubatan di Malaysia;
ii. Untuk memahami keadaan pasaran bagi produk penjagaan kesihatan di
Malaysia;
iii. Untuk membincangkan inisiatif kerjasama dua hala dalam industri penjagaan
kesihatan dan berkongsi situasi semasa bagi industri kesihatan di negara
Republik Rakyat China.
Sesi bergambar bersama para pegawai dari BPTK, Agensi Regulatori Farmasi Kebangsaan (ARFK) dan
delegasi CCCMHPIE
LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 30
Mesyuarat antara Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari (BPTK) dan
Central Council of Indian Medicine (CCIM)
Tarikh : 22 Ogos 2017
Tempat : Bilik Mesyuarat 1, BPTK
Tujuan mesyuarat adalah untuk membincangkan jalinan kerjasama antara BPTK dengan
CCIM, India. BPTK diketuai oleh Dr. Goh Cheng Soon selaku pengarah dan delegasi CCIM
diketuai oleh Dr. K. Natarajan, Setiausaha CCIM. Antara perkara-perkara yang menjadi
tumpuan perbincangan adalah:
i. Peranan dan tanggung jawab CCIM;
ii. Status terkini berkaitan persediaan pengawalseliaan paramedics AYUSH di India
terutamanya ahli terapi Ayurveda dan Panchakarma;
iii. Maklumat berkenaan institusi pengajian yang menyediakan kursus bagi ahli
terapi Ayurveda dan Panchakarma di India; dan
iv. Status terkini bagi proses pendaftaran pengamal Yoga dan Naturopati di India.
Mesyuarat ini telah memberi peluang kepada anggota BPTK dan CCIM untuk berkongsi
maklumat secara langsung. Segala hasil perbincangan akan membantu proses kerja dan
menambahbaik prosedur sedia ada dalam pengawalseliaan amalan Perubatan Tradisional
India.
Dr. Goh Cheng Soon dan Dr. Natarajan semasa sesi pertukaran cenderamata bagi mesyuarat tersebut
LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 31
Mesyuarat Contribution of Traditional Medicine (TM) in Strengthening Primary Health
Care (PHC) anjuran Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
Tarikh : 14-15 September 2017
Tempat : Manila, Filipina
Regional Office for the Western Pacific, WHO telah menganjurkan mesyuarat berkenaan
Contribution of Traditional Medicine (TM) in Strengthening PHC pada 14-15 September
2017 di Manila, Filipina. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh beberapa negara dari Western
Pacific Region termasuk Kemboja, Laos, Filipina, Vietnam, Mongolia dan Malaysia.
Manakala wakil dari Australia, Jepun, Republik Korea, China, Hong Kong dan Macau telah
dijemput sebagai pakar perunding bagi sesi perbincangan.
Objektif mesyuarat tersebut adalah seperti berikut:
i. Untuk berkongsi pengalaman setiap negara, berkenaan implementasi dasar
kebangsaan berkaitan penggunaan produk dan amalan PT&K di peringkat
penjagaan kesihatan primer;
ii. Untuk mengenalpasti faktor penggerak, rintangan dan keutamaan di dalam
pelaksanaan dasar PT&K kebangsaan; dan
iii. Untuk mencapai kesepakatan dan pendekatan praktikal dalam memperkasakan
pelaksanaan dasar PT&K kebangsaan di peringkat penjagaan kesihatan primer bagi
memajukan penjagaan kesihatan sejagat (Universal Healthcare, UHC)
Pengarah BPTK, Dr Goh Cheng Soon telah menghadiri mesyuarat tersebut bersama Dr. Nor
Asmah binti Hassan, seorang Pakar Perunding Keluarga dari Klinik Kesihatan (KK) Meranti,
Pasir Mas, Kelantan yang merupakan salah satu fasiliti kesihatan kerajaan yang
menawarkan perkhidmatan PT&K di peringkat penjagaan kesihatan primer.
LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 32
Dalam mesyuarat tersebut, WHO telah menyeru agar negara masing-masing dapat
membangunkan pelan perancangan dalam memaksimumkan sumbangan PT&K di
peringkat penjagaan kesihatan primer secara berfasa. Malaysia, telah turut terlibat dalam
membangunkan pelan perancangan PT&K dalam penjagaan kesihatan primer di bawah
khidmat nasihat dan bimbingan pakar-pakar perunding semasa mesyuarat tersebut.
Pelan perancangan untuk pembangunan PT&K di Malaysia untuk tempoh 5 tahun adalah
seperti berikut:
I. Meningkatkan professionalisma pengamal PT&K
a. Membangunakan program akademik Diploma/ Sarjana Muda dalam
Perubatan Tradisional Melayu.
b. Membangunakan program Sarjana Muda dalam Perubatan Tradisional India.
c. Membangunkan Program Peningkatan untuk Pengamal Penjagaan Postnatal
Tradisional Melayu.
II. Meningkatkan perkhidmatan PT&K
a. Mengenal pasti model integrasi PT&K ke dalam penjagaan kesihatan
kebangsaan di Malaysia.
b. Perancangan strategi kebangsaan untuk mengintegrasikan perkhidmatan
PT&K ke dalam penjagaan kesihatan primer.
c. Menjalankan program kesedaran PT&K di kalangan profesional penjagaan
kesihatan primer.
d. Membangunkan perkhidmatan Penjagaan Postnatal Tradisional Melayu di
daerah lain dalam negeri Kelantan.
III. Pemantauan dan perkongsian maklumat tentang pengamal PT&K serta
perkhidmatan PT&K
a. Memantau perkhidmatan Penjagaan Postnatal Tradisional Melayu.
b. Menilai perkhidmatan Penjagaan Postnatal Tradisional Melayu di Kelantan.
LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 33
c. Perkongsian maklumat/ pangkalan data tentang perkhidmatan Penjagaan
Postnatal Tradisional Melayu di Kelantan ke negeri-negeri lain di Malaysia.
IV. Kerjasama serantau dan sokongan serta kolaborasi
Kolaborasi dengan WHO dalam pembangunan PT&K dari segi amalan PT&K,
pendidikan dan latihan klinikal, penyelidikan, bahan mentah serta produk PT&K.
Mesyuarat mengenai sumbangan perubatan tradisional dalam memperkukuhkan penjagaan kesihatan primer
14-15 September 2017 Manila, Filipina
Pembentangan oleh wakil Malaysia, Dr. Goh Cheng Soon dalam Meeting on the Contribution of Traditional
Medicine (TM) in Strengthening Primary Health Care (PHC)
LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 34
Hari Perhimpunan 1Pesara Malaysia 2017
Tarikh : 15 16 Ogos 2017
Tempat : Dewan D, Malaysian Agro Exposition Park Serdang (MAEPS)
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah diberi mandat untuk menerajui inisiatif NBOS
1Malaysia Civil Service Retirements Support (1Pesara) di bawah Strategi Lautan Biru
Kebangsaan (NBOS) yang telah diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia. Inisiatif ini
adalah untuk membantu golongan pesara dan bakal pesara supaya terus produktif dalam
menempuh alam persaraan dengan menyediakan perkhidmatan yang holistik merentasi
pelbagai agensi. Inisiatif ini penting bagi memastikan kelangsungan sumbangan serta
produktiviti mereka kepada masyarakat dan negara.
