Laporan Klk Kor Makenik IV

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Laporan KLK UUM

Citation preview

PUSAT KOKURIKULUMUNIVERSITI UTARA MALAYSIAUNITKOR MAKENIKSUBUNITKOR MAKENIK IV (D)VKRA 2041LAPORAN PROGRAMAUTO SPARKLING DAY (CUCI KENDERAAN) PROGRAM KHIDMAT MASYARAKATTEMPATPUSAT KOKURIKULUM UNIVERSITI UTARA MALAYSIATARIKH29 MAC 2014PENYELARASHJ. ABU BAKAR MAT SAFARJURULATIHEN. FAZRUL MOHAMAD MUSTAQIM1.0 PENDAHULUANKegiatan Luar Kuliah (KLK ) adalah diwajibkan untuk semua mahasiswa dan mahasiswi Universiti Utara Malaysia. Oleh yang demikian, KLK KOR MEKANIK semester 4 2014 dilaksanakan untuk memenuhi kehendak pihak Pusat Kokurikulum Universiti Utara Malaysia. Bilangan peserta yang mengikuti kem ini adalah seramai 19 orang ahli yang bertempat di Pusat Kokurikulum Universiti Utara Malaysia. Matlamat atau tujuan asal pelaksanaan KLK ini adalah untuk memberi peluang kepada mahasiswa dan mahasiswi untuk mempelajari kehidupan luar kuliah dan bekerjasama untuk menjalankan khidmat sosial kepada masyarakat dengan cara yang mudah serta berkesan.2.0 OBJEKTIF PROGRAMMemenuhi hasrat kerajaan membentuk disiplin dan daya tahan dalam golongan belia serta berbakti kepada masyarakat. Oleh itu, KLK semester 4 2014 dilaksanakan untuk memenuhi kehendak pihak universiti dengan menjalankan khidmat masyarakat. Mahasiswa dan mahasiswi juga diberi peluang untuk mempelajari kehidupan luar kampus dan saling bekerjasama antara mahasiswa dan mahasiswi.

3.0 PELAKSANAAN KLKNAMA PROGRAM: AUTO SPARKLING DAY (CUCI KENDERAAN) PROGRAM KHIDMAT MASYARAKATTARIKH: 29/3/2014 TEMPAT: Pusat Kokurikulum Universiti Utara MalaysiaPENCERAMAH/ JEMPUTAN/ PERASMI: HJ. ABU BAKAR MAT SAFARJURULATIH: EN.FAZRUL MOHAMAD MUSTAQIM4.0 ATURACARA KLK

29 MAC 2014 - SABTU8:00pgPendaftaran Peserta dan sarapan.8:30pgUcapan dan taklimat oleh jurulatih yang terlibat, pembahagian kumpulan kecil.9:00pgAktiviti mencuci kenderaan pelajar dan staff Universiti Utara Malaysia.12:00ptgMengambil kehadiran, makan dan minum tengah hari.12:30ptgBersurai.

5.0 JAWATANKUASA PELAKSANA KLK

Penasihat: EN. FAZRUL MOHAMAD MUSTAQIMPengarah Projek: MOHAMED REZUAN BIN MOHAMED RAZALITimbalan Pengarah: MOHAMAD KAMARUL AKMAL BIN ROSLISetiausaha: MUHAMMAD NURFIZA BIN MOHAMAD NOORBendahari: MUHAMMAD KHAIRUL NIZAM BIN ITHNINNama pelajar yang menganggotai biro- biro pelaksana KLKBiro Cenderamata: NUR SITI HIDAYAH BINTI MUHAMMADBiro Teknikal: MOHD ADRI FADLI BIN ARIFFINBiro Makanan: MUHAMAD SYAHIRAN NAZMI BIN SUKIBiro Kerohanian: LEONG KAR KEATBiro Keselamatan: MUHAMMAD AZIM BIN BAHARUDDIN

6.0 LAPORAN PERJALANAN KLK29 MAC 20148:00pgSeramai 16 daripada 19 orang peserta daripada kor makenik semester empat kumpulan D telah hadir dan mendaftarkan diri serta bersarapan.8:30pgUcapan dan taklimat oleh jurulatih yang terlibat, pembahagian kumpulan kecil telah dilakukan bagi memudahkan aktiviti mencuci kenderaan.9:00pgAktiviti mencuci kenderaan pelajar dan staff Universiti Utara Malaysia yang berjumlah sebanyak 20 buah kereta dan 3 buah motosikal.

