4
LAPORAN PENYERTAAN MICROELECTRONIC & NANOTECHNOLOGY – SHAMSUDDIN RESEARCH CENTRE DI PAMERAN NANOTECH MALAYSIA 2009 (27-29 Oktober 2009) KEPADA: PUSAT PENYELIDIKAN DAN INOVASI, UTHM

LAPORAN PENYERTAAN MICROELECTRONIC & …fkee.uthm.edu.my/mint-src/images/laporan nanotech.pdf · Program NANOtech Malaysia 2009 telah dipengerusikan oleh penerima Anugerah Merdeka

Embed Size (px)

Citation preview

LAPORAN PENYERTAAN MICROELECTRONIC & NANOTECHNOLOGY – SHAMSUDDIN RESEARCH

CENTRE DI PAMERAN NANOTECH MALAYSIA 2009

(27-29 Oktober 2009)

KEPADA: PUSAT PENYELIDIKAN DAN INOVASI, UTHM

Nama program : NANOtech Malaysia 2009

Tarikh : 27 – 29 Oktober 2009

Tempat : Kuala Lumpur Convention Center (KLCC)

Peserta :

(1) Dr Nafarizal Nayan, (2) Dr Mohd Arif Agam, (3) Ahmad Nasrul Mohamed, (4) Syazmir Jamaludin,

(5) Farizan Mohamad, (6) Isrihetty@Siti Salmah Senain. (7) Riyaz Ahmad Mohamed Ali

Pada tahun 2009 ini, buat pertama kali MiNT-SRC telah menyertai expo dan persidangan NANOtech Malaysia yang dianjurkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia , Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi dan Malaysia Nanotech Association. Penyertaan MiNT-SRC telah ditaja sepenuhnya melalui Bahagian Inovasi, Pusat Penyelidikan dan Inovasi, UTHM. Seramai 7 peserta dikalangan pensyarah dan pelajar pasca siswazah telah turut serta dalam kontijen pameran MiNT-SRC.

Sebanyak lebih 50 syarikat dan intitusi pengajian telah menyertai pameran kali ini. Pameran ini telah dirasmikan oleh Menteri di Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi, Y.B Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili. Program NANOtech Malaysia 2009 telah dipengerusikan oleh penerima Anugerah Merdeka 2009 iaitu Prof. Dr. Halimaton Hamdan dan Prof. Dr. Burhanuddin Yeop Majlis sebagai naib pengerusi.

Sepanjang pameran berlangsung, gerai MiNT-SRC telah dikunjungi lebih 100 pengunjung yang berminat dengan penyelidikan di MiNT-SRC. Hasil daripada pameran ini pelbagai objektif pameran telah tercapai dan banyak perkongsian maklumat diperolehi. Berikut disenaraikan pencapaian MiNT-SRC sepanjang pameran NANOtech Malaysia 2009.

1. MiNT-SRC telah berjaya memperkenalkan nama dan teknologi di UTHM kepada kepada orang ramai (universiti, syarikat koperat, agensi kerajaan, masyarakat umum) , khususnya dalam dunia nanoteknologi melalui hasil penyelidikan yang telah dilakukan di makmal MiNT – SRC, UTHM.

2. Dapat mengenalpasti tanda aras nanoteknologi terkini di peringkat nasional dan dunia melalui penglibatan/ pemerhatian melalui seminar dan pameran yang diadakan.

3. Dapat memberi maklumat kepada peserta kontigen UTHM mengenai jenis – jenis penyelidikan yang sedang dijalankan selain memberi inspirasi baru untuk mencuba teknik / peralatan yang baru untuk penyelidikan yang lebih baik.

4. Menjadi medan bertukar pendapat oleh para penyelidik / pengguna akan penyelidikan yang sedang dijalankan disamping pembinaan jaringan kenalan untuk tujuan akan datang.

5. Mengenalpasti contoh – contoh aplikasi penyelidikan yang mempunyai potensi tinggi untuk dipasarkan, hasil daripada penyelidikan yang sedang dilakukan oleh kontigen UTHM.

6. Menjadikan pameran NANOtech Malaysia sebagai ruang untuk “check and balance” akan hasil penyelidikan dengan permintaan pengguna.

Selain daripada info dan maklumat terkini yang diperolehi sepanjang pameran ini, MiNT-SRC juga sedar mengenai beberapa kelemahan sepanjang pameran berlansung. Untuk tujuan penambahbaikan untuk pameran/ aktiviti MiNT-SRC bersama dengan Pusat Penyelidikan dan Inovasi pada masa akan datang. Diantara penambahbaikan yang ingin dicadangkan adalah seperti berikut.

1. Ruangan pameran kurang dihiasi dengan poster/ produk / ilmu untuk pameran orang ramai. Cadangan masa hadapan : Penambahan bilangan poster yang mempunyai impak dan nilai komersil yang tinggi. Penambahan gambar – gambar (dibingkai) seperti nanoparticles, nanopillars dan lain –

lain hasil penyelidikan untuk tontonan ramai. Penunjukkan produk hasik kejayaan seperti contoh : in house nanoparticles solar cell, in

house micro needles, water treatment dan lain – lain untuk menarik perhatian orang ramai. Penunjukkan produk disamping penerangan yang baik akan menambahkan tarikan orang ramai ke ruang pameran untuk tujuan ilmu pengetahuan.

2. Penyediaan lebih banyak risalah yang menarik untuk tujuan hebahan penyedia perkhidmatan, selain memperkenalkan UTHM kepada orang ramai.

3. Menyediakan kotak “drop your business card” untuk tujuan network pada masa hadapan dan penyediaan kertas maklumbalas pengunjung.

4. Menyediakan kain alas meja untuk memberi imej tapak pameran yang lebih kemas. 5. Mengekalkan aktiviti seperti pemberian beg kertas, pen UTHM, gula – gula dan lain – lain

Akhir sekali, MiNT-SRC mengucapkan ribuan terima kasih kepada Prof. Ir. Dr. Zainal Abidin, Dr. Christy P. Gomez dan Pn. Norliah Yaakub dari Pusat Penyelidikan dan Inovasi, UTHM atas kerjasama dan sokongan untuk MiNT-SRC menyertai pameran NANOtech Malaysia 2009.

Sesi bergambar bersama Menteri Kementerian

Sains dan Teknologi, Y.B Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili dihadapan tapak pameran UTHM.

Dr Nafarizal mengiring Datuk Seri Maximus ke

tapak pameran NanoTech UTHM.

Dr Nafarizal sedang menerangkan isi kandungan

projek yang disedang dibangunkan di MiNT – SRC.

Sesi taklimat bersama Datuk Seri Maximus dan Dr Halimaton daripada UTM.

Krew kontigen UTHM sedang mengemaskini tapak pameran untuk menerima kedatangan orang ramai.

Sesi soal jawab didalam forum bersama tetamu jemputan.