Program ini diadakan bertujuan untuk menghebahkan senarai program di bawah inisiatif
1Pesara, serta sebagai usaha penghargaan kerajaan kepada pesara dan bakal pesara yang
telah banyak menyumbang jasa kepada negara. Program ini mensasarkan penyertaan
daripada golongan pesara awam, veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), bakal pesara
awam dan bakal veteran ATM.
Selaku kementerian yang bertanggungjawab di bawah 1Malaysia Civil Service Retirements
Support (1Pesara), JPA telah menjemput KKM untuk turut serta bagi menjayakan program
ini dan bahagian ini telah terpilih untuk menyediakan khidmat PT&K sepanjang program
berlangsung.
Perkhidmatan PT&K yang disediakan sepanjang program tersebut ialah Urutan Tradisional
dan Akupunktur daripada unit PT&K Hospital Putrajaya (HPJ) dan Institut Kanser Negara
(IKN). Cawangan Inspektorat dan Penguatkuasaan turut serta dalam program ini dengan
memberikan penerangan kepada pengunjung berkenaan Akta PT&K 2016.
LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 35
Bersama petugas di tapak pameran perkhidmatan PT&K yang terdiri daripada pegawai BPTK, kakitangan
kesihatan serta pengamal akupunktur dan urutan tradisional dari Unit PT&K Hospital Putrajaya dan Institut
Kanser Negara
Akupuntur dan perkhidmatan urutan tradisional yang ditawarkan oleh petugas di tapak pameran PT&K
LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 36
Komunikasi Awam dan Pendidikan
BPTK telah dijemput untuk mengisi Slot Kesihatan bagi beberapa sesi wawancara di stesen
radio yang merupakan salah satu aktiviti Bahagian ini dalam menyampaikan maklumat
kepada masyarakat. Pada tahun 2017, BPTK telah terlibat dalam 2 sesi wawancara radio.
Sesi wawancara radio pertama bersama dengan Dr. Karena Bt. Khalid telah disiarkan
melalui Asyik FM. Melalui sesi wawancara ini, BPTK berpeluang untuk mendekati
pendengar stesen radio ini yang kebanyakannya merupakan masyarakat Orang Asli dalam
usaha untuk menghebahkan maklumat terkini berkenaan perkhidmatan di unit PT&K
fasiliti kesihatan kerajaan.
Pada hari yang sama Dr. Wong Pi Ying telah mewakili BPTK untuk bersama pendengar di
stesyen radio Nasional FM.
Antara maklumat yang telah dikongsikan dalam sesi bual bicara ini adalah:
i. Peranan perkhidmatan PT&K dalam sistem penjagaan kesihatan kebangsaan;
ii. Perkhidmatan PT&K yang ditawarkan di fasiliti kesihatan kerajaan dan indikasi bagi
setiap perkhidmatan;
iii. Senarai fasiliti kesihatan kerajaan yang menawarkan perkhidmatan PT&K;
iv. Cara untuk mendapatkan perkhidmatan PT&K di fasiliti kesihatan kerajaan;
v. Pengenaan caj perubatan bagi perkhidmatan PT&K yang ditawarkan di fasiliti
kesihatan kerajaan; dan
vi. Penerangan berkenaan Akta PT&K 2016.
Disamping itu, BPTK telah menerima undangan daripada pertubuhan bukan kerajaan
untuk memberi taklimat tentang Akta PT&K 2016 kepada ahli-ahlinya iaitu Malaysian
Association of Wellness and Spa pada 19 Julai 2017 dan Malaysian Association for the Blind
pada 2 Oktober 2017.
LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 37
Mesyuarat Pemurnian Proses Kerja antara Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
dan Majlis Perubatan Tradisional dan Komplementari (PT&K)
Mesyuarat ini telah yang telah diadakan pada 6 Februari 2017 bertempat di ibu pejabat
MQA. Tujuan mesyuarat diadakan bagi membincangkan isu Jawatankuasa Teknikal
Bersama (Joint Technical Committee) yang akan ditubuhkan di bawah Majlis PT&K
berdasarkan Akta MQA 2007 [Akta 679]. Fungsi utama jawatankuasa ini adalah untuk
memberikan syor kepada MQA tentang pemberian akreditasi (sementara atau penuh)
sesuatu program pengajian PT&K di peringkat pengajian tinggi.
Kerjasama antara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM) telah bersetuju untuk bekerjasama dalam proses pengawalseliaan amalan dan
pengamal pengubatan Islam. Hasil daripada kerjasama ini, Lajnah Pengawalseliaan
Pengamal Pengubatan Islam (LAJPPI) telah diwujudkan untuk membantu Majlis PT&K
dalam pengawalseliaan pengamal pengubatan Islam. Organisasi LAJPPI ini dipengerusikan
oleh Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM dan dibantu oleh pakar-pakar dalam bidang
agama Islam serta pengubatan Islam. Melalui kerjasama ini juga, Standard Pengukuran
Pematuhan Syariah (i-Syifa) telah dipersetujui untuk digunapakai sebagai suatu instrumen
saringan pengamal pengubatan Islam bagi memenuhi salah satu kriteria pendaftaran.
Sehubungan itu, bagi menyelaraskan proses saringan yang akan dijalankan, sebanyak dua
sesi mesyuarat bersama pihak kader JAKIM di KKM (pada 24 Januari 2017 dan 4 April
2017) dan dua siri bengkel Pembinaan Manual i-Syifa (24-25 Ogos 2017 dan 27-30
September 2017) telah diadakan. Melalui sesi mesyuarat dan bengkel-bengkel yang telah
diadakan, manual i-Syifa telah diperinci dan dimurnikan bagi memudahkan proses
saringan pengamal pengubatan Islam.
LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 38
Sesi Latihan Penggunaan Sistem e-Pengamal
BPTK telah menganjurkan sebanyak empat sesi latihan penggunaan sistem e-Pengamal
sepanjang tahun 2017 yang melibatkan pegawai-pegawai di BPTK. Sistem e-Pengamal
merupakan satu sistem pendaftaran pengamal PT&K atas talian yang bakal digunakan
apabila pendaftaran pengamal PT&K mula berkuatkuasa. Sesi latihan ini bertujuan untuk
memberikan pengenalan mengenai proses pendaftaran dan pendedahan hands-on kepada
anggota BPTK secara berkala.
