Upload
zamirul-ikmal
View
2.626
Download
6
Embed Size (px)
Citation preview
Nama:MOHD ZAMIRUL IKMAL BIN MOHD BADRIN
Batch dan kumpulan:MA BATCH 3
Penyakit denggi adalah suatu penyakit berjangkityang merbahaya yang boleh membawa maut keranasehingga kini belum ada ubat untuk mengubatipenyakit ini.
Denggi biasa terjadi di kalangan orang dewasa dankanak-kanak akibat dari gigitan nyamuk Aedes.
Penyakit ini biasanya berlangsung selama 10 hari dankadang-kadang memerlukan masa yang lama untuksembuh sepenuhnya.
Penyakit denggi kerap berlaku di kawasan bandar jikadibandingkan dengan luar bandar
DEMAN DENGGI
DEMAN DENGGI BERDARAH
Demam kuat yang mengejut dan berterusan
Bintik merah pada kulit
Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot, sendi-sendi, biji mata dan kepala
Berdarah pada badan, hidung dan mulut
Hilang selera makan
Muntah-muntah
Sakit perut
rasa pahit pada lidah
Tekanan darah rendah,
Ruam dan bintik-bintik merah di badan,
Perdarahan gusi,
Berak berdarah (najis berwarna hitam)
Sawan dan tidak sedar diri.
Penyakit denggi disebabkan oleh sejenis kuman virus yang dipanggil virus denggi. Virus ini tergolong di dalam keluargaTogaviridae. Ia merupakan virus yang berkembang biak dalamserangga. Terdapat 4 jenis 'serotype' virus yang telahdikenalpasti iaitu Den 1, Den 2, Den 3 dan den 4. Semua jenisserotype ini boleh meransang pembentukan antibodi yang berbeza-beza. Namun begitu kekebalan yang dihasilkan olehpertahanan badan tidak menyeluruh terhadap semua jenis virus denggi. Ia akan hanya melindungi individu untuk jenis virus tersebut sahaja.
Virus ini masuk ke dalam peredaran darah manusia melaluigigitan nyamuk Aedes dan boleh didapati dalam tempoh yang singkat sahaja iaitu 4-5 hari pada tahap awal penyakit.
Nyamuk Aedes merupakan pembawa bagi kumanvirus denggi. Gigitan nyamuk merupakan satu carapenyebaran virus denggi dari seorang ke seorangyang lain. Daripada 1 gigitan ia boleh menghisapdarah sebanyak 2-4 mg darah iaitu 1.5 kali beratbadannya.Nyamuk Aedes ini boleh dikenali dengantanda belang hitam dan putih di kaki.Terdapat 2 jenisnyamuk Aedes yang membawa virus denggi iaitu:
1. Aedes aegypti
Ciri-ciri: Tanda putih-perak bentuk kecapi dikepala
Nyamuk Aedes aegypti berterbangan di sekitar rumahdan tinggal di tempat-tempat gelap di dalam rumah. Iabertelur dan berkembang biak di dalam bekas buatan di dalam dan di luar rumah.
2. Aedes albopictus
Ciri-ciri: garisan putih-perak disepanjang pertengahan kepaladan badan.
Nyamuk Albopictus pula terdapat di kawasan perumahan di bandar, kebun dan juga di hutan. Ia biasa terdapat di luarrumah pada tumbuh-tumbuhan dan menggigit manusia di luar rumah. Kadang-kadang ia memasuki rumah untukmenggigit manusia. Disamping bekas buatan nyamuk inijuga boleh berkembang biak dalam berbagai-bagai bekasalamiah seperti lubang pada pokok, tunggul pokok, buluh, ketiak daun seperti daun pandan dan nenas dan lain-lain tempat yang boleh air bertakung.
Jarak terbang kedua-dua jenis nyamuk ini biasanya tidakmelebihi 350 meter.
Manusia dijangkiti kuman virus denggimelalui gigitan nyamuk.
Virus denggi ini hidup dan berkembang biakdi dalam air liur nyamuk.
Ia memerlukan masa pengeraman selama 8-10 hari untuk berkembang biak danterkumpul di dalam air liur nyamuk.
Nyamuk yang telah dijangkiti akan terusmembawa virus denggi sepanjang hidupnya.
Apabila nyamuk Aedes betina menggigitmanusia atau haiwan ia akan memasukkansekali virus denggi yang ada di dalam air liurnya ke dalam sistem aliran darah manusia.
Apabila nyamuk Aedes betina menghisapdarah manusia yang mengandungi virus denggi ia akan melengkapi kitaran hidupvirus tersebut dan menyebarkan kepadaorang lain
Penularan virus denggi boleh juga terjadiapabila nyamuk aedes betina sedangmenghisap darah orang yang dijangkiti virus denggi diganggu dan nyamuk itu dengansegera menggigit orang lain pula.
Ini akan menyebabkan virus yang terdapatdalam belalai nyamuk tersdebut akan masukke dalam peredaran darah orang kedua tanpamemerlukan masa pengeraman. Cara inidipanggil 'Penularan Mekanikal'.
Selain dari cara-cara di atas jangkitan virus denggi boleh juga berlaku melalui penularantransovari dimana ia merupakan suatu proses penularan agen penyakit daripada seranggabetina melalui telur, jentik-jentik hingga kepadaserangga dewasa generasi berikutnya.
Penularan transovari sangat penting bagi virus denggi kerana proses ini membolehkan virus tersebut berkekalan di persekitaran. Melaluiproses penularan ini nyamuk bukan sahajaberperanan sebagai agen pembawa tetapi jugasebagai perumah kepada agen penyakit.
Nyamuk Aedes membiak di dalam takunganair jernih di dalam dan di luar rumah.
Ia tidak boleh membiak di dalam air yang kotor.
Ia membiak di dalam piring alas pasu bunga.
Tadahan air seperti kolah mandi, tempayanatau baldi.
Perangkap semut.
Di dalam tayar buruk.
Saluran air hujan.
Tin-tin kosong atau botol.
Bata bangunan atau kawasan pembinaan
Cawan getah
Lubang pokok
Tunggul buluh
Ketiak daun seperti -pandan dan nenas
Setakat ini tiada rawatan yang spesifik bagimembunuh virus denggi.
Rawatan yang diberi adalah untukmenstabilkan pesakit bergantung kepadakeadaan pesakit iaitu:
a. mengurangkan demam(suhu badan)
b. mengelakkan dari perdarahan berlaku
Demam yang sangat panas, kehilangan seleramakan dan muntah menyebabkan dehidrasi. Pesakit digalakkan supaya minum air lebihbanyak.
Demam yang sangat panas meningkatkan risikoterjadinya sawan, oleh itu demam patut dikawaldengan antipiretik.
Pesakit juga diawasi supaya gejala perdarahandan sawan dapat dikesan awal. Masa yang paling genting ialah pada hari ke 3 hingga hari ke 7.
Pemberian aliran intravena perlu jika sekiranyakiraan hematokrit meningkat kerana iamenggambarkan darjah kehilangan plasma