24
KAJIAN AWAL NYAMUK VEKTOR DI PERLIS DISEDIAKAN OLEH: ABDULL RAZAK BIN ABD. RAHMAN NORSILA DAIM MEl 1997 COPYRIGHT © UiTM

Denggi oii

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Demam Denggi

Citation preview

Page 1: Denggi oii

KAJIAN AWAL NYAMUK VEKTOR DI PERLIS

DISEDIAKAN OLEH:

ABDULL RAZAK BIN ABD. RAHMANNORSILA DAIM

MEl 1997

COPYRIGHT © UiTM

Page 2: Denggi oii

,~ .-

---_.......----

,\ .----1--·

ITr.~ Sh.t.,HTarikh: : 29 Mei 1997No. Fail Projek : 600-BRC(5/3/l10)

Kepada ;

Ketua,Biro Penyelidikan Dan Perundingan ITM,ITM Shah Alam.

Puan Dr.,

LAPORAN AKHIR PENYELIDIKAN "Kajian Awal Nyamuk Vektor Di Perlis"

Merujuk kepada perkara di atas, bersama-sama ini disertakan 3 (tiga) naskah LaporanAkhir Penyelidikan bertajuk " Kajian awal nyamuk vektor di Perlis" . Untukmakluman pihak tuan, laporan ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Bahagian Idan Bahagian II.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Abdull Razak binKetuaProjek Penyelidikan

COPYRIGHT © UiTM

Page 3: Denggi oii

KUMPULAN PENYELIDIK

ABDULL RAZAK BIN ABD. RAHMANKETUAPRO

\\ \ (\ 1(1 11 ~ <.»:\W)j~l~i- .

.................................... . .,' ~:/ .Tandatangan I

NORSILA DAIMAhli

tf·

. r

...............; ..~~:: ~ .Tan atangan

COPYRIGHT © UiTM

Page 4: Denggi oii

BAHAGIANI

TABURAN POPULASI NYAMUK

Oleh

Norsila Daim

COPYRIGHT © UiTM

Page 5: Denggi oii

PENGHARGAAN

Saya bersyukur ke hadzrat Illahi kerana dengan limpah kumiaNya dapat saya menyiapkan laporan

akhir projek penyelidikan ini. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua

pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi membolehkan penyelidikan ini disiapkan

dengan sempurna. Antaranya :

Prof. Madya.Dr.Bukhory Hj.Ismail,

(Pengetua lTM Cawangan Perlis, 1994)

Tn.Hj.Wan Abaid Wan Ismail

(Pengetua ITM Cawangan Perlis 1993)

Prof. Yap Han Heng

(Koordinator Unit Kawalan Vektor,USM)

Unit Kawalan Vektor

Hospital Kangar

En.Abd.Razak Abd.Rahman

(Ketua Projek Penyelidikan Nyamuk Vektor di Pedis)

Tn.Hj.Yaakob Abd.Manaf

(Pengurus Makrnal Komputer,ITMCPs)

Cik Zakiah dan Cik Zuriah.Azmi

Tn.Syed Hamzah Syed Bakar

En.Azny Nizam Abd. Razak

EnYaakob Yusof

En.Rosmizal Mahmud

Pn.Hanisah Hassan

En.Razalli Hat

En.Khodir Saad

En.Noorazhar AAziz

En.Abu Yarashid Mahamud

Pn.Norhafezah Nordin

dan semua yang telah terlibat dalam projek ini.