Peserta Bengkel Pembinaan Manual i-Syifa Siri 1
Bengkel Pembinaan Manual i-Syifa Siri 2
LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 39
Aktiviti Kolaborasi antara Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia (MPHM)
dan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya (CUCMS)
Tarikh : 19 20 September 2017
Tempat : Bilik Mesyuarat 1, BPTK
Sekretariat Majlis Perubatan Tradisional dan Komplementari (SMPTK) telah bekerjasama
dengan Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia (MPHM) dan Kolej Universiti Sains
Perubatan Cyberjaya (CUCMS) dalam menyediakan Modul Pembangunan Kapasiti bagi
Pengamal Homeopati. Pada 19-20 September 2017, satu sesi perbincangan telah diadakan
bertempat di Bilik Mesyuarat 1, BPTK yang telah dihadiri oleh wakil MPHM, wakil CUCMS
serta wakil daripada BPTK. Melalui forum ini, semua komponen dan unit dalam modul
tersebut telah diperincikan dan penambahbaikan draf telah dibuat bagi memastikan
pengamal yang bakal menghadiri kursus tersebut dapat mengamal dengan selamat dan
beretika. Modul Pembangunan Kompetensi ini seterusnya akan dibentangkan pada
mesyuarat Majlis PT&K bagi mendapatkan persetujuan dan kelulusan.
Peserta yang terlibat dalam mesyuarat BPTK bersama MPHM dan CUCMS
LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 40
Sesi Continuing Professional Development (CPD) berkenaan Tatacara
Pendaftaran Pengamal Perubatan Majlis Perubatan Malaysia'
Tujuan sesi CPD ini diadakan adalah untuk memahami dengan lebih mendalam tentang
proses pendaftaran pengamal perubatan warga tempatan dan pengamal perubatan warga
asing. BPTK telah menjemput penceramah daripada Majlis Perubatan Malaysia (MPM) iaitu
Dr. Fahrurrazi Bin Hamid untuk menyampaikan ceramah bertajuk Methodology of
Registration of Practitioners in Malaysian Medical Council pada 28 Ogos 2017 bertempat di
Bilik Mesyuarat 1, BPTK. Antara kandungan ceramah adalah berkaitan peranan dan
tanggungjawab MPM secara umum serta garis panduan dan kaedah pendaftaran pengamal
perubatan tempatan dan juga pengamal perubatan warga asing. Maklumat yang
dikongsikan pada sesi CPD ini dapat membantu pihak SMPTK dalam merancang proses
pendaftaran pengamal PT&K tempatan dan warga asing apabila proses pendaftaran
dimulakan kelak.
Dr. Dang Siew Bing menyerahkan cenderamata kepada wakil MPM.
LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 41
Mesyuarat Berkenaan Pertindihan dan Keperluan Pengawalseliaan Terapi Spa
Bersama Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia (MoTAC)
Tarikh : 24 Ogos 2017
Tempat : Bilik Mesyuarat 1, BPTK
Satu mesyuarat telah diadakan antara pihak BPTK bersama wakil daripada pihak MoTAC
(Bahagian Pembangunan Industri, Bahagian Dasar Pelancongan dan Hubungan
Antarabangsa, Bahagian Pelesenan Pelancongan dan dari Cawangan Pejabat Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur) dengan tujuan untuk memperincikan beberapa perkara
berkenaan bidang Terapi Spa serta pengawalseliaan bidang ini.
Pihak MoTAC telah memberi penerangan berkenaan Urutan Malaysia atau Malaysian
Signature Massage (MSM) iaitu sejenis rawatan bertujuan untuk mewujudkan satu identiti
kombinasi holistik terbaik hasil gabungan teknik urutan bangsa Melayu, Cina, India dan
etnik pribumi.
MSM tidak berkonsepkan urutan tradisional dan tiada pertindihan dengan kaedah rawatan
tradisional sedia ada. Ianya merupakan satu langkah penjenamaan semula (rebranding)
serta menaik taraf pengetahuan pengamal spa sedia ada. Pihak MoTAC juga turut
maklumkan bahawa MSM akan diwajibkan untuk disenarai ke dalam pilihan menu
perkhidmatan spa pada masa akan datang.
Hasil daripada mesyuarat tersebut, kedua-dua pihak iaitu BPTK dan MoTAC bersetuju
bahawa MSM dan pengawalseliaan Terapi Spa akan dikawal selia oleh pihak MoTAC.
Sekiranya terdapat premis spa yang menawarkan perkhidmatan yang dikategorikan
sebagai amalan PT&K yang diiktiraf di bawah Akta PT&K, BPTK akan memainkan
peranannya sebagai sebuah badan regulatori bagi amalan PT&K. Selain itu, pengamal spa
yang memberi perkhidmatan yang dikategorikan sebagai amalan PT&K yang diiktiraf di
bawah Akta PT&K juga harus berdaftar dengan Majlis PT&K. Pihak MoTAC akan
memberikan maklumat kepada BPTK berkenaan permis spa yang menawarkan
LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 42
perkhidmatan PT&K supaya lawatan pendidikan ke premis tersebut dapat dijalankan oleh
BPTK dengan tujuan memberi informasi dan maklumat berkenaan Akta PT&K. Mesyuarat
telah berlangsung dengan jayanya dan berharap agar kerjasama antara BPTK dan pihak
MoTAC akan berterusan bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan pengguna.
Wakil-wakil daripada MoTAC bersama dengan Pengarah dan pegawai-pegawai BPTK
LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 43
Sesi Taklimat Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari (PT&K) 2016 dan Tanggungjawab Pengamal Berdaftar
Pelaksanaan sesi taklimat Akta PT&K telah bermula sejak tahun 2017. Sesi taklimat
merupakan langkah awal untuk memastikan semua pengamal PT&K memahami keperluan
dan kewajipan sebagai pengamal seperti yang diperuntukkan oleh Akta. Pada tahun 2017,
sejumlah 27 sesi taklimat telah dijalankan dan seramai 3485 pengamal PT&K telah
menghadiri sesi taklimat tersebut.
Lawatan Pendidikan Ke Atas Pengamal PT&K
Lawatan pendidikan ke premis-premis PT&K merupakan salah satu aktiviti Bahagian ini
dalam memberi pendedahan dan memupuk kesedaran berkenaan keperluan Akta PT&K
2016 di kalangan pengamal PT&K. Sejumlah 588 pengamal dalam bidang amalan Perubatan
Tradisional Melayu, Perubatan Tradisional India dan Pengubatan Islam telah dilawati oleh
pegawai-pegawai dari BPTK sepanjang aktiviti lawatan pendidikan ini diadakan pada tahun
2017 (rujuk Jadual 12).
