8
Laporan Program Komuniti Hospital Sri Aman Tahun 2014 Tarikh Program : 12 April 2014 (Sabtu) Masa : 6:30 pagi – 1:30 petang Anjuran : Hospital Sri Aman Lokasi : Rumah Ibol, sungai Raya, Undop Sri Aman. Tuai Rumah : En. Ringgit anak Bayang PENGENALAN: Program komuniti hospital Sri Aman tahun 2014 merupakan program lanjutan daripada kursus ‘soft skill’ yang telah dijalankan pada 10 hingga 11 April 2014, dan program komuniti ini telah dijalankan pada 12 April 2014. Program ini merupakan program kemasyarakatan atau program turun padang jabatan kesihatan yang dijalankan oleh hospital Sri Aman setahun sekali. Program ini dijalankan di sesebuah kampong atau kawasan perumahan yang dipilih. Program ini melibatkan penyertaan staf hospital Sri Aman dan penduduk kampong yang terlibat untuk sama-sama menjalankan aktiviti-aktiviti yang dirancang. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan berbentuk penerangan atau ceramah kesihatan tentang penyakit-penyakit terkini, aktiviti pendidikan atau kesedaran tentang penjagaan kesihatan yang berbentuk ceramah dan praktikal (hand on) yang disampaikan oeh staf dan, aktiviti fizikal yang melibatkan penduduk kampong dan staf seperti senamrobik, gotong royong dan sebagainya. Sebelum program ini dijalankan, satu tinjauan tapak atau lokasi program telah dijalankan oleh pegawai-pegawai kanan selaku penyelaras program. Ini untuk memastikan kesesuaian tempat atau lokasi berkenaan sebagai tempat melangsungkan program. Perbincangan bersama Ketua Rumah (Tuai rumah) berkenaan perjalanan dan aktiviti program diadakan, juga untuk menentukan kesesuaian hari dan tarikh program berkenaan. Pada tahun ini, lokasi atau rumah panjang yang dipilih sebagai tempat mengadakan program komuniti ini adalah rumah panjang Ibol, sungai Raya, Undop Sri Aman yang terletak kira-kira 30 minit perjalanan dari Bandar Sri Aman. OBJEKTIF PROGRAM : 1. Mengeratkan silaturrahim diantara staf perkhidmatan awam khususnya hospital Sri Aman dan dengan penduduk kampong /komuniti yang terlibat. 2. Mendedahkan dan memberi pengetahuan berkenaan penjagaan kesihatan kepada penduduk kampung/komuniti agar mereka mempunyai pengetahuan asas dalam penjagaan kesihatan 3. Memberi dan meningkatkan kesedaran tentang pentingnya menjaga kesihatan untuk kesejahteraan dan keceriaan hidup sepanjang hayat. 4. Memberi pendedahan tentang penularan penyakit-penyakit khsususnya wabak denggi. AHLI JAWATANKUASA:

Laporan Program Komuniti Hospital Sri Aman Tahun 2014hsa.moh.gov.my/bm/wp-content/uploads/2014/09/LAPORAN-PROGRAM... · menyampaikan ceramah Denggi Praktikal pertolongan cemas (CPR)

  • Upload
    vungoc

  • View
    268

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Laporan Program Komuniti Hospital Sri Aman Tahun 2014hsa.moh.gov.my/bm/wp-content/uploads/2014/09/LAPORAN-PROGRAM... · menyampaikan ceramah Denggi Praktikal pertolongan cemas (CPR)

Laporan Program Komuniti Hospital Sri Aman Tahun 2014

Tarikh Program : 12 April 2014 (Sabtu)

Masa : 6:30 pagi – 1:30 petang

Anjuran : Hospital Sri Aman

Lokasi : Rumah Ibol, sungai Raya, Undop Sri Aman.

