7
LAPORAN PENGENDALIAN SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI 1.0 KUMPULAN SASARAN 2.0 PERMULAAN SESI P&P 3.0 PERKEMBANGAN PENGAJARAN

Laporan Pengendalian Sesi Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani

Embed Size (px)

DESCRIPTION

PJM 3102

Citation preview

Page 1: Laporan Pengendalian Sesi Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani

LAPORAN PENGENDALIAN SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PENDIDIKAN JASMANI

1.0 KUMPULAN SASARAN

2.0 PERMULAAN SESI P&P

3.0 PERKEMBANGAN PENGAJARAN

Page 2: Laporan Pengendalian Sesi Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani

4.0 PENGURUSAN BILIK DARJAH

5.0 KOMUNIKASI

6.0 KUALITI PEMBELAJARAN

Kualiti pembelajaran dapat ditentukan melalui pengajaran yang

dilaksanakan itu berjaya mencapai objektif atau tidak. Objektif yang hendak

dicapai ialah murid dapat melakukan aktiviti kelenturan sebanyak sebanyak

lapan daripada 10 percubaan serta dapat melalui gelung plastik dengan

variasi ketinggian. Melalui sesi pengajaran yang telah dilaksanakan, murid

telah berjaya mencapai objektif psikomotor yang hendak dicapai dengan baik

dan tepat. Setiap aktiviti yang dilakukan merujuk kepada pencapaian objektif

yang hendak dicapai dan kami telah menyatakan apa yang sepatutnya murid

perlu lakukan untuk mencapai objektif tersebut. Semasa melaksanakan sesi

pengajaran ini juga, kami telah memberikan dorongan berbentuk motivasi

kepada murid-murid untuk melakukan aktiviti yang telah dirancang agar

murid-murid tidak merasa bosan dan mampu mengikuti pembelajaran dengan

baik.

Page 3: Laporan Pengendalian Sesi Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani

7.0 PENUTUP

Semasa melakukan fasa penutup, kami telah melakukan aktiviti gerak kendur

(cooling down) di mana ianya penting bagi sebuah sesi pengajaran

Pendidikan Jasmani setelah selesai melakukan sebarang aktiviti. Dalam

aktiviti gerak kendur, kami lebih memfokuskan regangan terhadap bahagian

otot dan sendi yang telah digunakan dengan kerap. Sebagai contohnya,

bahagian badan dan kaki. Selepas sahaja selesai aktiviti regangan ini, kami

melaksanakan sesi soal jawab mengenai isi pembelajaran disamping

memberi peneguhan tentang isi pembelajaran yang telah disampaikan.

8.0 PENCAPAIAN HASIL PEMBELAJARAN

Hasil pembelajaran telah dapat dicapai dengan baik melalui aktiviti yang telah

dijalankan. Buktinya, murid-murid dapat mengetahui cara-cara untuk

melakukan aktiviti mengecil badan dan meningkatkan tahap kecergasan

fizikal mereka melalui aktiviti yang telah dilakukan.

9.0 APLIKASI NILAI

Dalam sesi pengajaran ini, pelbagai nilai telah diterapkan dan ditegaskan

semasa proses pembelajaran berlaku. Antaranya ialah tolong-menolong,

kerjasama, mematuhi arahan dan sebagainya. Nilai-nilai ini juga telah

diperkukuhkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung

dengan menyatakanya dalam aktiviti yang murid lakukan secara berkumpulan

dan juga individu. Sebagai contohnya, sewaktu permainan kecil berlangsung

murid-murid diterapkan nilai kerjasama semasa bermain kerana ia

memerlukan kerjasama yang baik dalam satu kumpulan untuk mengalahkan

kumpulan-kumpulan yang lain. Oleh itu, secara tidak langsung ia telah

berjaya mendidik murid untuk memiliki sifat kerjasama sesama melakukan

aktiviti dengan menggunakan strategi berkumpulan.