Rajah 3: Statistik pencapaian lawatan pendidikan ke atas pengamal PT&K berdasarkan
lokasi/ zon oleh Cawangan PT&K (CPTK) negeri (Januari-Disember 2017)
175
98
20
147
50 60 38
020406080
100120140160180200
Bila
nga
n p
en
gam
al y
ang
had
ir
Lokasi / Zon
LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 44
Jadual 12: Statistik pencapaian lawatan pendidikan ke atas pengamal PT&K berdasarkan
bidang amalan (Januari-Disember 2017)
Aduan dan Siasatan
Unit Aduan dan Siasatan, BPTK berperanan dalam mengendalikan aduan berkenaan
pengamal dan perkhidmatan PT&K di Malaysia. Pada tahun 2017, sejumlah 62 aduan
daripada pelbagai kategori telah diterima di mana aduan berkaitan iklan merupakan kes
tertinggi yang diterima.
Rajah 2: Jumlah aduan diterima pada tahun 2017
4 4
3
5
10
5
3
11
10
7
3
6
Bidang Amalan Jumlah pengamal PT&K berjaya diberikan
lawatan pendidikan
Perubatan Tradisional Melayu 360
Perubatan Tradisional India 143
Pengubatan Islam 51
Perubatan Tradisional Melayu
dan Pengubatan Islam 34
Jumlah 588
LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 45
Rajah 3: Medium aduan diterima pada tahun 2017
Rajah 4: Kategori aduan diterima pada tahun 2017
24 22
2
19
4
0
5
10
15
20
25
30
SURAT E-MEL INDIVIDU SISPAA TELEFON
4 7
26
2
23
0
5
10
15
20
25
30
35
PERMIT PENYELEWENGAN IKLAN PRODUK LAIN-LAIN
LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 46
Aktiviti Pameran
Bagi tahun 2017, aktiviti pameran yang dilaksanakan lebih memfokuskan kepada usaha
untuk meningkatkan kesedaran orang awam terhadap hak-hak pengguna seperti yang
termaktub dalam Akta PT&K 2016.
Rajah 5: Bilangan pameran pada tahun 2017 mengikut zon
Pameran di Masjid Negara, Kuala Lumpur
16
9
6
2 2
15 15
T&CMD JOHOR PENANG TERENGGANU PERAK SABAH SARAWAK
LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 47
Hala Tuju Kepada Akta Perubatan Tradisional & Komplementari
Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari 2016 telah dikuatkuasakan dan
pelaksanaannya telah dijalankan secara berfasa. Sebagai persiapan ke arah
penguatkuasaan Akta PT&K sepenuhnya, BPTK telah menganjurkan beberapa sesi bengkel
dan kursus Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) serta pembangunan Garis
Panduan dan Prosedur Operasi Standard (SOP).
Jadual 13: Senarai Kursus Bengkel, Kursus dan CPD Sesi yang dijalankan pada tahun 2017
Tarikh Tajuk Penceramah
15.2.2017
CPD: Prosedur Pengendalian dan Pengurusan Aduan
Dr Shireen Mahalingam Timbalan Setiausaha Etika dan Perundangan Legislatif, Majlis Perubatan Malaysia (MPM)
18.4.2017
Bengkel Siasatan Kes di bawah Seksyen 4A dan Penyediaan Kertas Siasatan
En. Tan Kee Leong Ketua Cawangan Inspektorat & Penguatkuasaan, BPTK
26.4.2017 CPD: Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta1998 dan Kesalahan Umum
Dr Shazwani Mohamd Ketua Unit Kawalan Amalan Perubatan Swasta, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dan Putrajaya
1.8.2017-2.8.2017
Kursus Asas dalam Pendakwaan Puan Sharifah Syazwani Binti Syed Hussin & Puan Fairuz Syuhada Binti Amran Penasihat Persekutuan Kanan, Pejabat Penasihat Undang-Undang, KKM
18.9.2017
Maklumat terkini berkaitan Dasar dan Pendaftaran Produk Tradisional dan Rang Undang-Undang Farmasi
Dr. Seetha Ramasamy Ketua Seksyen Perubatan Komplementari dan Alternatif Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA)
LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 48
Kursus Teknik Mempertahankan Diri
Tarikh : 25 Ogos 2017
Tempat : Bilik Mesyuarat Blok C, Aras 2,
Kementerian Kesihatan Malaysia, Jalan Cenderasari, KL
Objektif utama penganjuran sesi ini adalah untuk memberikan pendedahan asas dan
teknik-teknik mempertahankan diri kepada semua anggota terutamanya apabila
berhadapan dengan situasi yang tidak dijangka seperti rompakan, ragut dan lain-lain.
Sesi ini telah dianjurkan oleh Unit Latihan, BPTK dengan penyertaan daripada kakitangan
BPTK, Bahagian Pembangunan Kompetensi dan Majlis Perubatan Malaysia. BPTK amat
berbesar hati di atas kehadiran Dato' Sabree Salleh, yang merupakan Presiden World
Academy of Martial Art Philosophy & Science (WAMAP), bersama dengan empat fasilitator.
Satu taklimat ringkas telah disampaikan oleh penceramah diiikuti dengan demonstrasi dan
sesi praktikal.
Gambar-gambar sekitar CPD Seni Mempertahankan Diri Di Saat Getir
LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 49
Kursus Kemahiran Komunikasi Berkesan
Tarikh : 7 September 2017
Tempat : Bilik Mesyuarat 1, BPTK
Objektif kursus ini adalah untuk memberi pendedahan dalam pengendalian komunikasi
bersama pelanggan sama ada secara langsung atau tidak langsung. BPTK telah menjemput
seorang penceramah iaitu Pn. Zailan Yussoff yang merupakan seorang pesara kerajaan dan
berpengalaman luas sebagai tenaga pengajar di Kampus Induk, INTAN Bukit Kiara.
Penceramah turut berkongsi ilmu, pengalaman dan tips dalam pengendalian pelanggan dan
teknik komunikasi yang berkesan. Penganjuran kursus ini telah memberikan manfaat
dalam membantu dan meningkatkan kemahiran komunikasi semua pegawai di BPTK
dengan lebih baik dan berkesan.
Pegawai-pegawai BPTK yang menyertai Kurus Komunikasi Berkesan
Dr. Goh Cheng Soon, Pengarah BPTK
menyampaikan cenderamata kepada Pn. Zailan
Yussoff
LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 50
Kursus Microsoft Excel 2013 (Intermediate)
Tarikh : 13 September 2017
Tempat : Bilik Mesyuarat 1, BPTK Jalan Cenderasari, KL
BPTK telah menganjurkan satu kursus seperti di atas dengan melibatkan semua pegawai di
BPTK. Objektif kursus ini adalah untuk berkongsi kemahiran dan pengetahuan mengenai
aplikasi Microsoft Excel yang akan membantu dalam meningkatkan tahap prestasi kerja.
Peserta didedahkan tentang aplikasi Microsoft Excel yang meliputi penggunaan formula,
fungsi, pivot table, ilustrasi, validasi dan pelbagai lagi. Penganjuran kursus ini amat
memberikan faedah kepada anggota BPTK dalam meningkatkan produktiviti kerja dan
tugas-tugas harian.