Tuai Rumah : En. Ringgit anak Bayang

PENGENALAN:

Program komuniti hospital Sri Aman tahun 2014 merupakan program lanjutan daripada kursus ‘soft skill’ yang telah dijalankan pada 10 hingga 11 April 2014, dan program komuniti ini telah dijalankan pada 12 April 2014. Program ini merupakan program kemasyarakatan atau program turun padang jabatan kesihatan yang dijalankan oleh hospital Sri Aman setahun sekali. Program ini dijalankan di sesebuah kampong atau kawasan perumahan yang dipilih. Program ini melibatkan penyertaan staf hospital Sri Aman dan penduduk kampong yang terlibat untuk sama-sama menjalankan aktiviti-aktiviti yang dirancang. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan berbentuk penerangan atau ceramah kesihatan tentang penyakit-penyakit terkini, aktiviti pendidikan atau kesedaran tentang penjagaan kesihatan yang berbentuk ceramah dan praktikal (hand on) yang disampaikan oeh staf dan, aktiviti fizikal yang melibatkan penduduk kampong dan staf seperti senamrobik, gotong royong dan sebagainya.

Sebelum program ini dijalankan, satu tinjauan tapak atau lokasi program telah dijalankan oleh pegawai-pegawai kanan selaku penyelaras program. Ini untuk memastikan kesesuaian tempat atau lokasi berkenaan sebagai tempat melangsungkan program. Perbincangan bersama Ketua Rumah (Tuai rumah) berkenaan perjalanan dan aktiviti program diadakan, juga untuk menentukan kesesuaian hari dan tarikh program berkenaan.

Pada tahun ini, lokasi atau rumah panjang yang dipilih sebagai tempat mengadakan program komuniti ini adalah rumah panjang Ibol, sungai Raya, Undop Sri Aman yang terletak kira-kira 30 minit perjalanan dari Bandar Sri Aman.

OBJEKTIF PROGRAM :

1. Mengeratkan silaturrahim diantara staf perkhidmatan awam khususnya hospital Sri Aman dan dengan penduduk kampong /komuniti yang terlibat.

2. Mendedahkan dan memberi pengetahuan berkenaan penjagaan kesihatan kepada penduduk kampung/komuniti agar mereka mempunyai pengetahuan asas dalam penjagaan kesihatan

3. Memberi dan meningkatkan kesedaran tentang pentingnya menjaga kesihatan untuk kesejahteraan dan keceriaan hidup sepanjang hayat.

4. Memberi pendedahan tentang penularan penyakit-penyakit khsususnya wabak denggi.

AHLI JAWATANKUASA:

Page 2: Laporan Program Komuniti Hospital Sri Aman Tahun 2014hsa.moh.gov.my/bm/wp-content/uploads/2014/09/LAPORAN-PROGRAM... · menyampaikan ceramah Denggi Praktikal pertolongan cemas (CPR)

Ø PENASIHAT : - Dr. Hjh. Hayati Bt. Ja’afar (Pengarah hospital)

Ø PENYELARAS : - Muhammad Siddiq Bin Yaman

Ø SETIAUSAHA : - Pn. Noorshahida bt. Basri

Ø AJK PUBLISITI & PERHUBUNGAN: - En. Martin Gising - En. Abdullah Bin Sanyut - En. Mohd. Eddie Abdullah.

Ø AJK PENGANGKUTAN: - En. Sim Kheng Nguan

Ø AJK JAMUAN - Ketua : Pn. Alina Aka

Ø AJK Hadiah/Cenderahati/Sijil :

- Pn. Norshahida Bt. Baseri - En. Abdullah Bin Sanyut

Ø PENGACARA MAJLIS:

- En. Suja ak. Bijo - Pn. Sahdah Bt. Emir

Ø JURUTUNJUK SENAMROBIK:

- En. Ralph Ragai ak. Giller

Ø PERALATAN / JURUKAMERA: - En. Abdullah Bin Sanyut

PENCERAMAH : 1. Pn. Bong Ming Chu (Pen. Pegawai Kesihatan Persekitaran) – Tajuk : Denggi

Aktiviti yang dijalankan:

Para peserta dari jabatan kesihatan (hospital sri aman) berangkat ke lokasi pada pukul 6:30 pagi dan tiba dilokasi iaitu rumah Ibol sungai Raya pada pukul 7: 00 pagi. Ketibaan rombongan dari hospital telah disambut opleh Tuai Rumah panjang berkenaan iaitu Tr. Ringgit ak Bayang bersama beberapa penduduk rumah panjang yang lain. Perjalanan mengambil masa kira-kira 30 minit.