9:30pgKehadiran Tuan Hj. Abu Bakar Mat Safar untuk memantau serta menyertai aktiviti Auto Sparkling Day.

12:00ptgPeserta daripada kumpulan D mengambil kehadiran, makan dan minum tengah hari.

12:30ptgBersurai.

7.0 HASIL/ DAPATAN KLK

1. Dengan mengikuti KLK ini, para pelajar mendapat pengalaman bekerjasama dalam satu kumpulan untuk mencuci kenderaan. Dengan mencuci kenderaan mereka turut belajar untuk memahami antara satu sama lain bagi menyelesaikan tugasan serta belajar untuk berkomunikasi dengan masyarakat terutamanya dikalangan staff dan pelajar Universiti Utara Malaysia.

2. Objektif KLK yang telah dilaksanakan terang sekali telah tercapai kerana mahasiswa dan mahasiswi telah dapat bekerjasama untuk menjayakan program ini yang berbentuk khidmat masyarakat dengan rela hati dan gembira dalam melaksanakan tugasan mencuci kenderaan secara kerjasama.

8.0 ANALISIS KEKUATAN, KELEMAHAN DAN PELUANG KLK

KekuatanSemua ahli kumpulan kami telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang program KLK itu berlangsung.Kerjasama yang bagus juga dapat dilihat oleh Pusat Kokurikulum semasa berurusan.Setiap ahli kumpulan memainkan tanggungjawab masing-masing dengan baik.PeluangMemupuk persefahaman antara ahli kumpuan tanpa mengira kaum, umur dan jantina.Kerjasama, disiplin serta daya tahan antara ahli kumpulan juga dapat dilakukan.Membentuk hubungan yang baik antara semua buah kumpulan yang terlibat dalam KLK tersebut.

Kelemahan Terdapat beberapa pelajar yang lewat tiba kerana masalah pengangkutan.Persediaan kurang mantap menyebabkan terdapat sedikit masalah dari segi alatan yang tidak mencukupi tetapi setiap ahli kumpulan dapat bekerjasama bagi mengatasi segala kekurangan.

9.0 CADANGAN DI MASA HADAPANDiharapkan program ini akan terus dilakukan pada masa hadapan dengan lebih lancar dan jayanya. Program seperti ini perlu mendapat lebih hebahan bagi menarik lebih ramai staff serta pelajar untuk turut serta menjayakanya. Pihak kokurikulum juga perlu membantu unit kor makenik dengan meluluskan dana yang mencukupi bagi menjadikan program khidmat masyarakat seperti ini lebih Berjaya dimasa hadapan.

10.0 LAPORAN BIRO/ JAWATANKUASA

Biro Aktiviti dan Kerohanian

1. Selaku ketua biro aktiviti dan kerohanian, saya bertanggungjawab merancang, menyedia dan menyusun program aktiviti dengan koordinasi AJK yang lain supaya program tersebut berjalan dengan lancar. Program yang dirancang perlu mengambil kira pandangan dan persetujuan jurulatih sebagai penasihat program. Aktiviti dilakukan pada waktu pagi sehingga tengah hari.

2. Saya bertanggungjawab mengatur aktiviti yang melibatkan semua peserta supaya mendatangkan kesan yang positif selaras dengan objektif yang telah ditetapkan. Selain itu, setiap aktiviti-aktiviti yang dijalankan mempunyai matlamat yang jelas yang perlu disampaikan kepada ahli-ahli kumpulan. Setiap kumpulan haruslah memberi input-input yang berguna kepada ahli-ahli kumpulan yang lain bagi memperkembangkan lagi bakat dan kemahiran insaniah mereka pada masa akan datang.

3. Saya juga telah menyediakan aktiviti tambahan atau alternatif sekiranya aktiviti asal dibatalkan, ditambah atau diubahsuai disebabkan faktor yang tidak dapat dielakkan misalnya faktor cuaca dan persekitaran.