Page 4: Laporan Pengendalian Sesi Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani

10.0 KENAL PASTI MASALAH DIHADAPI DAN CARA MENYELESAIKAN

MASALAH

Masalah yang pertama iaitu murid sukar untuk memahami arahan

yang diberikan dan tidak mampu melakukan aktiviti tersebut dengan

baik dan tepat. Cara untuk mengatasi masalah ini ialah saya perlu

memberikan arahan secara satu persatu iaitu langkah demi langkah kepada

murid dengan menggunakan suara yang lantang dan jelas. Guru yang baik

perlulah mempunyai suara yang lantang dan jelas serta agar murid-murid

dapat mendengar dan menerima arahan yang disampaikan oleh guru dengan

baik dan jelas. Guru juga perlulah menggunakan ayat-ayat yang ringkas

sahaja semasa menerangkan sesuatu perkara serta mengikut tahap

kebolehan murid. Objektif yang utama hendak dicapai sewaktu memberikan

arahan ialah murid-murid dapat memahami apa yang guru hendak sampaikan

dan murid mampu memberikan respon yang betul dan tepat melalui aktiviti

yang dilakukan.

Tambahan pula, guru juga perlulah merancang aktiviti yang sesuai

mengikut tahap kebolehan murid sebelum melaksanakan aktiviti tersebut. Hal

ini kerana, terdapat segelintir murid yang kurang mahir dan mempunyai tahap

kebolehan yang rendah berbanding murid yang lain. Oleh itu, guru haruslah

bijak menyediakan rancangan aktiviti dengan meneliti tahap kebolehan murid

di dalam kelas itu terlebih dahulu agar tidak ada murid yang terkecuali daripad

melakukan aktiviti tersebut.

Selain itu, masalah yang kedua ialah murid kelihatan penat dan tidak

melakukan aktiviti dan tidak bersungguh-sungguh semasa melakukan

aktiviti. Cara-cara untuk mengatasi masalah ini ialah saya perlulah

menyediakan satu aktiviti yang mampu menarik perhatian murid dan aktiviti

itu pula menyeronokkan dan mudah untuk dilakukan. Guru perlulah kreatif

dalam memilih aktiviti yang hendak dilaksanakan bagi mengelakkan murid-

murid tidak berasa bosan dengan aktiviti yang dijalankan. Sebaik-baiknya

ialah aktiviti yang dilaksanakan itu tidak pernah dilakukan oleh murid ataupun

pernah dilakukan oleh murid tetapi diubah suai menjadi bentuki pertandingan

antara kumpulan dan sebagainya. Dengan cara ini, ia dapat menarik

perhatian murid semula untuk melakukan aktiviti ini walaupun dalam keadaan

yang penat.

Page 5: Laporan Pengendalian Sesi Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani

Selanjutnya, masalah yang ketiga ialah masa yang tidak mencukupi

semasa melakukan aktiviti. Cara untuk mengatasi masalah ini ialah saya

perlulah memastikan aktviti yang dirancang itu mengikut masa yang

ditetapkan dan tidak akan mengambil masa yang lebih lama. Saya perlulah

sentiasa peka dengan masa dan perlu bijak mengagihkan masa sewaktu

aktiviti dijalankan. Tambahan pula, saya perlu mengurangkan penerangan

yang tidak penting semasa menerangkan aktiviti dan memperbanykkan

demonstrasi (tunjuk cara) kepada murid.

Masalah yang seterusnya ialah saya agak kelam-kabut semasa

menyusun bahan bantu mengajar dan menyebabkan masa interaksi

pengajaran lewat berlaku. Cara untuk mengatasi masalah ini ialah saya

perlu menyediakan alatan pengajaran yang mencukupi dan perlu

menggunakan ruang padang yang sedia ada dengan menyusun segala alat-

alat yang hendak digunakan sebelum pengajaran bermula. Dengan cara ini,

saya mempunyai masa yang lebih untuk bersedia sebelum memulakan sesi

pengajaran dan masa juga dapat dirancang dengan baik.