COPYRIGHT © UiTM

Page 6: Denggi oii

lSI KANDUNGAN

Muka surat

PENGHARGAAN

lSI KANDUNGAN

SENARAI JADUAL

SENARAI LAMPlRAN

ABSTRAK

ABSTRACT

BAB 1. PENGENALAN

BAB 2. KAHAN LITERATUR

BAB 3. PERALATAN DAN BAHAN-BAHAN

3.1 Peralatan Dan Bahan-bahan Kegunaan Dalam Makmal.

3.2 Peralatan Dan Bahan-bahan Kegunaan Kerja Lapangan.

3.3 Penyediaan Makanan Nyamuk.

3.3.1 Untuk larva nyamuk Aedes dan Culex.

3.3.2 Untuk nyamuk dewasa Aedes dan Culex.

BAB 4. KAEDAH PENYELIDlKAN

4.1 Kerja Lapangan

4.1.1 Pengumpu1an larva dan pupa nyamuk Aedes.

4.1.2 Pengumpulan larva dan pupa nyamuk Culex.

11

11 - 111

IV

V - VI

V11

V111

1-6

7 - 11

12 - 14

12

13

13 - 14

13 - 14

14

15 - 23

15 - 20

15 - 17

17

COPYRIGHT © UiTM

Page 7: Denggi oii

17- 20

18 - 19

19 - 20

20 - 23

20

20 - 22

23

24 - 33

24 - 26

26 - 27

28 - 29

28 - 31

31

32 - 33

34 - 42

43 - 46

47 -60

5.5 Populasi dan Tempat Pembiakan Cx.quinquefasciatus.

5.6 Penangkapan Nyamuk Dewasa.

BAB 6. PERBINCANGAN

BIBLIOGRAFI

LAMPIRAN

4.1.3 Penangkapan nyamuk dewasa.

a. Menggunakan tabung uji.

b. Menggunakan 'oral aspirator'.

4.2 Pemelibaraan Nyamuk Di Makmal.

4.2.1 Penyelenggaraan nyamuk secara umum.

4.2.2 Pemeliharaan nyamuk Aedes.

4.2.3 Pemeliharaan nyamuk Cx.quinquefasciatus.

BAB 5. KEPUTUSAN

5.1 Indeks Rumah Aedes.

5.2 Indeks Bekas Bagi Aedes.

5.3 Indeks Kepadatan Larva Aedes.

5.4 Bekas Pembiakan Dan Taburan Aedes.

111

COPYRIGHT © UiTM

Page 8: Denggi oii

SENARAI JADUAL

Muka surat

1. Jadual 1. Menunjukkan indeks rumah bagi Aedes di kawasan kajian 26

sekitar negeri Pedis.

2. Jadua12. Menunjukkan indeks bekas bagi Aedes di kawasan kajian 28

sekitar negeri Pedis.

3. Jadua13. Menunjukkan indeks kepadatan larva Aedes di kawasan 29

kajian sekitar negeri Pedis.

4. Jadual 4. Menunjukkan berbagai jenis bekas pembiakan Aedes di 32

dalam dan di luar rumah pada kawasan kajian di negeri

Pedis.

5. Jadual 5. Menunjukkanjenis dan bilangan nyamuk dewasa yang 33

ditangkap di kawasan kajian sekitar negeri Pedis

menggunakan kaedah umpan manusia.

IV

COPYRIGHT © UiTM

Page 9: Denggi oii

SENARAI LAMPlRAN

Muka surat

1. Lampiran A. Peta negeri Perlis yang menunjukkan kedudukan 47

kawasan-kawasan kajian.

2. Lampiran B. Gambarajah kitaran hidup nyamuk Aedes. 48

3. Lampiran C. Corak pada bahagian toraks - ciri utama pengecaman 49

nyamuk dewasa Ae.aegypti dan Ae.albopictus.

4. Lampiran D. Ciri pengecaman untuk membezakan larva Ae.aegypti 50

dan Ae.albopictus.

5. Lampiran E. Keadaan persekitaran rumah-rumah di Kg.Seberang, 51

Kuala Perlis.

6. Lampiran F. Antara rumah-rumah yang terlibat dalam kajian di 52

Kuala Sanglang.

7. Lampiran G. Keadaan persekitaran rumah-rumah yang dikaji di 53

Kg.Melayu, Padang Besar.

8. Lampiran H. Proses pengumpulan larva-larva Aedes daripada 54

takungan di luar tepi rumah.

9. Lampiran 1. Kolah mandi dan tong-tong plastik yang menjadi 55

tempat pembiakan Aedes di Kg.Kolam, Padang Besar.

v

COPYRIGHT © UiTM

Page 10: Denggi oii

10 Lampiran 1. Tempayan dan tong drum di tepi rumah yang menjadi 56

tempat-tempat pembiakan larva Aedes di Kg.Seberang,

Kuala Perlis.

11 Lampiran K. Takungan-takungan simen yang paling banyak 57

ditemui di Kg.Melayu,Padang Besar merupakan

tempat yang sesuai bagi pembiakan Aedes.

12 Lampiran L. Tayar-tayar getah dan tin-tin kosong terbuang yang 58

merupakan tempat di mana Aedes gemar membiak.

13 Lampiran M. Lopak air dan parit yang menjadi tempat pembiakan 59

nyamuk Culex.