Pegawai-pegawai BPTK yang menyertai Kursus Microsoft Excel 2013 (Intermediate)
LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 51
Kursus Team Building 2017: Towards T.E.A.M Excellence
Tarikh : 6 - 8 Oktober 2017
Tempat : Bayou Lagoon Park Resort, Melaka
Kursus tersebut telah diadakan selama 3 hari 2 malam dan dianjurkan oleh Cawangan
Pengurusan dan Latihan. Objektif kursus ini adalah untuk:
a) Mengenali personaliti rakan dalam pasukan dan memantapkan semangat
kerjasama;
b) Mengatasi halangan dalam kerja berpasukan dan merangka strategi menjayakan
pencapaian organisasi;
c) Membina kecemerlangan kepimpinan pasukan dan kecekapan pengurusan
organisasi;
d) Menetapkan matlamat bersama dan merangka strategi yang dinamik untuk
membina kecemerlangan organisasi;
e) Menyatukan ahli kumpulan dengan semangat kerja berpasukan untuk mencapai
matlamat;
f) Untuk lebih memahami ahli pasukan dengan menjalani aktiviti pasukan dan
bekerjasama untuk menyelesaikan tugasan bersama;
g) Untuk membina nilai kepimpinan, perancangan dan kemahiran pengurusan;
h) Untuk mengeratkan kemesraan di kalangan pegawai-pegawai BPTK.
Kursus ini telah berjaya dilaksanakan dan mencapai objektifnya. Antara faedah yang
diperolehi daripada kursus ini:
a) Memantapkan semangat kerjasama untuk menjayakan matlamat kumpulan;
b) Memberikan penekanan dan pemahaman dalam aspek kerja berpasukan dan
merangka strategi dalam menjayakan pencapaian organisasi;
c) Membina kecemerlangan kepimpinan pasukan dan kecekapan pengurusan
organisasi.
LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 52
Towards T.E.A.M Excellence
LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 53
6. PENCAPAIAN
Penubuhan Majlis PT&K
Pencapaian BPTK pada tahun 2017 boleh dibanggakan dan menjadi pencetus dalam proses
penguatkuasaan Akta PT&K 2016 [Akta 775]. Akta 775 telah diwartakan pada 10 Mac 2016
dan mula berkuatkuasa secara berperingkat pada 1 Ogos 2016. Akta ini memperuntukkan
penubuhan Majlis PT&K untuk mengawal selia perkhidmatan PT&K di Malaysia serta
mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
Susulan daripada itu, Mesyuarat Majlis PT&K julung kali telah berjaya diadakan pada 16
Januari 2017 bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 2, Blok C, Kompleks KKM, Jalan
Cenderasari, Kuala Lumpur. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Ketua Pengarah
Kesihatan selaku Pengerusi Majlis PT&K. Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh tiga wakil
KKM, dua wakil universiti tempatan dengan kepakaran PT&K dan lima wakil industri yang
mempunyai pengalaman dan kelayakan dalam bidang PT&K. Mesyuarat ini telah
menyerlahkan kepentingan pengawalseliaan amalan serta pengamal PT&K berlandaskan
kriteria-kriteria tertentu yang memberi fokus utama kepada aspek keselamatan,
keberkesanan dan kualiti rawatan serta amalan.
LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 54
Pada 13 Julai 2017, BPTK telah mengadakan mesyuarat bersama Jabatan Peguam Negara
(JPN) berkenaan Perintah PT&K untuk bidang amalan diiktiraf dan badan pengamal
ditetapkan. Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk membincangkan dan
menyelaraskan beberapa perkara berbangkit berkenaan draf Perintah PT&K dan
memuktamadkan draf sebelum perintah tersebut dihantar untuk persetujuan YB Menteri
Kesihatan (YBMK). Susulan daripada mesyuarat tersebut, Perintah PT&K (Bidang Amalan
Diiktiraf) dan Perintah PT&K (Penetapan Badan Pengamal) telah diluluskan dan
diwartakan secara rasminya pada 28 Julai 2017 berdasarkan Akta PT&K 2016 subseksyen
20(2) dan subseksyen 42(1). Kedua-dua perintah ini mula berkuat kuasa pada 1 Ogos 2017.
Petunjuk Prestasi Utama (Key Performance Indicators, KPI)
Pada tahun 2017, dua petunjuk prestasi utama (KPI) YB Menteri Kesihatan di bawah
Bidang Keberhasilan Utama Kementerian (MKRA) telah dipilih daripada Bahagian ini iaitu:
i) Pembangunan Blueprint PT&K
ii) Peratus pengamal PT&K yang mendapat pensijilan lulus soal selidik terhadap
Kewajiban pengamal PT&K yang berdaftar dibawah Akta PT&K 2016 selepas menghadiri
sesi taklimat mengenai Akta.
LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 55
i) Pembangunan Blueprint PT&K
BPTK telah menerima sokongan teknikal daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
untuk membangunkan Blueprint PT&K, 2018-2027. Blueprint ini bertujuan untuk
menetapkan pelan pembangunan PT&K di Malaysia agar perancangan pembangunan
industri PT&K dapat dilaksanakan secara menyeluruh serta memperkukuhkan sistem
penjagaan kesihatan di Malaysia terutamanya dalam bidang PT&K.
Selepas beberapa siri mesyuarat dan bengkel bersama pihak berkepentingan dilaksanakan,
draf Blueprint PT&K telah berjaya dihasilkan oleh Bahagian ini. Pihak BPTK telah
menerima kehadiran Professor Alan Bensoussan untuk membantu dalam proses
pemurnian draf Blueprint PT&K 2018-2027 pada 15 sehingga 19 Mei 2017. Draf akhir
Blueprint PT&K 2018-2027 telah dihasilkan dan dijangka akan dirasmikan pada awal tahun
2018.
7.2 Aktiviti - aktiviti
Dr. Goh Cheng Soon menyampaikan naskah 'Malaysia Herbal Monograph 2015' kepada Profesor Alan Bensoussan
LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 56
ii) Peratus pengamal PT&K yang mendapat pensijilan lulus soal selidik terhadap
Kewajiban pengamal PT&K yang berdaftar dibawah Akta PT&K 2016 selepas
menghadiri sesi taklimat mengenai Akta.
Taklimat ini dikendalikan oleh BPTK dan Pejabat-pejabat Cawangan PT&K (CPTK) di setiap
negeri di Malaysia untuk memastikan pengamal memahami tanggungjawab, kewajipan serta
larangan yang terkandung di dalam Akta PT&K (Akta 775) sebelum penguatkuasaan akta ini
dilaksanakan sepenuhnya.