Page 3: Laporan Program Komuniti Hospital Sri Aman Tahun 2014hsa.moh.gov.my/bm/wp-content/uploads/2014/09/LAPORAN-PROGRAM... · menyampaikan ceramah Denggi Praktikal pertolongan cemas (CPR)

Jumlah peserta daripada rumah panjang yang terlibat dalam program ini adalah kira-kira seramai 200 orang, manakala jumlah peserta daripada hospital Sri Aman adalah kira-kira 50 orang.

Program dimulakan dengan sesi senamrobik iaitu pada pukul 7:30 pagi . Sesi senamrobik ini telah disertai oleh kira-kira 80 orang peserta yang terdiri daripada penduduk rumah panjang dan wargakerja hospital. Jurutunjuk senamrobik adalah En. Ralph Ragai anak Giller, Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) dari klinik Pakar, hospital Sri Aman. Sesi senamrobik ini berakhir kira-kira pada pukul 8:15 pagi

Selepas senamrobik, aktiviti disusuli dengan gotong royong yang telah disertai oleh penduduk rumah panjang dan staf daripada hospital.

Selepas sesi gotong royong selesai pada pukul 9:00 pagi, semua anggota atau staf hospital bersama penduduk rumah panjang lain berkumpul di ‘ruai’. Selepas minum rehat, Tuai rumah panjang, Tr. Ringgit anak Bayang telah menyampaikan ucapan aluan. Dalam ucapannya beliau mengucapkan berbanyak terimak kasih kepada pihak hospital Sri Aman kerana telah memilih rumah mereka sebagai lokasi penganjuran program komuniti ini. Beliau juga memberitahu bahawa inilah pertama kali program ini dianjurkan oleh Jabatan Perubatan, khasnya hospital Sri Aman di rumah mereka. Beliau juga memaklumkan bahawa aktiviti gotong royong memang sentiasa dijalankan dengan kekerapan 2 kali sebulan. Beliau juga berharap agar program komuniti seperti ini dapat dianjurkan lagi pada masa akan datang kerana ianya banyak memberi manfaat dari segi menyampaikan fakta kesihatan untuk menyedarkan masyarakat khasnya di kawasan rumah panjang ini tentang penyakit-penyakit tertentu, kepentingan menjaga kesihatan sebagi langkah pencegahan penyakit serta kaedah-kaedah yang sesuai dan betul dalam penjagaan kesihatan.

Selepas ucapan aluan tuan rumah, disusuli pula dengan ucapan perasmian daripada Pengarah hospital Sri Aman iaitu Dr. Hjh. Hayati Bt. Jaafar. Dalam ucapannya, beliau terlebih dahulu mengucapkan berbanyak terima kasih kepada masyarakat rumah panjang khususnya tuai rumah kerana sudi memberi kebenaran menggunakan rumah panjang mereka untuk menganjurkan program komuniti ini. Beliau juga mengucapkan terima kasih di atas sambutan masyarakat yang begitu menggalakkan. Beliau juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada tuai rumah serta seluruh komuniti rumah panjang kerana telah menjadikan aktiviti gotong royong membersihkan kawasan rumah sebagai amalan tetap. Ini membukti bahawa penduduk rumah panjang ini mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap penjagaan kesihatan, khususnya ancaman penyakit-penyakit merbahaya seperti kencing tikus dan demam denggi yang mana telah melanda beberapa buah negeri masa kini. Beliau berharap agar program ini diteruskan dari masa ke semasa untuk memastikan kawasan pembiakan nyamuk aedes khususnya dapat dimusnah dan memastikan persekitaran kediaman sentiasa bersih dan bebas daripada penyakit yang merbahaya.

Beliau juga menyatakan matlamat penganjuran ini adalah untuk mengeratkan hubungan persahabatan dan silaturrahim warga kesihatan dengan masyarakat dan juga sebagai wadah untuk menyalurkan maklumat-maklumat kesihatan yang terkini dan penting yang mana masyarakat perlu tahu, misalnya dari segi perebakan penyakit-penyakit tertentu seperti denggi dan sebagainya

Page 4: Laporan Program Komuniti Hospital Sri Aman Tahun 2014hsa.moh.gov.my/bm/wp-content/uploads/2014/09/LAPORAN-PROGRAM... · menyampaikan ceramah Denggi Praktikal pertolongan cemas (CPR)