14 Lampiran N. Menangkap nyamuk dewasa menggunakan oral 60

aspirator.

Vi

COPYRIGHT © UiTM

Page 11: Denggi oii

ABSTRAK

Suatu tinjauan awal mengenai taburan nyamuk vektor telah dijalankan pada 14

kawasan sekitar negeri Perlis. Larva/pupa Aedes aegypti, Aedes albopictus dan Culex

quinquefasciatus dikumpulkan dari rumah-rumah yang dipilih secara rawak.Larva/pupa

nyamuk ini masing-masing adalah vektor pembawa penyakit demam denggi berdarah,

demam denggi klasikal dan penyakit filariasis.

Daripada kajian,12 kawasan telah didapati positif dengan larva/pupa Aedes.Ini

ditunjukkan oleh nilai indeks rumah yang berada di antara julat 8.33% hingga 50.00%

dan indeks bekas berjulat di antara 7.89% hingga 54.55%. Keputusan ini mencadangkan

bahawa kawasan berkenaan cenderung diserang wabak demam denggi. Sebilangan besar

bekas pembiakan termasuklah tempayan,tong drum,tong plastik,kolah mandi,besen,tayar

buruk dan tin kosong. Larva yang dikumpulkan di dalam rumah kebanyakannya terdiri

daripada Ae.aegypti manakala yang terkumpul di luar rumah adalah daripada spesies

Ae.albopictus.

Sejumlah besar larva dan nyamuk dewasa Cx.quinquefasciatus juga telah

dikumpulkan. Walaupun ianya tidak membawa sebarang penyakit di kawasan ini,

gigitannya boleh menyebabkan penduduk merasa tidak selesa disebabkan bilangannya

yang banyak. Hanya 15 ekor nyamuk dewasa Ae.aegypti dan 1 ekor nyamuk

Ae.albopictus yang ditangkap menggunakan kaedah umpan manusia.Namun begitu nilai

indeks kepadatan larvanya yang berjulat di antara 5.33 hingga 109.56 ekor larva bagi

setiap rumah sudah cukup untuk menunjukkan bahawa kawasan yang positif ini berisiko

tinggi terhadap demam denggi.

VB

COPYRIGHT © UiTM

Page 12: Denggi oii

ABSTRACT

A preliminary study on the distribution of vector mosquitoes was conducted in 14

areas in the state of Pedis. The larvae/pupae of Aedes aegypti, Aedes albopictus and

Culex quinquefasciatus were collected from houses chosen at random. They are vectors

for dengue haemorrhagic fever, classical dengue fever and filariasis respectively.

From the study, 12 areas were found to be infested with the Aedes larvae/pupae.

This is indicated by the house index which ranges between 8.335 and 50.00% and the

container index which is between 7.89% and 54.55%. The results suggest that the areas

concerned are prone to dengue fever. A large number of the larvae were found breeding

in containers made of cement. Other breeding places include empty cans,used tyres,

plastic containers, earthern-ware, oil drums and water tanks in bathrooms. Larvae

collected indoors consist mainly of the Ae.aegypti species while those collected outdoors

are from the Ae.albopictus species.

A large number of the larvae and adult Cx.quinquefasciatus were also collected.

Although they do not spread any diseases to these areas, the mosquito bites can cause

discomfort due to the presence of a considerable number of the species. Only 15 adult

Ae.aegypti and 1 adult Ae.albopictus managed to be caught by using humans bait.

However, a density index value of between 5.33 and 109.56 for each house is an

indication that these are high risk areas for the dengue epidemic.

Vlll

COPYRIGHT © UiTM

Page 13: Denggi oii

BABI

PENGENALAN

Penyakit-penyakit bawaan nyamuk vektor seperti demam denggi, malaria,

filariasis, Japanese B dan encephalitis bukanlah merupakan suatu fenomenon baru

kepada kita. Demam denggi (DD) atau demam denggi klasikal (Classical Dengue Fever)

misalnya te1ah menjadi endemik dan tersebar luas di Asia Tropikal dan kepulauan

Amerika sejak dari abad ke sembilan belas. Vektor utama pembawa virus kumpulan B

yang menyebabkan demam denggi ini didapati terutamanya terdiri dari nyamuk Aedes

albopictus (Skuse).