Jadual 13: Statistik pencapaian kehadiran sesi Taklimat Akta PT&K 2016 Serta Kewajipan
Pengamal Berdaftar di setiap negeri di Malaysia (Januari-Disember 2017).
Negeri Jumlah peserta
Kuala lumpur 568
Selangor 623
Kedah 439
Pulau pinang 101
Perak 223
Melaka 152
Johor 313
Terengganu 171
Kelantan 108
Pahang 73
Sabah 246
Sarawak 468
Jumlah 3485
LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 57
Pengamal PT&K yang menghadiri Sesi Taklimat Akta PT&K 2016 Serta Kewajipan Pengamal Berdaftar pada 17 November 2017 di Kolej Sains Perubatan Universiti Cyberjaya (CUCMS), Cyberjaya
Sesi Taklimat Taklimat Akta PT&K 2016 Serta Kewajipan Pengamal Berdaftar telah dibentangkan oleh Dr. Muhammad Zubair di Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Bangi pada 1 April 2017
LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 58
Penerbitan Buku Amalan Perubatan Tradisional Melayu bagi Penjagaan Ibu-Ibu
Selepas Bersalin di Kelantan, Malaysia: Kajian Keratan Rentas Eksploratori
Satu kajian keratan rentas eksploratori telah dilaksanakan di Kelantan, Malaysia dari Mac
sehingga Mei 2016. Kajian ini bertujuan untuk meneroka dan memahami amalan
berpantang secara tradisional oleh pengamal-pengamal perubatan tradisional Melayu di
negeri Kelantan. Sepanjang tempoh kajian dilaksanakan, seramai 42 informan terdiri
daripada pengamal-pengamal perubatan tradisional Malayu yang berpengalaman lebih
dari 10 tahun telah ditemu ramah berpandukan satu garis panduan yang merangkumi
aspek:
a) Sosiodemografi;
b) Amalan bercirikan lapan tema utama iaitu:
i. urutan tradisional Melayu;
ii. bertungku;
iii. mandi herba (mandi teresak);
iv. bengkung; penggunaan param;
v. pemakaian pilis;
vi. rawatan haba (berdiang/bersalai); dan
vii. bertangas.
c) Petua dan pantang larang bagi penjagaan luka bersalin, pemakanan
d) Aktiviti penjagaan harian;
e) Penjagaan bayi baru lahir.
Kajian ini telah mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa Etika dan Penyelidikan
Perubatan (JEPP) dengan nombor geran NMRR-15-907-25818.
Hasil kajian ini telah berjaya mencapai objektifnya iaitu untuk menerokai, mengenalpasti
dan meneliti ciri-ciri dan tatacara amalan penjagaan ibu-ibu selepas bersalin di kalangan
LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 59
pengamal perubatan tradisional Melayu di Kelantan termasuk petua dan pantang larang
dalam amalan penjagaan ibu-ibu selepas bersalin.
Penerbitan hasil kajian ini merupakan satu usaha untuk memastikan pengetahuan
tradisional Melayu dalam penjagaan ibu-ibu selepas bersalin tidak hilang ditelan zaman.
Berdasarkan temu ramah dan pemerhatian oleh penyelidik, penjagaan ibu selepas bersalin
yang masih diamalkan di negeri ini mempunyai kebaikan dan manfaat tertentu. Namun
begitu, terdapat juga amalan yang bercanggah dan tidak praktikal untuk diamalkan oleh
masyarakat masa kini dan memerlukan penambahbaikan serta pendedahan tentang
penjagaan ibu dan bayi yang betul. Diharap agar dokumentasi amalan tradisi ini dapat
diaplikasikan serta dijadikan panduan bagi menambahbaik dokumentasi sedia ada di
samping menjadi rujukan bagi kajian-kajian seterusnya dalam menilai keberkesanaan
amalan tradisional ini.
LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 60
7. PERISTIWA PENTING (MILESTONE)
Pelaksanaan Akta PT&K 2016
I. Sesi Kunjungan Hormat Bersama Setiausaha Majlis Perubatan Malaysia (MPM)
Pada 11 Januari 2017, BPTK telah mengadakan satu kunjungan hormat bersama
YBhg. Dato Dr. Hj. Azmi Shapie, Setiausaha MPM. Kunjungan ini adalah diketuai oleh
Dr Dyanan Puvanandran selaku Setiausaha Majlis PT&K. Pada sesi kunjungan
tersebut, YBhg. Dato Dr. Hj. Azmi telah berkongsi pengalaman beliau sebagai
Setiausaha MPM dalam melaksanakan tugasan seperti memberi taklimat kepada
YBhg. Datuk Ketua Pengarah Kesihatan selaku pengerusi mesyuarat MPM, tatacara
pengendalian mesyuarat majlis, kaedah penyediaan minit mesyuarat dan perkara
lain yang berkaitan.
II. Pemurnian Draf Peraturan PT&K 2018
Demi melancarkan proses penguatkuasaan Akta PT&K 2016, beberapa siri
rundingan bersama Penasihat Undang-Undang (PUU) KKM telah diadakan untuk
proses pemurnian draf Peraturan PT&K 2018. Satu sesi perbincangan bersama PUU
telah diadakan pada 23 Mei 2017 bertempat di BPTK bagi membincangkan perkara
tersebut. Pada bulan Disember 2017 pula, dua sesi pertemuan telah diadakan
bersama-sama PUU bagi membincangkan komen dan cadangan oleh pihak Jabatan
Pendaftaran Negaa (JPN) terhadap draf peraturan yang telah dihantar kepada JPN
sebelum ini. Hasil daripada pertemuan tersebut, satu draf peraturan terkini telah
dimurnikan dan telah dimajukan kepada pihak JPN untuk proses semakan dan
kelulusan.
LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 61
III. Pertemuan Bersama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara
(LPPKN)
Satu sesi perbincangan antara pihak SMPTK dan LPPKN telah diadakan pada 27
Oktober 2017 bertempat di Bilik Mesyuarat 2, BPTK. Perbincangan ini telah
dipengerusikan oleh Dr. Dyanan Puvanandran dan telah dihadiri oleh beberapa
pegawai BPTK bersama wakil dari LPPKN yang diketuai oleh En. Abdul Shukur
Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) LPPKN.
Tujuan perbincangan ini adalah untuk memberi pencerahan kepada LPPKN tentang
pelaksanaan Akta Perubatan Tradisional (PT&K) 2016, pewartaan bidang amalan
yang diiktiraf dan pewartaan badan pengamal. Selain itu, LPPKN berhasrat untuk
mendapatkan kepastian tentang kesesuaian halatuju mereka dalam melatih
pengamal penjagaan ibu selepas bersalin berdasarkan NOSS.