Program diteruskan dengan ceramah kesihatan yang telah disampaikan oleh Pn. Bong Ming Chu, iaitu Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran seksyen penyakit bawaan vektor daripada PKB Sri aman dengan topik Denggi. Selepas itu disusuli pula dengan demonstrasi pertolongan cemas BLS untuk kes kanak-kanak tercekik (choking) , Pertolongan cemas untuk gigitan haiwan berbisa, pertolongan cemas apabila mengalami kecederaan atau kepatahan anggota, pertolongan cemas dalam kes kelecuran dan cara-cara atau kaedah yang betul mencuci tangan (hand hygiene). Setiap sesi praktikal ini mendapat penyertaan yang menggalakkan daripada para peserta dari rumah panjang.

Selain daripada itu, unit Farmasi dari hospital Sri Aman mengadakan pameran ‘kenali ubat anda’ untuk memberi pengetahuan kepada masyarakat tentang jenis-jenis ubat serta kesa-kesan sampingan ubat-ubatan tersebut. Juga ditegaskan tentang bahaya membeli dan mengambil ubat-ubatan dipasaran secara sebarangan. Disertai 3 orang pegawai farmasi.

Rata-rata penduduk yang ditemui selepas program ini menyatakan program ini sangat baik kerana mendedahkan mereka dengan pengetahuan terkini tentang penyakit-penyakit tertentu dan mereka dapat mengetahui cara-cara penjagaan kesihatan diri yang betul.

Sebagai penutup program, Pengarah hospital telah menyampaikan poster-poster pendidikan kesihatan kepada Tuai Rumah sebagai cenderahati untuk dipamerkan di rumah panjang berkenaan untuk rujukan para penduduk.

Program ini telah sampai ke penghujungnya Pada pukul 1:30 petang dan semua peserta bersurai dan balik ketempat masing-masing.

GAMBAR AKTIVITI SEKITAR PROGRAM KOMUNITI

Sesi senamrobik Sesi senamrobik

Page 5: Laporan Program Komuniti Hospital Sri Aman Tahun 2014hsa.moh.gov.my/bm/wp-content/uploads/2014/09/LAPORAN-PROGRAM... · menyampaikan ceramah Denggi Praktikal pertolongan cemas (CPR)

Gotong royong bersama penduduk rumah panjang. Gotong royong

Ucapan aluan oleh En. Ringgit ak. Bayang, Tuai Rumah Panjang Ibol Ucapan perasmian oleh Pengarah hospital

Penyampaian cenderahati oleh isteri Tuai Rumah kepada Pengarah hospital

Peserta dan penduduk rumah panjang tekun mendengar ceramah

Page 6: Laporan Program Komuniti Hospital Sri Aman Tahun 2014hsa.moh.gov.my/bm/wp-content/uploads/2014/09/LAPORAN-PROGRAM... · menyampaikan ceramah Denggi Praktikal pertolongan cemas (CPR)

Pn. Bong Min g Chu (PPKP) sedang menyampaikan ceramah Denggi Praktikal pertolongan cemas (CPR)

Praktikal ‘hand hygiene’ Praktikal ‘hand hygiene’

Praktikal ‘hand hygiene’ Penyampaian hadiah kepada peserta yang

dapat melakukan dengan betul

Page 7: Laporan Program Komuniti Hospital Sri Aman Tahun 2014hsa.moh.gov.my/bm/wp-content/uploads/2014/09/LAPORAN-PROGRAM... · menyampaikan ceramah Denggi Praktikal pertolongan cemas (CPR)

Praktikal ‘hand hygiene’ Praktikal pertolongan cemas

Praktikal pertolongan cemas Penyampaian hadiah kepada pemenang

pertandingan kuiz

Peserta menjawab soalan kuiz Penyampaian sijil kepada peserta program

Page 8: Laporan Program Komuniti Hospital Sri Aman Tahun 2014hsa.moh.gov.my/bm/wp-content/uploads/2014/09/LAPORAN-PROGRAM... · menyampaikan ceramah Denggi Praktikal pertolongan cemas (CPR)

Disediakan oleh:

(MUHAMMAD SIDDIQ BIN YAMAN) Jurupulih Perubatan Anggota U36 Penyelaras Program Komuniti 2014 Hospital Sri Aman.

Tarikh: 15 Julai 2014