Demam denggi berdarah (Dengue Haemorrhagic Fever) pula telah dilaporkan

sebagai suatu penyakit yang baru secara relatifnya dan diistiharkan berlaku buat

pertama kalinya di Manila, Filipina pada tahun 1956 (Rudnick, 1967). Virus B yang

mengakibatkan demam ini dibawa terutamanya oleh nyamuk vektor Aedes aegypti

(Linnaeus), sejenis spesies yang berasal dari Afrika Tropikal. Kini nyamuk Ae. aegypti

telah menjadi kosmotropikal dan selalu dihubungkaitkan dengan demam denggi

berdarah di kebanyakan bandaraya Asia Tenggara sejak pengenalan penyakit ini pada

tahun 1956 itu. Nyamuk Ae. aegypti juga telah didapati boleh bertindak sebagai

vektor bagi demam denggi klasikal.

1

COPYRIGHT © UiTM

Page 14: Denggi oii

Walau bagaimanapun penyakit demam denggi berdarah ini adalah lebih

merbahaya jika dibandingkan dengan demam denggi klasikal. lni adalah kerana

penyakit demam denggi klasikal hanya menyebabkan seseorang pesakit itu mengalami

demam ringan sahaja.Manakala penyakit demam denggi berdarah akan menimbulkan

gejala-gejala seperti demam yang kuat, bengkak, sakit dalam perut, kegelisahan, bengkak

mata, muntah darah, darah dalam najis, sendi-sendi badan terasa sakit dan kaku dan

akhimya ruam akan wujud pada tubuh. Tanda-tanda penyakit seperti ini adakalanya

mungkin disalah tafsirkan sebagai demam campak lalu menyebabkan pesakit menerima

rawatan yang tidak berkenaan.

Demam denggi yang lebih teruk lagi biasanya diikuti oleh pendarahan gastro-

intestinal. Kehilangan darah ini mungkin mengakibatkan sindrom renjatan denggi

(Dengue Shock Syndrome / DSS) yang boleh membawa maut terutamanya di kalangan

kanak-kanak. Demam denggi berdarah (DDB) telah menyebabkan kematian hingga 20%

di kalangan kanak-kanak yang dijangkiti di Asia Tenggara (Anon., 1973).

Wabak DDB dilaporkan pertama kali berlaku di Malaysia pada tahun 1962 di

Pulau Pinang. Pada tahun 1973 hingga 1974 wabak DD dan DDB yang dahsyat terjadi di

Malaysia (Lo dan Narimah Awin, 1984). Wabak tersebut bermula di Jinjang , Selangor\

pada bulan Julai 1973 dan kemudian merebak ke Johor dan Negeri Sembilan. Sebanyak

969 kes dicatatkan dengan 54 kematian (kadar kematian 5.6%). Wabak ini menjadi lebih

teruk pada tahun 1974 melibatkan 1482 kes dengan 104 kematian (kadar kematian 7.0%).

Penyelidikan pada masa itu membuktikan nyamuk Ae. aegypti adalah vektor utama DD

danDDB.

2

COPYRIGHT © UiTM

Page 15: Denggi oii

Pada tahun 1982 sekali lagi wabak 00 dan ODB yang dahsyat melanda Malaysia

dan ini merupakan wabak terbesar dalam sejarah negara. Sebanyak 3006 kes dilaporkan

dan 860 (28.6%) merupakan kes DDB di mana sebanyak 35 kematian dilaporkan (kadar

kematian 1.2%). Wabak ini rnencapai kemuncak pada bulan Ogos hingga September

1982 dan aktiviti penyakit kemudiannya menurun dengan pesat oleh kerana tindakan

segera oleh Kementerian Kesihatan untuk mengawal nyamuk-nyamuk vektor di kawasan

wabak.

Berbeza dari denggi, malaria dan filariasis adalah penyakit-penyakit yang berkait

rapat dengan populasi dalam kampung di kawasan luar bandar. Dari segi jumlah mangsa,

malaria mungkin merupakan penyakit manusia yang lebih lazim berlaku. Terdapat kira-

kira 400 juta penduduk yang tinggal dalam kawasan di mana malaria masih lagi tinggi

endemiknya (Anon., 1973). Dianggarkan sekurang-kurangnya 100 juta kes pada setiap

tahun dan berakhir dengan satu juta kematian.