Kesimpulannya, LPPKN dimaklumkan bahawa sebarang kelayakan minimum yang
diiktiraf seharusnya berasal dari program yang telah diakreditasi oleh Agensi
Kelayakan Malaysia atau Jabatan Pembangunan Kemahiran. Walau bagaimanapun,
metodologi pendaftaran dan kelayakan minimum pengamal perubataran tradisional
tempatan masih dalam perbincangan di peringkat mesyuarat Majlis PT&K dan
belum terdapat keputusan yang muktamad.
IV. Pelaksanaan Akta PT&K 2016 - Pembentangan Kertas Makluman Berkenaan
Pengawalseliaan Amalan Pengubatan Islam
Pada 21 Ogos 2017 bertempat di Kompleks Islam Putrajaya, pihak SMPTK telah
dijemput oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk
membentangkan kertas makluman berkenaan pengawalseliaan amalan pengubatan
Islam di Persidangan Ketua Jabatan Agama Islam dan Majlis Agama Islam Negeri
Seluruh Malaysia. Persidangan tersebut telah dipengerusikan oleh Timbalan Ketua
LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 62
Pengarah (Pembangunan Insan) JAKIM, YBhg. Datuk Hj. Zainal Abidin bin Jaafar dan
turut dihadiri oleh Dr. Dyanan Puvanandran selaku Setiausaha Majlis PT&K serta Dr.
Mohd. Naufal bin Ridzuan mewakili SMPTK. Pembentangan tersebut adalah
bertujuan untuk memaklumkan kepada anggota persidangan mengenai kerjasama
KKM bersama pihak JAKIM dalam pengawalseliaan amalan pengubatan Islam di
Malaysia. Antara isi kandungan pembentangan tersebut adalah pewartaan bidang
amalan diiktiraf, pembentukan Lajnah Pengawalseliaan Pengamal Pengubatan Islam
(LAJPPI) dan Standard Pengukuran Pematuhan Syariah (i-Syifa). Secara umumnya,
semua anggota persidangan mengambil maklum dan bersetuju untuk memberikan
kerjasama dalam proses pengawalseliaan amalan pengubatan Islam di seluruh
Malaysia.
Sesi penyampaian cenderahati oleh YBhg. Datuk Hj. Zainal Abidin bin Jaafar kepada Dr. Dyanan Puvanandran.
LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 63
Siasatan Aduan dibawah Seksyen 4A Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956
Bermula pada tahun 2017, BPTK dengan kerjasama Bahagian Penguatkuasa Farmasi
telah menjalankan siasatan kes aduan iklan yang berkaitan dengan kemahiran dan
perkhidmatan PT&K dengan kenyataan tuntutan perubatan (rawatan, pencegahan atau
diagnosis). Usaha ini diketuai oleh mantan Ketua Cawangan Inspektorat dan
Penguatkuasaan (I&P), Encik Tan Kee Leong. Bagi mengendalikan kes tersebut, kuasa
untuk menyiasat di bawah Seksyen 4A akta ini telah diberikan kepada semua pegawai
farmasi di Cawangan I&P BPTK dan pejabat cawangan PT&K negeri. Sepanjang tahun
2017, tiga kes telah disiasat oleh Cawangan I&P dan empat kes oleh pejabat cawangan.
Pendakwaan
Susulan daripada aktiviti siasatan yang dijalankan, pendakwaan akan dilakukan ke atas
kes yang melanggar Seksyen 4A, Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956. Pada tahun
2017, sebanyak dua kes telah didaftarkan di mahkamah Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur. Orang Kena Tuduh (OKT) telah berjaya didakwa di dalam kes tersebut dan
telah di dijatuhkan hukuman seperti jadual 14.
Jadual 14: Kes Pendakwaan di Mahkamah
Bil Kes Tarikh Hukuman
1.
Pertama
OKT 1
OKT 2
6 Jun 2017
10 Julai 2017
(sebutan kedua)
9 Ogos 2017
(sebutan ketiga)
RM 1000
Tidak hadir
RM 1500
2. Kedua 17 Julai 2017 RM 1000
LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 64
Pembangunan Garis panduan (GP) dan Prosedur Operasi Standard (SOP)
berkaitan Penguatkuasaan
Sejumlah lima garis panduan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) telah disediakan pada
tahun 2017 (seperti di Jadual 15) dan sejumlah tiga SOP telah dikemaskinikan. Garis
panduan dan SOP ini adalah untuk kegunaan dan rujukan pegawai yang diberikan kuasa di
BPTK dan Cawangan PT&K negeri.
Jadual 15: Garis panduan dan SOP yang telah diterbitkan
Bil GP/ SOP Tujuan
1.
Pengendalian Taklimat Akta
Perubatan Tradisional dan
Komplementari 2016 [Akta 775]
Prosedur ini menerangkan tatacara
pengendalian taklimat Akta Perubatan
Tradisional dan Komplementari (PT&K)
2016 kepada pengamal PT&K.
2.
GP Pendaftaran Kes di
Mahkamah Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur
Garis panduan ini merupakan satu panduan
kepada pegawai-pegawai serta staf
sokongan BPTK mengenai tatacara,
dokumen-dokumen yang diperlukan
semasa pendaftaran kes di mahkamah.
3. SOP Risikan dan Intipan
SOP ini diadakan untuk memperkemaskan
gerak kerja bagi mendapatkan maklumat
awal dan menentukan kesahihan maklumat
atau aduan yang diterima sebelum siasatan
lanjut atau serbuan diputuskan.
4. SOP Pengendalian Aduan
Prosedur ini menerangkan tatacara
pengendalian aduan terhadap pengamal
atau/ dan perkhidmatan perubatan
tradisional dan komplementari.
LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 65
5. SOP Serbuan
SOP diadakan ini untuk memastikan operasi
serbuan dilakukan ke atas sasaran yang
disyaki menurut tatacara yang teratur
untuk membantu kejayaan siasatan dan
pendakwaan
LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 66
8. PENERIMA BIASISWA OLEH PEGAWAI BPTK
Bagi tahun 2017, dua orang pegawai dari BPTK telah berjaya menerima biasiswa berprestij
untuk melanjutkan pengajian ke luar negara dalam bidang pengurusan kesihatan.
Mereka yang telah berjaya menerima biasiswa tersebut adalah:
1. Dr. Jaspal Kaur Marik Singh (Cawangan Amalan PT&K); dan
2. Cik Teoh Sheh Ki (Sekretariat Majlis PT&K).
Dr. Jaspal Kaur telah terpilih untuk menerima biasiswa daripada The Young Leaders
Program (YLP). YLP ada satu inisiatif Kerajaan Jepun di bawah Kementerian Pelajaran,
Kebudayaan, Sukan, Sains dan Teknologi. Tujuan pemberian biasiswa ini adalah untuk
membentuk bakal pemimpin dari pelbagai negara, menjalin hubungan diplomatik,
penambahbaikan aktiviti pembentukan dasar dan membentuk jaringan antara pemimpin
negara melalui pemahaman terhadap negara Jepun.