Biro Logistik dan Teknikal1. Saya bertanggungjawab menyediakan peralatan untuk program ini. Peralatan yang diperlukan mestilah mencukupi dan berada dalam keadaan yang baik bagi mengelakkan kecederaan.

2. Saya perlu menyenaraikan peralatan yang perlu dipinjam dari Pusat Kokurikulum UUM. Peralatan yang dipinjam perlu dipastikan berada dalam keadaan baik atau seperti dalam keadaan asalnya apabila hendak dipulangkan semula.

3. Menyediakan borang semakan penerimaan dan penghantaran peralatan supaya kerja pengurusan dapat dikemaskinikan.

4. Menghantar balik peralatan yang dipinjam dan mengenal pasti alatan yang rosak atau yang perlu diganti atau dibaiki.

5. Saya bertanggungjawab memasang sambungan wayar dan paip bagi memudahkan kerja-kerja mencuci kenderaan.

Biro Keselamatan1. Saya perlu memastikan keselamatan peserta sepanjang aktiviti berlangsung.

2. Ajk yang dilantik perlu menjaga peralatan supaya tidak dicuri atau hilang.

3. Saya perlu menyediakan peti kecemasan yang lengkap serta sedia untuk menghubungi Pusat Kesihatan Universiti sekiranya berlaku kecederaan yang serius.

Biro Jamuan1. Saya perlu merancang menu makanan sepanjang KLK berlangsung dan membuat anggaran perbelanjaan untuk membeli makanan dan minuman supaya tidak melebihi bajet yang telah diperuntukkan.

2. Saya berserta AJK makanan yang lain perlu berkerjasama untuk memasak sepanjang program KLK berlangsung selama 3 hari 2 malam.

3. Saya turut memastikan makanan dan minuman yang disediakan terjamin kebersihan dan selamat untuk dimakan.

4. Sebelum pulang, saya perlu memastikan setiap sampah diletakkan di tempat yang sepatutnya.

Biro Cenderahati1. Saya bertanggungjawab menyediakan cendarahati untuk diberikan kepada jurulatih serta peserta. Cenderahati yang hendak diberikan mestilah bersesuaian dengan program dan berpatutan dengan peruntukan.

1. Saya bertanggungjawab untuk membeli cendarahati yang selamat untuk dibawa semasa program supaya cenderahati tersebut berada dalam keadaan baik dan tidak rosak sehingga diberikan kepada para jemputan.

1. Saya juga bertanggungjawab untuk menyampaikan sebarang maklumat kepada ahli-ahli yang lain sepanjang pelaksanaan program tersebut.

11.0 PENYATA PENDAPATANKEGIATAN LUAR KULIAH SEMESTER 4, DI PUSAT KOKURIKULUM, UNIVERSITI UTARA MALAYSIA.PENDAPATANRM

a) Sumbangan Pesertab) Kutipan Luarc) Pusat Kokurikulum

--240.00

JUMLAH240.00

PERBELANJAANRM

a) Sajian dan Jamuan - Roti Gardenia - Makanan tengah hari (Nasi, ayam dan sayur) - Air the bungkus - Air mineral

b) Alatan - Shampoo - Polish tyre - Kain cuci kereta - Berus hitam - Span cuci kereta - Hose clip

11.9070.0020.0024.00

15.0010.0012.004.002.502.00

JUMLAH171.40

LEBIHAN68.60

12.0 LAMPIRAN

12.1 LAMPIRAN A

12.2 LAMPIRAN B

12.3 LAMPIRAN C

Gambar 1: Antara alatan yang digunakan semasa KLK Auto Sparkling Day (Cuci Kenderaan).

Gambar 2: Keadaan kenderaan unit Kor Makenik sebelum KLK.

Gambar 3: Para peserta Auto Sparkling Day (Cuci Kenderaan) berkumpul.

Gambar 4: Jurulatih memberikan taklimat ringkas kepada peserta.

Gambar 5: Salah seorang daripada peserta sedang giat menjalankan tugas.

Gambar 6: AJK makanan sedang menyiapkan makanan dan minuman untuk para peserta KLK.