Di Malaysia, nyamuk tiruk dari spesies Anopheles yang berlainan didapati

bertindak sebagai nyamuk vektor untuk transmisi parasit malaria iaitu Plasmodium

(Sandosham dan Thomas, 1983). Di Semenanjung Malaysia, vektor bagi parasit P. vivax\

adalah nyamuk An. maculatus. Manakala vektor bagi P. falcifarum adalah terdiri dari

nyamuk An. campestris. Nyamuk tiruk An. sundaicus, An. balabacensis, An. letifer,

An. umbrosus dan An. nigerrimus pula terlibat sebagai vektor bagi parasit P. malariae.

Terdapat 300,000 hingga 400,000 kes malaria di Sernenanjung Malaysia sebelum

pengenalan Program Pembasmian Malaria (Malaria Eradication Programme / M.E.P.)

yang dicadangkan bagi tempoh 15 tahun (1967-1982). Bilangan kes telah mcnurun

kepada kurang 10,000 tiap tahun semenjak 1980 (Harinasuta et. al.,1982) dan telah

..,-'

COPYRIGHT © UiTM

Page 16: Denggi oii

terkawal dengan begitu baik dengan penukaran dari Program Pembasmian Malaria

kepada Program Kawalan Malaria (Malaria Control Pragramme / M.C.P.) (Yap, 1983).

Filariasis pula mengandungi sekurang-kurangnya lapan jenis penyakit pada

manusia di seluruh dunia dan ianya disebabkan oleh cacing nematoda. Oi Asia Tenggara,

filariasis disebabkan terutamanya oleh cacing-cacing filaria Brugia malayi dan

Wuchereria bancrofti. Cacing dewasanya tinggal dalam salur dan buku limfatik,

menyekat aliran limfa lalu menyebabkan inflamasi dan bengkak ("elephantiasis" ) pada

lengan, kaki dan organ jantina.

Filariasis, walaupun agak terhad taburannya berbanding dengan malaria, adalah

umum di kawasan tropika melibatkan lebih 250 juta penduduk. Oi Malaysia, jangkitan

perkalaan (periodic) B. malayi menyebabkan penyakit manusia dengan nyamuk

Mansonia dan An. campestris sebagai vektornya. Bentuk subperkalaan (subperiodic)

B.malayi menjangkiti kedua-dua manusia dan haiwan dan dipindahkan oleh nyamuk

Mansonia (Reid et. al., 1963; Ramachandran, 1972).

Cacing filaria Wuchereria bancrofti pula melibatkan spesies nyamuk tiruk

An. whartoni, An. maculatus, An. letifer dan Culex c. f(ltigans sebagai nyamuk vektor

pembawa penyakit filariasis di Semenanjung Malaysia. Manakala di Malaysia Timur,

nyamuk Culex quinquefasciatus bertindak sebagai vektor bagi cacing nematoda tersebut.

Pada masa ini penyakit-penyakit bawaan nyamuk vektor yang dijelaskan di atas

terutama malaria dan filariasis bukanlah lagi menjadi satu masalah besar pada kesihatan

orang ramal di Malaysia kerana peratusan kes yang berlaku terlalu kecil. Malahan

Kementerian Kesihatan telah menubuhkan Unit kawalan Vektor di setiap negen di

Malaysia untuk memastikan keadaan adalah terkawal.

4

COPYRIGHT © UiTM

Page 17: Denggi oii

Walau bagaimanapun perkara ini tidaklah boleh dipandang ringan disebabkan

serangga termasuk nyamuk ini adalah kumpulan haiwan yang dikatakan cukup pandai

menyesuaikan diri dengan persekitarannya untuk hidup dan terus membiak. Begitu juga

masalah kerintangan nyamuk terhadap racun perosak serangga telah membolehkan ia

meneruskan hayatnya dan membiak seperti biasa. Apatah lagi sejarah wabak penyakit

demam denggi atau demam denggi berdarah selalu dihubungkaitkan dengan kawasan

bandar dan pinggir bandar yang membangun dan penuh sesak dengan orang ramai.

Menyedari hakikat ini maka satu kajian permulaan untuk mendapatkan data dan

mengumpulkan maklumat terkini berhubung dengan taburan populasi spesies nyamuk

vektor telah dijalankan di sekitar negeri Pedis Indera Kayangan. Penyelidikan hanya

ditumpukan di sekitar negeri Pedis yang scdang pesat membangun. Ini disebabkan belum

banyak kajian sedemikian rupa yang telah dilakukan di sini. Malahan kajian ini adalah

merupakan tinjauan awal taburan populasi nyamuk vektor terutama Ae. aegypti dan Ae.

albopictus yang julung kali dijalankan di negeri ini.