Penerima biasiswa dipilih dari pelbagai negara, iaitu mereka yang terlibat dalam sektor
pengurusan kesihatan dan sains bersekutu. Program ini bertujuan bagi melatih mereka
untuk menjadi bakal pentadbir dalam bidang kesihatan sekaligus menjadi bakal pemimpin
di negara masing-masing. Mereka yang terpilih untuk menerima biasiswa ini akan
melanjutkan pelajaran ke Universiti Nagoya, Jepun. Pihak Universiti Nagoya telah
menjalankan temuduga untuk memilih penerima biasiswa di 13 buah negara di Asia dan
daripada jumlah tersebut, hanya 11 orang calon sahaja yang berjaya terpilih.
Daripada 11 calon yang berjaya, tiga daripada mereka adalah pegawai yang berkhidmat di
Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu Dr. Jaspal Kaur dan orang pegawai daripada
Bahagian Perkembangan Perubatan. Mereka telah berjaya memperoleh biasiswa untuk
melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah Sarjana dalam bidang Pengurusan Kesihatan di
Universiti Nagoya bermula pada bulan September 2017 dan dijangka tamat pengajian pada
bulan Disember 2018.
LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 67
Cik Teoh Sheh Ki telah berjaya menjadi salah seorang penerima biasiswa berprestij
Chevening yang merupakan skim anugerah antarabangsa daripada United Kingdom (UK),
yang bertujuan untuk membentuk pemimpin pada peringkat global. Pemilihan penerima
biasiswa dikendalikan oleh Kedutaan British dan Pesuruhjaya Tinggi dari serata dunia.
Chevening menawarkan peluang kepada bakal pemimpin negara untuk pembentukan
secara profesional dan akademik dan pembentukan rangkaian secara meluas. Sejumlah
50,000 orang dari serata dunia telah memohon biasiswa tersebut namun hanya 1,800 calon
sahaja yang telah terpilih. Enam pegawai daripada KKM termasuk Cik Teoh Sheh Ki telah
terpilih sebagai penerima biasiswa dan telah memulakan pengajian Ijazah Sarjana dalam
bidang Ekonomi Kesihatan di University of Sheffield. BPTK mengucapkan syabas dan
tahniah kepada penerima biasiswa berprestij ini dan berharap agar pegawai berjaya dalam
pengajian masing-masing dan kembali meneruskan khidmat bakti di Kementerian
Kesihatan Malaysia.
Cik Teoh Sheh Ki dan penerima biasiswa Chevening bersama Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
Dr. Jaspal dan penerima biasiswa di bawah The Young Leaders Program (YLP) bersama Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 68
9. KURSUS LUAR NEGARA
2017 Training Course on Health Care Technique of Traditional Chinese Medicine for
Developing Countries
Tarikh : 27 Jun - 25 September 2017
Tempat : Beijing, Republik Rakyat China (RPC)
Kursus ini merupakan salah satu aktiviti di bawah program Human Resource Development
Cooperation Program in the Framework of Chinas Foreign Aid tajaan Ministry of Commerce,
Peoples Republic of China. Kursus ini telah diadakan di Beijing Traditional Chinese Medicine
Research Institute dan Beijing Hospital of Traditional Chinese Medicine.
Objektif utama kursus tersebut adalah memberi pengenalan asas kepada perubatan
tradisional Cina (PTC) kepada negara-negara membangun. Seramai 57 peserta dari 22
buah negara telah menjalani kursus tersebut dengan jayanya. Seramai 5 orang peserta dari
Malaysia telah menyertai kursus tersebut terdiri daripada dua orang pegawai BPTK iaitu
Dr. Sharifah Firyelhana Syed Abdul Rahman dan Dr. Siti Norhidayah Md Almi serta tiga
pegawai farmasi daripada Pejabat Cawangan PT&K Zon Timur, Institut Kanser Negara dan
Hospital Kepala Batas, Pulau Pinang.
Kursus tersebut disampaikan dalam bentuk kelas teori dan sesi latihan sangkutan di
hospital (klinik pesakit luar terpilih sahaja).Medium Bahasa Inggeris telah digunakan
dalam kelas teori di mana terdapat seorang penterjemah yang bertanggungjawab untuk
menterjemah ceramah yang diberikan dalam bahasa Mandarin oleh semua penceramah
jemputan.
LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 69
Pihak penganjur juga telah membawa para peserta melawat beberapa hospital Perubatan
Tradisional Cina (PTC) yang lain seperti Hospital PTC Yangqing dan Hospital PTC Suzhou.
Secara kesimpulannya, pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi daripada kursus ini
banyak memberi faedah dan manfaat dalam membantu BPTK memperkembangkan bidang
amalan PT&K di Malaysia.
Peserta kursus bergambar bersama Prof. Hong dan Cik Pei (penterjemah)
Sesi demonstrasi urutan (tuina) di Klinik Pesakit Luar Tuina
Majlis penutup bersama Pengarah Beijing Traditional Chinese Medicine Research Institute dan Beijing Hospital of Traditional Chinese Medicine
LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 70
The Second WHO Interregional Training Workshop on Quality of Traditional and
Complementary Medicine Services, Macao SAR, China
Tarikh : 7 - 9 Julai 2017
Tempat : Hotel Royal, Estrada Da Vitoria 2-4, Macao
Bengkel ini telah disertai oleh wakil-wakil daripada 18 buah anggota World Health
Organisation (WHO) termasuk Bhutan, Chile, China, China Hong Kong SAR, China Macao
SAR, Democratic Republic of the Congo, Japan, Malaysia, Mongolia, Morocco, Mozambique,
Myanmar, Pakistan, Peru, Portugal, Republic of Korea, Saudi Arabia, Sri Lanka, Thailand,
dan Turki. BPTK telah menghantar seorang pegawai bagi mewakili negara Malaysia.
Tujuan utama bengkel ini diadakan adalah untuk mempertingkatkan tahap pengetahuan
dan kepakaran pihak berkuasa kesihatan nasional dalam PT&K serta menggalakkan
perkongsian pengalaman dan maklumat di antara negara-negara anggota WHO. Para
peserta telah diperkenalkan dengan persepsi WHO dalam bidang PT&K, termasuk strategi
umum, dengan penekanan kepada kualiti perkhidmatan PT&K. Para peserta juga dapat
memahami halangan-halangan yang terpaksa dihadapi oleh setiap anggota negara yang
lain dan berpeluang untuk mencari penyelesaian masalah dengan menggunakan strategi
yang telah dipelajari menerusi sesi latihan yang telah dijalankan.
Peserta The Second WHO Interregional Training Workshop on Quality of Traditional and Complementary Medicine Services, Macao SAR, China
LAPORAN TAHUNAN BPTK 2017 71
Para peserta telah melawat ke Pusat Kesihatan Centro De Sade Da Areia Preta yang menawarkan perkhidmatan perubatan tradisional Cina.