Di samping itu kedudukan negeri Pedis yang bersempadan dengan Thailand

menjadi satu faktor menarik untuk kajian. Ini adalah kerana iklim monsun tropika dari

negara jiran ini mungkin sedikit sebanyak telah mempengaruhi keadaan ekosistem, fauna

dan flora yang ada di negeri Pedis lalu mungkin juga mempengaruhi taburan populasi

nyamuk vektor di sekitar kawasan ini.

Sebagai satu tinjauan awal, kajian dilakukan dengan mengumpulkan larva dan

pupa dari rumah ke rumah sekitar negeri ini. Ianya bertujuan untuk mendapatkan nilai

indcks rumah (indeks premis / indcks Aedes) iaitu peratus rumah yang positif dengan

larva Aedes, indeks kepadatan larva iaitu purata bilangan larva bagi tiap rumah dan

5

COPYRIGHT © UiTM

Page 18: Denggi oii

indeks bekas iaitu peratus bekas yang positif dengan larva. Tinjauan ini juga bertujuan

untuk mclihat taburan kedua-dua spesies Ae.aegypti dan Ae.albopictus di sekitar kawasan

kajian di samping mendapatkan data pelbagai jenis tempat pembiakannya.

Tangkapan nyamuk dcwasa di kawasan bandar dan pinggir bandar juga dijalankan

untuk melihat kadar gigitan nyamuk tcrsebut. Kajian lebih ditumpukan terutamanya

terhadap nyamuk-nyamuk Ae. aegypti dan Ae. albopictus disamping ex.

quinquefasciatus.

6

COPYRIGHT © UiTM

Page 19: Denggi oii

BAB2

KAJIAN LITERATUR

Banyak kajian dan penyelidikan yang telah dijalankan tidak kira sama ada di

makmal atau di luar makmal berhubung dengan penyakit 'vector-borne' ini. Sehingga

kini kajian-kajian masih diteruskan kerana penyakit seperti demam denggi ini kadang-

kadang merebak dengan tiba-tiba dan menjadi masalah besar terhadap kesihatan orang

ramai. Kajian yang mengaitkan biologi nyamuk-nyamuk ini dan ekologi manusia sudah

banyak dilaporkan.

Begitu juga kajian keberkesanan kaedah mengawal pembiakan nyamuk secara

fizikal, kimia dan secara biologi atau paduan antara kaedah-kaedah tadi juga telah

banyak dilaporkan. Namun begitu masalah penyakit terutama demam denggi ini masih

lagi merupakan masalah yang sentiasa perlu diberi perhatian berat oleh pihak berkenaan\

termasuk orang ramai.

Sebagai contoh, masalah nyamuk vektor bagi DDB iaitu Ae. aegypti asalnya

hanyalah membiak pada lubang-lubang pokok di Afrika dan kemudian dengan bantuan

manusia sendiri ianya telah dibawa ke Asia. Nyamuk ini dikatakan mempunyai

kebolehan adaptasi yang sangat baik terhadap sekitaran atau kediaman manusia.

Disebabkan kemampuannya untuk hidup dalam keadaan yang kering, membiak dalam

7

COPYRIGHT © UiTM

Page 20: Denggi oii

bekas-bekas buatan atau takungan air, spesies ini telah dapat menggantikan tempat

nyamuk vektor bagi demam denggi klasikal iaitu Ae. albopictus pada kebanyakan pusat

bandar yang ramai populasi penduduknya di Asia Tenggara (Bang dan Shah, 1988).

Oidapati secara umumnya urbanisasi dan ekologi manusia di bandar merupakan

faktor utama penggantian spesies Ae. albopictus ini.

Terdahulu dari itu W.H.O. (1965) telah melaporkan mengenai kemampuan Ae.

aegypti yang didapati membiak dalam berbagai-bagai mikrohabitat dan pada julat air

dari yang berkeadaan jernih sehinggalah kepada keadaan air yang teruk tercemar.

Telur-telurnya boleh didapati dalam air yang secara relatifnya jernih pada bekas-bekas di

rumah, pada lopak-lopak batu, di celah-celah aksial daun dan juga dalam air yang penuh

dengan bahan yang mereput, bahan-bahan organik seperti yang terdapat dalam lubang

pokok.

Menurut Jackson (1975) ; Aiken dan Leigh (1978) pula terdapat kaitan yang rapat

di antara masalah demam denggi atau demam denggi berdarah dengan masalah

kemiskinan. Keadaan ini diperhatikan wujud dalam kebanyakan bandaraya utama di Asia

Tenggara. Perkembangan penempatan setinggan dan tempat tinggal penduduk miskin di

bandaraya ini yang tidak mempunyai kemudahan air paip dan tanpa kemudahan

pembuangan sisa dari rumah yang sempurna telah menyediakan tempat yang sesuai bagi

nyamuk Aedes membiak.

Oi dalam laporan sebelum ini Chan et. al. (1971a) telah menunjukkan kaitan

secara langsung antara indeks rumah yang mengukur kepadatan Aedes dengan jenis-jenis

rumah yang terdapat di Singapura. Mereka mendapati indeks rumah bagi Aedes aegypti

adalah tertinggi di kawasan setinggan clan paling rcnclah di kawasan rumah pangsa. Oleh

8

COPYRIGHT © UiTM

Page 21: Denggi oii

itu mereka berpendapat penghapusan kawasan setinggan dan pembinaaan rumah pangsa

sebagai gantinya akan dapat menurunkan indeks rumah. Dari sini juga masalah wabak

demam denggi dan denggi berdarah akan dapat dikurangkan disebabkan taraf dan

keadaan hidup orang ramai sudah meningkat. Peningkatan kaedah kawalan vektor yang

spesifik juga akan menyebabkan kejatuhan populasi nyamuk-nyamuk ini.

Dalam satu lagi tinjauan entomologikal di Singapura yang dijalankan pada

pertengahan dan akhir enam puluhan, Chan (1981) telah melaporkan tentang pemerhatian

beliau terhadap kawasan-kawasan setinggan dan tempat-tempat tinggal penduduk miskin.

Hasil kajian menunjukkan bahawa nyamuk Ae. aegypti telah membiak dalam semuajenis

bekas di dalam mahupun di sekitar luar rumah. Keadaan dalam rumah di sini juga adalah

gelap, lembap, bersepah-sepah dan boleh dilihat sebilangan besar nyamuk dewasa

Ae.aegypti pada pakaian-pakaian yang bergantungan, pada perabut-perabut dan lain-lain

barang.

Yap (1975a) dalam kajian taburanAe. aegypti dan Ae. albopictus di Pulau Pinang

mendapati kebanyakan Ae. albopictus merupakan spesies luar rumah, manakala Ae.

aegypti didapati lebih menggemari bekas-bekas di dalam rurnah. Dalam kajian yang sarna

juga didapati taburan Ae. albopictus yang kurang merbahaya itu adalah di seluruh pulau

tersebut. Spesies yang lebih merbahaya Ae. aegypti pula hanya terdapat di bandaraya

Georgetown dan kawasan pinggirnya. Kejadian demam denggi dan demam denggi

berdarah telah disabitkan masing-masing dengan taburan Ae. albopictus dan Ae. aegypti.

Dalam satu lagi kajian kelimpahan relatif kedua spesies ini dalam habitat yang

berbeza-beza di Georgetown,Pulau Pinang, Yap dan Thiruvengadam (1979) mendapati

jarak penerbangan nyamuk Aedes ini sangatlah terhad. Dikatakan bahawa nyamuk Aedes

9

COPYRIGHT © UiTM

Page 22: Denggi oii

yang menggigit adalah terdiri daripada nyamuk yang membiak dalam rumah itu sendiri

dan bukannya datang dari rumah jiran atau kawasan berdekatan.

Satu lagi kajian telah dijalankan oleh Yap (l975b) di Pulau Pinang bertujuan

untuk melihat kecenderungan kedua-dua spesies nyamuk ini terhadap warna. Beliau

mendapati nyamuk Ae. albopictus betina lebih menggemari warna hitam dan merah untuk

bertelur. Warna-warna lain yang digemari mengikut turutan yang menurun adalah biru,

hijau, kuning, putih dan akhir sekali adalah warna lutsinar gelas. Kecenderungan Ae.

aegypti betina memilih warna bekas untuk bertelur adalah sarna seperti pilihan Ae.

albopictus iaitu warna hitam. Maklumat ini adalah bersamaan dengan habitat semulajadi

yang menjadi pilihan nyamuk Aedes seperti tayar getah yang terbuang dan lain-lain lagi.

Dalam satu laporan yang dibuat oleh Chan dan Counsilman (1985), dikatakan

kebanyakan struktur kemudahan kepada orang ramai tidak direkabentuk dengan baik dan

sempurna dan inilah yang telah menyediakan tapak pembiakan bagi nyamuk berkenaan.

Ini dapat diperhatikan pada struktur longkang,parit dan instalasi buangan sisa. Oleh

kerana Singapura merupakan negara yang mempunyai banyak sekali rumah pangsa,

longkang dan parit telah tersekat alirannya kerana penuh dengan sampah sarap. Keadaan

air kotor yang bertakung ini telah menyediakan tempat yang sesuai bagi pembiakan

Cx.quinquefasciatus disamping tempat pembiakan untuk Aedes.

Mereka juga telah melaporkan mengenai tangki septik yang rosak atau tidak

sempurna yang akhirnya mengumpulkan jutaan nyamuk filariasis dan demam denggi

yang bukan hanya memindahkan penyakit tetapi juga menyebabkan gangguan serius

melalui gigitannya. Palong-palong di kaki bum bung rumahjuga diperhatikan dibina tanpa

cerunan yang baik untuk mengelakkan sekatan oleh daun-daun luruh dan sampah

10

COPYRIGHT © UiTM

Page 23: Denggi oii

sarap.Ini Juga menyediakan tempat pembiakan bagi nyamuk Aedes. Mereka

mencadangkan lain-lain struktur yang boleh menjadi habitat pembiakan nyamuk seperti

tangki air, unit penghawa dingin dan mangkuk tandas agar direkabentuk semula dengan

lebih baik.

Di Delhi, India, ketidakhadiran sistem pembentungan yang berfungsi dengan baik

menyebabkan air kotor dari kawasan setinggan dialirkan ke kawasan tanah rendah yang

berdekatan (Kalra dan Sharma, 1987). Ia akhirnya membentuk pelbagai lopak air kotor

yang bertakung atau kering melalui proses sejatan. Sisa air ini juga selalu digunakan

secara haram untuk tuj uan pengairan tanam-tanaman, lalu menimbulkan masalah kepada

penduduk berdekatan dan menyebabkan persekitaran yang tidak selesa. Keadaan ini juga

menyediakan peluang bagi Cx.quinquefasciatus, vektor bagi Wuchereria bancrofti untuk

membiak.

Pondicherry,India merupakan bandar dengan populasi 272,000 penduduk dan

keluasan kawasan 59 km2 mempunyai terusan air 15 hingga 20 km panjang dan longkang

sepanjang 80 hingga 90 km juga menghadapi masalah yang sama. Longkang dan terusan

ini sama ada besar atau kecil, terbuka atau tertutup dengan satu cerun yang membolehkan

aliran berterusan telah dipenuhi dengan longgokan bermacam-rnacam buangan pepejal.

Akhirnya ini juga menyediakan tempat pembiakan yang sesuai bagi Cx.quinquefasciatus

bilamana aliran air jadi perlahan atau terus bertakung. Keadaan ini disebabkan oleh

khidmat sanitasi yang tidak cekap menurut Vector Control Research Centre,Pondicherry

(1987).

11

COPYRIGHT © UiTM

Page 24: Denggi oii

BAB3

PERALATAN DAN BAHAN-BAHAN

3.1 Peralatan Dan Bahan-Bahan Kegunaan Dalam Makmal.

Mangkuk kaca bergarispusat 13 em x 6 em dalam

Pinggan enamel bergarispusat 30 em x 6 em tinggi

Penitis bermulut luas (wide mouth dropper)

Penyauk tapis

Sangkar nyamuk berukuran 40 x 40 x 40 em berdinding jala kuperam

(copper-screened) kecuali dinding hadapan diperbuat dari kain kapas dengan

satu bukaan yang diletakkan kain kapas panjang untuk membolehkan ianya

ditutup bila disimpul kain tersebut dan dibuka bila dilepaskan simpulan kain

itu. Lantainya terdiri dari kayu papan lapis yang nipis.

Jangkasuhu bilik

Humidifier

Hygrometer

Kertas-kertas label berpelekat

Air paip yang disimpan (dechlorinated) dalam tong- tong plastik bertutup.

12

COPYRIGHT © UiTM